1)	Akta Sewa Beli  , Akta Pemberi Pinjam Wang 1951
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

1) Akta Sewa Beli , Akta Pemberi Pinjam Wang 1951

on

  • 9,195 views

 

Statistics

Views

Total Views
9,195
Views on SlideShare
9,194
Embed Views
1

Actions

Likes
2
Downloads
91
Comments
0

1 Embed 1

http://search.mywebsearch.com 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

1)	Akta Sewa Beli  , Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 1) Akta Sewa Beli , Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 Document Transcript

  • Akta Sewa Beli
    Akta Pemberi Pinjam Wang 1951
    Soalan 1:
    Semua transaksi sewa beli adalah dikawal oleh Akta Sewa Beli 1967 di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Dalam kes ini, mengikut Seksyen 23, penjamin iaitu Ahmad mempunyai hak terhadap tuan punya. Penjamin boleh pada bila-bila masa menjaminkan pelepasannya dengan membayar amaun yang harus dibayar kepada tuan punya daripada penyewa. Di mana dalam Seksyen 23(2), atas pembayaran sedemikian dibuat oleh penjamin adalah berhak untuk mendakwa penyewa itu pada nama tuan punya bagi mana-mana pelanggaran obligasi penyewa di bawah perjanjian sewa-beli yang tertakluk untuk memberikan kepada tuan punya indemniti yang sesuai bagi kos-kos. Ahmad juga boleh mendakwa atas namanya sendiri jika ia mengambil suatu gerak kerja undang-undang daripada hutang sewa- beli.
    Selain itu, atas pembayaran sedemikian dibuat penjamin berhak mendesak atas pemindahan kepadanya sendiri terhadap semua cagaran-cagaran yang diambil oleh tuan punya daripada penyewa untuk menjaminkan pelaksanaan obligasi penyewa. Selain itu, penjamin iaitu Ahmad adalah berhak menuntut dibuat terhadap oleh tuan punya atas gerenti itu untuk menggunakan mana-mana imbangan atau tuntutan balas yang boleh dimiliki oleh penyewa terhadap tuan punya.
    Di samping itu, mengikut Seksyen 24(1) Ahmad juga berhak diganti rugikan oleh penyewa terhadap mana-mana tuntutan yang dibuat oleh tuan punya atas gerenti. Tambahan pula, mengikut Seksyen 24(2), Ahmad adalah berhak untuk memaksa penyewa untuk membayar bayaran ansuran bagi perjanjian sewa-beli yang sebagaiman dan bilakah ia harus dibayar. Ahmad juga boleh memohon kepada salah sebuah mahkamah Majistret untuk meminta suatu perintah kepada kesan tersebut.
    Tanggungjawab (liabiliti) Ahmad sebagai penjakin di bawah perjanjian sewa beli ialah memikul tanggungjawab untuk membayar balik hutang Ali (penyewa) kepada Ting Tong Finance (tuan punya) jika ia gagal untuk membayar hutang itu sebelum tarikh harus dibayar. Liabiliti Ahmad adalah berterusan walaupun selepas tuan punya telah memiliki semula barang-barang daripada Ali. Manakala, liabiliti Ahmad adalah dihadkan kepada yang dikenakan ke atas Ali oleh perjanjian sewa beli, kecuali jika Ahmad telah bersetuju dengan tuan punya supaya terikat bagi penyempurnaan suatu tindakan yang bukan merupakan satu daripada kewajipan yang dikenakan ke atas penyewa di bawah Perjanjian Sewa Beli. Liabiliti Ahmad adalah tidak diperluaskan untuk meliputi satu perjanjian baru yang dimasuki oleh Ali dan Ting Tong Finance yang berkaitan dengan barang-barang sama yang terkandung dalam Perjanjian Sewa Beli.
    Ahmad adalah tidak bertanggungjawab kepada mana-mana lanjutan atau takat lain daripada Ali. Pelaksaan obligasinya telah menjaminkan tetapi tiada apa-apa dalam Akta Perjanjian Sewa Beli ini melibatkan mana-mana perjanjian oleh Ahmad yang mengikatkannya kepada pelaksanaan mana-mana obligasi yang bukan merupakan satu daripada obligasi yang dikenakan kepada Ali di bawah perjanjian sewa beli bagi yang mana gerenti itu diberikan.
    2)Bincangkan sejauhmanakah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 melindungi para peminjam di dalam transaksi pinjaman wang.
    Lesen ini dikeluarkan kepada pemohon yang berkelayakan menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang sahaja. Akta ini adalah untuk mengawal individu atau syarikat  menjalankan kegiatan peminjaman wang. Untuk menjalankan kegiatan ini, lesen adalah diwajibkan. Menurut Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, kadar faedah yang boleh dikenakan adalah 12 peratus setahun bagi pinjaman berjamin atau 18 peratus setahun bagi pinjaman tanpa jaminan.Bermula pada I Januari 2008, pemohon yang ingin memohon lesen Pemberi Pinjaman Wang perlu memenuhi kriteria seperti syarikat atau pertubuhan milik kerajaan kerajaan yang ditubuhkan perlu mengikuti tujuan tertentu tanpa mengira amaun modal berbayar atau modal kerja tunai; memdapat keuntungan melebihi RM 1 juta setahun dalam 3 tahun berturut-turut dengan rekod perniagaan bersih; semua pemilik saham lulus tapisan polis dan mempunyai rekod bersih daripada Lembaga Hasil Dalam negeri atau Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM atau Bank Negara Malaysia atau jabatan Insolvensi; pemohon bukan pemilik tunggal; tidak mempunyai lesen Pemegang Pajak Gadai; tidak terlibat dengan perniagaan sewa beli.
