Prinsip-prinsip Asas E-Construction, K-Constructions dan Groupware Technology
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Prinsip-prinsip Asas E-Construction, K-Constructions dan Groupware Technology

on

  • 1,073 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,073
Views on SlideShare
1,067
Embed Views
6

Actions

Likes
0
Downloads
15
Comments
0

1 Embed 6

http://materikuliah.info 6

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Prinsip-prinsip Asas E-Construction, K-Constructions dan Groupware Technology Prinsip-prinsip Asas E-Construction, K-Constructions dan Groupware Technology Document Transcript

  • BAB III PRINSIP-PRINSIP ASAS E-CONSTRUCTION , K-CONSTRUCTIONS DAN GROUPWARE TECHNOLOGY3.1 Pengenalan Pembinaan berelektronik (Electronic Construction) atau lebih dikenalisebagai E-Construction merupakan satu idea membentuk teknologi maklumat danjaringan elektronik di industri pembinaan untuk tujuan komunikasi dan pertukaraninformasi. Knowledge based Construction atau lebih dikenali sebagaiK-Constructions merupakan salah satu konsep yang agak baru dalam industripembinaan. K-Constructions adalah berdasarkan konsep K-Economy yang telahdiaplikasikan di negara kita. Sebenarnya, konsep K-Constructions adalah lebihkurang sama dengan E-Construction, iaitu membawa impak dan revolusi kepadaindustri pembinaan dari segi pertukaran maklumat dan komunikasi. Namun,K-Constructions yang diaplikasikan dalam kajian ini lebih kepada pertukaran datadan informasi antara pihak-pihak yang terlibat dalam industri pembinaan. Konsepini masih dalam peringkat awalan dan dikaji untuk pelaksanaannya. Perisian berkumpulan (GroupWare Technology) merupakan perisian atauteknologi yang digunakan untuk menyokong segala aktiviti kerjasama berkumpulan
  • 41antara satu sama lain. GroupWare Technology merupakan satu sistem yangmemudahkan aktiviti-aktiviti kerjasama supaya lebih effisyen dan tinggi produktiviti.Dalam bidang kejuruteraan awam dan industri pembinaan, kerja berkumpulan dankerjasama antara pihak-pihak yang terlibat adalah penting dalam sesuatu projek.Untuk membentuk portal K-Constructions, GroupWare Technology harus dikajisecara mendalam. Dalam kajian ini, satu portal K-Constructions digunakan untukmengaplikasikan proses penghantaran dokumen dan pelan antara pihak-pihak dalamindustri pembinaan. Pembentukkan penghantaran dokumen secara berelektronikdalam industri pembinaan negara kita adalah amat penting untuk membolehkankomuniti pembinaan membangun selaras dengan tahap teknologi yang dicapai hariini.3.2 Konsep K-Constructions K-Constructions merupakan satu konsep dalam mempertingkatkan industripembinaan yang terdiri daripada penghasilan, pengagihan dan penggunaanpengetahuan dan maklumat. Pengetahuan dan maklumat adalah asas dalam aplikasiK-Constructions. Prinsip yang ada pada aplikasi K-Constructions adalahpengetahuan dan maklumat dalam industri pembinaan dapat meningkatkan pulangandalam bidang ini. K-Constructions mempunyai ciri-ciri yang melibatkan penerokaanilmu pengetahuan yang berterusan dan sistem pembelajaran secara berlanjutan.Pembelajaran adalah penting tetapi aplikasi pengetahuan baru juga harusdititikberatkan. Pembangunan teknologi dan inovasi memainkan peranan yangpenting dalam mengaplikasikan K-Constructions. Ia melibatkan konsep bagaimanapihak-pihak yang terlibat dalam industri pembinaan menguruskan perkara-perkaradan melaksanakan sesuatu projek pembinaan.
