1|PagePsv3104                PENGAJIAN DAN PENGURUSAN                     PENIDIKAN SENI VISUAL  1. PEMERHATIAN SECARA AKT...
2|Page  1.1 Bidang menggambar     Dua teknik dalam bidang menggambar yang memerlukan pemerhatian secara  aktif ialan tekni...
3|Page       Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran guru boleh mempamerkan   beberapa contoh lukisan menarik yang telah d...
4|Page          iii)    Cetakan planograf:Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar. Dikenali juga sebagai litogr...
5|Page   Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini, guru akan membawa beberapa jenisbunga seperti bunga matahari dan bung...
6|Page                            Contoh hasil kerja teknik kolaj      Teknik kolaj juga memerlukan pemerhatian yang aktif...
7|Page                      Contoh hasil kolaj yang siap di jalankan      Semasa melakukan teknik catan dalam sesi P&P, gu...
8|Page1.3 Bidang membentuk dan membuat binaanBidang membentuk dan membuat binaan mempunyai kaitan dengan pemerhatiansecara...
9|Page   kreativiti mereka sendiri. Dalam menghasilkan mobail, murid dikehendaki melukisgambar pelbagai jenis binatang sep...
10 | P a g e    1.4 Bidang mengenal kraf tradisional.    Dalam bidang ini pemerhatian secara aktif amat diperlukan kerana ...
11 | P a g epemerhatian dibuat, murid-murid dikehendaki membuat anyaman menggunakan kertaswarna yang disediakan oleh guru ...
12 | P a g e        2. INTERAKSI YANG KRITIS DAN KREATIF DENGAN ALAT DAN BAHAN.    Peringkat ini menggalakkan murid membua...
13 | P a g e                     Teknik mozek seekor ikan yang dihasilkan oleh murid                           Contoh tekn...
14 | P a g e    Menurut Glosari Seni Lukisan, gosokan bermakna jalinan bentuk atau corak dari    suatu permukaan ke permuk...
15 | P a g e    meletakkan kepingan duit syiling di bawah kertas yang mempunyai gambar ikan    dan menggosokkan duit terse...
16 | P a g e                             Contoh hasil guntingan dan lipatan        Dalam sesi P&P, guru boleh menyediakan ...
17 | P a g e        Selain itu, teknik kolaj juga merupakan satu teknik dalam bidang membuat    corak dan rekaan yang meme...
18 | P a g e                                Contoh jenis boneka tangan    Untuk teknik boneka, jika murid-murid dapat beri...
19 | P a g e        Untuk teknik model, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan    sangatlah penting untuk...
20 | P a g e        Teknik tembikar adalah cara membuat tembikar dengan menggunakan tanah    liat. Guru boleh membawa muri...
21 | P a g e        3. APRESIASI SENI VISUAL SECARA MUDAH        Aapresiasi seni visual memberi pengalamana kepada murid m...
22 | P a g e        Melalui cara ini, murid-murid secara tidak langsung dapat mengenali tokoh-tokoh        pelukis tempata...
23 | P a g e               Antara teknik yang digunakan ialah teknik lukisan. Dalam teknik ini, guru        meminta murid ...
24 | P a g e        tersebut. Semua ini merupakan aspek pengetahuan seni visual dan bidang        membuat corak dan rekaan...
25 | P a g e        murid dikehendaki memilik satu origami haiwan yang paling disukai berdasarkan        origami haiwan ya...
26 | P a g e        lawatan ini, guru dapat memberi pengalaman dan pengetahuan tentang teknik        batik yang terdapat d...
27 | P a g e        3. Teknik acuan . Tanah liat yang cair dituang ke dalam acuan plaster of paris        dan dibiarkan da...
28 | P a g e        Tokoh-tokoh Tembikar        1. Puan Hasnah Adnan dan adiknya dari Sayong, Kuala Kangsar.        2. Pua...
29 | P a g e        4. MENGHARGAI NILAI BAIK DALAM SEMUA ASPEK KEHIDUPANDalam seni visual, murid juga dipupuk nilai menyay...
30 | P a g edapat diterapkan dalam diri murid kerana mereka mendengar arahan uyang diberikanoleh guru iaitu membuang sisa ...
31 | P a g edapat diterapkan dalam diri murid-murid scara tidak langsung nilai baik sepertimenghargai sumbangan tokoh-toko...
32 | P a g etelah menerapkan nilai menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran sertamenyayangi dan menghargai fl...
33 | P a g e        Teknik tembikar pula dapat dterapkan dengan nilai baik seperti kepekaansemasa membuatnya. Hal ini kera...
34 | P a g etertentu yang boleh digunakan oleh guru dalam kaedah pengajaran dan pembelajaranseni visual.Sungguhnya tumpuan...
35 | P a g eRUJUKANKementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual,KBSR. K.L.: DBP.Kemen...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Assgment psv3104 new

10,325

Published on

1 Comment
1 Like
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
10,325
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
300
Comments
1
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Assgment psv3104 new"

  1. 1. 1|PagePsv3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PENIDIKAN SENI VISUAL 1. PEMERHATIAN SECARA AKTIF Lukisan pemandangan di kawasan perkampungan Pemerhatian secara aktif merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus, terperinci serta dapat menajamkan persepsi murid. Pemerhatian secara aktif ini memperkembangkan deria penglihatan dan melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Hal ini membantu meningkatkan perkembangan emosi dan imaginasi. Peningkatan kefahaman mengenai asas seni visual juga dapat dikembangkan melalui kaedah ini. Pemerhatian secara aktif sangat diperlukan oleh murid contohnya dalam bidang menggambar. Semua pancaindera terlibat semasa menggambar sesuatu berdasarkan imagnasi masing-masing ke atas sesuatu tema yang diberikan oleh guru.
