Your SlideShare is downloading. ×
Halatuju mlm malaysia
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Saving this for later?

Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime - even offline.

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Halatuju mlm malaysia

272
views

Published on


0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
272
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
7
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. i
  • 2. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG ii
  • 3. SEULAS PINANG MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia. Malaysia berazam untuk menjadi sebuah negara maju yang berdaya saing dan teguh pada tahun 2020. Dalam era globalisasi yang mencabar, negara kita perlu bersedia dan mampu menghadapi perubahan demi perubahan. Mendukung gagasan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, pihak Kementerian memainkan peranan penting dalam menjayakan transformasi industri jualan langsung ke arah ekosistem perniagaan kawal selia kendiri. Pelan Hala Tuju Industri Jualan Langsung ini merencanakan garis panduan yang lebih jelas lagi terperinci kepada semua pihak berkepentingan agar mereka dapat menyumbang secara bersepadu ke arah tersebut. Saya yakin pendekatan komprehensif yang digariskan di dalam Pelan Hala Tuju Industri Jualan Langsung ini mampu memberi manfaat kepada masyarakat dan negara serta seterusnya melonjakkan industri jualan langsung ke tahap yang lebih tinggi. Adalah diharapkan pendekatan baharu, semangat baharu dan tekad baharu yang didorong oleh semangat 1Malaysia mampu melonjakkan negara ke tahap pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi. Akhir kata, sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Pelan Hala Tuju Industri Jualan Langsung terutama kepada kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan, pihak persatuan jualan langsung dan pemain industri. DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB iii
  • 4. SEKAPUR SIRIH KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah izinNya, Pelan Hala Tuju Industri Jualan Langsung ini berjaya dihasilkan. Dokumen Pelan Hala Tuju Industri Jualan Langsung ini merupakan manifestasi kesungguhan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam membangun dan memperkasa industri jualan langsung bagi menghadapi cabaran serta persaingan global di abad ke-21 dan seterusnya. Ini juga selaras dengan aspirasi dan visi Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Bagi merealisasikan cita-cita negara, satu daya usaha besar ke arah peningkatan daya saing, produktiviti serta inovasi negara perlu dilaksanakan. Pelan Hala Tuju Industri Jualan Langsung ini adalah dokumen yang menterjemahkan hala tuju industri jualan langsung pada masa hadapan. Ia digarap berdasarkan kepentingan semua pihak yang terlibat di dalam industri jualan langsung. Penghasilan buku ini bukannya satu pengakhiran, sebaliknya ia merupakan titik permulaan bagi satu perjalanan jauh yang perlu diharung bersama oleh semua pihak dalam menjayakan wawasan yang lebih besar; keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang fikiran, tenaga dan masa bagi menghasilkan dokumen yang cukup penting ini. Sesungguhnya, dalam misi mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara maju, kita perlu memastikan ekonomi negara berada pada landasan yang kukuh dan mantap. Akhir kata, saya menyeru kerjasama semua pihak agar bersama-sama membulatkan tekad dan bersatu hati bagi menjayakan Pelan Hala Tuju Industri Jualan Langsung ini. Proses mentransformasikan industri jualan langsung di Malaysia menuntut kita bekerja keras untuk mara ke hadapan bagi menjayakan Wawasan 2020. DATO' SARIPUDDIN KASIM iv
  • 5. KANDUNGAN Bab 1: Perspektif Menyeluruh ............................................................................................................... 1  Aspirasi Negara ...................................................................................................................... 2  Senario Semasa ..................................................................................................................... 4  Hala Tuju Jualan Langsung ................................................................................................ 11 Bab 2: Kerangka Pelan Hala Tuju ...................................................................................................... 13  Pendahuluan ......................................................................................................................... 14  Analisis Transformasi .......................................................................................................... 15  Faktor Kritikal Transformasi ................................................................................................ 17  Teras Strategik ..................................................................................................................... 19 Bab 3: Menambah Baik Kualiti Modal Insan ..................................................................................... 21  Pendahuluan ......................................................................................................................... 22  Status Semasa ..................................................................................................................... 22  Cabaran ................................................................................................................................. 23  Objektif ................................................................................................................................... 28  Strategi................................................................................................................................... 29  Pelan Tindakan Menjelang 2020 ....................................................................................... 29  Faktor Kritikal Kejayaan ...................................................................................................... 32  Penutup.................................................................................................................................. 32 v
  • 6. Bab 4: Mengukuhkan Sistem Penyampaian dan Perundangan .................................................... 33  Pendahuluan ......................................................................................................................... 34  Status Semasa ..................................................................................................................... 34  Cabaran ................................................................................................................................. 35  Objektif ................................................................................................................................... 39  Strategi................................................................................................................................... 39  Pelan Tindakan Menjelang Tahun 2020 ........................................................................... 40  Faktor Kritikal Kejayaan ...................................................................................................... 46  Penutup.................................................................................................................................. 46 Bab 5: Meningkatkan Prestasi dan Membudayakan Reputasi ...................................................... 47  Pendahuluan ......................................................................................................................... 48  Status Semasa ..................................................................................................................... 48  Cabaran ................................................................................................................................. 49  Objektif ................................................................................................................................... 51  Strategi................................................................................................................................... 52  Pelan Tindakan Menjelang 2020 ....................................................................................... 53  Faktor Kritikal Kejayaan ...................................................................................................... 57  Penutup.................................................................................................................................. 57 Bab 6: Kesimpulan ................................................................................................................................ 58 Jadual Jadual 1: Statistik lesen jualan langsung yang sah bagi tempoh 2002 - 2012 .............................. 7 Jadual 2: Statistik nilai jualan syarikat jualan langsung bagi tempoh 2008 - 2011 ....................... 9 Jadual 3: Sasaran nilai jualan syarikat jualan langsung bagi tempoh 2012 – 2020 ................... 12 vi
  • 7. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG BAB 1 PERSPEKTIF MENYELURUH ASPIRASI NEGARA DAN SENARIO SEMASA 1
