Penderaan Emosi  Kanak-kanakTrauma Terselindung   Kasmini Kassim
Penderaan Emosi Kanak-kanak     Trauma Terselindung
Penderaan Emosi Kanak-kanak           Trauma Terselindung              Kasmini Kassim            MBBS (Punjab), DPM (Irela...
Cetakan Pertama / First Printing, 1998        Hak Cipta / Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia, 1998           Hak cip...
Syarahan Perdana      Universiti Kebangsaan Malaysia                 (Perubatan)Ton So Har. 1989. Infeksi Virus Hepatitis ...
Sharifah Hapsah Dato Syed Hasan Shahabudin. 1995.Pewujudan dan Pembelajaran Berjarak di Fakulti PerubatanUKM: Cabaran Perk...
AbstrakPenderaan kanak-kanak adalah masalah perubatan dan sosial diseluruh dunia. Penderaan berlaku dalam pelbagai bentuk....
AbstractChild abuse forms a worldwide medical and social problem. It ispresent in various forms with physical and sexual a...
Para Ahli Lembaga Pengarah UniversitiPara Ahli Senat UniversitiPara Profesor, Profesor Madya dan PensyarahPara Mahasiswi d...
lemah. Sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, merekamengambil kesempatan perbezaan kekuatan fizikal dan mental iniunt...
Penderaan kerana diabaikan penjagaan didefinisikan secararumusan daripada Akta Perlindungan Kanak-kanak sebagaikegagalan i...
EmosiSecara umum emosi bermaksud perasaan. Manusia adalah golonganbenda hidup yang mempunyai perasaan yang tinggi dan pali...
RAJAH 1. Emosi primer dan bercampur (Plutchik 1980)1. Peringkat kekuatan takut.Rasa resah     tegang     aprehensif      m...
Emosi dan motivasi juga biasanya tidak boleh dipisahkan.Kedua-dua ini saling membantu kerana dengan adanya emosi yangberse...
kelenjar peluh dan saluran darah yang berada di bawah kawalanbahagian autonomik simpatetik. Secara umumnya aktivitisimpate...
Sistem Saraf PusatSistem saraf pusat yang mengawal dan mengatur gerak balas emosisetiap organisme terletak pada sistem lim...
badan dan kemudian mengakibatkan terkumpulnya pengalamanemosi atau perubahan pada perasaan.       Secara ringkas, ini berm...
dan orang yang melihat ekspresi muka ini biasanya bolehmemahami dan mengetahui perasaan seseorang pada masa itu.Ekspresi a...
minda seseorang itu terganggu untuk jangka masa pendek ataupanjang mengikut keamatan trauma yang berlaku. Akibatnyaperasaa...
Ciri-ciri Penderaan EmosiPenderaan emosi berlaku apabila ibu bapa atau penjaga gagalmemberi kasih sayang dan penjagaan sec...
bapa atau penjaga yang tidak mahu mengaku dan menerima anakmereka sebagai anak mereka juga merupakan salah satu bentukpeno...
berminat untuk menjalinkan emosi dengan anak. Tingkah laku inisering terjadi pada kanak-kanak yang dianaktirikan.5. Merasu...
suatu ketika dahulu. Tetapi oleh kerana keamatan, kekerapan danjangka masanya adalah tidak berpanjangan atau terjadi secar...
Kerosakan PsikologiUntuk memenuhi ciri-ciri penderaan emosi, kerosakan padaperkembangan psikologi terhadap mangsa perlu di...
penderaan pada kanak-kanak yang dikenal pasti pada 1996 olehkumpulan ‘Suspected Child Abuse and Neglect (SCAN)’ sebagaikes...
nya kecelaruan, pergaduhan dan/atau keganasan. Kanak-kanak yangterlibat sentiasa berada dalam ketakutan sehingga menyebabk...
walaupun dianggap serius dan mendalam, kadangkala kesannyaterhadap kanak-kanak tidak sebegitu ketara pada zahirnya. Inimem...
menyalahi sama ada ibu atau bapa yang menyebabkan penceraiandan akan memusuhi orang yang berkenaan. Sekiranya hakpenjagaan...
Kadangkala oleh kerana si ibu atau si ayah takut melawanatau melanggar keputusan mahkamah apabila anak tersebut perludiser...
si ibu yang biasanya mendapat penjagaan sepenuh masa. Ini punjika si ayah mahu berjumpa dengan anaknya. Keadaan seperti in...
JADUAL 2. Peratus perkahwinan pertama yang mengalami penceraian                mengikut etnik dan kawasan, 1984-85.Kumpula...
anak pada masa yang sama. Ada juga di antara mereka yangmelafazkan kata-kata seperti tidak mahu mengaku anak yang diderase...
Peperangan dan Keganasan LainKanak-kanak yang membesar dalam suasana keganasan dalamkeluarga kerana mempunyai ibu bapa yan...
JADUAL 3. Gangguan tekanan pascatrauma (PTSD)                     dan pengalaman trauma      Pengalaman Trauma            ...
penjaga menentukan sama ada akan terlahir atau tidak perasaankeibuan, kebapaan dan perhubungan emosi yang sihat antara ibu...
tahap perkembangan psikososial seterusnya mengikut peredaranumur mereka kerana masih terkial-kial untuk mengatasi krisispe...
itu lebih berhati-hati dan berwaspada pada masa akan datang supayasegala pengalaman tidak berulang lagi. Ini dianggap seba...
attachment disorder), masalah salah laku (Rabaiah 1994; Kasmini1991) dan aduan psikosomatik (Kasmini 1992b). Gangguan nega...
Gangguan pada Perkembangan PsikologiPerkembangan psikologi kanak-kanak akibat deraan emosi jugadidapati terjejas. Mereka t...
kanak-kanak berkenaan terhadap orang dewasa lain. Kanak-kanakyang lebih cerdas dan berupaya melakukan apa yang patut untuk...
RumusanPengenalan awal terhadap kes penderaan emosi di kalangan kanak-kanak adalah penting. Ini kerana kanak-kanak masih m...
RujukanAmerican Humane Association. 1989. Highlights of official child neglect    and abuse reporting 1987. Denver.Block J...
Hickox A. & J. Furnell. 1989. Psychosocial and background factors in    emotional abuse of children. Child Care, Health an...
Mrazek D. & P. Mrazek. 1985. Child Maltreatment. In M. Rutter & L.     Hersov (eds.) Child and Adolescent Psychiatry Moder...
Kasmini KassimDilahirkan di Johor Bahru pada 9 Jun 1948 dan mendapatpendidikan awal di Sekolah Rendah dan Menengah Perempu...
Sehingga kini beliau telah menerbitkan buku Psikiatri Kanak-kanak (ilmiah) dan Memahami Jiwa Kanak-kanak 1 & 2 (umum),sert...
kosong/blank
Emosi
Emosi
Emosi
Emosi
Emosi
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Emosi

6,917 views

Published on

aaa

2 Comments
6 Likes
Statistics
Notes
  • - URUS SRP, NIK BEACUKIA PENERBITAN BARU
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI DITOLAK.
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI DIBLOKIR
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI PINDAH ALAMAT,

    URUS IZIN USAHA:
    - URUS PENDIRIAN PT – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS PENDIRIAN PMA – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS PENDIRIAN CV – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS APIU – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS APIP – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS NPIK – Seluruh Indonesia
    - URUS NIK BEACUKAI – Seluruh Indonesia
    - Urus IT Plastik
    - Urus IT CAKRAM OPTIK
    - Urus IT KOSMETIK
    - Urus IT ALAS KAKI
    - Urus IT MAKANAN DAN MINUMAN
    - Urus IT MAINAN ANAK-ANAK
    - Urus IT ELEKTRONIKA
    - Urus IT OBAT TRADISIONAL DAN HERBAL
    - Urus IT PRODUK MAKANAN DAN MINUMAN
    - Urus Izin Prinsip
    -Urus SIUP.
    -Urus TDP
    -Dll

    PT. LEGALITAS SARANAIZIN INDONESIA.
    Gedung Maya Indah Lt 2 Jakarta Pusat 10450
    Telp. 021-3142566
    Fax. 021-3928113
    HP. 081385042000
    Flexi. 021-70940216
    Website: http://www.saranaijin.com
    Email legal@saranaizin.com
    Pin BB 2262D175
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • - URUS SRP, NIK BEACUKIA PENERBITAN BARU
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI DITOLAK.
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI DIBLOKIR
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI PINDAH ALAMAT,

    URUS IZIN USAHA:
    - URUS PENDIRIAN PT – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS PENDIRIAN PMA – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS PENDIRIAN CV – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS APIU – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS APIP – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS NPIK – Seluruh Indonesia
    - URUS NIK BEACUKAI – Seluruh Indonesia
    - Urus IT Plastik
    - Urus IT CAKRAM OPTIK
    - Urus IT KOSMETIK
    - Urus IT ALAS KAKI
    - Urus IT MAKANAN DAN MINUMAN
    - Urus IT MAINAN ANAK-ANAK
    - Urus IT ELEKTRONIKA
    - Urus IT OBAT TRADISIONAL DAN HERBAL
    - Urus IT PRODUK MAKANAN DAN MINUMAN
    - Urus Izin Prinsip
    -Urus SIUP.
    -Urus TDP
    -Dll

    PT. LEGALITAS SARANAIZIN INDONESIA.
