Your SlideShare is downloading. ×
Psv3104 poknik
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Psv3104 poknik

4,555

Published on

5 Comments
1 Like
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
4,555
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
231
Comments
5
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 20121.0 PENGENALANPendidikan Seni Visual secara amnya bertujuan memberi peluang kepada muridmemupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaanterhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaranlain (Huraian Sukatan Pelajaran PSV, PPK KPM:2002).Pendidikan Seni Visual disekolah rendah mensasarkan kepada seni tampak.Subjek ini menitikberatkan prosespenghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.Prosesini turut menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu menerusi penajamandaya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.Kurikulum Pendidikan Seni Visualsekolah rendah merangkumi empat bidang yang disusun sesuai dengan tahap kognitifdan pengalaman murid-murid bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yangharmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Pengajarandan pembelajaran yang berkesan bergantung kepada guru untuk mengolah empatbidang tersebut bagi mencapai objektif pengajaran. Empat bidang berkenaan ialah : i. Melukis dan membuat gambar ii. Membuat rekaan dan corak iii. Membentuk dan membuat binaan iv. Mengenal kraf tradisional1.1 Bidang-bidang dalam Pendidikan Seni Visual 1.1.1 Melukis dan membuat gambar Bidang ini menekankan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan mengolah pelbagai media dan teknik dengan menitikberat aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.Teknik menggambar yang sering dilaksanakan dalam bilik darjah sepertimana berikut: 1
  • 2. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 ~ Lukisan ~ Gosokan ~ Catan ~ Stensilan ~ Kolaj ~ Percikan ~ Montaj ~ Gurisan ~ Cetakan ~ Capan ~ Resis ~ MozekDalam aktiviti menggambar,kanak-kanak dapat menggunakan pelbagai alat danbahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara pengamatannya yangtersendiri. Situasi ini dapat membantu perkembangan psikomotor dan emosimurid serta penting bagi keperluan fisiologi dan psikologi murid.1.1.2 Membuat corak dan rekaanBidang ini membuat ruang kepada murid memahami pelbagai cara untukmenghasilkan corak dan memgaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain.Corakdan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripadakegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif dibuat secaraterkawal dan bebas. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan carasepertimana paparan berikut : i. Corak tidak terancang  Tiupan  Ikatan dan celup  Renjisan  Titisan  Tarikan  Lipatan  Pualaman 2
  • 3. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012ii. Corak terancang  Lukisan  Catan  Cetakan  Capan  Lipatan dan guntingan  Resis  Kolaj  KaligrafiKegiatan ini memberi peluang kepada murid menghasilkan corakterancang atau tidak terancang dengan teknik yang diingini.Bidang inimembuka ruang kepada murid mengenali dan mengkaji pelbagai corakyang terdapat disekeliling mereka.Memberi penegasan terhadap aktivitimengenal motif dan pengolahan dalam menghasilkan sesuatu rekaancorak.1.1.3. Membentuk dan membuat binaanBidang ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspekseni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dankestabilan.Berlandaskan aspek tersebut murid dapat memahami denganlebih jelas ketika mereka membentuk dan membuat binaan sesuatumodel,Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga turutmendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknikpenghasilan.Ini member peluang kepada murid berinteraksi secara kreatifdengan bahan dan alat semasa menjalankan proses penghasilan seni. 3
  • 4. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di sekolah rendahmerangkumi , o Arca timbul o Arca assemblaj o Arca mobail o Arca stabail o Model o Diorama o Boneka o Topeng o OrigamiKegiatan ini memberi ruang kepad murid membuat rujukan kepada bahansebenar. Kegiatan ini boleh dilaksanakan dalam pelbagai kaedah sepertipernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.1.1.4. Mengenal kraf tradisionalKraf tradisional boleh ditafsirkan sebagai perusahaan atau kerja=kerjaseni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan dayacipta dan kreatif masyarkat yang diwarisi turun temurun mengikut kaummasing-masing. Peringkat sekolah rendah , murid didedahkan dengankraf tradisional sebagaimana berikut : o Alat domestic o Alat permainan o Alat mempertahankan diri o Batik o Seni tekat o Tembikar o Anyaman o Kelarai o Ukiran 4
