ar-raheeq-al-makhtum-melayu

4,901 views

Published on

1 Comment
9 Likes
Statistics
Notes
  • salam..thu x Perbezaan kitab syarah ibnu hisyam dengan rahiqul makhtum??
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total views
4,901
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
23
Actions
Shares
0
Downloads
184
Comments
1
Likes
9
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

ar-raheeq-al-makhtum-melayu

  1. 1. SEERAHNABAWIYYAH Al-Raheeq al-MakhtumSyeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy India Pemenang Hadiah Pertama Pertandingan Seerah Rabitah Alam Islam, Mekkah
  2. 2. PERANAN & PERLUNYA RIWAYAT HIDUPRASULULLAH DALAM MEMAHAMI ISLAMTujuan mengkaji riwayat hidup RasuluLlah dan penganalisaannyabukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indahsahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita menganggap kajiansejarah hidup Rasulullah ini sama dengan membaca dan menalaahsejarah para pemerintah (khalifah) di zaman purbakala.Tujuan pokok dari kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiapMuslim dapat memahami, menganggap dan menggambarkan bahawahakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam penghidupanRasulullah itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul danwujud setelah seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benarsegala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islamsatu persatu terlebih dahulu.Tegasnya kajian riwayat hidup Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallamini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasarIslam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh Islamiaitu Nabi Muhammad Sallallahu alahi Wasallam.Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bolehlahdibahagikan seperti berikut:1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu alaihi Wasallammenerusi penghidupan dan suasana hidup Baginda sendiri. Ini adalahuntuk menentukan Muhammad Sallallahu alaihi Wasallam itu bukansebagai manusia pintar tetapi dianya adalah pesuruh Allah SubhanahuWataala yang menerima Wahyu dan taufiq dariNya. Supaya manusiaseluruhnya dapat meniru dan mengikut suatu contoh yang ungguldalam segenap lapangan hidup yang harmoni, dari itu juga dapatdijadikan sebagai dasar-dasar hidupnya. Andaikata manusia inginmencari suatu contoh terbaik bersifat universal, mereka akan dapatsemuanya di dalam kehidupan Muhammad Sallallahu alaihi Wasallam,
  3. 3. maka tidak hairanlah mengapa Allah menjadikan MuhammadSallallahu alaihi Wasallam itu sebagai contoh kepada umat manusia.Untuk demikian maka Allah telahpun menegaskan dalam KitabSuciNya yang bermaksud:"Sesungguhnya pada (diri) RasuluLlah itu menjadi contoh yang palingbaik untuk (menjadi ikutan) kamu".(Al-Ahzab 33 :21)Semoga kupasan tentang kehidupan Muhammad Salla lahu alaihiWasallam boleh menolong manusia memahami dan mengecapi isikandungan Al-Quran lantaran banyaknya ayat-ayat Al-Quran yangdihurai dan ditafsir-kan oleh kejadian dan peristiwa-peristiwa sejarahhidup Nabi Muhammad SallaLlahu alaihi Wasallam. Agar setiapMuslim dapat mengumpulkan seberapa banyak yang bolehperbendaharaan kebudayaan dan pengetahuan Islam yang sebenarsamada pengetahuan bersangkutan dengan aqidah kepercayaan, hukumhakam dalam Islam atau tatasusilanya. Lebih tegas lagi penghidupanRasulullah Sallallahu alaihi Wasallam adalah satu gambaran dengandimensinya yang jelas bagi prinsip-prinsip dan hukum-hukum Islam.2. Membolehkan para pendidik pendawah Islam mencontohi danmengajar, mengikut sistcm pendidikan dan pengajaran yang sihatkerana Muhammad SallaLlahu alaihi Wasallam sendiri adalah sebagaipendidik, penasihat, guru dan pertunjuk yang utama, tidak pemahmembuang masa begitu sahaja malah sentiasa mencari dan menyiasatjalan-jalan dan sistem-sistem pengajaran yang terbaik semasa baginda(SallaLlahu alaihi Wasallam) berdawah.Antara faktor yang menjadikan sejarah Nabi Muhammad SallaLlahualaihi Wasallam ini mampu dan berupaya untuk sampai ke matlamat-matlamat tadi ialah kerana sejarahnya lengkap meliputi segenap bidangkehidupan sama ada segi kemanusiaan mahupun kemasyarakatan yangterdapat di kalangan manusia lain samada ianya sebagai seorangindividu yang bebas dengan faham pembawaannya atau sebagaiseorang anggota masyarakat yang cergas dan terpengaruh oleh unsur-unsur yang terdapat di dalam masyarakatnya.
  4. 4. Sejarah Muhammad SallaLlahu alaihi Wasalam menghidangkankepada kita sejarnbak contoh utama bagi seorang pemuda yang waras;peribadinya yang dipercayai orang di kalangan keluarga dan sahabat;seorang manusia yang menyeru uniat manusia ke jalan Allah secaralemah-lembut dan bersopan-santun; seorang pejuang yangmengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan seruanAllah, seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahandengan cekap dan pintar seorang suami yang halus pergaulannya,seorang bapa yang teliti dan bijak menyempurnakan kewajipanterhadap anak dan isteri, seorang ketua turus agung peperangan yangcergas, penuh dengan tektik strategi persediaannya dan seorang Muslimyang waras lagi bijak membahagikan dedikasinya kepada Allah,keluarga dan sahabat handai (Radiyallahu anhum ajmain). Tidak syaklagi bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad Sallallahu alaihiWasallam ialah memahami semua sudut kemanusiaan.SUMBER-SUMBER SEJARAH RASULULLAHBerhubung dengan sumber-sumber sejarah Rasulullah bolehlah kitabahagikan seperti berikut:Pertama: Kitabullah (AI-Quran)Ianya merupakan sumber utama untuk memahami garis-garis kasarpenghidupan Muhammad Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.Pendedahan sejarah hidup Rasulullah dalam al-Quran melalui salahsatu aliran berikut:a. Memaparkan beberapa bahagian dari penghidupan baginda, sepertiayat-ayat yang diturunkan mengenai peperangan Badar, Uhud, alKhandaq atau al Ahzab .Juga seperti kisah perkahwinannya denganZainab binti Jahsy.Mengulas pertempuran-pertempuran dan kejadian-kejadian ini adalahuntuk memberi penjelasan selanjutnya kepada apa yang dimusykilkan
  5. 5. atau untuk menerangkan beberapa kesamaran tentang pertempuran danperistiwa-peristiwa atau untuk menarik perhatian umat Islam terhadapsesuatu iktibar. Sebenarnya segala-galanya ini mempunyai makna danhubung kait yang amat rapat dan mesra dengan sejarah dan riwayathidup Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam. Kesemuanya inimenampakkan kepada kita sebahagian besar daripada aspek-aspekpenghidupan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam dan hal ehwalyang bersangkutan dengannya.Sebenarnya pendedahan Al-Quran Al-Karim tentang segala-galanya iniadalah terlalu ringkas dan padat, meskipun cara dan aliran pendedahantadi kadang kalanya berlainan di antara satu sama lain namun begitukesemuanya ini tetap memaparkan cebisan-cebisan dan penerangansecara ringkas terhadap pertempuran dan kejadian yang bersejarah.Memang ini adalah jalan dan aliran Al-Quran Al-Karim di dalammenceritakan perihal-perihal para Anbiya yang terdahulu dan umatmanusia di zaman silam.Kedua: Kitab Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (Hadith-hadith).Hadith-hadith Nabi yang sahih. Hadith yang dimaksud-kan di sini ialahisi kandungan Kitab-kitab Hadith yang terkenal dengan kebenaran danamanahnya, seperti Kitab Hadith Al Muwatta oleh Imam Malik, AlMusnad oleh Imam Ahmad dan lain-lainnya.Sumber yang kedua ini lebih luas dan terperinci dari yang pertama.Sungguhpun begitu mungkin kita tidak dapat memberikan suatugambaran yang lengkap tentang kehidupan Rasulullah Sallallahu alaihiWasallam sejak dilahirkan hingga wafat-nya kerana beberapa sebab:a. Oleh kerana Kitab-kitab Hadith ini disusun mengikut maudu atautajuk-tajuk fiqah ataupun mengikut unit-unit kajian yang bersangkutdengan syariat Islam maka hadith-hadith yang menceritakan tentangpenghidupan RasuluL-lah berselerak dan berkecamuk dalam maudu-maudu fiqah.b. Oleh kerana para ahli hadith, terutamanya penyusun kitab hadithyang enam tidak memerhatikan soal ini ketika mengumpulkannyauntuk disusun mengikut sejarah hidup RasuluLlah, apa yang mereka
  6. 6. titik beratkan ialah penyusunan mengikut maudu atau tajuk-tajuk fiqahseperti yang disebut tadi.Ketiga: Kitab-kitab Sejarah RasuluLlah SallaLlahu alaihi Wasallam.Perihal riwayat hidup Muhamrnad RasuluLlah SallaLlahu alaihiWasallam di zaman silam adalah melalui dari mulut ke mulut tanpamendapat perhatian untuk dibukukan, walaupun terdapat sebilangankedl yang cuba menitikberatkan perhatiannya terhadap kejadian danperistiwa-peristiwa dalam sejarahnya itu. Setelah beberapa ketikaterdapat beberapa orang cuba mencatit riwayat hidup RasulullahSallallahu alaihi Wasallam ala kadar yang sampai ke pengetahuannyaantara mereka seperti Urwah Ibnu Al Zubair (wafat, 92H), Abari binOthman (wafat, 105H), Wahb in Manbah (wafat, 110H), Syarbabil binSad (wafat. 123H) dan Ibnu "Syibab Al Zuhri (wafat,124H).Sayangnya apa yang dituliskan oleh mereka ini telah hilang. Hanyatinggal beberapa bahagian yang tercerai, setengahnya terdapat dalamkitab Al-Tabari manakala sebahagian yang lain pula tersimpan dibandar Heidelberg di Jerman. Bahagian yang tersimpan di Jerman iniialah sebahagian dari tulisan Wahb bin Manbah (110H). Kemudiantimbul pula satu angkatan penyusun riwayat hidup RasulullahSallallahu alaihi Wasallam yang terkemuka antara mereka ialahMuhammad bin Ishaq (wafat, 152H) kemudian lapisan kedua, antaramereka ialah Al Waqidi (wafat, 207H) dan Muhammad bin Saad(wafat pada tahun 230H) penyusun kitab Al-Tabaqat Al-Kubra.Ahli sejarah sebulat suara mengatakan bahawa apa yang ditulis olehMuhammad bin Ishaq merupakan satu-satunya maklumat (dokumen)sejarah Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam yang paling benar danboleh dipegang. Tetapi malangnya kitab beliau yang berjudul AlMaghazi Wa Al Siyar telah hilang dan kehilangannya mengakibatkanhilangnya intisari perpustakaan di zaman itu. Setelah masa beredarsetengah abad lamanya barulah timbul seorang jaguh yang lain iaituAbu Muhammad Abdul Malek yang lebih dikenal dengan IbnuHisyam, beliau telah menghidangkan kepada kita saringan sejarahRasulullah Sallalahu alaihi Wasallam dengan cara yang menarik sekali.
  7. 7. Sebenarya apa yang dikarang oleh Ibnu Hisyam itu adalah kandungan"Al Maghazi Wa Al Siyar" yang dikarang oleh Ibnu Ishaq dalambentuk ringkasan. Ibnu Khillikan telah menegaskan dalam bukunyabegini:"Ibnu Hisyam ini ialah orang yang mengumpulkan Riwayat Rasulullahdaripada Kitab "Al Maghazi Wa Al Siyar" yang dikarang oleh IbnuIshaq setelah disaring dan dibuat beberapa pembaharuan, tambahan danringkasan. Kemudian hasil itu dikenali dengan nama "Sirah IbnuHisyam". Akhimya barulah orang lain cuba mengikuti jejak langkahmereka ini dalam usaha mengarang dan menyusun sejarah hidupRasuluLlah SallaLlahu alaihi Wasallam, terdapat antara mereka yangcuba membentangkan pelbagai aspek hidup RasuluLlah SallaLlahualaihi Wasallam. Sebahagian dari mereka yang lain pula cuba mengkajisudut- sudut hidup Baginda yang tertentu, seperti Al Asfahani dalambukunya "Dalail Al Nu-buwwah" dan "Tanda-tanda Kenabian". ImamTarmidzi pula dalam kitabnya (Al Asy Syamail) cuba menyingkapaspek yang tertentu dan begitu juga Ibn Al Qayyim Al Jauziy denganbukunya "Zad Al Maad".RAHSIA PEMILIHAN SEMENANJUNG ARABSEBAGAI TAPAK PANCARAN ISLAMSebelum kita memperkatakan sesuatu tentang sejarah hidup RasuluLlahSallaLlahu alaihi Wasallam dan Semenan-jung Arab di mana bagindahidup dan dipilih sebagai Rasul, ada baiknya kalau kita cubamenyingkap hikmat-hikmat Allah, mengapa terpilihnya Rasulullah daribumi ini dan bangsa Arab pula sebagai pembawa obor dawahIslamiyyah.Untuk mengetahui segala-segalanya pertama kita mesti mengetahuikeistimewaan bangsa Arab dan perangai serta tata penghidupannyasebelum Islam dan keadaan muka bumi (geografi) dan persekitarannya.
