Your SlideShare is downloading. ×
Angkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan isirumah
Angkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan isirumah
Angkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan isirumah
Angkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan isirumah
Angkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan isirumah
Angkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan isirumah
Angkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan isirumah
Angkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan isirumah
Angkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan isirumah
Angkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan isirumah
Angkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan isirumah
Angkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan isirumah
Angkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan isirumah
Angkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan isirumah
Angkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan isirumah
Angkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan isirumah
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Angkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan isirumah

4,374

Published on

Published in: Business, Technology
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
4,374
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
47
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Jadual 1: Angkubah yang sering digunakan untuk mengukur penggunaan isirumah Ukuran Angkubah Ukuran tidak Pendapatan (perkapita, boleh guna, wang) lansung Harta (wang) pengguna berasaskan Tanggungan/hutang (kredit ansuran pengguna belum berbayar, sumber kadar hutang kredit berbanding harta cair, kadar hutang kredit berbanding perbelanjaan penggunaan personal, perubahan hutang kredit tidak berbayar) Pengumpulan maklumat sebelum membeli (aktiviti, pola) Masa (tenaga buruh) ahli isirumah Citarasa Ciri demografi Tipologi ketua isirumah tunggal Pusingan hidup keluarga Ukuran langsung Ciri produk (citarasa, kepentingan) Sikap (indeks, skala, keseluruhan) Nilai Jenis Pengguna Harga Harga pasaran barangan dan perkhidmatan Harga penuh komoditi Penggunaan Kuantiti yang digunakan Kadar pemilikan Kajian “sampah” Pengambilan makanan Nilai wang penggunaan Penggunaan Lestari Penggunaan lestari adalah menggunakan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan asas kearah mencapai kualiti hidup yang lebih baik, pada masa yang sama meminimumkan penggunaan sumber asli, bahan toksid dan pengeluaran buangan dan bahan pencemar, supaya tidak mengorbankan keperluan generasi akan datang (Symposium on Sustainable Consumption, Oslo, Norway, 1994). Penggunaan lestari melibatkan perniagaan, komuniti dan isirumah yang menyumbangkan kepada kualiti persekitaran melalui pengeluaran dan penggunaan sumber yang efisyen, mengurangkan bahan buangan, dan mengoptimumkan produk dan perkhidmatan (Falkman, Waste Management International). Pada masa kini banyak pihak yang membincangkan isu globalisasi yang secara langsung atau tidak langsung akan mempengaruhi penggunaan. Globalisasi merujuk kepada satu fenomena pelbagai dimensi yang meliputi kompenan ekonomi, teknologi, sosial, politik, budaya dan lain- lain. Ia juga melibatkan pemampatan masa dan ruang dalam hubungan sosial dan kemunculan kesedaran secara global mengenai pemampatan tersebut. Proses ini diperkukuhkan lagi melalui pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi dalam dunia tanpa sempadan kini. Hasil yang paling ketara daripada globalisasi ini ialah budaya kepenggunaan dan konsumerisme, sama ada dari segi material atau bukan material. Budaya ini meletakkan nilai dan kepercayaan material sebagai pengukur kejayaan dan cara hidup di mana pada masa yang sama, nilai murni dan cara hidup tradisi perlahan- lahan dipinggirkan. Dalam konteks pembangunan yang berorientasikan gaya hidup
  • 2. mewah masa kini, pengguna banyak membazir yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Isu alam sekitar pada abad ke-21 ini secara globalnya banyak tertumpu kepada perkara yang boleh mengancam keharmonian, keindahan dan kesejahteraan hidup manusia. Menyedari tentang seriusnya pencemaran alam sekitar inilah yang telah mewujudkan kesedaran baru yang dikenali sebagai pembangunan lestari yang diharap dapat menyederhanakan gaya hidup pengguna. Berkait dengan ini, wujud pula satu istilah yang dfitujukan kepada pengguna yang dikenali sebagai “pengguna hijau” (green consumer). Istilah “hijau” ini sering dikaitkan dengan kesedaran dan gerakan alam sekitar yang memberi fokus kepada ciri-ciri semulajadi, sejuk, segar, dan tidak tercemar. Istilah ini juga sebenarnya mengharapkan pengguna dapat memainkan peranan masing-masing dalam pembelian dan penggunaan kearah memelihara alam sekitar. Ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti berpandukan kepada lima ‘R’ (Reduce, Reuse, Recycle, Reject dan React). Dengan mengamalkan langkah-langkah gaya hidup “hijau” ini, pengguna akan menyelamatkan alam sekitar ini daripada terus tercemar dan sekaligus ini akan meningkatkan kualiti hidup secara amnya dan tahap kesihatan dan keselamatan secara khasnya. Pola Pengguna Isirumah Pola penggunaan kini banyak dipengaruhi oleh proses globilasasi pasaran yang wujud. Peningkatan perdagangan barangan dan perkhidmatan secara amnya dilihat sebagai mendatangkan faedah kepada pengguna seperti pasaran menyediakan banyak pilihan barangan atau perkhidmatan pada harga yang lebih kompetitif. Oleh itu, pengguna perlu memperolehi maklumat yang mencukupi supaya mereka dapat membuat pemilihan dan pembelian yang tepat terutamanya dari segi kualiti. Barangan yang berjenama biasanya dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding dengan barangan yang tidak berjenama., walaupun ianya dibuat dengan menggunakan formula yang sama. Ini selari dengan pendapat seorang ahli ekonomi Amerika, Thorstein Veblen yang memperkenalkan istilah”conspicuous consumption” dimana sebahagian daripada daya tarikan barangan terletak pada harganya yang tinggi. Ini kerana ramai pengguna berpendapat bahawa harga melambangkan kualiti walaupun pendapat ini kadangkala tidak rasional. Penggunaan barangan dan perkghidmatan isirumah menentukan arah pembangunan sesebuah negara. Ia juga berkait dengan pertumbuhan penduduk dan perkembangan teknologi. Penggunaan bukan sahaja memberikan kesan yang positif seperti tahap hidup yang lebih tinggi dan selesa, malahan penggunaan yang keterlaluan boleh membawa kesan yang buruk kepada kehidupan. Tahap penggunaan yang terlalu rendah akan menyebabkan seseorang inidividu atau isirumah itu gagal memenuhi keperluan asas untuk perkembangan fizikal dan mentalnya. Oleh itu ia mungkin tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai ahli sesebuah masyarakat dan negara. Begitu juga keadaan penggunaan yang berlebihan juga akan memusnahkan kehidupan seseorang itu. Sehingga kini konsep penggunaan yang sering ditekankan adalah “under consumption” dan “over consumption”. Kedua-dua istilah ini relevan di negara maju mahupun di negara mundur kerana di setiap negara akan ada kumpulan isirumah dengan gaya hidup “utara” dan “selatan”. Gaya hidup utara dan selatan ini adalah gaya hidup mewah dan melarat rakyat. Walaupun umumnya isirumah dengan gaya
  • 3. hidup mewah hanya segelintir, namun akibat atau kesan daripada penggunaan segelintir rakyat ini akan dirasai oleh semua rakyat yang hidup melarat. Manusia hari ini begitu sibuk membeli, membeli dan membeli. Mengadakan semua benda sudah menjadi matlamat hidup manusia terutamanya di negara perindustrian. Pada masa yang sama 1/5 daripada penduduk termiskin dunia hanya mempunyai satu matlamat iaitu untuk memenuhi keperluan asas bagi menyambung hidup. Mereka berjuang untuk mendapatkan makanan, kayu untuk bahan bakar, tempat untuk berteduh daripada hujan dan panas, pakaian untuk anak-anak dan sebagainya. Di Malaysia juga walaupun tahap hidup rakyat telah meningkat dibandingkan dengan dua puluh tahun yang lalu, namun masih kedapatan mereka yang tertinggal daripada arus pembangunan yang pesat ini. Tidak dapat dinafikan bahawa kepuasan dan kesejahteraan hidup bukan semata-mata bergantung kepada memenuhi keperluan fizikal kehidupan, malahan memenuhi keperluan rohani amat penting untuk menjanjikan kesejahteraan hidup yang sebenarnya. Di negara perindustrian sudah jelas bahawa tahap penggunaan yang tinggi tidak bermakna pencapaian yang lebih tinggi atau pun kehidupan yang lebih baik (Motavalli, 1996). Cuba kita lihat kepada kehidupan manusia hari ini. Sekiranya diberi peluang untuk bekerja bagi mendapatkan lebih wang manusia akan memilih untuk bekerja daripada meluangkan masa bersama keluarga dan membina keluarga yang bahagia dan harmoni. Namun itu tidak membuatkan orang akan lebih gembira atau bahagia. Pengguna hari ini sering disogokkan dengan lebih kerja, lebih barangan pengguna dan lebih kemusnahan di muka bumi. Masalah sosial yang timbul akibat penggunaan yang terlalu rendah atau terlalu tinggi ini dapat dilihat berlaku di mana-mana dan bagi semua tahap sosio ekonomi. Masalah seperti kehancuran rumahtangga, keruntuhan akhlak dan sebagainya bukan hanya berlaku dikalangan mereka yang mempunyai tahap penggunaan yang rendah malahan juga berlaku dikalangan mereka yang mempunyai tahap penggunaan yang tinggi. Durning (1992) dalam bukunya “How Much Is Enough” mengesyorkan perlunya kita memecahkan putaran kejam ini. Tidak dapat dinafikan ibubapa ingin mewariskan anak-anak mereka dengan kehidupan yang lebih baik, namun kita perlu ingat bahawa hidup yang lebih baik itu tidak berlaku dengan adanya lebih banyak kereta, rumah berhawa dingin, pusat membeli belah yang canggih, pusat-pusat hiburan, makanan beku dan sebagainya. Bersederhana dalam penggunaan adalah yang terbaik bagi menjamin kehidupan yang sejahtera. Cuba lihat bagaimana orang yang telah mengambil penggunaan sebagai ukuran kejayaan terutama negara-negara seperti Amerika, Jepun dan Eropah. Menurut Durning (1992) di dunia kini terdapat 202 orang “billionnaires”, 3 juta “millionnaires” dan 100 juta orang yang tidak berumah (tinggal di tepi jalan, dikawasan setinggan, dibawah jambatan dan seumpamanya). Penggunaan sebilangan orang kaya ini telah mengancam kehidupan orang miskin yang bilangannya lebih ramai.