  • 5. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses serta teknik membuat alat dan bahan, motif, corak dan hiasan.Bidang ini memberi kesedaran kepada murid bahawa pelbagai jenis kraf tradisional yang terdapat dalam masyarakat kita.1.2 Organisasi kurikulum sukatan pelajaran pendidikan seni visualOrganisasi kurikulum yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan SeniVisual KBSR mengandungi empat perkara utama iaitu :  Pemerhatian secara aktif  Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan  Apresiasi seni visual secara mudah  Mennghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan 1.2.1 Pemerhatian secara aktif Pemerhatian secara aktif merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci diharap dapat menajamkan persepsi murid. Selain mengembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Pemerhatian yang aktif dapat meningkatkan kreativiti seseorang. Pemerhatian dapat melatih pengamatan murid pada sesuatu perkara. Melalui pemerhatian itu, murid-murid diminta membuat pengamatan dengan menggunakan pelbagai deria yang ada seperti sentuhan, penglihatan dan sebagainya. Guru boleh menyediakan bahan-bahan contoh untuk menarik minat 5
  • 6. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012bagi melihat ataupun menyentuhnya. Seterusnya perbincangan murid-muriddengan guru dibuat bagi mengolah idea mereka sebelum memulakan sesuatuaktiviti seni. Melalui deria penglihatan, murid-murid diminta mengaplikasikanbagaimana sesuatu benda itu diolah menjadi motif. Aspek pemerhatian yang aktif di dalam pengajaran guru melibatkansensitiviti deria. Sebelum memulakan pengajaran atau semasa menyediakanaktiviti, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru ialah pengetahuansedia ada murid,benda yang konkrit,minat, kecenderungan dan latar belakangmurid, serta mencetus idea dan imaginasi.1.2.2. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahanKegiatan ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalammempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Prosesini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visualdengan manipulasi alatan dan bahan serta terknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasidan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Prosespembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajarsecara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang merekaboleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang. Perkara yang perlu diberikan perhatian oleh guru di dalam menjalankanaktiviti ini ialah melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktivitipenerokaan dijalankan sebelum aktiviti penghasilan. 6
  • 7. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 20121.2.3. Apresiasi seni visual secara mudahApresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspekpengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupandari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan danmenyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataantentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita,lakonan, nyanyian, karangan dan puisi. Antara objektif pengajaran seni visual ini ialah menyatakan perasaan, ideadan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar, mencorak, membuat binaandan kraf. Lantaran itu para guru tidak boleh mengabaikan aspek apresiasi inisemasa proses pengajaran berlaku.. Selain itu melalui kegiatan ini juga, murid-murid dapat mengenali serta menghargai hasil kerja sendiri dan rakan. Dalam sesi apresiasi ganjaran dalam bentuk penghargaan iaitumenampalkan karya seni murid di sudut seni atau papan kenyataan dapatmeningkatkan harga diri murid dan memberikan keyakinan kepada mereka akankebolehan mereka selari dengan teori behaviorisme yang menyatakanpemberian ganjaran amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, peneguhan positif kepada murid juga membolehkan muridmengamalkan tingkah laku terpuji serta dapat mengulangi kemahiran yangdiajar.Terdapat dua jenis aktiviti apresiasi yang utama iaitu yang dirancang khasuntuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiappelajaran. 7