  8. 8. Kemudian barulah kita membuat perbandingan dengan bangsa-bangsayang hidup sezaman de-ngannya seperti Romawi, Greek dan Indiatermasuk adat resam, tatasusila dan keistimewaan tamaddun mereka.Pertamanya, marilah kita mengkaji secara sepintas lalu bangsa-bangsayang hidup di sekitar tanah Arab sebelum Islam: Dunia di kala ituboleh dikatakan telah dikuasai dan dikepalai oleh dua negara yanggagah iaitu Parsi dan Romawi dan disenarai yang kedua pula ialahGreek dan India. Parsi di kala itu merupakan arena pertarungan agamadan falsafah yang beranika corak. Pembesar dan pemerintah padakeseluruhannya menganut agama Majusi (Zuradisy) yang mana antaraajarannya menggalakkan lelaki berkahwin dengan ibu nya, anakperempuannya atau adik dan saudara perempuannya.Empayar Yazdajrid kedua yang memerintah di pertengahan abadkelima Masihi telah berkahwin dengan anak perempuannya. Bukansetakat itu sahaja malah tatasusila dan sopan-santun telahpun terpesongdari garis-garis yang bersifat kemanusiaan. Mengikut apa yangditegaskan oleh Al Imam Al Shahras-tani dalam kitabnya yang berjudulAl-Milal Wa Al-Nihal, terdapat antara ajaran agama Mazdak yangmenyebut bahawa kebebasan kaum wanita tiada hadnya. Begitu jugadengan kebebasan menggunakan harta benda dan seterusnyamenjadikan wanita dan harta benda ini kepunyaan dan hak milikbersama, tidak ubah seperti air, api dan rumput di mana semua manusiaboleh berkongsi tanpa sekatan. Seruan ini telah mendapat sambutanyang begitu hangat dari karangan mereka yang memang berhaluandemikian.Kerajaan Romawi (Rome) pula begitu meluap-luap dengan jiwa dansemangat penjajahan dan bergelut dalam persengketaan agama denganpihak Kristian negeri Syam (Syria) dan Mesir. la bergantung penuhkepada kekuatan angkatan ten-teranya dan cita-cita penjajahannya yangberkobar-kobar dalam rangka percubaan memodenisasikan agamaKristian untuk disesuaikan dengan matlamat mencapai cita-cita dankemahuannya.Negara ini juga berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir dari
  9. 9. negara Parsi, yang hidup dengan segala kemewahan iaitu kemewahandalam kemerosotan ekonomi dan pemerasan terhadap rakyat jelata.Kenaikan cukai yang begitu melambung tinggi merupakan suatu gejalayang biasa dan telah menjadi satu lumrah.Greek tua pula tenggelam ke dasar lautan khurafat dan dongeng yangtidak memberi sebarang faedah dan natijah yang berguna sama sekali.Negara India pula di kala itu menurut Professor Abul Hassan Al Nadwitelah menegaskan bahawa ahli sejarah dan pengarang sebulat suaramengatakan yang India di permulaan abad keenam Masihi telahterlantar ke lembah kemeroosotan agama, akhlak dan kemasyarakatan.India bersama jiran tetangga dan saudaranya turut serta mengambilbahagian dalam memerosotkan akhlak dan kemasyarakatan.Perlu kita ketahui bahawa anasir-anasir yang menyeret bangsa-bangsaini ke lembah kerosakan dan perpecahan ialah kemajuan dan tamaddunyang berasaskan kepada mata benda (material) semata-mata. Tamaddunini telah tidak mengambil contoh-contoh manawi dan akhlak yangsempuma sebagai landasan dan asas kemajuan. Tamaddun dankemajuan kebendaan dengan anika sebab-akibat yang timbul darinyahanyalah tidak lebih dari satu jalan semata-mata iaitu satujalan yangtidak dapat memberikan apa-apa erti. Lantaran ketandusan fikiran yangwaras dan contoh sempurna yang benar-benar dapat dihayatiimaka tamaddun dan kemajuan yang dicapai itu telah membawakehidupan manusia mengalir ke tasik kecelakaan dan huru-hara.Sebaliknya jika ahli fikirnya mempunyai akal fikiran yang waras danpertimbangan yang saksama maka tamaddun dan kemajuan tadimerupakan jalan-jalan yang indah serta mudah pula menuju ke arahkesenangan dalam semua corak dan aspek hidup. Biasanya perkara initidak akan lahir kecuali melalui agama dan wahyu Ilahi sahaja.Semenanjung Arab di masa itu merupakan suatu kawasan yang tenang,jauh dan terpencil dari gejala-gejala huru-hara tadi. Bangsanyalangsung tidak pemah merasai kemewahan dan kemajuan seperti Parsi;yang boleh membawa mereka ke arah kerosakan dan keruntuhanakhlak dan tidak pula mengagung-agungkan kekuatan tentera yang
  10. 10. membolehkan mereka menjajah negara-negara di sekitamya. Merekajuga tidak menganut falsafah dan ideologi yang beranika ragam sepertiGreek Tua yang menyebabkan mereka menjadi mangsa kepadadongengan dan khurafat.Tabiat semulajadi mereka ini tidak ubah seperti suatu "bahan yangmentah" yang belum pernah dilebur di mana-mana dapur dan dicorak dimana-mana acuan seolah-olah terbayang di layar penghidupan rnerekaseorang manusia semulajadi yang bersih rnempunyai kemahuan yangkuat ke arah pembentukan manusia yang terpuji yang rnempunyai sifat-sifat amanah, pemurah, suka menolong dan bencikan kezaliman. Apayang mereka perlu hanyalah pengetahuan yang dapat menyinari jalan-jalan ke arah tersebut kerana mereka ini hidup dalam kejahilan yanggelap memekat. Kebanyakan mereka telah sesat untuk sampai ke arahkemanusiaan yang sebenamya. Mereka membunuh anak perempuankerana mahu menjaga maruah, membelanjakan wang yang banyakdengan harapan mahukan kemuliaan dan berperang sama sendiridengan tujuan mempertahankan kehormatan.Segala-galanya ini telah diterangkan oleh Allah Subhanahu Wataala didalam Al-Quran:Yang bermaksud;"Dan sesungguhnya kamu sebelum hari ini adalah dan golongan orang-orang yang telah sesat".(Al-Baqarah Ayat 198)Penegasan ini lebih merupakan keuzuran dan kemaafan bagi merekadaripada penghinaan ke atas mereka.Ini adalah memandangkan bangsa-bangsa lain telah menggunakantamaddun dan kemajuan mereka sebagai alat ke arah kerosakansedangkan mereka ini sedar malah merancang sedemikian. Di sampingsemuanya ini, Semenanjung Arab di segi kedudukan muka buminyapula terletak di pertengahan bangsa-bangsa tersebut (iaitu Parsi danRome) yang bergolak di sekelilingnya.Muhammad Al Mubarak seorang professor Mesir telah mengutarakan
  11. 11. pendapat dengan katanya:"Orang yang memerhati dan memandang kepada bangsa Arab akandapat melihat bagaimanakah bangsa Arab boleh berdiri di masa silamdi tengah-tengah dua tamaddun yang melebar di kiri kanan. Di sebelahkirinya tamaddun barat yang keterlaluan telah cuba mendapatkangambaran dan imej manusia dengan alirannya yang kering pucat takberhias dan tidak berjejas dengan hakikat keinsanannya. Di sebelahkanannya pula tamaddun kerohanian dan kejiwaan yang melambung kealam khayalan seperti yang terdapat di India, China dan sebagainya."Setelah kita dapat menggambarkan hal keadaan bangsa Arab dansemenanjungnya sebelum Islam juga hal keadaan bangsa-bangsa lainyang mengelilinginya maka mudahlah bagi kita menyingkap disebaliknya apakah hikmat-hikmat Allah mengutuskan Rasul utusan diSemenanjung Arab itu dan bangsa Arab pula merupakan golonganpertama buat merintis jalan-jalan ke arah penyebaran obor seruandawah Islamiyyah yang kini telah dianuti oleh umat manusia di seluruhpelusuk alam.Bukanlah sepertimana yang disangka oleh setengah-se-tengah golonganyang mengatakan bahawa pengikut-pengikut agama yang sesat adalahsukar untuk mengubati jiwa mereka dan sukar memberi tunjuk ajarkerana mereka ini tasub (fanatik) dan membanggakan keburukan,kehancuran dan kemusnahan yang pada sangkaan mereka semuanyabaik. Sedangkan mengubah dan memberi tunjuk ajar kepada merekayang sedang mencari-cari kebenaran lebih mudah kerana mereka inisama sekali tidak menafikan kejahilan mereka sendiri dan tidak pulamembanggakan atau bermegah-megah dengan hasil tamaddun keranamereka langsung tidak mempunyai tamaddun. Golongan ini palingmudah sekali untuk diperbaiki dan diberi dorongan kepada mereka.Bagi kita bukanlah ini yang dikatakan hikmat Ilahi, keranapenganalisaan yang seumpama ini hanya tepat kepada mereka yangmempunyai daya dan tenaga yang terbatas sahaja, memilih yang senangdan meninggalkan yang susah kerana tidak mahukan penat lelah.Andaikata Allah mahu menjadikan pancaran dawah Islamiyyah di
  12. 12. mana-mana bahagian di Parsi atau di Rome atau di India bersinarcemerlang maka sudah pasti pula Allah akan menyediakan kemudahandan cara-cara sehingga berjaya dawahnya seperti mana yang berlaku diSemenanjung Arab. Soal ini tidak pula menjadi bebanan, kerana AllahSubhanahu Wataalah Pencipta alam semesta. Namun hikmah Allahmemilih Semenanjung Arab dan Rasul utusan itu tadi (seorang yangbuta huruf - tidak boleh membaca dan menulis seperti mana yangditerangkan oleh Allah dalam Kitab SudNya) agar manusia seluruhnyatidak merasa syak wasangka terhadap keNabian dan keRasulanNya.Sebagai penutup dan epilog kepada hikmah Allah ialah suasanapersekitaran tempat Rasulullah diutuskan di mana di dalamnya wujudsuatu biah (suasana) buta huruf juga dan jika dibandingkan denganbangsa-bangsa lain yang hidup di sekelilingnya mereka juga belumpernah dimasuki dan diracuni oleh sebarang tamaddun, pemikiran dankerumitan falsafah yang berserabut.Di antara hikmat Ilahi juga ialah menghindarkan perasaan syakwasangka manusia apakah Muhammad SallaLlahu alaihi Wasallam iniboleh membaca dan mempelajari kitab-kitab lama yang mengandungisejarah manusia purba dan tamaddun negara tetangga danmenghindarkan juga sangkaan buruk terhadap Muhammad sekiranyadakwah Islamiyyah ini timbul di kalangan umat manusia yangbertamaddun dan mempunyai falsafah seperti Parsi, Greek Tua atauRomawi. Sebabnya ialah sangkaan buruk ini akan memberi suatugambaran yang buruk iaitu dari siri tamaddun dan falsafah yangterakhir dalam bentuk tamaddun yang tulen serta kemas denganperundangan yang lengkap. Hikmah-hikmah Ilahi ini telahpunditerangkan dengan tegas danjelasnya dalam Al-Quran:Yang bermaksud:"Dialah (Allah) yang telah mengutuskan di kelompok buta hurufseorang utusan daripada kalangan mereka (untuk) menyampaikankepada mereka ayat-ayatNya dan menjauhkan mereka daripada syirikdan mengajar mereka kitab-kitab dan hikmat, dan sesungguhnyamereka itu dahulunya dalam kesesatan yang amat sangat. "
  13. 13. (Al-Jumuah 62 : 2)Sudah kehendak Allah mengutuskan utusanNya yang buta huruf, begitujuga bangsa yang akan timbul Rasul di ka-langannya juga satu bangsayang kebanyakannya buta huruf, agar mukjizat keNabian dan syariatIslam itu terjulang nampak dan jelas di antara dogma-dogma danseruan manusia lain yang beranika corak.Di sana terdapat hikmat Ilahi yang lain, dan boleh diringkaskan sepertiberikut:1. Seperti yang diketahui di mana Allah Subhanahu Wataala telahmenjadikan Baitui Haram itu tumpuan dan kesejahteraan untuk umatmanusia seluruhnya dan merupakan rumah yang pertama untukmanusia beribadat serta mempraktikkan rukun-rukun agama.Sesungguhnya lembah Makkah ini telah menjalankan danmelaksanakan seruan bapa para Anbiya iaitu Sayyidina Ibrahim Alaihisallam. Tepat dan kena pada tempatnya di mana kawasan yang muliaini menjadi muara seruan agama Islam yang pertama iaitu| agama NabiIbrahim dan juga tempat pengutusan Nabi yang terakhir .2. Di segi kedudukan ilmu alam maka semenanjung Arab ini telahdipilih untuk bebanan tanggungjawab dawah Islamiyyah, kerana situasidan kedudukannya di tengah-tengah berbagai bangsa. Ini menyebabkanpenyebaran dawah Islamiyyah di kalangan bangsa-bangsa dan negarayang di sekelilingnya tersebar dengan mudah. Ini temyati sekali bilakita mengkaji semula perjalanan dawah Islamiyyah di zamanpermulaannya dan di zaman khulafa al-Rashidin. Memang tepat sepertiyang ditegaskan tadi.3. Dan sebagai hikmat Ilahi juga yang menjadikan bahasa Arab itusebagai media dawah Islamiyyah dan bahasa yang pertama buatmenerang dan mentafsirkan percakap-an atau kalam Allah Azza wajalla untuk disampaikan kepada kita.Kalau kita perhatikan dengan teliri tentang keistimewaan bahasa-bahasa diikuti dengan satu perbandingan dengan bahasa Arab makadengan jelas kita dapati yang bahasa Arab mempunyai banyakkeistimewaan yang sukar didapati dalam bahasa-bahasa lain. Maka
  14. 14. sudah layak baginya untuk menjadi bahasa yang pertama dan utamauntuk umat Islam di mana mereka berada.
