Gaya pembelajaran
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Gaya pembelajaran

on

  • 526 views

 

Statistics

Views

Total Views
526
Views on SlideShare
526
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
18
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran Document Transcript

  • GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR Mashitah Bt Khalid Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAKIsu yang sentiasa dibangkitkan ialah sama ada pelajar mengamalkan gaya pembelajaran yangberkesan dan pelbagai dalam memastikan pencapaian akademik yang cemerlang. Selain itu,kekurangan dan kelemahan kemahiran pedagogi dan penggunaan ICT yang meluas dalamkalangan guru juga menyebabkan pelbagai masalah timbul seperti pelajar tidak bermotivasidalam pembelajaran. Kertas konsep ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh manakah gayapembelajaran mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Pencapaian akademik pelajardipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya latar belakang keluarga, pengaruh rakan sebaya,keluarga dan pengajaran guru dengan gaya pembelajaran pelajar. Terdapat empat peringkat gayapembelajaran yang dikenal pasti mempengaruhi pencapaian akademik pelajar iaitu modelsahsiah, model pemprosesan maklumat, model interaksi sosial dan model medium pembelajaranyang disukai. Oleh itu, penulis mencadangkan agar satu kajian secara terperinci perlu dilakukanuntuk mengenalpasti apakah faktor sebenar yang menyebabkan pelajar kurang bermotivasi dalampembelajaran.1.0 Pendahuluan Gaya pembelajaran adalah satu cara bagi seseorang mudah untuk menerima pelajaran yang di pelajarinya. Gaya pembelajaran menurut Zubaidah Begam (2007), adalah stail atau cara. Manakala gaya pembelajaran seseorang merujuk kepada stail atau cara pembelajarannya. Gaya pembelajaran (learning styles) pula merujuk kepada cara interaksi individu dengan sistem maklumat atau rangsangan kemudian memproses dan menganalisa maklumat tersebut di dalam otak untuk dijadikan pengetahuan. Gaya pembelajaran menurut Rohaila Yusof, Norasmah Othman, dan Faridah Karim (2005) bermaksud kecenderungan individu dalam cara menerima dan memproses maklumat yang merupakan satu faktor perbezaan individu. Gaya pembelajaran adalah indikator 1
  • yang stabil tentang bagaimana pelajar melihat, berinteraksi dan bertindak balas terhadappersekitaran pembelajaran. Gaya pembelajara walaupun suatu isu yang sudah lama , namaun kajiannya perlusecara berterusan ini berikutan, Isu permasalahan dalam pendidikan sering dilihat dariaspek pencapaian akademik pelajar yang tidak memberangsangkan terutamanya dikawasan luar bandar. Pencapaian akedemik pelajar di kawasan bandar jauh lebih baikberbanding pencapaian pelajar di kawasan luar bandar. Isu-isu kebelakangan ini yangmengutarakan pelajar di kawasan luar bandar terutama di kawasan pedalaman di Sabahmendapati bahawa kebanyakan pelajar dari kawasan tersebut memperolehi keputusanyang rendah dalam pencapaian akademik. Ada juga dalam kalangan mereka yang berjayatetapi pada peringkat yang sederhana (Rasidah Rashi. 2008). Pelajar bermasalah terdiri daripada pelajar yang tidak dapat mengikuti prosespembelajaran yang diajar dengan baik semasa proses pembelajaran. Pendedahan gayapembelajaran pelajar yang pelbagai boleh membantu pelajar menguasai pelajaran mereka.