  • 4. Jadual 2: Senario Pendapatan dan Penggunaan Dunia dan Asia Pendapatan & Asia Dunia Penggunaan Pendapatan 75% penduduk miskin dunia 1.3 billion penduduk berpendapatan adalah penduduk Asia USD<1; 1 billion tidak dapat memenuhi keperluan asas Zat makanan 2/3 penduduk di dunia yang 840juta penduduk kekurangan zat kekurangan zat makanan makanan; penggunaan 1/5 adalah dari Asia Pasifik; penduduk terkaya = 16 x 70% daripada kanak-kanak penggunaan 1/5 penduduk yang terbantut, kurang berat termiskin; badan adalah kanak-kanak 160 juta dikalangan kanak-kanak Asia kekurangan zat makanan; >250 juta kanak-kanak bekerja Kemudahan Sekurang-kurangnya 1/3 >880 juta tidak mendapat kesihatan penduduk Asia tidak kemudahan kesihatan; mendapat air minum yang 2.6 billion tiada kemudahan asas bersih; sanitasi; Sekurang-kurangnya ½ >5 juta mati akibat diarea (air penduduk Asia tidak tercemar) mendapat kemudahan sanitasi Pendidikan >850 juta orang dewasa buta huruf >260 juta kanak-kanak cicir sekolah rendah dan menengah (1997) Sumber: UNDP.(1999) The Human Development Report UNEP dan Earthscan. (1999). Global Enviromental Outlook 2000. FAO. (2000). Assessment of the World Food Security Situation. Jadual 3 menunjukkan Indeks-E penggunaan yang diterbitkan oleh Motavalli (1996) dengan menggabung maklumat penggunaan dari beberapa organisasi termasuklah Center for the Study of Commercialization di Amerika Syarikat dan penerbitan lain. Jadual 3: Indeks E-Penggunaan Item Indeks Peratus rakyat Amerika yang bersetuju dengan kenyataan, “kita membeli 82 dan mengguna lebih daripada yang diperlukan” Peratus rakyat Amerika yang menyatakan mereka secara sukarela telah 28 mengurangkan penggunaan dalam masa lima tahun yang lepas Peratus rakyat Amerika yang menyatakan mereka secara sukarela telah 35 meningkatkan penggunaan dalam masa lima tahun yang lepas Peratus rakyat Amerika yang menyatakan mereka sangat gembira pada 33 tahun 1957 Peratus rakyat Amerika yang menyatakan mereka sangat gembira pada 33 tahun 1991
  • 5. Peratus rakyat Amerika yang bersetuju dengan kenyataan, “saya sangat 67 inginkan lebih keseimbangan dalam hidup saya” Peratus rakyat Amerika yang menyatakan bahawa mereka lebih 51 menginginkan lebih masa terluang, walaupun dengan wang yang kurang. Perbelanjaan pengiklanan per kapita (USD) pada tahun 1950 di AS 198 Perbelanjaan pengiklanan per kapita (USD) pada tahun 1989 di AS 498 Purata perbelanjaan tahunan untuk fonografi (dalam billion) 8 Purata perbelanjaan tahunan untuk biskut (dalam billion) 5.6 Peratus remaja perempuan Amerika yang menyatakan paling suka 93 membeli belah sebagai memenuhi masa terluang Peratus jualan runcit yang dilakukan di pusat membeli belah 55 Peratus jualan runcit yang dilakukan di pusat membeli belah di Sepanyol 4 Peratus rakyat Amerika yang memiliki pendingin udara pada tahun 1960 15 Peratus rakyat Amerika yang memiliki pendingin udara pada tahun 1987 64 Purata jam memandu seminggu dikalangan rakyat Amerika yang bekerja 9 Peratus kereta baru yang mempunyai pendingin udara 90 Penggunaan besi per kapita di Amerika 417 Penggunaan besi per kapita di Bangladesh 5 Peratus rakyat Cina yang memiliki TV warna pada tahun 1982 1 Peratus rakyat Cina yang memiliki TV warna pada tahun 1987 35 Peratus populasi dunia yang tinggal di Negara perindustrian 20 Peratus kayu dan tenaga dunia yang digunakan oleh 20 peratus 75 penduduk tertentu Peratus bahan radioaktif dan kloroflurokarbon dunia yang dibuang oleh 90 20 peratus penduduk tertentu ‘Ranking’ Amerika Syarikat sebagai pengeluar bahan buangan municipal 1 per kapita di dunia ‘Ranking’ Amerika Syarikat sebagai pengeluar gas rumah hijau di dunia 1 Sumber: Center for the Study of Commercialization; Technology Review; the Harwood Group; U.S. News and World Report; President’s Council on Sustainable Consumption dalam Motavalli (1996) Pola Perbelanjaan Isirumah Malaysia Di Malaysia, pertumbuhan ekonomi negara yang pesat telah meningkatkan pendapatan isirumah bagi semua kumpulan pendapatan dan strata. Jadual 4, menunjukkan peningkatan pendapatan bulanan purata isirumah bagi tahun 1980 dan 1997. Jadual 4: Pendapatan bulanan purata isirumah Kumpulan pendapatan Pendapatan Bulanan Purata (RM) 1990 1995 1999 Malaysia 1,169 2,020 2,472 40 peratus terendah 424 693 865 40 peratus pertengahan 1,037 1,777 2,204 20 peratus tertinggi 2,925 5,202 6,268 Pendapatan adalah satu daripada faktor terpenting yang mempengaruhi penggunaan selain daripada citarasa, harga dan masa. Walaupun demikian banyak bukti yang menunjukkan bahawa penggunaan yang diamalkan di peringkat individu pengguna, isirumah, masyarakat dan negara telah memberikan kesan yang sebaliknya. Gaya
  • 6. hidup isirumah Malaysia kini menunjukkan kecenderungan ke arah mengguna. Isirumah memperuntukkan masa yang lebih panjang bekerja untuk mendapat pendapatan yang lebih tinggi. Perkembangan pasaran dan teknologi telah menggalakkan penciptaan dan pembaikan mutu barangan dan perkhidamatan yang mendorong pengguna menggunakan pelbagai barangan dan perkhidmatan ke arah kehidupan yang lebih selesa. Pengguna hari ini berusaha untuk memenuhi kehendak yang tidak terbatas. Pemilikan barangan yang semakin meluas menjadikan sesetengah barangan kehendak menjadi barangan perlu yang tidak boleh tidak perlu dipenuhi. Analisis pola perbelanjaan isirumah Malaysia 1993/94 dan 1998/99 (Jabatan Perangkaan Malaysia) menunjukkan bahawa kira-kira 80% daripada perbelanjaan isirumah adalah untuk empat kumpulan utama iaitu makanan, sewa kasar, bahan api dan