a) Apakah fungsi Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 1961)
Akta ini berfungsi mengawal bekalan barang-barang yang telah diisyt...
dibenarkan dalam lesen dan sebaliknya penjual ini akan didenda atas Akta kawalan
harga 1946 dengan kesalahannya tidak mele...
f) Apakah yang dimaksudkan dengan harga siling barangan?
Harga siling barangan adalah harga maksimum bagi barangan kawalan...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 1961)

7,989

Published on

Published in: Sports, Education
1 Comment
3 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
7,989
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
108
Comments
1
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 1961)

  1. 1. a) Apakah fungsi Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 1961) Akta ini berfungsi mengawal bekalan barang-barang yang telah diisytiharkan sebagai barang kawalan bagi memastikan bekalan yang mencukupi. Akta ini juga memperuntukkan kuasa bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan menyekat aktiviti-aktiviti haram seperti perbuatan menyorok atau enggan menjual barangan kawalan. b) Mengapakah Akta 1961 diwujubkan? Akta kawalan bekalan 1961 diwujubkan supaya pengguna boleh sentiasa mendapat bekalan kawalan di pasaran. Akta ini juga akan menyekat pejual dan pengeluar yang menyimpan dan enggan menjual barang kawalan kepada penguna. C) Apakah perbezaan di antara Akta 1961 dan Akta Kawalan Harga 1946? Akta kawalan bekalan 1961 adalah mengawal bekalan dalam pasaran bagi memastikan bekalan sentiasa cukup, manakala Akta kawalan harga 1946 adalah memberi kuasa kepada kerajaan menetap dan mengawal harga bagi barangan tertentu seperti barang kawalan. Contohnya, seorang penjual yang memiliki barang kawalan melebihi had yang dibenarkan dalam lesen dan tidak melabelkan tanda harga pada barang jualan. Penjual tersebut akan didenda atas Akta kawalan bekalan 1961 dengan kesalahannya menyimpan dan memiliki stok barang kawalan melebihi had yang
  2. 2. dibenarkan dalam lesen dan sebaliknya penjual ini akan didenda atas Akta kawalan harga 1946 dengan kesalahannya tidak meletakkan tanda harga pada barang jualan. d) Senaraikan barangan kawalan di bawah Akta 1961. Gula Tepung gandum Minyak masak Baja kimia Minyak tanah Petrol, sprit motor dari semua gred Bahan api diesel Bar bulat keluli lembut simen Gas petroleum cecair roti ayam e) Mengapakah barangan tersebut perlu dikawal oleh undang-undang. Barang kawalan perlu dikawal oleh undang-undang kerana kebanyakkannya merupakan keperluan asas yang akan digunakan oleh pengguna dan pengeluar. Selain itu, undang-undang akan memastikan bekalan kawalan sentiasa mencukupi dalam pasaran dan juga memastikan tiada sesuatu pihak yang memiliki dalam had yang lehih daripada lesen terutamanya dalam misim perayaan. Undang-undang (akta kawalan harga (1946) juga menjaga harga barang kawalan adalah stabil dan menetapkan harga maksimum dan minimum supaya penguna dapat mengetahui harga barang tertentu..
  3. 3. f) Apakah yang dimaksudkan dengan harga siling barangan? Harga siling barangan adalah harga maksimum bagi barangan kawalan yang ditetapkan untuk dijual oleh penjual yang ditetapkan oleh kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Penjual yang menjual barang kawalan dengan harga lebih tinggi daripada harga siling akan didenda. Harga siling bagi barang kawalan perlu dipamerkan dengan warna merah jambu. g) Adakah pindan terbaru terhadap Akta 1961? Terdapat pindan Akta kawalan bekalan 1961, iaitu Akta kawalan bekalan (pindaan 1973) h) Adakah perkembangan terbaru berkaitan Akta 1961 sempena musim perayaan ini? Ya. Kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna telah bertindak menetapkan barang dan makanan yang bukan barang kawalan pada masa biasa sebagai barang kawalan dan melaksanakan pemeriksaan di pasaran untuk memastikan penjual mengikut undang-undang dan memberi denda atau menyita barang kepada penjual yang tidak mengikut akta-akta. Pemeriksaan ini bermula pada 24 September sehingga 8 Oktober bagi memastikan para peniaga mematuhi harga jualan siling barangan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri, skim ini melindungi 17 jenis barangan.

×