Teori pemerolehan bahasa 2
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Teori pemerolehan bahasa 2

on

  • 4,012 views

 

Statistics

Views

Total Views
4,012
Views on SlideShare
4,012
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
189
Comments
1

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Teori pemerolehan bahasa 2 Teori pemerolehan bahasa 2 Document Transcript

  • TEORI PEMEROLEHAN BAHASATEORI BEHAVIOURISMEPELOPOR : B.F. SKINNER Behaviour merujuk kepada aksi atau reaksi manusia dalam bentuk gerak balas hasil daripadarangsangan dalaman atau luaran. Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses P & P. Termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. Berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari bahasa melalui hukuman danganjaran. Proses pembelajaran berlaku secara berulang dan menekan latih tubi. Penguasaan bahasa dikuasai melalui latihan. Teori ini menganggap bahasa adalah peraturan-peraturan yang mempunyai tatabahasa yangsistematik dan sentiasa mengalami perubahan. Menurut Skinner, pembelajaran bahasa berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniruatau menyebut perkataan yang diajar. Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjayadilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti ”pandai”, senyuman, ciuman, tepuk tangan,pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap. B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaanmempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasayang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris.PRINSIP TEORI BEHAVIORISME Bahasa yang diutamakan bahasa lisan manakala tulisan ialah bahasa kedua terpenting Bahasa adalah tabiat atau kebiasaan
  • Pengukuhan penting dalam P&P Latihan bahasa perlu diperkukuhkan Model-model bahasa yang terbaik perlu diutamakan Wujudkan unsur rangsangan dan tindak balas dalam P&PHUBUNGAN TEORI BEHAVIORISME DALAM P&P Menekan analisis tatabahasa mengenai morfologi dan sintaksis. Berfahaman bahawa data-data bahasa dapat dikaji. Mengkaji semua ayat atau ujaran dengan tujuan melihat ciri yang berbeza. Kategori tatabahasa adalah berdasarkan struktur tiap-tiap aspek bahasaKEKUATAN TEORI BEHAVIORISME Teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuandaripada orang dewasa di sekeliling mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripadaorang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka kerana mereka mudah mengikuti apa yangdiajar dan disuruh selain suka meniru perlakuan orang di sekelilingnya. Selain itu, mereka juga suka dengar bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya sepertipujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat menaikkan semangat belajar dalam dirimereka. Guru tidak perlu mengambil masa yang lama memberi penerangan yang panjang tentangpembelajaran kepada murid-murid. Selain daripada itu teori ini menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca danmenulis. Melalui aspek kemahiran yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspeklisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid.KELEMAHAN TEORI BEHAVIORISME
  • Proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalamkeadaan sehala di mana ianya berpusat pada guru sahaja. Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar gurutanpa memberi sebarang maklum balas. Murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang carabelajar yang efektif. Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara guru mendisiplinkan murid dan akanmendatangkan akibat buruk kepada murid. Hal ini kerana sistem pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yangditunjukkan. Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku. Sebagai contoh, guru akan beri rangsangan seperti hadiah dan baru mereka memberi jawapan yangdikehendaki guru. Teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks. Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat sehinggakan buku teksmerupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka. Malah, mereka juga dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi pembelajaran didalam buku teks tersebut dengan baik.TEORI KOGNITIFPELOPOR : JEAN PIAGETKONSEP PENTING YANG DIUTARAKAN OLEH JEAN PIAGET Skema Asimilasi Akomodasi Adaptasi
  • SKEMA Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan caratertentu.o Contohnya:o Sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagaiskema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkantangan dan kaki. Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas denganpersekitarannya.ASIMILASI Satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. Membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang barudiperolehi.o Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Kanak tersebut akan menggunakan skema memegang dan sekaligus merasanya.AKOMODASI Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. Berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaranbaru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.o Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukanobjek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.ADAPTASI Wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan.
  • Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahapperkembangan kognitif yang tinggi. Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yangmengikut turutan umur.TAHAP – TAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF Tahap Sensorimotor atau deria motor(dari lahir hingga 2 tahun) Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun) Tahap Operasi Konkrit ( 7 hingga 12 tahun) Tahap Operasi Formal(12 tahun hingga dewasa)TAHAP SENSORIMOTOR Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar disekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian(observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974).TAHAP PRAOPERASI Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan.o Contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbandingdengan orang dewasa.