  15. 15. KELAHIRAN RASULULLAH dan EMPATPULUH TAHUN SEBELUM PENGUTUSANRasulullah (s.a.w) penghulu para Rasul telah dilahirkan di Syuaib BaniHashim di Makkah pada pagi hari Isnin 9 Haribulan Rabiulawwaldipermulaan Tahun Gajah, dan tahun keempat puluh dalampemerintahan Raja Kisra Anu Syirwan bersamaan 20 atau 22 Apriltahun 571 Masihi mengikut perkiraan Ulama Agong MuhammadSulaiman al-Mansurpuri dan pentakhkik Falak Mahmud Basya.Ibn Sad meriwayatkan bahawa ibu Rasulullah (s.a.w) menceritakan: "Ketika ku melahirkannya, satu cahaya telah keluar dari farajku,menerangi mahligai-mahligai di negeri Syam" , periwayatannya hampirsama dengan apa yang diriwayatkan oleh al-Irbadh bin Sariah.Beberapa irhasat (petanda-petanda) kebangkitan seorang rasul telahberlaku beberapa ketika, sebelum kelahiran Rasulullah, di antaranyaruntuhan empat belas anjung dewan Kisra Parsi, terpadamnya api yangdisembah penganut agama majusi, robohnya gereja-gereja di sekitarTasik Sawah yang sebelum ini penuh sesak dengan para pengunjung. Iadiriwayat oleh al-Baihaqi. Tetapi tidak dipersetujui oleh Muhammadal-Ghazali.Sebaik sahaja Baginda dilahirkan, ibunya Aminah segera memberi tahukepada datuk Baginda Abdul Mutalib, mengenai perkhabaran yangbaik itu, dengan itu Abdul Mutalib terus mengambil dan membawaBaginda kedalam Kaabah, untuk berdoa dan bersyukur kepada Allah,beliau telah memilih nama "Muhammad" sebagai nama kepadacucunya, nama itu tidak pernah dinamakan kepada sesiapa pun olehbangsa Arab sebelum ini, Nabi Muhammad (s.a.w) telah berkhatanketika berada di dalam kandungan ibunya lagi.Penyusuannya yang pertama selepas ibunya, ialah daripada Thuwaibahhamba Abu Lahab bersama anaknya bemama Masruh dengan itu beliaumenjadi saudara sepenyusuan dengan Baginda, sebelum ini Thuwaibahjuga telah menyusukan Hamzah bin Abdul Mutalib selepas beliau Abu
  16. 16. Salamah bin Abdul al-Asad al-Makhzumi.DIPERSADA BANI SAADMengikut resam bangsa Arab Hadhar (bandar), bahawa usahamemperolehi penyusu-penyusu untuk anak-anak mereka daripendalaman, sebagai usaha mencegah dari penyakit-penyakit yangterdapat di bandar, di samping menguatkan pembinaan jasad anak-anak, mengemaskan otot-otot, malah ianya juga sebagai cara untukmembantu lisan bahasa Arab dengan bahasa yang baik sejak dalambuaian lagi, untuk itu Abdul Mutalib telah berusaha mencari penyusu-penyusu untuk Rasulullah, dengan itu beliau menyerahkan Muhammadkepada Bani Saad bin Bakr, iaitu Halimah binti Abi Zuaib suaminyadikenali sebagai al-Harith bin Abd al-Qira bergelar Abu Kabsyah dariQabilah yang sama.Adapun saudaranya yang sepenyusuan di Bani Saad adalah Abdullahbin al-Harith, Anisah binti al-Harith, Huzafah atau Jazimah binti al-Harith (iaitu al-Syaima, gelarannya lebih di kenali, beliaulah yangmengasuh Rasulullah, dan Abu Sufian Ibn al-Harith bin Abdul Mutalib,anak bapa saudara Rasulullah itu pun sepenyusuan dengan Bagindajuga.Bapa saudara Rasulullah Hamzah bin Abdul Mutalib pun pernahmenyusu di Bani Sad bin Bakr, maka Hamzah menjadi saudarasepenyusuan dengan Rasulullah dari dua orang ibu; Thuwaibah danHalimah al-Sadiah, kerana ibu susuan Hamzah di suatu hari telahmemberi susuannya kepada Rasulullah. Semasa Baginda bersamaHalimah, beliau telah menyaksikan banyak keberkatan-keberkatanRasulullah.Ibn Ishaq telah menyebut: Halimah telah berkata yang ianya telahkeluar dari kampung bersama suaminya dan disertai oleh anak kecilyang masih menyusu, beliau keluar bersama-sama wanita-wanita BaniSad, dalam rangka mencari anak-anak susuan dengan katanya: Ini
  17. 17. berlaku di tahun kedua di mana kami tidak memiliki apa-apa punkatanya lagi: Aku telah keluar dengan menunggangi kaldai betina"Qamra" panggilannya, bersama kami unta-unta, demi Allah unta kamiitu tidak mengeluar susu setitik pun. Malah pada masanya kami tidakdapat tidur kerana anak kecil kami menangis disepanjang malamlantaran kelaparan, dadaku tidak dapat mengenyangkan, unta kamitidak dapat memberi makanan, namun demikian kami masih tetapmengharapkan hujan, daku keluar dengan kaldai betinaku itu, hinggapecah-pecah dan berdarah kaki kerana muatan berat, seluruh yangbermusafir itu terasa berat, lemah dan kekurusan, akhirnya sampai jugakami di Kota Makkah mencari anak-anak susuan, setiap dari kami telahdiajukan Rasulullah untuk penyusuannya maka setiap orang pulamenolaknya iaitu apabila diceritakan tentang keyatimannya, keranasetiap kami sebagai ibu susu mengharapkan budi baik dari si bapa,setiap kami menyebut-menyebut yatim!!Apa yang akan boleh dilakukan oleh si ibu dan si datuknya maka setiapkami membencinya kerana keyatimannya. Setiap yang datang bersamadenganku telah membawa pulang bayi susuannya kecuali ku seorangsahaja bila kami telah bersiap untuk pulang, ku pun menyebut kepadasuamiku: Demi Allah aku tidak sukalah untuk pulang bersama-samadengan teman-temanku yang lain tanpa membawa bersamaku seorangbayi susuan pun, demi Allah aku mesti ambil si yatim tadi. Jawabsuamiku: tidak mengapalah untuk kau berbuat demikian, semoga Allahjua akan memberikan kita keberkatan kerananya. Katanya! Aku pergiambil si yatim itu, yang mendesak ku mengambilnya, kerana tidak adayang lain untuk ku ambil, katanya, setelah ku dukung ke tungganganku, dan sebaik sahaja ku letakkannya ke ribaku, terasa dadaku dipenuhsusu, maka si yatim pun menghisapnya hingga puas, saudaranya punmenyusu juga hingga puas dan tertidur, sebelum ini kami tidak pernahtidur bersamanya, kemudian suami ku pergi ke unta kami, dan didapatiuncang susunya penuh dengan susu, beliau memerahnya laludiminumnya dan diberi kepada yang lain-lain kiranya kami semua puasdan kenyang, malam itu kami dapat tidur dengan nyenyak, Halimah
  18. 18. berkata: Suamiku telah berkata bila kami bangun di pagi harl: DemiAllah, tahu tak wahai Halimah, sebenarnya tiupan bayu keberkatanmula menghembus nafasnya, kata Halimah: Ku menjawab: Demi Allahsesungguhnya ku mengharapkan demikian, dan katanya lagi:Setelah itu kami pun bergerak keluar dari daerah Makkah, akumenunggangi kaldai betina ku itu, di atasnya juga ku membawaRasulullah, demi Allah binatang tungganganku merentasi perjalanankiranya tidak dapat disaingi oleh kaldai-kaldai mereka yang lain,hinggakan teman-teman ku yang lain, tertanya-tanya dan berkata:Wahai puteri Abu Zuaib apa kamu ini? perlahanlah sedikit, tidakkahtunggangan kamu itu yang naik ke sini dulu, jawabku kepada mereka:Bahkan demi Allah yang itu itulah: jawab mereka: Demi Allah, ianyaada keistimewaan, kata Halimah:Setelah itu kami semua pun sampailah ke kampung kami iaitu persadaBani Sad, ku tidak pernah melihat sebuah bumi yang paling kontangdari bumi Bani Sad, namun setelah kami pulang dari mengambil bayisusuan kami itu nampaknya kambing-kambing kami sarat perutkekenyangan, uncang-susu dipenuh susu, kami memerahnya danmeminumnya, sedang ternakan orang lain tetap tidak menghasilkansetitik susu pun, uncang susu kekeringan, menyebabkan penduduk-penduduk yang lain menyuruh penternak-penternak mereka denganberkata: Binasa kamu, cubalah bawa ternakan-ternakan ke tempat yangselalu puteri Abu Zuaib berternak itu, namun kambing-kambingmereka tetap kelaparan tidak mengeluar walau setitik susu pun,sedangkan ternakan kami kekenyangan uncangnya sarat dengan susu.Beginilah seterusnya kami terus menerima limpahan kurnia dari Allahhingga berlalu dua tahun umur Baginda di mana Baginda pun tinggalsusu, Baginda membesar tidak seperti kanak-kanak lain, seblum sampaiusia dua tahun Baginda telah menjadi besar segar, kata Halimah:Setelah beberapa masa kami bawa Baginda pulang kepangkuan ibunya,walau macam mana pun kami tetap prihatin agar Baginda terus tinggalbersama kami, kerana kami dapat menikmati keberkatannya, untuk itukami pun mengemukakan harapan ini kepada ibunya, dan ku berkata
  19. 19. kepadanya: Kalaulah puan benarkan anakku ini terus tinggal bersamakuhingga meningkat tampan, pun ada baiknya, kerana ku takut wabak-wabak di Makkah akan menyeranginya nanti, katanya lagi. Masih lagikami merayu-rayu hingga ibunya pun membenarkannya pulangbersama kami.Demikianlah halnya Rasulullah kembali tinggal kepangkuan BaniSaad, hinggalah apabila Baginda meningkat empat atau lima tahun, dimana berlakunya peristiwa pembedahan dada Baginda, Imam Muslimtelah meriwayatkan sebuah hadith dari Anas (r.a) bahawa Rasulullahtelah didatangi Jibril (a.s), di ketika Baginda sedang bermain-maindengan anak-anak lain, Jibril memegang Baginda dan merebahkannyalalu dibelah dadanya dan dibawa keluar hati dan dikeluarkan segumpaldarah dari dalamnya, dengan berkata: Inilah bahagian tempat syaitanbersarang, setelah itu dicucikan hati Baginda di dalam sebuah talamemas dengan air Zamzam setelah itu disembuhkan semula badannyadan dibawa semula Rasulullah ke tempat anak-anak tadi, manakalaanak-anak lain berlarian pergi menemui ibunya Halimah menceritakan,dengan kata mereka, "Muhammad telah dibunuh". Apabila merekamenemuinya semula didapati Baginda kepucatan.KE PANGKUAN IBUNYA YANG PENYAYANGHalimah al-Sadiah terasa takut dengan peristiwa tersebut, dengan itubeliau memulangkan Rasulullah kepangkuan ibunya, Baginda tinggalbersama ibunya hingga meningkat usia enam tahun. Aminah teringatuntuk ke Yathrib menziarahi kubur suaminya, sebagai mengenang danmengingati kematian itu. Untuk itu beliau keluar dari Makkah,merentas lima ratus kilometer menuju ke destinasi bersama-sama anaklelakinya yang keyatiman itu, di iringi khadamnya Ummu Aiman danayah mertuanya Abdul Mutalib, di sana beliau tinggal untuk selamasebulan, setelah itu beliau berpatah balik, semasa perjalanannya darisana, beliau telah diserang penyakit dan semakin berat, sejak di awalperjalanan lagi, berakhir dengan hembusan nafas terakhir di tempat
  20. 20. bernama "al-Abwa " yang terletak di antara Makkah dan Madinah.KE PANGKUAN DATUK PEMBELAS KASIHANAbdul Mutalib membawa Baginda pulang ke Makkah, dengan perasaankasih sayang menepu didadanya terhadap cucundanya yang kini yatimpiatu, duka lamanya kembali menusuk perasaan, membawa beliaumengasihani cucunya melebihi kasih sayangnya ke atas anak-anakcucunya yang lain. Beliau tidak pernah tinggalkan Bagindakeseorangan, meskipun yang dalam keadaan terpaksa, sebaliknyabeliau sentiasa mendampinginya dan mengutamakan Baginda lebih daricucunya yang lain. Ibnu Hashim menceritakan: Biasanya dihampar dilindungan Kaabah sebidang tikar khusus untuk Abdul Mutalib, anak-anak dan cucunya akan bersila di sekeliling tikar itu, tak seorang punakan duduk di atas tikar itu hanya Abdul Mutalib seorang, keranamenghormati beliau, namun bila Rasulullah datang ketika itu Bagindamasih kanak-kanak, Baginda akan duduk di atas hamparan itu, di masaitu bapa-bapa saudaranya akan menarik Rasulullah ke tepi untukmemberi tempat kepada Abdul Mutalib, bila beliau melihat Rasulullahdi situ Abdul Mutalib pun menyeru: Biarkan anakku itu demi Allah diamempunyai kedudukannya, kemudian beliau duduk disampingnya diatas hamparan itu, dengan menyapu-nyapu di belakang Baginda danbeliau sentiasa senang dengan segala peri laku Baginda.Pada usia lapan tahun dua bulan sepuluh hari Datuknya Abdul Mutalibpun meninggal dunia di Makkah, walau bagaimanapun sebelum wafat,beliau telah sempat berwasiat dan menyerah pemeliharaan Rasulullahkepada bapa saudaranya Abu Talib saudara kandung ayahnya.Ke Pangkuan Bapa Saudara Yang MengasihaniAbu Talib selaku bapa saudara, telah memikul tanggungjawab menjagaanak saudaranya dengan sebaik-baiknya, beliau meletakkan Bagindabersama-sama dengan anak-anaknya malah memberi keutamaan ke atas
  21. 21. anak-anaknya dengan keistimewaan, penghormatan dan sanjungan,dalam tempoh empat puluh tahun beliau menyokong Baginda,melindungi, membenarkan Baginda malah sanggup berkelahi untukBaginda.Bertemu Pendeta BuhairaSetelah usia Rasulullah meningkat dua belas tahun, ada yangmengatakan dua belas tahun dua bulan sepuluh hari, Baginda keluarbelayar bersama Abu Talib untuk berniaga di negeri Syam, sehinggaapabila sampai ke Basrah, yang merupakan sebahagian dari Syam didalam daerah Hawran, namun pada ketika itu Basrah adalah salahsebuah negeri, di daerah negeri Arab di bawah taklukan Rom, di sanaterdapat seorang paderi bernama Jarjis yang dikenali sebagai Buhaira.Setibanya rombongan ke sana,"Buhaira" keluar untuk menemuimereka, dan memuliakan mereka sebagai tetamu, tapi ini bukan satukebiasaannya, kerana sebelum ini beliau tidak pernah keluar untukmenemui sesiapa, beliau mengenali Rasulullah dengan segala sifat-sifatnya. Semasa beliau memegang tangan Baginda, terus beliauberkata: Inilah penghulu dunia sejagat, inilah orang yang diutuskanAllah sebagai rahmat untuk sekelian alam. Kata Abu Talib: Dari manamaklumat ini tuan perolehi? Jawab beliau: Tahukah kamu, bahawasemasa kamu mendekati "al-Aqabah" tidak ada batu dan pokok-pokokpun yang tidak tunduk sujud kepadanya, sujud seperti ini hanya berlakukepada seorang nabi sahaja, dan aku kenali pada Baginda "Khatam al-Nubuwah" penutup kenabian, ianya terletak di belakang Baginda dibawah tulang dayung bentuknya seperti epal, semua sifat-sifat Bagindatersebut di dalam kitab-kitab kami, seterusnya beliau meminta supayaAbu Talib membawa Muhammad (s.a.w) pulang ke Makkah, danjangan dibawanya ke negeri Syam kerana ditakuti tindakan jahatYahudi, oleh itu Abu Talib mengirim Rasulullah untuk berpatah balikke Makkah bersama-sama dengan beberapa orang suruhannya.
