Your SlideShare is downloading. ×
Hbhe2103 761020135460 september 2010; hbmt2103_smp assignment
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Introducing the official SlideShare app

Stunning, full-screen experience for iPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Hbhe2103 761020135460 september 2010; hbmt2103_smp assignment

7,170
views

Published on


0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
7,170
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
238
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBHE2103 PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT SEMESTER: SEPTEMBER (2010) marshiza@gmail.com NAMA TUTOR: ENCIK LUQMAN HAKIM BIN JAMIN NAMA E-TUTOR ENCIK SHUHAIRI BIN SAHAIMI
  • 2. HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBHE2103: PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT SEMESTER : SEPTEMBER 20101. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja. Anda boleh menjawab sama ada menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.2. Tugasan anda perlu ditaip atas kertas A4 dengan menggunakan saiz font 12 “Times New Roman” dan langkau baris 1.5.3. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.4. Tugasan ini perlu disiapkan secara individu.5. Anda perlu menghantar tugasan secara online melalui myVLE. Sila rujuk kepada arahan dalam portal untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penghantaran tugasan secara online.6. Tugasan anda hendaklah diserahkan sebelum atau pada Tutorial ke 5. Serahan selepas tarikh tidak akan diterima.7. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada spesifikasi rubrik yang disertakan di dalam soalan tugasan.8. Tugasan ini terhad kepada 1000 – 1200 patah perkataan sahaja.9. Plagiarisma dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Tugasan yang dihantar secara automatik akan disemak untuk persamaan. a. Tugasan bertindih antara 10-30% akan dikenakan 20% penolakan markah keseluruhan. b. Tugasan bertindih melebihi 30% akan diberikan markah sifar (0) keseluruhan. Dalam kes tertentu, gred kursus akan ditentukan berdasarkan komponen lain dalam keseluruhan penilaian.
  • 3. HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002SOALAN TUGASANRancangan Makanan Tambahan (RMT) ialah satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian PelajaranMalaysia dalam usaha untuk membantu dan meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan pelajar di sekolahrendah. Program ini bertujuan untuk memberi makanan secara percuma kepada pelajar sekolah rendahterutama di kawasan luar bandar dan golongan yang berpendapatan rendah.a) Buat satu kajian secara menyeluruh berkaitan dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah anda. (15 markah)b) Kenal pasti beberapa orang pelajar yang terlibat dalam RMT sebagai sampel dalam kajian anda. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah keberkesanan RMT dalam mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar yang terlibat. (10 markah)c) Berdasarkan tinjauan dan kajian yang telah anda lakukan, berikan pandangan anda secara analitikal sejauh mana keberkesanan dan kejayaan program RMT ini. (5 markah) (Jumlah: 30 markah)
  • 4. HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002 Isi kandungan Muka suratPenghargaan iKajian Mengenai Rancangan Makanan Tambahan(RMT) Di Sekolahdan Sejauh Mana Keberkesanannya Dalam MempertingkatkanAkademik Pelajar-Pelajar Terlibat 1Abstrak 1Pengenalan 11.0Kajian Mengenai RMT Di SekolahDapatan Kajian : 1.1.1 - 1.1.9Pentadbiran/Organisasi 1Sumber Kewangan Diperoleh Untuk Program RMT 2 PenghargaanKaedah Dan Kriteria Pemilihan Peserta RMT 3Kaedah Kriteria Pemilihan Tender Untuk RMT 3 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Kaedah pembayaran Kepada Pihak Pennyediaan Makanan 4Kaedah Pengagihan Makanan Kepada Peserta dengan limpah kurniaNya, telah memberi Bersyukur kepada Allah kerana 4 kekuatan dan hidayah kepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan untukPemilihan Pekerja-Pekerja Yang Terlibat RMT 4-5Pemilihan Bahan-Bahan mentahSekolah Sihat (HBHE2103) pada kali ini. Program Bersepadu 5Menu Makanan Yang Disediakan 5-6 Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga 6Cara Penyediaan Makanan Disediakan saya yang begitu memahami serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam2.0 Kajian Mengenai Sejauh Mana Keberkesanan dan pembelajaran saya di OUM meneruskan tuntutan terhadap tugasan RMTDalam Mempertingkatkansungguh permai ini. Tidak lupa juga kepada seluruh warga Melaka yang Pencapaian AkademikPelajar-pelajar Yang Terlibat Dalam RMT. ini terutamanya rakan-rakan seunit yang OUM semester September 2010 72.1 Dapatantelah memberikan kerjasama yang baik dalam membantu saya menyelesaikan Kajian 7-10 tugasan.3.0 Rumusan Kajian Dan Cadangan Penambahbaikan 10 Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasihRujukan kepada pensyarah yang di hormati, Encik Luqman Hakim Bin Jamin.iikerana telah memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Tanpa penerangan beliau, tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali, yang baik datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri. Sekian terima kasih.
