• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Penubuhan koperasi
 

Penubuhan koperasi

on

  • 5,702 views

 

Statistics

Views

Total Views
5,702
Views on SlideShare
5,702
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
112
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Penubuhan koperasi Penubuhan koperasi Presentation Transcript

    • PROSEDUR PENUBUHAN & PENDAFTARAN KOPERASI Oleh: Maslenah Binti Abdurasid Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi SKM Wilayah Pantai Barat 2 Negeri Sabah
    • Apa itu Koperasi? Menurut Akta Koperasi 1993;Koperasi adalah suatu pertubuhan orangberautonomi yang bersatu secara sukarela untuk memenuhi keperluan dan aspirasiekonomi, sosial dan budaya mereka yang sama melalui suatu perusahaan milik bersama dan dikawal secara demokrasi yang berdaftar di bawah Akta ini.
    • Prinsip-Prinsip Koperasi7 prinsip koperasi termasuklah:-b)keanggotaan sukarela & terbuka;c)kawalan demokratik oleh anggota;d)penglibatan ekonomi oleh anggota;e)autonomi & kebebasan;f)pendidikan, latihan & maklumat;g)kerjasama antara koperasi; danh)mengambil berat terhadap masyarakat.
    • Jenis Koperasi3 jenis koperasi yang boleh didaftarkan:-i) Koperasi Asas – terdiri daripada orang-orang individu sahaja & matlamatnya ialahuntuk meningkatkan kepentingan ekonomianggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi.[subseksyen 4(1)] Akta Koperasi 1993.
    • Jenis Koperasi - sambunganii) Koperasi Menengah – terdiri daripadakoperasi-koperasi asas sahaja &matlamatnya ialah untuk memudahkanoperasi koperasi-koperasi sedemikian.[subseksyen 4(2)] Akta Koperasi 1993.
    • Jenis Koperasi - sambunganiii) Koperasi Atasan – terdiri daripadakoperasi-koperasi menengah sahaja ataukoperasi-koperasi menengah & asas &matlamatnya ialah untuk memudahkanoperasi koperasi-koperasi sedemikian.[subseksyen 4(3)] Akta Koperasi 1993.
    • Fungsi & Aktiviti Koperasi•Terdapat 9 fungsi koperasi:-• Fungsi – Kredit. Aktiviti - Jimat cermat dan pinjaman.• Fungsi – Perbankan. Aktiviti – Institusi Bank.
    • Fungsi & Aktiviti Koperasi -samb• Fungsi – Perindustrian. Aktiviti - Industri kampung. Perkilangan. Pembuatan.
    • Fungsi & Aktiviti Koperasi -samb• Fungsi – Pengguna. Aktiviti - Pasaraya / pasar mini. Kedai sekolah. Kantin. Restoran. Kedai buku. Lain-lain aktiviti pengguna.
    • Fungsi & Aktiviti Koperasi -samb• Fungsi – Perumahan. Aktiviti - Membina rumah kediaman, kondominium, pangsapuri dll. Membina rumah kedai, premis perniagaan, pejabat dan lain-lain bangunan.
    • Fungsi & Aktiviti Koperasi -samb• Fungsi – Pengangkutan. Aktiviti - Pengangkutan lori / treler tanker dll. Pengangkutan kapal laut. Pengangkutan kapal terbang. Pengangkutan feri dll.
    • Fungsi & Aktiviti Koperasi -samb• Fungsi – Pertanian. Aktiviti - Pertanian. Perladangan. Perikanan. Penternakan. Bioteknologi. Industri asas tani.
    • Fungsi & Aktiviti Koperasi -samb• Fungsi – Perkhidmatan. Aktiviti - Perkhidmatan pengangkutan awam. Pelancongan. Pemasaran. Pembersihan bangunan. Pendidikan. ICT.
    • Fungsi & Aktiviti Koperasi -samb• Fungsi – Pembinaan. Aktiviti - Kontrak pembangunan daerah. Kontrak pembinaan jalan. Kontrak pembinaan bangunan.
    • Bagaimana Hendak Menubuhkan Koperasi? 1. Hubungi SKM Wilayah 2. Bentuk Jawatankuasa Penaja3. Adakan Mesyuarat Agung Permulaan 4. Mohon Pendaftaran Koperasi
    • 1. Hubungi SKM Wilayah Dapatkan maklumat tentang tatacara penubuhan koperasi. Dapatkan borang permohonan penubuhan koperasi. Lengkapkan borang pewai rmohonan & kemukakan kpd SKM Negeri Sabah melalui Peg. SKM Wilayah yang berkaitan.
    • Alamat SKM Wilayah PANTAI BARAT 2 Penolong Pengarah SKM, Negeri Sabah Wilayah Pantai Barat 1 Tingkat 7, Menara MAA, Api-Api Centre Peti Surat Bil. 11276 88814 Kota Kinabalu, Sabah.      Tel   : 088 - 216022 Fax : 088 - 216724 