(Azizi Yahya et al. 2003) Pelajar-pelajar kebiasaanya mempunyai gaya pembelajaranyang berbeza-beza. Ada pelajar-pelajar yang suka melibatkan diri secara aktif, sukamemerhati, gemar menggunakan prinsip dan teori dan ada yang lebih mementingkanhakikat yang sebenar. Semua ini merupakan masalah yang perlu dikenalpasti oleh guru-guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran berjalan di dalam kelas supaya ianyaberjalan dengan lancar dan segala perancangan pengajaran dapat dilakukan dengan baik.Guru juga perlu bersedia berhadapan dengan pelajar dan tahu apakah pendekatan yangterbaik untuk pengajaran semasa sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Kesandaripada keprihatinan guru ini akan dapat menghasilkan pelajar yang memperolehprestasi yang cemerlang. Gaya pembelajaran akan mempengaruhi prestasi seseorang pelajar. Maka tidakhairanlah pencapaian pelajar di dalam peperiksaan adalah pelbagai-bagai. Kajiannyamenunjukan keputusan peperiksaan yang diperolehi pelajar adalah berbeza dari segipencapaian, ini dapat dilihat setelah pelajar-pelajar melakukan peperiksaan PMR (AziziYahya et al. 2003). Perbezaan pencapaian ini adalah perkara biasa. Peperiksaandigunakan untuk mengukur sejauh manakah dan sebanyak manakah perkara-perkara yangtelah dipelajari mencapai objektif lebih-lebih lagi setiap pelajar mempunyai gaya belajar 2
  • yang berbeza, sudah pastinya gaya belajar yang paling sesuai dengan dirinya mahupun yang terbaik sudah pasti menyumbangkan hasil yang memuaskan. Kajian utama menumpukan kepada perbezaan gaya pembelajarn diantara lelaki dan permpuan (Norasmah Othman & Siti Rashidah Othman 2004 ; Seth & Sulaiman Low Fee Ngoo 2008)). Dapatan norasmah dan siti rashidah menunjukan tiada perbezaan antara kaedah yang digunakan oleh lelaki dan perembuan melaui kedah pembelajaran yang diamalkan.2.0 Latar Belakang2.1 Gaya Pembalajaran Gaya pembelajaran adalah penting kepada seseorang pelajar. Ini kerana gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar akan mempengaruhi pencapaian mereka. Menurut (Azizi Yahya et al. 2003) gaya pembelajaran akan mempengaruhi pencapaian akademik pelajar, maka pemilihan gaya belajar yang baik merupakan satu tugasan yang berat. Memang wujud beberapa gaya pembelajaran pelajar di mana boleh diambil kira oleh pelajar, namun ada yang menampakkan perbezaan-perbezaan yang agak ketara. Misalnya, terdapat pelajar yang bergantung kepada pembelajaran melalui pengajaran guru dan ada pula yang memberi banyak penekanan pada pembelajaran sendiri. Kesesuaian gaya belajar adalah bergantung kepada diri seseorang pelajar. Pemilihan gaya pembelajaran adalah bergantung kepada kesesuaian individu itu sendiri. Menurut (Rasidah Rashid 2008), pelajar lebih suka belajar dalam situasi yang digemari oleh diri mereka sendiri. Terdapat juga pelajar yang gemar belajar berseorangan dan terdapat juga yang suka belajar secara berkumpulan. Ada juga pelajar yang suka belajar dengan mendengar syarahan atau penerangan oleh guru serta ada juga yang lebih gemar dengan membuat pemerhatian dan nota semasa belajar. Namun pembelajaran adalah bergantung kepada dorongan atau motivasi dalam diri pelajar di samping faktor – faktor yang turut membantu dalam proses pembelajaran pelajar. Hal ini dapat dilihat dalam kajian (Azizi Yahya et al. 2003), menurut beliau terdapat hubungan yang signifikan di antara perbezaan gaya pembelajaran dengan latar belakang keluarga dan 3
  • juga terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor rangsangan rakan sebaya, keluarga dan pengajaran guru dengan gaya pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran boleh dikelaskan dalam beberapa lapis, seperti mana dikelaskan oleh (Azizi Yahaya & Syazwani Abdul Razak 2010), gaya pembelajaran terdiri daripada empat lapis iaitu model sahsiah, model pemprosesan maklumat, model interaksi sosial dan model medium pembelajaran yang disukai.2.2 Pencapaian Akademik Pencapaian akademik merupakan aspek penting kepada seseorang pelajar untuk menyukat prestasi seseorang pelajar dengan pelajar lain. Pencapain akademik menurut Zubaidah Begam. (2007) lebih berfokus