    Gedung Maya Indah Lt 2 Jakarta Pusat 10450
    Telp. 021-3142566
    Fax. 021-3928113
    HP. 081385042000
    Flexi. 021-70940216
    Website: http://www.saranaijin.com
    Email legal@saranaizin.com
    Pin BB 2262D175
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total views
6,917
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
11
Actions
Shares
0
Downloads
326
Comments
2
Likes
6
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Emosi

  1. 1. Penderaan Emosi Kanak-kanakTrauma Terselindung Kasmini Kassim
  2. 2. Penderaan Emosi Kanak-kanak Trauma Terselindung
  3. 3. Penderaan Emosi Kanak-kanak Trauma Terselindung Kasmini Kassim MBBS (Punjab), DPM (Ireland), FRCPsych (UK), FAMM (Malaysia)Dipersembahkan sebagai Syarahan Perdana jawatan Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia, pada 5 September 1998 di Auditorium, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia PENERBIT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI 1998
  4. 4. Cetakan Pertama / First Printing, 1998 Hak Cipta / Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia, 1998 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit UKM terlebih dahulu. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, elecronic or mechanical, including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from Penerbit UKM. Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by PENERBIT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 UKM, Bangi, Selangor D. E., MALAYSIA Penerbit UKM adalah anggota / is a member of the PERSATUAN PENERBIT BUKU MALAYSIA / MALAYSIAN BOOK PUBLISHERS ASSOCIATION No. Ahli / Membership No. 8302 Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by PUSAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor D. E., MALAYSIAPerpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Cataloguing-in-Publication-Data Osman Ali, 1948- Penderaan emosi kanak-kanak: trauma terselindung / Kasmini Kassim. (Siri syarahan perdana / Universiti Kebangsaan Malaysia) 1. Psychological child abuse. 2. Child abuse. I. Judul. II. Siri 362.76 ISBN 967-942-423-5
  5. 5. Syarahan Perdana Universiti Kebangsaan Malaysia (Perubatan)Ton So Har. 1989. Infeksi Virus Hepatitis B di Malaysia: DariSegi Biokimia dan Biologi Molekul. ISBN 967-942-155-4Tariq bin Abd. Razak. 1989. Pusat Keracunan Negara:Konsep Fungsi, Keperluan dan Harapan.ISBN 967-942-173-2Ismail Saad. 1990. Kursus Kepakaran Perubatan Tempatan:Keperluan dan Kebijaksanaannya. ISBN 967-942-179-1Syed M. Haq. 1990. Three Decades of Drug Abuse on theMalaysian Scene. ISBN 967-942-189-9Nafisah Nik Mohd. Adeeb. 1990. Kematian Ibu Mengandungdi Malaysia. ISBN 967-942-204-6Zainuddin Merican. 1991. Kesan Dadah AminaSimpatomimetik dan Tirotoksikosis Eksperimental padaKontraksi Otot Skelet. ISBN 967-214-3K. E. Lim. 1992. Pengawalan Penggunaan Antibiotik. ISBN967-942-251-8Khalid Abdul Kadir. 1994. Hormon Steroid dan Asas FisiologiPenyakit. ISBN 983-99655-3-0Farida Jamal. 1994. Infeksi Streptokokus Grup A danAkibatnya. ISBN 967-942-292-5Elizabeth George. 1994. Diagnosis Pranatal Talasemia di Ma-laysia. ISBN 967-942-298-4Murugasu Segasothy. 1995. Diseksi ImmunositologikSedimen Urin Menggunakan Antibodi Monoklonal.ISBN 967-942-307-7
  6. 6. Sharifah Hapsah Dato Syed Hasan Shahabudin. 1995.Pewujudan dan Pembelajaran Berjarak di Fakulti PerubatanUKM: Cabaran Perkembangan. ISBN 967-942-320-4Pakeer Oothuman Syed Ahamed. 1997. Jangkitan Cacingdan Kesihatan Kanak-kanak di Malaysia.ISBN 967-942-365-4Sallehudin Sulaiman. 1997. Vektor Denggi dan VektorDemam Denggi Berdarah: Kawalan Terkini.ISBN 967-942-373-5Wan Zurina Wan Ngah. 1997. Kesan Perlindungan VitaminE Kelapa Sawit ke atas Kanser Hepar. ISBN 967-942-386-7Osman Ali. 1998. Peralihan Kesihatan: Perkembangan danIktibar. ISBN 967-942-420-0Kasmini Kassim. 1998. Penderaan Emosi Kanak-kanak:Trauma Terselindung. ISBN 967-942-423-5
  7. 7. AbstrakPenderaan kanak-kanak adalah masalah perubatan dan sosial diseluruh dunia. Penderaan berlaku dalam pelbagai bentuk. Bentukpenderaan yang paling lazim dilaporkan kepada profesionperubatan adalah penderaan fizikal dan seksual. Malangnyapenderaan emosi tidak mendapat perhatian yang serupa walaupunpenderaan jenis ini didapati kerap berlaku di kalangan kanak-kanaksama ada secara berasingan atau bersama-sama dengan jenispenderaan lain. Penderaan emosi kerap terjadi dengan tidak ketaratetapi kesannya terhadap perkembangan fizikal dan mental dikalangan kanak-kanak sangat jelas sehingga memerlukan rawatanperubatan. Penderaan emosi tidak dikenal pasti dengan baik keranatiada definisi menyeluruh yang boleh diterima pakai di peringkatantarabangsa. Ini menyebabkan kesukaran bagi seseorang untukbersetuju tentang maksud penderaan emosi. Dewasa ini limakategori sikap tingkah laku buruk ibu bapa dikenal pasti iaitupenolakan, pengasingan, menakutkan, sikap tidak peduli dan sikapmerasuah fikiran. Jika tingkah laku tersebut berlaku secaraberterusan ke atas kanak-kanak yang berisiko sehinggamenyebabkan kecederaan ke atas fungsi psikologi dan emosikanak-kanak, keadaan ini diterima sebagai penderaan emosi.Definisi ini bergantung pada tahap perkembangan kanak-kanakdan hanya digunakan dalam konteks antara perorangan. Kelima-lima kategori sikap tingkah laku buruk ibu bapa berlaku dalamkeluarga normal dan tidak normal, terutamanya dalam suasanakekeluargaan yang pincang. Dalam keadaan ini penderaan emosiadalah akibat tertumpahnya masalah dan konflik orang dewasakepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami penderaansebegini telah menunjukkan pelbagai masalah sosial, emosi danpembelajaran yang serius, lebih daripada kesan umum dalampersekitaran mereka.
  8. 8. AbstractChild abuse forms a worldwide medical and social problem. It ispresent in various forms with physical and sexual abuse as themost commonly reported abuse to the medical profession. Unfor-tunately emotional abuse has not received the same amount ofattention even though this form of abuse is the most rampant inchildhood occuring either singly or together with all other formsof abuse. Its occurrence has always been very implicit but the ef-fects on the children’s physical and mental development is ex-plicitly sufficient for them to be needing medical attention. Rea-sons for the poor recognition of its presence is mainly because ofthe lack of a widely and internationally accepted comprehensivedefinition which makes it the more difficult for one to agree as towhat actually constitutes emotional abuse. Currently five catego-ries of adverse parental behaviour, that is rejecting, isolating, ter-rorising, ignoring and corrupting which when occurred in a sus-tained manner on the vulnerable child and causing damage to thechild’s psychological and emotional functioning, has been acceptedas emotional abuse. This definition is also dependent on the de-velopmental stage of the child and can only be defined within aninterpersonal context. The five categories of adverse parental be-haviour occurs in normal and pathological families, more so insituations of families in discord wherein the emotional abuse is aresult of the spillover from problems and conflicts of adults. Chil-dren who were subjected to such abuse have been shown to haveserious social, emotional and learning problems beyond other gen-eral effects of their environment.
  9. 9. Para Ahli Lembaga Pengarah UniversitiPara Ahli Senat UniversitiPara Profesor, Profesor Madya dan PensyarahPara Mahasiswi dan MahasiswaPara Tertamu Kenamaandan para hadirin yang dihormati sekalian! PendahuluanPenderaan terhadap kanak-kanak merupakan satu gejala yangmenimbulkan pelbagai reaksi daripada setiap golongan masyarakatsetiap kali perkara ini dibangkitkan di media massa atau setiapkali seseorang kanak-kanak menjadi mangsa. Reaksi masyarakatakan berterusan untuk seketika atau sehingga berita menunjukkanpihak perundangan telah menjatuhkan hukuman ke atas si penderaataupun tiada lagi terdapat dan terpaparnya berita sedemikian dimedia massa. Masyarakat seterusnya menjadi lebih peka atau kurang pekabergantung pada peranan dan persepsi individu terhadap setiap kesyang berlaku. Penderaan berlaku kerana si pendera adalah lebih kuat danbertenaga secara fizikal serta lebih berkuasa secara mental danpsikologi daripada yang didera. Oleh sebab si pendera lebihbertenaga, lebih berkuasa dan lebih berupaya, ada di antara merekaberasa berhak untuk melakukan sesuka hati terhadap golongan yang
  10. 10. lemah. Sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, merekamengambil kesempatan perbezaan kekuatan fizikal dan mental iniuntuk menyeksa dan mendera tubuh badan dan mental seseorang.Mereka tidak memikirkan atau mengambil kira hak asasi seseorangmanusia seperti yang termaktub dalam Artikel (5) Deklarasi HakManusia yang menyebutTiada sesiapa pun berhak diseksa atau dizalimi secara tidakberperikemanusiaan atau dijatuhkan maruahnya... (No one shall be sub-jected to torture or to cruel, inhuman or degrading treatment or punish-ment). (United Nation 1948) Dalam keadaan ini golongan yang lebih kerap menjadimangsa terdiri daripada kanak-kanak. Yang lebih menyayat hatiadalah kanak-kanak ini didera oleh golongan yang sepatutnyamelindungi mereka. Pendera ini adalah ahli keluarga merekasendiri. Penderaan terhadap kanak-kanak dibahagikan kepada empatjenis penderaan yang utama, iaitu penderaan fizikal, penderaanseksual, penderaan kerana mereka diabaikan penjagaan danpenderaan emosi (Malaysia 1991). Penderaan fizikal adalah apabila kanak-kanak didera secarafizikal dan terdapat kecederaan yang keterlaluan yang boleh dilihatpada mana-mana bahagian tubuh badan kanak-kanak berkenaanakibat penggunaan kekerasan atau agen. Kekerasan ini dilakukandengan sengaja terhadap tubuh badan kanak-kanak dengan adanyabukti laserasi, kontusi, calar, parut, patah atau kecederaan tulang,seliuh, pendarahan, pecah viskus, luka bakar (burn), melecur,kehilangan rambut atau gigi. Penderaan seksual pula berlaku apabila kanak-kanak diderasecara seksual dan juga terlibat sama ada mengambil bahagian atausebagai pemerhati dalam mana-mana aktiviti yang bersifat seksdengan tujuan pornografi, bahan lucah atau sumbang, rakamanfilem, pita video atau persembahan yang mempunyai tujuaneksploitasi seks oleh mana-mana pihak bagi memuaskan nafsu seksorang itu atau orang lain.
  11. 11. Penderaan kerana diabaikan penjagaan didefinisikan secararumusan daripada Akta Perlindungan Kanak-kanak sebagaikegagalan ibu bapa untuk memenuhi keperluan asas anak sepertipemberian makanan, pakaian, kediaman, rawatan perubatan, tidakmemberi penyeliaan atau pengawalan anak daripada terlibatnyadengan kumpulan jahat atau bahaya moral dan tidak melindungimereka daripada bahaya sehingga kanak-kanak terpaksa menjagadiri sendiri dan menjadi pengemis. Penderaan emosi ialah sekiranya terdapat gangguan yangkerterlaluan atau boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak yang dibuktikan dengan adanya gangguan mental atautingkah laku, termasuk keresahan, kemurungan, pengasingan diri,tingkah laku agresif atau kerencatan perkembangan. Definisipenderaan emosi masih kabur dan tidak jelas. Penderaan ini tidakseperti penderaan fizikal, seksual dan pengabaian penjagaan dimana pihak pekerja perubatan, perundangan, kepolisan, sosial danmasyarakat umum boleh mengenali masalah ini dengan mudah.Ketiga-tiga jenis penderaan ini sudahpun dimasukkan ke dalamAkta Perlindungan Kanak-kanak 1991 yang baru digubal (Malay-sia 1991). Semua jenis penderaan, tidak kira secara fizikal, seksual ataupengabaian penjagaan, tidak dapat dipisahkan daripada aspekpenderaan terhadap emosi. Sebenarnya penderaan emosi primerjuga berlaku secara bersendirian. Penderaan emosi berlaku dalamapa jua jenis penderaan. Apabila penderaan emosi berlaku bersama-sama dengan penderaan lain, kesan penderaan terhadap emosisebenarnya adalah jauh lebih serius, mendalam dan berpanjanganberbanding dengan kesan akibat penderaan fizikal terhadap tubuhbadan. Kebanyakan doktor yang merawat tidak mengenali aspekpenderaan emosi ini dan hanya menekankan rawatan terhadapkecederaan fizikal yang memang jelas kelihatan. Keadaan yangserupa juga berlaku pada kanak-kanak dan remaja yang diderasecara seksual dan diabai penjagaan mereka.