  2. 2. 2|Page 1.1 Bidang menggambar Dua teknik dalam bidang menggambar yang memerlukan pemerhatian secara aktif ialan teknik lukisan dan teknik cetakan. Teknik yang dipilih ini akan membawa murid untuk meneroka bidang menggambar. Hasil pembelajaran yang dapat diperolehi ialah murid dapat menggambarkan dengan menggunakan pemerhatiannya secara aktif dan dapat menghasilkan gambar dengan menggunakan teknik secara kreatif melaui penerokaan. Teknik lukisan memerlukan murid membuat pemerhatian secara aktif supaya lukisan yang dihasilkan dapat menjadi lukisan yang kreatif dan kritis. Semasa melukis murid juga dapat mengembangkan aspek psikomotor seperti tangan dan jari. Selain itu , bidang ini juga dapat memperkembangkan deria lihat terhadap persekitaran dan boleh melahirkan berbagai perasaan seperti gembira, suka, selesa, sedih dan sebagainya. Apabila kita mengaplikasi teknik lukisan dalam aktiviti seni, secara tidak langsung murid akan mudah peka terhadap perkara yang berada di persekitarannya. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru boleh menjalankan aktiviti teknik lukisan seperti melukis pemandangan di desa. Hasil lukisan murid sekolah rendah
  3. 3. 3|Page Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran guru boleh mempamerkan beberapa contoh lukisan menarik yang telah dihasilkan oleh murid-murid kelas lain bagi menghasilkan lukisan sebagaimana yang dikehendaki. Oleh itu, murid-murid dikehendaki menghasilkan lukisan pemandangan di desa melalui pemerhatian secara aktif, berfokus dan terperinci .Teknik CetakanTeknik cetakan merupakan teknik yang memerlukan pemerhatian secara aktif dalambidang menggambar kerana ia menggunakan media alam semulajdi. Keistimewaancetakan ini ialah ia mampu menghasilkan banyak 3 ember 3 karya yang serupa dansemua hasil karya cetakan itu dianggap asli. Cetakan pada awalnya digunakan untukpendidikan, propaganda, keagamaan dan seni tekstil. Cetakan berwarna muncul padaabad ke 15. Di Malaysia, cetakan kayu digunakan dalam penghasilan kain batik saring.i) Cetakan timbulan:Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang terlebihdahulu disapu dengan dakwat atau pewarna. Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino,potongan kayu, kad bod bergelugor dan sayur-sayuran. ii) Cetakan benam:Imej terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau plat.Teknik yang digunakan ialah garisan asid, turisan, akuatin dan mesotin.Kaedah yang berlawanan dengan cetakan timbul.
  4. 4. 4|Page iii) Cetakan planograf:Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar. Dikenali juga sebagai litografi.Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan air dan ia menggunakan blok batukapur. Apabila dihasilkan ia kelihatan seolah-olah lukisan pensel. iv) Cetakan stencil (sarigrafi): Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu pemidang. Imej terhasil melalui potongan kertas pendua, filem laker atau skrin foto emulsi. Sekuji digunakan untuk menyapu dakwat di atas skrin pemidang.Murid akan menggunakan semua deria dan melakukan pemerhatian secara aktifterhadap apa yang mereka mahu perhatikan. Dengan melakukan pemerhatian, muridakan dapat berimaginasi dan menggambar apakah bentuk cetekan yang akan merekahasilkan nanti. Contoh hasil cetakan menggunakan buah-buahan yang sudah dipotong
  5. 5. 5|Page Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini, guru akan membawa beberapa jenisbunga seperti bunga matahari dan bunga raya. Murid dikehendaki membuatpemerhatian secara aktif terhadap bentuk bunga-bunga tersebut untuk menghasilkancetekan berbentuk bunga. Murid diberi batang pelepah pisang,ubi kentang, kacangbendi dan bawang untuk membuat cetakan. Pemerhatian secara aktif berlaku sekiranyamurid berjaya menghasilkan cetakan berbentuk bunga yang telah diarahkan oleh guru. 1.2 Bidang Membuat Corak dan Rekaan Dalam bidang membuat corak dan rekaan pula, pemerhatian secara aktifdiperlukan supaya sebuah cork dan rekaan dapat dihasilkan mengikut contoh yangtelah ditentukan. Semasa membuat corak dan rekaan, semua pancaindera terlibatseperti mata untuk memerhatikan contoh dan tangan untuk melakukan corak sertarekaan tersebut. Antara teknik dalam membuat corak dan rekaan ialah kolaj dan catan. Teknik kolaj dan catan Teknik ini merupakan corak terancang. Kolaj bermakna potong, koyak, gunting,gam dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan seperti cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D yang mengandungi sebahagian imejseperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih untuk menjadi satukomposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas daripada imej yangberlainan dan daripada berbagai media. Ia juga dapat menghasilkan satu komposisiartis daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berbeza dandaripada berbagai warna dan corak berjalinan dihasilkan secara ‘superimpose’ diantara satu sama lain dengan menggam berbagai elemen supaya menjadi satu gambarbagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.
  6. 6. 6|Page Contoh hasil kerja teknik kolaj Teknik kolaj juga memerlukan pemerhatian yang aktif sebelum melakukannyadan murid hendaklah memerhatikan contoh yang ditunjukkan oleh guru sebelummembuat kolaj untuk gambar tersebut. Semasa membuat kolaj, murid akan merasaisecara konkrit bagi endapatkan imej mental. Sebagai contoh, semasa sesi P&P, gurumengedar gambar pelbagai haiwan yang mereka kenali di daratan atau lautan danmurid dikehendaki membuat pemerhatian secara terperinci melalui gambar tersebut. Hal ini kerana, pemerhatian yang aktif dapat memberi gambaran yang jelassebelum proses kolaj dilakukan. Selepas pemerhatian dilakukan, murid dikehendakimelukis haiwan tersebut,menggunting kertas warna mengikut warna haiwan kepadacebisan yang kecil dan menampal cebisan kertas warna tadi di dalam lukisan haiwantersebut. Dalam bidang ini, teknik catan juga memerlukan murid membuat pemerhatiansecara aktif kerana ia merupakan teknik yang memerlukan murid melaksanakan prosesmenyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Selain itu,ia juga bersifatdua dimensi yang biasanya diwarnakan di atas permukaan pelbagai jenis kertas, kainatau kanvas.