kuasa, pengangkutan dan komunikasi, dan pelbagai barangan dan perkhidmatan termasuk makanan dan minuman di luar rumah. Jadual 5 menunjukkan komposisi purata perbelanjaan bulanan isirumah Malaysia. Jadual 5: Komposisi perbelanjaan isirumah bulanan purata Malaysia Kumpulan Perbelanjaan 1993/94 1998/99 Makanan 23.4 22.6 Minuman dan tembakau 2.6 1.9 Pakaian dan kasut 3.6 3.4 Sewa kasar, bahanapi dan kuasa 21.1 22.2 Perabut, hiasan rumah & perkakas & kegiatan isirumah 5.6 5.3 Rawatan perubatan dan kesihatan 1.9 1.9 Pengangkutan dan komunikasi 17.9 19.0 Perkhidmatan rekreasi, hiasan, pendidikan & kebudayaan 5.7 5.9 Pelbagai barangan dan perkhidmatan 18.2 17.9 Cara individu membelanjakan pendapatan mencerminkan penggunaan. Peratusan daripada jumlah perbelanjaan yang diperuntukkan untuk makanan misalnya, akan mencerminkan tahap kehidupan. Begitu juga dengan peratusan perbelanjaan yang dibuat ke atas pembelian perabot, kenderaan, barangan isirumah dan lain-lain. Sebagai contoh, di negara yang mundur peratusan yang besar daripada perbelanjaan adalah untuk keperluan asas terutamanya makanan. Ini menunjukkan tahap hidup yang masih rendah. Manakala di negara-negara maju, banyak peningkatan dalam tahap hidup mereka dapat dilihat melalui peningkatan peratusan daripada perberlanjaan yang dibelanjakan untuk aktiviti seperti pelancongan dan perkhidmatan komunikasi. Penggunaan dipengaruhi oleh persekitaran yang merangkumi citarasa dan kegemaran, jumlah sumber yang diperlukan untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan, jumlah dan jenis sumber yang ada. Bagaimana menggunakan sumber tersebut, dan jumlah dan jenis barangan dan perkhidmatan yang ada. Teori perlakuan pengguna mengatakan bahawa pendapatan pengguna merupakan asas pengukuran yang paling penting untuk menentukan pola penggunaan. Ini seterusnya digunakan dalam konteks komuniti yang lebih luas dimana agihan dan purata pendapatan dijadikan penentu yang mempengaruhi keseluruhan pengguna. Komuniti yang mana pendapatan mereka diagihkan secara sama rata akan kurang menggunakan barangan mewah dan barangan bawahan berbanding komuniti yang
  • 7. mempunyai hanya segelintir golongan kaya dan ramai golongan miskin. Kajian menunjukkan bahawa dikalangan golongan kaya di England dalam abad ke-19, makan malam yang dihidangkan dengan lima hidangan roti yang utama iaitu ikan, daging, dan sebagainya dilihat sebagai hidangan yang minimum, sementara bagi golongan miskin yang bekerja sebagai petani, hanya memakan hidangan gandum dan ubi kentang. Ini menunjukkan bahawa pendapatan sememangnya mempengaruhi perbelanjaan pengguna seseorang. Ini kerana pendapatan yang diperolehi akan dibelanjakan untuk memenuhi keperluan hidup mengikut keutamaan dimana keperluan asas akan dipenuhi terlebih dahulu. Setelah itu, barulah keperluan lain dipenuhi berasaskan kepada keinginan dan keupayaan seseorang. Oleh itu, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa agihan pendapatan boleh mempengaruhi kepuasan, status, kuasa, politik atau kebebasan seseorang. Kualiti Hidup Kualiti hidup adalah berkaitan dengan bagaimana individu mempersepsikan kehidupan mereka samada memuaskan, tidak memuaskan, baik, tidak baik atau sebagainya. Persepsi individu ini adalah berasaskan kepada penilaian yang dibuat terhadap kepuasan yang dirasai daripada keinginan yang tercapai atau ketidakpuasan yang dirasai terhadap keinginan yang gagal dicapai. Kualiti hidup adalah penilaian pelbagai dimensi yang boleh dinilai daripada luaran (secara objektif, normatif-sosial) atau daripada dalaman (subjektif, intrapersonal). Ciri tersebut bukannya sistem orang atau system persekitaran tetapi sistem orang-persekitaran (Lawton, 1997). Melihat kepada kerumitan ini dapatkah kualiti hidup dapat diukur? Sudah tentu boleh sekiranya kita menghargai kerumitan tersebut. Mengikut United Nation (1994), kualiti hidup adalah subjektif yang dilihat daripada pelbagai aspek kesejahteraan termasuklah keadaan hidup yang dialami, kepuasan terhadap keperluan dan kehendak, kesejahteraan fizikal, penggunaan material dan bukan material serta kebebasan manusia. Namun begitu kualiti hidup boleh diukur dengan menggunakan pelbagai pendekatan samada melalui pengukuran berbentuk objektif-subjektif atau umum-khusus (Laily, 1993), langsung-tidak langsung (Ringen, 1988) atau dari segi kualiti dan kuantiti (Pal, 1963). Pengukuran kualiti hidup secara am merujuk kepada kepuasan dan kegembiraan yang boleh diukur melalui kepuasan terhadap kesihatan, perumahan dan kehidupan keluarga (Michalos, 1983). Manakala pengukuran kualiti hidup secara khusus pula difokuskan kepada kepuasan dan kegembiraan bagi domain atau aspek kehidupan tertentu. Pengukuran kualiti hidup secara langsung adalah merujuk kepada kebajikan yang diterima daripada pengguna barangan dan perkhidamatan (Ringen, 1988). Sementara pengukuran secara tidak langsung adalah merujuk kepada sumber yang membolehkan memberikan kesejahteraan seperti pendapatan. Dari segi kuantiti pula, kualiti hidup merangkumi bilangan atau jenis barangan dan perkhidmatan yang digunakan. Manakala dari segi kualitinya pula ia dilihat sebagai kepuasan, kesedaran serta penyertaan dalam aktiviti ekonomi, sosial dan politik. Lawton (1997) dalam artikelnya tentang kualiti hidup dan kesejahteraan subjektif banyak merujuk kepada penulis-penulis lain termasuklah Bergnet et al (1981), Lawton (1982), Lemke dan Moos (1986), Neugarten, Havighurst dan Tobin (1961), Stewart, Hays dan Ware (1988) dan Watson, Clark dan Tellegen (1988). Menurut Lawton (1991) sebagaimana yang dinyatakan oleh Lawton (1997), terdapat empat komponen yang penting untuk menilai kualiti hidup. Komponen tersebut adalah dua
