Minit mesy bm bil 1

1,198 views
1,136 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,198
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
99
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Minit mesy bm bil 1

  1. 1. PK07 – Pengurusan Mesyuarat PK 07/3 SEKOLAH SERI KAMPUNG TENGAH MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL 1 /(2013) Tarikh : 6 MEI 2013 (ISNIN) Masa : 01:30 PETANG Tempat : BILIK GERAKAN 1 SK SERI KAMPUNG TENGAH Pengerusi : PN. HJH ASHIKAH BINTI HASANUDDIN Kehadiran(Bilangan) : 12/16 Turut Hadir (Jika ada) : - 1. PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Ucapan Alu-Aluan 1.1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah. 1.1.2 Mengucapkan selamat datang dan terima kasih atas kehadiran semua guru dalam mesyuarat panitia kali pertama bagi tahun 2013. 1.1.3 Harapan dan ucapan terima kasih atas kerjasama dalam menjayakan program panitia serta pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berfokus. 1.1.4 Sempena tahun baru 2013, pengerusi mengajak semua ahli jawatankuasa menanam iltizam dan keazaman yang jitu untuk meningkatkan prestasi semua murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan 100 peratus murid- murid menguasai kemahiran 3M. 2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS 2.1 Dicadang untuk disahkan oleh En Aryadi bin Katiman. Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Normazida binti Ahmad 3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1 Tiada Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00 1
  2. 2. PK07 – Pengurusan Mesyuarat 4. PERBENTANGAN KERTAS KERJA 4.1 PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA 4.1.1 Pelantikan setiausaha yang baru iaitu Pn. Maryanti binti Jamaludin bagi sesi 2013 dicadangkan oleh En. Zulkifli bin Elias dan disokong oleh Tn. Hj Nordin bin Nasiman. 4.2 ANALISIS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 4.2.1 Pengerusi menyampaikan pesanan guru besar meminta ahli jawatankuasa membuat post-mortem pencapaian murid-murid bagi Tahun 3 sehingga Tahun 6. Bahasa Melayu Pemahaman Tahun Calon daftar TOV ETR 3 - - - 4 124 96.75 98 5 142 85.82 90 6 147 78.08 85 UPSR 147 95.00 100 Bahasa Melayu Penulisan Tahun Tahun Calon daftar TOV ETR 3 - - - 4 - - - 5 142 80.85 90 6 147 75.34 85 UPSR 147 90.70 96 Unjuran UPSR 2012 Mata pelajaran Peratus Lulus Pencapaian Bahasa Melayu Pemahaman 95.00 meningkat Bahasa Melayu Penulisan 90.70 menurun 4.2.2 Tahun 1 dan Tahun 2 perlu mencapai band yang ditetapkan. Pengerusi meminta guru-guru berkenaan memastikan murid-murid KSSR mencapai sekurang-kurangnya band tiga. 4.2.3 Headcount – Semua guru hendaklah menyediakan sasaran bagi setiap murid bagi tahun 2013. Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00 2
  3. 3. PK07 – Pengurusan Mesyuarat 4.3 PENYEDIAAN DAN PENGGUBALAN SOALAN 4.3.1 Semua guru akan ditugaskan menyediakan soalan untuk ujian kerana tiada lagi soalan setara sebaliknya ujian berasaskan sekolah. Penggubal Soalan Tahap 2 Tahun 4 Ketua: Pn. Norashidah binti Hassan En. Kamarul Zaman bin Ahmad Pn. Hjh Rasidah binti Jais Tahun 5 Ketua: En. Zulkifli bin Elias Pn. Maryanti binti Jamaludin En. Aryadi bin Katiman Tahun 6 Ketua: Pn. Maryanti binti Jamaludin Pn. Norashidah binti Hassan En. Zulkifli bin Elias Pn. Hjh Ashikah binti Hasanuddin Penggubal Soalan Tahap 1 Tahun 1 Ketua: Pn. Siti Zalena binti Ismail Pn. Faridah binti Muhd Yusuf Pn. Hjh Norasmah binti Ismail Tahun 2 Ketua: Pn. Hartinie binti Zainuddin Pn. Hjh Asiah binti Ahad Pn. Faridah binti Muhd Yusuf Tahun 3 Ketua: Pn. Hayati binti Munajat Tn. Hj Nordin bin Nasiman 4.4 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN/ RANCANGAN TAHUNAN 4.4.1 Semua guru mesti mempunyai Rancangan Tahunan Bahasa Melayu untuk setiap kelas yang diajar. 4.4.2 Huraian Sukatan Pelajaran juga perlu sentiasa ada dan dalam pengetahuan kita. HSP dan rancangan tahunan jika belum ada boleh dapatkan daripada ketua panitia. Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00 3