  7. 7. 7|Page Contoh hasil kolaj yang siap di jalankan Semasa melakukan teknik catan dalam sesi P&P, guru akan membawa pelbagaijenis buah-buahan seperti rambutan,limau, pisang dan sebagainya atau bunga-bungaan. Sebelum menghasilkan catan, murid dikehendaki memerhati bentuk dancorak pada buah-buahan atau bunga-bungaan tersebut. Selain bentuk dan corak,warna buah-buahan dan bunga-bungaan tersebut juga perlu dibuat pemerhatian secaraterperinci supaya murid dapat menghasilkan catan berdasarkan buah-buahan ataubunga-bungaan sebenar yang dibawa oleh guru.
  8. 8. 8|Page1.3 Bidang membentuk dan membuat binaanBidang membentuk dan membuat binaan mempunyai kaitan dengan pemerhatiansecara aktif. Murid menggunakan kesemua deria yang ada dalam membentuk danmembuat binaan. Antara teknik yang digunakan dalam membentuk dan membuatbinaan ialah teknik mobail dan topeng. Mobail ialah hasil kerja yang berupa bentuk-bentuk tertentu yang digantung sbagaiperhiasan. Imbangan menjadi factor paling penting semasa menggantung bentuk-bentuk tersebut. Mobail dapat dibahagikan kepada dua katogeri iaitu mobail lipatan danmobail potongan. Semasa teknik mobail dilaksanakan dalam P&P, perkara utama yangmurid perlu lakukan ialah membuat pemerhatian secara aktif terhadap contoh yangdiberikan oleh guru atau melihat persekitaran. Contoh hasil kerja teknik mobail yang siap dihasilkan Guru boleh menunjukkan contoh mobail yang telah siap dibuat kepada murid. Selepas pemerhatian, murid dikehendaki membuat mobail dengan menggunakan
  9. 9. 9|Page kreativiti mereka sendiri. Dalam menghasilkan mobail, murid dikehendaki melukisgambar pelbagai jenis binatang seperti rama-rama dan sebagainya. Kemudian merekamewarna da menggunting bentuk gambar yang telah siap. Melalui pemerhatian secaraaktif, mereka juga dikehendaki membuat lubang dan menggantung rama-rama tersebut pada lidi bagi membentuk mobail mengikut contoh yang telah ditunjukkan oleh guru. Teknik topeng pula merupakan salah satu teknik dalam bidang membentuk danmembuat binaan yang memerlukan murid membuat pemerhatian secara aktif.Pemerhatian secara aktif oleh murid amat dititikberatkan kerana jika tidak amat sukaruntuk murid melaksanakan teknik topeng. Dalam P&P teknik topeng, guru akanmenunjukkan contoh wajah haiwan seperti kucing. Contoh gambar topeng kucing Murid harus membuat pemerhtian secara aktif dan berfokus terhadap wajah kucingtersebut. Semasa membuat pemerhatian, murid hendaklah meneliti bentuk, corak,warna, saiz dan kedudukan setiap anggota yang ada di wajah kucing tersebut sepertimisai,mata,hidung,mulut dan bulu di mukanya. Guru membuat demonstrasi caramembuat topeng berwajah kucing berdasarkan pemerhatian secara aktif yangdilakukannya tadi.
  10. 10. 10 | P a g e 1.4 Bidang mengenal kraf tradisional. Dalam bidang ini pemerhatian secara aktif amat diperlukan kerana untuk membuatsesuatu kraf tradisional, murid hendaklah memerhati dan dapat merasai serbaberimaginasi mengenai sesuatu bayangan kraf. Oleh itu, melalui cara ini, pasti krafyang dihasilkan menjadi sangat menarik. Antara teknik yang digunakan dalam bidangini ialah teknik anyaman dan perhiasan diri. Dalam teknik anyaman murid hendaklahmembuat pemerhatian secara aktif semasa guru menunjukkan cara-cara membuatanyaman agar anyaman yang akan mereka hasilkan berjaya. Teknik anyaman dalam bidang mengenal kraf tradisional merupakan teknik yangmemerlukan pemerhatian secara aktif dan melibatkan semua pancaindera keranaanyaman akan menjadi sukar jika dilakukan secara tidak serius. Anyaman akan menjadicantik jika murid-murid pandai mengayam dan memilih perbezaan warna. Murid dapatmelakukan anyaman dengan baik jika guru menunjukkan contoh dan membimbingsemasa mengayam. Dengan ini, murid hendaklah peka mendengar arahan guru. Teknik anyaman Dalam teknik anyaman, semasa P&P murid hendaklah membuat pemerhatiansecara aktif semasa guru membuat demonstrasi mengayam kertas berwarna. Muridjuga harus meneliti contoh jenis-jenis anyaman yang ditunjukkan oleh guru. Selepas
  11. 11. 11 | P a g epemerhatian dibuat, murid-murid dikehendaki membuat anyaman menggunakan kertaswarna yang disediakan oleh guru mengikut kreaviti masin-masing. Teknik perhiasan diri dalam bidang mengenal kraf tradisional ialah seperti hiasangelang manik. Hiasan gelang memerlukan murid memilih warna manik yang sesuaiuntuk dijadikan hiasan diri. Dalam P&P teknik perhiasan diri ini, guru kan menunjukkancontoh gelang manik yang telah siap mengikut ton, warna dan saiz manik tersebut.Oleh itu, sebelum murid membentuk hiasan diri, mereka harus membuat pemerhatianberfokus terhadap contoh gelang manik yang ditunjukkan. Murid juga dapat merasai dan menggambar bentuk apa yang dihasilkan apabilasudah membuat pemerhatian secara aktif terhadap contoh gelang tersebut. Selepaspemerhatian dibuat, murid akan dibekalkan manik, gunting dan tali untuk melaksanakanteknik perhiasan diri dengan menghasilkan gelang tangan mengikut contoh yangdiberikan.