  • 8. komponen objektif iaitu kecekapan perlakuan dan kualiti persekitaran yang boleh dinilai oleh orang lain, dan dua komponen subjektif iaitu tanggapan kualiti hidup (domain spesifik) dan kesejahteraan psikologi (umum). Melihatkan kepada keadaan ini sudah tentu pengukuran yang lebih komprehensif dan agregat diperlukan untuk mengukur tahap hidup kerana kualiti hidup merangkumi semua yang boleh dinilai untuk kualiti. Indeks Philidelphia Geriatric Center Multilevel Assessment Instrument (MAI) menjadualkan dan menjumlahkan 16 perlakuan berkaitan (Lawton et al., 1982). Kini terdapat pengukuran yang standad, objektif dan mudah digunakan iaitu Multidimentional Environment Assessment Procedure (MEAP) (Lemke and Moos, 1986). MEAP adalah instrumen untuk mengukur kualiti hidup golongan tua dengan lapan dimensi yang merangkumi struktur dan proses penjagaan, dan angkubah- angkubah yang tidak berkait secara langsung dengan kualiti seperti ciri latar belakang penduduk. Lapan dimensi tersebut adalah keselesaan, keselamatan, bilangan pekerja, kemahiran pekerja, perkhidmatan, autonomi, kawalan dan hubungan. Empat yang pertama menggambarkan struktur penjagaan dan empat yang berikutnya berfokus kepada proses penjagaan, termasuklah kedapatan perkhidmatan, polisi dan persepsi penduduk terhadap persekitaran. Ramai pengkaji menggunakan persepsi untuk mengukur kualiti hidup. Tanggapan kualiti hidup adalah mengukur bagaimana seseorang merasa berpuashati dengan domain penting kehidupan sehariannya. Terdapat beberapa indeks yang boleh digunakan termasuklah indeks kualiti kawan, indeks kualiti keluarga, indeks kualiti masa, indeks kualiti perumahan dan indeks kualiti kejiranan. Indeks lain yang biasa digunakan untuk mengukur kualiti hidup adalah Indeks Kepuasan Hidup (Neugarten, Havighurst & Tobi, 1961) dan Skala Philidelphia Geriatric Center Morale (Lawton, 1975) dalam Lawton (1997). Pengukuran tradisional ini mengandungi lima item yang melahirkan sikap terhadap kehidupan berasaskan kognitif (penilaian yang umum) dan emosi. Instrumen lain yang digunakan juga termasuklah Positive and Negative Affect Schedule (PANAS) (Watson, Clark & Tellegen, 1988) dan Philidelphia Geriatric Center Positive Affect Scale (Lawton, et al., 1982). Menurut Lawton (1997), walaupun kesihatan penting, ada lagi perkara lain yang juga penting kepada kualiti hidup, yang juga dapat meningkatkan kesejahteraan. Antara instrumen yang boleh digunakan adalah The Medical Outcomes Study’s SF36 (borang pendek yang mengandungi 36 item kesihatan fizikal dan mental (Stewart & Ware, 1992; Stewart, Hays & Ware, 1988), The Quality of Wellbeing Scale (QWBS) yang mengandungi 30 item merangkumi simptom psikologikal dan 3 item kesihatan kefungsian dan The Sickness Impact Scale (Bergner et al., 1981) yang mengandungi 136 item. Kualiti hidup secara subjektifnya diukur mengenai perasaan baik, memuaskan atau sebaliknya terhadap sesuatu barangan, perkhidmatan atau perkara lain. Dalam erti kata lain, secara subjektifnya, kualiti hidup boleh diukur melalui tahap kepuasan dan kegembiraan yang berkait dengan tahap aspirasi, harapan, keperluan dan nilai. Manakala pengurungan kualiti hidup secara objektif pula merujuk kepada memenuhi permintaan social dan budaya terhadap kekayaan material, status sosial dan kesejahteraan fizikal. Kualiti hidup ini juga diukur secara objektif menggunakan pendapatan dan perbelanjaan. Rajah 2 menunjukkan beberapa petunjuk aspek kualiti hidup yang boleh diukur sama ada secara objektif atau subjektif, am atau khusus, langsung atau tidak langsung dan kualiti dan kuantiti.
  • 9. Perhubungan Sosial Persekitaran Masyarakat Pengurusan Sumber Perkhidmatan Komuniti Rekreasi & Masa Lapang KUALITI HIDUP Perumahan Pekerjaan/Pengangguran Pendapatan Kesihatan/Pemakanan Keharmonian Keluarga Rajah 1: Petunjuk Aspek Kualiti Hidup Daripada rajah diatas, dapat dilihat bahawa kualiti hidup boleh diukur melalui banyak petunjuk. Diantara yang disenaraikan adalah pendapatan, kesihatan, pekerjaan, pendidikan, status perumahan dan rekreasi dan masa lapang yang merupakan petunjuk yang biasanya digunakan di peringkat individu. Pendapatan misalnya akan melambangkan status sosial yang dimiliki oleh seseorang yang seterusnya mempengaruhi kuasa beli dan gaya hidup mereka. Kesihatan juga merupakan antara petunjuk yang penting dimana bagi mereka yang berpendapatan tinggi sekalipun, akan merasa serba kekurangan dan hidup dalam penderitaan sekiranya kesihatan terganggu seperti mengidap penyakit. Pekerjaan juga boleh digunakan untuk mengukur kualiti hidup dari segi mempunyai pekerjaan atau menganggur dan jenis pekerjaan yang dilakukan, Sementara itu, pendidikan pula berkait dengan pekerjaan dan pendapatan. Selain itu, status perumahan pula biasanya dilihat dari segi sama ada memiliki rumah sendiri, menyewa, tinggal di rumah setinggan, menumpang rumah orang dan juga jenis rumah yang dimiliki atau disewa. Rekreasi dan masa lapang pula mempunyai perkaitan yang rapat dengan kualiti hidup yang dimiliki oleh seseorang. Misalnya, mereka yang mempunyai kedudukan tinggi, bergaya tetapi mempunyai sifat seperti “gila bekerja” (workalholic) mungkin dilihat sebagai orang yang berstatus tinggi tetapi pada hakikatnya, mereka mungkin tidak mempunyai masa untuk melakukan aktiviti rekreasi, bercuti, melakukan hobi di masa lapang dan sebagainya. Adakah hidup yang sebegini berkualiti?