  • 8. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG ASPIRASI NEGARA 1.01 Penyediaan Pelan Hala Tuju Industri Jualan Langsung ini merupakan kesinambungan terhadap hasrat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. 1.02 Industri jualan langsung dijangka menyumbang sebanyak RM54.5 billion bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015) dan RM86 billion bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020). Jumlah sumbangan ini dibuat berdasarkan kepada pertumbuhan memberangsangkan industri ini yang menunjukkan peningkatan jualan setiap tahun. Walaupun negara menghadapi tempoh sukar ekoran kelembapan ekonomi kesan krisis kewangan dunia terutama pada tahun 1998, industri jualan langsung telah berjaya menjana RM18.8 billion sepanjang Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000). 1.03 Berdasarkan rekod, industri jualan langsung mencatatkan sumbangan sebanyak RM23.4 billion sepanjang Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) iaitu peningkatan sebanyak 24.4% dan RM27.13 bilion sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) iaitu peningkatan sebanyak 15.9%. 2
  • 9. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG 1.04 Industri jualan langsung merupakan salah satu industri yang berdaya maju dan berpotensi untuk terus diterokai oleh syarikat tempatan dan juga syarikat antarabangsa. Berdasarkan rekod World Federation of Direct Selling Associations (WFDSA), Malaysia merupakan salah sebuah negara yang menduduki senarai 20 kedudukan tertinggi berdasarkan nilai jualan oleh syarikat jualan langsung. Dengan catatan nilai jualan sebanyak USD2.91 billion pada tahun 2011, Malaysia berada di tangga ke-11 berbanding dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (USD29.87 billion) yang berada di tangga pertama dan Jepun (USD23.86 billion) di tangga kedua. 1.05 Berdasarkan Laporan Doing Business Edisi 2013 daripada Bank Dunia, Malaysia adalah negara ke-12 paling berdaya saing bagi menjalankan perniagaan. Kedudukan ini meletakkan Malaysia mengatasi negara-negara seperti Sweden (ke-13), Taiwan (ke-16), Jerman (ke-20), Jepun (ke-24) dan Switzerland (ke-28). Laporan Doing Business oleh Bank Dunia ini mengkaji 185 ekonomi merentasi kemudahan kriteria daya memulakan saing seperti perniagaan, kelulusan mendapatkan lesen, kecekapan pentadbiran cukai dan kemudahan menjalankan perdagangan rentas sempadan. Berikutan kejayaan negara memperbaiki kedudukan dalam senarai negara paling 3
  • 10. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG berdaya saing, Kerajaan komited untuk terus melakukan pembaharuan dalam amalan peraturan. Industri jualan langsung akan terus bergerak seiring dengan komitmen Kerajaan untuk mencapai matlamat menduduki tangga 10 negara teratas. SENARIO SEMASA Takrif 1.05 Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993 mendefinisikan jualan langsung sebagai jualan pintu ke pintu, jualan pesanan pos dan jualan melalui perkembangan transaksi teknologi, elektronik. jualan melalui Seiring transaksi dengan elektronik semakin berkembang pesat dan semakin diterima ramai sebagai strategi pemasaran yang berkesan. 1.06 Syarikat jualan langsung dikategorikan kepada 3 peringkat mengikut pelan pemasaran syarikat iaitu berbilang tingkat, satu tingkat dan jualan melalui pesanan pos. Ketiga-tiga kategori berkenaan ditakrifkan seperti berikut: i. Berbilang tingkat  Syarikat jualan langsung melantik individu sebagai ejen jualan (ahli/pengedar) untuk mengedar barangan syarikat (produk /perkhidmatan). 4
  • 11. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG  Ejen yang berkenaan akan melantik ejen lain (downline) bagi membentuk rangkaiannya menjual barangan syarikat. Proses pelantikan ejen baru boleh diteruskan sehingga satu peringkat yang munasabah.  Setiap ejen akan mendapat komisen/bonus/insentif/ apa-apa faedah ekonomi lain hasil daripada jualan peribadi dan jualan ejen di bawah rangkaiannya (over riding bonus). ii. Satu tingkat  Syarikat jualan langsung melantik individu sebagai ejen (wakil jualan) untuk mengedar barangan syarikat (produk/perkhidmatan).  Ejen jualan berkenaan akan dibayar gaji/komisen/gabungan gaji dan komisen atas jumlah jualan yang dibuat.  Ejen berkenaan tidak dibenarkan melantik ejen jualan lain. iii. Jualan melalui pesanan pos  Jualan barangan (produk/perkhidmatan) yang dijalankan oleh seseorang, sama ada sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberi kuasa melalui pos atau apa-apa kaedah penghantaran yang lain termasuk secara elektronik. 5
  • 12. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG Pertumbuhan industri 1.07 Pertumbuhan memberangsangkan industri jualan langsung di Malaysia dapat dibuktikan melalui pertambahan bilangan syarikat jualan langsung dari tahun ke tahun. Statistik yang dikumpul oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mencatatkan peningkatan lesen jualan langsung yang sah sebanyak 38.7% berbanding 10 tahun lalu. 1.08 Syarikat jualan langsung dalam kategori berbilang tingkat merekodkan peningkatan yang paling ketara dengan pertambahan sebanyak 80.4% berbanding bilangan syarikat pada tahun 2002. Statistik lesen jualan langsung yang sah bagi tempoh 10 tahun kebelakangan mengikut kategori pelan pemasaran adalah seperti di Jadual 1. Peluasan pasaran 1.09 Pertumbuhan memberangsangkan industri jualan langsung dibuktikan dengan 23 syarikat jualan langsung tempatan sudah pun mengembangkan sayap mereka ke lebih 95 negara. Daripada 23 syarikat berkenaan, 20 daripadanya adalah dalam kategori berbilang tingkat dan selebihnya dalam kategori satu tingkat dan pesanan pos. 6
  • 13. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG Penyertaan ejen 1.09 Dengan populasi rakyat Malaysia berjumlah 27 juta, 4.7 juta rakyat Malaysia merupakan ejen/pengedar berdaftar syarikat jualan langsung dan 8.37% rakyat Malaysia merupakan ejen syarikat jualan langsung yang aktif. Jadual 1 Statistik lesen jualan langsung yang sah bagi tempoh 2002 – 2012 Berbilang Tingkat Satu Tingkat Pesanan Pos Satu Tingkat & Pesanan Pos JUMLAH 2002 230 124 28 31 413 2003 359 128 38 29 554 2004 304 149 37 31 521 2005 342 158 37 32 569 2006 394 162 36 30 622 2007 418 164 37 31 650 2008 427 174 37 32 670 2009 350 99 25 17 491 2010 390 113 25 17 545 2011 399 117 23 17 556 2012 376 97 22 17 512 Kategori (sehingga November) Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 7
  • 14. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG Nilai jualan syarikat 1.11 Mengikut rekod Kementerian, nilai jualan syarikat jualan langsung menunjukkan peningkatan saban tahun dengan catatan RM2 bilion pada tahun 2002, RM4.3 bilion pada tahun 2008 dan RM8.5 bilion pada tahun 2011. Kementerian menyasarkan industri ini untuk menyumbang sebanyak RM10 bilion kepada pendapatan ekonomi negara melalui nilai jualan tahunan terkumpul bagi tahun 2012. 1.12 Statistik nilai jualan syarikat jualan langsung dikira berdasarkan kepada maklumat yang dikemukakan oleh syarikat-syarikat jualan langsung melalui Borang Maklumat dan Prestasi Syarikat (BMS) yang perlu dikemukakan sebelum 30 April setiap tahun. Nilai jualan bagi tahun 2008 sehingga 2011 adalah seperti di Jadual 2. Perundangan 1.13 Pada tahun 1993, Akta Jualan Langsung telah digubal bagi memastikan akta yang perkembangan industri ini. bersesuaian digunapakai untuk Pada tahun 2010, Akta ini dipinda menjadi Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993 selari dengan perkembangan semasa terutama bagi menangani isu berkaitan skim piramid. 8
  • 15. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG Jadual 2 Statistik nilai jualan syarikat jualan langsung bagi tempoh 2008 – 2011 Berbilang Tingkat Satu Tingkat Bilangan BMS diterima Jualan tahunan (RM billion) Bilangan BMS diterima Jualan tahunan (RM billion) Bilangan BMS diterima Jualan tahunan (RM billion) Bilangan BMS diterima Jualan tahunan (RM billion) 215 JUMLAH 57 Satu Tingkat dan Pesanan Pos 21 5.58 1.04 0.11 6.73 215 57 21 293 5. 67 1.04 0.14 6.85 188 66 18 272 6.46 1.49 0.99 8.94 301 2011 2011 2010 2009 2008 Kategori 100 32 433 7.11 1.33 1.59 10.03 293 Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Trend produk dan perkhidmatan 1.14 Berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan oleh World Federation Direct Selling Associations (WDFSA) pada tahun 2011, produk kesihatan merupakan produk utama yang menjadi pilihan pengguna melalui kaedah jualan langsung. Produk kesihatan mencatatkan 34% daripada keseluruhan nilai jualan syarikat jualan langsung di Malaysia. 9
  • 16. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG 1.15 Selain daripada produk kesihatan, produk kosmetik dan penjagaan peribadi juga menjadi pilihan pengguna dengan rekod 23% dan juga produk kelengkapan rumah seperti alat penapis air, barangan elektrik dan hiasan rumah dengan dalaman catatan 22% daripada keseluruhan produk yang ditawarkan di dalam industri jualan langsung. 1.16 Produk-produk lain yang menjadi pilihan pengguna adalah seperti tekstil dan aksesori (7%), makanan dan minuman (6%), buku, peralatan serta barangan mainan kanak-kanak (2%) dan lain-lain (6%). 10
