Tugasan 3 p kumpulan

3,988 views

Published on

0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,988
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
124
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tugasan 3 p kumpulan

  1. 1. 1 1.1 Pengenalan Isu gangguan seksual yang dilakukan oleh guru ini semakin berleluasa dari hari ke hari. Sebenarnya, gangguan seksual boleh berlaku di mana-mana sahaja seperti di rumah, kawasan awam atau tempat kerja. Risiko tersebut juga boleh berlaku di sekolah. Mangsanya boleh jadi dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah atau remaja sekolah menengah. Mereka ini pastinya belum cukup dewasa untuk membuat pertimbangan bagi mengelakkan tragedi yang tidak diingini berlaku. Gangguan seksual yang dilakukan oleh para pendidik ini menunjukkan mereka tidak bertanggungjawab dalam melindungi anak murid di bawah jagaan mereka. Situasi ini boleh diibaratkan sebagai „harapkan pagar, pagar yang makan padi‟. Sering kali kita mendengar terdapat tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru tidak kira guru itu muda atau tua. Hal ini memberikan gambaran dan persepsi jelas bahawa sekolah bukan lagi institusi yang selamat dari masalah ini jika hal ini dilakukan sendiri oleh guru. Kod Amalan (1999) mentakrifkan gangguan seksual contohnya melakukan seks oral ialah merujuk kepada tingkah laku berunsur seksual yang tidak dingini dan memberi kesan sama ada secara lisan, isyarat, visual, psikologi atau fizikal. Definisi yang jelas tentang gangguan seksual merupakan satu komponen penting dalam mekanisma dalaman untuk mengendalikan masalah gangguan seksual. Definisi yang terperinci adalah perlu untuk memastikan pekerja dan pengurusan mendapat idea yang jelas akan tingkah laku yang merupakan gangguan seksual. Mengambil kira huraian di atas, dapatlah kita membuat konklusi bahawa etika merupakan satu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Manakala kod etika pula menjelaskan tindakan-tindakan yang betul yang perlu dituruti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari. Badan profesional tertentu mempunyai kod etika tertentu, termasuklah profesion perguruan ini. Setiap profesion akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut yang dinyatakan sebagai Kod Etika. Oleh itu, etika profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh individuindividu mengikut profesional masing-masing. Gangguan seksual berlaku tidak mengira lokasi sekolah kerana ia berlaku di semua sekolah tidak kira sekolah bandar, luar bandar atau pinggir bandar, atau pun sekolah di pedalaman.
  2. 2. 2 2.1 Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi gangguan seksual berdasarkan kajian kes yang dilakukan di sekolah. Antara soalan yang dikemukakan untuk mengetahui intipati-intipati berkaitan dengan masalah gangguan seksual ini ialah: (i) Jenis-jenis gangguan seksual yang sering berlaku (ii) Punca-punca berlakunya gangguan seksual di sekolah (iii) Kesan gangguan seksual (iv) Penambahbaikan atau langkah yang difikirkan sesuai untuk membendung gangguan seksual 3.1 Tempat Kajian Kajian dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdul Rahman Yaakob di Daerah Perak Tengah ke atas pelajar-pelajar tingkatan 3. Pelajar-pelajar sekolah ini adalah terdiri daripada latar belakang yang berbeza-beza dan kedudukan sekolah yang terletak di pinggir bandar. Kami juga bertanyakan soalan kajian ini terhadap guru-guru dan kaunselor sekolah tersebut. 4.1 Teori Pilihan Dalam meneliti kajian kami yang bertajuk Gangguan Seksual ini, maka kami memilih Teori Fungsionalisme sebagai kaitan kajian kes yang kami lakukan selari dengan konsep yang diperkenalkan dalam teori ini. Teori fungsionalisme ini diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim. Mengikut teori ini, masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial dan perubahan semasa. Masyarakat diibaratkan sebagai satu organisma dan setiap organ mempunyai peranan yang tersendiri. Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan atau aktiviti yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Teori fungsionalisme ini juga lebih menekankan kepentingan persefahaman dan kestabilan masyarakat. Mengikut pemikiran ahli fungsionalisme, kita harus memerhati terlebih dahulu fenomena sosial iaitu mengenalpasti struktur sosial. Fenomena sosial dalam kajian kami sudah pastinya tertumpu pada permasalahan mengenai Gangguan Seksual. Perspektif teori ini juga melihat masyarakat sebagai keseluruhan atau sistem sosial yang berpadu, harmoni dan bertalian yang mana semua berfungsi dengan unggul untuk mengekalkan keseimbangan persetujuan dan susunan sosial. Teori ini mengkaji bagaimana sistem sosial itu berfungsi, kemudian menilai sejauh mana perjalanan sistem tersebut membawa kepada keharmonian sebagai syarat untuk mengekalkan ikatan masyarakat. Idea fungsionalisme ialah
  3. 3. 3 masyarakat adalah berasaskan konsesus iaitu manusia bersetuju kepada nilai-nilai asas masyarakat di mana mereka hidup dan mengiktiraf kebaikan-kebaikannya. Adalah menjadi kemahuan setiap anggota bahawa konsesus yang berterusan wujud supaya masyarakat dapat berjalan dengan lancar. Perspektif teori ini yang melihat masyarakat sebagai keseluruhan atau sistem sosial yang berpadu, harmoni dan bertalian, yang mana semua berfungsi dengan unggul untuk mengekalkan keseimbangan, persetujuan dan susunan sosial . Agak sama dengan organisma atau badan , masyarakat dianalisis dari segi bahagian sebahagian mereka, atau subsistem yang mana semuanya mesti berfungsi dengan cekap jika kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan organisma atau masyarakat hendak dikekalkan . Dengan demikian, perspektif ahli fungsionalisme tentang sebarang ciri masyarakat atau kumpulan akan mempersoalkan fungsi utama yang dijalankan oleh ciri tersebut bagi keseluruhan sosial. Misalnya apakah fungsi bahasa ,sistem media massa dan sebagainya. Fungsionalisme dikatakan untuk menerangkan institusi dan kehidupan sosial dalam memenuhi keperluan masyarakat dan individu. Sebagai institusi media keperluan dianggap hanya sesuai dengan kesinambungan, berurutan, penyatuan, dorongan, bimbingan, sosialisasi, penyesuaian contohnya masyarakat dilihat sebagai satu sistem yang bekerjasama di mana media massa sebagai satu. Teori ini juga dikenali sebagai teori structural-functional ataupun teori sistem sosial. Istilah struktur dan fungsi ialah dua konsep yang berasingan tapi berkait rapat. Struktur boleh dibandingkan dengan bahagian atau organ badan binatang ataupun manusia dan fungsi tadi disamakan pula dengan fungsi yang dimainkan oleh struktur tadi atau organ-organ dalam badan tadi. Contohnya, bahagian perut merupakan satu struktur dan bertugas sebagi menghadam makanan. Begitu juga pusat keselamatan atau pusat kesihatan merupakan struktur sosial dalam masyarakat yang berfungsi menjaga kesihatan dan