  • 10. Namun begitu, petunjuk yang lain seperti keharmonian keluarga, perhubungan sosial, persekitaran masyarakat, perkhidmatan komuniti dan pengurusan sumber juga boleh digunakan untuk mengukur kualiti hidup seseorang individu atau masyarakat. Keharmonian keluarga, perhubungan sosial, persekitaran masyarakat sebenarnya mempunyai perkaitan yang rapat dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Pengukuran kualiti hidup melalui petunjuk perkhidmatan komuniti pula boleh dilihat dari segi kemudahan yang disediakan oleh kerajaan disesuatu tempat seperti kemudahan hospital, pengangkutan awam, pejabat pos dan sebagainya. Sekiranya terdapat kekurangan kemudahan penting ini, masyarakat ditempat tersebut belum boleh dianggap memiliki kualiti hidup yang tinggi. Begitu juga dengan penggunaan seperti guna tenaga buruh, penggunaan elektrik dan air yang kini menjadi sebahagian daripada keperluan asas manusia. Misalnya, jika dalam sesebuah negara tertentu, terdapat ramai tenaga buruh yang menganggur, ia dikatakan sebuah negara yang belum membangun dan ini bermakna, negara tersebut boleh dikatakan belum mencapai kualiti hidup yang baik. Selain daripada petunjuk aspek kualiti hidup yang ditunjukkan dalam Rajah 1 tersebut, Hirarki Maslow juga sebenarnya boleh digunakan untuk mengukur kualiti hidup seseorang. Di dalam Hirarki Maslow, seseorang perlu mencapai atau memenuhi keperluan yang terbawah terlebih dahulu untuk membolehkannya terus hidup iaitu merujuk kepada keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal sebelum memenuhi keperluan yang lebih tinggi. Sekiranya seseorang individu iti tidak mampu memenuhi keperluan asas ini, bermakna hidupnya tidak berkualiti. Sekiranya keperluan yang pertama ini telah dipenuhi, seseorang itu akan beralih kepada keperluan di atas dan seterusnya. Menurut Maslow, manusia akan cuba memenuhi keperluan-keperluan tersebut dan akan terus cuba mencapai tahap tertinggi iaitu nirwana diri. Sekiranya seseorang itu telah mencapai nirwana diri ini, ia boleh dianggap sebagai mempunyai kualiti hidup yang tertinggi. Jadual 6: Model Survei Kualiti Hidup, ESCAP, 1990 Komponen Elemen Bidang Kesihatan Mortaliti Jangka hayat Mortaliti infan Mortaliti kanak-kank Morbiditi Populasi orang kurang upaya atau cacat Insiden penyakit utama Pemakanan Berat lahir Pengambilan kalori Pengambilan protin Pendidikan Pendidikan asas Entrolmen ke sekolah rendah Tamat sekolah rendah Celik huruf Pendidikan lanjutan Kemasukan ke sekolah menengah Kemasukan ke institute pengajian tinggi Pekerjaan Pekerjaan Pekerjaan dengan faedah Pekerjaan sepenuh masa Keadaan pekerjaan Jam bekerja (termasuk masa perjalanan) Percutian Masa tidak bekerja disebabkan kemalangan/penyakit akibat pekerjaan Persekitaran Perumahan Bekalan air fizikal Kemudahan sanitasi
  • 11. Elektrik Ruang Pengangkutan dan Jalan raya komunikasi Telefon Persekitaran Insiden bencana alam semulajadi Pencemaran persekitaran Pengurangan sumber semula jadi Kehidupan Struktur dan fungsi Tiada indicator yang telah dibentuk. Indikator berkeluarga keluarga berikut berkait secara tidak langsung-saiz isirumah, kanak-kanak tiada rumah, isirumah penjaga tunggal dan isirumah tua tinggal bersendirian Kestabilan keluarga Kadar perceraian Keganasan rumahtangga Kehidupan Penglibatan komuniti Tiada indicator yang telah dibentuk komuniti Kestabilan komuniti Kadar Jenayah Kadar penyalahgunaan dadah Kadar bunuh diri Kehidupan Kehidupan budaya Tiada indicator yang telah dibentuk. Indikator budaya, berikut berkait secara tak langsung – kerohanian kemudahan budaya dan masa senggang Kehidupan Tiada indikator yang telah dibentuk kerohanian Tiada indikator yang telah dibentuk. Indikator Kehidupan masa berikut berkait secara tak langsung – radio, senggang tv, kemudahan rekreasi. Indeks Kualiti Hidup Malaysia Kemajuan sesebuah negara boleh diukur berdasarkan kualiti hidup rakyatnya yang bertambah baik secara berterusan. Penilaian terhadap pembangunan sesebuah negara tidak harus ditumpukan semata-mata kepada pertimbangan ekonomi, malah perlu merangkumi aspek lain yang lebih mencerminkan perubahan kualiti hidup rakyatnya. Oleh itu, Malaysia telah mewujudkan Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) dan cuba menilai kualiti hidup dengan menggunakan pendekatan yang lebih kuantitatif dan agak komprehensif. Berdasarkan laporan Kualiti Hidup Malaysia (1999), kualiti hidup didefinisikan sebagai merangkumi kemajuan diri, cara hidup yang sihat, akses dan kebebasan untuk mencapai pengetahuan, taraf kehidupan yang melebihi keperluan asas dan memenuhi keperluan psikologi untuk mencapai tahap kesejahteraan sosial yang setanding dengan aspirasi negara. IKHM ini dirangka untuk mengukur perubahan kualiti hidup. IKHM merupakan satu pengukuran komposit berdasarkan sepuluh bidang iaitu pendapatan dan pengagihan, persekitaran kerja, pengangkutan dan komunikasi, kesihatan, pendidikan, perumahan, alam sekitar, kehidupan keluarga, penyertaan sosial dan keselamatan awam. Bidang tersebut dianggap sama penting untuk kesejahteraan dan kualiti hidup penduduk. Dengan demikian, wajaran yang sama telah diberi kepada setiap bidang. Sebanyak 38 petunjuk telah digunakan dalam pengiraan Indeks tersebut (Jadual 7). Petunjuk berkenaan dipilih untuk menyediakan satu ukuran agregat mengenai kualiti hidup negara ini bagi menilai kesan pembangunan ekonomi keatas penduduk. Tahun