kepada gred yang diperolehi oleh seseorang pelajar dalam peperiksaan yang diduduki. Sekiranya seseorang pelajar itu mencapai gred yang baik bermakna mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang kademik dan sebaliknya jika pelajar itu kecundng dalam akedemik akibat gread yang rendah.2.3 Intuisi Intuisi bermaksud kebolehan memehami, mengetahui dan merasa sesuatu tanpa berfikir atau membuat pertimbangan secara gerak hati ( kamus dewan edisi keempat). Melalui kaedah instuisi pelajar akan mengunakan ferak hati untuk mentafsir sesuatu yang di pelajari tanpa mengunakan pemikiran. Kadang-kadang kaedah ini akan memberhayakan pelajar berkenaan, jika sesuatu yang di instuisi tidak menjadi kenyataan.3.0 Isu- Isu dan Masalah Pelajar luar bandar sering dikaitkan dengan pencapaian yang rendah berbanding pelajar di kawasan bandar. Ini sepertimana yang dikaji oleh (Rasidah Rashi. 2008) Isu-isu permasalahan dalam pendidikan seperti aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum yang tidak seragam menyebabkan keciciran pencapaian akademik terutamanya di sekolah luar bandar. Penambah baik kandungan mata pelajaran juga perlu diteliti semula bagi melihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kekurangan dan kelemahan 4
  • kemahiran pedagogi dan penggunaan ICT yang meluas dalam kalangan guru juga menyebabkan pelbagai isu permasalahan timbul seperti pelajar tidak bermotivasi dalam pembelajaran. Keciciran pelajar ini boleh dikaitkan dengan gaya pembelajaran, terlalu sedikit pelajar didedahkan dengan gaya pembelajaran yang betul dan kebanyakan pelajar belajar sendiri dan terdedah kepada pengaruh rakan sebaya. Terdapat juga pelajar yang menggunakan kepelbagaian atau gabungan daripada beberapa gaya pembelajaran dalam proses pembelajaran mereka. Namun sesetengah daripada mereka menghadapi masalah dalam mengaplikasikan gaya pembelajaran yang strategik dan bersesuaian dengan proses pembelajaran. Akibatnya pelajar memperoleh keputusan yang tidak memberangsangkan dalam pencapaian akademik disebabkan pengaplikasian gaya pembelajaran yang tidak berkesan diserap dan diguna dalam proses pembelajaran mereka (Rasidah Rashi. 2008). Masalah wujud juga kerana kekurangan penglibatan pelajar dalam aktiviti kelas, demikian juga kerana kebanyakkan guru menjalankan sesi pembelajaran perpusatkan guru menyebabkan pelajar kurang terlibat dalam aktiviti dan proses pembelajaran, hal ini menyebabkan pengalaman pelajar adalah kurang, dan kesanya pelajar tidak boleh bayangkan dalam fikiran ataupun mengingat kembali. hal ini kerana dalam proses pembelajaran aktiviti pelajar penting kerana seseorang pelajar akam mudah mengigati atau membayangkan jika ia melakukan sendiri serta merasa sendiri pengalaman itu. Oleh hal itu pembelajran didalam kelas juga perlulah secara pembelajran dua hala dan memperbanyakan penglibatan pelajar. Supaya gaya pembelajaran pelajar boleh terbentuk melalui pendekatan ini.4.0 Saranan Kajian Gaya pembelajaran yang berkesan bagi tujuan meningkatkan pencapaian pelajar khususnya pelajar bermasalah di luar bandar adalah mempelbagaikan gaya pembelajaran bagi pelajar. Melalui kepelbagaian gaya pembelajaran ini dapatlah mengatasi pelajar bermasalah khususnya untuk memperbaiki pencapaian mereka. Menurut Rasidah Rashi (2008) terdapat tiga gaya pembelajaran yang di bentuk oleh Buggs iaitu pembelajaran ‘surface’ yang mana pelajar mengarah terhadap kepuasan dalam program yang diikuti 5