  4. 4. PK07 – Pengurusan Mesyuarat 4.4.3 Pengerusi menyatakan Plan J masih relevan digunakan sebagaimana yang diberitahu oleh pegawai PPD Pn. Hamidah binti Haduri 4.4.4 Format Penulisan Rancangan Harian Semua guru tahap dua hendaklah memastikan item-item seperti di bawah ini ada dan diikuti dalam penulisan rancangan harian. a. Tajuk b. Fokus Utama (FU) c. Fokus Sampingan (FS) d. Objektif e. Aktiviti Bilangan objektif dan aktiviti yang lebih daripada satu dicadangkan menggunakan abjad supaya bersesuaian dengan mata pelajaran bahasa. Pada ruang impak/ catatan hendaklah dicatatkan a. Sistem Bahasa b. Pengisian Kurikulum - Ilmu - Nilai - Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) c. Impak atau refleksi iaitu hasil atau kesan daripada pengajaran dan pembelajaran yang telah disampaikan dalam satu-satu sesi pengajaran. Terdapat perbezaan penulisan rancangan harian bagi tahap 1. Guru-guru tahap 1 boleh merujuk kepada Pn. Hartinie binti Zainuddin dan Pn. Hjh Norasmah binti Ismail. Tindakan : Pn. Hartinie dan Pn. Hjh Norasmah 4.5 PROGRAM PENINGKATAN BAHASA MELAYU 4.5.1 Aktiviti koakademik peringkat zon dan daerah akan bermula sekitar bulan Mac. Di peringkat sekolah, Panitia Bahasa Melayu akan mengadakan Bulan Akademik iaitu pelancaran pada 4 Februari 2013. Setiausaha Bulan Akademik dikekalkan iaitu Pn. Norasidah binti Hassan. Aktiviti akan dijalankan di dalam kelas mata pelajaran Bahasa Melayu. Peserta yang terpilih dari kelas masing-masing akan bertanding untuk peringkat akhir di dewan sekolah. Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00 4
  5. 5. PK07 – Pengurusan Mesyuarat Bagi memudahkan pengurusan pertandingan, dua orang jurulatih dilantik mengikut kategori. Kategori Nama Guru Syair Pn. Hjh Asiah / Pn. Faridah Bercerita Tahap 1 Pn. Hayati / Tn. Hj Nordin Mengarang En. Aryadi / Pn. Maryanti Bercerita Tahap 2 Pn Norasidah / En. Zulkifli Pidato Pn. Ashikah Sajak En. Nordin / En Kamarul Zaman 4.5.2 Program Buku Nilam. Murid-murid boleh membaca di perpustakaan atau di rumah. Perlu direkodkan dalam buku nilam sebagai bukti. Markah nilam perlu dimasukkan secara on-line (Sistem Tarantula) oleh semua guru Bahasa Melayu. 4.5.3 Program PROTIM akan diteruskan di bawah penyelarasan Pn. Norashidah binti Hassan. 4.5.4 Program LINUS. Pn. Faridah binti Muhd Yusuf akan membuat program pengisian pintar kepada ibu bapa dan guru untuk memberikan kefahaman dan pengetahuan tentang program tersebut. 4.5.5 Program MBMBI. Program memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris untuk menempatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa pertuturan negara. Guru-guru bahasa hendaklah menyelitkan kemahiran berbahasa seperti pantun, syair, guridam, sajak, peribahasa dan sebagainya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Catatkan d ruangan impak dalam rancangan harian contohnya MBMBI (membaca syair). 4.5.6 Program KSSR. Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Satu penetapan kriteria pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Memastikan semua guru bahasa Melayu tahun 1, 2 dan 3 sentiasa membuat penilaian secara berterusan kepada semua murid untuk menjamin ketelusan dan keadilan. Semua bahan yang dijadikan penilaian hendaklah disimpan termasuk rekod ujian dan sebagainya untuk dijadikan bukti sekiranya sesuatu perkara itu berbangkit. Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00 5
  6. 6. PK07 – Pengurusan Mesyuarat Guru yang telah menghadiri kursus KSSR untuk tahun 3 hendaklah berkongsi ilmu itu kepada rakan guru yang lain agar KSSR itu dapat berjalan sebagaimana yang dikehendaki oleh kementerian. 4.6 PELAN STRATEGIK KECEMERLANGAN PANITIA BAHASA MELAYU 2013 4.6.1 Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan Strategi 1: Pembelajaran dan pengajaran berfokus. Strategi 2: Membudayakan Pemulihan 2M 4.6.2 Objektif : meningkatkan bilangan murid yang mencapai gred lulus dalam kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan. 4.7 PENGGUNAAN BUKU TULIS 4.7.1 Panitia Bahasa Melayu juga telah menetapkan bilangan buku tuilis yang harus digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tujuan penetapan ini adalah sebagai peyelarasan dan garis panduan. Tahap 1 a. Buku tatabahasa (BM1) b. Buku pemahaman (BM2) c. Tulisan 1 d. Penulisan (separuh kosong) Tahap 2 a. Penulisan 1 (Bahagian A dan C) b. Penulisan 2 (Bahagian B) c. Bahasa Melayu 1 (Tatabahasa) d. Bahasa Melayu 2 (Pemahaman) e. Bijak Kamus f. Modul PKJR g. Modul 011 dan 012 (MGB) 4.8 MODUL GURU GANTI 4.8.1 Pengerusi akan berbincang dengan guru besar berkenaan modul guru ganti sama ada perlu untuk semua murid. Rasional penggunaan modul ini adalah Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00 6