  • 42 Komunikasi dan pertukaran informasi berkedudukan paling tinggi dalamfactor-faktor menjayakan sesuatu projek pembinaan. Lantaran itu, K-Constructionsyang diaplikasi dalam industri pembinaan sanggup mengubah corak dan strukturaktiviti-aktiviti pembinaan terutamanya corak kerjasama di dalam komuniti industripembinaan. Satu persekitaran kerjasama dan struktur aliran informasi antara pihakarkitek, pengurus pembinaan, jurutera perunding, pembekal bahan binaan,kontraktor, sub-kontraktor, pemaju projek dan majlis tempatan dapatdipertingkatkan.3.3 Aplikasi E-Construction Konsep E-Construction merupakan satu idea untuk membentuk rangkaiandan teknologi komunikasi berelektronik yang lengkap dalam industri pembinaan.Teknologi maklumat dan pelbagai alat telekomunikasi yang canggih sudahmengubah cara pertukaran informasi dan berkomunikasi di kalangan masyarakatkita. Teknologi elektronik digunakan untuk meningkatkan corak komunikasi kitayang wujud dan sanggup mengubah proses komunikasi kita untuk menempuhcabaran baru dalam aktiviti-aktiviti tertentu. Dalam era globalisasi ini, perusahaanpembinaan harus bergerak serentak dengan arus pembangunaan teknologi maklumatdan merompak semula struktur lama industri ini. Pendekatan baru ini dijangka dapatmeningkatkan kecekapan dan mengurangkan kesilapan manusia dengan bantuankomputer. Selain itu, hubungan antara komuniti industri pembinaan dieratkan,proses dagangan di kalangan komuniti industri ini dapat dipermudahkan, dayasaingan dipertingkatkan dan masa dan aliran modal dapat dijimatkan. Ini seterusnyamembawa peningkatan yang mendadak kepada produktiviti dan kualiti produkpembinaan. E-Construction merupakan satu konsep yang agak baru di kalangan komunitiyang terlibat dalam industri pembinaan, lebih-lebih lagi konsep K-Constructions.
  • 43Namun, konsep E-Construction telah luas diaplikasikan di negara-negara maju yanglain. Antara aplikasi yang diperkenalkan adalah Information and CommunicationTechnology (ICT), One Stop Submission Centre (OSSC) dan Construction IndustryTrading Electronically (CITE), Construction And Real Estate Network (CORENET)dan Telepresence. Aplikasi-aplikasi ini boleh dijadikan sebagai pendekatan dan ideauntuk membentukkan satu model pembinaan berelektronik di negara kita. Misalnya,OSSC merupakan satu kemudahan jaringan internet yang menyediakan perkhidmatanpenghantaran dokumen dan pelan elektronik kepada agensi atau pihak berkuasatempatan untuk diluluskan. Proses penghantaran dokumen ini dapat dipermudahkanmelalui OSSC. Oleh itu, aplikasi OSSC ini dapat dijadikan sebagai rujukan dalamkajian ini untuk memudahkan proses penghantaran dokumen dan pelan antaarkomuniti industri pembinaan. Portal E-Construction terbentuk daripada kemudahan-kemudahan seperti On-line Tender / Electronic Tender dan informasi, penghantaran pelan dan dokumenberelektronik kepada pihak berkuasa tempatan (Electronic Submission to LocalAuthority), pengkongsian ruang kerja, data dan informasi (Shared Workspace),elektronik dagangan (E-Commerce) antara kontraktor dengan pembekal, pengawasandan pengurusan tapak bina secara masa benar (Real-Time Site Monitoring),mesyuarat siber secara masa benar (Real-Time Electronic Meeting), komunikasitanpa wayar (Wireless Communications), elektronik katalog dalam industripembinaan (E-Katalog), On-line Buletin dan iklan kerja dan lain-lain kemudahandan sistem yang membolehkan penggunanya nikmati. Portal ini dijelaskan secaramendalam dalam sub-topik 3.5.3.4 Aplikasi GroupWare Technology Teknologi perisian berkumpulan (GroupWare Technology) direkabentukuntuk memudahkan kerja berkumpulan. Teknologi ini diaplikasikan dalam aktiviti-
  • 44aktiviti komunikasi, kerjasama, penyelesaian masalah dan perundingan. Padapandangan Peter dan Trudy Johnson-Lenz yang memperkenalkan idea ini,GroupWare Technology merupakan proses dan kerja berkumpulan yang dibantudengan perisian komputer (Coleman, D.,1997). Selain itu, Doug Englebartmenerangkan GroupWare Technology sebagai evolusi bersama manusia dengansistem peralatan. Secara ringkasnya, GroupWare Technology dapat didefinisikansebagai satu teknologi yang mengabungkan perisian komputer untuk kerjasamaaktiviti-aktiviti manusia. GroupWare Technology telah menjadi semakin luas untukdigunakan dan banyak produk yang berasaskan rangkaian berelektronikdiperkenalkan dan dipasarkan dalam pasaran. Secara umum, perisian berkumpulan terdiri daripada tiga elemen utama, iaitupenggunaan dalam kerja umum, kerja pengkongsian persekitaran dan kerja yangmelibatkan elemen masa dan ruang masa (time and time space). GroupWareTechnology merupakan penggunaan komputer dan alat komunikasi untukmenyokong kerjasama berkumpulan supaya ia berjalan dengan lebih berkesan. Padaumumnya, GroupWare Technology terdiri daripada telefon, komputer dan bilikkonferensi. Penggabungan komponen-komponen ini merupakan sumber asas produkperisian berkumpulan ini dalam pasaran. Komponen-komponen dalam GroupWare Technology pada umumnya terdiridaripada surat dan pesanan berelektronik (Electronic Mail And Messaging),penjadualan berkumpulan (Group Calendaring And Scheduling), sistem mesyuaratberelektronik (Electronic Meeting System), pengurusan dokumen berkumpulan(Group Document Handling) serta perbincangan bukan secara masa benar (Non-realTime Conferencing). Kemudahan yang dicadangkan dalam GroupWare Technologyini adalah sesuai untuk diaplikasi dalam konsep K-Construction.