  • 17. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG HALA TUJU JUALAN LANGSUNG 1.17 Perancangan strategik yang holistik adalah sangat penting dalam menentukan landasan yang tepat bagi perkembangan dan kemajuan industri jualan langsung. Hala tuju industri jualan langsung merangkumi tiga aspek utama iaitu pembangunan modal insan termasuk ejen, pengarah dan pemegang saham syarikat jualan langsung serta penjawat awam, tadbir urus syarikat jualan langsung yang meliputi kompetensi pengarah dan pekerja serta pemegang saham syarikat jualan langsung dalam menguruskan hal ehwal perniagaan serta reputasi industri yang berkait rapat dengan kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. 1.18 Industri jualan langsung akan terus dibangunkan melalui dua pendekatan iaitu pemulihan reputasi dan peningkatan prestasi industri serta pendidikan dan latihan kepada semua pihak yang berkaitan secara bersepadu dan berterusan. Industri jualan langsung perlu bersedia menghadapi cabaran globalisasi, persaingan dan perubahan teknologi. 1.19 Pelan Hala Tuju Industri Jualan Langsung digubal untuk mencapai matlamat meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai negara perdagangan utama melalui peningkatan eksport produk ke pasaran global dengan mematuhi standard antarabangsa, membangun dan mempromosi jenama Malaysia serta memupuk syarikat jualan langsung tempatan agar berdaya saing di peringkat global. 11
  • 18. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG 1.20 Pelan Hala Tuju Industri Jualan Langsung menggunakan indikator berikut sebagai kayu pengukur prestasi iaitu: i. Sasaran nilai jualan tahunan ditingkatkan sebanyak 6 hingga 12% setahun (Jadual 3); ii. Purata pendapatan bulanan ejen aktif disasarkan sebanyak RM3,800 pada tahun 2020; iii. 40 syarikat jualan langsung tempatan menembusi pasaran antarabangsa pada tahun 2020; dan iv. 8 syarikat jualan langsung tempatan disenarai di Papan Utama Bursa Malaysia pada tahun 2020. Jadual 3 Sasaran nilai jualan syarikat jualan langsung bagi tempoh 2012 – 2020 Tahun Sasaran RM (billion) 2012 10.0 2013 11.0 2014 12.0 2015 13.0 2016 14.5 2017 16.0 2018 17.0 2019 18.5 2020 20.0 Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 12
  • 19. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG BAB 2 KERANGKA PELAN HALA TUJU 13
  • 20. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG PENDAHULUAN 2.01 Pelan hala tuju ini digubal bagi memastikan pembangunan industri jualan langsung tempatan yang terancang dan tersusun serta meningkatkan keupayaan dan daya saing industri dalam jangka panjang berikutan liberalisasi pasaran. Pelan hala tuju ini juga bertujuan menggalakkan pembangunan industri dalam niche yang mempunyai nilai tambah yang tinggi serta meningkatkan daya saing syarikat melalui usahasama strategik. 2.02 Selain daripada mewujudkan persekitaran pelaburan yang kondusif bagi menggalakkan pelaburan tambahan dan baru, pelan hala tuju ini juga digubal bagi meningkatkan standard keselamatan bagi menjamin keselamatan pengguna di samping menggalakkan aktiviti di dalam bidang mesra alam. 2.03 Dalam menggubal pelan hala tuju ini, dokumen-dokumen berikut telah dirujuk: i. Wawasan 2020; ii. Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011-1015; iii. Pelan Induk K-Ekonomi, 2002; iv. Pelan Induk Perindustrian Ketiga, 2006-2020; v. Dasar Pengguna Negara; vi. Pelan Strategik 5 Tahun Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, (2008-2012); dan vii. Pelan Induk Perdagangan Pengedaran, 2010-2020. 14
  • 21. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG ANALISIS TRANSFORMASI 2.04 Ketidaktentuan ekonomi global dan cabaran liberalisasi yang bermaksud semua pihak perlu menolak ke tepi semua halangan untuk memudahkan aliran produk dan perkhidmatan merentasi sempadan menuntut Kerajaan untuk merangka dasar dan strategi yang mantap dalam aspek ekonomi terutama bagi industri jualan langsung. 2.05 Pembaharuan dan transformasi industri jualan langsung dimulakan dengan usaha memulihkan reputasi industri daripada imej yang dicemari dengan unsur-unsur yang negatif. ramai bahawa industri ini dipenuhi Tanggapan orang dengan penipuan dan pembohongan perlu dikikis daripada minda mereka terlebih dahulu. 2.06 Pelbagai faktor seperti faktor demografik, ekonomi, teknologi, perundangan dan sosial diberi perhatian dalam menyediakan pelan hala tuju transformasi yang menyeluruh. Peningkatan tahap pendidikan yang mempengaruhi persepsi pengguna terhadap produk dan perkhidmatan, penglibatan agresif oleh pihak media dan perubahan struktur keluarga mempengaruhi faktor demografik industri jualan langsung. 15
  • 22. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG 2.07 Pertambahan kuasa beli dan perubahan cara hidup pengguna yang mementingkan kepantasan dan lebih peka terhadap penjagaan alam sekitar dikenalpasti sebagai faktor ekonomi yang mempengaruhi perkembangan industri jualan langsung. 2.08 Faktor teknologi dan perundangan seperti aspek keselamatan yang menjadi keutamaan pengguna serta peningkatan kualiti produk dan perkhidmatan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) menjadi ciri penting dalam menggubal pelan hala tuju yang mesra pengguna. Dasar bayar balik yang diamalkan oleh industri jualan langsung merupakan kelebihan yang harus dimanfaatkan sepenuhnya kerana dasar ini menjaga hak dan kepentingan pengguna. 2.09 Hubungan jangka panjang antara pengguna dan ejen serta produk dan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi merupakan faktor sosial yang harus diberi perhatian oleh pemain industri. 2.10 Penekanan kepada pembangunan modal insan yang meliputi kompetensi ejen, pengarah, pekerja dan pemegang saham syarikat jualan langsung serta penjawat awam dilihat sebagai faktor kritikal dalam menentukan kejayaan industri. Selain itu, sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan termasuk perkhidmatan secara elektronik serta perundangan yang relevan juga mempengaruhi tahap kemajuan industri. 16
  • 23. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG 2.11 Bagi merealisasikan hasrat dan aspirasi negara, Kerajaan akan melaksanakan transformasi industri jualan langsung secara berperingkat. Pelaksanaan transformasi MY-DIS-BIZ dicadangkan mengikut fasa berikut: i. Fasa 1 : 2013 – 2015 (Pemulihan reputasi) ii. Fasa 2 : 2016 – 2018 (Peningkatan prestasi) iii. Fasa 3 : 2019 – 2020 (Kecemerlangan) iv. Fasa 4 : Melangkaui 2020 (Kelestarian) 17
  • 24. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG FAKTOR KRITIKAL TRANSFORMASI 2.08 Bagi menjayakan transformasi dalam industri jualan langsung, faktor-faktor kritikal yang dikenalpasti adalah seperti berikut: i. ii. iii. Tadbir urus; Budaya; dan Infostruktur. 2.09 Aspek tadbir urus adalah faktor kritikal untuk menjamin kejayaan transformasi. Tadbir urus terbaik bukan sahaja diterapkan di peringkat atasan tetapi perlu dipraktikkan di semua peringkat. Tadbir urus yang jitu merangkumi isu akauntabiliti, sistem penyampaian yang konsisten dan integriti. Peranan setiap pihak yang berkepentingan, ketelusan maklumat dan perilaku syarikat dan ejen jualan langsung perlu diberi perhatian. 2.10 Perubahan minda di semua peringkat dalam melaksanakan tugas perlu diamalkan dalam menjayakan transformasi industri jualan langsung. Aspek budaya menjadi tunggak dalam industri jualan langsung kerana prestasi industri ini sangat bergantung terhadap reputasi dan imej terutama dalam usaha meluaskan pasaran ke peringkat global. 2.11 Aspek infostruktur transformasi yang termasuk dikenalpasti kemudahan sebagai teknologi faktor kritikal maklumat dan komunikasi (ICT), kerangka perundangan dan dasar, pelan pembangunan dan kemajuan industri serta latihan dan pendidikan berterusan. 18
  • 25. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG TERAS STRATEGIK 2.12 Pelan Hala Tuju Industri Jualan Langsung akan memberi arah yang lebih jelas dan ruang untuk industri ini berkembang secara lebih holistik. Sehubungan itu, transformasi industri jualan langsung yang akan dikenali sebagai MY-DIS-BIZ akan dilancarkan dengan memberi penekanan kepada tiga teras strategik berikut: Teras Pertama : Menambah baik kualiti modal insan melalui latihan dan pendidikan secara berterusan. Teras Kedua : Memantapkan sistem penyampaian dan perundangan supaya sentiasa relevan dengan perkembangan semasa. Teras Ketiga : Memulih reputasi dan meningkatkan prestasi industri dengan meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan serta ketelusan maklumat. 19
  • 26. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG 2.13 Struktur Pelan Hala Tuju ini mengandungi beberapa bab. Bab berikutnya adalah mengenai kerangka Pelan Hala Tuju Industri Jualan Langsung yang mengenal pasti asas dan teras kepada pembentukan dan pelaksanaan Pelan Hala Tuju ini. 2.14 Setiap bab disusun mengikut format yang mengandungi pendahuluan, status semasa, cabaran, objektif, strategi, pelan tindakan, faktor kritikal kejayaan dan penutup. 20
  • 27. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG BAB 3 MENAMBAH BAIK KUALITI MODAL INSAN 21