  • 12. 1990 telah dipilih sebagai tahun asas kerana secara relatif ianya merupakan tahun yang normal serta tidak jauh ke belakang. Jadual 7: Indeks Kualiti Hidup Malaysia 1980-1989 (1990=100) Bidang Petunjuk 1980 1985 1995 1998 Pendapatan & Knk per kapita sebenar 77.39 90.85 105.45 105.82 Pengagihan Angkali gini Kadar kemiskinan Persekitaran Kadar pengangguran 106.13 97.59 115.07 118.94 kerja Pertikaian perusahaan Kehilangan hari bekerja kerana tindakan perusahaan Kadar kemalangan perusahaan Pengangkutan Motokar dan motosikal persendirian 87.36 100.12 106.88 112.78 & komunikasi Kenderaan perdagangan Pembangunan jalan raya Telefon Edaran purata akhbar harian Kesihatan Jangka hayat semasa lahir (lelaki) 83.24 95.72 103.78 109.58 Jangka hayat semasa lahir (perempuan) Kadar kematian bayi Nisbah doktor-penduduk Pendidikan Kadar penyertaan pra-sekolah 85.97 95.70 106.91 117.31 Kadar penyertaan sekolah menengah Kadar penyertaan universiti Kadar celik huruf Nisbah guru-pelajar sekolah rendah Nisbah guru-pelajar sekolah menengah Perumahan Harga rumah purata 90.52 92.97 105.51 107.72 Unit rumah kos rendah Unit rumah dengan bekalan air paip Unit rumah dengan bekalan elektrik Alam sekitar Kualiti udara n.a. 103.86 106.29 100.94 Sungai bersih Kawasan berhutan Kehidupan Perceraian 85.46 89.62 108.32 113.86 keluarga Kadar kelahiran kasar Saiz isirumah Jenayah juvenil Penyertaan Pengundi berdaftar 81.55 89.58 102.07 97.98 sosial Kelahiran dalam organisasi sukarela terpilih Keselamatan Jenayah 78.40 79.87 88.5 72.11 awam Kemalangan jalan raya Indeks kualiti hidup Malaysia 86.22 93.59 104.88 105.71
  • 13. Isu dan Cabaran Penggunaan yang melebihi tahap minimum atau keperluan asas bukan sesuatu yang tidak baik, memandangkan ianya membantu mempermudahkan manusia menjalani penghidupannya. Walau bagaimanapun, penggunaan yang keterlaluan dan tidak terkawal akan menimbulkan banyak masalah termasuklah masalah alam sekitar. Oleh itu isu sebenar bukanlah penggunaan itu sendiri tetapi pola dan kesan (positif dan negatif) penggunaan tersebut. Khusus pada sumbangan penggunaan kepada masalah alam sekitar, ia telah dikenalpasti dalam konferen antarabangsa United Nation yang diadakan di Reo de Janeiro pada 1992. Dalam agenda 21 dinyatakan bahawa tindakan menyeluruh perlulah diambil di semua tahap. Agensi kerajaan, bukan kerajaan dan pengguna perlu mengambil tindakan ke arah penggunaan lestari. Agenda tersebut juga menyarankan langkah yang perlu diambil oleh pengguna adalah mengubah amalan penggunaan. Tumpuan patut diberikan kepada menggunakan sumber dengan berkesan untuk meminimumkan penyusutan sumber dan pencemaran. Terdapat tujuh tema penggunaan lestari. Pertama, penggunaan lestari adalah cara dan bukannya hasil akhir. Ini bermakna usaha meningkatkan kelestarian pengguna perlu dilakukan secara berterusan. Disepanjang proses penggunaan akan ada ketidaklestarian sama ada di peringkat pengeluaran, menggunakan dan melupuskan. Kedua, penggunaan lestari merupakan keseimbangan pelbagai aspek termasuklah persekitaran, sosial dan ekonomi. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Abu Bakar (2001) bahawa perlu ada anjakan paradigma daripada mengutamakan pertumbuhan ekonomi semata-mata kepada mengutamakan keseimbangan dikalangan semua pihak. Ketiga, penggunaan lestari adalah mengenai pilihan bermaklumat. Bagi mereka yang ingin mengamalkan penggunaan lestari mereka perlu mendapat maklumat, menyedari dan mengamalkannya atas pilihan sendiri. Keempat, penggunaan lestari bertujuan untuk menginstitusikan pilihan, dimana apabila polisi tertentu berkaitan penggunaan dibentuk ia akan membantu peningkatan kelestarian. Kelima, pengguna lestari memerlukan pendekatan pelbagai peringkat. Keenam, penggunaan lestari memerlukan pembaikan berterusan. Dari semasa ke semasa perlu ada peningkatan sama ada dari segi perancangan, perlaksanaan, polisi dan sebagainya. Memandangkan gaya hidup yang semakin berubah dan ke arah penggunaan yang semakin meningkat wajar dipastikan bahawa apa sahaja usaha yang ingin dilaksanakan adalah bersesuaian dan selaras dengan perubahan yang berlaku. Ketujuh, penggunaan lestari memerlukan penglibatan semua secara terbuka. Perlu juga disedari bahawa pola penggunaan pada masa hadapan akan berubah dimana, penggunaan akan meningkat. Pendapatan keluarga yang meningkat akan mendorong kepada peningkatan penggunaan. Sebab peningkatan penggunaan selalu dikaitkan dengan perniagaan. Sudah sampai masanya untuk kita mengetahui bahawa sebarang kos yang berkaitan dengan pengeluaran dan penggunaan perlu mengambilkira kos persekitaran dan kos sosial. Kemerosotan persekitaran dikatakan berpunca daripada pertambahan populasi, kekayaan dan teknologi yang mana populasi yang dibentuk oleh faktor ekonomi, politik sosial dan budaya. Terdapat 4 cabaran berkaitan pengeluaran dan penggunaan di peringkat antarabangsa iaitu: Pertama, penstrukturan ekonomi untuk jangkamasa panjang (Robins dan Roberts, 2000). Memandangkan keadaan persekitaran yang semakin tenat, peningkatan teknologi, kekayaan dan populasi memerlukan negara membentuk polisi