keselamatan negara. Seperti satu struktur biologi, struktur sistem sosial atau masyarakat itu mengandungi banyak bahagian struktur yang berkaitan atau berhubungan antara satu sama lain. Oleh yang demikian, teori fungsional banyak dipengaruhi oleh bidang biologi. Ini berdasarkan persamaan antara organisma sosial maka masyarakat seperti seperti organisma biologi, merupakan satu sistem yang bersifat integrasi atau satu penyatuan fungsional dalam erti kata bahawa hubungan antara bahagian-bahagiannya berada dalam keadaan harmoni. Fungsi setiap individu adalah untuk mengekalkan keadaan harmoni tersebut. Setiap struktur atau bahagian dalam masyarakat itu mempunyai fungsi yang khusus dan perlu bagi melicinkan perjalanan sistem sosial. Oleh itu, sistem sosial menjadi stabil. Walau bagaimanapun, menurut perspektif ini, disebabkan keadaan yang saling berkaitan, maka perubahan dalam satu bahagian akan memberikan kesan terhadap bahagian yang lain. Perubahan ini berkemungkinan akan menimbulkan keadaan yang tidak seimbang di kalangan masyarakat. Bagaimanapun keadaan ini akan disesuaikan hingga menyebabkan keadaan ini menjadi seimbang. Dalam erti kata yang lain andaian asas fungsionalisme ialah sistem sosial itu berada dalam keadaan yang bersifat integrasi. Teori ini memberi penekanan tentang bagaimana setiap institusi itu dapat memberi sumbangan dalam mengekalkan ikatan yang berpanjangan dalam masyarakat. Teori fungsionalisme juga mengkaji terhadap perubahan-perubahan sosial dalam sesebuah struktur masyarakat. Merton (1957) melihat kesan struktur sosial kepada dua iaitu fungsi ketara dan fungsi tersembunyi. Fungsi ketara merupakan sesuatu yang diketahui dan dikehendaki dalam sesuatu aktiviti sosial. Manakala fungsi tersembunyi ialah sesuatu yang tidak disedari. Merton juga membezakan antara fungsi dan disfungsi. Fungsi bermaksud kesan-kesan
  4. 4. 4 positif daripada struktur sosial. Disfungsi pula merupakan kesan negatif yang wujud daripada struktur sosial yang diamalkan. Oleh itu, jelaslah bahawa persefahaman dalam kalangan anggota masyarakat adalah penting bagi mencapai kestabilan masyarakat dan setiap perlakuan anggota masyarakat akan memberikan kesan terhadap struktur sesebuah masyarakat. 5.1 Dapatan Kajian 5.1.1 Jenis-jenis gangguan seksual Kod amalan (1999) mentakrifkan gangguan seksual contohnya mencium ialah sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan memberi kesan sama ada secara lisan, isyarat, visual, psikologi atau fizikal. Gangguan seksual boleh dikategorikan kepada 2 bahagian iaitu gangguan seksual berbentuk ugutan (sexual coercian) dan gangguan seksual berbentuk ancaman terhadap ketenteraman peribadi (sexual annoyance). Gangguan seksual berbentuk ugutan ialah gangguan yang memberikan kesan secara langsung kepada mangsanya untuk mendapatkan kepuasan mereka. Manakala gangguan seksual secara peribadi ialah tingkah laku seksual yang dianggap oleh mangsa sebagai ancaman, ugutan atau penghinaan. Kementerian Sumber Manusia (1999), mengkategorikan bentuk-bentuk gangguan seksual kepada lima jenis iaitu gangguan secara lisan, gangguan secara isyarat, gangguan secara visual, gangguan secara fizikal dan gangguan secara psikologikal. Gangguan secara lisan ialah bentuk gangguan yang dapat dilihat dalam penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, bercerita, berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan soalan berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual sehingga seseorang berasa tersinggung, terhina atau terugut. Selain itu, gangguan secara isyarat (Bukan Lisan) ialah gangguan yang dipamerkan melalui sikap atau perlakuan seseorang yang memberi maksud atau gambaran keinginan yang berunsurkan seksual antara lain, seperti menjeling, menggoda, merenung, mengintai, menjilat bibir atau mengguna bahasa isyarat yang lain. Manakala gangguan secara visual ialah perlakuan menghantar nota, surat, e-mail, pesanan ringkas (sms), gambar, poster, objek atau bahan bacaan yang berunsur seksual melalui penggunaan apa jua peralatan media, peralatan elektronik atau peralatan komunikasi kepada mangsa yang menyebabkan mangsa berasa tersinggung, terhina atau terugut juga terjumlah kepada gangguan seksual. Di samping itu, gangguan secara fizikal ialah gangguan yang berbentuk sentuhan fizikal yang berunsur seksual seperti mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa, memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium atau meraba sehingga mangsa berasa tersinggung, terhina atau terugut. Manakala gangguan secara psikologi ialah mangsa cuba merapati secara seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksual seseorang sama ada melalui surat, telefon, e-mel atau sebarang bentuk peralatan komunikasi kepada mangsa yang menimbulkan tekanan emosi dan mental ke atas mangsa.
  5. 5. 5 5.2 Jenis-jenis gangguan seksual di sekolah Terdapat 2 jenis gangguan seksual yang berlaku di sekolah iaitu : 5.2.1. Antara pelajar dengan pelajar Contoh kelakuan atau perbuatan yang dilakukan oleh pelajar semasa disekolah yang melibatkan gangguan seksual ialah : a) Menulis, mempamer atau mengedar bahan bukan pengajaran yang berbentuk lucah. b) Bercerita atau membuat lawak jenaka berbau lucah. c) Membuat perlakuan atau isyarat lucah. d) Mengejek atau menggelar pelajar dengan panggilan lucah. e) Memaksa atau mempengaruhi pelajar membuat perlakuan seksual. f) Menawar ganjaran tertentu atau upah atas perlakuan seksual. g) Melakukan sentuhan yang berunsur seksual. h) Memegang kemaluan sendiri di hadapan pelajar. i) Menyebar khabar angin berunsur seksual. Kajian menunjukkan bahawa pemangsa sebenarnya rakan-rakan pelajar itu sendiri yang sama-sama belajar di sekolah. Jenis gangguan yang paling popular adalah „ejekan seksual‟ ke atas pelajar perempuan. Gangguan kepada pelajar lelaki pula berlaku di asrama dan biasanya bercorak perlakuan homoseksual atau onani. Sejak akhir-akhir ini, banyak kes yang telah terbongkar mengenai gangguan seksual di sekolah. Gangguan seksual menyebabkan trauma psikologi kepada pelajar. Mangsa terutamanya pelajar perempuan mempunyai perasaan malu dan takut menyebabkan kebanyakan mereka memilih untuk mendiamkan diri. Pada peringkat awal, tekanan emosi menyebabkan mangsa merasa malu dan rendah diri, ditambah dengan khabar angin cepat tersebar dalam kalangan pelajar lain. Hal ini menyebabkan mereka mencari alasan untuk ponteng sekolah atau tidak menghadiri aktiviti kokurikulum. Mangsa yang tinggal di asrama penuh pula akan meminta untuk ditukarkan ke sekolah harian. Di rumah mangsa kelihatan murung dan kerap menyendiri. Adakala mangsa cepat melenting dan membuli adik yang lebih kecil. Mereka juga melawan ibubapa dan bersikap kurang ajar malah ada yang melarikan diri dari rumah. Ini disebabkan oleh perasaan marah pelajar terhadap ibubapa yang dituduh sebagai gagal menghalang gangguan seksual tersebut.
