PEMBIAYAAN PENDIDIKAN DAN KESAN KEATAS MOTIVASI PELAJAR DAN                             PENCAPAIAN AKADEMIK  (Education Fi...
ABSTRAKKajian ini dilakukan untuk meninjau sumber dan jumlah pembiayaan pendidikan yang diperuntukkan oleh ibu bapa pelaja...
PENGENALANPendidikan adalah merupakan asas kepada sebuah negara untuk membangun dan menjadi negaramaju. Ini kerana, pendid...
Ibu bapa dikenal pasti sebagai sumber utama bagi aset dan pelaburan insan. Justeru merekaperlu memperuntukkan sejumlah wan...
Kebanyakan negara pendidikan di biayai oleh kerajaan seperti dinyatakan dalam kajian Liu,Choub & Liu (2006) menjelaskan ma...
untuk memperoleh kejayaan dalam hidup. Motivasi juga merupakan penggerak kepada melakukansesuatu, motivasi terbahagi kepad...
Keperluan fisiologi merupakan keperluan asas manusia yang terletak di bahagian bawah       piramid, faktor ini merupakan d...
ACHIEVEMENT THEORY MC CLELLANDUjian teori berprestasi berpendapat bahawa individu boleh mempunyai motivasi tinggi atau ren...
PENCAPAIAN PELAJARMenurut Abd. Sukor et al. (t.th), pencapaian akademik merujuk kepada hasil yang di peroleh olehpelajar-p...
Soal selidik ini ditadbirkan kepada sampel kajian di Fakulti Pendidikan,UKM bagimendapatkan maklumat pembiayaan pendidikan...
memperoleh pembiayaan RM 301 – RM 400 sebulan. 9 orang responden (7.2%) memperoleh RM 500dan ke atas dan jumlah pembiayaan...
(min= 3.17). Berdasarkan jadual di bawah didapati min pendapatan yang tertinggi adalah ibu bapayang memperoleh pendapatan ...
perempuan              69                3.57           1.631*signifikan pada aras p< 0.05 PERBEZAAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN...
Nilai indeks korelasi bagi motivasi luaran menunjukkan r= -.126 dan ini tergolong dalam kategorihubungan negatif yang sang...
kepada ibu bapa bagi menangani masalah kewangan pelajar di universiti. Dapatan kajian ini adalahselaras dengan kajian Davi...
Davis J. S. 1977. Paying For Callage Cost: Post The Student’s Sex Make A Defference. Dalam        stringer W.L Cumingham A...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN DAN KESAN KEATAS MOTIVASI PELAJAR DAN PENCAPAIAN AKADEMIK

3,199 views

Published on

Kajian ini dilakukan untuk meninjau sumber dan jumlah pembiayaan pendidikan yang diperuntukkan oleh ibu bapa pelajar di fakulti pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Di samping itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti
perbezaan dalam jumlah pembiayaan pendidikan berdasarkan jantina dan motivasi pelajar. Selain itu kajian ini adalah
untuk meninjau perbezaan jumlah pembiayaan pendidikan berdasarkan jantina dan perbezaan di antara jumlah pembiayaan terhadap pendapatan ibu bapa. Kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti sama ada wujud hubungan antara jumlah pembiayaan pendidikan dengan motivasi dan hubungan antara motivasi pelajar dengan akademik pelajar. Seramai
124 orang responden di fakulti pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia telah dipilih secara rawak dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan merupakan soal selidik yang dibina oleh Amabile T. M (1987) dan Siti Nor Azlina Mat Hassan (2006). Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan (Statistic Package For Social Science ( SPSS) for
WINDOW Relese 19). Hasil analisis deskriptif menunjukkan majoriti pendapatan ibu bapa bersumberkan pendapatan
semasa untuk membiayai pendidikan pelajar dengan min jumlah pembiayaan pendidikan sebanyak 3.73. Hasil analisis
ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara jumlah pembiayaan pendidikan di antara pelajar lelaki
dan pelajar perempuan. Manakala Ujian ANOVA mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jumlah pembiayaan pendidikan berdasarkan jumlah pendapatan ibu bapa. Ujian korelasi Person menunjukkan tidak terdapat perhubungan di antara pembiayaan pendidikan berdasarkan motivasi dan perhubungan di antara motivasi.