  • 5. HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002 i
  • 6. HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002 KAJIAN MENGENAI RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH DAN SEJAUH MANA KEBERKESANAN RMT DALAM MEMPERTINGKATKAN AKADEMIK PELAJAR-PELAJAR YANG TERLIBAT.Abstrak: Rancangan Makanan Tambahan (RMT) merupakan satu program yang telah diwujudkan di semuasekolah-sekolah kerajaan di negara ini.. RMT ini adalah salah satu program dikelola, diselia dan dilaksanakansepenuhnya di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diwujudkan sejak tahun 1979. Tujuan kajianini adalah untuk mengetahui tentang bagaimana Program RMT dikelolakan dan diselenggarakan disekolahdan sejauh manakah keberkesanan RMT dalam mempertingkatkan akademik pelajar-pelajar yang terlibat.Kajian dilakukan terhadap pihak pentadbir sekolah, guru-guru jawatankuasa RMT, pihak pembekal makanandan pelajar-pelajar yang terlibat dalam RMT Sekolah Paya Rumput Melaka. Dalam kajian ini, terdapat 20responden telah dipilih secara rawak daripada 80 penerima RMT yang terdiri daripada pelajar tahun satuhingga enam. Kajian ini juga dibuat secara menyeluruh dari segi pelaksanaan dan pengelolaan sertapentadbiran program RMT.PengenalanProgram Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah dilaksanakan di sekolah-sekolah Malaysia adalahbertujuan membantu seseorang murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin dari segimemberi makanan tambahan yang sewajarnya. Ianya adalah satu usaha murni pihak Kementerian PelajaranMalaysia (KPM) dalam mambantu memperbaiki taraf pemakanan dan kesihatan murid-murid sekolah rendahyang mana kaedahnya ialah dengan memberi makanan 25%-33% daripada keperluan kalori harian kanak-kanak tersebut dan bukanlah untuk memberi keperluan harian sepenuhnya. Murid berstatus“WarganegaraMalaysia“ dan daripada keluarga berpendapatan di bawah paras RM 400.00 atau pendapatan perkapita RM80.00 adalah layak untuk menyertai program ini. Bermula pada Januari setiap tahun minggu pertamapersekolahan murid-murid yang layak telah mula diberi makanan percuma dibawah program kementerian iaituRancangan Makanan Tambahan (RMT). Pada masa ini, Program RMT akan berlangsung selam 190 hari setiaptahun persekolahan. Namun begitu sekolah-sekolah yang terdapat murid-murid Islam, program ini akandihentikan sementara waktu ketika di bulan Ramadhan, tetapi bilangan hari bagi program adalah tetap sama.Bilangan penerima atau peserta program ini adalah berbeza antara satu sekolah dengan satu sekolah yang lainberdasarkan kepada kedudukan sekolah, saiz sekolah (bilangan murid-murid), taraf pemakanan penduduksetempat dan pendapat keluarga. Ini bermaksud, sekolah-sekolah yang terletak di kawasan yang mundur sertasekolah yang mempunyai bilangan murid yang kecil amat diberi keutamaan. Setiap penerima pula menerimaperuntukan sebanyak RM1.80 untuk sehari. 1
  • 7. HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 7610201354600021.0 Kajian mengenai Rancangam Makanan Tambahan (RMT) Di Sekolah.1.1. Dapatan Kajian:1.1.1Pentadbiran/OrganisasiUntuk kajian ini, saya mengambil Sekolah Kebangsaan Paya Rumput Melaka (SKPR) sebagai sumberkajian. Di sekolah ini, seramai 80 orang murid yang dikenalpasti layak untuk menerima RMT pada tahun iniberdasarkan beberapa kriteria tertentu . Pihak yang terlibat dalam pemberian Rancangan Makanan Tambahandi sekolah ialah, Guru