  • 8. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 20121.2.4 Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Pendidikan Seni Visual juga menegaskan akan kepentingan memupuknilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitarandan kehidupan mereka. Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar,nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini diharap murid akandapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semuakeadaan. Sebagai contoh dalam aktiviti membuat kolaj, murid dididik supayamenggunakan bahan terbuang agar dapat menanamkan semangat mencintaialam kehidupan. Begitu juga apabila tiba bulan kemerdekaan, murid digalakkanmembuat poster yang bertemakan cinta pada tanah air. 8
  • 9. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 20122.0 BIDANG MENGGAMBAR 2.1 Lukisan keluarga i. Pemerhatian secara aktif Menerusi teknik lukisan ini, guru menunjukkan contoh lukisan kepada muridsebagaimana contoh lukisan keluarga di atas. Gambar lukisan ini bersesuaian denganpengalaman murid melalui pemerhatian persekitaran hidup mereka yakni ahli keluargasendiri. Murid melakukan aktiviti pemerhatian dan menjelaskan tentang objek ataubahan-bahan lain yang terdapat dalam lukisan yang dipamerkan seperti ahli keluarga,masjid dan bunga.Kemudian, murid melakukan pemerhatian secara khusus danterperinci dari segi jumlah ahli keluarga, kedudukan masjid dan perletakkan objeklain.Murid menyatakan garisan-garisan yang terdapat dalam gambar tersebut iaitugarisan pada objek dalam gambar. Penggunaan garisan ini dapat menentukan tonwarna yang akan digunakan sama ada ton cerah atau gelap. Murid juga turutdidedahkan dengan lukisan-lukisan lain yang bertema keluarga.Melalui contoh-contohyang dipamerkan, murid membuat pemerhatian secara teliti dan mula melukis. 9
  • 10. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 Langkah awal, murid membuat lakaran bentuk gambar yang ingin dihasilkanberserta penyusunan objek yang dilukis. Murid juga turut memasukkan ton warna danpencahayaan. Murid menggunakan teknik yang sesuai bagi menunjukkan kesancahaya dan baying objek.Selepas itu, proses penyempurnaan lukisan dilakukan secaraterperinci dengan mengambil kira tentang ton warna dan pencahayaan. Ketelitianmenghasilkan lukisan ini menjadikan lukisan ini menarik, cantik dan kemas. ii. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Kegiatan seni bertambah menarik dengan penggunaan pelbagai alat dan bahandalam menghasilkan sesuatu karya. Dalam lukisan ini, alat dan bahan yang digunakanamat mudah iaitu kertas lukisan,pensil dan pensil warna.Guru mendedahkanpenggunaan pelbagai bahan dalam menghasilkan karya seni. Penggunaan alat danbahan yang pelbagai ini akan mendorong murid melakukan kegiatan seni dengan lebihkritis dan kreatif. Penggunaan alat dan bahan yang berbeza ini akan menarik minatmurid untuk mencuba menghasil karya mengikut minat mereka. Contohnya muridmewarnakan lukisan ini menggunakan krayon atau warna air. Kelainan penggunaanalat dan bahan ini membolehkan mereka membuat perbandingan hasil karya mereka.Sekiranya lukisan ini diwarnakan menggunakan warna air lebih menarik berbandingdengan menggunakan pensil warna maka sudah pasti murid lebih gemar menggunakanwarna air dalam menghasilkan karya mereka. Selain itu, murid-murid juga berasaseronok dan berkeyakinan dalam membuat lukisan kerana hasil yang diperolehi tidakterikat dengan skema jawapan yang tetap. Kebebasan penggunaan alat dan bahan iniboleh memupuk minat serta melahirkan rasa yakin dan selesa dalam diri murid semasamenghasilkan karya seni. 10