  22. 22. PEPERANGAN AL-FUJJARSemasa usia Baginda lima belas tahun, berlaku satu peperangan,terkenal sebagai peperangan al-Fujjar, (peperangan penjahat) keranajenayah perlanggaran di bulan-bulan haram. Pihak pertama ialahQuraisy dan Kinanah, yang kedua ialah Qais bin Ilan. Tuan agong bagiQuraisy dan Kinanah ialah Harb bin Umaiyah kerana status beliau dikalangan masyarakat, Quraisy di samping faktor umur. Di awal harikemenangan berpihak kepada Qais namun bila hari beralih ketengahhari Kinanah sudahpun menguasai medan pertempuran, di ceritakanbahawa Rasulullah telah turut serta di dalam peperangan ini, di manaBaginda menyediakan anak-anak panah untuk bapa saudaranya.PERJANJIAN AL-FUDULEkoran kepada peperangan al-Fujjar, telah diadakan satu perjanjian didalam bulan Zulkaedah. Salah satu bulan Haram, padanya dijemputqabilah-qabilah Quraisy seperti Banu Hashim, Abu Abdul Mutalib,Asad bin Abdul al-Uzza, Zuhrah bin Kilab, Taiyim bin Murrah.Kesemua mereka berlaimpul di kediaman Abdullah bin Jadaan al-Taiyimi kerana faktor kedudukan yang disanjung dan juga faktor umur,memandangkan beliau tertua di antara.Di dalam perjanjian ini semua mereka bersetuju dan berjanji untukmemihak kepada sesiapa sahaja yang dianiayai, dan bertindak terhadappenganiaya, hingga dapat dikembalikan hak kepada tuannya,Rasulullah telah ulrut serta di dalam perjanjian ini setelah Bagindadiutuskan dan memuji perjanjian berkenaan, dengan sabdanya: Dakutelah menyertai satu perjanjian yang dilangsungkan di rumah Abdullahbin al-Jadaan. Perjanjian yang menyenangkan hatiku, lebih darikesenanganku kepada unta-unta gemuk, sekiranya aku dijemput semasadi dalam Islam nescaya daku beri persetujuan segera.Perjanjian ini menafikan semangat kefanatikan Jahiliah yang biasanyadimarakkan oleh perasaan asabiah kebangsaan atau perkabilahan,dikatakan bahawa dorongan yang mengarahkan kepada termeterainya
  23. 23. perjanjian ini, ialah lantaran seorang lelaki dari Zubaid memasuki KotaMakkah dengan barangan perniagaannya, barangan itu telah dibeli olehal-As ibnu Wail al-Sahmi, namun harganya tidak diselesaikan. Sebagaitindakbalas darinya, beliau telah meminta pertolongan dari sekutunyaAbdul al-Dar, Makhzum, Jumah, Adi, malangnya pihak sekutunyatidak memenuhi permintaannya itu, untuk selanjutnya beliau mendakibukit Abi Qubis dengan menyuarakan peri penganiayaan terhadapnya,disuarakan di dalam madah syairnya, al-Zubair bin Abdul Mutalibbangun bertindak dengan katanya: Apa cerita ini semua membisubelaka? Dengan itu mereka yang telah mengikat janji al-fudhul tadimenyokongnya, mereka semua segera menemui al-Aas bin Wail danmengambil barangan lelaki Zubaid tadi dan dipulangkan kepadanya,setelah mereka memeterai perjanjian al-Fudhul itu.HIDUP PENUH KEPERITANRasulullah (s.a.w) tidak mempunyai satu pekerjaan yang tetapdipermulaan mudanya, namun demikian beberapa riwayat seringmengaitkan kerja Rasulullah di permulaan usia remajanya, sebagaipenternak, mengembala kambing keluarga Banu Sad, dan di Makkahpula mengambil upah dari penduduk Makkah dengan beberapa qirat,bila Baginda meningkat dua puluh lima tahun, Baginda keluar kenegeri Syam sebagai peniaga dengan modal Khadijah (r.a).Ibn Ishak menceritakan: Khadijah binti Khuwailid, adalah seorangwanita peniaga, mempunyai kedudukan termulia dan pelbagai harta,biasanya beliau menawar peniaga-peniaga untuk berniaga denganhartanya, dengan berkongsi keuntungan, terutamanya orang-orangQuraisy memang terkenal sebagai ahli perniagaan. Sebaik sahajaperkhabaran mengenai diri Rasululullah dengan keimanan dankebenaran pertuturan Baginda, serta ketinggian akhlak mulia, tanpaberlengah beliau mengantar utusan, menawarkan kepada Baginda untukkeluar berniaga dengan hartanya ke negeri Syam, beliau menjanjikanBaginda untuk memberi kongsian lebih lumayan dari yang ,biasa diberi
  24. 24. kepada peniaga-peniaga lain, untuk ke sana beliau telah menghantarbudak suruhannya mengiringi Rasulullah, tawaran itu telah diterimaoleh Rasulullah dengan baik. Baginda pun keluar ke sana bersamaMaisarah budak suruhan Khadijah hingga tiba ke negeri Syam.PERKAHWINAN BAGINDA DENGAN KHADIJAH (R.A)Sekembalinya Rasulullah ke Makkah dari perjalanannya, Khadijahmendapati hartanya terjaga dengan penuh amanah dan berkat, yanghingga kini belum pernah dilihatnya, tambahan dengan cerita-ceritayang dilaporkan oleh budak suruhannya Maisarah, mengenai segalasesuatu yang diperhatinya di sepanjang pergaulannya denganRasulullah di sana, dengan perangai-perangai yang lemah lembut,pekerti-pekerti yang mulia, fikiran waras, minda penuh kepintaran danperwatakan yang lurus, kini beliau sudah berjumpa dengan mutiarakehilangannya. Sebelum ini pembesar-pembesar dan pemuka-pemukaQuraisy amat perihatin untuk mengawini beliau, namun kesemualamaran dan permintaan mereka ditolak, kini hasrat dan cita-citanya itudidedahnya kepada sahabat karibnya Nafisah binti Manyah, Nafisahbertanggungjawab menemui Rasulullah untuk merestui hasrat Khadijahkepada Baginda, untuk mengahwininya, Rasulullah pun mempersetujuihasrat Khadijah dan menerima untuk berkahwin dengannya. Bagindapun memberitahu persetujuan tadi kepada bapa-bapa saudaranya,dengan itu mereka semua telah datang menemui bapa-bapa saudaraKhadijah dan terus meminang Khadijah untuk Rasulullah (s.a.w), tidakberapa lama upacara perkahwinan pun dilangsungkan, upacara akadnikah ini telah dihadiri oleh Banu Hashim dan kepala-kepala BaniMudhar. Perkahwinan terlaksana selepas dua bulan kepulanganBaginda dari negeri Syam, Mahar perkahwinan ialah dua puluh ekorunta betina, usianya dimasa itu sudah meningkat empat puloh tahunnamun di ketika itu beliaulah seafdal-afdal wanita pilihannya dari seginasab keturunannya, harta dan pemikiran.Beliau merupakan isteri pertama kepada Rasulullah. Dan Baginda tidak
  25. 25. mengahwini mana-mana perempuan pun semasa hayatnya, hinggalah beliau meninggal. Kesemua anak-anak Baginda adalah dari Khadijah (r.a) kecuali Ibrahim dari Mariah al-Qibtiyah, anak pertamanya bernama Qasim, dengannya Rasulullah digelar Abu al-Qasim, kemudian Zainab, Rukiah, Umi Kalthum, Fatimah dan Abdullah, beliau bergelar sebagai al-Tayyib dan al-Tahir, anak lelakinya kesemuanya meninggal semasa kecil, manakala anak-anak perempuannya kesemuanya sempat dengan kebangkitan Baginda sebagai Rasul utusan Allah, kesemua mereka memeluk Islam dan kesemua mereka berhijrah, semua mereka ini wafat semasa hayat Baginda kecuali Fatimah seorang sahaja yang wafat selepas kewafatan Baginda enam bulan kemudian. PEMBINAAN SEMULA KAABAH DANPERMASALAHAN AL-TAHKIM Dalam usia Baginda tiga puluh lima tahun (35) Quraisy telah bertindak mendirikan semula Kaabah, kerana berlaku keruntuhan pada strukturnya, Kaabah ini sebenarnya satu bangunan tinggi sembilan hasta, sejak zaman Ismail (a.s) tidak berbumbung, pencuri-pencuri telah melarikan harta khazanah di dalamnya. Kaabah telah beberapa kali mengalami kerosakan kerana bangunannya terlalu usang, dindingnya sering retak dan pecah, lima tahun sebelum kebangkitan Rasulullah banjir besar melanda Makkah, airnya yang mengalir deras menuju ke Kaabah, hampir merobohkan bangunan Kaabah itu. Disebabkan oleh kejadian pihak Quraisy terpaksa memperbaharui bangunannya. Demi menjaga kedudukannya, maka mereka bersetuju untuk membangunkannya. Namun tugas tersebut hanya diserahkan kepada mereka yang hanya dikenali sebagai golongan baik, tidak memasukkan perbelanjaan haram, penjualan riba dan orang yang tidak menzalimi orang lain. Mereka takut merobohnya, namun al-Walid bin al-Mughirah al-
  26. 26. Mukhzumi memulakan dan setelah mereka melihat beliau tidak terkenasebarang bala, barulah orang-orang lain berani bertindakmerobohkannya, dan terus mereka merobohkan bangunan yang lamaini hinggalah sampai ke asas yang dibina oleh Saidina Ibrahim, setelahitu mereka memulakan pembinaan Kaabah, di mana merekamembahagikan ruang-ruang kepada setiap qabilah, setiap qabilahbertanggungjawab membereskan pembinaan bahagian yangdipertanggungjawab kepadannya, semua kerja adalah di bawah seliaanseorang arkitek berbangsa Rom bernama Baqum, setelah bangunanselesai disiapkan ke peringkat "Hajar al-Aswad", sekali lagi merekaberselisih pendapat siapa orangnya yang berkeistimewaan untukmengangkat dan meletakkannya ke tempatnya, perbalahan berlarutanhingga ke malam keempat atau kelima, hampir-hampir membawakepada pertumpahan darah dan peperangan sengit di bumi haram itu,hinggalah Abu Umaiyah bin al-Mughirah al-Makhzumimengemukakan cadangan kepada mereka, iaitu untuk menerimapenyelesaian dari orang yang pertama memasuki ke dalam masjid,melalui pintu besar dan beliaulah orang yang akan menjadi hakim,dengan itu mereka yang terlibat pun bersetuju dengan cadangan itu,dengan kehendak Allah, Rasulullahlah orang yang pertama memasukimasjid menerusi pintunya itu, mereka pun melaung itu pun al-Amin,kami semua bersetuju dengan penyelesaian Muhammad.Setibanya Baginda ke majlis mereka, mereka pun menceritakanperistiwa sebenarnya yang terjadi lantas Baginda meminta sehelai kain,lalu diletaknya "Hajar al-Aswad" di atas hamparan kain dan memintasetiap kepala qabilah memegang hujung kain seterusnya memintamereka mengangkatnya, sehingga apabila sampai ke tempatnya makaBaginda sendiri sekali lagi meletakkan dengan tangan Baginda ketempatnya yang asal, demikianlah penyelesaian masalah dengan carayang bijak yang dapat diterima oleh semua kaum.Kerana kesuntukan perbelanjaan pihak Quraisy terpaksamenangguhkan pembinaan yang disebelah utara, lebih kurang enamhasta, kawasan yang dikenali sebagai "Hijr" dan "al-Hutaim" buat
  27. 27. sementara dipasang pintu disitu supaya tidak ada orang memasuki kedalamnya, kecuali yang berhajat, setelah bangunan mencecah limabelas hasta maka di dirikan enam tiang untuk meletak atapnya. Apabilaselesai pembinaan Kaabah, maka kelihatanlah bentuknya yang seakan-akan empat segi padu dengan ketinggian lima belas meter, panjangsudut di mana terletaknya Hajar al-Aswad dan yang setentangdengannya lalah sepuluh meter kali sepuluh meter ketinggian arasletaknya Hajar al-Aswad dari dataran bertawaf setinggi satu perpuluhanlima puluh meter (1.50 meter) manakala lawang pintu setinggi duabetas meter, samalah dengan pintu berukuran dua belas meter ianyadilingkungi dengan tembok dari bawah purata tingginya perpuluhandua puluh lima meter, lebarnya perpuluhan tiga puluh lima meter,tembok berkenaan dikenali sebagai al-Shazarwan yang merupakandasar asal al-Kaabah, tetapi Quraisy mengabaikannya.SEJARAH R1NGKAS SEBELUM KEBANGK1TANDiri Rasulullah merupakan jambangan yang tersusun padanya seluruhkeistimewaan dan kebaikan yang terdapat pada manusia, Bagindaadalah contoh pemikiran unggul lagi jitu, dengan pandangan yangwaras, kecerdikan dan kebijaksanaan tersendiri, ketepatan mencarijalan dan sasaran, urusan Baginda digarapkan melalui sifat berdiamyang panjang disokong dengan pengamatan dan keseriusan berfikirserta sentiasa berpihakkan kebenaran. Kesuburan berfikir dankeheningan naluri semulajadi memampukan Baginda membaca danmencerakinkan pita-pita hidup, pergolakan manusia dan arus-arusperjalanan jamaah-jamaah. Baginda menolak segala bentuk khurafatdan menghindar diri darinya, namun Baginda tetap berinteraksi denganmanusia ramai dengan kewaspadaan dan basirah terhadap sebarangtindakan Baginda dan tindakan mereka.Sekiranya didapati kebaikan tanpa teragak-agak Baginda menyertaimereka, kalau tidak Baginda akan menyusur suasana uzlahnya. Tidakpernah Baginda menjamah khamar, tidak pernah memakan sembelihan
  28. 28. berhala. Tidak pernah menyertai perayaan-perayaan berhala ataueksponya, sejak awal-awal lagi Baginda memang membencikanpenyembahan-penyembahan yang karut dan batil ini, hingga tidak adasuatu pun yang paling dibenci Baginda selain dari berhala-berhala.Baginda tidak dapat menahan kesabarannya untuk mendengar orangbersumpah dengan berhala al-Lata dan al-Uzza.Tidak syak lagi kuasa takdir Allah memagar Rasulullah dengan inayahjagaanNya, diketika mana naluri keinginan kemanusiaan Bagindamerangsang Baginda dari dalam untuk mengambil habuannya darikelazatan duniawi. Jika perasaan Baginda senang menerima sebahagiandari resam-resam yang tercela, di ketika itu pula penjagaan Ilahi akanberperanan menghalang perasaan tadi, mengikut riwayat Ibn al-Athir"Sabda Baginda: Aku tidak pernah berhasrat dengan apa yangdilakukan oleh orang jahiliah selain dua kali sahaja, namunkesemuanya Allah s.w.t menghalang daku dari meneruskannya, lepasitu tidak pernah aku idam-idamkan lagi, hinggalah Allah mengurniakandaku dengan risalahNya. Di suatu malam ku telah berkata kepadabudak suruhan yang mengembala ternakan bersama ku di pinggirMakkah: Boleh tak kalau kamu tolong menjaga kambing-kambingkuini, sehingga dapat ku masuk ke kota Makkah dan berjaga malamseperti pemuda-pemuda lain. Jawab budak itu, Ya! kau boleh pergi.Daku pun keluar sehingga apabila aku sampai ke rumah pertama kupun mendengar alunan alat permainan, ku bertanya orang di situ: Apakeramaian semua itu? Jawab mereka itulah keramaian majlisperkahwinan Si Fulan dengan perempuan Fulan. Daku pun dudukmendengarnya, tetapi Allah telah menutupkan telingaku dan daku punterlena. Kepanasan matahari telah mengejutkan ku dari tidur tadi. Bilaku pulang menemui teman ku, di mana beliau bertanya apa ceritanya,ku pun mencerita segala-galanya, hal yang sama ku cuba di suatumalam yang lain, namun setelah ku sampai ke Kota Makkah hal yangsama terjadi pada ku selepas itu daku tidak pernah mencuba lagi.Al-Bukhari telah meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah dengankatanya: Ketika pembinaan semula Kaabah, Rasulullah telah turut serta
  29. 29. bersama al-Abbas, kerja mereka mengangkut batu-batu. Al-Abbasberkata kepada Rasulullah: Sangkutkan kain kau itu ke tengkok supayadapat menghindar dari terkena batu-batu, bila Baginda berbuatdemikian Baginda terus pengsan dan jatuh ke tanah, dua matanyaterjegil ke langit, setelah sedar terus Baginda melaung, kain ku! kainku! lalu dipakaikan kainnya ke badannya, dalam satu riwayat lainmengatakan: Selepas kejadian itu tidak lagi dilihat aurat Baginda.Rasulullah mempunyai keistimewaan di kalangan kaumnya, denganakhlak-akhlak terpuji, pekerti-pekerti mulia dan sifat-sifat terpuji.Baginda tokoh termulia di kalangan bangsanya, elok perangai, tinggisikap kejiranan, lapang kesabarannya, benar percakapan, lemah lembutpergaulan, bersih jiwa, murah pemberian, mulia pekerjaan, menepatijanji, beramanah dan bertanggungjawab hingga mereka menggelarnyasebagai "al-Amin " kerana Baginda memiliki pekerti dan sifat-sifatyang disenangi. Baginda adalah sepertimana yang disifatkan olehKhadijah sebagai:"Seorang yang sentiasa menanggung beban, membantu orang yangkesempitan, memberi makan kepada tetamu dan menolong menegakkebenaran ".