Besar, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Setiausaha HEM, PenyelarasRMT, setiausaha dan ahli jawatankuasa yang telah dipilih. Tugas jawatankuasa ialah memilih danmengedarkan senarai murid yang layak menerima RMT mengikut kriteria-kriteia yang telah ditetapkan olehKPM serta merekod penerimaan makanan oleh murid-murid di hari-hari yang berkaitan. Selain itu, guruRMT bertanggungjawab mengawas murid ketika menikmati makanan sambil menerapkan nilai-nilai murnidan adab ketika makan serta mengawas pengurusan pembekalan makanan. Jawatankuasa RMT jugaberperanan mengambil kira tentang pertumbuhan fizikal murid-murid dengan mengukur berat dan ketinggiandi awal dan akhir tahun. Selain itu pihak sekolah juga memastikan rekod penerimaan perbelanjaanperuntukan RMT disimpan secara kemaskini. Rajah 1 merupakan carta organisasi bagi unit RMT di SKPRMelaka .Rajah 1: Carta Organisasi Unit Rancangan Makanan Tambahan SK Paya Rumput Melaka. PENGERUSI GURU BESAR N . PENGERUSI GPK HAL EHWAL MURID SETIAUSAHA HEM PENYELARAS RMT/PSS SETIAUSAHA RMT/PSS AHLI JAWATANKUASA 5 ORANG GURU KETUA UNIT RMT/PSS 2 PN MARSHIZAWATI
  • 8. HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 7610201354600021.1.2 Sumber Kewangan Untuk Program RMTSumber kewangan untuk program RMT dikeluarkan daripada ‘Bahagian Kewangan’di bawah KementerianPelajaran Malaysia. Kaedah pembayaran yang lakukan ialah melalui saluran kesemua peruntukan terus keAkaun Kumpulan Wang kerajaan (KWK) iaitu bagi sekolah yang mempunyai akaun bank ataupun terus keAkaun Khas di Pejapat Pendidikan Daerah PPD yang berkenaan bagi sekolah-sekolah yang tidak mempunyaiakaun bank. Setelah itu, Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menghantar suratkepada Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) dan juga PPD bagi memaklumkan peruntukan akan disalurkan ke akaunbank sekolah atau PPD. Pihak sekolah atau PPD perlu menyemak dengan bank sama ada peruntukan telahdimasukkan berdasarkan surat pemberitahuan daripada Bahagian Kewangan, KPM. (Surat PekelilingKewangan Bil. 7/2010 RMT Di Sekolah Rendah)1.1.3 Kaedah dan kriteria pemilihan Peserta RMT.Pemilihan peserta RMT adalah berdasarkan kriteria atau keutamaan berikut; a. Murid-murid yang mempunyai warganegara Malaysia dari Darjah 1 hingga Darjah 6 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan. b. Murid-murid yang mempunyai simptom kurang zat makanan yang telah dipilih oleh Perkhidmatan Kesiahatan Sekolah dan guru darjah dan diselaraskan oleh satu jawatankuasa Khas di peringkat sekolah. c. Murid-murid yang datang dari keluarga berpendapatan rendah, iaitu RM400 sebulan atau perkapita pendapatan ialah RM80 bagi satu keluarga. Ini terjadi kerana bilangan ahli seisi rumah adalah ramai selalunya bilangan adik beradik yang melebihi lima orang. d. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) yang telah di tubuhkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan disahkan sebagai miskin. (Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7/2010 RMT Di Sekolah Rendah)1.1.4 Kaedah dan Kriteria Pemilihan Tender Untuk RMTMenurut buku Panduan Rancangan Makanan Tambahan Di Sekolah, semasa memilih tender untuk RMT,kriteria yang paling diutamakan ialah jika nilai pemerolehan tidak melebihi RM 50,000 setahun, perolehanhendaklah dibuat secara lantikan terus kepada pengusaha kantin bagi sekolah yang mempunyai perkhidmatankantin. Namun begitu, sekiranya sekolah tersebut tidak mempunyai 3perkhidmatan kantin, Jawatankuasa RMT sekolah boleh membuat lantikan terus kepada Persatuan Ibu Bapadan guru sekolah berkenaan. Sekiranya ibu bapa murid berkenaan tidak berminat, Jawatankuasa RMT bolehlah