  12. 12. 12 | P a g e 2. INTERAKSI YANG KRITIS DAN KREATIF DENGAN ALAT DAN BAHAN. Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan mempunyai katan dengan bidang menggambar, bidang membuat corak dan rekaan, bidang memebentuk dan membuat binaan dan juga bidang mengenal kraf tradissional. 2.1 Bidang Menggambar. Untuk bidang ini, interaksi yang kreatif dan kritis dengan alat dan bahan amat digalakkan kepada murid kerana semasa interaksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan meyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Dengan ini, murid dapat meneroka bidang menggambar. Proses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Teknik yang dipilih ialah teknik mozek. Teknik mozek ialah teknik di mana bahan-bahan seperti kepingan kertas, syiling atau serpihan mozek disusun di atas kertas bagi menggambar corak tertentu. Teknik mozek dalam P&P memerlukan murid-murid menjalankan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. Sebagai contoh, guru menyuruh murid membuat seekor ikan di atas kertas lukisan melalui teknik mozek dengan menggunakan kepingan kecil kulit majalah dan kertas lukisan secara kreatif dan kritis. Melalui teknik mozek ini, murid dikehendaki menyusun dan menampal kepingan kecil kulit majalah di atas kertas lukisan bagi menghasilkan mozek seekor ikan.
  13. 13. 13 | P a g e Teknik mozek seekor ikan yang dihasilkan oleh murid Contoh teknik mozek sebiji buah epal Selain itu, antara teknik yang digunakan adalah teknik gosokan. Kegiatan gosokan menjadi salah satu cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam bidang menggambar dan ia menjadi salah satu cara yang kreatif untuk mempersembahkan suatu hasil kerja seni.
  14. 14. 14 | P a g e Menurut Glosari Seni Lukisan, gosokan bermakna jalinan bentuk atau corak dari suatu permukaan ke permukaan pada sesuatu permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan. Ia menjadi salah satu cara yang kreatif untuk mempersembahkan suatu hasil kerja seni. Hasil pembelajaran yng dapat diperoleh ialah murid dapat menggunakan teknik gosokan dengan menggunakan pelbagai alat bahan dan teknik-teknik yang sesuai melalui penerokaan secara kreatif. Teknik gosokan duit syiling Dalam P&P teknik gosokan, guru akan meyediakan pensel warna kertas luksan,keingan duit syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen sebagai bahan untuk murid menjalankan teknik gosokan. Murid diminta melukis gambar seekor ikan di atas kertas lukisan, kemudian guru akan memberi kepingan syiling kepada murid. Selepas itu, murid diminta untuk
  15. 15. 15 | P a g e meletakkan kepingan duit syiling di bawah kertas yang mempunyai gambar ikan dan menggosokkan duit tersebut dengan menggunakan pensel warna. P&P ini memerlukan murid membuat goosokan dengan pebagai saiz duit syiling menggunakan pensel warna sehingga memenuhi ruang dalam lukisan ikan. 2.2 Bidang membuat corak dan rekaan. Dalam bidang ini, kaitannya sangat rapat dalam interaksi yang kreatif dan krtitis dengan alat dan bahan kerana murid akan berinteraksi dengan alat dan bahan untuk menghasilkan corak dan rekaan yang lebih menarik. Teknik yang digunakan ialah teknik lipatan dan guntingan serta teknik kolaj. Hasil pembelajaran bagi bidang ini ialah untuk menghasilkan kesan corak dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik. Teknik ini adalah teknik di mana kertas dilipat kemudian digunting mengikut corak atau motif yang hendak dihasilkan. Dalam teknik ini murid harus berhati-hati semasa melipat dan menggunting supaya dapat menghasilkan rupa bentuk atau motif yang cantik dan menarik. Hasil kerja aktiviti ini biasanya dua atau tiga dimensi. Teknik ini memerlukan interaksi dengan alat dan bahan untuk menghasilkan corak dan rekaan yang kreatif serta digalakkan untuk meneroka bagi mendapatkan corak yang kritis. Selain itu juga, ia dapat mengembangkan psikomotor murid-murid.
  16. 16. 16 | P a g e Contoh hasil guntingan dan lipatan Dalam sesi P&P, guru boleh menyediakan alat dan bahan seperti kertas warna dan gunting untuk menjalankan teknik ini. Guru akan menunjukkan contoh corak lipatan dan guntingan yang telah siap dihasilkan. Selepas itu, guru menerangkan cara untuk membuat lipatan dan guntingan pada kertas warna untuk menghasilkan motif berbentuk dua dan tiga dimensi. Seterusnya murid dikehendaki membuat lipatan dan guntingan untuk menghasilkan pelbagai rupa bentuk dan motif yang kreatif. Contoh teknik kolaj rama-rama
  17. 17. 17 | P a g e Selain itu, teknik kolaj juga merupakan satu teknik dalam bidang membuat corak dan rekaan yang memerlukan murid berinteraksi secara kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. Dalam teknik ini, murid dapat menggunakan idea dan kreativiti mereka sendiri dalam membuat kolaj yang terbaik menggunakan alat dan bahan yang disediakan guru. Dalam proses P&P teknik kolaj, guru harus menyediakan alat dan bahan seperti gunting, kertas warna, kertas, lukisan dan gam untuk menghasilkan sesuatu kolaj. Guru menunjukkan cara membuat kolaj yang kreatif menggunakan alat dan bahan yang telah disediakan mengikut contoh yang diberikan. 2.3 Membentuk dan Membuat Binaan Bidang membentuk dan membuat binaan mempunyai kaitan dengan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan kerana untuk membentuk dan membuat binaan, murid memerlukan idea yang banyak dan menarik. Hal ini menggalakkan murid untuk membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan sekaligus proses ini dapat memperkembangkan aspek psikomotor murid-murid. Antara contoh teknik yang digunakan ialah teknik boneka dan model.