  30. 30. SEMASA KERASULAN Turunnya wahyu pertama merupakan detik paling bersejarah dalam kehidupan Muhammad S.A.W, bermulanya tugas mencabar sebagai Rasul Allah yang bertanggungjawab menyelamatkan manusia dari kesesatan. Ia lebih mencabar apabila wahyu yang diterimanya itu menjadi bahan pertikaian di kalangan Quraisy Mekah yang selama ini memuji-muji keperibadian Muhammad bin Abdullah. DIBAWAH NAUNGAN AL- NUBUWAH DAN AL-RISALAH Dl GUA HIRA Bila usia Baginda meningkat empat puluh tahun, renungan dan pengamatan Baginda di masanya yang silam, membawa Baginda semakin jauh lagi jurang dan cara pemikiran Baginda dari kaumnya, membawa Baginda gemar untuk mengasingkan diri berikhtila, untuk itu Baginda membawa bekalan dan air untuk maksud ke gua Hira di bukit al-Nur dengan jarak dua batu ke bandar Makkah, ianya adalah sebuah gua yang selesa (panjangnya empat hasta). Turut bersama, keluarga Baginda, di sana Baginda tinggal selama sebulan Ramadhan. Baginda memberi jamuan kepada fakir miskin yang menziarahinya, di samping Baginda menghabiskan masanya di sana untuk beribadat dan berfikir mengenai alam semesta sekelilingnya, kudrat disebalik penciptaannya, Baginda tidak senang dengan akidah pegangan syirik kaumnya, yang terlalu rapuh dan reput itu, serta tasawurnya yang tidak bertunjang. Baginda mempunyai satujalan keluar yang jelas, atau satu program yang padu dan haluan arah-tuju yang boleh Baginda berpuas hati dengannya. Pemilihan Baginda untuk beruzlah itu merupakan sebahagian dari program yang disusun oleh Allah s.w.t untuk Baginda sebagai persiapan untuk menangani persoalan agung. Malah ianya suatu yang tidak dapat tidak
  31. 31. bagi mana-manajiwa agung untuk berperanan membentuk perjalanan hidup manusia. Jiwa seperti ini hams berikhtila dan beruzlah untuk beberapa ketika memutus hubungan dari kesibukan bumi, kebisingan hidup dan kegawatan manusia yang memilih perjalanan hidup duniawi. Demikian Allah menyusun program untuk Muhammad sebagai persiapan untuk memikul amanah agung di muka bumi ini, dalam rangka untuk merombak dan merubah sistem yang sedemikian lama bermaharaja di bumi ini dan demi untuk membetulkan landasan sejarah yang diselewengkan. Allah menyusun program al-Uzlah ini, tiga tahun sebelum Baginda memikul amanah dan risalah Ilahi ini, di dalam beruzlah ini Baginda mengambil masa selama beberapa bulan, menghayati kehadiran bayu maya pada yang serba bebas dan merdeka. Di sampingnya Baginda mengamati alam di sebalik maya pada ini, sehingga tiba masanya untuk bermuamalah dan berinteraksi dengan alam ghaib itu, iaitu pada ketika yang dikehendaki Allah. DIBAWAH NAUNGAN AL- NUBUWAH DAN AL-RISALAH Dl GUA HIRA Bila usia Baginda meningkat empat puluh tahun, renungan dan pengamatan Baginda di masanya yang silam, membawa Baginda semakin jauh lagi jurang dan cara pemikiran Baginda dari kaumnya, membawa Baginda gemar untuk mengasingkan diri berikhtila, untuk itu Baginda membawa bekalan dan air untuk maksud ke gua Hira di bukit al-Nur dengan jarak dua batu ke bandar Makkah, ianya adalah sebuah gua yang selesa (panjangnya empat hasta). Turut bersama, keluarga Baginda, di sana Baginda tinggal selama sebulan Ramadhan. Baginda memberi jamuan kepada fakir miskin yang menziarahinya, di samping Baginda menghabiskan masanya di sana untuk beribadat dan berfikir mengenai alam semesta sekelilingnya, kudrat disebalik penciptaannya, Baginda tidak senang dengan akidah pegangan syirik kaumnya, yang terlalu rapuh dan reput
  32. 32. itu, serta tasawurnya yang tidak bertunjang. Baginda mempunyaisatujalan keluar yang jelas, atau satu program yang padu dan haluanarah-tuju yang boleh Baginda berpuas hati dengannya. PemilihanBaginda untuk beruzlah itu merupakan sebahagian dari program yangdisusun oleh Allah s.w.t untuk Baginda sebagai persiapan untukmenangani persoalan agung. Malah ianya suatu yang tidak dapat tidakbagi mana-manajiwa agung untuk berperanan membentuk perjalananhidup manusia. Jiwa seperti ini hams berikhtila dan beruzlah untukbeberapa ketika memutus hubungan dari kesibukan bumi, kebisinganhidup dan kegawatan manusia yang memilih perjalanan hidup duniawi.Demikian Allah menyusun program untuk Muhammad sebagaipersiapan untuk memikul amanah agung di muka bumi ini, dalamrangka untuk merombak dan merubah sistem yang sedemikian lamabermaharaja di bumi ini dan demi untuk membetulkan landasan sejarahyang diselewengkan. Allah menyusun program al-Uzlah ini, tiga tahunsebelum Baginda memikul amanah dan risalah Ilahi ini, di dalamberuzlah ini Baginda mengambil masa selama beberapa bulan,menghayati kehadiran bayu maya pada yang serba bebas dan merdeka.Di sampingnya Baginda mengamati alam di sebalik maya pada ini,sehingga tiba masanya untuk bermuamalah dan berinteraksi denganalam ghaib itu, iaitu pada ketika yang dikehendaki Allah.…………………..penurunan wahyuPENANGGUHAN WAHYUAdapun tempoh penangguhan wahyu, mengikut riwayat Ibn Saaddaripada Ibn Abbas yang bermaksud bahawa penangguhan itu adalahbeberapa hari, pendapat yang rajih (berat) malah itulah pendapat yangtepat, iaitu setelah dilihat dari beberapa aspek. Manakala pendapat yangmasyhur mengatakan yang ianya berlarutan hingga tiga tahun atau dua
  33. 33. tahun setengah, ini bukan pendapat yang sahih dari mana-mana sudutpun. Namun bukan di sini ruang untuk kita perlihatkan pendapattersebut.Di hari-hari penangguhan wahyu Rasulullah hidup dalam keadaanmuram dan berduka, Baginda dilanda kehairanan dan kebimbangan, halini telah diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam bahagian kitab al-Tabirdengan nasnya yang bermaksud: Dan Wahyu pun tertangguh beberapaketika menyebabkan Baginda berduka, mengikut maklumat yangsampai kepada kita, bahawa Baginda tersangat berdukacita, hinggamendorong Baginda berkejar, berkali-kali ke kemuncak bukit, hendakmenghumban diri, namun apabila sampai ke kemuncak sana untukmencampak dirinya, Jibril pun menampilkan diri sambil berkata:Wahai Muhammad! Sesungguhnya engkau adalah utusan Allah yangsebenar. Dengan itu gelora dalam hatinya pun kembali tenang danjiwakembali tenteram, dengan itu Baginda pulang semula ke rumah, sekalilagi bila wahyu tertangguh kembali pula Baginda dilanda perasaangundah dan dukacita, berulang pula Baginda ke kemuncak bukit dansekali lagi Jibril menampakkan dirinya seraya melaung ungkapan yangsama kepada Rasulullah.JIBRIL MEMBAWA WAHYU DI KALI KEDUAIbnu Hajar menceritakan penangguhan wahyu pun sudah berlalu, ituadalah dengan tujuan untuk membuang perasaan gerun dari hatiBaginda dan untuk membangkit perasaan merindukan wahyu, setelahmana perasaan kehairanan sudah tiada lagi, disebaliknya tertegak pulatunggak hakikat. Kini Rasulullah sudah arif dengan penuh keyakinanbahawa Baginda adalah nabi utusan Allah s.w.t, yang datang menemuiitu adalah duta wahyu membekal Baginda warta dan perkhabaranlangit, hingga dengan itu Baginda sudah kepiftginan dengan Jibril danwahyu Ilahi, sikap inilah yang membawa Baginda cekal dan sanggupmenerima dan memikul tugas dakwah, ketika Jibril kembali datangmenemui Baginda iaitu dikali kedua. Al-Bukhari telah meriwayatkandari Jabir bin Abdullah bahawa beliau telah mendengar Rasulullahmenceritakan mengenai penangguhan wahyu dengan sabdanya yang
  34. 34. bermaksud:"Di ketika daku sedang berjalan tiba-tibaku terdengar satu suara darilangit maka ku pun mengangkat pandanganku ke arah langit, tiba-tibamalaikat yang mendatangi daku di gua Hira dahulu sekali lagi kulihatnya sedang duduk di atas kursi di antara langit dan bumi, dakuterkejut dan tergamam hingga terjatuh ke bumi, kemudian aku segerapulang menemui keluarga dengan meminta: Selimutkanlah daku,selimutkanlah daku, selimutkanlah daku", disusuli dengan turunnyaayat Allah:Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan danamaran (kepada umat .manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah daningatlah kebesaran-Nya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkaubersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.(al-Muddadstsir: 1-5)PENJELASAN LANJUT MENGENAI JENIS-JENIS WAHYUSebelum kita menghuraikan secara terperinci mengenai penghidupansebagai seorang rasul dan nabi, kita berpendapat ada baiknya terlebihdahulu kita mengenali jenis-jenis wahyu yang merupakan sumberrisalah dan bekalan dakwah, Ibnu al-Qayyim telah menyebut peringkat-peringkat wahyu:Pertama: Mimpi benar, ianya adalah permulan wahyu kepadaRasulullah.Kedua: Sesuatu yang dicampakkan oleh Malaikat ke dalam dadanyadan hati naluri Rasulullah tanpa melihatnya, sebagaimana yang telahdinyatakan oleh Rasulullah (s.a.w): Sesungguhnya Jibril telahmencampak ke dalam hatiku bahawa: Sesuatu jiwa itu tidak akan matikecuali setelah genap rezekinya, hendaklah kamu bertaqwa kepadaAllah, dan berusahalah dengan baik di dalam usaha mencari rezeki, danjangan sekali-kali dek kelewatan rezeki itu ianya mendesak kamuberusaha secara memaksiati Allah, kerana sesungguhnya sesuatu di sisiAllah itu tidak boleh diperolehi kecuali dengan mentaatinya.Ketiga: Rasulullah didatangi Jibril yang menjelma dirinya sebagai
  35. 35. seorang lelaki, dan berblcara dengan Baginda di mana Rasulullahmenyedari dan mengingati segala apa yang diperkatakan kepadanya, didalam peringkat ini para sahabat pun turut dapat melihat Jibril padaketika-ketikanya.Keempat: Rasulullah didatangi melalui bunyian seperti deringanloceng, cara ini yang paling berat bagi Rasulullah untuk menerimanya,melaluinya Jibril turut menyertainya, hinggakan dahi Bagindamencucur keringat walaupun di hari yang terlalu dingin, malahtunggangannya sekali turut bersimpuh ke bumi. Di suatu ketika wahyudalam bentuk ini turun kepada Rasulullah (s.a.w) sedang pahanya diatas paha Zaid bin Thabit, Zaid terasa berat bagaikan nak pecah.Kelima: Baginda melihat malaikat Jibril dalam bentuk parasnya yang diciptakan, lalu diwahyukan kepadanya sekehendak Allah, cara ini terjadikepada Baginda dua kali, seperti mana Allah menyebutnya di dalamsurah al-Najm.Keenam: Tanpa hijab: sebagaimana yang diwahyukan kepada Bagindasemasa Baginda berada di petala langit di malam Mikraj, Bagindamenerima perintah solat dan sebagainya.Ketujuh: Percakapan Allah secara langsung kepadanya tanpaperantaraan Malaikat seperti mana Allah berbicara dengan Musa binImran, jenis ini sabit kepada Musa a.s di dalam al-Quran, juga sabitkepada Rasulullah di dalam peristiwa al-Isra.Sesetengah ulama menambahkan peringkat kelapan iaitu percakapanAllah bersemuka dengan rasulnya tanpa hijab, ini adalah masalahkhilafiah di antara salaf dan khalaf. Berakhir sudah, dengan ringkasansingkat mengenai peringkat permulaan hingga kelapan penurunanwahyu.SELEPAS KERASULAN Kemunculan dakwah Rasulullah S.A.W. di tengah kegelapan jahiliyah, mendorong dakwah itu dilaksanakan secara berhati-hati dan berperingkat.