  • 9. HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002membuat lantikan kepada pembekalan RMT kepada keluarga guru atau kakitangan sekolah tersebut. Bagi nilaipemerolehan yang melebihi RM50,000 setahun, pemerolehan hendaklah dibuat dengan pelawaan sebuthargakepada sekurang-kurangnya lima(5) pembekal tertakluk kepada arahan Perbendaharaan dan peraturan-peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa. Dalam kajian ini mendapati SK Paya Rumput telah melantiksecara terus kepada pengusaha kantin sebagai pembekal makanan RMT sekolah ini.1.1.5 Kaedah Pembayaran kepada Pihak Penyediaan Makanan.Semasa proses pembayaran dilakukan, Pembekal Makanan perlu menyediakan invois dan dokumen lain yangdilengkap diisi dengan butir-butir perkhidmatan yang disahkan dan diperakukan oleh pihak kerajaan tidaklewat daripada 5 haribulan berikutnya selepas menjalankan perkhidmatannya atau dalam apa-apa tempoh masayang munasabah yang difikirkan sesuai oleh kerajaan dan seterusnya di hantar kepada kerajaan. Setelah itu,Kerajaan akan memproses pembayaran Nilai Perjanjian terhadap pembekal tersebut. Pembayaran NilaiPerjanjian dilakukan dalam unit Ringgit Malaysia kepada pembekal makanan.1.1.6 Kaedah Pengagihan Makanan Kepada PenerimaSetiap pagi seawal pukul 7.10, murid-murid akan berkumpul di kawasan RMT di kantin untuk menerimamakanan. Mereka perlu beratur ketika mengambil makanan. Semasa ini, seorang guru ditugaskan untukmemantau perjalanan program RMT pada hari itu. Pekerja RMT bertindak membantu dalam mengedarkanmakanan kepada penerima-penerima RMT. Guru bertugas akan mengingatkan murid-murid tentang nilai-nilaimurni seperti kesyukuran ketika membaca doa sebelum makan dan selepas makan , nilai kebersihan sertatanggungjawab ketika meletakkan pinggan dan cawan yang kotor di tempat yang disediakan.1.1.7 Pemilihan Pekerja-Pekerja Yang Terlibat Dalam RMTBagi pekerja-pekerja yang terlibat dalam penyediaan RMT, mereka perlu mengikut peraturan tertentu sepertipemerikasaan perubatan yang mana semua pekerja yang terlibat hendaklah diperiksa dan disahkan sihat olehdoktor kerajaan. Setelah melalui pemeriksaan kesihatan, pekerja ini akan diberikan sijil kesihatan yang sah.Bagi yang tiada sijil kesihatan yang sah daripada doctor, mereka tidak dibenarkan membantu di tempat 4makanan. Pemeriksaan berkala perlu dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap pekerja-pekerja ini. Pekerja yang batuk, demam, selsema, berkudis dan sebagainya adalah tidak dibenarkan bekerja ditempat memasak atau makanan. Selain itu Semua pekerja perlu mamakai pakaian yang bersih dan digalakkan
  • 10. HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002memakai pakaian berwarna putih. Apron dan penutup kepala juga amat digalakkan. Kebersihan diri dari segikuku, tangan dan rambut juga adalah amat dititikberatkan semasa pekerja mengendalikan makanan.1.1.8 Pemilihan Bahan-bahan MentahDari segi pemilihan bahan-bahan mentah, pembekal perlu menitikberatkan kebersihan dan kesihatan murid-murid. Bahan-bahan mentah yang dipilih mestilah segar dan berkualiti. Contohnya sayur-sayuran, ikan,daging, atau ayam, buah-buahan mestilah yang masih elok dan baru . Ini sedikit sebanyak dapat menjaminmakanan yang berzat dapat dinikmati oleh