  7. 7. PK07 – Pengurusan Mesyuarat bagi memudahkan guru yang menggantikan guru Bahasa Melayu yang tiada untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran di kelas tersebut. Penyelaras untuk menyediakan Modul Guru Ganti mengikut tahun. Tahun Penyelaras Tahun 1 Pn. Hjh Norasmah binti Ismail Tahun 2 Pn. Torsiah binti Ambali Tahun 3 Pn. Hayati binti Munajat Tahun 4 En. Kamarul Zaman bin Ahmad Tahun 5 En. Aryadi bin Katiman Tahun 6 En. Zulkifli bin Elias Tindakan : Penyelaras 4.9 PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS) 4.9.1 PLBS hendaklah dijalankan dua kali dalam setahun iaitu penggal 1 dan penggal 2. Jika guru hendak menjalankan PLBS lebih dari 2 kali adalah lebih baik. Pentaksiran boleh dijalankan pada bila-bila masa yang difikirkan perlu dan sesuai. Markah perlu dimasukkan secara aplikasi dan jika ada masalah boleh dimasukkan secara manual. Tindakan : En. Aryadi bin Katiman 4.9.2 Sekiranya guru menjalankan PLBS dalam waktu PdP, guru hendaklah membuat catatan di ruang impak sebagai bukti bahawa PLBS telah dijalankan. Contohnya PLBS telah dijalankan kepada 10 orang murid. 4.9.3 Guru sebagai pentaksir sekolah mempunyai satu fail. Pihak sekolah akan menyediakan surat pelantikan guru sebagai guru pentaksir PLBS. 4.9.4 Guru hendaklah menyediakan rekod pencapaian murid, bahan yang diuji hendaklah difotostat dan membuat catatan sebagai bukti digunakan termasuk penggunaan buku teks. Jika murid membuat persembahan di perhimpunan pagi boleh dikira sebagai PLBS, guru perlu mencatat tarikh dan jika ada sijil sertakan salinannya. 4.9.5 Pn. Hartinie meminta guru-guru meletakkan fail PLBS di dalam bilik peperiksaan (BOP). Fail induk ada di bilik gerakan 1. 4.10 MERANCANG PERBELANJAAN 4.10.1 Pengerusi meminta Pn. Hjh Asiah binti Ahad menyenaraikan buku yang diperlukan bagi tahap 1 Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00 7
  8. 8. PK07 – Pengurusan Mesyuarat 4.10.2 Pn. Hartinie meminta Carta KSSR Tahun 1, 2 dan 3 diperbanyakkan dan meminta radio untuk digunakan semasa PdP. 4.10.3 Pn. Maryanti meminta buku Tatabahasa Dewan diperbanyakkan untuk kemudahan guru-guru Bahasa Melayu.. 4.11 BENGKEL PENANDAAN BAHASA MELAYU 4.11.1 Teknik penandaan Bahasa Melayu Penulisan akan diadakan untuk semua guru Bahasa Melayu bagi mendapatkan keseragaman dalam penandaan kertas Bahasa Melayu. 5. HAL-HAL LAIN 5.1 Pn. Norasidah binti Hassan bertanyakan tentang program Bijak Kamus yang dijalankan di dalam kelas. Pengerusi menerangkan bagi kelas A perlu ditulis 20 perkataan. Manakala kelas akhir cukup 10 perkataan sahaja dalam seminggu. Kamus Dewan boleh diambil di stor dalam bilik guru dan dipulangkan selepas digunakan. 5.2 Pengerusi menyatakan program rumah terbuka 2013 akan diadakan mesyuarat pada masa akan datang untuk penambahbaikan. PENUTUP a. Ucapan penangguhan oleh pengerusi. Pengerusi mengharapkan agar segala perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat ini dapat dilaksanakan dengan baik. b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi. Disediakan oleh, Disemak Oleh, Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00 8
  9. 9. PK07 – Pengurusan Mesyuarat ..........................................……… ……...............................……….... (MARYANTI BINTI JAMALUDIN) (ASHIKAH BINTI HASANUDDIN) Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu Tarikh : 3 Januari 2013 Tarikh : 4 Januari 2013 Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00 9
  10. 10. PK07 – Pengurusan Mesyuarat ..........................................……… ……...............................……….... (MARYANTI BINTI JAMALUDIN) (ASHIKAH BINTI HASANUDDIN) Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu Tarikh : 3 Januari 2013 Tarikh : 4 Januari 2013 Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00 9

×