  • 11. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 iii. Apresiasi seni visual secara mudah Hasil karya murid akan dipamerkan oleh guru di hadapan kelas sebagaipenghargaan kepada mereka atas hasil usaha yang baik. Karya ini juga akan ditampaldi papan kenyataan sebagai penghargaan kepada murid. Seterusnya sebagai doronganatau semangat kepada murid agar menghasilkan lukisan yang menarik. Menerusilukisan ini, guru menjelaskan tentang konsep yang diaplikasikan dalam lukisan tersebutseperti penyusunan objek iaitu masjid, gambar keluarga serta langit. Penyusunan objekdapat membezakan ruang antara bangunan dengan orang serta langit. Kemasukancahaya juga ditekankan dalam lukisan ini yang mnyerlahkan penggunaan ton warna.Ton warna gelap digunakan sebagai pembayangan cahaya bagi melahirkan hasil karyayang lebih menarik dan kemas. Menerusi aktiviti ini juga, murid dapat berkomunikasidengan rakan-rakan serta dapat melontarkan pandangan tentang hasil karya masing-masing. Murid juga dapat memahami dengan lebih jelas tentang cara menghasilkankarya yang lebih menarik serta mempuanyai nilai seni yang tinggi. Di samping itu, muriddapat mengetahui akan kelemahan dan kekuatan hasil lukisan mereka menerusipandangan rakan-rakan. iv. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Lukisan ini menonjolkan keharmonian dan kebahagiaan dalam sebuahkeluarga.Murid juga mempunyai keluarga seperti ini. Situasi ini akan melahirkan rasakasih sayang dalam diri murid sepertimana yang digambarkan dalam lukisan ini. Selainitu, proses menghasilkan lukisan ini memerlukan ketelitian,ketekunan dan kesabaranyang tinggi dalam kerja-kerja menyiapkan karya ini. Pemupukan nilai yang baik inidiharap dapat disemai dalam diri murid. Selain itu, hubungan yang baik antara muridjuga dapat dicungkil melalui kerjasama dan interaksi serta bertukar-tukar alat melukissepanjang penghasilan lukisan ini. Penerapan nilai baik seperti kekemasan,kebersihanserta bertanggungjawab juga dapat ditanam melalui kerja-kerja menyiapkan lukisan ini. 11
  • 12. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012Semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru meminta murid menjagakebersihan dan tanggungjawab menjaga tempat bekerja.Disamping itu, nilaimenghargai hasil kerja orang lain juga dapat dikutip menerusi kerja-kerja menyiapkanlukisan ini. 12
  • 13. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 20123.0 REKAAN DAN CORAK 3.1 Capan daun i. Pemerhatian secara aktif Berdasarkan hasil karya di atas, murid didedahkan dengan corak yang dihasilkan melalui penggunaan daun dan warna.Murid membuat pemerhatian terhadap corak yang dihasilkan dengan menggunakan daun yang dibuat secara berulangan. Corak yang berulang ini disusun mengikut kreativiti masing-masing dan ianya telah menghasilkan satu corak yang menarik. Penggunaan daun dalam menghasilkan corak ini adalah mengambil kira akan kebiasaan dan pengalaman murid tentang daun. Persekitaran murid tidak terpisah dengan daun kerana di sekolah atau di rumah terdapat banyak jenis daun sama ada daun bunga atau sebagainya. Murid mudah memperolehi daun untuk menghasil capan daun ini. 13
  • 14. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 Selain itu, melalui karya ini juga murid dapat memerhati penggunaanwarna yang sesuai bagi menghasilkan satu corak yang menarik. Murid diberikebebasan dalam memilih warna yang disukai untuk menghasilkan capan yangmenarik. Dalam menghasilkan capan daun ini adalah mudah dimana muridhanya memerlukan daun dan warna air serta kertas lukisan sahaja. Murid perlumenyapu warna air pada daun, kemudian ditekatkan pada kertas lukisan bagimenghasilkan capan ini. Ketelitian amat perlu untuk menghasilkan capan yangmenarik dan bermotif. Di samping itu, guru boleh menunjukkkan corak capanyang terdapat pada benda lain seperti tikar getah dan kertas pembalut sebagaipengukuhan tentang capan ini. ii. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Karya capan ini tidak menggunakan alat dan bahan yang banyak sertamenyulitkan kerana semua ini berada di persekitaran murid. Alat dan bahan yangdigunakan ialah daun, warna air, berus dan kertas lukisan. Guru menunjuk cara-cara melakukan kerja-kerja menghasilkan capan ini. Murid menggunakan alatdan bahan yang dikumpul dalam membuat capan ini. Mereka diberi kebebasanmemilih warna dan corak yang hendak dihasilkan sama ada susunan berasinganatau bertindih. Susunan dan warna yang berlainan boleh menghasilkan corakyang menarik mengikut kreativiti masing-masing. Corak yang menarik boleh juga dihasilkan dengan menggunakan pelbagaialat dan bahan lain seperti ubi kentang, kacang bendi, pelepah pisang dansebagainya. Bahan-bahan ini jika diolah dengan baik akan menghasilkan karyayang menarik. Murid akan berasa bebas dan seronok menjalankan aktiviti inikerana tidak terikat pada sesuatu corak atau alat sahaja, Mereka bebasmenghasilkan corak dengan penggunaan warna , alat dan bahan yang merekasukai. Murid boleh memilih warna mengikut selera mereka sama ada warna 14