murid-murid. Bahan-bahan mentah yang tidak baik dan berkeadaanterlalu lama disimpan akan menyebabkan segala zat di dalam bahan-bahan berkurangan. Oleh yang demikanmakanan yang dihasilkan bukan sahaja tidak berzat malahan boleh mendatangkan mudarat kepada murid-murid sebagai contoh keracunan makanan yang kerapkali kita lihat di dalam media massa. Kajian yang dibuatkepada pembekal makanan RMT di SKPR amat memuaskan hati saya. Ini kerana bahan-bahan mentah yangtelah disediakan menepati syarat-syarat dan perjanjian dengan Kerajaan. Ini kerana pembekal Makananhendaklah menurut arahan kerajaan dengan melaksanakan Perkhidmatan dari semasa ke semasa sama adasecara lisan atau bertulis. Antaranya ialah pembekal makanan hendaklah memastikan bahan mentah, disimpandi tempat yang selamat dan sentiasa di kemaskinikan. (Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7/2010 RMT DiSekolah Rendah)1.1.9 Menu Makanan Yang Di SediakanDi SK Paya Rumput Melaka ini, pemilihan menu makanan adalah ditentukan semasa mesyuarat JawatankuasaRMT. Pemilihan Menu makanan adalah berdasarkan kepada buku Panduan Rancangan Makanan TambahanDi Sekolah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Penyediaan RMT hendaklahmengikut 20 jenis menu yang . Pihak sekolah telah memilih 10 menu secara bergilir-gilir. Namun begitu,pihak sekolah terutamanya jawatankuas RMT membuat pilihan daripada 20 senarai menu yang disediakanmengikut kesesuaian bahan dan kesukaan murid-murid. Pemberian makan adalah daripada hari Isnin hinggaJumaat. Rajah 2 adalah contoh Jadual Menu RMT pada setiap hari dan pada minggu yang berbeza. 5
  • 11. HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002 MENU SEPANJANG MINGGU HARI MINGGU 1 & 3 MINGGU 2 & 4 ISNIN NASI LEMAK, BUAH OREN, BUBUR NASI (AYAM/DAGING), BUAH OREN, AIR AIR BEPERISA SOYA BERPERISA COKLAT SELASA MI KARI/MI REBUS, BUAH EPAL, BIHUN GORENG, BUAH OREN, AIR BEPERISA COKLAT AIR BERPERISA COKLAT RABU BUBUR NASI , BUAH TEMBIKAI, NASI LEMAK, BUAH TEMBIKAI, AIR BERPERISA SOYA AIR BERPERISA MALTAKHAMIS NASI AYAM, BUAH LAI, MEE GORENG, BUAH EPAL, AIR BERPERISA MALTA AIR BERPERISA MALTAJUMAAT ROTI SANDWICH SARDIN, BUAH LIMAU, AIR NASI GORENG, BUAH TEMBIKAI, BERPERISA SOYA AIR BERPERISA COKLAT Rajah 2: Jadual Menu RMT SKPR Dari Isnin Hingga Jumaat1.1.10 Cara Penyediaan MakananMenurut buku Panduan Rancangan Makanan Tambahan Di sekolah yang dikeluarkan oleh KPM2003, bahanmakanan yang patut dihidang hendaklah terdiri daripada makanan yang mengandungi zat makanan tertentuuntuk membina badan, memberi tenaga dan mencegah penyakit, segar dan tidak basi, tidak rosak dan busuk,mengenyangkan serta tidak mengandungi bahan kimia, pewarna dan lain-lain yang boleh merosakkankesihatan. Kajian mendapati penyediaan makanan dan makanan dan minuman terselamat daripada habuk, lalat,lipas, tikus, sentuhan tangan kotor, bersin batuk dan punca pencemaran yang lain. Perkakasan untukmenghidang seperti cawan, pinggan dan sebagainya adalah baik dan tidak sumbing serta tidak digunakan lebihdaripada seorang. Seorang pekerja bertanggungjawab dalam menguruskan penyediaan ini dan menyusun aturair, makanan dan buah-buahan. Makanan akan diisi kedalam pinggan hanya ketika pelajar mengambilmakanan. Makanan didapati sentiasa tertutup dengan penutup khas. Amalan kebersihan amat dititkberatkan. 62.0 Kajian Mengenai Sejauh mana keberkesanan RMT dalam mempertingkatkan pencapaianakademik pelajar-pelajar yang terlibat dalam RMT.Daripada 80 orang penerima RMT, saya telah memilih 20 orang daripada mereka, iaitu 10 orang lelaki dan 10orang perempuan untuk dijadikan sampel. Pemilihan sampel itu terdiri daripada empat orang daripada tahun