  36. 36. Permulaan dakwah nabi secara rahsia, sebagai strategi dakwah nabi yang sangat cermat. Ia mengambil masa yang panjang dan penuh berhati- hati kerana apa yang hendak disampaikan adalah bercanggah secara total dengan kepercayaan dan amalan harian kaum jahiliyah Arab.PERINGKAT-PERINGKAT DAKWAH DAN TAHAP-TAHAPNYATempoh dakwah Rasulullah s.a.w boleh dibahagikan kepada duaperingkat, kedua-duanya itu berbeza di antara satu sama lain:1. Peringkat Makkah selama tiga belas tahun.2. Peringkat Madinah selama sepuluh tahun genap.Setiap peringkat ini ada ciri-cirinya yang tersendiri, ciri-ciri ini dapatdilihat dengan jelas pada setiap zuruf dan persekitaran yang dilaluinya.Peringkat Makkah boleh dibahagikan kepada tahap-tahap berikut:1. Tahap dakwah secara rahsia tiga tahun.2 .Tahap iklan dan keterbukaan dakwah penduduk Makkah. Bermuladari tahun keempat tarikh kebangkitan hinggalah ke kemuncak tahunkesepuluh.3. Tahap ketiga keluar ke kota Makkah dan penyebaran di kalanganmereka, bermula dari penghujung tahun kesepuluh hingga ke hijrahRasulullah.Manakala tahap-tahap diperingkat Madinah akan kita jelaskan ditempatnya nanti.TAHAP PERTAMAJIHAD MELALUI DAKWAHTiga tahun berdakwah secara rahsia.Seperti yang diketahui, Makkah merupakan pusat agama bangsa Arabdan kecergasannya, pegawai dan pengumpul agama bertempat di KotaMakkah. Mereka juga penyelia dan pengawal, berhala-berhala seluruh
  37. 37. bangsa Arab di masa itu, untuk sampai kepada sasaran pengislahanamat sukar sekiranya jauh dari Makkah itu sendiri, kerja inimemerlukan kepada kecekalan hati dan ketabahan yang tidak bolehdigugat oleh dugaan dan bencana.Adalah bijak dan hikmah dakwah di masa ini secara rahsia, supayatidak mengejutkan penduduk Makkah dengan suatu yang bolehmembangkitkan kemarahan mereka.GENERASI PERTAMASuatu hal yang biasa dan tabii di mana Rasulullah cubamemperkenalkan Islam untuk kali pertama kepada orang-orang yangterdekat dengan Baginda, keluarga dan kawan-kawan Baginda. Merekainilah yang paling awal didakwahkan, didakwahkan juga orang-orangyang dikenali dengan kebaikan mereka, dikenali mereka sebagaigolongan mencintai kebenaran dan kebaikan dan sebaliknya merekapula mengenal Rasulullah sebagai individu yang mengutamakankebenaran dan kebaikan. Antara mereka memang ada yang menyahutseruan Baginda itu tanpa meragui sesuatu pun mengenai peribadiRasulullah dan mengenal maksud dan tujuan Rasulullah berdakwahdengan risalahnya itu, golongan ini dikenal dalam sejarah Islam sebagaigenerasi al-Sabiqun al-Awwalun. Mereka ini terdiri dari isteri BagindaSaidah Khadijah r.anha, Ummu al-Mukminin sebagai orang yangterawal menganut Islam. Orang suruhannya Zaid bin Harithah binSyurahbil al-Kalabi, anak saudaranya Ali Ibni Abu Talib yang masihkanak-kanak lagi, di bawahjagaan Rasulullah, kawannya yang terdekatAbu Bakr al-Siddiq, kesemua mereka ini mengucap Kalimah Syahadahdi hari pertama Rasulullah memperkenalkan dakwahnya.Abu Bakr menyusul pula sebagai penggerak dan pendakwah yang aktif,beliau merupakan tokoh yang disenangi dan mudah berkomunikasidengan orang ramai lagi berakhlak mulia. Anggota kaumnya sentiasamendatangi beliau dan berdamping dengannya, kerana ilmupengetahuan, perniagaan dan mulia pergaulannya. Beliau bertugasmengajak orang yang dipercayai yang sentiasa berhubungan
  38. 38. dengannya, mereka itu seperti Uthman bin Affan al-Umawi, al-Zubairbin al-Awam al-Usdi, Abdul Rahman bin Auf al-Zuhri, Sad Ibn AbiWaqqas al-Zuhri dan Talhah bin Abdullah al-Tayyimi. Mereka iniseramai lapan orang adalah generasi peneroka dan terawal menganutIslam.Di antara yang terawal juga ialah, Bilal bin Rabah al-Habsyi, kemudiandisusuli pula oleh Amin al-Ummah orang kepercayaan umat iaitu AbuUbaidah Amir bin al-Jarah dari Bani al-Harith bin Fihr, Abu Salamahbin Abdul al-Asad al-Makhzumi, al-Arqam bin Abu al-Arqam al-Makhuzmi, Uthman bin Mazun dan dua saudaranya Qudamah danAbdullah, Ubaidah bin al-Harith bin al-Mutalib bin Abdul Manaf, Saidbin Zaid al-Adawi al-Urus dan isterinya Fatimah bin al-Khattab al-Adwiah adik perempuan Umar Ibni al-Khatab, Khabbab bin al-Arat,Abdullah bin Masud al-Huzali dan ramai lagi selain mereka ini,mereka adalah dianggap sebagai lapisan terawal menganut Islam al-Sabiqun al-Awwalun. Mereka ini dari seluruh keturunan Quraisy, IbnuHisham telah menghitung mereka seramai empat puloh orang.Menyebut sebahagian mereka sebagai golongan al-Sabiqun al-Awwalun sekadar sepintas lalu. Ibn Ishak telah menyebut: Kemudianmaka masuklah bilangan yang ramai ke dalam Islam bertali arus tidakputus-putus menyebabkan keriuhan di Kota Makkah dan diperkatakanorang.Namun kesemua mereka ini memeluk Islam secara rahsia, Rasulullahterus membuat pertemuan dengan mereka member! pertunjuk kepadamereka mengenai hal agama secara bersembunyi, kerana dakwah masihlagi dalam bentuk individu dan rahsia. Wahyu turun tanpa putus-putuslagi, iaitu selepas terturunnya awalan surah al-Muddasir, bahagian-bahagian surah yang turun di masa-masa ini merupakan ayat-ayat yangpendek-pendek, struktur ayatnya indah dan kemas, rentak-rentaknyaadalah lembut, seni susunannya sesuai dengan tuntutan suasana yangdamai, bertemakan pembersihanjiwa dan mengecam kerja-kerjapencemaran diri dengan noda-noda dunia. Mengambarkan keindahansyurga dan keburukan neraka bagaikan tertera di hadapan mata kepala,
  39. 39. membimbing manusia mukmin dalam satu suasana yang berbeza darisuasana masyarakat manusia di ketika itu.SOLATPerintah yang terawal sekali diturunkan ialah solat, Muqatil binSulaiman telah menyebut: Allah Subhanahu Wa Taala telahmemfardukan solat di permulaan Islam dengan dua rakaat di pagi haridan dua rakaat di malam hari, berdasarkan firman Allah:"Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu di waktu malam dan diwaktu pagi".(al-Mumin: 55)Ibn Hajar telah berkata: Dengan jelas Rasulullah sebelum Israbersembahyang, demikianjuga para sahabat Baginda, cuma yangdiikhtilafkan apakah difardhukan solat-solat yang dilakukan sebelumkefardhuan solat lima waktu itu, atau apakah ianya bukan fardhu? Adapendapat mengatakan yang difardhukan itu ialah solat sebelum naikmatahari dan sebelum terbenamnya. Al-Harith bin Usamah katanya:Bahawa Rasulullah (s.a.w) dipermulaan penurunan wahyu, Bagindatelah didatangi Jibril (a.s), beliau mengajar Baginda cara berwudhuksetelah selesai berwudhuk diambilnya air secebok, maka dibasuhkemaluannya, Ibnu Majah meriwayat hadith yang sama dengannya,juga hadith yang diriwayat dari al-Bara bin al Azib dan Ibnu Abbas,dan tersebut di dalam hadith Ibn Abbas yang bermaksud:"am adalah dipermulaan fardhu solat"Ibnu Hisham menyebut bahawa Rasulullah (s.a.w) dan para sahabatBaginda, mereka semua apabila tibanya waktu solat, mereka keluar kelorong tertentu untuk menunaikan solat, bersembunyi dari kaummereka, di suatu ketika Abu Talib pernah ternampak Rasulullah danSaidina Ali sedarig bersembahyang lalu beliau menanyakan kepadamereka berdua, mengenai sembahyang yang mereka lakukan itu, bilabeliau memastikan jelas amal ibadat ini, beliau menyuruh merekaberistiqamah dengannya.
  40. 40. MAKLUMAT TELAH SAMPAI KE PENGETAHUAN QURAISY.Setelah dilihat dari berbagai aspek yang berlainan terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku, nampaknya dakwah di dalam tahap ini,meskipun bersifat rahsia dan individu namun beritanya sudah puntersibar kepengetahuan Quraisy, tetapi ianya tidak dipedulikan sangat.Al-Syeikh Muhammad al-Ghazali r.a. menyebut: Berita dakwahRasulullah ini telahpun sampai ke pengetahuan Quraisy, tetapi merekatidak mengambil endah sangat. Kemungkinan pihak Quraisymenyangka Muhammad ini salah seorang jenis manusia yang kuatberagama, yang bercakap mengenai ketuhanan dan tugasnya, amalanseperti ini sama seperti amalan Umaiyah bin Abi al-Salt, Quis binSaidah, Amru bin Nufail dan lain-lain lagi, walau macam manasekalipun pihak Quraisy tetap mencurigai kesannya. Oleh itu merekamemerhati hari demi hari, perkembangan lanjut dan kesudahandakwahnya ini.Berlalu tiga tahun dakwah Rasulullah, ianya masih lagi rahsia dandalam konteks individu. Apa yang berlaku ialah tertegaknya sebuahjamaah golongan mukmin yang bertunggakkan persaudaraan dansanggup tolong menolong, bekerja menyampaikan risalah Muhammaddan mengemaskan tapak perjuangannya. Namun selepas tiga tahun kiniRasulullah diminta supaya mengisytiharkan dakwahnya kepadakaumnya dan menghadapi kepalsuan mereka, menentang sertamengecam berhala-berhala mereka.TAHAP KEDUADAKWAH SECARA TERANG-TERANGANArahan awal menggerakkan dakwah:Arahan awal supaya digerakkan dakwah secara terang-terangan adalahberdasarkan ayat terawal diturunkan mengenainya yang bermaksud:"Dan berilah peringatan kepada keluarga mu yang terdekat. "Surah yang termuatnya ayat ini ialah surah al-Syuara, diawalnyadikisahkan Musa a.s, bermula dari kebangkitan sebagai nabi hinggalah
  41. 41. hijrahnya bersama Bani Israel, kejayaan mereka terlepas dari Firaundan petualang-petualangnya dan penenggelaman Firaun bersama-samaorangnya ke dalam laut, kisah ini mengandungi tahap-tahap dakwahnabi Musa yang dilaluinya dalam usaha mengajak Firaun dan kaumnyauntuk beriman dengan Allah. Pada saya pengisahan Musa secara teruraiini bertujuan untuk mengiringi sumhan Allah kepada nabi Muhammads.a.w untuk berdakwah kepada kaumnya, agar kisah ini menjadi teladantertera dihadapan mata kepala mereka, di mana mereka akanmenghadapi pendustaan dan penyiksaan semasa merekamengisytiharkan dakwah secara terbuka dan supaya dari awal-awal lagimereka mempunyai ain basirah terhadap kerja yang bakal merekalaksanakan nanti.Dari sudut yang lain surah ini juga menyebut kesudahan mereka yangengkar dengan utusan Allah, mereka terdiri dari kaum Nuh, Aad,Thamud, kaum Ibrahim, kaum Lut, penghuni al-Aikah - selain dariFiraun dan kaumnya, agar mereka mengambil periktibaran, bahawakesudahan mereka pun sama juga sekiranya mereka terus mendustaiRasulullah dan kaum Mukminin akan mengetahui bahawa balasan yangbaik sedang menunggu mereka.SERUAN KEPADA KELUARGA TERDEKATTindakan awal yang dilakukan oleh Rasulullah sebaik sahaja turun ayatmengenai seruan cara ini ialah dengan menjemput anggota BaniHasyim, mereka seramai empat puluh lima orang, yang juga terdiri darikeluarga Bani al-Mutalib bin Abdul Manaf. Dalam majlis ini AbuLahab memulakan percakapan dengan katanya: Mereka ini semuabapa-bapa saudara dan anak-anak saudara kamu, ayuh bercakaplahtetapi tinggalkan persoalan al-Saba ah keluar agama, kau mesti tahu dimana seluruh bangsa Arab bangsa kamu juga, mereka ini tidakberkuasa, dan aku lebih berhak memegang kamu, untuk kamu memadaisetakat anak pinak bapa kamu, sekiranya kau berhenti setakat yangtelah kamu lakukan itu, maka itu lebih senang diterima oleh kesemuaqabilah-qabilah Quraisy, dan disokong oleh bangsa-bangsa Arab.