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
3,199
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
120
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN DAN KESAN KEATAS MOTIVASI PELAJAR DAN PENCAPAIAN AKADEMIK

  1. 1. PEMBIAYAAN PENDIDIKAN DAN KESAN KEATAS MOTIVASI PELAJAR DAN PENCAPAIAN AKADEMIK (Education Finance And Effects On Student’s Motivation And Academic Achievement) Mashithah binti Khalid, Suzana binti Salleh & Muhammad bin HussinFakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia. 1
  2. 2. ABSTRAKKajian ini dilakukan untuk meninjau sumber dan jumlah pembiayaan pendidikan yang diperuntukkan oleh ibu bapa pelajardi fakulti pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Di samping itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pastiperbezaan dalam jumlah pembiayaan pendidikan berdasarkan jantina dan motivasi pelajar. Selain itu kajian ini adalahuntuk meninjau perbezaan jumlah pembiayaan pendidikan berdasarkan jantina dan perbezaan di antara jumlahpembiayaan terhadap pendapatan ibu bapa. Kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti sama ada wujud hubungan antarajumlah pembiayaan pendidikan dengan motivasi dan hubungan antara motivasi pelajar dengan akademik pelajar. Seramai124 orang responden di fakulti pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.Instrumen kajian yang digunakan merupakan soal selidik yang dibina oleh Amabile T. M (1987) dan Siti Nor Azlina MatHassan (2006). Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan (Statistic Package For Social Science ( SPSS) forWINDOW Relese 19). Hasil analisis deskriptif menunjukkan majoriti pendapatan ibu bapa bersumberkan pendapatansemasa untuk membiayai pendidikan pelajar dengan min jumlah pembiayaan pendidikan sebanyak 3.73. Hasil analisisujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara jumlah pembiayaan pendidikan di antara pelajar lelakidan pelajar perempuan. Manakala Ujian ANOVA mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jumlahpembiayaan pendidikan berdasarkan jumlah pendapatan ibu bapa. Ujian korelasi Person menunjukkan tidak terdapatperhubungan di antara pembiayaan pendidikan berdasarkan motivasi dan perhubungan di antara motivasi berdasarkanpencapaian.Kata kunci: Pembiayaan Pendidikan, Motivasi, Pencapaian Akademik, jumlah pembiayaan, sumber pembiayaan ibu bapa. ABSTRACTThis study aimed to explore the source and amount of education funding provided by students’ parents in the Faculty ofEducation, Universiti Kebangsaan Malaysia. In addition, this study also intended to identify the differences in the amount ofeducation funding based on gender and motivation. This study also designed to identify whether there is a relationshipbetween education funding and motivation as well as students motivation and academic achievement. A total of 124respondents from the Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia were randomly selected for this study. Theinstrument used was questionnaire developed by Amabile T. M (1987) and Siti Nor Azlina Mat Hassan (2006). The datacollected were analyzed using Statistic Package for Social Science (SPSS) for WINDOW Release 19. Descriptive statisticsand inferential statistics were used in this study. From the descriptive analysis, it showed that the majority of the parents’income derived from current revenues used to finance the education of students with a mean of 3.73. T-test analysis resultsshowed a significant difference between the amount of education funding between males and females. Differences also existbetween the amounts of funding based on parents income. The study also showed that there is no relationship betweeneducation and students’ achievement motivation based.Key word: Funding of Education, Motivation, Academic Achievement. Amount of education, source of funding by parent. 2
  3. 3. PENGENALANPendidikan adalah merupakan asas kepada sebuah negara untuk membangun dan menjadi negaramaju. Ini kerana, pendidikan adalah pelaburan utama negara dalam membentuk sumber manusia yangberkualiti dalam menyumbangkan kepada perkembangan ekonomi sesebuah negara (Siti Nor Azlina2006). Melalui pendidikan, negara akan mengalami perubahan yang besar di dalam pertumbuhanekonomi negara. Perbelanjaan negara ke atas pendidikan sememangnya wajar memandangkan potensisumbangannya terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Kebanyakan negara memberikan subsidi didalam sektor pendidikan (Jin, Shin & Jin 2006). Oleh itu setip tahun kerajaan telah meningkatkanperbelanjaan ke atas sektor pendidikan. Dalam tempoh 1990-2010, perbelanjaan