Your SlideShare is downloading. ×
0
Created byPN. SITI MARIAH BINTI AWANG
   Keselamatan merupakan satu aspek yang sangat    penting apabila menggunakan perkakas elektrik.   Kelalaian, sikap tid...
   Semua pekerja dan majikan dalam bidang    kejuruteraan perlu mematuhi peraturan    keselamatan dan mereka dilindungi o...
A. Cara berpakaian•Memakai pakaian bengkel/pakaian yang sesuai dengan kerja yanghendak dijalankan.•Memakai kasut yang berp...
C. Keadaan fizikal diri•   Sihat tubuh badan.•   Tidak mengantuk.•   Penglihatan jelas.•   Pendengaran jelas.
   Bengkel merupakan tempat bagi pelajar    melakukan kerja-kerja amali. Beberapa    peraturan perlu dipatuhi dan diamalk...
    Memastikan susunatur semua peralatan &    perabot sentiasa kemas & selamat supaya tidak    menghalang laluan terutama...
    Tidak membuat bising supaya semua arahan guru atau    penyelia dapat didengar dengan jelas.    Mengenal pasti kedudu...
   Kebanyakan alat dan perkakas menggunakan    tenaga elektrik untuk berkendali.   Oleh itu, alat dan perkakas elektrik ...
   Penebatan ialah kaedah melindungi, menyalut atau    mengasingkan pengalir dengan menggunakan    penebat untuk menghala...
   Pembumian ialah satu kaedah menyambungkan    bahagian logam dalam pemasangan elektrik kepada    jisim bumi.   Tujuan ...
   Peranti pelindung ialah peranti yang bertindak    memutuskan litar apabila berlaku lebihan arus    yang mengalir dalam...
   Selain itu, penggunaan alat dan perkakas    elektrik yang mempunyai tanda kelulusan    SIRIM dapat menjamin ciri kesel...
   Kesan kemalangan elektrik dapat dilihat pada    keadaan mangsa dan kerosakan atau    kemusnahan di tempat kejadian kem...
   Berlaku disebabkan oleh pengaliran arus    elektrik dengan kadar tertentu ke dalam    tubuh mangsa secara tidak sengaj...
   Kesan renjatan elektrik (3 peringkat)    Kadaran arus       Kesannya    1mA                Renjatan ringan    10 mA   ...
   Lecur boleh berlaku pada bahagian luar dan dalam    tubuh mangsa.   Lecur terbahagi kepada tiga tahap:       1) Tahap...
   Berpunca daripada pelbagai sebab antaranya    akibat pengaliran arus elektrik berlebihan.   Di Malaysia, kebakaran di...
   Kebakaran yang berpunca daripada kerosakan elektrik    turut digolongkan dalam pelbagai kelas bergantung pada    di ma...
   Terjadi akibat kemalangan elektrik kerap kali    berpunca daripada litar pintas antara kabel hidup    dan neutral.   ...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Eek 101

76

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
76
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
4
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Eek 101"