  • 15. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012harmoni, penggenap dan sebagainya. Kombinasi warna dan kreativiti muriddapat menghasilkan corak dan rekaan yang menarik. iii. Apresiasi seni visual secara mudah Hasil kerja murid dipamerkan di hadapan kelas oleh guru. Gurumenjelaskan tentang corak yang dihasilkan dalam capan tersebut. terhasil Corakcapan yang terhasil daripada penggunaan daun ini kelihatan menarik denganpemilihan warna dan motif yang sesuai.Kepelbagaian warna yang digunakandapat melahirkan jalinan corak yang menarik. Jalinan tampak ini hanya dapatdilihat bila ia diterjemahkan dalam hasil karya. Guru perlu memberi penegasanakan aspek kebersihan dan kekemasan semasa proses menghasilkan corakpada capan supaya tidak kotor dan menjejaskan corak yang mahu dihasilkan.Corak yang berulang akan menghasilkan capan yang menarik. Di samping itu, kebebasan memilih warna, corak dan susunan sertabahan dapat mencetuskan perasaan seronok dan gembira di kalangan murid.Murid tidak terikat dengan peraturan atau langkah-langkah yang tetap dalammenghasilkan capan. Mereka juga diberi ruang untuk membanding beza hasilcapan di antara satu dengan lain. Justeru, adalah diharapkan timbul perasaansaling menghargai hasil usaha orang lain. Hasil karya murid boleh ditampal disudut mata pelajaran di dalam kelas sebagai penghargaan kepada murid atashasil kerja mereka serta memberi ruang daya saing di kalangan murid. 15
  • 16. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012 iv. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Nilai baik seperti kekemasan, ketelitian, ketekunan dan kesabaranterserlah dalam kerja-kerja menghasilkan capan ini. Keadaan ini terbit apabilamurid berhati-hati dan cermat semasa menggunakan warna air. Selain itu, muridjuga menanam sifat sabar dan tekun dalam menzahirkan capan yang menarikdan kemas. Hasil ini boleh dipertontonkan kepada rakan-rakan denganmenampal di papan kenyataan atau sudut seni di sekolah. Penggunaan bahanyang mudah seperti daun dapat menjimatkan kos dan masa dalam prosespengahasilan karya ini. Penegasan tentang pemeliharaan alam sekitar perluditekankan oleh guru. Sebagai penghuni alam ini maka menjadi tanggungjawabsemua menjaga alam ini. Kepentingan daun perlu diperjelaskan dalam proseskehidupan serta kehijauan bumi ini. Murid disarankan menggunakan daun yangkering untuk menghasilkan capan ini. Selain itu, guru juga perlu menegaskankepada murid tentang menjaga kebersihan tempat kerja yakni semua bahanyang tidak digunakan mesti dimasukkan dalam tong sampah. 16
  • 17. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 20124.0 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 4.1 Mobail i. Pemerhatian secara aktif Kegiatan seni yang sering dilaksanakan oleh guru dalam kelas salah satunya ialah membina mobail.Mobail merupakan salah satu aktiviti seni dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Dalam kerja menghasilkan binaan mobail ini memerlukan pemerhatian yang teliti terutama melibatkan kestabilan objek yang dibentuk. Guru menunjukkan contoh mobail kepada murid untuk memberi gambaran atau pengetahuan asas mengenai mobail.Mobail ini melibatkan objek tergantung iaitu rama- rama. Justeru, bagi menghasilkan mobail ini murid perlu membentuk rama-rama dan mewarnakannya supaya lebih menarik. Mobail rama-rama ini diambil sebagai bahan pengajaran memandangkan ianya mudah untuk murid membentuk objek rama-rama kerana pengetahuan sedia ada murid.Murid sering melihat rama-rama di sekitar mereka. Bagi menghasilkan mobail ini, murid memerhati secara terperinci bagaimana objek rama-rama digantung dengan stabil. Imbangan yang 17