pendidikan diMalaysia telah berkembang sebagai satu aspek perkhidmatan sosial yang menguasai nisbah tertinggidaripada jumlah peruntukan awam kepada sektor sosial. Seperti yang dinyatakan oleh LaporanEkonomi 2006/2007, pada tahun 2002 kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 20,719,036,710dan jumlah ini semakin meningkat pada tahun 2007 kepada RM 22,139,790,900. Pembiayaanpendidikan secara umumnya adalah tertakluk di bawah tanggungan kementerian pendidikansebagaimana peruntukan yang diberikan oleh perlembagaan persekutuan di bawah akta perkara 12(1),94(1) dan 132(1)(h). Tanggungjawab kerajaan terhadap pembiayaan pendidikan ini telah ditetapkanoleh akta pendidikan 1961 dan dikemaskinikan serta diperluas melalui akta pendidikan 1996. Namun demikian, tanggungjawab ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ibubapa juga perlu libatkan diri dalam membiayai kos pendidikan anak-anak Johnstone (2004).Sebenarnya penglibatan ibu bapa dalam membiayai pendidikan merangkumi penyediaan aspek yangberbentuk modal fizikal (kewangan) dan modal sosial sebagai usaha membantu anak-anakmeningkatkan motivasi belajar dan pencapaian akademik Parcel & Dufur (2001). Menyedari hakikatbahawa sektor pendidikan memerlukan perbelanjaan yang semakin meningkat atas doronganperkembangan kualiti dan kuantiti selaras dengan pembangunan dan wawasan negara. Walaubagaimanapun ramai ibu bapa yang tidak menyedari senario ini dan tidak mempunyai inisiatif untukmerancang lebih awal pembiayaan pendidikan serta tidak sedar akan tanggungjawab mereka dalampendidikan anak-anak (Norlela 2003). 3
  4. 4. Ibu bapa dikenal pasti sebagai sumber utama bagi aset dan pelaburan insan. Justeru merekaperlu memperuntukkan sejumlah wang untuk perbelanjaan pendidikan anak-anak mereka (Siti NorAzlina 2006). Apabila ibu bapa menganggap pelajaran merupakan salah satu pelaburan modal insan,mereka akan berusaha untuk membiayai pendidikan anak-anak mereka bagi memastikan pelajarananak-anak tidak terabai. Galakan ibu bapa seperti menyediakan kemudahan pembelajaran merupakansatu komponen pelaburan modal insan bagi anak-anak. Sumbangan kewangan yang disediakanmenunjukkan betapa perlunya pelaburan dan pembiayaan pendidikan dalam kalangan ahli keluarga(Parcel & Dufur 2001). OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini adalah untuk menjelaskan dengan lebih lanjut apa yang pengkaji ingin melihatantaranya ialah: i. Mengenal pasti min jumlah pembiayaan pendidikan yang disediakan oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka. ii. Mengenal pasti perbezaan di antara jumlah pembiayaan pendidikan dalam kalangan pelajar berdasarkan jantina iii. Mengenal pasti hubungan yang terdapat di antara jumlah pembiayaan pendidikan berdasarkan motivasi pelajar. iv. Mengenal pasti hubungan motivasi untuk belajar berdasarkan pencapaian pelajar di UKM PEMBIAYAAN PENDIDIKAN DI MALAYSIAPembiayaan pendidikan oleh ibu bapa merupakan perkongsian kos pendidikan di antara kerajaan danibu bapa di mana kerajaan menguruskan pembiayaan mengurus sekolah dan membangunkan sekolahmanakala ibu bapa membiayai keperluan lain untuk anak-anak. Menurut Johnstone (2004),perkongsian kos pendidikan adalah peralihan sebahagian beban daripada kerajaan kepada ibu bapadan pelajar. Tambahan pula, keadaan ini telah menjadi trend di seluruh dunia dan ianya banyakberlaku di Eropah di mana kerajaan telah memperkenalkannya melalui yuran pembelajaran, caspenggunaan makanan dan tempat tinggal serta pengurangan pembiayaan biasiswa kepada pelajar. 4
  5. 5. Kebanyakan negara pendidikan di biayai oleh kerajaan seperti dinyatakan dalam kajian Liu,Choub & Liu (2006) menjelaskan manfaat daripada perbelanjaan dalam pendidikan tinggi awam diTaiwan. Kajiannya juga melihat kesan pengedaran perbelanjaan kerajaan, di Taiwan pendidikan telahdi subsidi oleh kerajaan pada tahun 1998 perbelanjaan kerajaan telah meningkat dan menyumbang0.56% daripada KDNK, sumbangan ini menghampiri dengan kebanyakan negara OECD. Pembiayaanpendidikan telah dilihat dan dikaji oleh beberapa orang pengkaji antaranya Siti Nor Azlina (2006)yang melihat sumber dan jumlah pembiayaan pendidikan yang di peruntukan oleh ibu bapa bagipelajar tingkatan 4. Kajian yang dilakukan oleh Jin-Tan Liu et al. (2006) turut menggunakanpendapatan ibu bapa, tahap pendidikan dan status ekonomi keluarga dalam menentukan kemasukanpelajar ke dalam universiti. Berdasarkan kajian ini ibu bapa yang bekerja dalam sektor kerajaanberpotensi memperoleh subsidi berbanding ibu bapa yang tidak bekerja dalam sektor kerajaan. MOTIVASI PEMBELAJARAN PELAJARMotivasi adalah