    Perjanjian Pemberian Pinjaman Wang ( Pinjaman Tanpa Cagara) merupakan suatu perjanjian yang diperbuat pada hari dan tahun yang dinyatakan dalam Seksyen 1 Jadual Pertama kepada Perjanjian ini di antara pemberi pinjam wang yang dinyatakan dalam seksyen 2 Jadual Pertama (“Pemberi Pinjam”) sebagai satu pihak dan peminjam yang dinyatakan dalam seksyen 3 Jadual Pertama (“Peminjam”) sebagai pihak yang satu lagi.
    Mengikut Jadual J, kedua-dua pihak tersebut perlu mempersetujui jumlah dan masa bayar balik ansuran. Jika peminjam gagal membayar balik dalam tempoh yang dipersetujui itu, pemberi pinjaman berhak mengenakan faedah ringan ke atas jumlah wang ansuran yang tidak dibayar itu yang hendaklah dikira pada kadar lapan peratus setahun dari hari ke hari dari tarikh keingkaran bayaran balik jumlah wang ansuran itu sehingga jumlah wang ansuran itu dijelaskan, dan apa-apa faedah yang dikenakan tidak boleh dikira bagi maksud Perjanjian ini sebagai sebahagian daripada faedah yang dikenakan berkenaan dengan pinjaman. Faedah hendaklah dikira mengikut formula yang berikut:
    R = 8/100 x D/365 x S
    di mana
    R mewakili jumlah wang faedah yang hendaklah dibayar.
    D mewakili bilangan hari keingkaran.
    S mewakili jumlah wang ansuran bulanan yang genap tempoh.
    Pemberi pinjaman berhak menamat perjanjian jika peminjam tidak membayar balik apa-apa jumlah wang ansuran yang kena dibayar atau apa-apa jumlah daripada wang ansuran itu dan mana-mana faedah yang kena dibayar di bawah seksyen 5 Jadual Pertama bagi apa-apa tempoh yang melebihi dua puluh lapan hari selepas tarikh genapnya; atau melakukan perbuatan kebankrapan atau memasuki mana-mana komposisi atau perkiraan dengan pemiutangnya atau, sebagai syarikat, memasuki penyelesaian likuidasi, sama ada secara paksa atau sukarela,
    Sekiranya Perjanjian ini telah ditamatkan atau dibatalkan, maka Pemberi Pinjam boleh menuntut baki belum jelas daripada Peminjam mengikut peruntukan di bawah Perintah 45 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1990 [P.U. (A) 97/90] jika baki belum jelas itu tidak lebih daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit atau Perintah 79 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 [P.U. (A) 50/80] jika baki belum jelas itu lebih tinggi daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit.
    Semua duti setem dan fi pengakusaksian yang dilakukan berkaitan dengan Perjanjian ini hendaklah ditanggung oleh Peminjam. Masa hendaklah menjadi intipati Perjanjian ini yang berhubungan dengan segala peruntukan dalam Perjanjian ini. Perjanjian ini hendaklah mengikat pengganti dalam hakmilik dan penerima serah hak yang dibenarkan kepada Pemberi Pinjam, waris, wakil peribadi, pengganti dalam hakmilik dan penerima serah hak yang dibenarkan kepada Peminjam.
    Tidak dinafikan ada di kalangan peminjam wang ini terdiri daripada mereka yang terdesak untuk mendapatkan sejumlah wang tertentu mendapatkan khidmat ceti haram ini. Ia disebabkan kesukaran mendapatkan wang menerusi saluran sedia ada seperti syarikat kewangan, koperasi dan sebagainya yang didakwa mengenakan syarat ketat.
    Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mencadangkan agar syarikat kewangan, koperasi atau badan tertentu seperti Bank Islam, Bank Rakyat, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) dan sebagainya mewujudkan tabung pinjaman tanpa faedah atau Qardhul Hassan untuk membantu golongan terdesak ini.
    Selain itu, bagi memastikan pemberian lesen dan penguatkuasa terhadap pemberi pinjaman berlesen ini dilakukan secara terkawal, Fomca mencadangkan agar Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang kini di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dipindahkan kepada Kementerian Kewangan atau pun disepadukan di bawah akta baru yang perlu diwujudkan iaitu Akta Kredit Pengguna.