  6. 6. 6 5.2.2. Antara guru dan pelajar Isu pendidikan sering kali menarik perhatian ramai apatah lagi apabila ia melibatkan persolan nilai, moral dan salah laku dalam kalangan warganya. Paparan isu dan masalah tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru sering kali dilaporkan tidak kira melalui media cetak atau media elektronik. Paparan isu ini sering kali dijadikan isu yang hangat dan menjadi topik perbincangan oleh masyarakat di seluruh Malaysia secara amnya dan di seluruh dunia secara khususnya. Pelbagai masalah yang melibatkan etika perguruan sering dilaporkan melibatkan beberapa kes tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru seperti gangguan seksual, dera dan sebagainya. Sebagai contohnya isu gangguan seksual iaitu mencium murid yang dilakukan oeh guru dilaporkan oleh Harian Metro yang bertarikh 22 Julai 2010 telah menjadikan isu ini semakin hangat diperkatakan disegenap lapisan masyarakat. Berdasarkan isu gangguan seksual yang dilakukan oleh guru yang berumur 50 tahun yang mencium murid tahun satu, menunjukkan bahawa guru tersebut telah melanggar kod etika perguruan perguruan dengan membuat gangguan seksual ke atas muridnya. Isu gangguan seksual yang dilakukan oleh guru ini semakin berleluasan dari hari ke hari. Sebagai contohnya isu gangguan seksual iaitu mencabul lima murid perempuan berusia antara 11 hingga 12 tahun di sebuah sekolah rendah di Bungan, Dalat yang dilakukan oleh seorang guru lelaki yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian yang bertarikh 21 Mei 2010 telah menjadi isu hangat diperkatakan di segenap lapisan msyarakat. Berdasarkan berita tersebut, kegiatan guru berusia 32 tahun tersebut bermula Mac lalu sebelum kejadian terbaru dilaporkan berlaku di kediamannya pada minggu lalu membabitkan seorang murid Tahun Enam yang juga merupakan adik iparnya. Menurut peraturan 4A ada dijelaskan bahawa seseorang penjawat awam tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain. Dalam konteks profesion keguruan, seseorang guru tidak boleh melakukan apa jua perlakuan yang diistilahkan sebagai gangguan seksual kepada pelajar, rakan sekerja atau sesiapa sahaja samada di dalam bilik darjah atau luar bilik darjah serta dalam waktu kerja atau luar waktu kerja. Gangguan seksual ini boleh dilakukan secara lisan dan bukan lisan. Menurut kejadian pencabulan tersebut, pada 8 Mei 2010, seorang mangsa mendakwa suspek (guru lelaki) membawanya ke kuaters guru berdekatan sekolah bagi menonton filem lucah bersama sebelum mangsa dirogol. 5.3 Punca-punca Gangguan Seksual Apabila berlakunya perkara yang tidak sepatutnya di sekolah seperti kes gangguan seksual sama ada antara pelajar dengan pelajar atau pun pelajar dengan guru pastinya ramai pihak menuding jari kepada pihak sekolah seratus peratus tanpa menghiraukan penyebab-penyebab lain. Sebenarnya terdapat pelbagai faktor penyumbang kepada kejadian ini dan ia bermula daripada pelajar itu sendiri. Untuk lebih jelas lagi, kejadian ini semakin kerap diperkatakan apabila seseorang pelajar itu adalah dari kelas pintar di sekolah dan bukannya berada di kelas belakang atau tercorot.
  7. 7. 7 5.3.1 Uniform Sekolah yang Nipis dan Jarang Sememangnya dalam hal ini, pelajar perempuan yang mengalami gangguan seksual tidak memikul semua kesalahan. Antara faktor pemangkin kepada bagaimana mereka menjadi mangsa gangguan ini adalah kerana memakai pakaian sekolah yang nipis, jarang, ketat dan singkat. Walaupun setiap sekolah menguatkuasakan peraturan pemakaian pelajar di sekolah tetapi masih ada segelintir pelajar yang tidak mendengar kata dan sanggup melanggar arahan dan etika pemakaian tersebut. Faktor ini menjadi penyumbang terbesar kepada kejadian ini kerana disebabkan hal ini mereka mudah menjadi tumpuan mata-mata pelajar lelaki yang nakal termasuklah juga mata guru-guru lelaki di sekolah. Ini pastinya memungkinkan kejadiankejadian yang tidak diingini terjadi di sekolah seterusnya mengakibatkan nama baik sekolah tercemar dan dipandang rendah. Sudah lumrah bagi seorang perempuan untuk kelihatan menarik di mata kaum lelaki namun tanpa mereka sedari yang selama mereka meraih perhatian lelaki dengan berpakaian tidak memenuhi kriteria sekolah, mereka sudah meletakkan diri mereka ke dalam perangkap yang bakal memusnahkan masa depan mereka. Jika dikaji sebaiknya, faktor ini merupakan faktor dalaman dalam diri pelajar itu sendiri dan gangguan seksual di sekolah atau di dalam bilik darjah boleh dielak sekiranya mereka berpakaian lebih sopan dan menutup aurat. 5.3.2 Faktor Dalaman Pelajar Faktor yang menjadi penyumbang kepada gangguan seksual juga merupakan faktor dalaman atau personaliti diri pelajar seperti bentuk fizikal pelajar perempuan itu sendiri yang matang dan agak berbeza dengan pelajar lain juga menjadi titik tolak kepada berlakunya masalah ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ini merupakan satu kesulitan kepada pelajar itu kerana memiliki bentuk tubuh badan yang agak berlainan sehinggakan membawa mereka mengalami gangguan seksual di sekolah. Ini adalah faktor semula jadi dan sememangnya perubahan bentuk fizikal pelajar perempuan yang lebih matang ini seakan menggalakkan guru lelaki dan pelajarpelajar lelaki di sekolah menjadi terangsang untuk melakukan gangguan seksual terhadap pelajar perempuan itu. Seperti diketahui, kaum lelaki menjadi lebih sukar dikawal apabila nafsu menguasai akal dan fikiran mereka. Jadi, disebabkan itu mereka melakukan serangan seksual ke atas pelajar perempuan di sekolah. Personaliti seseorang individu juga boleh menjadi punca kepada gangguan seksual. Personaliti merupakan satu konsep yang digunakan apabila menggambarkan diri seseorang. Pada umumnya, personaliti bermaksud memperihalkan ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang individu secara khusus seperti cara ia berfikir, bereaksi, beremosi, berpersepsi dan lain-lain yang membolehkannya dibezakan dengan orang lain. Dengan perkataan lain, personaliti memperihalkan sifat-sifat fizikal, emosi dan kognitif seseorang individu. Sehubungan dengan itu personaliti pelaku dan mangsa itu sendiri boleh menyebabkan terjadinya gejala gangguan seksual. Sebagai contohnya wanita yang digolongkan sebagai seksi lebih terdedah menjadi mangsa gangguan seksual. Begitu juga pekerja wanita yang mudah menjadi mangsa gangguan seksual ialah yang masih bujang ataupun janda. Tidak boleh disalahkan kesemuanya kepada keterampilan atau perawakan wanita yang menyebabkan berlakunya gangguan seksual. Kebanyakan aspek tingkah laku manusia mencerminkan personaliti mereka. Apabila seseorang itu bertingkah laku agreasif adalah dikatakan mempunyai personaliti agresif. Oleh yang demikian dapat kita fahami bahawa terdapat hubung kait personaliti dengan perlakuan seseorang yang
