Your SlideShare is downloading. ×
Kertas kerja minta peruntukan kos jahit uniform
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Introducing the official SlideShare app

Stunning, full-screen experience for iPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Kertas kerja minta peruntukan kos jahit uniform

249
views

Published on

Published in: Education

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
249
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
7
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA ABDULLAH JALAN KEPONG 52000 KUALA LUMPUR KERTAS KERJA PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN BAGI KOS MENJAHIT UNIFORM LENGKAP KADET POLIS SMK RAJA ABDULLAH 2014 DISEDIAKAN OLEH : PN. SITI MARIAM BINTI DOLLAH GURU PENASIHAT PERSATUAN KADET POLIS SEKOLAH SMK RAJA ABDULLAH
  • 2. PKP SMK RAJA ABDULLAH 2 2013 1.0 PENGENALAN Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon peruntukan kewangan dari Unit Kokurikulum bagi membantu menanggung kos menjahit uniform kadet polis SMK Raja Abdulah sebanyak 27 pasang . Uniform tersebut khas kepada ahli kadet polis lelaki yang akan mewakili sekolah ke pertandingan kawad kaki peringkat zon Sentul pada 22 April. Inilah julung-julung kalinya penyertaan kami dalam pertandingan. PDRM juga telah memberi banyak bantuan dari segi latihan kawad dan juga kain untuk dibuat uniform secara percuma. Setelah para guru penasihat kadet polis SMKRA berbincang,kami bersepakat untuk menjadikan uniform ini sebagai hak milik sekolah. Oleh itu, kami bersetuju untuk memohon bantuan dari pihak sekolah berkenaan hal tersebut. 2.0 LATAR BELAKANG Persatuan Kadet Polis memainkan peranan penting dalam menyemai kesedaran sivik dan perasaan bertanggungjawab kepada masyarakat di kalangan pelajar.Bagi mencapai objektif bagi membina satu bangsa Malaysia yang berdisiplin, maka penubuhan Persatuan Kadet Polis akan menjadi pemangkin kepada proses untuk memiliki lebih golongan yang berjaya di negara ini. Persatuan Kadet Polis SMK Raja Abdullah telah ditubuhkan pada Januari 2012 selaras dengan misi kokurikulum sekolah iaitu Penubuhan PKP merupakan salah satu kegiatan kokurikulum sekolah menengah sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pelajaran 1961 mengikut Ordinan No. 2 (Kuasa- Kuasa Perlu) Darurat 1969, P.K. (A) 487 bertarikh 20 November 1969 yang diselaraskan oleh PDRM. Pengambilan ahli kadet pada tahun pertama ini disaring dengan terperinci dalam memastikan nama baik persatuan dijaga dengan baik. Aspek disiplin, kekemasan diri, dan mutu pelajaran pelajar diambil kira di samping ujian fizikal dilaksanakan sendiri oleh PDRM dalam pemilihan ahli kadet.
  • 3. PKP SMK RAJA ABDULLAH 3 2013 3.0 OBJEKTIF 3.1 Memantapkan lagi matlamat kokurikulum iaitu,mewujudkan minat serta meningkatkan keupayaan murid SMK Raja Abdullah bagi menceburi badan beruniform dari peringkat sekolah sehinggalah meninggalkan alam persekolahan. 3.2Memberi suntikan motivasi yang konsisten kepada murid SMK Raja Abdullah supaya mereka terus mantap dalam aktiviti luar yang dianjurkan oleh PDRM. 3.3 Memberi bantuan kepada ahli kadet yang tidak mempunyai kelengkapan uniform lengkap untuk mewakili sekolah. 4.0 ANGGARAN PERUNTUKAN YANG DIPERLUKAN 1. Uniform Kadet ( Lelaki ) RM 60 .00 X 27 ________ Jumlah RM 1620.00
  • 4. PKP SMK RAJA ABDULLAH 4 2013 5.0 PENUTUP Saya amat berharap permohonan ini mendapat kerjasama dan dipertimbangkan dengan sebaiknya Diharapkan dengan adanya bantuan ini, pasukan kadet polis SMK Raja Abdullah akan muncul sebagai sebuah pasukan yang dikagumi hingga ke peringkat antarabangsa. Disediakan oleh : Diluluskan oleh : Disahkan oleh : …………………. …………………. ………………… Pn.Siti Mariam Dollah En Seow Cheng Ping En Wan Mohd Wan Yusof Guru Penasihat PKP Pen. Kanan Kokurikulum Pengetua SMK Raja Abdullah SMK Raja Abdullah SMK Raja Abdullah Ulasan : ……………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………