penting dalam diri seseorang pelajar terutama ketika mempelajari sesuatu. Motivasiturut mendorong pembelajaran seseorang pelajar bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Hal ini dapatdilihat dalam kajian Abdul Rahim et al. (2008) yang menjelaskan pembelajaran seseorang pelajardidorong kuat oleh motivasi, di mana motivasi memainkan peranan penting untuk menimbulkankesedaran dalam kalangan pelajar untuk menguasai pembelajaran mereka. Pencapaian yangcemerlang seseorang pelajar adalah bergantung kepada bagaimana pelajar berkenaan memotivasikandirinya. Kajian yang dibuat oleh Abdul Rahim et al. (2007) mendapati bahawa faktor yangmendorong pelajar untuk terus belajar adalah disebabkan kerana pengiktirafan dan persijilan. Selainfaktor ini, faktor pembiayaan kos daripada ibu bapa turut menyumbangkan motivasi di dalam diripelajar untuk terus bermotivasi dan secara tidak langsung meningkatkan pencapaian akademik pelajar.Ini kerana, motivasi memainkan peranan untuk mengaspirasikan seseorang untuk bekerja secaraindividu ataupun secara berkumpulan bagi menghasilkan sesuatu yang terbaik (N. Malik 2010). Motivasi adalah sesuatu yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu bagi mencapaitujuan yang ingin dicapai. Motivasi juga dikaitkan dengan rencana atau keinginan untuk menujukejayaan dan menghindari kegagalan. Motivasi boleh juga ditakrif sebagai satu proses untukmencapai sesuatu tujuan, seseorang yang mempunyai motivasi bermakna dia mempunyai kekuatan 5
  6. 6. untuk memperoleh kejayaan dalam hidup. Motivasi juga merupakan penggerak kepada melakukansesuatu, motivasi terbahagi kepada dua iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. MenurutGhazali, Nik Mohd Rahimi & Parilah (2010), motivasi ialah kesungguhan dan ketekalan seseorangdalam tindakan dan secara langsung membantu dalam menyelesaikan tugasan. Di samping itu dalamkajian mereka telah melihat motivasi dari dua sudut iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.Kedua-dua motivasi ini menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai tahap motivasi intrinsik yangtinggi berkemungkinan mempunyai tahap ekstrinsik yang sedahan dan begitu juga sebaliknya.Motivasi intrinsik menurut (Hater 1982) adalah motivasi di dalam diri manusia dan merupakanpenggerak untuk kepentingan sendiri atau memperoleh ganjaran bagi sesuatu perbuatan kepada dirisendiri. Di samping itu juga beliau telah melihat terdapat lima dimensi kecenderungan seseoranguntuk memenuhi motivasi intrinsik dalam pembelajaran. Dimensi yang diperkenalkan adalah cabaran,ganjaran, belajar untuk memenuhi minat dan sifat ingin tahu, percubaan pengurusan yang bebas danpenilaian ataupun pendapat yang bebas berkaitan apa yang hendak dilakukan di dalam bilik darjahdan kejayaannya. Secara umumnya, motivasi adalah sesuatu yang mendorong seseorang untuk melakukansesuatu bagi mencapai tujuan yang ingin dicapai. Motivasi juga dikaitkan dengan rencana ataukeinginan untuk menuju kejayaan dan menghindari kegagalan. Motivasi juga boleh ditakrifkansebagai satu proses untuk mencapai sesuatu tujuan, seseorang yang mempunyai motivasi bermaknadia mempunyai kekuatan untuk memperoleh kejayaan dalam hidup. Motivasi juga merupakanpenggerak kepada melakukan sesuatu, motivasi terbahagi kepada dua iaitu motivasi intrinsik danmotivasi ekstrinsik. TEORI MOTIVASI ABRAHAM MASLOWAbraham Maslow menyatakan pada dasarnya manusia memiliki keperluan asas. Keperluan asas inimerujuk kepada lima tingkat yang berbentuk piramid. Lima tahap keperluan ini dikenali sebagaiHierarki keperluan Maslow, lima tahap keperluan Maslow yang menentukan motivasi pembelajaranadalah seperti berikut menurut (Anon 2002): i. Keperluan Fisiologi 6
  7. 7. Keperluan fisiologi merupakan keperluan asas manusia yang terletak di bahagian bawah piramid, faktor ini merupakan dorongan kuat untuk manusia terus hidup. Antara keperluannya adalah: perlindungan, makanan dan minuman, kesegaran udara dan lain-lain. ii. Keperluan Keselamatan keperluan keselamatan bertujuan untuk mengelakkan individu daripada perkara-perkara yang menjejaskan masa depan seperti kesihatan, keamanan, kestabilan kerja, undang-undang dan iklim.iii. Keperluan Sosial/ Kasih Sayang keperluan sosial melibatkan perhubungan di antara penerimaan kumpulan atau masyarakat terhadap seseorang individu seperti persahabatan, kasih sayang dan penerimaan.iv. Keperluan Penghargaan keperluan ini tercetus apabila ketiga-tiga keperluan di atas dipenuhi. Ini akan mewujudkan kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu berkuasa, sekurang-kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, di sanjung dan kehendak status dalam hidup. v. Keperluan Kemampuan Kendiri Keperluan terakhir adalah keperluan kendiri di mana ia sebagai pencapaian seseorang individu seperti potensi diri, bebas, kreativiti dan pencapaian Keperluan Aktualisasi keselesaan Kendiri Esteem Kendiri Sosial Keperluan asas Keselamatan Fosiologi Rajah1: Rajah keperluan asas Maslow ( sumber: Abdul Rahim Bin Hamdan et al. 2008.) 7