  18. 18. 18 | P a g e Contoh jenis boneka tangan Untuk teknik boneka, jika murid-murid dapat berinteraksi dengan alat-alat dan bahan, sudah pasti mereka pakar dalam membentuk dan membuat boneka yang lebih kreatif dan menarik. Antara contoh boneka ialah boneka ular, arnab, kucing dan ayam. Dalam sesi P&P teknik boneka, guru boleh menjalankan teknik boneka menggunakan pelbagai alat dan bahan. Sebagai contoh, jika guru ingin murid-murid menghasilkan boneka katak, alat dan bahan seperti gunting, kain pelbagai warna, kapas benang dan jarum hendaklah disediakan. Untuk menghasilkan boneka katak ini, murid hendaklah berinteraksi dengan alat dan bahan seperti menjahit mata katak, menggunting dan membentuk badan katak menggunakan jahitan benang dan meletakkan kapas di dalam badan katak. Oleh itu interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan angatlah penting dalam menghasilkan boneka yang menarik.
  19. 19. 19 | P a g e Untuk teknik model, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan sangatlah penting untuk menghasilkan model yang terbaik dan menarik. Antara contoh model ialah kenderaan, model rumah dan sebagainya. Dalam sesi P&P teknik modal, guru boleh menyediakan alat dan bahan seperti gunting, tali, kotak, kertas warna, kad manila dan gam. Murid ditunjukkan contoh model kenderaan seperti kereta api kepada murid-murid. Guru juga terlebih dulu akan menunjukkan cara membuat model kepada murid dari satu peringkat ke satu peringkat. Selepas itu murid dibekalkan alat dan bahan seterusnya dikehendaki membuat model kenderaan masing-masing mengikut kreativiti sendiri. 2.4 Bidang mengenal kraf tradisional. Dalam bidang ini,interaksi yang kritis dan kretif dengan alat bahan dititik beratkan hal ini kerana untuk menghasilkan sesuatu kraf traditional seperti anyaman dan batik amat memerlukan manipulasi alat dan bahan kerana kedua-dua contoh tersebut mempunyai motif kraf yag kompleks. Aspek psikomotor murid juga dapat berkembang semasa melakukan anyaman dan juga batik. Teknik dalam bidang mengenai kraf tradisional ialah teknik tembikar dan juga anyaman. Contoh hasil teknik tembikar
  20. 20. 20 | P a g e Teknik tembikar adalah cara membuat tembikar dengan menggunakan tanah liat. Guru boleh membawa murid melawat kilang membuat tembikar. Murid diberi peluang berinteraksi dengan alat dan bahan yang disediakan di kilang tersebut. Sebagai contoh, alat dan bahan yang digunakan ialah tanah liat dan mesin pemusing. Semasa membuat tembikar, manipulasi alat seperti alat mesin pemusing dan juga tangan serta bahan seperti tanah liat bersangkut paut kerana jika murid-murid tidak mempunyai kemahiran memanipulasi alat dan bahan, kraf tradisional yang kreatif tidak dapat dihasilkan dalam teknik ini juga murid harus berhati-hati semasa berinterksi dengan mesin pemusing supaya dapat menghasilkan badan tembikar yang cantik dan halus permukaannya. Jika mesin pemusing tiada kerana proses P&P dijalankan di bilik darjah, guru boleh menggunakan inisiatif lain seperti menyediakan sendiri tanah liat bagi membentuk tembikar dengan menggunakan alat seperti pisau, pengayak, pinggan, penggelek, dawai pemotong, kayu pembentuk, papan gelek, piring, pisau dan sebagainya. Oleh itu, melalui interaksi pelbagai alat dan bahan ini, mendapat menghasilkan tembikar yang baik dan menarik. Dalam teknik anyaman, murid juga perlu memanipulasi alat dan bahan yang perlu digunakan dalam anyaman. Dalam proses P&P teknik anyaman, guru boleh menyediakan kertas warna, gunting dan gam untuk menghasilkan anyaman seperti tikar mengkuang. Guru akan menunjukkan cara membuat anyaman kepada murid dan murid harus menghasilkan anyaman melalui contoh yang ditunjukkan oleh guru. Dalam teknik ini, murid harus menggunakan semua alat dan bahan yang disediakan supaya proses menganyam dapat dilaksanakan dengan baik. Anyaman yang menarik dengan motif yang cantik akan terhasil jika murid berinterksi secara kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
  21. 21. 21 | P a g e 3. APRESIASI SENI VISUAL SECARA MUDAH Aapresiasi seni visual memberi pengalamana kepada murid mengenali aspek seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula, boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi. Aspek aprisiasi seni visual secara mudah dikaitkan dengan bidang menggambar, bidang membuat corak dan rekaan, bidang membentuk dan membuat binaan dan juga bidang mengenai kraf tradisional. 3.1 Bidang menggambar. Dalam bidang menggambar, aspek-spek aprisiasi dan seni visual secara mudah dapat memberikan gambaran dan pengalaman tentang aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid juga dapat mengenali tokoh-tokoh dalam bidang menggambar dan menghargai sumbangan mereka. Teknik yang dapat digunakan dalam aspek apresisi seni visual, secara mudah dalam bidang menggambar ialah teknik lukisan iaitu membuat perbandingan dan membincangkan tentang karya pelukis tempatan yang dipamerkan dan menghargai sumbangan mereka. Sebagai contoh, guru membawa murid pergi melawat ke galeri seni lukisan yang menempatkan dan mempamerkan karya-karya lukisan daripada tokoh-tokoh pelukis tempatan yang terkenal seperti A. Latif Mohideen, Daeng Ariffin, Suzli Ibrahim, Yuen Chee Ling dan sebagainya.