  • 18. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012sama dan kekemasan mestilah dititikberatkan bagi menghasilkan mobailyang seimbang dan menarik. Untuk menghasilkan keseimbangan makaobjek rama-rama perlu dibentuk sama dengan menggunakan satu modelyang serupa. Murid menekatkan model tersebut pada kertas tebal ataubahan lain yang bersesuaian kemudian menggunting atau memotongnya.Rama-rama yang siap digunting akan diwarnakan serta digantungmenggunakan tali atau benang pada oebjek lain seperti penyakut pakaian,kayu atau sebagainya.Hasil ini boleh digantung di dalam kelas atautempat-tempat lain yang sesuai. ii. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Kerja menghasilkan mobail ini memerlukan alat dan bahan yangsesuai dengan mobail yang hendak dibuat.Alat dan bahan yangdigunakan seperti kertas tebal, tali,gunting, krayon, penyakut pakaian dansebagainya yang sesuai. Kertas tebal digunakan untuk membentuk rama-rama dengan acuan rama-rama yang sama. Setelah kerja menekatselesai, disusuli pula dengan kerja memotong kemudian mewarna danseterusnya mengikat rama-rama secara seimbang. Rama-rama yangbertali ini akan digantung pada penyakut pakaian atau sebagainya yangsesuai. Penggunaan alat dan bahan ini amat penting dalam penghasilanmobail. Pelbagai alat dan bahan lain boleh digunakan dalammenghasilkan mobail. Bahan-bahan terbuang seperti biji getah, tudungbotol, kulit siput atau sebagainya boleh diadaptasikan menjadi mobailyang menarik. Fungsi warna juga penting dalam menghasilkan mobailyang cantik. Warna-warna panas seperti merah, kuning dan lain-laindicadangkan untuk menghasilkan mobail supaya lebih terserlah sertamenjadikan suasanan yang indah apabaila mobail ini digantung pada 18
  • 19. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012lelangit bilik. Mobail yang berayun apabila ditiup angina tau disentuh akanmenyerikan serta menceriakan bilik tersebut. iii. Apresiasi seni visual secara mudah Kata-kata pujian atau penghargaan kepada murid di ataspenghasilan mobail yang baik akan mendorong murid berminat dalamkerja-kerja seni. Mobail yang dihasilkan hendaklah dipamerkan dihadapan kelas dan seterusnya di gantung di ruangan yang sesuai. Rasadihargai dan disanjung terbit dalam diri murid apabila hasil yang dibuatmendapat pengiktirafan daripada guru dan rakan-rakan. Keadaan ini akanmewujudkan suasana pembelajaran harmoni dan berkesan. Selain itu,pemilihan dan gabungan warna yang menarik akan menambahkan lagikeindahan pada mobail tersebut. Mobail juga boleh dihasilkan dengancampuran pelbagai objek namun imbangan objek mesti diberi perhatianyang sewajarnya. Keseimbangan ini akan menjadi mobail berayun denganbaik apabila ditiup angina tau disentuh. Sekarang ini kita boleh melihatteknik mobail ini diaplikasikan dalam penghasilan lampu-lampu hiasan atukristal di dalam rumah, hotel, masjid, pejabat dan sebagainya. iv. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Ketika kerja-kerja menghasilkan mobail ini berlaku, beberapa nilaibaik dapat dicedok seperti sikap sabar, tekun, rajin danbertanggungjawab. Sewaktu murid menyiapkan mobail ini, mereka begitutekun dan sabar dalam kerja menggunting, mewarna serta menggantungobjek yang dibentuk menjadi mobail yang menarik.Seandainya sikapbegini tidak lahir dalam diri mereka maka sudah pasti karya yangdihasilkan tidak menarik dan kemas sepertimana orang lain.Menerusi 19
  • 20. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012kerja-kerja penghasilan mobail ini juga akan melahirkan sikapbekerjasama, bantu-membantu dan bertolak ansur di kalangan murid-murid. Keadaan ini timbul kerana mereka akan saling bertanya danbertukar-tukar alat atau bahan dalam menghasilkan karya masing-masing.Kesedaran tentang keindahan alam maya dan segalapenghuninya dapat diterapkan menerusi penghasilan mobail ini. Sikapmensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. juga dapat disemaidalam diri murid-murid menerusi penghasilan mobail rama-rama ini.Mereka melihat keunikan rama-rama yang pelbagai warna dan bentukadalah kebesaran cipta Allah S.W.T. Di samping itu, iklim bilik darjah jugaturut merasai tempiasnya apabila mobail ini di gantung dalam bilik darjah.Situasi ini menjadikan bilik darjah semakin cantik dan ceria. 20
  • 21. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 20125.0 KRAF TRADISIONAL 5.1 Anyaman i. Pemerhatian secara aktif Karya di atas menunjukkan satu contoh kraf tradisonal iaitu anyaman. Melalui anyaman yang dipaparkan ini, murid membuat pemerhatian yang terperinci tentang corak anyaman yang dihasilkan. Corak anyaman yang berulang dihasilkan dalam anyaman ini. Penelitian juga difokuskan kepada cara penghasilan anyaman tersebut. Susunan reka bentuk juga diberi perhatian oleh murid.Murid dapat menyatakan corak anyaman yang dibuat. Selain itu, murid turut memerhati pemilihan warna bagi melahirkan satu anyaman yang menarik. Warna yang digunakan adalah warna asas dan warna sekunder. Warna asas ini menonjolkan keceriaan pada hasil anyaman. Pemilihan warna sekunder yang digabung dengan warna asas melahirkan suatu corak anyaman yang menarik. Guru juga turut member contoh-contoh konkrit yang lain seperti anyaman 21