  12. 12. EmosiSecara umum emosi bermaksud perasaan. Manusia adalah golonganbenda hidup yang mempunyai perasaan yang tinggi dan palinghalus. Perasaan atau emosi ini mempunyai tiga komponen:1. Perasaan dalaman tertentu - Ini dialami dan dirasai secarasubjektif seperti rasa takut, suka, duka, marah dan benci.2. Corak rangsangan fisiologi - Ini termasuk semua perubahanfisiologi dalam badan yang berlaku dalam setiap keadaan emosiseperti merasa jantung berdebar apabila berada dalam keadaan takutdan perut berasa tidak selesa apabila dalam keadaan cemas.3. Corak penonjolan perasaan secara terbuka (overt) - Komponenini merangkumi gerak geri badan dan perubahan pada air mukaapabila timbulnya pelbagai perasaan dalaman. Seseorang akanbergerak dengan perlahan dan menundukkan kepala apabila beradadalam keadaan sedih atau mata kelihatan terbeliak dan keningberkerut apabila dalam keadaan takut.Emosi wujud dalam berbagai-bagai bentuk dan kekuatan serta bolehdikelompokkan seperti berikut:1. Emosi positif atau negatif - Emosi positif adalah emosi suka,sayang, gembira dan sebagainya, manakala emosi negatif adalahemosi takut, marah dan duka.2. Emosi primer atau bercampur - Emosi primer adalah perasaangembira, benci, jelek, terperanjat, sedih, marah, takut dan maluyang hanya berlaku secara bersendirian. Emosi bercampur pulaadalah satu keadaan kompleks seperti merasa kecewa. Ini adalahgabungan perasaan sedih dan terperanjat atau cemburu yangmerupakan gabungan perasaan sayang dan marah. Setiap emosi pula mempunyai perbezaan mengikut peringkatkekuatannya. Perasaan takut jika disusun peringkat kekuatannyadaripada peringkat yang rendah kepada yang tertinggi sekali adalahseperti berikut:
  13. 13. RAJAH 1. Emosi primer dan bercampur (Plutchik 1980)1. Peringkat kekuatan takut.Rasa resah tegang aprehensif menggeletar rasa kacautakut yang amat sangat (terrified) panik (agitated)2. Peringkat kekuatan marah.Menyakitkan hati marah mengamuk(annoyed) (anger) (rage)
  14. 14. Emosi dan motivasi juga biasanya tidak boleh dipisahkan.Kedua-dua ini saling membantu kerana dengan adanya emosi yangbersesuaian serta positif seperti suka dan gembira, akan membantumeningkatkan motivasi seseorang. Sebaliknya, apabila beradadalam keadaan emosi yang tidak sihat dan negatif seperti sedih,emosi ini akan membantutkan motivasi seseorang. Fisiologi EmosiUntuk memahami teori emosi, pengenalan bagaimana sistem sarafmengawal segala rangsangan fisiologi yang terlibat dengan emosiadalah penting. Sistem saraf terbahagi kepada sistem saraf pusatdan sistem saraf periferi. Sistem saraf pusat adalah otak dan saraftunjang manakala sistem saraf periferi terbahagi kepada sistemsaraf autonomik dan sistem saraf somatik. Sistem saraf somatik mengawal aktiviti otot rangka. Sistemsaraf autonomik pula mengawal aktiviti organ visera sepertijantung, perut dan usus. Sistem saraf autonomik juga mengawalpengecutan saluran darah kecil pada kulit, otot dan aktiviti kelenjarpeluh. Sistem saraf autonomik menggabungkan perhubungan diantara otak dan saraf tunjang dengan organ-organ visera yangdisebut di atas. Dengan ini komponen fisiologi yang terlibat dalam pelbagaireaksi emosi sebenarnya melibatkan sistem dalam badan yangterkawal oleh sistem saraf autonomik. Oleh itu apabila seseorangberada dalam ketakutan, tapak tangannya akan menjadi sejuk danberpeluh, berasa hendak membuang air kecil atau air besar, perutberasa tidak selesa atau rasa kecut hati. Apabila berasa malu pula,muka kelihatan kemerah-merahan. Keadaan ini adalah keranasistem saraf autonomik telah dirangsangkan. Sistem saraf autonomik mempunyai dua bahagian iaitusimpatetik dan parasimpatetik. Kebanyakan visera badan dikawaloleh kedua-dua neuron simpatetik dan parasimpatetik, kecuali
  15. 15. kelenjar peluh dan saluran darah yang berada di bawah kawalanbahagian autonomik simpatetik. Secara umumnya aktivitisimpatetik meningkatkan rangsangan fisiologi terhadap fungsibadan untuk menyediakan seseorang itu melakukan aktiviti yangbertenaga dan menjadi cergas, manakala aktiviti parasimpatetikmengurangkan rangsangan fisiologi dan mengembalikan sistembadan seseorang itu ke tahap normal dan memastikan homeostasis. RAJAH 2. Sistem saraf autonomik
  16. 16. Sistem Saraf PusatSistem saraf pusat yang mengawal dan mengatur gerak balas emosisetiap organisme terletak pada sistem limbik. Sistem limbikdihubungkan ke sistem saraf periferi melalui kelenjar hipotalamus.Sistem limbik juga menghantar rangsangan ke bahagian otak yanglain dan menerima maklumat daripada semua sistem sensasi lain(Rajah 3). RAJAH 3. Bahagian otak Teori EmosiTeori ini mula diperkenalkan oleh William James dan Carl Langepada tahun 1887, dan dikenali sebagai teori James-Lange (Coon1983). Teori ini mengatakan bahawa perkara luaran yangmerangsangkan seseorang akan merangsangkan organ visera dalam
  17. 17. badan dan kemudian mengakibatkan terkumpulnya pengalamanemosi atau perubahan pada perasaan. Secara ringkas, ini bermakna seseorang itu berasa sedihsebab dia menangis dan mengeluarkan air mata manakala berasatakut sebab jantungnya berdebar-debar. Teori ini telah dicabar olehramai ahli sains seperti Cannon dan lain-lain lagi. Teori yang digunakan kini adalah teori emosi kognitif olehSchachter (1962) di mana proses kognitif diambil kira. Perasaandan emosi berlaku apabila sesuatu label diberi pada setiaprangsangan fizikal yang berlaku secara umum. Misalnya apabilaseseorang itu terangsang dalam apa jua keadaan, seseorang itu akanmemberi interpretasi terhadap perasaannya pada ketika itu.Sekiranya orang itu diperanjatkan dari belakang, badan orang ituakan terangsang secara spontan seperti jantung berdebar, tapaktangan berpeluh, tidak kira siapa yang memeranjatkannya.Sekiranya didapati orang yang memeranjatkannya tidak dikenali,orang itu akan mentafsir perasaan dan rangsangan badan sebagaiperasaan takut. Manakala jika didapati orang yangmemeranjatkannya adalah orang yang dikenali, rangsangan badanditafsirkan sebagai keriangan dan perasaan suka. Label daninterpretasi (seperti marah, takut dan gembira) yang diberi kepadarangsangan badan didapati banyak dipengaruhi oleh pengalamanterdahulu, keadaan semasa dan reaksi daripada orang lain. Ekspresi EmosiEmosi boleh juga dilihat melalui ‘bahasa badan’ atau gerak geriseseorang. ‘Bahasa badan’ adalah pergerakan badan seperti postur,gerak badan dan ekspresi wajah. Misalnya, otot-otot muka mengerutdan mengecut dalam pelbagai bentuk untuk memberi gambaranmuka yang sedang tersenyum atau menyebabkan biji mata terbeliaksemasa dalam ketakutan. Pelbagai ekspresi air muka ini jugamerupakan salah satu tatacara komunikasi antara satu sama lain,
  18. 18. dan orang yang melihat ekspresi muka ini biasanya bolehmemahami dan mengetahui perasaan seseorang pada masa itu.Ekspresi air muka yang menggambarkan emosi primer seperti suka,duka, benci adalah satu ekpresi yang universal. Pembelajaran danpengalaman seseorang juga memainkan peranan dalam menentukanpelbagai ekspresi air muka ini. Misalnya terdapat budaya yangmenggalakkan seseorang menahan perasaan sedih dan tidakmenunjukkan air muka sedih apabila sedih. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa emosi sebenarnyamerupakan satu keadaan yang kompleks yang melibatkan gabungankomponen subjektif, fisiologi dan ekspresif yang sentiasa memberikesan terhadap satu sama lain. Penglibatan komponen fisiologidalam perubahan emosi ini juga melibatkan komponen mental samaada positif atau negatif. Tekanan kepada komponen fisiologi yang disebabkan olehfaktor luaran atau dalaman tidak kira secara positif atau negatifakan mengakibatkan perubahan pada perkembangan fizikal danpsikologi seseorang. Perubahan ini boleh berlaku secaramenyeluruh atau spesifik dan di kalangan kanak-kanak yang sensitifperkembangannya akan memberi kesan yang mendalam,terutamanya terhadap perkembangan mental dan fizikal mereka. Penderaan EmosiPenderaan adalah satu ‘trauma’. Perkataan trauma berasal daripadaperkataan Greek yang bermaksud ‘ditebuk’. Dalam kontekskecederaan fizikal, ini bermaksud kulit yang pecah (skin is bro-ken) ataupun sesuatu yang sempurna (intact) telah dicerobohi.Dalam erti kata yang lain, perkataan ini juga bermaksud kekerasantelah berlaku sehingga mengakibatkan kesan buruk untuk jangkamasa yang panjang kepada organisme berkenaan. Serupa dengankeadaan tadi, penderaan emosi adalah satu trauma psikologi yangmencerobohi lilitan dan lapisan perlindungan minda sehingga
  19. 19. minda seseorang itu terganggu untuk jangka masa pendek ataupanjang mengikut keamatan trauma yang berlaku. Akibatnyaperasaan tidak berdaya akan timbul, kuasa pada diri sendiri akantergugat, sistem perlindungan dalam diri akan gagal, disintegrasisistem badan akan berlaku dan seterusnya membawa kepadakesakitan mental setiap kali ingatan mengimbas kembali episodpahit yang dilalui dahulu. Penderaan emosi terhadap kanak-kanak mula dihuraikandalam jurnal sejak awal tahun tujuh puluhan. Pada masa itu pakarpsikiatri sukar mengenali kes-kes ini kerana tiada persetujuan dankata sepakat tentang maksud penderaan emosi. Mangsa tidakmengadu emosi mereka didera dan simptom yang wujud padamereka pula tidak spesifik. Manakala, pemeriksaan pada tubuhbadan mereka tidak menunjukkan penemuan yang khusus dan tidakada kecederaan yang boleh dilihat secara zahir. Yang ketara, merekamelalui kelainan dalam perkembangan diri terutama sekali padapersonaliti mereka. Walaupun sukar dikesan, penderaan emosi tetapmenjadi fokus dalam kerja klinikal dan perundangan perubatanterutamanya dalam bidang psikiatri. DefinisiDefinisi daripada sudut perundangan menunjukkan penderaan iniberlaku secara khusus serta tersendiri dan seseorang perlumembuktikan hubung kait penderaan emosi dengan berlakunyakesan kepada perasaan, tingkah laku dan perkembangan kanak-kanak. Ini menunjukkan definisi penderaan emosi daripada sudutperundangan adalah terlalu ketat dan tidak menegaskan penderaanini boleh berlaku dengan penderaan lain. Definisi ini juga tidakmemberi gambaran tentang maksud dan jenis kelakuan yangdisifatkan sebagai penderaan emosi dan hanya memberi gambarantentang akibat penderaan emosi sahaja.