  • 453.5 Portal E-Construction Portal merupakan sesuatu rangka penghubung yang mutlak yangmembolehkan penggunanya melayari bidang-bidang yang dikehendaki. Salah satucontoh yang paling ketara ialah www.yahoo.com yang luas penggunaannya diseluruh dunia. Memandangkan kepentingan portal dan internet semakin ketara danberleluasa, maka adalah perlu untuk membentuk suatu portal dalam industripembinaan di negara kita agar komuniti yang terlibat dapat memajukan diri dalamteknologi hari ini. Contoh portal yang dicadangkan adalah Construction InformationTechnology Portal. Construction Information Technology Portal ini bertujuan untukmembekalkan satu rangka penghubung yang memberi pelbagai kemudahan kepadapenggunanya termasuk menghubungkan semua jaringan internet yang berkaitandengan industri pembinaan, menjadi satu pusat untuk pengumpulan semua maklumatdalam industri pembinaan dan mewujudkan industri pembinaan berelektronik dantanpa penggunaan kertas. Portal ini menjadi milik CIDB Malaysia. Portal inimenjadi tumpuan semua profesional dalam industri pembinaan dan pihak berkuasatempatan yang terlibat untuk penukaran maklumat dan perkongsian pengetahuan.Pihak-pihak yang terlibat dalam industri pembinaan dapat menikmati kemudahanyang dibekalkan dalam portal ini dengan hanya membayar wang langganan yangditetapkan. Syarikat-syarikat yang mendaftar sebagai ahli dalam portal ini dapatmenikmati faedah dan manfaat daripada pelbagai kemudahan yang disediakan sepertiE-Procurement, E-Tender, E-Submission dan lain-lain lagi. Kemudahan-kemudahan yang dibekalkan dalam portal ini dapat dibahagikepada dua bahagian, iaitu satu bahagian untuk ahli dan bukan ahli manakala satubahagian lagi hanya untuk ahli yang mendaftar.