  • 12. HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002satu, empat orang daripada tahun dua, empat orang daripada tahun tiga, tiga orang daripada tahun empat, tigaorang daripada tahun 5 dan dua orang daripada tahun enam Kebanyakan mereka ialah dari golongan murid-murid di kelas yang paling akhir, mempunyai adik beradik yang melebihi 5 orang dan mempunyai ibu bapayang berpendapatan paling rendah. Rajah 3 menunjukkan jadual mengenai 20 orang sampel yang dipilihberdasarkan beberapa kriteria tertentu seperti taraf sosio ekonomi mereka, kawasan tempat tinggal mereka,taraf pendidikan ibu bapa dan bilangan adik beradik mereka.2.1. Dapatan Kajian: Rajah 3 : Jadual 20 Orang Responden Yang dipilih Mengikut KriteriaTertentu Responden Ciri-ciri Jumlah Peratus % < RM1000 12 60 Taraf Sosio < RM700 6 30 Ekonomi < RM500 2 10 Kampung 12 60 Kawasan Tempat Rumah Kos Sederhana 2 10 Tinggal Rumah Kos Rendah 8 40 Sijil Kemahiran 5 25 Taraf Pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia 12 60 Ibu Bapa Sijil Rendah Pelajaran 2 10 Darjah Enam 1 5 Bilangan Adik > 12 3 15 Beradik > 8 5 25 > 5 12 60
  • 13. HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002 7 Berdasarkan Rajah 3 tersebut, seramai 20 orang responden telah dipilih secara rawak daripada setiap tahunberdasarkan soal selidik yang merangkumi profil responden, pengetahuan guru serta jawatankuasa RMTmengenai pengurusan RMT dan pelaksanaan Pengurusan RMT. Melalui jadual tersebut, didapati taraf sosioekonomi keluarga responden kebanyakannya kurang daripada RM1000.. Pekerjaan ibu bapa respondenkebanyakannya terdiri daripada pekerjaan kampung, bekerja sendiri, pengawal keselamatan, peniaga kecil,tukang kebun dan pekerja kilang. Dari segi tempat tinggal kebanyakan mereka tinggal di kampung Paya Rumput iaitu seramai 12 orang, duaorang tinggal di rumah kos sederhana dan lapan orang tinggal tinggal di rumah kos rendah. Mengenai tarafpendidikan ibu bapa pula sebanyak 25 %( 5 orang) daripadanya ialah memegang sijil kemahiran sepertivokasional dan industri, 60%(12 orang) pula mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia, 10 %(2 orang) mempunyaiSijil Rendah Pelajaran dan hanya seorang yang hanya mempunyai tahap pelajaran setakat darjah 6 . Untuk bilangan adik beradik pula, kebanyakannya mempunyai adik-beradik melebihi lima orang iaituseramai 12 orang dan ada juga melebihi lapan iaitu seramai lima orang dan 3 orang daripada merekamempunyai adik beradik yang melebihi 13 orang. Tiga orang responden ini merupakan adik beradik yangterdiri daripada tahun satu, dua dan tiga. Bapa mereka adalah seorang pengawal keselamatan dan ibu merekahanya surirumah. Namun begitu ada di antara anak mereka yang sudah bekerja dan sedikit sebanyak dapatmembantu keluarga. Kebanyakan responden mempunyai pendapatan ibu bapa perkapita hampir RM80 untuk seisi rumah. Inidisebabkan bilangan ahli dalam keluarga yang begitu ramai. Kebanyakan responden juga merupakan penerimabantuan Kumpulan Wang Amanah Miskin (KWAMP). Pada pandangan peribadi saya, kebanyakan merekawajar mendapat bantuan ini memandangkan kepayahan hidup yang dialami oleh pelajar dan ahli keluarganya.Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh ibubapa mereka.