  22. 22. 22 | P a g e Melalui cara ini, murid-murid secara tidak langsung dapat mengenali tokoh-tokoh pelukis tempatan yang ada di Malaysia dan menghargai sumbangan mereka dalam bidang lukisan. Semasa di galeri seni, murid dikehendakai mengumpul maklumat tentang tokoh-tokoh pelukis dan karya yang dihasilkan dan meneliti lukisan yang berbentuk imej. Menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Didalam kelas, murid dikehendaki membuat perbandingan dan membincangkan tentang karya pelukis tempatan yang dipamerkan. Guru boleh berbincang bersama murid mengenai maksud yang tersirat yang terdapat pada karya-karya lukisan yang dipamerkan seperti luahan perasaan daripada tokoh dan sebagainya. Dalam teknik kolaj, aspek apresiasi seni visul secara mudah dapat dinyatakan dengan cara nyanyian dalam hal ini, guru menyuruh murid datang ke hadapan kelas dan menyanyikan sebuah lagu berdasarkan kolaj yang telah dihasilkan. Sebagai contoh, guru menyuruh murid menghasilkan kolaj bendera sekolah. Selepas itu, murid diminta datang ke hadapan kelas dengan membawa kolaj yang telah dihasilkan dan menyanyikan lagu sekolah. Melalui kaedah ini, murid-murid akan mendapat pengetahuan dan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan. Elain itu, melalui apresiasi seni visual ini, murid juga akan mendapat pengalaman yang tidak pernah mereka lalui. 3.2 Bidang membuat corak dan rekaan. Untuk bidang ini, presiasi seni visual secara mudah dapat dibuat melalui hasil kerja membuat corak dan rekaan yang dihasilkan. Hasil kerja murid dapat dijadikan sebagai bahan perbincangan. Dari situ akan timbul pelbagai cara untuk menyampaikan pernyataan tentanghasil kerja seperti dengan cara lisan atau cerita.
  23. 23. 23 | P a g e Antara teknik yang digunakan ialah teknik lukisan. Dalam teknik ini, guru meminta murid melukis pelbagai pemandangan seperti pemandangan ditepi pantai, pemandangn di kaki bukit, pemandangan di sawah padi, pemandangn di kawasan air terjun dan sebagainya. Melalui teknik ini, murid-murid dapat mengenali warna-warna asas dalam kehidupan seharian mereka kerana murid menggunakan pelbagai warna untuk menghasilkan pemandangan tersebut. Selepas lukisan pemandanggan telah siap, guru meminta setiapa murid datang ke hadapan kelas dan membawa lukisan pemandangan yang telah dihasilkan. Seterusnya untuk mengapresiasikan seni visual secara mudah melalui teknik lukisan tersebut, murid yang datang ke hadapan kelas di minta untuk menyampaikan pernyataan tentang hasil kerja yang telah dibuat. Mereka di kehendaki menceritakan jenis apa pemandangan yang telah dihasilkan dan apakaah keindahan yang terdapat di dalam pemandangan tersebut. Secara tidak langsung, murid-murid dapat membuat perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja mereka. Melalui teknik catan, murid di kehendaki membuat portfolio melalui pengumpulan maklumat tentang tokoh-tokok seni catan seeerti Abdullah Ariff, Yong Mung Seng , dan O. Don Peris. Melalui pengumpulan maklumat tentang tokoh-tokoh catan tersebut, mereka akan mengkagumi dan menghargai sumbangana tokoh tersebut dalam bidang membuat corak dan rekaan lukisan melalui teknik catan. Selain itu, dalam portfolio tersebut juga, murid harus menyelitkan hasil kerja catan yang telah dihasilkan. Dengan ini, murid dapat membuat pernyataan hasil kerja mereka dalam bentuk karangan. Melalui cara ini, ia memberi pengalaman kepada murid dalam mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannnya dalam pelbagaai kehidupan dari segi keindahan dan fungsi catan
  24. 24. 24 | P a g e tersebut. Semua ini merupakan aspek pengetahuan seni visual dan bidang membuat corak dan rekaan melalui teknik catan. 3.3 Bidang membentuk dan membuat binaan. Aspek apresiasi seni visual secara mudah dapat dilakukan melalui bidang membentuk dan membuat binaan, melalui bidang ini, teknik yang boleh digunakan ialah teknik boneka. Dalam hal ini, guru akan menyediakan alat dan bahan untuk urid menghasilkan bahan boneka. Guru memberi peluang kepada murid untuk menghasilkan boneka haiwan yang di gemari. Selepas proses membentuk boneka yang digemari sudah siap, guru akan meminta murid untuk menyatakan apa yang dilihat dari aspek pengetahuan seni visual dan dari segi keindahan serta fungsi boneka tersebut. Murid juga akan menyatakan hasil kerja tersebut melalui cara seperti berlakon dengan menggunakan boneka. Murid dikehendaki melakonkan watak melalui boneka yang telah mereka hasilkan. Oleh itu, melalui cara ini secara tidak langsung aspek pengetahuan dan kegunaannya dapat diterapkan dalam diri murid melalui teknik boneka. Teknik seterusnya dalam bidang membentuk dan membuat binaan ialah teknik origami. Dalam teknik ini, guru mengajar murid membuat origami binatang seperti angsa, badak, itik, katak, arnab dan burung. Selepas tiu murid-