  8. 8. 8 melakukan tindakan yang berbentuk jenayah. Orang yang mempunyai personaliti bermasalah seperti ketagihan seks, fobia seks, dan seks maniac mempunyai tendensi yang tinggi melakukan gangguan seksual. 5.3.3 Ingin Membalas Dendam Punca seterusnya pula ialah akibat dendam. Faktor ini ditujukan kepada guru lelaki atau pun pelajar lelaki yang menjadi pelaku di dalam gangguan seksual ini. Terdapat sebahagian pelaku yang disiasat mengatakan bahawa mereka menyimpan dendam terhadap mangsa dan ingin melunaskan dendam tersebut dengan melakukan gangguan seksual terhadap orang yang didendami itu. Mereka mungkin pernah dimalukan mangsa atau pun pernah menjadi bahan tertawaan mangsa ketika berada di bilik darjah. Semestinya dengan perasaan dendam yang sukar untuk surut ini mendorong mereka melakukan perkara yang di luar pemikiran mereka. Disebabkan dendam mereka mulai hilang kewarasan dan mudah mengikut ajakan syaitan. Tidak dapat dinafikan bahawa dendam mampu memujuk ke arah yang tidak bermoral. Perkara lalu yang terjadi kepada mereka masih diingati dan mereka sememangnya menunggu peluang untuk membalas dendam dengan apa cara termasuklah dengan melakukan perkara yang tidak bermoral ini. Oleh hal yang demikian dendam adalah amat bahaya dan menakutkan. Dalam pada dendam dan perubahan dalaman pelajar, faktor pelajar yang nakal dan suka bersuka ria juga menjadi punca kepada permasalahan ini. Mereka hanya memikirkan keseronokan semata-mata dan tidak berfikir secara matang mengenai apa yang mereka lakukan seharian di sekolah. Tanpa mereka sedari, mereka telah melakukan gangguan seksual terhadap pelajar perempuan yang merupakan rakan mereka di dalam kelas dan berfikir bahawa mereka merasa seronok melakukan hal berkenaan sehingga menjadikan perbuatan itu salah satu amalan kenakalan mereka. Jadi dapat dilihat di sini bahawa kenakalan pelajar juga menjadi pendorong kepada terjadinya hal-hal sebegini. Nakal dan berani melakukan gangguan seksual terhadap rakan sebaya dalam kalangan pelajar merupakan satu keadaan yang agak berbahaya dan akan meruntuhkan nilai-nilai moral pelajar itu sendiri. Selain pelajar, guru lelaki terutamanya juga ada sesetengahnya nakal dan mereka menyerang secara seksual pelajar di sekolah dan hal ini banyak tidak disedari oleh mangsa itu sendiri kerana perangai guru yang nakal dan gila-gila bahasa menghiburkan mereka sehinggakan tidak terkesan langsung perbuatan itu di mata pelajar berkenaan. 5.3.4 Pengaruh Media Massa Faktor seterusnya ialah pengaruh media massa. Seperti diketahui, media cetak seperti majalah dan komik pada hari ini lebih cenderung menyiarkan gambar-gambar yang tidak senonoh sehingga mempengaruhi pelajar untuk melakukan serangan seksual kepada rakan sekelas. Jika tiada sesuatu yang mempengaruhi pastinya mereka akan menjaga tingkah laku dan mengikut acuan yang telah ditunjukkan oleh ibu bapa di rumah yang bersifat baik dan berbudi bahasa. Selain media cetak, media elektronik juga tidak terkecuali menjadi pencetus kepada gangguan seksual ini. Hal ini dapat dibuktikan apabila televisyen dan internet pada masa ini lebih terbuka memuat naik gambar dan perlakuan yang tidak patut ditunjukkan kepada pelajar yang masih lagi
  9. 9. 9 berada di peringkat bawah umur iaitu pelajar-pelajar sekolah yang berumur lingkungan 10 hingga 17 tahun. Apabila mereka telah terdedah kepada persekitaran yang begini maka mereka akan mudah terpengaruh untuk melakukan hal yang serupa ditunjukkan di televisyen ataupun video di internet kerana sudah menjadi satu lumrah bahawa umur sebegini merupakan umur di mana fikirannya bersikap ingin tahu. 5.3.5 Latar Belakang Pelaku Di samping itu, punca yang menyebabkan berlakunya gangguan seksual di sekolah ialah latar belakang pelaku. Hal ini merujuk kepada pelaku yang mempunyai ibu dan bapa yang sentiasa sibuk sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak. Keadaan ini menyebabkan anak-anak boleh bertindak apa-apa sahaja seperti menonton video lucah yang boleh mempengaruhi pemikiran mereka. Dalam keadaan ini, anak-anak akan mudah terdedah kepada pelbagai ancaman, termasuk menjadi pelaku kes gangguan seksual. Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu dan bapa yang baik dan desakan hidup pada masa kini juga memungkinkan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa semakin berat dan sukar untuk dilaksanakan. Disebabkan hal itu, anak-anak terbiar dan kurang mendapat kasih sayang. Hanya dengan kasih sayang dari ibu bapa sahaja yang berupaya mengawal anak-anak dari terjebak ke dalam hal-hal sosial yang mungkar dan menyesatkan. Selain itu, terdapat juga mangsa yang dipaksa supaya tidak melaporkan hal yang berlaku kepada pihak yang bertanggungjawab dan keadaan ini memberi kesempatan kepada pemangsa untuk berani melakukannya lagi. Faktor ini juga tidak boleh dipandang remeh oleh pihak-pihak berkenaan. Contohnya, guru yang melakukan serangan seksual terhadap pelajarnya mengugut mangsa dengan mengatakan pelajar itu akan diberikan keputusan yang teruk seandainya tidak menurut kemahuan guru berkenaan. Situasi ini adalah lebih menguntungkan guru berkenaan dan sememangnya hal ini perlu ditangani dengan segera. Walaupun faktor ini merupakan faktor yang jarang-jarang sekali dibongkar namun andai dibiarkan tanpa penyelesaian maka akan terjadilah hal-hal yang tidak adil pada pandangan masyarakat terhadap tugas-tugas profesional guru di sekolah. Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. 5.3.6 Masyarakat Kurang Prihatin Dengan Masalah Sosial Faktor yang lain pula ialah keprihatinan masyarakat terhadap masalah sosial menjadi salah satu sebab berleluasanya kes-kes gangguan seksual di sekolah ini. Walaupun kejadian ini pokok pangkalnya berlaku di sekolah tapi tidak semua hal yang berada di dalam sekolah tidak harus diketahui oleh masyarakat luar kerana istilah privasi dan nama baik sekolah pada situasi ini tidak lagi boleh ditegakkan. Disebabkan sekolah menutup segala kejadian yang berlaku di dalamnya kepada masyarakat maka masyarakat mengambil langkah mudah dengan berdiam diri dan tidak campur tangan dalam hal-hal sebegini. Seandainya masyarakat luar mengetahui mengenai kes ini pastinya mereka akan bertindak menghubungi pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikannya sebaik mungkin. Sikap prihatin masyarakat perlu ada dan tidak dapat tidak sikap ini mampu membantu pelajar-pelajar yang dalam kesusahan mendapat perlindungan yang sewajarnya.