  • 14. HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002 8 Rajah 4: Jadual Ciri-ciri Responden Dari Segi Akademik, Kesihatan Dan Keyakinan Kendiri Ujian Pra Ujian Post ( Ujian Bulanan) (Peperiksaan Akhir Responden Ciri-ciri Tahun) Bil. % Bil % Gred A 4 20 4 20 Gred B 7 35 10 50 Akademik Gred C 6 40 5 25 ( Keputusan Gred D 2 10 1 5 Keseluruhan) Gred E 1 5 0 0 Ciri-Ciri Bil. Ada % Bil. Tiada % Pertambahan Berat 17 85 3 15 Kesihatan Pertambahan Ketinggian 20 100 0 0 Pertumbuhan Badan Normal 20 100 0 0 Ciri-Ciri Bil. Ada % Bil. Tiada % Kekemasan Diri 15 75 5 25 Keyakinan Kebersihan Diri 15 75 5 25 Kendiri Disiplin 20 100 0 0 Kesihatan Yang Baik 18 90 2 10 Berdasarkan jadual di atas, responden telah dinilai dari segi akademik, kesihatan dan keyakinan kendirimereka yang dinilai dari awal tahun hingga akhir tahun oleh guru masing-masing. Dari segi akademik, , padaawal ujian, 4 orang yang memperolehi gred A. Mereka terdiri daripada 2 orang pelajar tahun 1, seorang pelajartahun dua dan seorang pelajar tahun 6. Seramai 7 orang pelajar pula telah memperolehi gred B, 6 orangmemperolehi gred C, 2 orang gred D dan seorang gred E.
  • 15. HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002 9 Namun begitu, baru-baru ini setelah berakhirnya peperiksaan akhir tahun, terdapat sedikit peningkatan bagikeputusan peperiksaan responden, iaitu seramai 20% (4 orang) telah mendapat gred A, 50% (10 orang)mendapat gred B, 25% (5 orang)telah memperolehi gred C, 5% (1orang) untuk gred D dan tiada yangmendapat gred E lagi. Dan apa yang membanggakan, ialah baru-baru ini responden daripada tahun enam telahberjaya memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk 2010. Dari segi kesihatan tubuh badan, keseluruhan responden didapati mengalami pertumbuhan yang normaldan terdapat perubahan ketinggian badan serta terdapat juga pertambahan berat badan seiring denganpertambahan ketinggian tersebut. Namun demikian seramai 3 orang responden didapati tiada peningkatan beratbadan. namun yang demikian mengalami pertambahan ketinggian dan didapati tiada masalah kesihatan. Dari segi keyakinan kendiri, melalui soal selidik dengan guru RMT dan guru kelas responden, didapatirata-rata mereka mengalami perubahan yang baik dari segi keyakinan kendiri terutamanya kekemasan diri,kebersihan diri, disiplin yang memuaskan dan kesihatan yang baik. Namun begitu, ada juga segelintir pelajaryang masih tiada perubahan positif berkemungkinan daripada masalah keluarga, pengaruh rakan atau kurangsokongan atau motivasi daripada sekeliling. 10% (2 orang) didapati tidak mengalami kesihatan yang baikkerana kerap menghadapi selsema, dan sentiasa menghadapi masalah berhingus. Pelajar ini terdiri daripadapelajar tahun satu.3.0 Rumusan Kajian Dan Cadangan Penambahbaikan. Berdasarkan tinjauan dan kajian yang telah saya lakukan di SKPR, pandangan saya mengenaikeberkesanan dan kejayaan program RMT ini adalah memuaskan hati saya secara peribadinya. Ini keranabantuan RMT ini memberi manfaat yang begitu besar terhadap pelajar-pelajar dari psikologi dan fisiologikanak-kanak. Secara umumnya, kanak-kanak yang sihat akan mengalami pertumbuhan yang baik dari segimental