  8. 8. ACHIEVEMENT THEORY MC CLELLANDUjian teori berprestasi berpendapat bahawa individu boleh mempunyai motivasi tinggi atau rendahdalam dua dimensi yang berasingan: tugas-orientasi dan ego-orientasi. Misalnya bila diterapkan didalam konteks sukan, ahli sukan yang motivasinya tinggi dalam tugas-orientasi mendefinisikankejayaan relatif terhadap kemampuan mereka untuk melakukan tugas-tugas tertentu dengan lebihkompeten berbanding hasil tugas-tugas dengan ahli sukan lain menurut ( Gilson al et. 2008). TeoriMc. Clelland terdapat tiga motif. Antara motifnya adalah motif untuk berprestasi, motif untukbersahabat dan motif untuk berkuasa. (Anon 2008): i. Motif Untuk BerprestasiPerasaan untuk melakukan sesuatu lebih baik atau lebih cekap, untuk menyelesaikan masalah.Perasaan pelajar akan melakukan sesuatu secara lebih baik daripada yang dilakukan oleh pelajar lain,pelajar akan mencapai ukuran keberhasilan yang ditetapkan sendiri, mencapai sesuatu yang unik danluar biasa serta memikirkan berkaitan masa hadapan. ii. Motif Untuk BersahabatPerasaan untuk mengenal dan mengekalkan persahabatan dan perhubungan dengan seseorang. Pelajarakan merasakan apakah disukai dan diterima orang lain atau satu kelompok dan ingin menjalankanpersahabatan, rasa cemas terhadap hubungan peribadi yang baik dan perhatian terhadap kejadian yangmengandung kehangatan sosial. iii. Motif Untuk BerkuasaPerasaan untuk mengawal orang lain, mempengaruhi kelakuan, dan bertanggungjawab kepada oranglain. Pelajar akan melakukan perbuatan yang dapat menunjukkan pengaruh atau kekuasaan (mengarahkan, menolong tanpa diminta, mempengaruhi orang lain), melakukan sesuatu yangmengakibatkan timbulnya perasaan sangat positif atau negatif, banyak menaruh perhatian terhadapnama baik atau kedudukan dan bawahan menjadi inovatif, tantangan dan perancangan. 8
  9. 9. PENCAPAIAN PELAJARMenurut Abd. Sukor et al. (t.th), pencapaian akademik merujuk kepada hasil yang di peroleh olehpelajar-pelajar setelah mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan. Dalam erti kata yang lain, pencapaianpelajar adalah merujuk kepada penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran pada sesuatu tahap,mengikut ukuran peperiksaan. Pencapaian pelajar adalah menjurus hasil pembelajaran yang diperoleholeh pelajar setelah selesai proses pembelajaran. Pencapaian pelajar adalah berdasarkan peperiksaanataupun penilaian oleh guru setelah selesai belajar. Kebiasaannya, jika semangat motivasi seseorangpelajar tinggi, maka pencapaian yang akan di peroleh akan memberangsangkan dan ini akanmenghasilkan pelajar yang cemerlang. Pencapaian pelajar biasa diukur berdasarkan gred markah dantahap penguasaan ilmu oleh pelajar. Pencapaian pelajar saling berkaitan dengan motivasi di manakajian yang dijalankan oleh Saemah dan John (2006) mendapati bahawa motivasi secara konsistenmenunjukkan hubungan yang positif antara motivasi dengan pencapaian pelajar. KAEDAH KAJIANKajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal-selidik. Kajian ini juga merupakan satukajian kuantitatif, memandangkan ia hanya meninjau perkaitan antara pemboleh ubah bebas danpemboleh ubah bersandar. Beberapa ujian statistik digunakan untuk menganalisis data danmenentukan sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah-pemboleh ubahberkenaan. Data yang dipungut melalui soal selidik dianalisis dengan menggunakan bantuankomputer. Perisian komputer yang digunakan dalam kajian ini ialah Pakej Statistik Untuk Sains Sosial(SPSS PC + VERSION 19). Data-data yang di kumpul, akan diproses dan dianalisis dengan tujuanmendapatkan keputusan dan hasil kajian. Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar fakulti pendidikanpelbagai tahun di UKM yang berjumlah 962 orang yang terdiri daripada pelbagai khusus. Sampelkajian ini melibatkan 124 orang pelajar yang dipilih secara rawak. Pembahagian jumlah sampeladalah hampir sama di antara pelajar lelaki dan perempuan iaitu 69 perempuan dan 55 lelaki .Pemilihan yang dilakukan ini adalah untuk mencapai objektif kajian ini untuk melihat jurang jumlahpembiayaan pendidikan mengikut jantina. 9