  10. 10. 10 5.3.7 Dorongan Seks Gangguan seksual boleh juga berpunca daripada tindakan yang dilakukan oleh individu atas dorongan seks yang bersifat semulajadi. Terdapat perbezaan yang begitu ketara dari segi sifat kejadian lelaki dan perempuan yang mencorakkan perkembangan dorongan seks secara semulajadi. Perkembangan ini juga mempengaruhi biologikal dan tingkah laku seksual yang berbeza di antara lelaki dan wanita. Dari segi biologikal, lelaki mempunyai keadaan fizikal yang tegap dan kuat. Keadaan ini boleh mendorong lelaki menggunakan kekuatan fizikalnya untuk bertindak ganas terhadap wanita, khususnya dalam melakukan bentuk-bentuk gangguan seksual. Secara semulajadi, individu akan terpikat dengan individu yang berlainan jantina. Ia boleh dikaitkan dengan keinginan seks. Dorongan keinginan dan keperluan seksual lelaki menyebabkan kaum wanita sentiasa terdedah kepada pelbagai ancaman dan gangguan seksual, termasuk kejadian kegananasan kes rogol, sodomi, penganiayaan dan pembunuhan terhadap wanita. Kaum lelaki sering kali melayan wanita sebagai alat seks untuk memenuhi keperluan nafsu seksual mereka yang tidak terkawal dan adakalanya bersifat ganas. Pemikiran seksual (sexual mind) lelaki mendorong tingkah laku seksual yang tidak sihat, termasuk melakukan gangguan seksual sama ada di tempat kerja ataupun di mana sahaja jika terdapat peluang melakukan gangguan seksual terhadap wanita. Amat sukar untuk menghakis pemikiran seksual dan pelbagai tingkah laku yang mendedahkan wanita kepada gangguan dan ancaman seksual di mana-mana sahaja dalam masyarakat. 5.4 Kesan-Kesan Gangguan Seksual 5.4.1 Kesan Ke Atas Pelajar Menurut Najib Ahmad Marzuki (2003), kesan gangguan seksual yang ketara dapat dilihat kepada mangsa terutamanya pelajar wanita dan kanak-kanak ialah mangsa akan mengalami masalah rendah diri, menyimpan dendam dan tercemar maruah dan nama baik. Mangsa juga berisiko tinggi untuk mengalami penyakit Neurosis seperti pening kepala, muntah-muntah, sindrom tidak boleh tidur dan tekanan perasaan. Gangguan seksual boleh dibahagikan kepada beberapa aspek. Contoh perbuatan yang boleh dikategorikan kepada gangguan seksual ialah mengejek pelajar atau mengelar pelajar dengan panggilan lucah. Menggunakan isyarat lucah kepada pelajar lain atau bercerita atau membuat lawak jenaka yang berunsur lucah. Pelaku yang melakukan gangguan seksual ini boleh terdiri daripada pelbagai individu sama ada pelajar itu sendiri, guru atau kakitangan sekolah. Gangguan seksual boleh menyebabkan seseorang pelajar akan mengalami trauma psikologi dimana mengalami perasaan takut dan cemas akhirnya mereka memilih untuk mendiamkan diri. Mereka tidak berani untuk mengeluarkan suara kerana takut akan diejek oleh rakan sekelas. Tumpuan kepada sesi pembelajaran juga tidak dipedulikan. Jika pelakunya adalah seorang guru, kesan gangguan seksual akan lebih parah kerana akan sekaligus megubah cara hidup seseorang pelajar tersebut. Hal ini demikian, pelajar yang mengalami gangguan seksual seringkali menganggap diri sebagai mangsa dan akan cuba melarikan diri daripada keadaan tersebut walaupun ianya akan merosakkan peluang mereka untuk menuntut ilmu. Kita sedar yang seorang guru mempunyai kuasa ke atas seseorang pelajarnya. Sebagai contohnya, gurulah
  11. 11. 11 yang bakal memberi markah atau gred kepada pelajar. Guru juga yang akan membezakan setiap layanan ke atas pelajar di dalam kelas. Menurut Koss (1990), pelajar akan mengalami stress yang tinggi termasuk perasaan mudah tersinggung serta kurang motivasi untuk belajar. Secara tidak langsung, hasil kerja pelajar dalam kerja rumah dan serta peperiksaan akan terganggu seperti masalah pelajar tidak hadir kelas walaupun sebelum ini, pelajar ini seorang yang periang dan seorang yang cemerlang dalam peperiksaan. Mangsa sudah mula hilang keyakinan diri untuk terus mempercysi orang di sekeliling termasuk keluaga. Satu perpepsi yang lahir dala diri meraka yang menganggap keluaga langsung tidak mempedulikan mereka jika berlaku sesuatu yang melibatkan hubungan kekeluagaan. Mangsa mudah tersinggung dan merasa rendah diri apabila tidak dipedulikan oleh orang yang tersayang. Kesan kepada mangsa kemungkinan besar turut menarik mangsa kepadamasalah sosial lain seperti bohsia atau minah rempit. Hal ini untuk menunjukkan rasa protes kepada orang di sekeliling. 5.4.2 Kesan Kepada Guru Masalah gangguan seksual juga memberikan kesan kepada guru yang meliputi kesan jangka pendek dan kesan masa panjang. Antara kesan jangka pendek yang akan menimpa guru, jika pelakunya merupakan seorang guru yang melakukan perbuatan terlampau tersebut ialah dari segi hubungan dengan murid. Hubungan guru dan murid menjadi semakin renggang. Tambahan itu juga, semua murid membenci dan takut untuk menuntut ilmu dengan beliau. Dalam situasi berkenaan, murid juga berasa tidak selamat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu, hubungan guru dan rakan sejawatnya juga akan musnah kerana mereka hilang kepercayaan terhadap guru tersebut. Secara tidak langsung, beliau akan mengalami tekanan emosi dan mengalami konflik jiwa yang serius akibat daripada perbuatan keji itu. Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi contohnya masalah otak yang tidak berfungsi, pemakanan dan masalah keluarga. Di samping itu juga, keluarga guru yang terbabit dalam tingkah laku negatif ini mungkin akan mendapat kesan yang buruk. Sebagai contohnya, keluarga beliau akan dibenci dan dicemuh oleh masyarakat di atas perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu. Perkara tersebut menyebabkan keluarga beliau akan hidup dalam suasana yang tidak tenteram dan tertekan. Tambahan lagi, kesan jangka pendek yang akan menimpa guru tersebut ialah kehilangan pekerjaan dan mata pencarian akibat daripada perbuatannya yang tidak senonoh itu. Zaman sekarang tugas sebagai seorang guru amat mencabar kerana pelajar waktu sekarang tidak seperti pelajar dulu tyang begitu patuh kepada peraturan. Jika sekarang, apabila seseorang guru menegur perbuatan pelajarnya yang tidak senonoh seperti membuli pelajar lain dengan isyarat lucah yang boleh dianggap sebagai salah satu contoh kepada gangguan seksual turut memberi kesan kepada guru apabila pelajar telah berani untuk melawan guru. Jika kita lihat pada jangka panjang pula, jika orang melakukan perbuatan gangguan seksual ialah seorang guru ialah akan wujudnya persepsi yang buruk daripada masyarakat terhadap guru. Guru tersebut tidak lagi diterima oleh masyarakat kerana masyarakat akan memandang serong akibat daripada perbuatan tersebut. Selain itu, jika tidak dibuang kerja, guru
  12. 12. 12 tersebut akan dipindahkan ke sekolah yang lain bagi menjaga nama baik sekolah tersebut. Di samping itu juga, guru tersebut tiada tempat dalam masyarakat kerana semua orang tidak menyenangi kehadirannya dan beliau bukan lagi menjadi guru yang boleh dipercayai oleh masyarakat. 5.4.3 Kesan ke Atas Institusi Pendidikan Kesan daripada tingkah laku negatif yang berlaku di sekolah oterbabit menyebabkan profesion perguruan dipandang rendah oleh masyarakat. Guru dianggap tidak mampu menyelesaikan masalah yang berlaku di dalam kelas. Hal ini turut memberi kesan kepada guru lain dimana masyarakat tidak akan mempercayai bahawa seseorang guru dapat mendidik dan mengajar anak mereka dengan baik sehingga menyebabkan peranan guru tidak lagi dipandang sebagai satu tugas yang mulia oleh anggota masyarat. Jika pelakunya adalah seorang guru, kesan yang lebih besar ialah , guru-guru lain yang tidak bersalah akan diselubungi dengan perasaan malu terhadap masyarakat dengan tindakan yang dilakukan oleh rakan guru lain yang berkelakuan negatif. Selain itu, orang bergelar seorang guru menghadapi tekanan menyebabkan mereka sendiri tidak lagi berminat untuk meneruskan profesion perguruan. Tekanan yang turut sama dirasai oleh keluaga menjadikan mereka putus asa. Bidang perguruan akan mengalami kemerosotan, sekaligus pendidikan dan ilmu pengetahuan tidak lagi menjadi keutamaan. Selain itu, guru-guru yang lain pastinya tidak lagi mempunyai perasaan selaku seorang pendidik jika masalah ini terus berleluasa. Masyarakat tidak lagi mempercayai kepada profesion perguruan sehingga profesion ini tidak lagi diperlukan oleh masyarakat. Selain itu, profesion perguruan tidak lagi dianggap mulia oleh masyarakat kerana mereka tidak lagi mempercayai bahawa profesion ini dapat membantu anak mereka untuk mendapatkan pendidikan yang selamat dan berkesan. Tambahan pula, profesion ini tidak lagi dihormati oleh masyarakat terutama ibu bapa dan murid-murid itu sendiri. 5.4.4 Kesan Kepada Negara Sektor pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan kepada generasi muda turut mengalami kesan sampingan apabila masalah gangguan seksual menghantui golongan masyarakat. Generasi muda tidak lagi berminat untuk menjadi seorang guru. Hal ini disebabkan bebanan yang terpaksa dipikul untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di sekolah. Mereka menggangap masalah gangguan seksual tidak akan pernah selesai malah tugas mereka bukan sahaja setakat mengajar, malahan terpaksa menyelesaikan masalah sosial ini. Kesannya, profesion perguruan mengalami kekurangan generasi muda yang mempunyai bakat untuk mendidik anak bangsa. Di samping itu juga, kerajaan tidak lagi dapat melahirkan guru-guru yang berkemahiran dalam pelbagai aspek kerana kekurangan generasi muda yang ingin menceburi bidang perguruan. Mengikut Lilia dan Norlena (1998), penyusutan kuasa untuk menjalankan tugas secara profesional menyebabkan profesion perguruan menurun di kaca mata masyarakat. Reputasi negara yang selama ini dipandang tinggi dalam aspek pendidikan dipertikaikan jika masih ada masalah yang melibatkan gangguan seksual di sekolah.