  • 22. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012tikar,bakul, barangan hiasan dan sebagainya. Contoh-contoh ini dapat memberipengalaman kepada murid untuk menghasilkan anyaman sendiri. Dalam menghasilkan anyaman, murid perlu menyediakan kertas warna,pensil, pisau dan pembaris. Guru memberi tunjukcara bagaimana caramenghasilkan anyaman asas ini. Murid memotong kertas dengan saiz yangsama serta berlainan warna. Kemudian, murid memulakan proses membuatjalinan kertas-kertas tersebut dengan mementingkan kekemasan dan keindahancoraknya. ii. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Penggunaan alat dan bahan amat penting dalam menghasilkan anyaman.Alat dan bahan yang digunakan dalam membuat anyaman asas ini ialah kertasyang pelbagai warna. pisau dan pembaris.Murid boleh membuat penerokaandengan mencuba menghasilkan corak yang pelbagai motif. Motif yang pelbagaiserta warna yang berlainan akan menimbulkan suatu bentuk anyaman yangmenarik. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiranasas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta terknik-teknik mudah.Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuatinterpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Di samping itu, anyaman juga boleh dihasilkan dengan pelbagai bahanlain seperti daun pisang, daun pandan, buluh dan mengkuang. Gurumempamerkan hasil-hasil anyaman yang menggunakan bahan tersebut. iii. Apresiasi seni visual secara mudah Melalui hasil anyaman ini, murid boleh menyatakan perasaan, idea danimaginasi diri. Murid dapat meluahkan perasaan gembira dengan terhasilnya 22
  • 23. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 2012anyaman mereka. Guru sebolehnya memberi pujian dan penghargaan kepadamurid atas terhasilnya anyaman mereka. Seeloknya guru menampal anyamanyang baik di sudut seni di dalam atau luar kelas. Penghargaan ini akanmencetuskan semangat dan keinginan yang tinggi dalam diri murid untukmenghasilkan karya seni yang bermutu dan menarik. Melalui kerja-kerja seni ini juga dapat melahirkan rasa seronok dangembira di kalangan murid kerana memperolehi pengalaman baru menghasilkananyaman. Murid juga perlu diberi peluang membanding hasil kerja merekadengan rakan-rakan. Selain itu, murid dapat meluahkan pandangan mengenaihasil anyaman sendiri dan rakan-rakan. Bagi mewujudkan daya saing antaramurid adalah disarankan agar diadakan pertandingan membuat anyamansupaya dapat mencungkil bakat dan kreativiti murid. iv. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Proses menghasilkan anyaman ini dapat memupuk sikap tekun sertakesungguhan dalam diri murid. Ketekunan amat penting kerana prosesmenghasilakn anyaman ini memerlukan masa serta cermat dalam melakukankerja-kerja menganyam. Kerja menganyam ini memerlukan tahap kesabaranyang tinggi kerana ianya perlu dilakukan dengan teliti dan kemas. Secara tidaklangsung, penghasilan anyaman ini dapat memberi kesedaran kepada muridtentang nilai menghargai alam semulajadi. Contohnya dalam anyaman tikarmengkuang atau kercut, kita akan menggunakan bahan semulajadi. Justeru,sebagai guru perlu menerangkan betapa pentingnya memelihara pokok inidaripada pupus.Rasa syukur juga perlu disemai di kalangan murid kerana bidangmembuat anyaman memberi peluang kepada sebilangan masyarakat mendapatrezeki serta menaikkan imej negara kepada pelancong luar negara. 23
  • 24. PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL ( PSV 3104 ) 20126.0 PENUTUP Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang berkesan dapatdicapai melalui penglibatan pelbagai pihak.Peranan yang dimainkan bukan hanyadaripada pihak guru sahaja malahan murid juga perlu dilibatkan sama secara langsungatau tidak langsung agar matlamat dan objektif pengajaran tercapai.Memperkembangkan bakat seni serta memberi peluang kepada murid memupuk minat,memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain juga turutdititikberatkan dalam Pendidikan Seni Visual. 24

×