    • 2. Bentuk Jawatankuasa Penaja setelah kelulusan penubuhan koperasi diperolehi daripada SKM Negeri Sabah, bentuk J/kuasa penaja yg terdiri daripada sekurang-kurangnya 10 orang yang bertanggungjawab dalam:- Menentukan jenis koperasi yang akan ditubuhkan.
    • Mengkaji dan menggubal Undang-Undang Kecil Koperasi berpandukan UUK seragam.Mendaftarkan sekurang-kurangnya 50 orang bakal-bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan nama, umur, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat masing-masing.Mengatur sesi penerangan kepada bakal- bakal anggota koperasi oleh pegawai SKM.
    •  Kelayakan Menjadi Anggota Koperasi menurut seksyen 26 Akta Koperasi 1993;  warganegara Malaysia;  telah mencapai umur lapan belas tahun atau, dalam hal koperasi sekolah , telah mencapai umur dua belas (12) tahun; dan  bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi koperasi asas itu atau, dalam hal koperasi sekolah , menjadi penuntut berdaftar sekolah itu
    •  Hilang Kelayakan Menjadi Anggota Koperasi menurut seksyen 27 Akta Koperasi 1993;  dia tak upaya dari segi mental;  dia ialah seorang bankrap yang belum dilepaskan;  dia ialah seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar;  dia telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta ini dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.
    • 3. Adakan MAP Mesyuarat agung permulaan (MAP) hendaklah diadakan dalam tempoh tiga bulan selepas kelulusan penubuhan. [sekiranya koperasi (dalam penubuhan) tidak dapat mengadakan MAP dalam tempoh 3 bulan, permohonan perlanjutan penubuhan hendaklah dikemukakan kepada SKM Negeri Sabah].
    •  Agenda MAP adalah: 1. Pelantikan Pengerusi Mesyuarat. 2. Persetujuan Menubuhkan Koperasi. 3. Penerimaan Undang-undang Kecil Koperasi. 4. Permohonan Bagi Didaftarkan Sebagai Koperasi. 5. Membentang dan Meluluskan Belanjawan. 6. Menentukan Had Maksimum Keterhutangan Koperasi. 7. Meluluskan Pelantikan Panel Juruaudit Luar. 8. Pemilihan (i) Anggota Lembaga (ii) Pemilihan Anggota Yang Akan Turut Sama Menandatangani Permohonan Pendaftaran (sekiranya bilangan anggota Lembaga kurang dari 10 orang).
    • 4. Kemukakan Dokumen Pendaftaran• Menurut seksyen 6, Akta; • Permohonan Pendaftaran hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dalam borang yg ditetapkan dlm. Peraturan (Jadual I) & hendaklah ditandatangani - a) Koperasi asas – oleh sekurang- kurangnya 10 orang yg semuanya layak menjadi anggota. b) Koperasi menengah atau atasan – oleh orang yg diberi kuasa sewajarnya bagi pihak setiap koperasi asas atau koperasi menengah, mengikut mana- mana yg berkenaan.
    • 1) Permohonan pendaftaran hendaklah disertakan dengan – a) 3 naskhah UUK yg dicadangkan & diterima dalam MAP serta ditandatangani oleh pemohon- pemohon. b) Koperasi asas – tertakluk kepada subseksyen 8(2), Minit Mesyuarat Agung Permulaan yg ditandatangani oleh sekurang- kurangnya 25 orang yg hadir; atau
    • (subseksyen 8(2); Walau apa punPerenggan 6(2)(b), permohonan bagiPendaftaran sesuatu koperasi yangdisebutkan dalam subseksyen (1)hendaklah berserta dengan minitmesyuarat agung permulaan yangditandatangani oleh semua orang yanghadir).c) Koperasi menengah/atasan – minit mesyuarat agung permulaan yg ditandatangani oleh semua orang yang diberikuasa sewajarnya yang hadir.
    • • Semua dokumen tersebut hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya tidak lewat daripada 14 hari selepas mesyuarat agung permulaan diadakan.• Setelah koperasi didaftarkan oleh Suruhanjaya ianya menjadi sebuah organisasi yang sah dari sisi undang-undang
    • Sekian Terima Kasih