  13. 13. 13 Selain itu, negara tidak lagi dianggap sebagai sebuah institusi pendidikan yang memberi pendidikan yang berkualiti kepada pelajarnya. Sekaligus warga-warga asing yang mahu melanjutkan pelajaran tidak akan sesekali memilih negara Malaysia sebagai destinasi tumpuan. Selain itu, negara tidak mahu melahirkan anggota masyarakat yang berpendidikan tinggi dan berfikiran bernas kerana para ibu bapa sudah tidakboleh memberi kepercayaan dan kredibiliti guru sebagai pendidik kepada anak mereka dpertikaikan. Manakala kesan jangka panjang yang menimpa negara ialah guru dipersalahkan secara total sehinggakan beliau dibenci dan dicaci oleh masyarakat yang lain. Kerajaan tidak lagi membuka peluang untuk menjadi seseorang guru secara terbuka tetapi secara terhad. Hal ini sekaligus akan meningkatkan lagi kes pengangguran yang turut menjejaskan ekonomi semasa Negara. Peluang-peluang pekerjaan yang terhad menyebabkan masyaraakat memilih jalan yang salah untuk megisi masa yang terluang. Apa yang lebih berat ialah isu gangguan seksual ini dibawa terus kepada pihak atasan seperti polis dan peguam bagi mendapat keadilan bagi pihak anak mereka. Sekaligus, berita-berita yang memalukan tentang salah laku seperti kes oral seks terhadap pelajar terpampang di muka hadapan surat-surat khabar sehingga menjadi berita sensasi yang menjatuhkan maruah diri sendiri, ibu bapa dan masyarakat dan Negara di mata dunia luar. 5.5 Penambahbaikkan Langkah-Langkah Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengatasi Gangguan Seksual Tingkah laku gangguan seksual telah menimbulkan kemelut dalam masyarakat yang mementingkan nilai-nilai murni termasuklah masyarakat negara ini. Justeru itu, banyak pihak terutama pertubuhan wanita, kesatuan sekerja, pertubuhan hak asasi manusia, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan antarabangsa, telah memberi reaksi positif ke atas cadangan supaya membendung masalah ini. 5.5.1 Meningkatkan Reformasi Pendidikan ( Pihak Kerajaan ) Selain itu, antara penambahbaikan yang boleh di lakukan untuk mengurangkan gangguan seksual di peringkat sekolah ialah reformasi pendidikan hendaklah berteraskan sistem pendidikan Islam yang bersepadu yang mengintegrasikan sistem yang sedia ada dalam satu acuan lengkap dan holistik, bagi menjamin para guru dan pelajar mempunyai pegangan dalam setiap tindakan yang mereka akan lakukan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menunjukkan respon yang positif untuk mengadunkan sistem pendidikan Islam dalam aliran pendidikan kebangsaan yang sedia ada dengan lebih mendalam, hal ini akan memberikan sedikit panduan bagi pihak sekolah samada para guru dan pelajar untuk berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara yang menyalahi agama dan dengan ini gangguan seksual di sekolah seca tidak langsung dapat di kurangkan walaupun memakan masa yang agak lama. Selain itu, pihak kerajaan dan pihak sekolah perlu menyegarkan semula fungsi kepimpinan, kredibiliti kepimpinan dan peranan pemimpin dalam membenteras kejadian gangguan seksual di sekolah ini. kepimpinan tidak boleh di pisahkan daripada aspek moral,
  14. 14. 14 tanpa moral kepimpinan akan hilang wibawanya. Bayangkan jika pemimpin yang dipilih rosak akhlaknya, mugkin mereka akan membiarkan sahaja isu gangguan seksual di sekolah ini begitu sahaja tanpa ada apa-apa langkah penyelesaian. Hal ini akan memberikan kesan yang negatif kepada semua pihak terutamanya mangsa ganguan seksual. Pelajar yang mengalami gangguan seksual akan menyebabkan trauma psikologi kepada pelajar. Perasaan malu dan takut menyebabkan kebanyakan mereka memilih untuk mendiamkan diri, manakala di sekolah pula mangsa kelihatan cemas dan takut. Mereka selalu kelihatan termenung semasa sesi pembelajaran dan akibatnya prestasi akademik menurun secara mendadak. Kadang-kadang mereka mengadu sakit kepala atau perut. Ada juga yang mengalami histeria. Ini berlaku di bawah sedar apabila mereka tidak mampu meluahkan masalah secara terbuka. Hal ini juga akan memberikan impak jangka pangjang kepada para pelajar. Jadi pihak kerajaan dan sekolah haruslah memilih pemimpin yang bermoral dan bertanggungjawab dalam menangani masalah gangguan seksual di sekolah ini. 5.5.2 Pihak Sekolah Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah bagi mengatasi gangguan seksual yang berlaku di sekolah ini ialah, pihak sekolah harus mengadakan khidmat kaunseling sebagai saluran untuk pelajar yang manjadi mangsa gangguan seksual. Antara strateginya ialah dengan melaksanakan program-program kaunseling sekolah dan menyediakan perkhidmatan yang professional bagi membantu para pelajar sekolah. Perkhidmatan kaunseling yang diberikan harus dapat membantu pelajar memahami isu gangguan seksual dan bagaimana untuk mengendalikan permasalahan gangguan seksual yang berlaku ke atas diri mereka serta pengetahuan untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa gangguan seksual. Bantuan berbentuk kaunseling individu ini boleh diberikan kepada mangsa dan juga pelaku gangguan seksual samada yang datang secara sukarela ataupun dirujukkan. Kaunseling secara individu dalam isu gangguan seksual bertujuan untuk mengubah tingkah laku mangsa dan pelaku gangguan seksual. Mangsa dan pelaku gangguan seksual biasanya akan berhadapan dengan satu keadaan dimana mereka kehilangan maruah diri, kehilangan keyakinan diri, merasa ketakutan yang tidak terkawal, kemurungan, kebimbangan dan lebih teruk lagi menjadi seorang yang suka menyendiri atau mengasingkan dirinya. Mangsa, terutamanya pelajar perlulah dibantu untuk mengembalikan keyakinan dirinya untuk berhadapan dengan khalayak ramai dan juga pelakunya. Manakala pelakunya dibantu untuk mengubah tingkah laku yang menjadi tabiat agar selaras dengan norma dan kehendak masyarakat. Satu cara lagi ialah melakukan kaunseling dalam bentuk bengkel dan seminar mengenai gangguan seksual. Motif utama ialah mengadakan perhimpunan dalam bentuk bengkel dan seminar adalah bertujuan untuk membincangkan sesuatu isu dan bersama-sama mencari jalan penyelesaian bagi menghasilkan satu memorandum yang boleh berguna untuk semua manusia.