  10. 10. Soal selidik ini ditadbirkan kepada sampel kajian di Fakulti Pendidikan,UKM bagimendapatkan maklumat pembiayaan pendidikan dalam kalangan ibu bapa pada pelajar di sampingmelihat kesan ke atas motivasi pelajar dengan pembiayaan pendidikan oleh ibu bapa pelajar danhubungan tidak langsung dengan pencapaian pelajar di Fakulti Pendidikan, UKM. Soal selidik inimengandungi 5 bahagian iaitu demografi pelajar dan ibu bapa, jumlah perbelanjaan pelajar, motivasipembelajaran dan pencapaian. Bahagian pertama soal selidik ini telah diubahsuai daripada kajian yangdi lakukan oleh Siti Nor Azlina Mat Hassan (2006). Bahagian kedua adalah berkaitan motivasi,bahagian ini pula telah diadaptasi daripada Work Preference Inventory (WPI) yang direka olehAmabile T. M 1987 yang telah di ubahsuai daripada kajian (Amabile. T. M et al 1994). Proses menganalisis melibatkan dua jenis analisis, iaitu analisis deskriptif dan ujian-t.Analisis deskriptif digunakan untuk memerihalkan maklumat tentang profil responden seperti,kekerapan pembiayaan pendidikan oleh ibu bapa, dan jumlah pembiayaan pendidikan oleh ibu bapa.Di samping itu, analisis deskriptif juga digunakan untuk menghuraikan faktor menyumbangkankepada pembiayaan pendidikan oleh ibu bapa. Statistik yang digunakan adalah kekerapan, peratusan,min dan sisihan piawai. Bagi menguji hipotesis nol, analisis ujian-t digunakan. Analisis ujian-t yangdigunakan bagi menguji hipotesis nol untuk melihat perbezaan min di antara jumlah pendapatanberdasarkan jantina dan menguji perbezaan jumlah pembiayaan berdasarkan motivasi pelajar. Bagianalisis ujian-t, aras signifikan ditetapkan pada tahap 0.05. DAPATAN KAJIANHasil daripada dapatan analisis terhadap data akan di pamerkan dalam bentuk graf, jadual dan gambarrajah. Pendekatan yang digunakan adalah deskriptif, data yang dipamerkan dalam bentuk graf , cartadan histogram yang menunjukkan bentuk laporan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawaian.Manakala statistik inferens digunakan seperti ujian-t tidak bersandar, dan korelasi. Pendekataninferens digunakan untuk merumus dan mentafsirkan data dengan lebih terperinci. Jadual 1 menunjukkan 59 orang responden (47.6 %) memperoleh pembiayaan pendidikan dariibu bapa sebanyak RM 101- RM 200, manakala seramai 17 (13.7%) tidak mendapat pembiayaandaripada ibu bapa, 16 orang responden (12.9%) memperoleh jumlah pembiayaan kurang daripada RM100 daripada ibu bapa, 10 0rang (8.1%) memperoleh RM 201- RM 300 dan 10 orang (8.1%) yang lain 10
  11. 11. memperoleh pembiayaan RM 301 – RM 400 sebulan. 9 orang responden (7.2%) memperoleh RM 500dan ke atas dan jumlah pembiayaan yang tertinggi iaitu sebanyak RM 401- RM 500 hanya seramai 3orang yang memperoleh. Hasil kajian menunjukkan majoriti pelajar memperoleh pembiayaandaripada ibu bapa sebagai memenuhi perbelanjaan kehidupan di kampus. JADUAL 1: Taburan Jumlah Pembiayaan Oleh Ibu Bapa Pendapatan Frekuensi peratusanTidak mendapat pembiayaan 17 13.7Kurang daripada RM 100 16 12.9RM 101 – RM 200 59 47.6RM 201 – RM 300 10 8.1RM 310 – RM 400 10 8.1RM 401 – RM 500 3 2.4RM 500 dan ke atas 9 7.3Jumlah 124 100 Pendapatan keluarga pelajar rata-rata adalah sekitar RM 1001- RM 3000, diikuti oleh RM3001- RM 5000, RM 1000 dan ke bawah, RM 5000 – RM 7000. Hasil kajian mendapati rata-rata ibubapa berada di dalam kategori pendapatan sederhana. JADUAL 2: Taburan Pendapatan Keluarga Pendapatan Frekuensi peratusanRM 70001 dan ke atas 3 2.4RM 5001- RM 7000 21 16.9RM 3001- RM 5000 30 24.2RM 1001- RM 3000 40 32.3RM 1000 dan ke bawah 29 23.4Tiada 1 .8Jumlah 124 100Persoalan kajian 1. Berapakah min keseluruhan kos pembiayaan pendidikan yang disediakan olehibu bapa terhadap anak-anak mereka? Persoalan kajian ini dijawab melalui deskriptif iaitu dengan menggunakan min dan sisihanpiawai bagi menerangkan jumlah keseluruhan pembiayaan pendidikan secara terperinci berdasarkanjantina pelajar, pendapatan keluarga dan bilangan tanggungan di dalam keluarga. Hasil analisis datamenunjukkan bahawa Min jumlah keseluruhan kos pendidikan yang di peruntukan oleh ibu bapaadalah sebanyak 41.02, manakala purata perbelanjaan seorang anak ialah sebanyak 3.73. Dari segijantina min perbelanjaan pelajar perempuan (min= 3.24) adalah lebih tinggi daripada pelajar lelaki 11