  • 28. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG PENDAHULUAN 3.01 Modal insan merupakan aspek kritikal yang perlu diberi perhatian dalam membangun dan menentukan hala tuju industri jualan langsung. Penambahbaikan kualiti modal insan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan amalan perniagaan beretika dan persaingan sihat di kalangan ejen dan syarikat jualan langsung dapat terus dipertingkatkan. Pembangunan modal insan yang melibatkan semua pihak yang berkepentingan seperti pegawai kerajaan, pemegang saham, pihak pengurusan syarikat iaitu pengarah dan pekerja, ejen, persatuan dan pengguna perlu dimantapkan bagi menjadikan perniagaan jualan langsung sebagai kerjaya yang menjamin masa depan. STATUS SEMASA 3.02 Dalam menentukan hala tuju industri jualan langsung pada masa hadapan, modal insan yang akan dilahirkan bukan sahaja perlu cemerlang dari aspek ilmu pengetahuan, bahkan perlu mempunyai personaliti unggul seperti berwibawa, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. 22
  • 29. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG 3.03 Bagi merealisasikan matlamat ini, isu-isu berikut perlu dititikberatkan: i. Budaya kerja cemerlang penjawat awam; ii. Ejen jualan langsung yang berpengetahuan dan beretika; iii. Tadbir urus yang cekap oleh pengurusan syarikat; iv. Integriti tinggi pemegang saham syarikat; v. Peranan persatuan jualan langsung; dan vi. Hak dan kepentingan Pengguna. CABARAN 3.04 Cabaran untuk mewujudkan modal insan yang berkualiti sama ada di pihak Kerajaan, persatuan dan syarikat jualan langsung iaitu pemegang saham dan pengurusan syarikat serta ejen perlu diberi perhatian sewajarnya. Cabaran-cabaran di bawah perlu ditangani oleh semua pihak. Mewujudkan Budaya Kerja Cemerlang Penjawat Awam 3.05 Dalam usaha membangun dan memperkukuhkan industri jualan langsung, kualiti penjawat awam yang terlibat dalam industri jualan langsung sama ada secara langsung atau tidak langsung perlu sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Budaya kerja cemerlang diwujudkan dengan memastikan Standard Operating Procedures (SOP) dipatuhi dan dikemaskini bersesuaian dengan perubahan semasa. Selain itu, pematuhan terhadap 23
  • 30. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG undang-undang yang berkaitan dikuatkuasakan oleh pihak penguatkuasa bagi menjamin perkembangan industri yang sihat dan hak serta kepentingan pengguna dilindungi. 3.06 Selari dengan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan karenah birokrasi dalam perkhidmatan awam terutama dalam urusan perniagaan, budaya kerja cemerlang penjawat awam diterjemahkan melalui penambahbaikan proses, prosedur dan keperluan perundangan yang berkaitan. Proses permohonan berkaitan lesen sama ada permohonan baru, pembaharuan, rayuan dan pembatalan dipermudahkan melalui kaedah di atas talian (online) yang sedang dibangunkan. Sebarang pertanyaan, aduan dan cadangan oleh semua pihak diberi perhatian sewajarnya melalui sistem yang telah dibangunkan oleh pihak Kerajaan. 3.07 Kompetensi dan profesionalisme penjawat awam sentiasa ditingkatkan melalui pendedahan ilmu berkaitan perniagaan bagi memastikan semua tindakan dan keputusan diambil dan dilaksanakan dengan cepat dan tepat (sense of urgency) serta membantu memenuhi ekspektasi industri (customer centric). Budaya kerja cemerlang penjawat awam memenuhi ciri-ciri sistem penyampaian yang baik seperti cekap, cepat, tepat, keberkesanan kos dan disampaikan dengan berintegriti. 24
  • 31. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG Menambah Bilangan Ejen Yang Berpengetahuan dan Beretika 3.08 Perkembangan pertambahan industri bilangan jualan ejen langsung yang terlibat. memperlihatkan Sehubungan itu, keperluan untuk melahirkan ejen yang berpengetahuan dan beretika amat dititikberatkan. Syarikat jualan langsung memainkan peranan penting dalam memberi pendedahan kepada ejen–ejen yang dilantik terutama berkaitan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat jualan langsung serta kod etika dan tatacara yang perlu dipatuhi oleh semua ejen jualan langsung. 3.09 Bagi meningkatkan amalan perniagaan beretika serta menjaga kepentingan semua pihak yang berkaitan, Kerajaan telah mewujudkan Kod Etika dan Tatacara Jualan Langsung. Walaupun Kod Etika dan Tatacara Jualan Langsung ini tidak bersifat mandatori, ia perlu berfungsi sebagai garis panduan dalam menjalankan perniagaan jualan langsung secara lebih beretika dan membolehkan tindakan secara pentadbiran diambil dalam menangani isu-isu yang berbangkit. 3.10 Kod Etika dan Tatacara Jualan Langsung ini menekankan lima aspek utama iaitu: i. Etika dan Tatacara Terhadap Pengguna; ii. Etika dan Tatacara Terhadap Penjual Langsung; iii. Etika dan Tatacara Antara Syarikat; iv. Etika dan Tanggungjawab Syarikat; dan v. Etika dan Tatacara Penguatkuasaan. 25
  • 32. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG Membudayakan tadbir urus yang cekap oleh pengurusan syarikat 3.11 Kecekapan pengurusan sesebuah syarikat bukan hanya dinilai berdasarkan jumlah keuntungan yang diperolehi, malahan melibatkan penguasaan inti pati tadbir urus korporat yang baik termasuk hubungan kepercayaan di antara pengurusan syarikat dan pihak yang berkepentingan. Pengurusan syarikat yang membudayakan tadbir urus yang cekap berjaya melahirkan ekosistem korporat yang telus dan mampu menjaga kepentingan semua pihak seperti pemegang saham, ejen, pengguna dan juga Kerajaan. Mengukuhkan integriti pemegang saham syarikat 3.12 Pemegang saham syarikat merupakan entiti penting dalam menggerakkan kejayaan sesebuah syarikat. Justeru itu, pengukuhan integriti di kalangan pemegang saham perlu diperkasa secara menyeluruh dalam memastikan perjalanan operasi syarikat yang lebih telus dan perundangan serta peraturan dipatuhi. 3.13 Faktor kejayaan syarikat amat bergantung kepada keupayaan pemegang saham dalam mengemudi perniagaan secara beretika. Ini kerana mereka menjadi tunjang perniagaan dalam memastikan perniagaan yang dijalankan dapat bertahan dan diterima oleh masyarakat. Melalui perkara ini, setiap pemengang saham syarikat perlu ditanamkan dengan nilai-nilai integriti dan murni bagi membina dan meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap industri jualan langsung. 26
  • 33. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG Memantapkan Peranan Persatuan 3.14 Sokongan daripada persatuan jualan langsung amat diperlukan oleh Kerajaan dalam memastikan program pembangunan yang dijalankan memberi manfaat kepada semua lapisan pemain industri jualan langsung itu sendiri. Justeru itu, setiap syarikat jualan langsung amat digalakkan untuk bernaung di bawah persatuan jualan langsung bagi memastikan komunikasi antara Kerajaan dan industri dapat disalurkan melalui persatuan jualan langsung. 3.15 Dalam menjadikan persatuan jualan langsung sebagai medium pelaksana program pembangunan oleh Kerajaan, komunikasi dua hala antara pihak diperkukuhkan Persatuan Kerajaan melalui berperanan dan persatuan kerjasama menjadi pintar enjin dimantap yang dan dijalankan. penggerak kepada pembangunan jualan langsung melalui maklum balas yang diterima oleh ahli-ahli mereka. Melindungi Hak dan Kepentingan Pengguna 3.16 Perlindungan pengguna dari pelbagai aspek urus niaga perlu dipertingkatkan agar faedah bersama antara syarikat dan pengguna dapat dipertingkatkan secara optimum dan mewujudkan pasaran yang prihatin terhadap pengguna. Ini adalah kerana kedua-dua pihak ini sangat bergantung antara satu sama lain dalam memastikan kelangsungan industri ini terutama dalam menghadapi persaingan perdagangan yang semakin sengit. 27
  • 34. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG 3.17 Selain daripada perlu menitikberatkan amalan perdagangan yang bertanggungjawab dan saksama, syarikat jualan langsung juga perlu memberi penekanan terhadap aspek perlindungan pengguna secara menyeluruh. Ini bertujuan memastikan kebajikan dan kesejahteraan pengguna termasuk perkara berkaitan tatacara urus niaga, jaminan kualiti dan keselamatan produk serta ketelusan maklumat dapat dilindungi dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan kesetiaan pengguna terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. OBJEKTIF 3.18 Teras strategi ini menetapkan objektif berikut: i. Memastikan tahap profesionalisme semua peringkat modal insan dalam industri jualan langsung dipertingkatkan sehingga mencapai tahap yang membanggakan dan berdaya tahan di peringkat global; dan ii. Memastikan industri jualan langsung dapat berkembang melalui modal insan terlatih dan berpengetahuan bagi membantu merealisasikan matlamat menyumbang kepada Pendapatan Negara Kasar. 28
  • 35. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG STRATEGI 3.19 Untuk mencapai objektif di atas, strategi-strategi berikut dicadangkan: i. Mewujudkan budaya kerja cemerlang penjawat awam; ii. Menambah bilangan ejen yang berpengetahuan dan beretika; iii. Mengukuhkan integriti pemegang saham syarikat; iv. Membudayakan tadbir urus yang cekap oleh pengurusan syarikat; dan v. Memantapkan peranan Persatuan Jualan Langsung. PELAN TINDAKAN MENJELANG 2020 Fasa 1 (2013 - 2015) i. Memastikan usaha ke arah meningkatkan profesionalisme modal insan dalam jualan langsung dibuat secara berterusan melalui pendidikan dan latihan. ii. Menyediakan garis panduan kepada pihak yang berminat menjadi ejen syarikat jualan langsung. iii. Memastikan pematuhan terhadap Kod Etika dan Tatacara Jualan Langsung. 29