dan fizikal. Mengikut teori Maslow, peringkat keperluan fisiologi ini merupakan keperluan yang paling asas.Keperluan ini adalah penting bagi kehidupan sesuatu organisme, apatah lagi manusia. Keperluan asas inimerangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan,minuman dan tempat tinggal. Membicarakan teori motivasi Maslow dalam konteks pendidikan, pelajar-pelajaryang mendapat kurang makanan tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaranmereka. Ini kerana kesan daripada kekurangan keperluan ini akan mengakibatkan kesihatan pelajar tergangguatau terjejas. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, para guru sepatutnya memberikan perhatian danmengambil berat kepada tanda-tanda yang menunjukkan apa-apa kekurangan dari segi fizikal pelajar itu.Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi pelajar akan kurang bermotivasi atau berminat terhadap pelajaran.
  • 16. HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002 10 Pada pendapat saya, bagi melancarkan lagi bantuan RMT adalah lebih baik jika ia diadakan dua kali dalamsehari iaitu sekali sebelum masuk ke kelas pembelajaran dan sekali lagi diadakan semasa waktu rehat. Inisedikit sebanyak dapat memberi keselesaan fizikal kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Kebanyakanresponden didapati hanya membawa 50 sen hingga RM2 sehari sebagai wang saku dan wang itu tidakmencukupi untuk membeli makanan yang berzat. Tambahan pula mereka akan menghadiri kelas agama padawaktu petangnya. Ini sungguh menyedihkan jika mereka terpaksa kelaparan semasa di sekolah agama. Selainitu, adalah lebih baik jika pihak Kerajaan menaikkan lagi peruntukan RMT daripada RM1.80 kepada satu nilaiyang munasabah memandangkan kadar kenaikan harga barang yang begitu tinggi sekarang. Walaupunmakanan yang disediakan agak berzat namun kuantitinya didapati agak sedikit. Pembekal makan menyatakanitulah harga yang sesuai untuk RM1.80. Namun begitu, pembekal mengatakan jika mereka tidak cukupmenikmati makanan itu mereka boleh menambah kuantiti makanan tersebut. Apapun, secara peribadinya,pelajar-pelajar ini seharusnya bersyukur dengan bantuan yang mereka telah perolehi itu. Guru-guru perlusentiasa mengingatkan mereka tentang nilai-nilai kesyukuran pada Tuhan. Usaha Kerajaan dalam menyediakanbantuan RMT ini amatlah bermanfaat kepada pelajar-pelajar dan perlulah dihargai oleh semua pihak yangterlibat. Oleh yang demikian, di harap hasil kajian ini dapat memnuhi kehendak tugasan pada kali ini.Sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah dari kelemahan saya sendiri. Saya sudahidengan kalimah wassalam.
  • 17. HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002 11Rujukan:Bahagian Sekolah.KPM.Buku Panduan Rancangan Makanan Tambahan(2003).Kuala LumpurKementerian Pelajaran Malaysia(2010). Perjanjian Pembekalan Makanan Bagi Rancangan MakananTambahanSurat Pekeliling Kewangan Bil. 7/2010 RMT Di Sekolah Rendahhttp://tuanmat.tripod.com/teorimaslow.htmlhttp://www.2dix.com/view/view.php?urllink=http://psasir.upm.edu.my/4866/2/FPP_2008_7.pdf&searchx=kajian%20RMT
  • 18. HBHE2103:PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT 761020135460002 ii