  25. 25. 25 | P a g e murid dikehendaki memilik satu origami haiwan yang paling disukai berdasarkan origami haiwan yang telah diajar oleh guru sebentar tadi. Mereka boleh menggunakan pelbagai kertas warna untuk menghasilkan origami masing- masing. Selepas selesai membentuk origami haiwan pilihan mereka dikehendaki membuat satu puisi berkaitan bentuk origmi haiwan tersebut. Seterusnya, mereka diminta pergi ke hadapan kelas dan membacakan puisi yang telah dihasilkan sambil memegang origami haiwan tersebut. Melalui kaedah ini, murid diterapkan keindahan dan fungsi teknik origami itu sendiri. 3.4 Bidang mengenai kraf tradisional. Dalam bidang ini, apresiasi seni visual secara mudah dapat diberikan melalui dengan cara mengajar murid mengenali dan menghargai sumbangan tokoh kraf dan dapat membuat pernyataan tentang hasil kerja sendiri dan rakan secara kritis dan kreatif. Antara teknik yang digunakan ialah teknik batik. Guru boleh mengadakan lawatan ke kilang batik. Contohnya kilang Noor Arfa Batik. Melalui lawatan ini murid-murid didedahkan cara-cara membuat batik seperti melukis dan mencetak. Selain itu, mereka juga diberi peluang untuk mencuba sendiri melukis batik di kilang tersebut. Pada masa ayang sama mereka boleh mengenali pelukis-pelukis batik yang berkhidmat di kilang tersebut seterusnya menghargai sumbangan mereka terhadap batik yang dihasilkan. Oleh itu, melalui
  26. 26. 26 | P a g e lawatan ini, guru dapat memberi pengalaman dan pengetahuan tentang teknik batik yang terdapat dalam bidang kraf tradisional. Teknik tembikar merupakan teknik yang terdpat dalam bidang mengenal kraf trdisional. Guru boleh membawa murid-murid ke kilang tembikar Labung Sayung yang terdapat di Kuala Kangsar, Perak. Melalui lawatan ini, murid boleh mendapat pengetahuan tentang cara membuat tembikar sekaligus mencuba membuat tembikar tersebut. Murid-murid juga dikehendaki mendapatkan maklumat mengenai bentuk-bentuk tembikar yang dihasilkan, fungsi dan kepentingannya dalam kehidupan seharian untuk dibincangkan ketika berada di dalam kelas. Selain itu, guru juga boleh memperkenalkan tokoh pembuat tembikar iaitu Noriah bt Mat Ali yang berasal dari Pahang. Teknik membentuk tembikar 1. Teknik picit Dengan menekan dan memicit ketulan tanah liat dari bahagian tengah. 2. Teknik lingkaran .Tanah liat digelek dengan tangan menjadi lingkaran panjang dan dilingkar membentuk tembikar
  27. 27. 27 | P a g e 3. Teknik acuan . Tanah liat yang cair dituang ke dalam acuan plaster of paris dan dibiarkan dalam beberapa minit kmdn lebihan tanah liat di tuang keluar. 4. Teknik putaran . Menggunakan mesin pemutar. Tanah liat diletakkan ke atas mesin dan dibentukkan semasa mesin berputar. 5. Teknik kepingan Kepingan tanah liat dicantumkan menggunakan slip tanah/tanah liat cair untuk mendapatkan bentuk Melalui cara ini murid boleh dikehendaki mengumpul maklumat tentang tokoh seni kraf tembikar dan juga sumbangannya. Oleh itu, kaedah ini boleh membentuk murid mendapat pengetahuan tentang tembikar dan kegunaanya dalam pelbagai kegiatan kehidupan.
  28. 28. 28 | P a g e Tokoh-tokoh Tembikar 1. Puan Hasnah Adnan dan adiknya dari Sayong, Kuala Kangsar. 2. Puan sofia dari Kampung Kepala Bendang 3. Puan Hawa ngah Salam dan adik-beradiknya dari Kampung Baru, Pulau Tiga 4. Hajah Rogayah Saleh dari Pulau tiga, perak 5. Cik Siti Wan kembang dari KampungMambong, Kelantan 6. Ng Lee Huat dari Kuching,Sarawak 7. Mohd. Nooraini alang Othman(Nomadd) dari Kuala Kangsar, Perak.
  29. 29. 29 | P a g e 4. MENGHARGAI NILAI BAIK DALAM SEMUA ASPEK KEHIDUPANDalam seni visual, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspekyang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memeliharadan memulihara alam sekitr, nilai patriotism, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan inimurid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengansemua keadaan. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan terdapat dalamsemua bidang iaitu bidang menggambar, bidang membuat corak dan rekaan, bidangmembentuk dan membuat binaan dan juga bidang mengenal kraf tradisisonal.4.1 Bidang menggambar.Dalam bidang menggambar menghargai nilai baik dalam semua aspek dapatditerapkan dalam teknik lukisan dan juga teknik gurisan. Dalam teknik lukisan, gurumengarahkan murid membuat lukisan mengenai alam semula jadi seperti kehidupanflora dan fauna. Melalui cara ini murid akan menghayati alam semulajadi dan guru akanmenerapkan nilai baik dalam aspek kehidupan. Sebagai contohnya, murid menghargaisegala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupannya. Selain itu guru jugamenerapkan nilai memelihara dan memulihara alam sekitar daripada kepupusan.Secara tidak langsung, murid akan menghargai alam ciptaan tuhan yang tiada tolakbandingnya. Dalam teknik gurisan, guru juga boleh menerapakan nilai baiaka dalam semuaaspek kehidupan. Dalam P&P teknik gurisan, guru mengajar murid membuat gurisan keatas tembikai dengan menggunakan paku. Apabila melakukan gurisan, secara tidaklangsung, serpihan tembikar akan jatuh bagi membentuk gambaran corak titik untukmenerapkan nilai baik, guru akan menyuruh dan memastikan murid-muridnya agarmembuang dan menyapu sisa buangan selepas membuat teknik gurisan. Dengan ininilai kebersihan dapat diterapkan dalam diri murid. Selain itu, nilai mendengaar arahan