  20. 20. Ciri-ciri Penderaan EmosiPenderaan emosi berlaku apabila ibu bapa atau penjaga gagalmemberi kasih sayang dan penjagaan secara berterusan, seringmengancam mengutuk dan/atau menjerit kepada anak. Keadaanini menyebabkan kanak-kanak hilang keyakinan, harga diri danmenunjukkan tingkah laku cemas dan/atau pengasingan dirisehingga terganggu kesihatan mental mereka (Thompson & Kaplan1996). Ciri-ciri ini mengambil kira empat perkara yang tertentuiaitu:1. Tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang tidak sihat.2. Bentuk interaksi.3. Kelemahan kanak-kanak.4. Kerosakan psikologi. Tingkah Laku Ibu Bapa atau Penjaga yang tidak SihatGarbarino, Gattman & Sealey et al. (1986) memberi lima kategoritingkah laku ibu bapa atau penjaga yang dikira sebagai menderaemosi kanak-kanak, iaitu penolakan (rejection), pengasingan (iso-lating), menakutkan (terrorising), sikap tidak peduli (ignoring) danmerasuah fikiran (corrupting).1. Penolakan: Ini bermaksud tingkah laku ibu bapa atau penjagayang sengaja enggan menolong anaknya ataupun enggan mengakuibahawa anak tersebut memerlukan pertolongan sehingga secaratidak langsung tidak mengakui kehadirannya. Tingkah laku lainyang menunjukkan ada penolakan anak termasuklah memanggilanak dengan kata-kata yang hina, kesat, melabelnya sebagai orangyang dikutuk dan dengan sengaja menjatuhkan air muka dan hargadiri anak itu di khalayak ramai. Perkara ini sering dilakukan olehibu bapa atau penjaga apabila dalam keadaan marah. Tindakan ibu
  21. 21. bapa atau penjaga yang tidak mahu mengaku dan menerima anakmereka sebagai anak mereka juga merupakan salah satu bentukpenolakan.2. Pengasingan: Ini melibatkan tindakan ibu bapa atau penjagayang sengaja mengasingkan anak dengan menguncikan anak didalam almari atau bilik dalam jangka masa yang panjang. Tindakanibu bapa atau penjaga yang langsung tidak membenarkan anakmereka bergaul dan berinteraksi dengan rakan sebaya atau oranglain juga ditakrifkan sebagai pengasingan. Perkara ini sering berlakudalam usaha ibu bapa mengawal pergerakan anak atau dalam usahamendisiplin anak yang melampaui batas.3. Menakutkan: Ini bermaksud tindakan mengancam untukmencedera, membunuh dan meninggalkan anak (abandon)sekiranya anak tidak mengikut kata atau tidak menunjukkan tingkahlaku yang diharapkan. Tindakkan ini termasuk ancaman oleh ibubapa, penjaga atau orang lain untuk mendedahkan anak kepadakeganasan yang akan dilakukan kepada orang yang disayangi olehanak itu. Ini bertujuan supaya anak itu akan tinggal bersendirianapabila orang yang anak itu sayangi cedera atau mati ataudipisahkan dari mereka dengan sengaja. Tingkah laku menakutkanini sering berlaku kepada kanak-kanak yang didera secara seksualdan juga kepada anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang melaluiproses penceraian.4. Sikap tidak peduli - menolak tindak balas emosi (Ignoring -Denying emotional responsiveness): Ini bermaksud tingkah lakuibu bapa atau penjaga yang dengan sengaja tidak mempedulikanusaha anak untuk mendapat belaian kasih sayang daripada mereka.Ibu bapa sebegini melayan anak mereka secara mekanikal sahaja.Mereka langsung tidak mempunyai perasaan terhadap anak. Merekatidak memberikan kasih sayang dan jauh sekali mencium anak danmerapati anak. Cara mereka berkomunikasi dengan anak adalahdengan cara perbuatan melupakan atau dengan tidak melakukanapa-apa (acts of omission). Dalam erti kata lain, mereka tidak
  22. 22. berminat untuk menjalinkan emosi dengan anak. Tingkah laku inisering terjadi pada kanak-kanak yang dianaktirikan.5. Merasuah fikiran dan mengeksploitasi anak (Corrupting and Ex-ploiting): Ini menunjukkan tingkah laku ibu bapa atau penjaga yangmenggalakkan, mengajar dan membiarkan anak melakukankegiatan antisosial seperti melakukan maksiat dan jenayah. Jugaibu bapa yang menyimpan anak dalam rumah dengan niatmenjadikannya sebagai hamba atau penjaga kepada anak-anak lain,walhal dia sepatutnya pergi ke sekolah. Ibu bapa yangmenggalakkan anak terlibat dengan pornografi juga dianggapmengeksploitasi anak. Ibu bapa yang mempunyai tingkah lakuburuk dan tidak bermoral, dan dicontohi oleh anak merupakan satuperbuatan merasuah (corrupt) fikiran anak, terutama sekali terhadapanak yang dipaksa melakukan perbuatan keji sedangkan anak-anakitu enggan mengikut jejak langkah ibu bapa mereka. Penjelasan di atas tidak termasuk aspek amalan dalamsebarang budaya yang mungkin menganggap salah satu tingkahlaku yang tersenarai di atas sebagai satu amalan normal mereka. Bentuk InteraksiFaktor kedua yang perlu diberi perhatian untuk memenuhi ciri-ciripenderaan emosi adalah aspek sejauh manakah atau seberatmanakah interaksi yang disebut dalam ciri pertama berlaku antarasipendera dengan mangsa. Deraan yang mempunyai keamatan yang kuat dan kerapberlaku dalam tempoh masa yang panjang dan berterusuan akanmemberi kesan buruk yang berpanjangan. Ketiga-tiga perkara ini,iaitu keamatan, kekerapan dan tempoh penderaan, perlu diambilkira untuk menentukan sama ada sesuatu kes itu merupakan kespenderaan emosi. Ini adalah kerana hampir setiap kanak-kanakpernah melalui, mengalami dan merasai tindakan ibu bapa yangmemarahi mereka dengan kata-kata kesat atau ditakutkan pada
  23. 23. suatu ketika dahulu. Tetapi oleh kerana keamatan, kekerapan danjangka masanya adalah tidak berpanjangan atau terjadi secaraberasingan, maka kumpulan ini boleh dikatakan tidak mengalamipenderaan emosi. Penderaan emosi berlaku apabila kanak-kanak didedahkankepada suasana keibubapaan yang tidak sihat sehingga anak-anakhidup dalam suasana di mana keji-mengeji, kutuk-mengutuk dancerca-mencerca merupakan satu kebiasaan dalam hidup seharianmereka. Mereka boleh menjadi lali tetapi apabila terdapat kesannegatif terhadap perkembangan mereka, maka ini memenuhikriteria penderaan emosi. Golongan ibu bapa yang amatberkemungkinan untuk mendera emosi anak-anak mereka terdiridaripada ibu bapa yang hidup dalam keadaan sosial yang terasing(Hickox & Furnell 1989) dan menunjukkan hubungan danpergaulan dengan orang lain yang tidak memuaskan dan ganas(Junewicz 1983). Kelemahan Kanak-kanak (Child Vulnerabilities)Ciri-ciri yang terdapat pada kanak-kanak juga menentukan samaada kanak-kanak mempunyai risiko yang lebih tinggi untukmengalami penderaan emosi. Antara faktor yang dikatakan bolehmenyebabkan anak-anak berkenaan lebih berkemungkinanmengalami penderaan emosi adalah jika kanak-kanak itu tidakmendapat sokongan dan penjagaan tambahan daripada orangdewasa yang lain sama ada dari dalam atau luar keluarga. Peringkatumur kanak-kanak semasa penderaan emosi berlaku adalah dibawah umur 12 tahun dan mereka mempunyai kecerdasan akalyang kurang. Yang anehnya, kanak-kanak yang mempunyaikecerdasan akal yang tinggi didapati lebih kerap dilanda kesanburuk yang berpanjangan akibat penderaan emosi . Ini adalah keranamereka lebih berupaya mentafsir dan menilai maksud penderaanemosi terhadap diri mereka.