  42. 42. Setakat hari ini aku belum pernah bertemu dengan seorang lelaki yangtelah membawa keburukan ke atas kaumnya, seperti yang kau lakukanini. Rasulullah s.a.w berdiam diri dan langsung tidak berkata-katasebarang apa pun, di dalam majlis itu. Kemudian, sekali lagi Rasulullahmenjemput mereka dan berkata:Segala puji-pujian bagi Allah daku lafazkanm, denganNya lakumemohon pertolongan, denganNya daku beriman, ke itasNya dakubertawakkal, daku bersaksi sesungguhnya tiada luhan melainkan Allahyang Esa, tiada sekutu bagiNya. Katanya iagi: Sesungguhnyapemimpin tidak mendustai, demi Allah tiada Iihan melainkan Dia,sesungguhnya daku adalah pesuruh Allah, kepada kamu secara khususdan untuk manusia secara umum. Demi Allah sesungguhnya kematiankamu itu tidak lebih seperti tidur kamu dan kamu akan dibangkitkansemula sama seperti kamu dijagakan dari tidur ini. Sesungguhnya kamuakan dihitung di atas segala amalan yang kamu lakukan, balasannya itusamada ke syurga selama-lamanya atau ke neraka selama-lamanya.Abu Talib bangun menyahut Rasulullah dengan berkata: Tidak adasuatu pun yang Allah suka bagi kami selain dari membantu kamu,menerima nasihat kamu, mempercayai kata-kata kamu itu, mereka yangberkumpul ini adalah anak keluarga bapa engkau, aku ini cuma salahseorang dari mereka tetapi aku lebih segera untuk menerima apa yangkamu senangi itu. Ayuh, teruslah dengan sesuatu yang telahdiperintahkan ke atas kamu itu, demi Allah aku ini masih Iagi menjagadan mempertengahkan kamu, namun jiwaku masih tidak berupaya dansanggup untuk berpisah dengan agama Abdul Muttalib itu. Segeradicelah oleh Abu Lahab dengan katanya: Demi Allah ini adalah salahsatu keretakan, pegang tangannya sebelum dia dipertahankan olehorang lain. Jawab Abu Talib, demi Allah kami akanmempertahankannya selagi hayat dikandung badan.DI BUKIT AL-SAFASetelah Rasul memperolehi kepastian dari penjagaan Abu Talibterhadap dirinya semasa Baginda menyampaikan risalah Tuhannya,
  43. 43. maka Rasulullah di suatu hari telah berdiri di Bukital-Safa dan menyeru: Ayuh berkumpullah kamu di pagi hari ini. Makabergegaslah keluarga qabilah Quraisy ke hadapan Rasulullah. Di sanaRasulullahmengajak mereka untuk beriman dengan Allah Yang Esa,dengan risalahnya dan dengan hari akhirat. Mengenai kisah ini Imamal-Bukhari meriwayatkan sebahagian darinya, iaitu melalui Ibnu Abbasdengan katanya:"Dan berilah peringatan kepada keluarga mu yang terdekat. "Setelah turunnya ayat ini, maka Rasulullah pun segera ke bukit Safadan menyeru dengan katanya: Wahai Bani Fihr, Bani Aud, keluargaketurunan Quraisy, hingga dengan itu maka berkumpullah merekasemua, hingga kalau ada yang tidak dapat keluar, mereka menghantarwakilnya untuk mengikuti apakah yang berlaku. Abu Lahab dansekelian Quraisy pun datang disitu. Rasulullah berkata: Bagaimanakalau ku katakan kepada kamu kalian, bahawa di sebalik bukit sana adamusuh berkuda akan menyerang kamu, apakah kamu boleh percayacakap ku itu? Jawab mereka: Ya kami percaya, sebab selama ini belumpernah kami berpengalaman, selain dari kebenaranmu. Maka sambungRasulullah dengan kata-katanya: Sesungguhnya aku hendak memberiperingatan kepada kamu kalian bahawa azab sengsara sedang menantikamu! Maka kata Abu Lahab: Binasalah kau diseluruh hari ini, apakahuntuk ini maka kamu mengumpul kami semua, dengan itu turunlah ayatAllah yang bermaksud:Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab ".Imam Muslim pula meriwayatkan sebahagian yang lain pula dari ceritaini, iaitu melalui Hadith yang diriwayat oleh Abu Hurairah. Katanya,setelah terturunnya ayat Allah yang bermaksud:"Dan berilah peringatan kepada keluargamuyang terdekat. "Maka Rasulullah pun mengajak mereka secara umum dan khusus; kataBaginda: Wahai kalian Quraisy, selamatkanlah diri kamu dari apineraka, wahai kalian Kaab selamatkanlah diri kamu dari api neraka,demi Allah sesungguhnya daku tidak berkuasa menolong kamu dariazab Allah, apa yang ada hanyalah hubungan rahim yang akan ku
  44. 44. cubakannya.Inilah laungan yang berkumandang membawa maksud penyampaianyang optima. Sebenarnya Rasulullah telah menerangkan kepada yangterdekat dengannya, bahawa mempercayai dengan risalah yangdibawanya ini merupakan penyuburan kepada hubung rahim di antaraBaginda dan mereka semua. Kefanatikan kekeluargaan yang menjadipegangan bangsa Arab ini dicairkan oleh bahang kepanasan inzar-inzar(peringatan-peringatan) dari Rasulullah s.a.w. yang pasti akan disusulidengan azab dari daripada Allah s.w.t.MEMPERJUANGKAN KEBENARAN DAN REAKSIMASYARAKAT MAKKAHSuara seruan Rasul di bukit al-Safa itu masih lagi bergema dipelusukpenjuru kota Makkah, hinggalah turuimya ayat Allah:"Maka sebarkanlah dengan apa yang telah diperintahkan kepadamu danberpaling tadahlah dari kaum musyrikin "(al-Hijr: 94)Rasulullah bangun melaksanakan tugasnya itu dan membongkarkhurafat-khurafat syirik dan kepalsuannya. Rasulullah memperingatkanhakikat berhala-berhala yang mereka sembah itu yang ketiadaan nilaisedikit pun. Baginda mendedahkan kekosongan fungsinya dengancontoh-contoh sebagai pendekatan. Baginda menjelaskan dengankenyataan-kenyataan, di mana para pemimpin yang dianggap sebagaiperantaraan menghubungkan mereka dengan Allah adalah kerja-kerjayang sia-sia dan sesat semata-mata. Seluruh Makkah menjadi berangdan marah, merasakan satu kepelikan dan aneh seterusnya membantahdan memprotes terhadap tuduhan dan ancaman yang menganggaporang musyrikin dan penyembahan berhala sebagai sesat, tuduhan itudianggap melulu bak halilintar berdentum di celah mendung langit,menggegar suasana yang penuh kedamaian. Kaum Quraisy bangunserentak untuk menyekat satu revolusi yang muncul dengan tiba-tiba,mereka curiga ianya akan melenyap dan meranapkan budaya hidupyang mereka warisi selama ini.
  45. 45. Mereka bangun serentak, kerana mereka mengetahui dengan pastibahawa "beriman" itu ertinya menafi seluruh tuhan selain dari Allah.Beriman dengan risalah Muhammad dengan hari Akhirat berertipenyerahan total dan pengakuan yang mutlak, dengan ertikata merekasudah tidak mempunyai sebarang pilihan lagi pada diri merekamahupun pada harta mereka lebih-lebih lagi terhadap orang lain. Inijuga bermakna penafian kekuasaan dan kelebihan mereka ke atasbangsa Arab atas nama agama. Kerana mereka enggan melaksanakankehendak Allah dan RasulNya, sanggup mempertahankanpenganiayaan yang mereka lakukan selama ini terhadap lapisanbawahan mereka, berkeras untuk meneruskan kejahatan yang merekasudah berbudaya dengannya pagi dan petang, mereka arif kesemuaperilaku yang memalukan ini, maka itulah yang menyebabkan jiwamereka enggan untuk menerima risalah Muhammad (s.a.w), untukkebaikan dan kemuliaan, tetapi sebaliknya rela untuk meneruskankejahatan seperti firman Allah:"Bahkan manusia menghendaki untuk terus berjahat di masa yang akandatang".(al-Qiyaamah: 5)Mereka sedar semuanya ini, tetapi apakah yang akan mereka lakukanberhadapan dengan lelaki yang benar dan beramanah ini, yangmerupakan contoh ideal kepada akhlak mulia dan kemanusiaan yangsempurna, selama ini mereka belum pernah menemui satu contoh danbandingan seperti Muhammad s.a.w ini disepanjang sejarah mereka dansejarah ibu bapa mereka. Apakah yang akan mereka lakukan? Merekasebenarnya kebingungan dan memanglah wajar mereka kebingungan.Setelah menilik pemikiran mereka sematang-matangnya, didapati tiadajalan lain selain dari menemui bapa saudaranya Abu Talib, merekaakan meminta jasa baik Abu Talib supaya menghalang anaksaudaranya itu, dari meneruskan tindakan memperlecehkan berhala-berhala mereka, untuk mengemaskan tuntutan mereka itu, mereka akanmendakwa: Bahawa tindakan dan seruan untuk meninggalkan tuhan-tuhan mereka, di samping menyatakan ketiadaan sebarang faedah atau
  46. 46. sebarang daya pun bagi berhala-berhala itu, adalah satu penghinaan danmerendah-rendahkan nenek moyang mereka yang mewarisi agama ini.Sebaik sahaja mereka dapat idea ini terns mereka berhadapan denganAbu Talib.PERWAK1LAN QURAISY MENEMUI ABU TALIBIbnu Ishak meriwayatkan; tokoh-tokoh pemuka Quraisy bergerakmenemui Abu Talib dan mereka bersuara: Wahai Abu Talib,sebenarnya anak saudaramu itu telah mencela tuhan-tuhan kita,memperbodohkan agama pegangan kita, memperkecilkan pemikirankita dan mendakwa datuk nenek kita dalam kesesatan. Di sini kamimenuntut samada kamu berhentikannya dari kata-katanya itu, atauberikan kami laluan untuk kami buat perhitungan dengannya. Kamupun sama dengan kami juga, tidak mempersetujuinya, ayuh kitabersama-sama menghalangnya. D sini Abu Talib menjawab kepadamereka dengan kata-kata yang lunak dan jawapannya pun bermuslihat,dengan itu mereka semua pulang, sedang Rasulullah kekal denganusahanya itu mengembang agama Allah dan menyeru kepadanya.MAJLIS PERMESYUARATAN BERSIDANG UNTUKMENCEGAH JEMAAH HAJI DARI MENDENGAR SERUANRASULULLAHDi dalam tempoh hari-hari ini, timbul satu perkara baru yangmerunsingkan Quraisy kerana musim haji pun sudah tidak berapa bulanlagi, sedang dakwah secara terang-terangan mula mengoraklangkahnya. Rombongan haji tidak lama lagi akan tiba, mereka harusada satu kata-kata sakti mengenai diri Muhammad (s.a.w) yang mampumenghalang dakwahnya daripada mempengaruhijiwa bangsa Arab.Dengan itu mereka berkumpul bersama al-Walid Ibn al-Munghirah,membentuk kata-kata sakti itu, maka kata al-Walid: Kamu harusbersatu danjangan ada di antara kamu yang berselisih atau mendustaantara satu sama lain, atau ada yang menolak pendapat orang lain,maka mereka semua sekata. Ayuh kamu yang kemukakan. Lalu mereka
  47. 47. menyebut: Kita katakan dia seseorang sami, jawab al-Walid: DemiAllah dia bukan seorang sami, semua kita pernah melihat sami-sami,kata-katanya itu bukan kata-kata sami atau gurindamnya. Kata mereka:Jadi kita "katakan dia gila", kata al-Walid: Dia tidak gila, kan semuakita pernah tengok orang gila dan kita kenalinya, cakapnya bukanrepekan, "dia seorang penyair" kata al-Walid:Tidak dia bukan penyair, sebab semua kita kenalijenis-jenis syair, samaada yang berbentuk raj 07. atau hazajnya., kata-katanya itu bukan syair,maka kata mereka: Kalau itu pun tidak kita katakan, beliau tukangsihir. Kata al-Walid: Sihir pun bukan sebab semua kita mengenali sihiritu, kata-katanya itu bukan mentera ataujampi sihir, maka kata mereka:Kalau semuanya ini tidak maka apa yang hendak kita kata: Maka al-Walid pun berkata :"Demi Allah kata-katanya itu begitu manis, bagai sepohon pokokbawahannya sangatsubur, cabangnya berbuah, cakap-cakap kamusemua itu karutbelaka, paling hampir sekali kamu berkata dia seorangahli sihir kerana kata-katanya itu memukaukan, kata-katanya itu adalahsihir yang boleh memecah belahkan di antara seseordng denganayahnya atau saudaranya atau isteri atau dengan seluruh keluarganya,oleh itu hindarlah din kamu darinya "Sesetengah riwayat mengatakan bahawa al-Walid setelah menolaksemua bentuk cadangan pemuka-pemuka Quraisy tadi, beliau telahdipinta, dengan kata mereka: Cuba kamu tunjukkan kepada kami satupendapat yang kemas dan tidak boleh diperbodohkan, jawab al-Walidkepada mereka: Berilah kepada aku tempoh untuk ku berfikir. Denganitu al-Walid pun cuba berfikir dan berfikir, akhirnya beliau kemukakanpendapat tadi.Allah s.w.t mendedahkan kisah al-Walid itu di dalam surah al-Muddasir sebanyak tujuh ayat:Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagaituduhan terhadap Al-Quran.Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka(yang demikian)?