  12. 12. (min= 3.17). Berdasarkan jadual di bawah didapati min pendapatan yang tertinggi adalah ibu bapayang memperoleh pendapatan RM 70001 dan ke atas (min = 4.33) dan diikuti dengan pendapatan diantara RM 3001- RM 7000 ( min= 3.40). JADUAL 3: Min Jumlah Pembiayaan Pendidikan Pelajar Ʃ kos Latar belakang N Min Sp Jantina Lelaki 55 3.24 1.387 Perempuan 69 3.17 1.697 Pendapatan RM 70001 dan ke atas 3 4.33 2.517 RM 5001- RM 7000 21 2.81 1.436 RM 3001- RM 5000 30 3.40 1.694 RM 10001- RM 3000 40 3.13 1.667 RM 1000 DAN ke bawah 29 3.28 1.279 Tiada 1 3.00 - Bilangan Anak dalam Tanggungan 1-3 orang 77 3.32 1.650 4-6 orang 45 3.04 1.397 7 orang ke atas 2 2.00 1.414 Jumlah Keseluruhan 41.02 16.138 Skor Min Keseluruhan 124 3.73 1.614Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jumlah pembiayaan pendidikan pelajarberdasarkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Bagi menjawab hipotesis ini, analisis ujian-t sampel tidak bersandar telah digunakan.Berdasarkan analisis data pada jadual 1, ia menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikanterhadap kekerapan mendapat pembiayaan oleh ibu bapa berdasarkan jantina pelajar (t = -1.420; p<0.05 ). Hasil ini menunjukkan terdapat perbezaan pembiayaan pendidikan di antara pelajar lelaki danpelajar hal ini didapati pelajar perempuan ( min= 3.57) memperoleh pembiayaan melebihi lelaki(3.16). JADUAL 4: Ujian-t Menunjukkan Perbezaan Pembiayaan Pendidikan Berdasarkan Jantina Jantina n Min SP t Sig. (P) Lelaki 55 3.16 1.475 -1.420 .049 12
  13. 13. perempuan 69 3.57 1.631*signifikan pada aras p< 0.05 PERBEZAAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN BERDASARKAN JUMLAH PEMBIAYAAN IBU BAPAHo2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pendapatan keseluruhan ibu bapaberdasarkan jumlah pembiayaan pendidikan. Bagi menjawab hipotesis ini, analisis ANOVA telah digunakan. Berdasarkan analisis datapada jadual 3 ia menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pendapatankeseluruhan ibu bapa berdasarkan jumlah pembiayaan. t = 22.830, P< 0.05. ini bermakna pendapatankeseluruhan ibu bapa tidak mempengaruhi jumlah pembiayaan ibu bapa dalam pendidikan pelajar. JADUAL 5: Ujian-t Menunjukkan Perbezaan Jumlah Pembiayaan Pendidikan berdasarkan Jumlah Pendapatan Ibu BapaSumber jdk dk Mkd F Sig.pAntara kumpulan 8.687 5 1.737 .704 .622Dalam kumpulan 291.273 118 2.468Jumlah 299.960 123* signifikan pada aras p< 0.05Ho: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara jumlah pembiayaan pendidikan berdasarkanmotivasi pelajar.Jadual 6 menunjukkan korelasi hubungan motivasi pelajar berdasarkan jumlah pembiayaan. bagimotivasi dari aspek cabaran (r = .0162, p > 0.05). ini menunjukkan bahawa hubungan yang sangatlemah, tetapi tidak terdapat perhubungan yang signifikan. Bagi motivasi dari sudut keseronokan nilai p = .110 dan tiada hubungan yang signifikan diantara jumlah pembiayaan pendidikan. Nilai korelasi menunjukkan nilai indeks korelasinya r = .144dan ini menunjukkan hubungan yang sangat lemah di antara jumlah pembiayaan. Motivasi dari sudut luaran nilai signifikan p = .163 dan nilai ini adalah lebih besar daripada0.05, bermakna tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara jumlah pembiayaan pendidikan. 13
  14. 14. Nilai indeks korelasi bagi motivasi luaran menunjukkan r= -.126 dan ini tergolong dalam kategorihubungan negatif yang sangat lemah di antara pemboleh ubah kerana korelasinya adalah rendah. Motivasi ganjaran juga tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara motivasi ganjarandan jumlah pembiayaan (p> 0.05). nilai indeks korelasinya r = .140 iaitu hubungan yang sangatlemah. JADUAL 6: Korelasi Antara Empat Motivasi Dengan Jumlah Pembiayaan Pendidikan Motivasi Jumlah pembiayaan pendidikan r Sig.pCabaran .0162 0.72Keseronokan .144 .110Luaran -.126 .163ganjaran .140 .120H0: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara motivasi untuk belajar berdasarkan pencapaianpelajar di UKM Jadual 7, menunjukkan korelasi hubungan motivasi dengan pencapaian akademik pelajar.Bagi pencapaian akademik nilai p =.308 dan tiada hubungan yang signifikan di antara motivasi danpencapaian. Nilai korelasi menunjukkan nilai indeks r= .092, ini menunjukkan bahawa hubunganyang sangat lemah. JADUAL 7: Korelasi Antara Pencapaian Akademik Dengan Motivasi item motivasi r Sig.pPencapaian .092 .308 PERBINCANGAN DAN KESIMPULANKajian ini telah membincangkan tentang satu kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah soalselidik. Hasil kajian didapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara jumlah pembiayaanpendidikan berdasarkan jantina. Perbezaan juga wujud di antara jumlah pembiayaan berdasarkanpendapatan ibu bapa. Kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perhubungan di antara pembiayaanpendidikan dengan motivasi dan perhubungan di antara motivasi dengan pencapaian bagi pelajarfakulti pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pembiayaan pendidikan ini boleh diterapkan 14