  24. 24. Kerosakan PsikologiUntuk memenuhi ciri-ciri penderaan emosi, kerosakan padaperkembangan psikologi terhadap mangsa perlu disahkan berlaku.Maksud kerosakan psikologi ialah kerosakan dan kecacatan yangberlaku pada proses perkembangan, serta kerencatan pada potensiperkembangan dan kreatif mental kanak-kanak itu. Prosesperkembangan mental yang penting ialah kecerdasan akal, ingatan,pengenalan, persepsi, fokus tumpuan, penguasaan bahasa,perkembangan moral dan seterusnya. Apabila berlaku kerosakan,kecacatan dan kerencatan pada proses perkembangan, tidak kiraserta merta atau kemudian, akan menyebabkan kerosakan padatingkah laku, fungsi kognitif, afektif dan fungsi fizikal kanak-kanakberkenaan. Kesemua ini menunjukkan bahawa perkembanganemosi dan psikologi kanak-kanak, walaupun dihuraikan secaraberasingan tetapi berhubung kait antara satu sama lain dan perludinilai dalam pemeriksaan klinikal pada kanak-kanak. Ini bermakna penderaan emosi dikenal pasti dan disahkanberlaku setelah tiga komponen penting berikut dapat ditentukan:1. Terdapat tingkah laku dan tindak-tanduk ibu bapa yang bolehmenyebabkan kerosakan dan kecederaan.2. Terdapat kerosakan dan kecederaan pada anak.3. Terdapat perhubungan yang jelas di antara tindak-tanduk ibubapa atau penjaga dengan kerosakan dan kecederaan pada anak. Insidens Penderaan EmosiInsidens yang tepat dan betul sukar diperolehi. Secara umumnyapenderaan emosi yang berlaku secara berasingan dan primer adalahsebanyak 11% daripada dua juta kes penderaan kanak-kanak yangdilaporkan di Amerika Syarikat (American Humane Association1989). Di Malaysia terdapat 1.1% (2 kes) daripada 184 kes
  25. 25. penderaan pada kanak-kanak yang dikenal pasti pada 1996 olehkumpulan ‘Suspected Child Abuse and Neglect (SCAN)’ sebagaikes penderaan emosi primer (Hospital Kuala Lumpur 1996). Jikapenderaan emosi diambil kira sebagai penderaan yang berlakubersama-sama dengan jenis penderaan lain, terutama sekalipenderaan fizikal dan seksual, maka bilangan kes penderaan emosiadalah lebih tinggi. Seterusnya jika ditelitikan lagi ciri-ciripenderaan emosi, kanak-kanak mangsa penceraian juga adalah kespenderaan emosi. Ini kerana dalam proses penceraian ada berlaku- JADUAL 1. Jenis kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak mengikut umur yang ditemui oleh pasukan SCAN Hospital Kuala Lumpur tahun 1985-1996Umur(tahun) 1< 1-2 3-4 5-9 10> Jumlah %Deraanfizikal 212 117 104 295 242 970 51.8Deraanseksual 4 31 71 236 140 382 20.4Pengabaianfizikal 129 35 31 76 49 320 17.1Deraan/pengabaianemosi 1 0 0 3 14 18 0.9Dibuang/Ditinggal- 45 5 6 12 8 76 4.0kanDilahirkanoleh ibupenagih 44 0 0 0 0 44 2.4Lari darirumah 0 1 1 14 44 59 3.2Buruhkanak-kanak 0 0 0 0 3 3 0.2Jumlah 435 188 213 636 500 1,872 100
  26. 26. nya kecelaruan, pergaduhan dan/atau keganasan. Kanak-kanak yangterlibat sentiasa berada dalam ketakutan sehingga menyebabkanperkembangan mental dan kognitif mereka terjejas serta terdapatpula perubahan yang ketara pada tingkah laku mereka. Oleh sebabitu, kanak-kanak ini juga diambil kira sebagai kes yang mengalamipenderaan emosi. Dengan itu bilangan kanak-kanak yangmengalami penderaan emosi sebenarnya adalah tinggi di kalanganmasyarakat kita. Suasana Penderaan Emosi PenceraianTempoh masa sebelum proses penceraian berakhir selalunyamerupakan tempoh masa yang amat genting. Dalam tempoh inibiasanya berlaku konflik, pergaduhan dan keganasan dalam rumahtangga. Dalam keadaan sebegini anak-anak mudah menjadi mangsapenderaan emosi terutama sekali jika mereka masih kecil. Suasanarumahtangga yang tegang dan dipenuhi dengan cara berkomunikasiyang marah-memarahi, kerap berselisih faham, bertelingkahataupun tiada komunikasi secara lisan di antara ibu bapa,merupakan keadaan yang sebenarnya menyebabkan anak-anakberasa tertekan. Perbuatan ibu atau bapa yang mencerca dan melakukankeganasan di antara satu sama lain atau menyampaikan hal-halkurang baik dihadapan anak seperti mengutuk ibu atau bapa kepadaanak di belakang ibu atau bapa tersebut juga boleh membuat anakitu berasa cemas dan takut. Sekiranya keadaan ini kerap berlakudan berlarutan sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun akanmemberi kesan negatif pada perkembangan anak. Anak yangsentiasa hidup dalam kancah rumahtangga sebegini, biasanya tidaksempurna kehidupan mereka dan mempunyai risiko yang tinggiuntuk mendapat gangguan emosi masa akan datang. Penderaanterhadap emosi mereka sewaktu ibu bapa melalui proses penceraian,
  27. 27. walaupun dianggap serius dan mendalam, kadangkala kesannyaterhadap kanak-kanak tidak sebegitu ketara pada zahirnya. Inimemberi gambaran kepada orang lain seolah-olah tiada apa yangberlaku pada kanak-kanak tersebut. Tekanan paling hebat yangdihadapi oleh kanak-kanak adalah sewaktu ibu bapa melalui prosespenceraian di mana anak itu masih bersama kedua-dua ibu bapamereka (Block, Block & Gjerde 1986; Hetherington & Camara1984). Oleh sebab itu kadangkala tindakan untuk bercerai terusdan tidak lagi hidup serumah dikatakan sebagai tindakan yangterbaik untuk memastikan segala tekanan dan keganasanrumahtangga tidak lagi mengganggu perkembangan anak. Namuntindakan seperti ini masih dipertikaikan kerana tindakan untukbercerai juga tidak semestinya menyelesaikan semua masalah (Em-ery 1982; Hetherington, Cox & Cox 1982; Rutter 1971). Seterusnya setelah proses penceraian berakhir, tekanan danpenderaan emosi terhadap anak boleh berterusan. Tekanantambahan bermula apabila anak-anak dipisahkan daripada ibu ataubapa mereka dan seterusnya apabila pihak ibu atau pihak bapabertengkar untuk merebut hak penjagaan ke atas anak. Apabila perebutan hak penjagaan anak ini dibawa kemahkamah, tekanan kepada anak kadangkala boleh meningkat.Setiap pihak akan memberi pelbagai alasan supaya keburukan ibuatau bapa menjadi bahan perbincangan di mahkamah. Pendedahansegala keburukan ibu atau bapa bertujuan, sekiranya aduan inididapati benar, maka pihak yang dikatakan mempunyai sifat yangtidak baik, tidak akan mendapat hak penjagaan anak. Dalam halini, kepentingan ibu atau bapa sahaja yang menjadi perkara utamadan mendapat perhatian, manakala kepentingan anak tidak diambilkira. Ada juga yang tidak berminat terhadap hak penjagaan anaktetapi melakukan perebutan hanya untuk melepaskan geram. Justeruitu apabila kanak-kanak diserahkan kepada yang mendapat hakpenjagaan sepenuhnya, pihak terlibat ada kalanya langsung tidakmengambil tahu perkara yang terlintas atau menghantui fikirandan perasaan anak mereka. Kebanyakan kanak-kanak akan
  28. 28. menyalahi sama ada ibu atau bapa yang menyebabkan penceraiandan akan memusuhi orang yang berkenaan. Sekiranya hakpenjagaan diberikan kepada orang yang mereka musuhi atau yangdisangkakan sebagai penyebab penceraian, si anak akan memikiratau beranggapan bahawa orang yang disayangi (yang tidakmendapat hak penjagaan) tidak mahukannya dan sengaja mahumenyerahkannya kepada orang yang tidak disukai olehnya. Lebihmenyedihkan lagi ialah apabila orang yang mendapat hak penjagaanmengetahui dan sedar akan hal ini, memarahi anak itu apabila sianak menunjukkan tingkah laku yang tidak disenangi, sehinggamelakukan tingkah laku penolakan. Ini dilakukan dengan tujuanuntuk menyakitkan hati pihak yang tidak mendapat hak penjagaan.Apabila penjaga yang tidak berjaya ini mengetahui keadaananaknya yang sengsara, maka akan tercetuslah perang mulut yangmenjadi satu lagi tekanan pada anak. Bagi si ibu atau si ayah yangbecerai dan bencikan bekas suami atau isteri, sekiranya anak lelakiatau perempuan yang dijaga mempunyai paras rupa dan tingkahlaku seperti bekas suami atau isteri, maka mereka pula akan lebihmudah dimaki hamun dan kadangkala dibenci secara berterusan.Ini kerana si anak ini mengingatkan mereka kepada orang yangtidak disukai atau dibenci. Dalam penceraian yang melibatkan penjagaan kepadaseorang anak sahaja, biasanya anak itu akan berulang-alik dari saturumah ke satu rumah yang lain secara bergilir-gilir jika hakpenjagaan diberi dengan adil. Kadangkala si anak berasa lebihselesa berada di satu rumah sahaja dan tidak mahu pergi ke rumahyang satu lagi. Paksaan biasanya dilakukan oleh ibu atau bapasupaya anak tetap pergi ke rumah yang satu lagi. Ini berlaku keranaibu atau bapa perlu mengikut segala perintah mahkamah. Keadaanbegini merupakan penderaan emosi, terutama sekali apabila anakmengalami gangguan dan perubahan tingkah laku. Antaranyaseperti penurunan prestasi sekolah, sering mengigau pada waktumalam, timbulnya penyakit psikosomik seperti penyakit lelah yangmenjadi teruk dan sebagainya apabila anak itu dipaksa juga pergike rumah yang tidak disukainya.
  29. 29. Kadangkala oleh kerana si ibu atau si ayah takut melawanatau melanggar keputusan mahkamah apabila anak tersebut perludiserahkan kepada ayah atau ibu mengikut giliran si anak itu akanditakutkan. Sedangkan dia mengetahui si anak tidak mahu pergiberjumpa ayah atau ibunya. Pelbagai cara digunakan seperti “nantiemak/ayah akan dipenjarakan”, “nanti emak/ayah akan dibunuh”dan sebagainya. Segalanya ini merisaukan anak dan membuat anakitu berada dalam konflik dan dilemma. Dalam keadaan yangmelibatkan dua atau lebih anak, pembahagian dan perpisahan diantara anak-anak juga berlaku. Apabila dua beradik yang sangatrapat dipisahkan dan tidak dibenarkan atau tidak mendapat peluangberjumpa setelah dipisahkan adalah satu penderaan emosi. Dengan itu dalam penceraian, anak-anak perlu melaluipelbagai masa peralihan seperti berikut:1. Peralihan semasa keluarga asalnya berpecah.2. Peralihan untuk hidup bersama ibu atau bapa sahaja.3. Peralihan untuk menyesuaikan diri hidup dengan ayah dan/ibutiri.4. Peralihan untuk hidup bersama adik beradik tiri. Setiap peralihan yang dilalui merupakan satu tekanan dankonflik kepada anak-anak yang terlibat. Biasanya setelahpenceraian berlaku perhubungan dan komunikasi antara anakdengan ibu bapa kandung mereka akan berkurangan. Disiplinterhadap anak oleh ibu bapa kandung juga tidak tentu arah. Si ibumungkin akan mendisiplinkan anak dengan kurang konsisten dantidak sebegitu tegas terutama sekali pada anak lelaki yang sebelumini lebih didisiplinkan oleh ayahnya. Lama-kelamaan anak lelakitersebut mungkin akan menjadi lebih agresif dan tidak mengikutkata. Seterusnya si ayah akan menyalahkan ibu kerana tidak pandaimendisiplin anak. Si ibu pula akan menyampaikan perkara inikepada anak dan ini boleh mendorong ibu untuk memarahi anakkerana si ibu sendiri juga berada dalam keadaan tertekan dan rasabersalah. Si ayah pula akan lebih memanjakan anak sekiranya diahanya dapat berjumpa dengan anaknya sekali-sekala sahaja, kerana
  30. 30. si ibu yang biasanya mendapat penjagaan sepenuh masa. Ini punjika si ayah mahu berjumpa dengan anaknya. Keadaan seperti inijuga merupakan satu tekanan kepada anak jika si ayah tidakmengambil berat untuk berjumpa anak yang amat berharap untukberjumpa dengan ayah, tetapi si ayah memberi pelbagai alasanuntuk tidak berjumpa anak. Bagi si ayah yang sudah tidak ingatkan lagi anak-anak danbekas isterinya kerana khayal dengan minat baru seperti ada isterilain, anak-anak ini biasanya tidak akan dipedulikan langsung, jauhsekali mahu berjumpa mereka. Tindakan ini menyayatkan hatidan perasaan anak yang merasa kesakitannya lebih menyakitkandaripada dipukul. Ini merupakan penderaan emosi jenis tidak peduli(denying emotional responsiveness). Hubungan emosi dengan ayahterputus apabila si ayah tidak memberi layanan dan perhatian ketikapihak anak sangat memerlukan kasih sayang dan layanandaripadanya. Dalam keadaan sebegini, anak-anak akibat penceraiandidapati mudah menunjukkan tingkah laku yang buruk apabilaemosi mereka didera teruk, terutama sekali apabila ibu dan ayahtidak memainkan peranan mereka dengan baik dalam semua urusanpenceraian. Perasaan dan tingkah laku ibu bapa seperti tadi menjadipunca penderaan emosi terhadap anak-anak. Jika dilihat pada Jadual2 yang menunjukkan peratusan perkahwinan pertama yangmengalami penceraian, maka kita boleh bayangkan bilangan kanak-kanak yang mengalami penderaan emosi dan yang mungkin tidakmendapat perhatian yang wajar. Manakala data daripada KlinikPsikiatri Kanak-kanak dan Remaja UKM bagi tahun 1986 hingga1990 menunjukkan sebanyak 6.6% kes yang dirawat untuk pelbagaimasalah psikiatri terdiri daripada kanak-kanak mangsa penceraianibu bapa.