  • 36. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG iv. Memberi pengiktirafan sewajarnya kepada pemain industri berdasarkan kepada prestasi syarikat. v. Melaksanakan kursus dan seminar sebagai pendedahan kepada ejen-ejen dan syarikat-syarikat jualan langsung ke arah ekosistem perniagaan kawal selia kendiri melalui kolaborasi dengan institut latihan berkaitan. Resfresher course dibuat secara berterusan dan diwajibkan kepada semua ejen yang aktif. Fasa 2 (2016 - 2018) i. Mewujudkan subject matter expert (SME) iaitu pegawai pakar dalam bidang pengkhususan masing-masing yang akan menjadi rujukan agensi Kerajaan dan industri jualan langsung. Kompetensi pegawai penguatkuasa yang menjadi subject matter expert (SME) perlu dibangunkan melalui latihan professional berterusan dan pendedahan kepada situasi industri semasa. Landasan kerjaya yang menarik untuk pegawai penguatkuasa perlu disediakan untuk mengekalkan pegawai yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi. 30
  • 37. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG ii. Menjalankan program Continuous Professional Development (CPD) secara berterusan kepada ejen dan pengarah syarikat jualan langsung. Silibus CPD yang merangkumi pengurusan kewangan, pemasaran, undang-undang perniagaan, sumber manusia dan kemahiran komunikasi perlu dikemaskini dari semasa ke semasa. iii. Menyediakan laluan perkembangan kerjaya bagi menggalakkan lebih ramai orang menyertai jualan langsung dan mengekalkan modal insan berkualiti dalam industri jualan langsung. Fasa 3 (2016 - 2018) i. Menjalin kerjasama dengan IPT tempatan bagi menawarkan program berkaitan jualan langsung di peringkat diploma dan ijazah. 31
  • 38. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN 3.20 Untuk memastikan modal insan dalam industri jualan langsung berkualiti dan mampu membantu merealisasikan matlamat negara, faktor kritikal berikut perlu diberi perhatian: i. Keupayaan ejen dan pengarah syarikat jualan langsung dalam mengamalkan amalan perdagangan yang bertanggungjawab dan saksama bagi meningkatkan keyakinan pengguna; dan ii. Pengetahuan penjawat awam, ejen, pengarah dan pemegang saham syarikat jualan langsung berkaitan perniagaan dan industri perlu ditingkatkan. PENUTUP 3.21 Menyedari bahawa berpengetahuan persaingan, modal adalah industri insan senjata jualan yang berkualiti dan utama dalam menghadapi langsung perlu memastikan pembangunan modal insan dilaksanakan secara holistik dan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa. 32
  • 39. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG BAB 4 MENGUKUHKAN SISTEM PENYAMPAIAN DAN PERUNDANGAN 33
  • 40. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG PENDAHULUAN 4.01 Selain daripada reformasi dasar dan persekitaran kawal selia, Kerajaan akan melaksanakan beberapa tindakan untuk menambahbaik saling hubungan dengan industri bagi menjadikan Malaysia lebih menarik sebagai tempat menjalankan perniagaan dan melabur dalam industri jualan langsung. Peningkatan kualiti dan ketepatan masa dalam perkhidmatan serta ketelusan dan kepastian membuat keputusan oleh Kerajaan boleh meningkatkan lagi produktiviti. Kerajaan akan terus menambahbaik penyampaian dan kecekapan perkhidmatan kepada perniagaan dengan memanfaatkan ICT. STATUS SEMASA 4.02 Dalam memantapkan sistem penyampaian dan perundangan bagi memastikan perkembangan industri jualan langsung, kajian semula pelbagai aspek meliputi proses, prosedur dan tatacara perundangan dilakukan secara berterusan. Walau bagaimanapun, isu-isu berikut perlu diberikan perhatian sewajarnya dalam memastikan sistem penyampaian dapat ditingkatkan dan tatacara perundangan dapat terus dikemaskini ke arah persekitaran mesra niaga yang lebih baik: 34
  • 41. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG i. Peranan Kementerian dan agensi lain yang berkaitan sebagai penggubal dan pelaksana dasar yang meliputi aspek pembangunan industri termasuk pelesenan dan penguatkuasaan; ii. Sokongan persatuan jualan langsung dalam membantu pihak Kerajaan merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan; iii. Pengetahuan dan komitmen pemain industri jualan langsung dalam mematuhi keperluan perundangan dan prosedur sedia ada; dan iv. Hak dan kepentingan pengguna dilindungi. CABARAN 4.03 Dalam usaha untuk memastikan industri jualan langsung dapat berkembang, cabaran-cabaran berkaitan sistem penyampaian perkhidmatan dan perundangan perlu di tangani oleh semua pihak. Penyampaian Perkhidmatan 4.04 Perkhidmatan yang cekap dan mudah perlu disediakan kepada pemain industri jualan langsung dan pengguna. Penyampaian perkhidmatan Kerajaan akan direka bentuk bagi menyediakan perkhidmatan yang cekap dan mudah kepada rakyat dan perniagaan berasaskan pemahaman serta jangkaan keperluan pelanggan. Kualiti sistem penyampaian perkhidmatan yang ditambahbaik akan memberi perubahan signifikan dari segi peningkatan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan yang diberikan. 35
  • 42. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG 4.05 Usaha akan dipergiat dan diperluas di mana tempoh perkhidmatan akan ditanda aras dengan amalan terbaik antarabangsa. Proses dan perkhidmatan memastikan merentasi semua pihak agensi yang akan direkayasa berkepentingan bagi mendapat perkhidmatan yang terbaik, cekap, pantas dan memenuhi keperluan industri. 4.06 Saluran dan kaedah baru penyampaian perkhidmatan akan diteroka untuk meluaskan liputan. Perhatian sewajarnya akan diberi kepada aspek keselamatan dan privasi untuk melindungi data peribadi dan perniagaan bagi memperoleh kepercayaan dan keyakinan rakyat dalam menggunakan perkhidmatan yang disediakan. 4.07 Kerajaan akan terus mengguna pakai pendekatan rundingan bagi mendapat input dan maklum balas secara proaktif daripada pelbagai pihak berkepentingan dalam Kerajaan, syarikat dan persatuan jualan langsung dalam merangka dasar, pelan dan program pembangunan industri jualan langsung. Ini membolehkan Kerajaan menerima input secara langsung daripada pihak barisan hadapan, memberi maklum balas dalam perkara yang menjadi perhatian pihak berkepentingan dan menambahbaik penyelesaian. memastikan Tindakan kehendak kualiti ini dan keperluan rakyat dan industri diambil kira. 36
  • 43. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG 4.08 Sistem penyampaian perlu ditambahbaik berteraskan kreativiti dan inovasi. Pihak Kerajaan dan swasta perlu bekerjasama membangunkan sistem penyampaian menggunakan pendekatan pemikiran di luar kotak melalui pembudayaan amalan kreatif dan inovatif di dalam proses, sistem dan dasar kerajaan terutama dalam mencapai penyelesaian. Aspek ini adalah penting untuk membolehkan sistem penyampaian bertindak balas kepada persekitaran global yang dinamik dan juga untuk memacu pembangunan ekonomi negara. 4.09 Kerajaan perlu membuat keputusan dan bertindak secara pantas berasaskan fakta dan pertimbangan yang wajar. Ini memerlukan proses membuat keputusan dan pelaksanaan dibuat secara rasional dengan menggunakan kaedah inovatif supaya dapat Kerajaan dapat bertindak balas dengan pantas kepada tuntutan orang ramai yang cepat berubah. Bagi membolehkan keputusan dibuat secara rasional oleh Kerajaan, perkongsian maklumat di antara semua pihak berkepentingan terutama syarikat jualan langsung perlu diamalkan. 4.10 Sebagai penjaga kepada kepentingan awam, Kerajaan akan mengamal piawaian kod etika tertinggi dan tadbir urus yang cekap untuk mendapatkan keyakinan dan kepercayaan rakyat. Usaha memartabatkan nilai integriti tertinggi perlu dilaksanakan secara berterusan. 37
  • 44. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG Perundangan 4.11 Penambahbaikan tatacara perundangan yang berkaitan perlu diselarikan dengan perubahan semasa industri. Proses kajian semula peruntukan undang-undang yang berkaitan dirancang dan dilaksanakan secara berkala bagi memastikan undang-undang yang digunapakai sentiasa relevan dan mampu mengelakkan pertikaian serta menyelesaikan isu yang berbangkit. 4.12 Kod Etika Dan Tatacara Jualan Langsung yang diperkenalkan oleh Kerajaan mesti dikuatkuasakan dan dipatuhi oleh semua pemain industri jualan langsung. Kod Etika Dan Tatacara Jualan Langsung bukan sahaja menjadi garis panduan dan rujukan pihak yang berkepentingan, bahkan mampu meningkatkan tahap profesionalisme dan integriti pemain industri. 4.13 Penguatkuasaan yang lebih cekap dan berhemah (smart enforcement) mesti dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan undang-undang. Keupayaan untuk melaksanakan proses penguatkuasaan yang merangkumi faktor motivasi pegawai, sokongan pegawai atasan, kelengkapan peralatan dan kakitangan, pengetahuan yang dimiliki oleh kakitangan dan pendedahan terhadap rasuah perlu diberi perhatian bagi memastikan pematuhan terhadap kuasa yang telah dimandatkan. 38