  • 463.5.1 Kemudahan Untuk Ahli Dan Bukan Ahli Kemudahan-kemudahan dalam portal ini yang disediakan untuk ahli danbukan ahli adalah seperti berikut:a) Maklumat Profesional (Directories) Maklumat Profesional mengandungi senarai maklumat yang berkaitan denganpara profesional seperti nombor pendaftaran, cara untuk berhubung dan senaraiprojek pembinaan yang pernah disertai.b) Berita dan Pengumuman (News and Annoucements) Berita dan Pengumuman menjadi suatu saluran antara majlis tempatandengan komuniti dalam industri pembinaan di mana sebarang panduan dan keperluanyang terbaru daripada majlis tempatan akan dipamerkan. Selain itu, perkara-perkarayang berkaitan dengan seminar dan ceramah yang disampaikan oleh badanprofesional juga akan disenaraikan dan pendaftaran (Electronic Registration) danpembayaran dapat dibuat melalui kemudahan ini. Ini dapat menyingkirkan keperluanuntuk menghasil dan mengirimkan bahan-bahan bercetak seperti katalog kepadasetiap professional dan seterusnya mengurangkan penggunaan kertas.c) Artikel / Penyelidikan dan Pembangunan (Articles / Research and Development) Artikel / Penyelidikan dan Pembangunan membolehkan ahli akademik danpelajar-pelajar membaca majalah, artikel dan ringkasan berita yang berkaitan denganpembinaan dan segala maklumat yang ingin dicari dapat diperolehi menerusikemudahan ini.d) Projek (Projects) Projek merupakan bahagian di mana pengguna dapat membaca perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu projek sama ada projek kerajaan ataupun
  • 47projek sektor swasta. Tambahan pula, perkara-perkara mengenai projek baru yangakan dicadangkan atau dibina akan diumumkan melalui kemudahan ini. Ini secaratidak langsung menghubungkan komuniti pembinaan dengan latar belakangpembinaan setempat.e) Pengelasan Iklan (Classified Advertisements) Pengelasan Iklan membolehkan pembekal, kontraktor dan sub-kontraktormengiklankan produk dan perkhidmatan mereka. Ini dapat menghasilkan peluanguntuk komuniti pembinaan dalam bidang masing-masing dan sebarang peluangpekerjaan dalam industri pembinaan dapat diiklankan.3.5.2 Kemudahan Untuk Ahli Yang Berdaftar Dengan mendaftar sebagai ahli dalam portal ini dan membayar yurankeahlian, ahli-ahli dalam portal ini dapat menikmati banyak manfaat dan hakistimewa yang bukan ahli tidak dapat menperoleh. Faedah-faedah ini termasuk:a) On-line Tender / Electronic Tender Dan Informasi Proses penenderan merupakan prosedur yang perlu diikuti oleh kontraktoruntuk mendapat tawaran daripada pihak pemaju swasta atau majlis tempatan jikauntuk projek kerajaan. Proses ini amat memakan masa dan kurang cekap. Padamasa kini, proses ini akan dapat dilakukan secara berelektronik melalui portal ini.Kemudahan yang dikenali sebagai On-line Tender ini berpotensi untukmenggantikan langkah-langkah yang dikatakan membazir masa. Kemudahan inimembenarkan pengiklanan tawaran dan penawaran tender secara on-line (BalaKumar P. dan Jagdev Singh Sidhu, 1997). Kontraktor boleh mencari maklumattender melalui portal ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui peluang-peluangkerja yang ada. Selain itu, kontraktor yang membuat tawaran projek dapat
  • 48mengetahui informasi dan status kontraktor lain yang turut menawarkan diri dalamprojek tertentu. Oleh itu, segala proses pemilihan ini adalah terbuka dan dapat dilihatdengan jelas. Sistem yang transparen ini dapat memastikan keadilan dankesaksamaan dalam pemilihan kontraktor daripada pihak pemaju swasta atau majlistempatan.b) Penghantaran Pelan Dan Dokumen Berelektronik Kepada Pihak Berkuasa Tempatan (Electronic Submission To Local Authority) E-Submission merupakan satu pusat penghantaran pelan dan dokumen yangmutlak untuk memberi kemudahan penghantaran, pemprosesan dan kelulusan pelandan dokumen bila-bila masa sahaja dalam keadaan yang terjamin menerusi portal ini.Pelan dan dokumen yang dihantar akan diterima oleh E-Submission Data Centreuntuk pengesahan lalu dihantar ke majlis tempatan yang berkaitan untukpemprosesan dan tindakan yang seterusnya. Integrated Submission System ini terdiridaripada satu siri peralatan teknologi maklumat yang lengkap untuk memeriksa pelandan dokumen yang dihantar berdasarkan syarat-syarat dan keperluan majlis tempatanyang berkaitan. Semua pelan dan dokumen dapat dihantar ke majlis tempatan yangberkaitan secara berelektronik