  15. 15. 15 5.5.3. Para Pelajar dan Guru Para pelajar dan guru wanita perlulah peka dan mengubah cara pendekatan seperti kod etika berpakaian supaya bersesuaian dengan keadaan di sekolah. Ini adalah perlu bagi mengelakkan tarikan seksual daripada pelajar mahupun guru lelaki. Jika dilihat hari ini, cara kita berpakaian merupakan tarikan yang paling menonjol yang membolehkan ganguan seksual berlaku. Jika pakaian yang di pakai mencolok mata yang memandang, ianya akan menimbulkan tarikan seksual dan akan berlakulah gangguan seksual ini. oleh itu, para pelajar dan guru wanita perlulah menjaga batas-batas pemakaian mereka agar apa yang di pakai itu tidak melambangkan seks kepada kaum lelaki. Di samping itu, para pelajar dan guru wanita juga harus tampil ke hadapan sekiranya diancam oleh pelaku gangguan seksual. Misalnya menceritakan kejadian yang berlaku kepada guru yang mereka percayaai dan ibu bapa mereka. Hal ini kerana mereka akan membantu para peajar untuk mendapatkan bantuan yang lebih baik. Mereka juga seharusnya lebih peka dengan bantuan-bantuan yang telah di sediakan oleh pihak kerajaan mahupun pihak swasta. Pandangan negatif masyakat terhadap mangsa yang terlibat hendaklah ditepis ke tepi kerana jika tidak ia akan menghalang mangsa untuk tampil ke hadapan membuat laporan. Masyarakat haruslah memberi sokongan terhadap mangsa gangguan seksual supaya masalah tersebut tidak berterusan dan merebak. Seandainya mereka membisu dan terus mendiamkan diri sahaja, maka pelaku gangguan seksual akan mudah mendekati mereka dan akan terus- terusan mengganggu mereka tanpa ada rasa akut dan tiada tindakan yang sewajarnya di kenakan kepada mereka, dan mungkin mereka akan melakukan perkara yang sama kepada magsa yag lain. 5.5.4. Mengamalkan Ajaran Agama Dalam Kehidupan Seharian Gangguan seksual merupakan tingkah laku yang tidak bermoral yang mana boleh merendahkan kehormatan kedua-dua mangsa dan pelaku. Dalam memeriahkan kehidupan di alam maya ini, setiap individu lelaki dan perempuan perlu saling memelihara akhlak antara satu sama lain selaras dengan didikan dan ajaran agama. Setiap orang jangan memberi peluang dalam hatinya dan dalam getaran kalbunya walaupun sedikit kecenderungan untuk menunaikan keinginan nafsu termasuklah melakukan gangguan seksual. Dengan mengambil ajaran Islam, sekiranya dihayati dan diamalkan boleh mengelakkan berlakunya gangguan seksual. Antara ajaran dan amalan Islam yang boleh dilakukan adalah seperti memelihara aurat, mengelak daripada melakukan perbuatan bersuka-suka dan bermain-main yang boleh membinasakan akhlak dan meransang syahwat, menjaga adab pergaulan dan sebagainya. Kalaulah penegasan Islam ini dituruti oleh setiap pekerja, secara tidak langsung mereka tidak akan berkecenderungan melakukan tingkah laku gangguan seksual. 5.5.5 Mengukuhkan Institusi Keluarga Ibu bapa perlu menjadi model yang baik kepada anak-anak supaya mereka tidak dipengaruhi rakan sebaya yang akan mendominasikan proses pembentukan sikap, perilaku dan pemikirannya. Ibu bapa seharusnya jangan cepat melenting apabila mendapat tahu anak mereka adalah pemangsa atau mangsa kepada gangguan seksual di sekolah. Kadang-kadang apabila dilaporkan
  16. 16. 16 perkara ini, guru dimarah dengan alasan anak mereka berperangai baik. Sepatutnya ibu bapa turut sama mengatasi masalah ini. Tidak di nafikan bahawa memang tugas seorang guru ialah mengajar dan mendidik pelajar mana yang baik dan buruk tapi tanggungjawab itu juga terbatas dalam lingkungan sekolah sahaja. Selebihnya, ibu bapa yang perlu bertanggungjawab. Tambahan pula, bilangan pelajar di sekolah melebihi bilangan cikgu. Lebih elok kalau ibu bapa dan para guru sama-sama duduk semeja, berbincang untuk mengatasi masalah seperti ini. jadi ibu bapa seharusnya bersikap lebih matang dengan anak-anaknya yang sedang meningkat dewasa. Hal ini kerana, pada umur remaja inilah anak-anak memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa, bukan sekadar kemewahan yang di minta. Jadi ibu bapa perlu lebih peka dengan perubahan yang berlaku kepada anak-anak remaja mereka. Selain itu, penglibatan sektor swasta dan kerajaan juga penting dalam usaha menggerakkan program-program pembinaan keluarga bahagia. Hal ini boleh di jadikan panduan bagi ibu bapa yang ingin mengetahui perkembangan anak-anak remaja dan akan lebih memahami anak-anak mereka. Dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini secara tidak langsung akan mengurangkan gangguan seksual di sekolah dan mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan. 5.5.6. Menyediakan Khidmat Kaunseling Bagi menangani masalah gangguan seksual juga, kemudahan khidmat kaunseling perlu diwujudkan di setiap industri dan organisasi bagi membolehkan mangsa gangguan seksual mengadu masalah mereka dan mendapatkan bantuan pakar kaunseling. Peranan kaunseling dalam membantu dan menangani masalah gangguan seksual amat penting dalam masyarakat moden yang mana keadaan hidup dan masalah yang dihadapi begitu rumit dan tidak dapat diselesaikan dengan sendiri. Kaunselor yang profesional, mempunyai latihan dan lesen menjalankan tugas kaunselor mengenai masalah gangguan seksual perlu diwujudkan di setiap industri dan organisasi di seluruh negara. Begitu juga kaunselor Islam yang boleh menguruskan hal-hal gangguan seksual mengikut cara Islam pelu difikirkan dan dirangka dalam menyelesaikan masalah gangguan seksual. 5.5.7 Memberikan Pendidikan dan Kesedaran Tentang Konsep Gangguan Seksual Berdasarkan kajian, kebanyakan laporan tentang kes gangguan seksual yang berlaku adalah disebabkan oleh kekaburan dalam mentafsir gangguan seksual itu sendiri. Ini bukan sahaja berkaitan dengan pengetahuan malah lebih menjurus kepada persepsi atau tanggapan mangsa sendiri. Oleh kerana kekaburan makna gangguan seksual itu maka individu mentafsir gangguan seksual itu mengikut pendapat mereka sendiri. Oleh itu sudah semestinya wujud tanggapan dan persepsi yang berbeza di antara setiap mangsa dalam organisasi. Maka hal inilah yang akhirnya menyebabkan perlakuan gangguan seksual berterusan berlaku di tempat kerja. Kefahaman mangsa dan pelaku tentang konsep gangguan seksual seringkali terbatas. Kebanyakan pekerja sama lelaki atau wanita beranggapan bergurau senda sambil menyentuh anggota badan yang tidak sulit adalah perkara biasa. Walau bagaimanapun bagi sesetengah pekerja wanita, mereka berasa kurang senang dengan perbuatan tersebut. Justeru itu, pihak