  • 45. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG 4.14 Penguatkuasaan merupakan elemen yang sangat penting dalam kawal selia industri terutama dalam menuju ekosistem perniagaan yang mengamalkan kawal selia kendiri. Ketidakupayaan menguatkuasa oleh Kerajaan akan memberi kesan terhadap keyakinan pengguna dan reputasi industri jualan langsung. OBJEKTIF 4.15 Objektif bagi teras ini adalah seperti berikut: i. Memastikan sistem penyampaian perkhidmatan ditambahbaik secara berterusan bagi menambah nilai output dalam bentuk proses, perkhidmatan dan teknologi kepada semua pihak yang berkepentingan dalam industri; dan ii. Memastikan pembaharuan undang-undang berkaitan bagi menyediakan tatacara perundangan yang lebih progresif. STRATEGI 4.16 Strategi ke arah mengukuhkan sistem penyampaian adalah seperti berikut: i. Merangka sistem penyampaian berorientasikan rakyat dan perniagaan; ii. Mempercepat penyampaian melalui pengurusan outcome yang telus dan bertanggungjawab; dan iii. Memperkukuh peranan Kerajaan sebagai pemudah cara efektif bagi pertumbuhan industri jualan langsung yang dipacu sektor swasta. 39
  • 46. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG PELAN TINDAKAN MENJELANG TAHUN 2020 FASA I (2013 – 2015) i. Membudayakan berterusan, penambahbaikan termasuk perkhidmatan usaha pemantapan proses mengadaptasi kerja teknologi yang penyampaian dasar mesra maklumat secara niaga terkini serta supaya perkhidmatan awam dapat bertindak balas secara berkesan kepada persekitaran global yang pesat berubah. ii. Mewujudkan jawatankuasa kerja yang dianggotai secara tetap oleh agensi-agensi berkaitan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Suruhanjaya Tenaga, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Institut Penyelidikan Piawaian dan Perindustrian Malaysia (SIRIM). Agensi-agensi lain boleh dijemput menyertai jawatankuasa ini mengikut keperluan. Jawatankuasa ini akan bersidang secara berkala untuk membincangkan perkara berkaitan perancangan dan pelaksanaan serta halangan birokrasi dalam membangunkan industri jualan langsung negara. 40
  • 47. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG iii. Memperkasa peranan persatuan jualan langsung yang berfungsi membantu mengawalselia industri bagi mewujudkan persekitaran kondusif untuk pembangunan perkembangan industri jualan langsung. dan Persatuan jualan langsung juga akan bertindak sebagai rakan strategik Kerajaan dalam merekayasa proses dan prosedur kerja termasuk urusan perlesenan, penguatkuasaan dan kepenggunaan. Kerjasama strategik ini dapat melancarkan perlaksanaan peraturan seperti pematuhan Kod Etika Dan Tatacara Jualan Langsung dengan penglibatan dan pemantauan minima oleh pihak Kerajaan. Di samping itu, persatuan juga akan terlibat dalam membantu perkembangan industri jualan langsung melalui pendidikan dan latihan. Persatuan akan memainkan peranan bagi mendapatkan insentif untuk mempertingkatkan program perniagaan dan seterusnya menembusi pasaran global. iv. Menggalakkan penubuhan lembaga penasihat dalam syarikat jualan langsung untuk membantu mengatasi isu berbangkit yang dihadapi oleh pengedar syarikat. v. Meningkatkan menggandakan profesionalisme usaha penguatkuasaan pemerkasaan ilmu dengan pengetahuan pegawai penguatkuasa terutama perkara yang melibatkan bidang kuasa dan tatacara perundangan yang teratur. Langkah ini perlu dilaksanakan secara berterusan bagi 41
  • 48. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG melahirkan pegawai yang kompeten dan berintegriti dalam menjalankan tugas. Ini adalah termasuk tugas-tugas penguatkuasaan yang melibatkan perisikan, pemeriksaan, penyiasatan dan pendakwaan. vi. Menyediakan peraturan transaksi elektronik di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993; vii. Mengadakan sesi advokasi pematuhan akta dan peraturan yang melibatkan semua agensi Kerajaan yang berkaitan kepada semua pemain industri. viii. Menguatkuasakan peruntukan undang-undang dan mengenakan hukuman yang tegas bagi semua kesalahan di bawah Akta dan Peraturan untuk memastikan semua pemain industri mematuhi tatacara perundangan yang mengawalselia aktiviti industri. ix. Memperluaskan hebahan maklumat berkaitan salahlaku dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan terhadap pemain industri yang tidak mengamalkan amalan perniagaan yang bertanggungjawab dan saksama. Dalam hal ini, ia secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada masyarakat untuk bertindak sebagai pengguna bijak dan memastikan semua tindakan dibuat secara bersepadu oleh agensi-agensi Kerajaan berkaitan. 42
  • 49. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG x. Mengkaji semula akta dan peraturan industri jualan langsung secara berterusan supaya sentiasa relevan dan terkini. xi. Meneliti semula peranan Kerajaan dalam pembangunan industri jualan langsung. Tanggungjawab Kerajaan sebagai penggubal dasar dan pengawalselia akan dikaji semula selaras dengan kematangan dan peningkatan tahap profesionalisme pemain industri. Peranan Kerajaan adalah sebagai pemudahcara yang memangkinkan kewujudan persekitaran yang boleh melancar industri jualan langsung menerusi dasar dan peraturan yang berkesan. Ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih mesra niaga tanpa mengabaikan dasar yang jelas, stabil dan konsisten. FASA 2 (2016 – 2018) i. Memastikan Kod Etika dan Tatacara Jualan Langsung sentiasa relevan melalui kajian semula dari semasa ke semasa; ii. Pemantauan berterusan terhadap industri jualan langsung perlu dilaksanakan secara bersepadu oleh semua agensi Kerajaan yang berkaitan. Perkongsian maklumat antara agensi Kerajaan dapat memantapkan lagi tindakan penguatkuasaan dalam memastikan peraturan dan dasar sedia ada dipatuhi oleh semua pihak. Dalam hal ini, pangkalan data yang digunakan untuk 43
  • 50. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG menyimpan maklumat pelesenan boleh diakses dan dikemaskini secara terkawal oleh agensi berkaitan. iii. Membangunkan pangkalan data yang holistik dan komprehensif dengan akses meluas kepada pihak yang berkepentingan (stakeholders) agar dapat digunakan dalam proses membuat keputusan. Maklumat yang terkandung dalam pangkalan data tersebut perlulah lengkap dan terkini bagi membolehkan keputusan yang tepat berkaitan industri boleh dibuat. iv. Mengkaji semula peraturan-peraturan sedia ada bagi mewujudkan persekitaran mesra pasaran. Semua peraturan dan proses kerja perlu direkayasa ke arah perkhidmatan yang mesra niaga agar kerajaan dan pihak yang berkepentingan mendapat manfaat bersama. Penglibatan dengan pemain industri secara langsung atau melalui persatuan jualan langsung akan dipergiat bagi mendapat pandangan yang lebih luas dan telus dalam membangun hala tuju industri. Kerajaan akan mendapatkan maklumat melalui sesi rundingan berkala dalam memantapkan proses kerja bagi memastikan keperluan industri difahami dan diambilkira bagi memastikan semua peraturan dan proses kerja sentiasa relevan. 44
  • 51. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG FASA 3 (2019 – 2020) i. Menyediakan mekanisme yang sesuai bagi memastikan semua syarikat jualan langsung mematuhi sistem pengurusan kualiti (MS ISO 9000) dan mempraktikkan tadbir urus syarikat yang cekap. Pelaksanaan pengurusan kualiti langsung sistem oleh jualan bukan syarikat sahaja mampu menggalakkan pendekatan dan pematuhan kualiti yang universal dan diterima pakai oleh semua pihak, bahkan dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kerja serta kepuasan pengguna. ii. Penguatkuasaan pintar (smart enforcement) bagi industri jualan langsung akan dilaksanakan sepenuhnya dengan mengambil kira melaksanakan tahap dasar kematangan kawal selia industri kendiri. untuk Beban penguatkuasaan akan dikongsi bersama dengan pengguna bagi memastikan amalan perniagaan jualan langsung berjalan dengan baik dan beretika. Kesedaran hak pengguna yang tinggi tidak akan mengurangkan autoriti pihak penguatkuasa terutama dalam isu-isu yang melibatkan penyelewengan industri. iii. Meneliti isu percukaian syarikat jualan langsung terutama berkaitan percukaian yang melibatkan pelbagai negara. 45
  • 52. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN 4.17 Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan pengukuhan sistem penyampaian dan perundangan adalah seperti berikut: i. Pengetahuan dan pematuhan terhadap undang-undang, peraturan dan standard; ii. Tahap profesionalisme semua pihak yang terlibat dalam industri jualan langsung; iii. Kerjasama strategik dan perkongsian pintar antara Kerajaan dan persatuan; dan iv. Kesedaran kepenggunaan. 4.18 Kesemua faktor-faktor ini perlu diberi penekanan secara berterusan. PENUTUP 4.19 Keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan dan pematuhan perundangan akan mewujudkan suasana yang perkembangan langsung. kondusif industri Selain bagi jualan dapat merealisasikan matlamat ke arah industri kawal selia kendiri, keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan dan pematuhan perundangan juga akan melahirkan pengguna yang berpengetahuan serta lebih memahami industri jualan langsung. 46
  • 53. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG BAB 5 MENINGKATKAN REPUTASI DAN MEMBUDAYAKAN PRESTASI 47