melalui satu pusat. E-Submission System ini terdiridaripada tiga pihak iaitu: professional yang menghantar pelan dan dokumen, sistemyang menerima pelan dan dokumen dan penghantaran pelan dan dokumen kepadamajlis tempatan yang berkaitan. Sistem ini akan dapat mempercepat danmempermudahkan proses penghantaran pelan dan dokumen kepada majlis tempatan.Sistem ini dijangka dapat menguruskan semua dokumen pembinaan yang berkaitandalam keseluruhan aliran projek.c) Pengkongsian Ruang Kerja, Data Dan Informasi (Shared Workspace) Kajian untuk menggabungkan papan putih berelektronik (electronic sharedwhiteboard) dan video telefon (videophone) merupakan sesuatu yang kritikal dalammempraktikkan sistem pengkongsian ruang kerja dalam portal ini. Perisiankomputer dan video telefon ini adalah komponen teknologi utama yang menyokongkawalan kerjasama ini. Penggabungan dua komponen ini adalah satu cabaran yanggenting. Clear board merupakan salah satu contoh yang direkabentuk untuk
  • 49menyokong kerjasama masa benar (real-time collaboration) ini dalam projekpembinaan. Sistem ini membekalkan kemudahan termasuk pengkongsian maklumatuntuk pemeriksaan dan penyuntingan secara masa benar.d) Elektronik Dagangan (E-Commerce) Antara Kontraktor Dengan Pembekal Skop konsep ini adalah untuk membina satu komuniti industri pembinaanyang terdiri daripada dua pihak iaitu pembeli dan pembekal yang mengikat janjidalam urusan perniagaan melalui jaringan elektronik komputer iaitu melalui portalini. Pembeli dan pembekal yang utama dalam projek pembianan ini adalah pihakkontraktor dan pembekal bahan atau loji binaan. Konsep E-Commerce inimerupakan satu proses perdagangan berelektronik yang dapat menguntungkanpelbagai pihak dalam sesuatu projek pembinaan dari segi kos dan masa.e) Pengawasan Dan Pengurusan Tapak Bina Secara Masa Benar (Real-Time Site Monitoring) Sistem pengawasan dan pengkoordinasi tapak secara masa benar (real-time)yang dapat menyiarkan gambaran secara langsung tentang situasi di tapak bina dapatdiperkenalkan melalui portal ini. Gabungan alat kawalan jauh (remote distancemonitoring) dan sistem CCTV merupakan satu sistem penjagaan dan pengawasantapak bina secara masa benar. Sistem ini hanya perlu menggunakan talian telefonpiawai (PSTN) untuk menyambungkan peralatannya dengan komputer. Tambahanpula, sistem ini membenarkan pemantauan, perekodan dan penyimpanan gambaryang bermutu tinggi tanpa menggunakan VCR.f) Mesyuarat Siber Secara Masa Benar (Real-Time Electronic Meeting) Sistem mesyuarat berelektronik (Electronic Meeting System EMS) merupakansistem yang diperkenalkan untuk membenarkan komuniti industri pembinaanberbincangkan sesuatu isu dalam projek melalui perisian komputer komunikasi(Szerdy, J. dan McCall, M. R., 1997). Dalam portal ini, model konferensi videoataumesyuarat berelektronik akan menunjukkan corak dan cara mesyuarat siber iniberjalan. Seorang pakar koordinasi (facilitator) diwajibkan untuk mengawal
  • 50perkembangan mesyuarat tertentu. Pakar ini bertugas untuk menyediakan agendamesyuarat, memastikan isu yang hendak dibincangkan, mengawal keseluruhanmesyuarat dan mengkaji semula segala cadangan atau keputusan mesyuarat.g) Komunikasi Tanpa Wayar (Wireless Communications) Komunikasi tanpa wayar mengariskan cara komunikasi yang tidak berlakuserentak atau dalam masa yang sama. Ini dapat dilakukan melalui surat berelektronik(e-mail) dan pesanan berelektronik (pop-up messaging). Dalam industri pembinaan,ia merupakan corak komunikasi yang dapat mengawal kebanyakan aktiviti projek.Cara komunikasi ini adalah mudah dan berkesan untuk penghantaran pesanan atauinformasi dari semasa ke semasa antara ahli-ahli projek pembinaan. Penggunaannyabukan sahaja melibuti penghantaran pesanan, aplikasi untuk penghantaran fax, data,jadual perancangan dan pengkongsian dokumen juga adalah kurang pentingnya. Selain kemudahan-kemudahan yang telah disenaraikan, ConstructionInformation Technology Portal ini juga dapat membekalkan kemudahan-kemudahanseperti Plan Checking System, Electronic Buildable Design Appraisal System,ElectronicAuction, Construction Productivity and Benchmarking Systems, Radio-frequebcy Identification Systems (RFID), Buildable Design, Integrated InformationSystem, On-line Calendar System, Discussion Board, Tele-Conferencing, On-lineLibrary dan lain-lain lagi kemudahan.