  • (contohnya lulus dalam peperiksaan, fokus dalam tugasan). Pembelajaran ‘deep’pula melibatkan pelajar cuba memahami pendasaran maksud dalam kandungan pembelajaran, untuk pembangunan kendiri. Manakala pembelajaran ‘achiveing’ pula melibatkan pelajar cuba untuk memperolehi pencapaian gred yang tinggi. Kajian mendapati terdapat hubungan yang positif antara gaya pembelajaran surface dan motivasi surface (r = 0.535). nilai bagi pekali r >0.090 adalah signifikan bagi aras keyakinan 95 %. Ini menunjukan terdapatnya gaya pembelajaran yang mempunyai hubungan dengan motivasi berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Gaya pembelajaran yang dikaji oleh (Unit Pengajian Melayu 1998; Rasidah Rashid 2008; Norazah Mohd. Nordin & Shaari Osman 2005; Rosniah Mustaffa 2007) gaya pembelajaran boleh terdiri daripada bahasa visual, nombor visual, bahasa auditori, nombor auditori, individu, kumpulan, cara berkomunikasi pernyataan lisan dan pernyataan bertulis. Penggunaan alat-alat ini ia membolehkan setiap pembelajaran ini menjadi mudah dan pelajar dapat mengingati apa yang diajar. Seterusnya ia boleh membantu meningkatkan pencapaian pelajar khususnya pelajar yang mempunyai masalah dalam pelajaran. Pelajar digalakan menggunakan gaya pembelajaran dalam pelajaran mereka. Selain gaya pembelajaran yang dikemukan oleh Buggas terdapat pelbagai lagi gaya pembelajaran yang boleh pelajar gunakan dan aplikasi semasa belajar khususnya dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Menurut Nazamud-din Alias (2005) gaya pembelajaran merupakan satu bidang yang sering diperdebatkan di kalangan pendidik. Maka pelbagai gaya pembelajaran telah diperkenalkan. Antara gaya pembelajaran yang diperkenalkan adalah Gaya Pembelajaran Paragon, Gaya Pembelajaran Kolb, Gaya Pembelajaran Canfield, Gaya pembelajaran Gregorc dan Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn. Antara yang boleh diaplikasikan gaya pembelajaran yang boleh membantu pelajar bermasalah dalam meningkatkan pencapain adalah seperti berikut;4.1 Gaya Pemikiran Gaya pemikiran ialah sesuatu cara dalam gaya pembelajaran yang membolehkan pelajar ini sentiasa berfikir. Menurut (Vivian Low Yen Yeong 2007) gaya pemikiran bukan merupakan sesuatu keupayaan tetapi lebih kepada cara kita menggunakan keupayaan 6
  • yang sedia ada pada pelajar. Seseorang itu mungkin boleh dikatakan bahawa dia mempunyai keupayaan yang serupa tetapi dia mungkin juga mempunyai gaya pemikiran yang berbeza. Namun, masyarakat sering menganggap seseorang itu dengan keupayaan yang sama adalah serupa. Gaya pemikiran seseorang yang sepadan dengan cara yang dijangka dalam situasi tertentu adalah dianggap sebagai orang yang mempunyai tahap keupayaan yang lebih baik walaupun pada kenyataannya apa yang wujud adalah bukan keupayaan tetapi kesesuaian antara gaya pemikiran seseorang itu dengan tugasan yang dihadapinya. Menggunakan gaya pemikiran ini boleh membantu pelajar bermasalah untuk meningkatkan pencapaian mereka. Ini ditunjukan dalam kajian (Vivian Low Yen Yeong 2007) gaya pemikiran berkait secara signifikan dengan pencapaian akademik. Tambahan lagi, kajian-kajian tersebut menunjukkan persamaan dari segi gaya pemikiran meramalkan pencapaian akademik mengikut kumpulan yang pelbagai budaya dan bangsa yang berlainan.4.2 Gaya Pembelajaran Kolb Gaya pembelajaran Kolb menurut Norasmah Othman & Siti Rashidah Othaman (2004) adalah satu model pembelajaran pengalaman yang telah mendapat perhatian berbagai bidang pengajian khususnya yang memerlukan latihan amali, dalam kajian beliau telah merangkumi empat jenis gaya pembelajaran iaitu pengalaman konkrit, pemerhatian reflektif, eksperimentasi aktif dan konseptualisasi abstrak. Gaya pembelajaran ini sesuai untuk subjek seperti sains dan kemahiran hidup yang memerlukan pelajar untuk melakukan aktiviti supaya apa yang dilaksanakan ketika kelas ataupun di dalam makmal dapat membantu pelajar dalam mengigati pembelajaran lepas melalui pengalaman melakukan sesuatu aktiviti seperti ekperiment di dalam makmal sains. Gaya pembelajaran kolb melibatkan model gaya pembelajaran Kolb yang digunakan dalam kajian (Norasmah Othman & Siti Rashidah Othaman 2004; Zubaidah Begam 2007), model yang digunakan ini boleh membantu pelajar bermasalah dalam memilih gaya yang brekesan bagi mencapai pencapaian akademik yang baik dan cermelang. Model kolb ini boleh di perincikan lagi empat bahagian sepaya pelajar boleh mangadaptasikan gaya ini bagi memudahkan pembelajran. Antarnya adalah: 7