  48. 48. Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka(tuduhan-tuduhan itu)?Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalanmencaci Al-Quran, tetapi ia gagal);Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masamberkerut;Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,Serta ia berkata: " (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntutserta dipelajari (dari ahli-ahlinya);"Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!"(Al-Muddaththir 18-25)Setelah majlis permesyuaratan bersetuju untuk menerima pakaicadangan al-Walid, maka semua mereka mengawal pintu masuk orang-orang haji di musim itu, tak seorang pun yang tidak diberi maklumatyangjahat itu, malah kesemua mereka menerima peringatan daripemuka-pemuka Quraisy.Yang melaksanakan tugas jahanam itu ialah Abu Lahab, kerana apabilaRasulullah mengikuti sesetengah orang di musim itu ke kediamanmereka, ke pasar Ukaz, Mijannah dan Zul Majaz untuk mendakwahmereka ke agamanya, Abu Lahab akan mengekori dari belakangnyadan memberi tahu kepada mereka: Jangan kamu percaya dia, dianyaseorang yang sudah keluar agama serta mendusta.Hal ini menyebabkan apabila orang-orang Arab balik dari haji, merekamenyebarkan kisahnya di seluruh pelusuk bumi Arab.PELBAGAI CARA MENENTANG DAKWAH RASULULLAHSetelah mana kafir Quraisy mendapat tidak ada sesuatu pun yang bolehmemaling atau melemahkan Muhammad dari usaha dakwahnya,mereka pun terus memikir lagi dan mencari jalan untuk mencegahdakwahnya itu, dalam bentuk dan cara-cara yang boleh diringkaskanseperti berikut:1. Memperolok-olok, memperlekeh-lekehkan, mempennain-mainkan,
  49. 49. mendusta dan mempersendanya. Semuanya ini bertujuan untukmelemahkan kaum muslimin serta meruntuhkan kekuatan semangatmereka. Mereka lemparkan Rasulullah dengan berbagai tuduhan yangnakal, maki hamun dan memanggil Rasulullah sebagai orang gila.Dan mereka yang ingkar berkata (kepada Nabi Muhammad): "Wahaiorang yang kepadanya. diturunkan Al-Quran, sesungguhnya engkauadalah orang gila".(al-Hijr: 6)Mereka melabelkan Baginda sebagai sihir dan dusta.Dan mereka (yang mengingkar kerasulan Nabi Muhammad itu) merasahairan, bahawa mereka didatangi oleh seorang Rasul pemberi amaran,dari kalangan mereka sendm. Dan mereka yang kafir itu berkata:"Orang ini adalah seorang ahli sihir, lagi pendusta.(Shaad: 4)Mereka mengawasi Baginda dan memerhati Rasul dengan pandanganpenuh kebencian dan rasa penuh jijik.Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampirmenggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yangpenuh dengan permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengarAl-Quran sambil berkata: "Sebenamya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh gila ".(al-Qalam: 51)Apabila Baginda duduk dilingkungi golongan lemah "al-Mustadhafm",Quraisy mempersenda-sendakannya dengan berkata; "Itulah diasahabat-sahabat yang dikurniakan Allah ke atasnya"Maka Allahmenjawab untuk RasulNya:"Bukankah Allah lebih mengetahui akan orang yang bersyukur?(al-Anaam: 53)Hal mereka ini sama seperti yang diceritakan oleh Allah kepada kita:Sesungguhnya orang-orang yang derhdka, mereka selalu tertawakanorang-orang yang beriman. Dan apabila orang-orang yang beriman laludekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama
  50. 50. sendiri (mencemuhnya). Dan apabila mereka kembali kepada kaumkeluarganya, mereka kembali dengan riang gembira; Dan apabilamereka melihat orang-orang yang beriman, mereka berkata:"Sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan yang sesat!" Pada halmereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang-orangyang beriman itu".(al-Muthaffifiin: 29-33)2. Mencacatkan imej ajaran Islam dan menimbulkan kekeliruan,meluaskan dakyah palsu, mereka cerita-cerita palsu mengenai ajaran-ajaran Islam dan peribadi Rasulullah itu sendiri, menyibar luas semuadakyah ini supaya tidak memberi peluang kepada orang ramai memikirmengenai dakwah Rasulullah, mereka terus menggembar-gemburkantuduhan mengenai al-Quran yang ianya sebagai dongeng rekaan orangkuno.Dan mereka berkata lagi: "Al-Quran itu adalah cerita-cerita dongengorang dahulu kala, yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan,kemudian perkara yang ditulis itu. dibacakan kepadanya pagi danpetang (untuk dihafamya)".(al-Furqaan: 5)Dan mereka menyifatkan Rasulullah sebagai manusia biasa ang tidakmempunyai sebarang keistimewaan apa pun.Dan mereka pula berkata: "Mengapa Rasul ini makan minum danberjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain) ? Sepatutnyaditurunkan malaikat kepadanya, supaya malaikat itu turut memberiperingatan dan amaran bersama-sama dengannya (sebagai saksi yangmembenarkannya).(al-Furqaan: 7)Contoh kecaman mereka boleh dilihat banyak sekali disebutkan didalam al-Quran.3. Menyaingi al-Quran dengan dongeng-dongeng silam, menyogokorang ramai dengan dongeng-dongeng supaya mereka sibukdengannya. Sebagaimana yang diceritakan, di mana al-Nadr bin al-
  51. 51. Haris telah menyaran kepada Quraisy dengan katanya: WahaikalianQuraisy, demi Allah sebenarnya kamu ini telah ditimpa dukacita hinggahari ini kamu belum mampu mengatasinya, Muhammad (s.a.w) inipada permulaannya seorang kanak-kanak muda, di antara kamu, yangkamu meredhai dengannya, bercakap benar, sangat beramanah,sehingga apabila kamu dapati di dua hujung pipitnya "pelipis" berubandan beliau membawa kepada kamu sesuatu yang telah dikemukakanitu, lalu kamu kata: Dia seorang ahli sihir. Demi Allah dia bukan ahlisihir, kerana semua kita pernah menyaksikan ahli sihir dengan kerja-kerja dan pukauan mereka, lalu kamu kata: Dia telah menjadi sami,demi Allah dia bukan sami, kerana semua kita pernah malah biasadengan sami dan ungkapan-ungkapan sami melalui gurindam mereka,kemudian kamu kata dia adalah penyair, demi Allah dia bukan penyairkerana kita sudah biasa mendengar syair dengan jenis-jenisnya samaada rajaz atau hazaj, setelah itu kamu kata yang ianya gila, demi Allah,beliau tidak gila kerana kita juga pernah berhadapan dengan orang gila,cakapnya itu bukan rapuan si gila atau sasaunya, wahai kalian Quraisy,uruslah persoalan yang kamu sedang hadapi ini, demi Allah kamusudah ditimpa bala yang berat.Setelah itu al-Nadhr pergi ke al-Hirah, di sana beliau mempelajariperbualan raja-raja Parsi, perbualan Rustam dan Aspandiar, bila beliaupulang dan mendapati Muhammad sedang mengadakan majliszikirullah dan peringatan penyiksaan di akhirat, al-Nadhr pun bertindakmembuat majlis yang sama dengan katanya: Demi Allah sesungguhnyaperbualan Muhammad itu taklah sehebat perbicaraanku, dengan itubeliau pun menselokakan hikayat raja-raja Parsi, Rustam danAspandiar. Di akhiri dengan bidasan katanya: Dengan apakah yangkamu katakan Muhammad itu lebih baik dari bicara ku.Terdapat riwayat dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa al-Nadhrtelah membeli beberapa abdi perempuan, kerana apabila beliaumengetahui di sana terdapat seorang lelaki yang tertarik denganRasulullah maka beliau mengirim salah seorang hamba perempuannyatadi untuk mempersonakannya dengan minuman keras dan makanan-
  52. 52. makanan yang dibekalkan, buat menghiburkannya dengan nyanyian-nyanyian, hingga dengan itu kecenderungannya kepada Islam terhakisdan pupus dari hati nalurinya. Mengenai hal ini Allah telah menurunayat-ayatNya:Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakanhartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yangmelalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dariagama Allah..(Luqman: 6)Melalui tawaran pihak Quraisy cuba mempertemukan Islam denganJahiliah di suatu persimpangan, di mana pihak musyrikin akanmeninggalkan sebahagian dari kepercayaan mereka dengan syaratRasulullah akan meninggalkan sebahagian dari kepercayaannya.Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuanmereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah lembut (padazahirnya terhadapmu).(al-Qalam: 9)Terdapat riwayat yang disampaikan oleh Ibnu Jarir dan al-Tabrani yangbermaksud: Bahawa pihak musyrikin telah mengemukakan kepadaRasulullah tawaran iaitu supaya Baginda menyembah tuhan-tuhanmereka untuk selama setahun, kemudian pihak mereka akanmenyembah tuhannya setahun dengan cara bergilir-gilir. Dalam saturiwayat lain oleh Abd bin Hamid yang bermaksud: Bahawa pihakQuraisy telah menawarkan Rasulullah permintaan mereka dengankatanya: Sekiranya kamu mengiktiraf berhala-berhala kami sebagaituhan, maka kami akan menyembah tuhan kamu.Ibnu Ishak telah meriwayatkan sebuah hadith dengan sanadnya,katanya: Semasa Rasulullah sedang bertawaf di Kaabah, Baginda telahdipintas oleh al-Aswad bin al-Mutalib bin Asad bin Abd al-Uzza, al-Walid bin al-Mughirah, Umaiyyah bin Khalaf dan al-Aas bin Wail al-Sahmi, mereka berempat ini, kiranya di antara tokoh-tokoh yang
  53. 53. berpengaruh di kalangan kaum mereka, kemudian kata mereka: WahaiMuhammad, ayuh kita bersetuju untuk kami menyembah apa yangkamu sembah dan kamu sembah apa yang kami sembah, dengan itubererti kita sudah berkongsi sesuatu perkara, sekiranya apa yang kausembah itu ada kebaikan melebihi dari apa yang kami sembah makakami turut mendapat habuan dari kebaikan itu dan sekiranya yang kamisembah ini ada kebaikan yang lebih dari apa yang kamu sembah itumaka kamu juga akan mengaut kebaikan itu bersama dengan kami,dengan itu turunlah ayat:Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! "Aku tidakdkan menyembah apa yang kamu sembah. "Dan kamu tidak mahumenyembah (Allah) yang aku sembah. "Dan aku tidak akan beribadatsecara kamu beribadat. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secaraaku beribadat. "Bagi kamu ugama kamu. dan bagiku ugamaku ".(al-Kafiruun: 1-6)Demikianlah kehendak Allah dengan membuat kata putus yang tegasterhadap tawaran mereka yang lucu itu. Berlakunya periwayatan yangberbagai ini, mungkin kerana mereka telah membuat beberapapercubaan satu demi satu.PENYIKSAANPihak musyrikin telah menggunakan berbagai cara seperti yang telahkami sebutkan satu demi satu dengan tujuan untuk menghalangkelancaran dakwah sejak dari kelahirannya di permulaan tahunkeempat. Semua cara mereka telah mereka usahakan untuk beberapabulan dan beberapa minggu tanpa melewati batas-batasnya, kiniberpindah kepada cara-cara penyiksaan dan penindasan, tapi setelahmereka dapati cara mereka itu tidak memberi kesan untuk menghalangperjalanan dakwah Islamiah, maka mereka sekali lagi berkumpul. Disini mereka telah membentuk satu lujnah yang anggotanya terdiri daridua puluh lima orang tokoh dari pemuka Quraisy. Lujnah ini oleh AbuLahab bapa saudara Rasulullah, dan setelah bermesyuarat dan bertukarpendapat, lujnah ini membuat keputusan yang tegas terhadap
  54. 54. Rasulullah (s.a.w) dan sahabat Baginda. Lujnah ini bersetuju untuktidak meninggal sebarang cara pun untuk memerangi Islam samadamenyakiti Rasulullah, menyiksa penganut-penganutnya malah merekaakan menggunakan segala bentuk kekerasan, penyiksaan danpenindasan.Kali ini mereka bertegas untuk melaksanakan keputusan yang merekasepakati. Tindakannya terhadap kaum muslimin terutama yang lemahdan daif adalah senang sahaja, tidak banyak halangan, tetapi terhadapRasulullah adalah suatu hal yang sukar, kerana Rasulullah seorangyang tangkas, disegani dan berperibadi unggul, jiwa yang dikagumilawan dan kawan, pasti yang berdepan dengannya akan mengagungidan menyanjunginya. Tiada siapa yang berani melakukan kejahatandan keburukan terhadapnya, kecuali jenis manusia bodoh dan nakalsahaja. Namun demikian Baginda masih tetap di bawah jagaan AbuTalib. Di mana Abu Talib di antara tokoh-tokoh Makkah yangterbilang, beliau disanjung dari turun temurun di kalangan semuaorang, tak siapa pun berani memperkecil statusnya dan mencabarmaruahnya, kedudukan inilah menggugat pihak Quraisy danmembingungkan mereka. Justeru itu sampai ke mana kesabaran itudapat bertahan, ketika berhadapan dengan dakwah yang beriya-iyauntuk membenteras kepimpinan agama yang mereka sandang selamaini dan ketrampilan mereka di arena keduniaan.Mereka melancarkan pencerobohan dan keganasan terhadap Rasulullahterutama oleh Abu Lahab sendiri, malah beliau ini telahpun mengganasterhadap Rasul di hari pertama dakwahnya, sebelum pihak Quraisymembuat apa-apa sikap. Telahpun kita sebut sebelum ini tindakanterhadap Rasulullah di majlis Bani Hashim, di atas bukit Safa beliautelah cuba memukul Rasulullah dengan ketui batu. Sebelumkebangkitan Rasulullah Abu Lahab telah mengahwinkan anak lelakinyaiaitu Utbah dan Utaibah dengan dua puteri Rasulullah, iaitu Ruqaiyahdan Ummi Kalthum.Tetapi bila Rasulullah diutus dan Baginda menyeru orang ramai kepadaIslam, Abu Lahab telah membuat tindakan membabi buta dengan

×