  30. 30. 30 | P a g edapat diterapkan dalam diri murid kerana mereka mendengar arahan uyang diberikanoleh guru iaitu membuang sisa buangan selepas selesai menghasilkan gurisantembikar.4.2 Bidang membuat corak dan rekaanUntuk bidang membuat cork dan rekaan, menghargai nilai baik dalam semua aspekjuga dapat diterapkan. Sebagai contoh, nilai menyayangi dapat dipupuk dalam dirimurid semasamembut corak dan rekaan dalam teknik lukisan. Dalam kaedaha ini gurumenyuruh murid membuat lukisaan tentng orang yang paling disayangi, antaranya ibu,bapa, kakak, abang dan adik. Daripada tajuk tersebut, secara tidak langsung guru bolehmenerapkan nilai menyayangi keluarga dalam diri murid-murid. Teknik kolaj juga boleh digunakan untuk menerapkan nilai baik dalam semuaspek kehidupan. Dalam teknik ini, guru mengarahkan murid membuat kolaj haiwankesayangan mereka. Oleh itu, guru boleh menerapkan nili baik iaitu sayang kepadahaiwan peliharaan mereka. Selain itu, guru juga menerapkan nilai kebersihan dalam dirimurid-murid. Sebagai contoh, mereka diminta tidak membuang cebisan-cebisan kertasmerata-rata semasa membuat kolaj. Oleh itu, melalui teknik kolaj ini, banyak nilai baikyang boleh diterapkan dalam diri murid-murid.4.3 Bidang membentuk dan membuat binaan.Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan juga dapat diterap dalam bidangmembentuk dan membuat binaan. Contohnya menggunakan teknik topeng. Melaluitema tokoh negara yang diminati murid dikehendaki memilih tokoh Negara yangdiminati dan dikagumi. Selepas itu, guru akan mengarahkan murid membuat topenggambar tokoh Negara yang diminati. Dalam hal ini, nilai baik seperti nilai patriotisma
  31. 31. 31 | P a g edapat diterapkan dalam diri murid-murid scara tidak langsung nilai baik sepertimenghargai sumbangan tokoh-tokoh Negara juga dapat diterapkan dalam diri murid. Pelukis terkenal Malaysia, Yusof Ghani Abdul Latiff Mohidin yang terkenal dengan karya ‘Pago-Pago’ Oleh itu, teknik ini sesuai digunakan untuk guru menerapkan nilai baik dalamsemua aspek kehidupan murid-muridnya. Begitu juga dengan teknik boneka, ia jugaboleh dipupuk dengan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Gurumenyediakan alat dan bahan untuk menghasilkan boneka haiwan dan tumbuhan.Contohnya boneka haiwan yang guru ingin murid hasilkan ialah boneka burung, gajah,kucing, harimau dan sebagainya. Contoh boneka tumbuhan pula yang guru ingin muridhasilkan ialah boneka pokok bunga, pokok kelap dan sebagainya. Selepas menyiapkan boneka-boneka tersebut, murid dikehendaki membuatdemonstrasi tentang memelhara dan memulihara flora dan fauna menggunakan bonekahaiwan dan tumbuhan dan haiwan yang telah dihasilkan. Oleh itu, melalui cara ini, guru
  32. 32. 32 | P a g etelah menerapkan nilai menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran sertamenyayangi dan menghargai flor a dan fauna.4.4 Bidang mengenal kraf tradisional.Dalam bidang ini, menghargai nilai baik dalam aspek kehidupan diterapkan melaluiteknik membuat batik. Dalam teknik ini, guru membawa murid melawat kilang batik.Semasa berada dikilang tersebut murid diberi peluang melukis sendiri batik.Dalam hal ini nilai menyayangi dan menghargai seni batik diterapkan dalam diri pelajarkerana batik adalah salah satu kraf tradisional dalam Negara dan salah sau warisannenek moyang kita.
  33. 33. 33 | P a g e Teknik tembikar pula dapat dterapkan dengan nilai baik seperti kepekaansemasa membuatnya. Hal ini kerana ika kita tidak peka pasti tidak akan menjaditembikar yang diingini. Dalam hal ini, guru membawa murid ke kilang membuattembikar untuk mendedahkan cara-cara membuat tembikar. Semasa dikilang tersebutmurid-murid diberi peluang utnuk membuat tembikar. Untuk menghasilkan tembikarbermutu dan menarik, kepekaan harus ada dalam diri. Oleh itu, keadaan ini secaratidak langsung menerapkan nilai baik dalam diri murid. Dan guru juga menyatakanbahawa jika kit tidak peka melakukan sesuatu, ia tidak akan membuahkan hasil yanglumayan.3.0 RUMUSAN.Kesimpulannya, tumpuan utama pendidikan seni visual yang merangkumi empat apekutama yang telah dibincang di atas merupakan perkara asas untuk gurumemperkembangkan potensi murid khususnya dalam kegiatan pemikiran, penerokaan,pernyataan idea, ekspresi diri dan penghasilan karya-karya yang bermutu tinggi, selainitu, empat bidang yang dibincangkan di atas juga merupakan pelbagai teknik-teknik
  34. 34. 34 | P a g etertentu yang boleh digunakan oleh guru dalam kaedah pengajaran dan pembelajaranseni visual.Sungguhnya tumpuan utama pendidikan seni visual KBSR dan bidang-bidangpendidikan seni visual KBSR sangatlah penting dalam m elahirkan insan yangharmonis, kreatif, menghargai keindahan alam dan warisan bangsa.
  35. 35. 35 | P a g eRUJUKANKementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual,KBSR. K.L.: DBP.Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan SeniVisual, KBSR. K.L.: DBPMalaysia (1965). Rancangan Malaysia Pertama 1966-1970. Kuala Lumpur: JabatanPercetakan Negara.Malaysia (1999). Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990. Kuala Lumpur: JabatanPercetakan Negara.Abu Zahari b. Abu Bakar ( 1992 ), Psikologi Pendidikan Untuk Guru, Pustaka DeltaPelajaran Sdn.Bhd, Selangor Darul Ehsan.Choong Leong Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. K.L.:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

×