  • 4.2.1 Pengalaman Konkrit Gaya pembelajaran pengalaman konkrikt, pelajar akan terlibat dengan pengalaman baru. Intuisi amat ditekankan. Pelajar perlu berfikiran terbuka, mudah beradaptasi, intuitif dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. 4.2.2 Konseptualisasi abstrak Gaya pembelajaran konseptualisasi abstrak kaedah dimana pelajar berusaha untuk mengatur dan menyusun maklumat secara sistematik dan logik ke dalam bentuk konsep, teori dan idea. Aspek pemikiran ditekankan berbanding intuisi. Terdapat sedikit perbezaan antara pengalaman konkrik yang menekankan intuisi. 4.2.3 Pemerhatian Reflektif Kaedah ini pelajar menjadi pemerhati yang objektif. Kemahiran mendengar, memerhati, dan menyedari perubahan amat penting bagi individu yang terlibat dalam gaya pembelajaran ini. 4.2.4 Eksperimentasi aktif Kaedah ini pelajar terlibat secara langsung dengan persekitaran. Gaya dominan yang terlibat dalam eksperimentasi aktif ialah pengujian. Strategi utama adalah mencari jalan penyelesaian yang tepat dan mendapat keputusan yang praktikal.kaedah ini lebih kepada membantu pelajat dalam gaya untuk memnghasilkan keputusan.4.3 Gaya Pembelajaran Visual Gaya pembelajaran visual juga boleh di adaptasikan didalam gaya pembelajaran. Kaedah pembelajar secara visual ini pelajar belajar dengan melihat perkataan dalam buku dan papan tulis, guru tidak perlukan penerangan yang banyak, oleh itu pelajar boleh belajar bersendirian dengan membaca buku, pelajar juga tidak perlu mencatat penerangan atau arahan lisan yang disampaikan oleh guru sekiranya ingin memgingat sesuatu maklumat. Gaya pembelajar visual ini sesuai kepada pelajar yang suka belajar bersendirian.4.4 Gaya Pembelajaran Auditori Kaedah pembelajar auditori pelajar belajar dengan mengunakan perkataan yang diujarkan, pelajar dapat mengingat maklumat dengan membaca kuat atau dengan 8
  • menggerak-gerikan bibir ketika membaca, serta mendapat manfaat daripada mendengar pita audio, syaraha dan perbincangan kelas. Pelajar yang menggunkan auditori boleh belajar dengan melibatkan deria pendengaran.4.5 Gaya Pembelajaran Kinestetik Gaya pembelajaran ini adalah pelajar belajar dengan baik melalui pengalaman, dan terlibat secara aktif dalam aktiviti, lawanan dan main peranan. Kaedah ini terdapat sedikit persamaan dengan gaya pembelajaran kolb yang mana menekankan kepada pengalaman pelajar bagi membantu pelajar mengingat semula apa yang diajar di dalam kelas, ini membantu pelajar untuk menjawab soalan ketika peperaksaan dan ini membantu bagi meningkatkan prestasi pelajar. Konbinasi ransangan seperti aktiviti dan pita audio memudahkan pelajar memahami pelajaran yang diajarkan. Pelajar menggunakan keseluruhan pergerakan badan serta melalui sendiri sesuatu pengalaman untuk mengingat kembali apa yang diajar.5.0 Kesimpulan Sebagai rumusannya, satu pendekatan yang lebih komprehansif perlu dilakukan bagi membantu meningkatkan pencapaian pelajar khususnya pelajar luar bandar supaya mereka memperoleh keputusan yang cemerlang selari dengan pelajar di bandar. Satu kaedah pembelajaran yang berkesan seperti gaya pembelajaran perlu ditekankan kepada pelajar terutama pelajar luar bandar supaya kejayaan semua pelajar dapat dikongsi bersama bagi mewujudkan generasi yang cemerlang untuk mentadbir negara pada masa akan datang. Umunya pada ketika ini dapat diperhatikan kebanyakan pelajar cemerlang adalah terdiri daripada pelajar bandar dan berlatar belakangkan keluarga daripada golongan yang berpendidikan serta mendapat penekanan dan galakan belajar secara berterusan berbanding pelajar luar bandar yang hanya ditekankan pada masa-masa tertentu. Lebih malang lagi jika seseorang pelajar itu mempunyai latar belakang keluarga yang tidak mementingkan pelajaran. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah perlulah menekankan perkara-perkara berkaitan pelajaran supaya pelajar tidak akan ketinggalan dalam proses mendapatkan ilmu pengetahuan. 9
  • Akhir sekali, untuk memperolehi pencapaian yang baik seseorang pelajar perlumempunyai gaya pembelajaran yang berkesan dan bersesuaian dengan pembelajaran dikelas dan juga di mana kita berada sekiranya berlaku proses pembelajaran. Hal ini keranadengan adanya gaya pembelajaran yang sesuai dengan diri seseorang pelajar itu, ia akanmemudahkan pelajar untuk menerima sesuatu yang dipelajari. Di samping itu, seseorangpelajar juga sentiasa boleh berubah-ubah ataupun fleksibel dalam berhadapan dengansesuatu situasi. Ini kerana keadaan negara yang sering berkembang terutama dalamteknologi dan dasar-dasar baru, pelajar juga perlu menerima setiap perubahan denganmudah supaya tidak ketinggalan dalam dunia yang serba maju ini. 10
  • RUJUKANAzizi Yahaya & Syazwani Abdul Razak. 2010. Teori Berkaitan Gaya Pembelajaran Dan Kaedah Pengajaran. Tesisi Yang Tidak Diterbitkan Oleh Universiti Teknologi Malaysia.Azizi Yahya Et Al. 2003. Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menegah Teknik N. Sembilan. Tesisi Yang Tidak Diterbitkan Oleh Universiti Teknologi Malaysia.Norasmah Othman & Siti Rashidah Othaman. 2004. Gaya Pembelajaran Kolb Dalam Mata Pelajaran Biologi. Juarnal teknologi. Universiti teknologi Malaysia. 45-48..Nazamud-din Alias. 2005. Gaya pembelajaran guru pelatih kursus pengajian lepasaan ijazah maktab perguruan batu lintang. Tesis tak diterbitkan oleh jabatan penyelidikan.Norazah Mohd & Nordin Shaari Osman. 2005. Gaya pembelajaran komputer guru pelatih kursus perguruan lepasan ijazah maktab perguruan. Jurnal pendidikan 30 151-159.Rohaila Yusof, Norasmah Othman, Faridah Karim. 2005. Strategi Pembelajaran Pengalaman Berdasarkan Model Kolb Dalam Pendidikan Perakaunan. Jurnal Pendidikan. (30) 113- 128Rasidah Rashi. 2008. Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Motivasi Dalam Kalangan Pelajar Di Sebuah Sekolah Menegah Liar Bandar, Sabah. Tesisi Yang Tidak Diterbitkan Oleh Universiti Teknologi Malaysia.Rosniah mustafa. 2007. Mengadaptasi gaya pembelajaran pelajar ESL: satu kajian kes pelajar tahun satu di UKM. Gema online Journal of langguage studies. 7(1).Seth Sulaiman & Low Fee Ngoo. 2008. Corak gaya kognitif dan terhadap penguasaan konsep 11
  • daya Newtonian di kalangan pelajar tingkatan enam rendah : satu kajian rintis. Seminar kebangsaan pendidikan sains dan matematik. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor.Unit Pengajian Melayu. 1998. Gaya Pembelajaran Guru Pelatih Pengajian Melayu Dalam Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Fokus Ayat Pasif. Jurnal Pendidikan Tigaenf. Jabatan BahasaVivian Low Yen Yeong. 2007. Gaya Pemikiran Dan Kesesuaianya Dengan Pencapaian Kimia Pelajar-Pelajar Tingkatan Empat Di Sekola-Sekolah Menegah Kebangsaan Daerah Pontian. Tesisi Yang Tidak Diterbitkan Oleh Universiti Teknologi Malaysia.Zubaidah Begam. 2007. Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik: Tinjauan Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Tahun Pertama, UTM, Skudai, Johor. Tesisi Yang Tidak Diterbitkan Oleh Universiti Teknologi Malaysia. 12