  17. 17. 17 bertanggungjawab seperti media, mangsa sendiri dan pihak berkuasa perlu perbanyakan sebaran maklumat mengenai pengertian gangguan seksual supaya semua masyarakat terutamanya pekerja industri dan organisasi memahami erti sebenar terma gangguan seksual ini. Terdapat banyak lagi kaedah yang boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat perlakuan gangguan seksual ini seperti menggunakan poster, iklan, hebahan di televisyen dan sebagainya. Latihan kefahaman konsep gangguan seksual menerusi seminar atau bengkel-bengkel perlu diperbanyakan dan dipermudahkan kepada orang ramai menyertai supaya terma gangguan seksual ini difahami oleh semua lingkungan masyarakat. 5.5.8. Membuat Aduan atau Laporan Kepada Pihak yang Berkenaan Bagi mencegah gangguan seksual dari terus berlaku mangsa hendaklah segera melaporkan kejadian gangguan tersebut kepada majikan atau pihak pengurusan. Jika majikan tidak mengambil sebarang tindakan atau beliau sendiri yang menganggu, minta bantuan daripada pihak lain. Dalam keadaan ini mangsa boleh membuat aduan kepada Jabatan Buruh atau buat laporan polis. Tindakan mendiamkan diri oleh sesetengah mangsa ini mungkin ada hubungannya juga dengan kurangnya kefahaman tentang maksud konsep ini[10]. Ramai daripada mangsa masih keliru pengertian sebenarnya dan bentuk-bentuk tingkah laku bagaimanakah yang dikatakan sebagai tingkah laku gangguan seksual. Walaupun telah banyak pertubuhan terutamanya pertubuhan wanita, kesatuan sekerja dan badan kerajaan memperkatakan fenomena gangguan seksual melalui saluran media massa sama ada media elektronik ataupun media cetak, namun masih terdapat mangsa yang terdedah kepada fenomena gangguan seksual ini tidak memahami makna sebenar gangguan seksual itu . Dalam erti kata lain, mangsa tersebut tidak atau kurang mempunyai pengetahuan tentang gangguan seksual sama ada dari segi definisi, bentuk gangguan dan kategori gangguan seksual di tempat kerja. 5.5.9. Mengadakan Undang-undang Khusus Berkaitan Gangguan Seksual Sehingga sekarang negara kita tidak mempunyai undang-undang yang khusus bagi menangani masalah gangguan seksual. Pengenalan “Kod Amalan untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja” oleh Kementerian Sumber Manusia pada tahun 1999 cuma memberi garis panduan untuk proses semakan dalaman („internal inguiry‟). Malah setakat bulan Mac 2001, hanya 1.12% syarikat di Malaysia yang mempraktikan Kod ini[11]. Undang-undang yang sedia ada juga tidak mampu untuk menangani masalah gangguan seksual di tempat kerja secara berkesan. Satu Akta Gangguan Seksual mestilah diwujudkan bagi menangani gejala gangguan seksual ini dengan lebih baik. Undang-undang mengenai gangguan seksual mestilah mempunyai dua matlamat penting. Pertamanyan ia mestilah mengkehendaki para pekerja secara proaktif mencegah gangguan seksual dan keduanya ia haruslah menyediakan kepada mangsa satu pembelaan undang-undang.[12]
  18. 18. 18 6.1 Kesimpulan Gangguan seksual tidak boleh dipersepsikan sebagai masalah peribadi dalam sesebuah organisasi. Masalah ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia melibatkan masa depan mangsa dan juga imej organisasi. Menangani masalah gangguan seksual adalah tanggungjawab bersama. Reformasi sosial perlu dilakukan bagi meniupkan angin perubahan terhadap peranan wanita yang dinamik dan progresif dalam masyarakat dan di tempat kerja tersebut. Ini adalah kerana wanita adalah sumber manusia yang amat penting kepada pembangunan negara dan bangsa. Setiap guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik, terpuji, dihormati dan dapat dicontohi oleh murid. Pembentukan sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, peribadi yang unggul dan daya kepimpinan yang berkesan. Kebanyakan kualiti sahsiah seorang guru adalah hasil daripada latihan yang diikuti semasa menjalani kursus di institut perguruan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran yang berkesan. Walau bagaimanapun, sama ada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mestilah mempunyai sahsiah diri yang bagus terutamanya terhadap murid-murid. Guru yang mengamalkan budaya pembelajaran pasti tidak akan lari dari tugasnya untuk mendidik murid-muridnya dengan betul. Selain tugas dalam bilik darjah, guru perlu mengetahui peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Pendidikan merupakan satu kaedah yang terbaik membangunkan kesedaran dan meningkatkan kefahaman setiap individu terhadap masalah gangguan seksual. Kebanyakan negara maju telah memperkenalkan pendidikan seks bagi menimbulkan kesedaran kepada generasi muda mengenai gangguan seksual. Justeru itu sekolah sebagai organisasi sosial perlu menyediakan pendidikan seks ini supaya dapat menyedarkan masyarakat bermula dari bangku sekolah lagi. Guru adalah individu yang sering mendapat perhatian walau di mana sahaja mereka berada. Segala tindak-tanduknya sentiasa diperhatikan oleh masyarakat sekeliling. Adalah menjadi kewajipan bagi guru-guru mengamalkan penampilan diri dan menunjukkan kesantunan yang tinggi untuk memelihara martabat profesion perguruan. Oleh kerana guru menjadi idola dalam masyarakat, maka guru perlu berupaya menampilkan diri dan mengaplikasikan nilai-nilai kesantunan supaya dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan yang dihadapinya. Seharusnya, sekolah perlu menyediakan tempat yang selamat untuk belajar. Malangnya terdapat segelintir pelajar, guru, kakitangan dan ibu bapa yang masih tidak tahu bagaimana gangguan seksual ini boleh berlaku di sekolah dan apa yang perlu dlaksanakan untuk menanganinya Usaha perlu dibuat bagi meningkatkan nilai-nilai dan tingkah laku yang teratur dan bertanggungjawab. Nilai-nilai murni seperti nilai kemanusiaan, nilai kasih sayang, nilai moral dan etika, nilai bertanggungjawab, dan sebagainya perlu dipertingkatkan supaya perlakuan dan tingkah laku gangguan seksual tidak terus menjalar dalam masyarakat. Nilai hidup yang baik dapat memelihara masyarakat daripada melakukan gangguan seksual yang bertentangan dengan norma hidup yang perlu dipertahankan.
  19. 19. 19 7.1 Bibliografi Ab. Alim, A.R. (1994) Pengantar Psikologi Bilazim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahim Rashid, (2003), Gangguan Seksual : Pengurusan Tingkahlaku dan Perkembangan Gender Dalam Organisasi, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd. Abdul Rahman Md. Aroff (1986). Pengenalan Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Petaling Jaya. Ahmad Shamsul Abdul Aziz, (2005) Undang-undang Gangguan Seksual di Malaysia, Selangor: PTS Prefessional Publishing Sdn Bhd. Ann Wan Seng, Khadijah Alari (1997). Penderaan Kanak-kanak, Selangor: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Publication Sdn. Bhd. Cecilia Ng, (2003) A Pineering step, Sexual Harassment and the Code of Practice in Malaysia, Women‟s Development Collective. Christopher Bowring-carr, John west-Burnham. (2008). Belajar secara Berkesan di Sekolah, Institusi Terjemahan Negara Malaysia, Bhd: Kuala Lumpur. Hazel Houghton, James, (1995) Sexual Harassment, Cavendish Publishing Limited. Kuala Lumpur. J.E. Gruber, L. Bjorn (1982). The Sexual Harassment of Women Outoworker. Sage Journals, no 9, 271-295. Kementerian Sumber Manusia. (1999) Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja: Kuala Lumpur. Koss, M.P. (1990). Changed Lived, The Psychogical Impact of Sexual Harassment, Personal Psychology 14, 45-51. Syuhada Choo Abdullah (2010, April 10). Pertubuhan Guru Bantah, Kena Ajar Pendidikan Seks. Berita Harian, hlm 32.
  20. 20. 20 8.1 Lampiran 8.1.1 Contoh-contoh laporan mengenai gangguan seksual
  21. 21. 21
  22. 22. 22
  23. 23. 23
  24. 24. 24 7.2 Contoh-contoh Gangguan Seksual
  25. 25. 25

×