  1. 1. Created byPN. SITI MARIAH BINTI AWANG
  2. 2.  Keselamatan merupakan satu aspek yang sangat penting apabila menggunakan perkakas elektrik. Kelalaian, sikap tidak mengambil berat tentang keselamatan diri, alat perkakas akan mengakibatkan kemalangan diri, kemusnahan harta benda malah kehilangan nyawa. Kemalangan dapat dielakkan dengan mematuhi peraturan keselamatan & mematuhi arahan yang ditetapkan di samping mempunyai sikap bertanggungjawab.
  3. 3.  Semua pekerja dan majikan dalam bidang kejuruteraan perlu mematuhi peraturan keselamatan dan mereka dilindungi oleh undang-undang iaitu di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994/ Occupational Safety and Health Administration (OSHA). Terdapat 3 kategori keselamatan yang perlu diberi perhatian, iaitu: 1) Keselamatan diri, 2) Keselamatan bengkel dan persekitaran 3) Keselamatan alat dan perkakas elektrik
  4. 4. A. Cara berpakaian•Memakai pakaian bengkel/pakaian yang sesuai dengan kerja yanghendak dijalankan.•Memakai kasut yang berpenebat dan bertumit rendah.•Tidak memakai barang kemas seperti rantai leher, gelangtangan, cincin dll.•Tidak memakai tali leher. B. Sikap• Sentiasa mematuhi arahan guru atau penyelia.• Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja.• Memastikan ruang kerja bersih.• Melaporkan sebarang kerosakan.• Menggunakan alat yang betul bagi setiap kerja yang dijalankan danmemastikan anda mengetahui cara menggunakan alat tersebut.• Melaporkan kepada guru atau penyelia dengan segera sekiranyaberlaku kemalangan.
  5. 5. C. Keadaan fizikal diri• Sihat tubuh badan.• Tidak mengantuk.• Penglihatan jelas.• Pendengaran jelas.
  6. 6.  Bengkel merupakan tempat bagi pelajar melakukan kerja-kerja amali. Beberapa peraturan perlu dipatuhi dan diamalkan oleh pelajar, antaranya:
  7. 7.  Memastikan susunatur semua peralatan & perabot sentiasa kemas & selamat supaya tidak menghalang laluan terutama laluan kecemasan. Pelajar perlu mengemas semula peralatan & perabot yang telah digunakan bagi memastikan susun atur yang selamat pada setiap masa. Memastikan bengkel mempunyai pengudaraan yang baik. Memastikan bengkel mendapat pencahayaan yang mencukupi. Memastikan persekitaran yang bersih. Pelajar perlu membersihkan ruang kerja setiap kali selesai menjalankan amali.
  8. 8.  Tidak membuat bising supaya semua arahan guru atau penyelia dapat didengar dengan jelas. Mengenal pasti kedudukan alat pemadam kebakaran supaya mudah dicapai semasa kebakaran. Memahami arahan yang terdapat dalam Pelan Kecemasan. Melengkapkan diri dengn latihan kebakaran. Setiap pelajar perlu menjalani latihan kebakaran sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Mengenalpasti kedudukan peti pertolongan cemas. Laporkan kepada guru sekiranya kandungan peti pertolongan cemas tidak lengkap atau rosak.
  9. 9.  Kebanyakan alat dan perkakas menggunakan tenaga elektrik untuk berkendali. Oleh itu, alat dan perkakas elektrik hendaklah sentiasa dalam keadaan baik serta dilengkapi dengan ciri keselamatan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST). Antara ciri keselamatan alat dan perkakas adalah mempunyai penebatan dan sambungan pembumian yang baik serta menggunakan peranti pelindung.
  10. 10.  Penebatan ialah kaedah melindungi, menyalut atau mengasingkan pengalir dengan menggunakan penebat untuk menghalang pengaliran arus. Bahan yang digunakan sebagai penebat mestilah mempunyai rintangan yang sangat tinggi, contohnya getah, polivinil klorida dan bakelit. Alat dan perkakas elektrik yang mempunyai penebatan yang baik dapat melindungi pengguna daripada tersentuh bahagian logam yang mengalirkan arus elektrik pada alat tersebut jika berlaku kerosakan.
  11. 11.  Pembumian ialah satu kaedah menyambungkan bahagian logam dalam pemasangan elektrik kepada jisim bumi. Tujuan asas pembumian adalah untuk melindungi pengguna daripada bahaya renjatan elektrik apabila berlaku aliran arus di mana-mana bahagian logam yang terdapat pada perkakas elektrik atau sistem pendawaian. Suatu sistem pembumian yang baik adalah apabila litar pengguna dapat diputuskan oleh pemutus litar arus baki ketika berlakunya kebocoran arus ke bumi.
  12. 12.  Peranti pelindung ialah peranti yang bertindak memutuskan litar apabila berlaku lebihan arus yang mengalir dalam litar. Fius dan pemutus litar ialah dua jenis peranti pelindung yang digunakan untuk melindungi litar pengguna dan perkakas elektrik. Nilai kadaran arus peranti pelindung yang dilengkapkan bergantung kepada kuantiti arus yang digunakan oleh alat dan perkakas elektrik tersebut.
  13. 13.  Selain itu, penggunaan alat dan perkakas elektrik yang mempunyai tanda kelulusan SIRIM dapat menjamin ciri keselamatan tambahan. Lazimnya, barangan elektrik yang mendapat kelulusan SIRIM telah dikawal kualitinya dan ciri keselamatan pada alat dan perkakas elektrik telah mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.
  14. 14.  Kesan kemalangan elektrik dapat dilihat pada keadaan mangsa dan kerosakan atau kemusnahan di tempat kejadian kemalangan itu. Terdapat 4 kesan kemalangan elektrik 1) Renjatan Elektrik 2) Lecur 3) Kebakaran 4) Letupan
  15. 15.  Berlaku disebabkan oleh pengaliran arus elektrik dengan kadar tertentu ke dalam tubuh mangsa secara tidak sengaja. Punca renjatan elektrik 1) penebatan kurang baik 2) pembumian kurang sempurna 3) penggunaan pemutus litar arus baki yang rosak
  16. 16.  Kesan renjatan elektrik (3 peringkat) Kadaran arus Kesannya 1mA Renjatan ringan 10 mA Renjatan yang kuat sehingga menyebabkan lecur dan kehilangan kawalan otot 100 mA dan lebih Renjatan yang mungkin boleh menyebabkan kematian
  17. 17.  Lecur boleh berlaku pada bahagian luar dan dalam tubuh mangsa. Lecur terbahagi kepada tiga tahap: 1) Tahap pertama-menampakkan tanda kemerah-merahan pada kulit. 2) Tahap kedua-kulit menggelembung dan mengandungi cecair. 3) Tahap ketiga-lecur hingga ke bahagian dalam tubuh yang menyebabkan kegagalan otot berfungsi.
  18. 18.  Berpunca daripada pelbagai sebab antaranya akibat pengaliran arus elektrik berlebihan. Di Malaysia, kebakaran dibahagikan kepada 4 kelas iaitu A, B, C dan D. KELAS PUNCA A Bahan pepejal berunsur organik – kayu, kertas, kain dll. B Bahan cecair – minyak, petrol, diesel, turpentin dll atau pepejal mudah cair. C Gas – metana, butana dll. D Bahan logam.
  19. 19.  Kebakaran yang berpunca daripada kerosakan elektrik turut digolongkan dalam pelbagai kelas bergantung pada di mana pendawaian atau pemasangan elektrik dibuat atau jenis bahan yang digunakan. Kebakaran yang berpunca daripada kerosakan elektrik disebabkan oleh: i) kerosakan penebatan kabel yang boleh menyebabkan litar pintas. ii) kerosakan sistem pembumian. iii) kegagalan peranti pelindung untuk berfungsi seperti penggunaan kadar fius yang melebihi had, beban berlebihan dll. iv)percikan bunga api. v)kerosakan penangkap kilat.
  20. 20.  Terjadi akibat kemalangan elektrik kerap kali berpunca daripada litar pintas antara kabel hidup dan neutral. Letupan yang kuat boleh menyebabkan kebakaran. Kebakaran yang besar dan tidak dapat dikawal mungkin mengakibatkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda. Antara komponen yang terdapat di bengkel ada yang boleh meletup jika disambung ke bekalan kuasa dengan kekutuban yang salah, contohnya pemuat elektrolit.
  1. A particular slide catching your eye?

    Clipping is a handy way to collect important slides you want to go back to later.

×