  31. 31. JADUAL 2. Peratus perkahwinan pertama yang mengalami penceraian mengikut etnik dan kawasan, 1984-85.Kumpulan Etnik Peratus Penceraian daripada Perkahwinan PertamaJumlah (Bandar dan Luar Bandar) Melayu 16.3 Cina 4.5 India 12.7Jumlah 11.9Bandar Melayu 13.5 Cina 4.9 India 9.8Jumlah 8.4Luar Bandar Melayu 17.2 Cina 3.9 India 15.2Jumlah 14.2Sumber: Survei Penduduk dan Keluarga Malaysia, 1984/1985 Suasana Penderaan FizikalDi kalangan kanak-kanak yang didera secara fizikal, tiada seorangpun yang tidak mengalami penderaan emosi. Penderaan fizikalterhadap kanak-kanak lebih mudah dikenal pasti denganterdapatnya kesan luka dan cedera pada bahagian tubuh kanak-kanak, sama ada di luar atau dalam badan mereka. Cara penderaanfizikal yang dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga termasuklahmemukul (dengan pelbagai cara), menggoncang, menyekek,membakar, mengigit, menendang dan lain-lain lagi. Ibu bapa yang mendera anak secara fizikal juga kerapmengeluarkan kata-kata yang menakutkan dan yang menghinakan
  32. 32. anak pada masa yang sama. Ada juga di antara mereka yangmelafazkan kata-kata seperti tidak mahu mengaku anak yang diderasebagai anak mereka atau lebih suka kalau mereka mati supayatidak menyusahkan ibu bapa dan tidak kurang juga yang mengugutanak untuk membunuh mereka!! Semua ini disampaikan kepadaanak dengan nada suara yang tinggi, penuh kebencian dankemarahan. Walaupun kadangkala tiada apa yang diperkatakan olehsipendera semasa mendera, kanak-kanak yang menjadi mangsaakan tetap merasa diri mereka tidak disayangi dan perasaan takutketika itu sudah tentu ada. Perkara ini walaupun hanya berlakusekali, sudah cukup untuk menyebabkan anak merasa takut.Malangnya keadaan ini tidak berlaku sekali tetapi sebaliknyaberlaku berulang-kali. Bagi anak yang didera secara fizikal, merekasebenarnya mengalami kesakitan fizikal dan mental. Mereka jugaberasa kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa atau penjagakerana menganggap deraan fizikal ini sebagai satu penolakanterhadap kehadiran mereka bukan sahaja di dalam keluarga tetapijuga di dunia. Bagi kanak-kanak yang didera secara seksual, sama ada olehorang yang dikenali atau tidak dikenali, mereka juga mengalamideraan emosi (Kasmini & Sham 1995). Ini berlaku apabila sipendera mengugut kanak-kanak berkenaan untuk mencederakanmereka ataupun ahli keluarga mereka jika mereka memberitahuorang lain mengenai hal yang berlaku. Lazimnya apabila perkarasebenar disampaikan kepada orang lain, perkara ini akan dibawaketengah. Kanak-kanak berkenaan diminta hadir ke mahkamah dandisoal lagi, seolah-olah apa yang mereka ceritakan itu tidak benardan tidak boleh dipercayai. Pengalaman pahit mereka yangdipersoalkan sebenarnya adalah lebih menyeksakan kepada kanak-kanak.
  33. 33. Peperangan dan Keganasan LainKanak-kanak yang membesar dalam suasana keganasan dalamkeluarga kerana mempunyai ibu bapa yang bersifat ganas, menagihdadah, arak dan mengalami gangguan mental dan emosi ataupunberada dalam suasana peperangan negara biasanya berada dalamkeadaan cemas sepanjang masa dalam jangka masa yang panjang(Cheah, Amin & Kasmini 1996; Kasmini et al. 1994; Kasmini1992a). Ini memenuhi kriteria sebagai satu jenis penderaan emosi.Kanak-kanak dalam kumpulan ini lebih banyak mengalami danmelalui suasana yang mendera emosi mereka. Dalam suasanapeperangan, pendera pada emosi mereka biasanya bukanlah ibuatau bapa mereka. Pendera emosi mereka adalah orang luar dankeadaan sekeliling mereka, mengikut apa yang mereka lihat danalami (Middleton-Moz 1989). Mereka berada dalam ketakutan danyang lebih menyeksakan emosi mereka ialah apabila melihat ahlikeluarga tersayang dibunuh atau dicederakan di hadapan mereka.Perasaan yang nyawa mereka juga terancam dan diri mereka sendirisentiasa berada dalam keadaan bahaya menyebabkan timbulnyaperasaan takut yang amat sangat. Golongan dewasa yang melakukankeganasan terhadap orang yang anak itu sayangi dan kemudiannyameninggalkan anak tersebut sudah tentu menimbulkan perasaancemas dalam diri kanak-kanak berkenaan. Perasaan cemas inibertambah sekiranya anak itu sendiri menjadi saksi kepadakeganasan tersebut. Dalam kumpulan kanak-kanak Bosnia yang dipindahkan dandibawa ke Malaysia akibat peperangan di Bosnia Herzagovina,sebilangan besar kanak-kanak itu didapati mempunyai gangguanemosi dan tingkah laku, termasuk gangguan tekanan pascatrauma(post-traumatic stress disorder) akibat pelbagai trauma yang merekaalami (Kasmini & Rabaiah 1996). Sebilangan kanak-kanak mengalami lebih daripada satupengalaman trauma (Jadual 3). Sebanyak 45.2% daripada merekajuga didapati ada gangguan emosi dan tingkah laku (Rabaiah 1994).
  34. 34. JADUAL 3. Gangguan tekanan pascatrauma (PTSD) dan pengalaman trauma Pengalaman Trauma N % PTSDPengalaman cemas dalam concentration camp 5 9.1Nyawa diancam 14 36.4Kematian ibu bapa 9 27.3Hilang ahli keluarga 3 -Melihat pembunuhan 10 27.3Melihat pengeboman dan tembak menembak 16 18.2Melihat rumah dihancurkan 2 - Dalam suasana lain di mana ibu bapa mempunyai harapanyang menggunung dan melebihi kemampuan anak-anak, keadaanini boleh menyebabkan anak-anak berasa cemas setiap kalimembawa pulang laporan prestasi sekolah. Akibatnya anak-anakmengambil tindakan menipu ibu bapa dan diri mereka sendiri. Inijuga merupakan sejenis penderaan emosi yang kerap berlaku tetapikurang mendapat perhatian. Mekanisme Kerosakan Akibat Penderaan EmosiTerdapat pelbagai teori yang boleh memberi penjelasan bagaimanapenderaan emosi boleh membawa padah kepada perkembanganmental dan perkembangan fizikal kanak-kanak. Menggangu Hubungan dan Jalinan EmosiDalam teori perhubungan ikatan oleh Bowlby (1977), cara layanandan penjagaan terhadap bayi atau anak-anak oleh ibu bapa atau
  35. 35. penjaga menentukan sama ada akan terlahir atau tidak perasaankeibuan, kebapaan dan perhubungan emosi yang sihat antara ibubapa dan anak berkenaan. Jalinan emosi antara ibu bapa ataupenjaga dengan anak semakin kukuh apabila si anak memberitindak balas yang bersesuaian. Lama kelamaan hubungan dankepercayaan antara anak dengan ibu bapa atau penjaga menjadilebih terjamin, erat dan kukuh apabila kedua-dua belah pihakbertindak balas dengan sihat dan bersesuaian. Dalam suasana dimana ibu bapa atau penjaga mendera emosi anak dalam apa carajua, ini akan menghalang dan menyekat pertumbuhan danperkembangan jalinan emosi antara anak dan ibu bapa atau penjagaterutama sekali apabila anak merasa keselamatan diri mereka sudahtidak terjamin lagi. Tindakan ibu bapa atau penjaga yang menderaemosi anak, boleh menghancurkan ikatan sedikit demi sedikit,walaupun ikatan tersebut telah terbentuk dari awal lagi, iaitu semasaanak itu masih kecil (Patterson 1986). Apabila hubungan ini retakdan putus, kanak-kanak akan membesar dengan perasaan sukarmempercayai orang lain. Keadaan ini mengakibatkan kanak-kanakmudah mengalami pelbagai masalah emosi dan tingkah laku yangseterusnya merosakkan diri mereka. Melambat dan Merencat Perkembangan PsikososialMengikut teori yang dihuraikan oleh Erikson dan Maslow setiaporang melalui perkembangan psikososial yang berbentuk krisisperkembangan. Biasanya dengan adanya sokongan dan bimbinganyang baik daripada ibu bapa atau penjaga setiap kanak-kanakmelalui tahap atau peringkat perkembangan ini dengan sihat tanpamengalami kesan negatif. Kanak-kanak yang didera emosi merekasecara langsung, tidak mendapat sokongan dan bimbingan yangdiharapkan daripada ibu bapa atau penjaga. Ini akan menghalangdan memperlahankan kanak-kanak tersebut untuk melangkah ke
  36. 36. tahap perkembangan psikososial seterusnya mengikut peredaranumur mereka kerana masih terkial-kial untuk mengatasi krisisperkembangan dalam peringkat umur rendah. Kanak-kanak iniseterusnya akan menghadapi gangguan atau bermasalah dalamperkembangan psikososial mereka. Menggangu Perkembangan FizikalUntuk memastikan perkembangan fizikal kanak-kanak berjalandengan sihat, pemberian makanan dan minuman yang cukup sahajaadalah tidak mencukupi. Kasih sayang dan layanan yang diberidengan penuh mesra, termasuklah cara komunikasi, sama ada secaralisan dan bukan lisan yang sihat akan membantu dalam memastikanperkembangan fizikal anak berjalan dengan sempurna mengikutpotensi anak itu. Keadaan ini mempunyai hubung kait denganmekanisme kompleks dalam maklum balas litar kawalan dalampaksi hipopituitari (final common pathway in the hypopituitaryaxis). Penderaan emosi dalam apa cara sekalipun boleh menghalangperjalanan sistem ini dan menggangu perkembangan fizikal yangsihat. Antara gangguan yang dimaksudkan adalah kanak-kanakberkenaan hilang selera makan sekiranya emosi mereka didera.Kekurangan pengambilan makanan secara langsung bolehmenjejaskan pertumbuhan dan perkembangan fizikal mereka.Pengeluaran hormon lain yang diperlukan untuk tumbesaran kanak-kanak secara meluas akan tergugat dan ini secara terus-menerusmenggangu perkembangan fizikal kanak-kanak. Mengubah Proses KognitifPerkembangan proses kognitif atau proses analisis seseorangterhadap setiap keadaan yang dilalui bergantung pada pengalamanlalu. Pengalaman lalu boleh memberi pengajaran supaya seseorang