  • o Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihathanya dari perspektif mereka sahaja.TAHAP OPERASI KONKRIT Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minatmereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana merekaakan mula memasuki zaman persekolahan. Mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan serta konsep pengekalansesuatu benda atau objek. Walau bagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakultentang perkara-perkara yang abstrak.TAHAP OPERASI FORMAL Pada tahap ini Piaget menyatakan bahawa perkembangan kecerdasan kognitif manusia telah sampaike tahap maksima. Pemikiran dan penghuraian pendapat individu pada tahap ini dikatakan lebih baik dan nyata. Merekadikatakan mampu membuat keputusan dan telah dapat membuat hipotesis melalui pemerhatian. Individu telah mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan rasional dan lebihbersifat sistematik.KELEMAHAN TEORI PIAGET Pengkritik menyatakan bahawa Teori Piaget ini tidak mampu menerangkan struktur, proses danfungsi kognitif dengan jelas. Mereka menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitifberasaskan set operasi yang khusus, maka apabila kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan set
  • operasi tertentu, mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan setoperasi yang sama.KEKUATAN TEORI KOGNITIF Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran bahasaakan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. Dengan itu prosespembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran muridsecara berperingkat-peringkat. Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajarsesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar bermaksudpelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan pembelajaranberbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa.TEORI MENTALISPELOPOR : NOAM CHOMSKY Memperkenalkan analisis bahasa Transformasi generatif (Chomsky) Mendokong istilah generatif, kreatif, eksplisit, kegramatisan dan transformasi Berandaian teori kod kognitif bahawa P&P bahasa sebagai satu proses kognitif Teori mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai proses pemikiran yang melibatkanaktiviti mental. Menurut teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia. N.Chomsky, salah seorang pelopor teori ini berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama PerantiPemerolehan Bahasa (Language Acquisation Device) atau LAD. Alat ini membolehkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi untuk menguasai bahasa. Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu; proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendahjuga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama ).
  • proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama. Golongan mentalis berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan keupayaan sedia adapada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa yang mereka peroleh. Manakala prestasi ialah aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan bahasamanusia. Oleh hal yang demikian, teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuanmanusia.CIRI TATABAHASA Terdiri daripada rumus-rumus yang berurutan dan teratur Menghuraikan bagaimana bahasa boleh dihasilkan dan difahami Menganalisis fonologi, morfologi dan sintaksisHUBUNGAN TEORI MENTALIS DALAM P&P Ada dua perkara penting dalam penguasaan bahasa kecekapan dan prestasi Prinsip: undang-undang bahasa ditekankan Tulisan dan bacaan diutamakan Pendekatan Analisis Kaedah: kod-kognitif Teknik: hafalanTEORI INTERAKSIONALISPELOPOR : HALLIDAY Berkembang dalan Tahun 60an Tokoh-tokohnya ialah Bloom (1970), Bowennan (1973),Gromer (1976) dll
  • Berpandangan kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan bahasa – hanya boleh manfsirkanmakna yang tidak menjamin dilahirkan dalam bentuk bahasa. Kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi lingguistik bagi menggambarkan bentuk linguistikyang jelas dan tepat Mementingkan aktiviti komunikasi. Seseorang menghasilkan bahasa apabila memerlukannya. Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif & proses interaksi bahasa. Melalui interaksi terhasillah ayat penyata & ayat perintah. Manusia saling memerlukan pengaruh antara satu dengan lain Melibatkan apa sahaja yang bersangkut paut dengan cara hidup satu kumpulan manusia ataumasyarakat. Manusia dapat bertindak balas secara peka terhadap pengalaman. Dengan ini mereka dapatmemperkembangkan kepercayaan mereka terhadap dunia disekeliling mereka. Dalam konteks pengajaran, aliran ini berpendapat sekolah ialah satu kumpulan sosial dan pelajarharus mengembangkan kapasiti sosial mereka semaksima mungkin. Dalam proses pembelajaran, pelajar harus dapat belajar dalam situasi dan konteks sosial yangsebenar, yang memberi peluang mereka berinteraksi, kemahiran berkomunikasi, bekerjasama,bertanggungjawab dan penuh keyakinan diri. Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan mereka bebas untuk membuat pilihan.Pengaruh persekitaran tidak berupaya untuk mempengaruhi mereka.PANDANGAN DALAM P&P Sebagai satu alat berinteraksi dan ia melibatkan proses mental dan linguistik Mementingkan proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam p&p Seseorang pelajar perlu menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa danmakna Guru perlu banyak memberi latihan kepada murid Menganggap penyampaian makna (semantik) penting namun struktur bahasa perlu berjalanserentak
  • Ini membantu murid menggunakan sistem bahasa yang dipelajari dengan betulPRINSIP P&P INTERAKSIONALIS Penyampaian makna bermakna dalam komunikasi Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik P&P perlu penumpuan terhadap aktiviti yang bermaknaKELEBIHAN TEORI INTERAKSIONALIS Merupakan interaksi sosial harian. Individu berinteraksi dengan individu yang lain untuk mencapai motif dan sesuatu tujuan ataumatlamat. Banyak menggunakan simbol seperti warna, lampu, isyarat, gerak geri, lambang dan sebagainyadalam proses mencipta hubungan sosial. Komunikasi dan cara hidup manusia mempunyai simboliknya yang tersendiri yang sangat pentingdan saling difahami oleh setiap individu sosial.KELEMAHAN TEORI INTERAKSIONALIS Teori ini tidak melihat kehidupan sosial secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, teori interaksionalisme ini hanyalah salah satu daripada perspektif tentangpemahaman dan pemikiran tentang dunia sosial. Perbezaan pemahaman tentang dunia sosial ini menunjukkan hubungan antara manusia denganmasyarakat adalah tidak terbatas. Oleh itu, sebarang pendekatan sosiologi cuma boleh memberikan sebahagian huraian tentangmanusia dan masyarakat.