  • 14. berkaitan pelbagai ekonomi yang lebih seimbang dan memperbaiki produktiviti sumber dan mengurangkan pencemaran. Kedua, memikirkan semula nilai etika (Robins dan Roberts, 2000). Pada masa kini kebanyakan isu penggunaan lestari banyak diketengahkan oleh badan bukan kerajaan yang mewarwar dan menggalakkan gaya hidup lestari. Namun persoalan yang asas adalah bagaimana untuk menanamkan nilai dan etika kehidupan lestari dalam diri setiap individu. Dengan itu matlamat meningkatkan kelestarian pengeluaran dan penggunaan akan dapat dihasilkan. Ketiga, pembentukan semula rangka polisi (Robins dan Roberts, 2000). Untuk menjalankan usaha meningkatkan kelestarian ini ianya tidak boleh diharapkan berlaku secara semula jadi. Ianya memerlukan penglibatan pihak berkuasa untuk membentuk polisi dan peraturan yang berkaitan dengan memberi ganjaran kepada mereka yang mematuhi dan menghukum mereka yang melanggar. Keempat, kerjasama antarabangsa perlu ditingkatkan untuk membolehkan usaha ini menjadi usaha bersama seluruh dunia. Kesimpulan Penggunaan dan kualiti hidup adalah dua konsep yang mempunyai pengertian yang luas dan pelbagai. Kedua konsep ini mempunyai perkaitan langsung yang mana penggunaan adalah satu daripada elemen penghidupan. Oleh itu peningkatan “kualiti” penggunaan dalam ertikata yang sebenarnya yang seimbang dan harmoni akan dapat meningkatkan kualiti hidup. Telah terbukti bahawa dunia pada masa kini menghadapi kemelut alam sekitar yang serius disebabkan oleh pengeluaran dan penggunaan yang tidak lestari. Faktor budaya, ekonomi, politik, sosial dan seumpamanya merupakan asas kepada peningkatan populasi, kekayaan dan teknologi, yang seterusnya menyumbang kepada kemerosotan persekitaran. Usaha jitu yang bermula daripada penstrukturan semula ekonomi, pembetukan nilai dan etika murni berkaitan penggunaan sehinggalah kepada jaringan kerjasama antarabangsa di semua peringkat perlu dibuat sebagai usaha mengurangkan masalah yang dihasilkan akibat daripada pengeluaran dan penggunaan yang tidak lestari dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup penduduk dunia. Rujukan Andrews, F.M., dan Withey, S.B. 1976. Social Indicators of Well-Being. New York: Plenuim Press Bergnet, M.B., et al. 1981. Dalam Lawton, M.P. (1987). Measures of Quality of Life and Subjective Well-being. Generations, Spring 97. 21(1):45 Burk, M. 1968. Consumption Economics: A A Multidiciplinary Approach. New York: McGraw-Hill. Davis, J.S. 1945. Standards and Content of Living. American Economic Review. 35:1-5. Durning, A. 1992. How Much Is Enough?. New York:W.W.Norton & Company. Hoyt, E.E 1938. Consumption in Our Society. New York: McGraw-Hill. Jabatan Perangkaan Malaysia. 1995. Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isirumah Malaysia 1993/94.
  • 15. Kyrk. 1923. A theory of Consumption. New York: An Arbor Press. Laily, P 1993. A Model for Measuring Poverty: A Consumption Approach. University of Illinois. Lawton, M.P. 1987. Measures of Quality of Life and ubjective Well-being. Generations, Spring 97. 21(1):45. Lawton, M.E. et al. 1982. Dalam Lawton, M.P. 1987. Measures of Quality of Life and Subjective Well-being. Generations, Spring 97. 21(1):45. Lemke, S., dan Moos, R.H. 1986, Dalam Lawton, M.P. 1987. Measures f Quality of Life and Subjective Well-being. Generations, Spring 97. 21(1):45. Leet, R., and Driggers, J. 1990. Conseptual Framework for Evaluation of Impact. North Central Regional Research Publication, No 316, 2-8, 335-356. Magrabi, F.M., Chung, Y.S., Cha, S.S., and Yang, S. 1991. The Economics of Household Consumption. New York: Praeger Publisher. Maslow, A. 1962. Towrd a Phychology of Being. New York: van Nostrand. Michalos, A.C. 1983. Satisfaction and Happiness in Rural Northern Resource Community. Social Indicators Research. 13:225-252. Motavalli, J. 1996. Enough!. E Magazine: The Enviromental Magazine, Mar/Apr, Vol7(2):28. Neugarten, B., Havighurst, R.J., Tobin, S.S. 1961. Dalam Lawton, M.P. 1987. Measures of Quality of Life and Subjective Well-being. Generations, Spring97. 21(1):45. Pal.A.P. 1963. The Resource Level of Living and Aspiration of Rural Household in Negros Oriented Council. Quezon City, Manila. Community Development Research. Rabieyah, M. and Chin, K.Y. 1996. Analysis of the Household Expenditure: Consumption Patterns among Malaysian Households. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Ekonomi Pengguna dan Keluaga Malaysia, di Putra Jaya, pada 13-14 Ogos, 1996. Ringen, S. 1988Direct, Indirect Measurement of Poverty. Journal of Social Policy. 17.3:351-365. Robins, N. dan Roberts, S. 2000. Making Sense of Sustainable Consumption. Development. 41:1. Stewart, A.L., Hays, R.D., dan Ware, J.E. 1988. Dalam Lawton M.P. 1987. Measures of Quality of Life and Subjective Well-being. Generations, Spring97. 21(1):45. Surangi-Unger, T. 1981. Consumer Bahavior and Consumer Well-being: An Economist’s Digest. Journal of Consumer Research, 8(Sept): 132-143.
  • 16. Unit Perancang Ekonomi. 1999. Kualiti Hidup Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri. United Nation. 1954. Report on the International Definition and Measurement of Level of Living. United Nation, New York. Watson, Clark dan Tellegen. 1988. Dalam Lawton, M.P. 1987. Measures of Quality of Life and Subjective Well-being. Generations, Spring 97. 21(1):45. UNDP. 1999. The Human Development Report UNEP dan Earthscan. 1999. Global Enviromental Outlook 2000 FAO. 2000. Assessment of the World Food Security Situation.

×