  37. 37. itu lebih berhati-hati dan berwaspada pada masa akan datang supayasegala pengalaman tidak berulang lagi. Ini dianggap sebagai satukebaikan. Tetapi Terr (1991) mencadangkan satu teori yangmengatakan bahawa kanak-kanak yang didera dan mengalamipelbagai jenis trauma, termasuk penderaan emosi, mempunyaiharapan dan tanggapan yang agak berlainan. Terutama sekalitanggapan mereka tentang perhubungan mereka dengan orang yangpenting dalam hidup mereka, seperti ibu, bapa atau penjaga. Proseskognitif mereka mungkin memberi pendapat bahawa mereka perlulebih rapat dengan orang yang mendera mereka ataupun merekaperlu mengambil alih peranan orang yang mendera mereka. Oleh kerana proses kognitif yang berlainan ini timbul akibatpengalaman penderaan, perkembangan sosial anak itu bolehterjejas. Buat masa ini kaitan ini merupakan satu andaian sahaja. Akibat Penderaan EmosiPelbagai kesan negatif boleh berlaku apabila kanak-kanak menjadimangsa deraan emosi. Kesan negatif ini boleh timbul dalam jangkamasa pendek dan jangka masa panjang. Kesan yang timbul, samaada dalam bentuk perubahan tingkah laku atau salah laku ataugangguan emosi, biasanya tidak mudah dikenal pasti. Hanya denganpenelitian setiap kes secara halus dan terperinci melaluipengambilan sejarah (Kasmini 1993) yang teliti boleh membantuseseorang mengesyaki atau mengesahkan wujudnya kaitan antaramasalah tingkah laku yang dibentangkan dengan deraan emosi yangdialami oleh kanak-kanak. Gangguan PsikiatriGangguan psikiatri yang timbul akibat penderaan emosi ialahkemurungan, gangguan reaktif pertalian kasih sayang (reactive
  38. 38. attachment disorder), masalah salah laku (Rabaiah 1994; Kasmini1991) dan aduan psikosomatik (Kasmini 1992b). Gangguan negatiflain adalah gangguan tingkah laku seksual, penyalahgunaan dadahdan cuba membunuh diri (Hart, Germain & Brassard 1987). Kanak-kanak yang mengalami pelbagai jenis penderaan (emosi, fizikal,seksual) didapati mempunyai risiko tinggi untuk mendapatkemurungan dan distimia (dysthymia) berbanding dengan kanak-kanak lain apabila umur mereka meningkat (Kaufman 1991). Dalam siasatan lanjut semasa kanak-kanak ini masih kecillagi, mereka didapati kerap datang ke klinik dengan pelbagaimasalah tingkah laku dan emosi seperti kerap kencing malam ataukerap meninggalkan tanda najis dalam seluar (Hart, Germain &Brassard 1987; Garbarino, Guttman & Sealey 1986). Ada jugamenyebabkan keadaan yang lebih dikenali dahulu sebagai keskanak-kanak yang tidak membesar bukan kerana masalah organik(non-organic failure to thrive, NOFT) (Mrazek & Mrazek 1985). Gangguan Perkembangan FizikalIni merupakan gangguan yang boleh diukur. Akibat deraan emosikanak-kanak ini tidak membesar seperti kanak-kanak lain.Ketinggian dan berat badan mereka didapati berada di bawahpersentil yang ketiga untuk umur kanak-kanak (3rd centile for age)dan ini bukan disebabkan masalah organik. Ini dianggap sebagaisatu jenis kekerdilan psikososial (psychosocial dwarfism) yangdulunya lebih dikenali sebagai non-organic failure to thrive. Inikerana apabila kanak-kanak ini ditempatkan dalam suasana yangsihat, diperkayakan dengan kasih sayang serta mendapatkemudahan dan keperluan fizikal yang lain, perkembangan merekaakan pulih seperti biasa. Penderaan emosi saolah-olah telahmerencatkan perkembangan fizikal kanak-kanak itu. Kajian jugamenunjukkan ada korelasi yang tinggi antara penderaan emosidengan perkembangan fizikal di kalangan kanak-kanak (Skuse1989).
  39. 39. Gangguan pada Perkembangan PsikologiPerkembangan psikologi kanak-kanak akibat deraan emosi jugadidapati terjejas. Mereka tidak berupaya untuk berinteraksi secaranormal dengan kanak-kanak lain. Sistem dan cara pemakanan jugaagak luar biasa. Mereka makan tidak tentu masa dan gemarmengutip makanan tidak tentu arah. Tingkah laku mereka adalahlebih keanak-anakan dan tidak mengikut tahap umur mereka.Adakalanya mereka didapati liar dan ganas, tidak mempunyai sifatsabar dan kerap mengamuk. Pemerhatian mereka juga pernah disifatkan sebagaipandangan radar kerana mempunyai ciri-ciri pemerhatian yangsangat berhati-hati tanpa mempunyai ciri-ciri penerokaan (Mac-Carthy 1975). Perkembangan emosi kanak-kanak ini juga tidak stabil.Mereka tidak menunjukkan tindak balas emosi yang bersesuaian.Mereka mempunyai harga diri yang rendah dan sering menghadapimasalah dalam pergaulan. Kesemua ini menyebabkan kemerosotanpencapaian akademik mereka (Skuse & Bentovim 1994) dankerencatan perkembangan lain secara menyeluruh (Hart & Brassard1991; Erickson & Egeland 1987). Faktor PerlindunganBeberapa faktor telah dikenal pasti sebagai keadaan yang bolehmelindung seseorang kanak-kanak daripada mendapat kesan negatifakibat penderaan emosi. Penderaan emosi mungkin dilakukan olehseorang sahaja dalam keluarga, iaitu bapa, ibu, datuk atau sesiapajua pun. Ahli keluarga lain boleh memainkan peranan merekasebagai faktor pelindung. Ahli keluarga lain ini perlu memastikanikatan emosi dan kemesraan mereka terhadap kanak-kanak yangdidera emosi mereka diteruskan dan dipertingkatkan. Ini bolehmemupuk perhubungan positif dan menangkis perasaan benci
  40. 40. kanak-kanak berkenaan terhadap orang dewasa lain. Kanak-kanakyang lebih cerdas dan berupaya melakukan apa yang patut untukdirinya tanpa mengharap orang lain, terlibat dengan aktiviti luaranseperti aktiviti sekolah, pada kebiasaannya tidak mudah untukmenerima padah akibat penderaan emosi (Rosenberg 1987).Keadaan ini memberi penjelasan bahawa tidak semua kanak-kanakdalam satu keluarga yang sama boleh mengalami gangguanperkembangan mereka jika emosi mereka didera. Persamaan Emosi yang Diluahkan dengan PenderaanTiga kategori tingkah laku ibu bapa yang disifatkan sebagai tingkahlaku mendera emosi kanak-kanak, penolakan, pengasingan dansikap tidak peduli didapati mempunyai persamaan dengan tingkahlaku penjaga atau ahli keluarga terhadap pesakit skizofrenia.Tingkah laku ini dikenal pasti sebagai tingkah laku menunjukkanemosi (expressed emosion - EE) (Leff et al. 1985) yang dipercayaiboleh menentukan masa depan pesakit skizofrenia. Ahli keluargayang menunjukkan sikap penolakan, pengasingan, sikap tidakpeduli dan kerap mengkritik dikira sebagai mempunyai tahapmeluahkan emosi yang tinggi. Sekiranya pesakit skizofrenia hidupbersama ahli keluarga yang menunjukkan tahap meluahkan emosiyang tinggi, maka pesakit ini akan sukar untuk baik daripadapenyakitnya walaupun rawatan ubat-ubatan diberi dengan cukup.Kesimpulannya keluarga sedemikian dianggap sebagai penderaemosi pesakit skizofrenia dan tidak kurang bezanya dengan penderaemosi terhadap kanak-kanak. Ini menunjukkan betapa pentingnyaperanan ahli keluarga dalam mengawal sikap dan layanan terhadapmereka yang sakit dan lemah agar mereka cepat sembuh.
  41. 41. RumusanPengenalan awal terhadap kes penderaan emosi di kalangan kanak-kanak adalah penting. Ini kerana kanak-kanak masih melaluiperkembangan fizikal, mental dan psikologi. Setiap detik gangguanboleh membawa pelbagai reaksi dan padah yang berpanjangansehingga menggangu saat-saat penting dalam perkembangan kanak-kanak. Jika pembentukan sahsiah kanak-kanak sudah terganggudari awal lagi, pelbagai masalah mental dan sosial akan timbulapabila kanak-kanak ini melangkah ke alam dewasa. Dalamkebanyakan situasi, masalah mental dan sosial boleh melemahkanlagi tunggak kekeluargaan pada masa akan datang. Ini sudah tentumerugikan semua pihak. Pakar psikiatri, terutama sekali pakarpsikiatri kanak-kanak dan remaja, perlu prihatin dan memainkanperanan mereka dalam urusan ini dan memastikan supaya sesuatutindakan diambil sejak awal lagi. Orang lain atau ahli keluargalain mungkin tidak boleh mencegah penderaan emosi atau tidakboleh melindungi kanak-kanak dengan sepenuhnya daripadamelalui peristiwa yang traumatik, tetapi mereka boleh membantusecara pendidikan iaitu memberi perlindungan bagi mengurangkankesan penderaan emosi, terutama sekali terhadap harga diri kanak-kanak. Pihak perundangan juga perlu memainkan peranan merekadengan lebih bijaksana dan berkesan dalam pengurusan kes-kespenderaan. PenghargaanSaya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuanterima kasih kepada keluarga saya yang telah banyak memberisokongan dan dorongan dalam merealisasikan segala cita-cita saya.Ingin juga saya merakamkan penghargaan saya kepada Dr. SyedM. Haq, bekas Profesor Psikiatri, Fakulti Perubatan, UKM yangtelah banyak memberi bimbingan dalam kerjaya saya.