  • 54. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG PENDAHULUAN 5.01 Dalam meningkatkan pertumbuhan industri jualan langsung, fokus perlu diberikan kepada usaha memulihkan reputasi dan meningkatkan prestasi syarikat-syarikat jualan langsung terutama dalam menangani persepsi negatif umum terhadap industri ini. Pada masa yang sama, dalam melaksanakan pembangunan industri, keputusan kritikal untuk membawa perubahan positif industri ini perlu diambil. Pembinaan reputasi yang kukuh perlu diusahakan secara berterusan bagi memastikan imej industri yang mapan. STATUS SEMASA 5.02 Bagi memastikan imej dan reputasi industri jualan langsung dipertingkatkan, pelbagai pihak telah dan sedang mengambil tindakan sewajarnya. Di antara isu-isu semasa industri jualan langsung yang sedang ditangani ialah seperti berikut: i. Kesedaran di kalangan pemain industri jualan langsung dan pengguna berkaitan perundangan yang perlu dipatuhi masih di tahap rendah berikutan kualiti, kuantiti dan akses maklumat dan pengetahuan yang terhad; ii. Strategi pemasaran yang dijalankan oleh syarikat jualan langsung kurang berkesan; 48
  • 55. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG iii. Persepsi negatif dan kurang keyakinan masyarakat terhadap industri jualan langsung; iv. Amalan etika perniagaan tidak dilaksanakan sepenuhnya oleh pemain industri; v. Penyelewengan pelan pemasaran yang masih lagi berlaku di kalangan pemain industri jualan langsung; vi. Keperluan untuk mewujudkan peraturan bagi menguatkuasakan undang-undang berkaitan jualan melalui transaksi elektronik; vii. Isu integriti di antara pemain industri; dan viii. Bilangan aduan pengguna berkaitan kualiti produk, manipulasi pelan pemasaran serta tadbir urus syarikat masih lagi membimbangkan. CABARAN 5.03 Dalam usaha untuk meningkatkan reputasi dan membudayakan prestasi industri jualan langsung, pelbagai cabaran yang menghalang usaha tersebut perlu terlebih dahulu diatasi agar segala pelaksanaan program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. 49
  • 56. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG Perundangan 5.04 Memastikan akta dan peraturan berkaitan yang lebih relevan dan terkini selari dengan transformasi industri dalam perdagangan masa hadapan. 5.05 Penguatkuasaan undang-undang yang lebih komprehensif dalam memastikan kualiti dan akauntabiliti syarikat sentiasa berada di tahap tertinggi. 5.06 Memodenkan peraturan perniagaan selari dengan perkembangan semasa industri; 5.07 Memperkasa regim perundangan berkaitan industri jualan langsung termasuk transaksi elektronik; 5.08 Pelaksanaan kod etika dan tatacara jualan langsung yang menyeluruh oleh semua pemain industri dalam menghapuskan salah laku di kalangan pemain industri. Liberalisasi Perdagangan 5.09 Persaingan antara industri-industri di bawah definisi perdagangan pengedaran. 5.10 Globalisasi perdagangan yang semakin meningkat dan sengit. 50
  • 57. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG Produk dan Perkhidmatan 5.11 Kekurangan amalan penyelidikan dan pembangunan dalam inovasi produk dan perkhidmatan industri jualan langsung. 5.12 Penggunaan teknologi terkini yang terhad di kalangan pemain industri. 5.13 Produk dan perkhidmatan jualan langsung masih belum mencapai tahap kualiti dan standard yang tinggi. Amalan Perniagaan 5.14 Kod Etika Dan Tatacara Jualan Langsung masih belum dipatuhi secara menyeluruh oleh semua pemain industri. 5.15 Integriti ejen dalam memastikan nama baik syarikat yang disertai. 5.16 Amalan perniagaan yang menjurus ke arah skim piramid oleh pemain industri. OBJEKTIF 5.17 Teras strategi ini menetapkan objektif berikut: i. Memastikan prestasi syarikat ditambahbaik dari semasa ke semasa melalui peningkatan produktiviti dan kualiti produk dan perkhidmatan; dan ii. Memastikan perubahan persepsi masyarakat ke arah yang lebih positif terhadap industri jualan langsung melalui amalan perniagaan beretika dan strategi pemasaran yang telus. 51
  • 58. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG STRATEGI 5.18 Untuk memastikan objektif di atas tercapai, strategi-strategi berikut dicadangkan dalam usaha memastikan perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan mengikut perencanaan masa depan industri jualan langsung yang lebih positif. i. Kajian semula akta dan peraturan industri jualan langsung dibuat secara berterusan supaya ia sentiasa relevan dan terkini selari dengan transformasi industri dan perubahan pasaran semasa; ii. Menggalakkan persaingan sihat di kalangan industri dengan memantapkan strategi penembusan pasaran antarabangsa; iii. Penggunaan inovasi secara lebih meluas bagi pengeluaran produk dan perkhidmatan menjadikan untuk produk perkhidmatan langsung sebagai dan jualan produk dan perkhidmatan pilihan pengguna; iv. Menggalakkan pelaksanaan dan pematuhan terhadap Kod Etika Dan Tatacara Jualan Langsung secara menyeluruh; v. Meningkatkan kualiti, kuantiti dan akses maklumat industri jualan langsung kepada pemain industri dan pengguna melalui program kesedaran, hebahan dan latihan yang komprehensif; 52
  • 59. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG vi. Mengukuhkan strategi pemasaran syarikat jualan langsung secara lebih telus dan beretika; dan vii. Membina kepercayaaan masyarakat terhadap industri jualan langsung melalui nilai amanah, yakin dan bangga dengan kerjaya di dalam industri jualan langsung. PELAN TINDAKAN MENJELANG 2020 FASA 1 (2013 – 2015) i. Mengadakan lawatan/naziran dari semasa ke semasa bagi memastikan pemain industri sentiasa mematuhi akta dan peraturan yang berkuatkuasa. ii. Menjalankan operasi bersepadu bersama semua agensi penguatkuasaan terhadap ketidakpatuhan pemain industri. iii. Membuat pemeriksaan secara rawak ke atas pelan pemasaran syarikat jualan langsung bagi mengelakkan ia tidak dimanipulasi dan menjurus ke arah skim piramid. iv. Mengadakan siri roadshow kesedaran untuk semua lapisan masyarakat termasuk pemain industri dan pengguna berkenaan harapan dan hala tuju Kerajaan terhadap industri jualan langsung di samping memberi pendidikan secara menyeluruh. 53
  • 60. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG v. Melantik ikon atau duta jualan langsung yang sesuai bagi memulih imej industri jualan langsung dan meningkatkan semula kepercayaan orang ramai terhadap industri ini. vi. Mengadakan ekspo dan pameran industri jualan langsung di luar negara dengan kerjasama lebih erat dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) amnya dan Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) bagi mempromosikan syarikat dan produk syarikat jualan langsung di pasaran antarabangsa. vii. Mengiktiraf syarikat jualan langsung yang mencapai tahap membanggakan dengan mengadakan majlis penyampaian anugerah jualan langsung setiap tahun. viii. Menyediakan mekanisme bersesuaian bagi memastikan hanya pemain industri yang tulen sahaja diberi lesen jualan langsung yang sah di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993. ix. Menjalankan program pemutihan secara berkala ke atas syarikat jualan langsung yang tidak aktif. x. Memantapkan kerjasama dengan pihak media dalam memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pengguna berkaitan potensi jualan langsung dan pemahaman tentang faedah kawal selia kendiri. 54
  • 61. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG xi. Mengadakan hebahan secara menyeluruh melalui pelbagai medium komunikasi seperti media massa dan media sosial oleh agensi-agensi kerajaan dan industri bagi memberi gambaran sebenar potensi industri jualan langsung. xii. Menggalakkan pemain industri untuk menjalankan program tanggungjawab sosial korporat dan sentiasa menitikberatkan amalan perniagaan beretika dalam melindungi pengguna. xiii. Menyediakan platform kepada semua pemain industri untuk menyuarakan pandangan dan pendapat melalui penyatuan persatuan jualan langsung. FASA 2 (2016 – 2018) i. Menggalakkan semua syarikat bernaung di bawah persatuan jualan langsung. ii. Menubuhkan one stop centre yang dijalankan oleh Persatuan Jualan Langsung dengan penglibatan Kerajaan bagi menjadi pemudah cara kepada pemain industri. iii. Menjalankan kajian impak bagi setiap program pembangunan terhadap industri bagi melihat keberkesanannnya dalam menjadikan industri ini terus diterima baik oleh masyarakat. iv. Menjalin kerjasama dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan bagi menawarkan kursus berkaitan jualan langsung. 55
  • 62. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG v. Mengukuhkan jaringan perdagangan di antara negara (G to G) bagi memastikan industri jualan langsung Malaysia terus berkembang dan menembusi pasaran antarabangsa. FASA 3 (2019 – 2020) i. Menyediakan pelan laluan kerjaya yang bersesuaian bagi menjadikan industri ini sebagai kerjaya pilihan untuk sumber pendapatan utama. ii. Memastikan industri jualan langsung di Malaysia mematuhi keperluan perundangan secara kawalan kendiri. iii. Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan serantau dan menjadi negara contoh dalam amalan perniagaan terbaik bagi industri jualan langsung. iv. Memastikan industri ini berkembang secara konsisten dan menjadi penyumbang kepada peningkatan pendapatan negara (GNI). 56