  15. 15. kepada ibu bapa bagi menangani masalah kewangan pelajar di universiti. Dapatan kajian ini adalahselaras dengan kajian Davis (1998) yang mendapati pembiayaan pendidikan anak perempuan adalahlebih tinggi daripada anak lelaki disebabkan anak perempuan mempunyai tahap motivasi yang lebihtinggi untuk meningkatkan pendidikan mereka. Hasil dapatan melalui hubungan pencapaian dan motivasi adalah bertentangan dengan kajianyang sedia ada berikutan hasil kajian ini ialah motivasi tidak mempengaruhi pencapaian, hal ini tidakseperti kajian yang dilakukan oleh Norlela (2003) yang mendapati penglibatan ibu bapa dalampembiayaan pendidikan mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Ini bermakna pencapaianakademik akan meningkat sekiranya ibu bapa memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untukmembiayai kos pendidikan anak-anak. Hasil kajian ini juga bertentangan dengan hasil kajian Parcel &Duffur (2001) yang mendapati pencapaian akademik pelajar bergantung sokongan dan motivasi dariibu bapa masing-masing, hal ini kerana dapatan adalah menunjukkan motivasi tidak mempengaruhipencarian. RUJUKANAbdul Rahim Bin Hamdan Mohamad Najib Ghaffar, Jamaluddin Ramli & Ahmad Johari Sihes. 2008. Taksonomi gaya pembelajaran dan motivasi pelajar dewasa. Tesis, fakulti pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.Abdul Rahim Hamdan, Mohamad Najib Ghaffar, Jamaluddin Ramli & Ahmad Johari Sihes. 2007. Taksonomi Gaya Pembelajaran Dan Tingkat Motivasi Pelajar Dewasa (PKPGB) Di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 12: 1- 14Abd. Sukor Shaari, Yahya Don & Yaakob Daud. t.th. Motivasi belajar dan harga diri: hubungan dengan pencapian akademik dan kegiatan kokurikulum pelajar sekolah menegah. Tesis, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan. Universiti Utara Malaysia.Amabile T. M , Hill K. G, Hennessey B.A, & Elizabeth M. Tigh. 1994. The Work Preference Inventory: Assessing Intrinsic and Extrinsic Motivational Orientations. Journal of Personality and Social Psychology. 66 (5): 950-96.Anon. 2002. Motivation and education. Studyunit Pty Ltd. www.studyunit.comAnon. 2008. motivasi (definisi). Atas talian dhimaskasep.files.wordpress.com/2008/03/06- .pdf. 4 mac 2011. 3.35 pm. ( power point) 15
  16. 16. Davis J. S. 1977. Paying For Callage Cost: Post The Student’s Sex Make A Defference. Dalam stringer W.L Cumingham A.F.O’brien. C.T.& Merisotif. J.P. 1998. It’s all relative: the role of parent in collega financing and enrollment. Usa group fundation new agenda series 1(1) oktober; 1-35.Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi & Parilah M. Shah. 2010.. Kebimbangan Ujian Dan Motivasi Dalam Kalangan Pelajar Kursus Bahasa Arab Dalam Konteks Kemahiran Lisan. Asean journal of teaching & learning in higher education. 2 (2): 50-63.Gilson Todd A, Graig M Chow, & Martha E Ewing. 2008. Using Goal Orientations To Understand Motivation In Strength Training. Journal of Strength and Conditioning Research 22 (4): 11-69.Hater. S. 1982. The Perceived Competence Scale For Children. Child development, 53 (1): 87-97.Liu J.T, Choub S.Y & Liu J.L .2006. Asymmetries in progression in higher education in Taiwan: Parental education and income effects. Economics of Education Review 25: 647–658Johnstone, D. Bruce 2004. The economics and politics of cost sharing in higher education: comparative perspectives. State University of New York at Buffalo, Buffalo, USANoelela A. Wahid. 2003. Sikap dan Penglibatan Ibu Bapa dalam Pembiayaan Pendidikan. Projek penyelidikan sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.N. Malik2010. A Study On Motivational Factors Of The Faculty Members At University Of Balochistan. Serbian Journal of Management 5 (1): 143 – 149.Parcel, l. T., & dufur, j. M. 2001. Capital at home and at school: effect on student achievement. Social forces. 73(3): 881-912. The university of worth carolma press. (Alats talian). http://www.ebchohost.com. (3 mei 2011).Siti Nor Azlina Mat Hassan 2006. pembiayaan pendidikan dan hubungan dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar di dua buah Sekolah Menegah di Kota Bharu Kelantan. Tesis sarjana tidak diterbitkan oleh UKM.Saemah Rahman & John Arul Phillips. 2006. Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal pendidikan 31(2006): 21-39Shih C.C & Gamon. J .2001. Web-based learning: relationships among student motivation, attitude, learning styles, and achievent. Lowa state university. Journal Of Agricultural Education.Prof. Madya Dr Muhammad Bin HussinLecturerFaculty of EducationUniversiti Kebangsaan Malaysia, UKM43600 Bangi, SelangorTel: 012-7702208. 16

×