  42. 42. RujukanAmerican Humane Association. 1989. Highlights of official child neglect and abuse reporting 1987. Denver.Block J.H., J. Block & P. F. Gjerde. 1986. The personality of children prior to divorce : A prospective study. Child Development 57: 827- 840.Bowlby J. 1977. The Making and Breaking of Affectional Bonds, in Ae- tiology and Psychopathology in the light of attachment theory. Br. J. of Psychiatry 130: 201-210.Cheah Y. C., S.M. Amin & K. Kasmini. 1996. Children of schizophrenic parents : Are they more disturbed. Med. Journal Malaysia 51 (2): 246-254.Coon D. 1983. Introduction to Psychology - Exploration and Applica- tion. 3rd Ed. Minnesota: West Publishing Co.Emery R.E. 1982. Interparental conflict and the children of discord and divorce. Psych. Bulletin 92: 310-330.Erickson M.F. & B. A. Egeland. 1987. A development view of the psy- chological consequences of maltreatment . School Psychology Re- view 16: 156-168.Garbarino, J., E. Guttman & J.W. Seeley. 1986. The Psychological Bat- tered Child: Strategies for identification, assessment and interven- tion. San Francisco : Jossey Bass.Hart S.N. & M. R. Brassard. 1991. Psychological maltreatment : Progress achieved. Development and Psychopathology 3: 71-78.Hart S.N., R. Germain & M. R. Brassard. 1987. The challenge: to better understand and combat psychological maltreatment of children and youths. New York : Pergamon Press.Hetherington E.M. & K. A. Camara. 1984. Families in transition : The process of dissolution and reconstitution. In: R.E. Parke (ed.) Re- view of child development research 7: 398-440. Chicago: Univer- sity of Chicago Press.Hetherington E.M., M. Cox & R. Cox. 1982. Effects of divorce on par- ents and children. In: Lamb M.E. (ed.) Non-traditional families: 233- 288. New Jersey: Lawrence Erlbaun, Hillside.
  43. 43. Hickox A. & J. Furnell. 1989. Psychosocial and background factors in emotional abuse of children. Child Care, Health and Development 15: 227-240.Junewicz W. 1983. A protective posture toward emotional neglect and abuse. Child Welfare 62: 243-252.Kasmini K. 1993. Emotional problems in children. J. of Paediatrics, Obstetrics & Gyneacology 19 (5): 5-6.Kasmini K. 1992a. Psikiatri Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kasmini K. 1992b. Family role in the management of psychosomatic complaints in children. The Family Physician 4 (213): 25-27.Kasmini K. 1991. Cases of Conduct Disorders seen in Child and Family Consultation Services Clinic, Dept. of Psychiatry, UKM. In Psychia- try in the 90’s, ASEAN perspective (ed. MP Deva). Kuala Lumpur: MPA publication.Kasmini K. & M.S. Rabaiah. 1996. Post-Traumatic Stress Disorder Symp- toms in Bosnian Child Victims of War Evacuated to Malaysia. Paper presented at Trauma & Memory - An International Research Con- ference, Family Research Laboratory, New England Center, Univer- sity of New Hampshire, Durham, New Hampshire, USA, 28 July 1996.Kasmini K. & Sham K. 1995. Psychosocial aspects of 101 cases of child abuse seen in an urban Malaysian setting. Child Abuse and Neglect, The International J. 19 (7): 793-799.Kasmini K., Y. C. Cheah, S. M. Amin & R. Rosdinon. 1994. Child Abuse in Families of Schizophrenic Parents. Mal. J. of Psychiatry 2 (2): 32- 46.Kaufman J. 1991. Depressive Disorders in maltreated children. J. of the American Academy of Child and Adolescent Psychiatry, 30: 257- 265.Leff J.P., Berkowitz R., Kuipers L & D. Sturgeon. 1985. A controlled trial of social intervention in the families of schizophrenic patients : two-year follow-up. British Journal of Psychiatry 146: 594-600.MacCarthy D. 1974. Effects of emotional disturbance and deprivation (maternal & rejection) on somatic growth. In J. A. Davis & J. Dobbing eds. Scientific Foundations of Paediatrics. London : W.B. Saunders Philadelphia.Malaysia. 1991. Akta Perlindungan Kanak-kanak Malaysia (Act 468).Middleton-Moz J. 1989. Children of Trauma. Florida: Health Communi- cations Inc.
  44. 44. Mrazek D. & P. Mrazek. 1985. Child Maltreatment. In M. Rutter & L. Hersov (eds.) Child and Adolescent Psychiatry Modern Approach. 2nd ed. Oxford : Blackwell Scientific.Patterson G.R. 1986. Performance models for antisocial boys. American Psychologist 41: 432-444.Plutchik R. 1980. Emotion : A psycho-evolutionary synthesis. New York: Harper & Row.Rabaiah M. S. 1994. Post-Traumatic Stress Disorders in child victims of war. M. Med. Project Report UKM.Rosenberg M.S. 1987. New directions for research on the psychological maltreatment of children. American Psychologist 42: 166-171.Rutter M. 1971. Parent-child separation : Psychological effect on the chil- dren. J. Child Psychol. Psychiatry 12: 233-260.SCAN. 1996. Annual Report Hospital Kuala Lumpur.Schachter S. & J. Singer. 1962. Cognitive, Social & Physiological Deter- minants of Emotional State. Psychological review 69: 379-399.Skuse D. 1989. Emotional Abuse and Delay in Growth. British Med. Jour- nal 299: 113-115.Skuse D. & A. Bentovim. 1994. Physical and emotional maltreatment. In M. Rutter, E. Taylor & L. Hersov. (eds.) Child and Adolescent Psy- chiatry Modern Approaches. 3rd ed. Oxford: Blackwell Scientific.Terr L.C. 1991. Childhood Trauma : An outline and overview. American Journal of Psychiatry 148: 10-20.Thompson A.E. & C.A. Kaplan. 1996. Childhood emotional abuse. Br. J. of Psychiatry 168: 143-148.United Nation. 1948. General Assembly Resolution 217A (iii). Universal Declaration of Human Rights.
  45. 45. Kasmini KassimDilahirkan di Johor Bahru pada 9 Jun 1948 dan mendapatpendidikan awal di Sekolah Rendah dan Menengah PerempuanSultan Ibrahim (SIGS), Johor Bahru sebelum ke Maktab SultanAbu Bakar untuk mendapatkan pendidikan tingkatan enam. Beliau melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatandi Rajshahi Medical College, Pakistan Timur dengan biasiswa ‘Pa-kistan Exchange Cultural Scholarship’ pada tahun 1968. Pengajianperubatan beliau tergendala beberapa kali disebabkan peperangansaudara dan juga peperangan antara India dan Pakistan pada masaitu sehingga tempat pengajian perubatan beliau terpaksadipindahkan ke Fatimah Jinnah Medical College, Lahore pada 1970dan menerima ijazah perubatan (MBBS) pada 1975. Seterusnya beliau berkhidmat sebagai doktor pelatih di Hos-pital Sultanah Aminah, Johor Bahru sebelum berhijrah ke Hospi-tal Besar, Kuala Lumpur pada 1977 sebagai pegawai perubatan diJabatan Psikiatri. Pada 1978 beliau dipinjamkan ke FakultiPerubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau adalahkakitangan perintis dalam Jabatan Psikiatri. Seterusnya denganbiasiswa Kerajaan Malaysia beliau mendapat latihan dalampengkhususan psikiatri di St. Bartholomew’s Hospital, MaudsleyHospital dan Institute of Psychiatry, London. Beliau lulus ijazahkepakaran ‘Membership of the Royal College of Psychiatrists(MRCPsych.), Pada 1983 dan seterusnya mendapat pertukaranuntuk berkhidmat secara tetap di UKM pada tahun 1984. Beliaumenjalani latihan kepakaran penghususan psikiatri kanak-kanakremaja dan seterusnya menubuhkan unit tersebut pada 1986. Beliau dinaikkan ke pangkat Profesor Madya pada 1988 danProfesor pada 1994. Dilantik sebagai Ketua Jabatan Psikiatri pada1985 hingga 1989 dan sekali lagi pada 1995 sehingga kini.
  46. 46. Sehingga kini beliau telah menerbitkan buku Psikiatri Kanak-kanak (ilmiah) dan Memahami Jiwa Kanak-kanak 1 & 2 (umum),serta lebih daripada 50 kertas saintifik dalam jurnal-jurnalantarabangsa dan tempatan. Beliau juga telah membentangkan lebihdaripada sebanyak 110 kertas kerja saintifik di persidangan perubatandi dalam dan luar negeri. Kepakaran beliau dalam bidang psikiatri kanak-kanak danremaja dimanfaatkan oleh kerajaan dan negara apabila beliaudilantik sebagai Ahli Majlis Kaunseling Kebangsaan Malaysia olehY.B. Menteri Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat Malaysiapada 1993 hingga kini, Ahli Majlis Belia dan Sukan oleh Y.B. MenteriBelia dan Sukan Malaysia dan Ahli Lembaga Yayasan PencegahJenayah Malaysia. Beliau juga banyak menyumbang kepadaKementerian Kesihatan Malaysia dan kementerian serta agensikerajaan yang lain dalam menyediakan rangka-rangka polisikesihatan kanak-kanak dan remaja dan Akta KaunselingKebangsaan. Selain daripada itu sumbangan beliau dalam kerja-kerja sosial juga terserlah, terutama sekali sebagai pakar rundingkumpulan ‘Suspected Child Abuse & Neglect (SCAN)’dalampengendalian kes kanak-kanak yang didera. Beliau juga ahliPersatuan Psikiatri Malaysia, International Society of Child Abuse& Neglect (IPSCAN), USA dan New York Academy of Sciences,USA. Sebagai pengiktirafan terhadap kepakaran dan pengalamanserta sumbangan akademik dalam bidang psikiatri dan juga kerjaamal dan sosial, beliau telah dianugerahkan Fellowship oleh RoyalCollege of Psychiatrists. pada 1994. Ini menjadikan beliau anakMelayu pertama dan seorang sahaja di negara kita sehingga kiniyang telah dianugerahkan sebagai Fellow dari Royal Collegetersebut. Pada tahun yang sama beliau telah menerima AnugerahWanita Cemerlang Avon-Tan Sri Fatimah dalam bidang Sains danPerubatan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dankepakaran beliau dalam bidang psikiatri kanak-kanak dan remaja.Pada 1997 beliau telah dilantik sebagai Fellow Akademi PerubatanMalaysia.
  47. 47. kosong/blank

×