  • 63. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN 5.19 Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan untuk usaha meningkatkan reputasi dan membudayakan prestasi adalah seperti berikut: i. Penyaluran akses, kuantiti dan kualiti maklumat yang tepat kepada semua pihak yang berkepentingan terutama pengguna dengan penglibatan meluas oleh media; iv. Amalan perdagangan yang bertanggungjawab dan saksama diamalkan oleh ejen dan syarikat jualan langsung; dan iii. Keunikan dan kualiti produk dan perkhidmatan yang tinggi dan mempunyai nilai tambah serta meyakinkan pengguna. PENUTUP 5.20 Usaha meningkatkan reputasi industri jualan langsung perlu dimulakan dengan menukar persepsi pengguna terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan serta amalan perniagaan yang diamalkan oleh ejen dan syarikat jualan langsung. Kelebihan (competitive advantage) yang dimiliki oleh industri jualan langsung seperti kaedah pemasaran melalui demonstrasi, testimoni dan penyebaran maklumat oleh pengguna (word-of-mouth) perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memulihkan semula imej industri. Prestasi industri perlu ditingkatkan melalui kawalan standard produk dan perkhidmatan perundangan dan yang tinggi peraturan serta pematuhan yang kepada berkuatkuasa. 57
  • 64. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG BAB 6 KESIMPULAN 58
  • 65. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG FASA I (2013 – 2015) MENAMBAH BAIK KUALITI MODAL INSAN TINDAKAN PENERAJU JANGKAMASA  Memastikan usaha ke arah meningkatkan profesionalisme  KPDNKK modal insan dalam jualan langsung dibuat secara  Persatuan berterusan melalui pendidikan dan latihan. Jualan Langsung  2013-2015  Menyediakan garis panduan kepada pihak yang berminat  KPDNKK menjadi ejen syarikat jualan langsung  2013 : S2  Memastikan pematuhan terhadap Kod Etika dan Tatacara  KPDNKK Jualan Langsung.  Persatuan Jualan Langsung  2013 : S3  Memberi pengiktirafan sewajarnya kepada pemain industri  KPDNKK berdasarkan kepada prestasi syarikat.  2013 : S4  Melaksanakan kursus dan seminar sebagai pendedahan  Persatuan kepada ejen-ejen dan syarikat-syarikat jualan langsung ke Jualan Langsung arah ekosistem perniagaan kawal selia kendiri.  2014 : S2 59
  • 66. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG FASA I (2013 – 2015) MENGUKUHKAN SISTEM PENYAMPAIAN DAN PERUNDANGAN TINDAKAN PENERAJU  Membudayakan usaha penambahbaikan penyampaian  KPDNKK perkhidmatan termasuk pemantapan dasar secara berterusan, proses kerja yang mesra niaga serta mengadaptasi teknologi maklumat terkini. JANGKAMASA  2013 - 2015  Mewujudkan kerjasama strategik dengan menubuhkan  KPDNKK jawatankuasa kerja yang dianggotai secara tetap oleh agensi-agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Suruhanjaya Tenaga, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan SIRIM.  2013 : S1  Memperkasa peranan persatuan jualan langsung yang  Persatuan berfungsi membantu mengawalselia industri bagi Jualan Langsung mewujudkan persekitaran kondusif untuk pembangunan dan perkembangan industri jualan langsung.  Persatuan  Menggalakkan penubuhan lembaga penasihat dalam Jualan Langsung syarikat jualan langsung untuk membantu mengatasi isu berbangkit yang dihadapi oleh pengedar syarikat.  2013 : S2  2013 : S3 60
  • 67. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG TINDAKAN PENERAJU  Meningkatkan profesionalisme penguatkuasaan dengan  KPDNKK menggandakan usaha pemerkasaan ilmu pengetahuan pegawai penguatkuasa. JANGKAMASA  2014 : S1  Menyediakan peraturan transaksi elektronik di bawah Akta  KPDNKK Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993.  2014 : S2  Mengadakan sesi advokasi pematuhan akta dan peraturan  KPDNKK yang melibatkan semua agensi Kerajaan yang berkaitan kepada semua pemain industri.  2013 : S3  Menguatkuasakan peruntukan undang-undang dan  KPDNKK mengenakan hukuman yang tegas bagi semua kesalahan di bawah Akta dan Peraturan.  Memperluaskan hebahan maklumat berkaitan salahlaku  KPDNKK dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan terhadap pemain industri yang tidak mengamalkan amalan perniagaan yang bertanggungjawab dan saksama.  Mengkaji semula akta dan peraturan industri jualan langsung secara berterusan supaya sentiasa relevan dan terkini.  KPDNKK  2014 : S3  2014 : S4  2015 : S1 61
  • 68. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG TINDAKAN PENERAJU JANGKAMASA  Meneliti semula peranan Kerajaan dalam pembangunan  KPDNKK  2015 : S4 industri jualan langsung. Tanggungjawab Kerajaan sebagai  Persatuan penggubal dasar dan pengawalselia akan dikaji semula Jualan Langsung selaras dengan kematangan dan peningkatan tahap profesionalisme pemain industri. 62
  • 69. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG FASA I (2013 – 2015) MENINGKATKAN REPUTASI DAN MEMBUDAYAKAN PRESTASI TINDAKAN PENERAJU  Mengadakan lawatan/naziran dari semasa ke semasa bagi  KPDNKK memastikan pemain industri sentiasa mematuhi akta dan peraturan yang berkuatkuasa. JANGKAMASA  2013 - 2015  Menjalankan operasi bersepadu bersama semua agensi  KPDNKK penguatkuasaan terhadap ketidakpatuhan pemain industri.  2013 -2015  Membuat pemeriksaan secara rawak ke atas pelan  KPDNKK pemasaran syarikat jualan langsung bagi mengelakkan ia tidak dimanipulasi dan menjurus ke arah skim piramid.  2013 – 2015  Mengadakan siri roadshow kesedaran untuk semua lapisan  KPDNKK masyarakat berkenaan hala tuju industri jualan langsung.  2013: S1  Menyediakan platform kepada semua pemain industri untuk  Persatuan menyuarakan pandangan dan pendapat melalui penyatuan Jualan Langsung persatuan jualan langsung.  2013 : S2  Melantik ikon atau duta jualan langsung yang sesuai bagi  KPDNKK meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap industri ini.  2013 : S2 63
  • 70. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG TINDAKAN PENERAJU JANGKAMASA  Mengadakan ekspo dan pameran industri jualan langsung  Persatuan  2013 : S3 di luar negara. Jualan Langsung  Mengiktiraf syarikat jualan langsung yang mencapai tahap  KPDNKK membanggakan dengan mengadakan majlis penyampaian anugerah jualan langsung setiap tahun.  2013 : S4  Menyediakan mekanisme bersesuaian bagi memastikan  KPDNKK hanya pemain industri yang tulen sahaja diberi lesen jualan langsung yang sah di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993.  2014 : S1  Menjalankan program pemutihan secara berkala ke atas  KPDNKK syarikat jualan langsung yang tidak aktif.  2014 : S2  Memantapkan kerjasama dengan pihak media dalam  KPDNKK memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pengguna.  2014 : S3  Mengadakan hebahan secara menyeluruh melalui pelbagai  Persatuan medium komunikasi bagi memberi gambaran sebenar Jualan Langsung potensi industri jualan langsung.  2014 : S4  Menggalakkan pemain industri untuk menjalankan program  Persatuan tanggungjawab sosial korporat dan sentiasa Jualan Langsung menitikberatkan amalan perniagaan beretika dalam melindungi pengguna.  2015 : S1 64
  • 71. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG FASA 2 (2016 – 2018) MENAMBAH BAIK KUALITI MODAL INSAN TINDAKAN PENERAJU  Mewujudkan subject matter expert (SME) iaitu pegawai  KPDNKK pakar dalam bidang pengkhususan masing-masing yang akan menjadi rujukan agensi kerajaan dan industri jualan langsung. JANGKAMASA  2016 : S1  Menjalankan program Continuous Professional  Persatuan Development (CPD) secara berterusan kepada ejen dan Jualan Langsung pengarah syarikat jualan langsung.  2017 : S1  Menyediakan laluan perkembangan kerjaya bagi  Persatuan menggalakkan lebih ramai orang menyertai jualan Jualan Langsung langsung dan mengekalkan modal insan berkualiti dalam  Syarikat Jualan industri jualan langsung. Langsung  2018 : S1 65
  • 72. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG FASA 2 (2016 – 2018) MENGUKUHKAN SISTEM PENYAMPAIAN DAN PERUNDANGAN TINDAKAN PENERAJU JANGKAMASA  Memastikan Kod Etika dan Tatacara Jualan Langsung  KPDNKK  2016 : S1 sentiasa relevan melalui kajian semula dari semasa ke  Persatuan semasa. Jualan Langsung  Pemantauan berterusan terhadap industri jualan  KPDNKK langsung dilaksanakan secara bersepadu oleh semua agensi Kerajaan yang berkaitan.  2016 - 2018  Membangunkan pangkalan data yang holistik dan  KPDNKK komprehensif melalui integrasi pautan pangkalan data dan akses meluas kepada pihak yang berkepentingan.  2016 : S2  Mengkaji semula peraturan sedia ada dan merekayasa  KPDNKK proses kerja bagi mewujudkan persekitaran mesra niaga dan mesra pasaran.  2018 : S1 66
  • 73. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG FASA 2 (2016 – 2018) MENINGKATKAN REPUTASI DAN MEMBUDAYAKAN PRESTASI TINDAKAN PENERAJU JANGKAMASA  Menggalakkan semua syarikat bernaung di bawah  Persatuan  2016 : S1 persatuan jualan langsung. Jualan Langsung  Menubuhkan one stop centre sebagai kemudahan  Persatuan kepada pemain industri. Jualan Langsung  2016 : S2  Menjalankan kajian impak bagi setiap program  KPDNKK pembangunan industri bagi menilai keberkesanannya.  2016 : S3  Menjalin kerjasama dengan Institusi Pengajian Tinggi  KPDNKK (IPT) tempatan bagi menawarkan kursus berkaitan jualan langsung.  2017 : S3  Mengukuhkan jaringan perdagangan di antara negara  KPDNKK (G to G) bagi memastikan industri jualan langsung Malaysia terus berkembang dan menembusi pasaran antarabangsa terutama di negara-negara ASEAN.  2018 : S2 67
  • 74. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG FASA 3 (2019 – 2020) MENAMBAH BAIK KUALITI MODAL INSAN TINDAKAN PENERAJU  Menjalin kerjasama dengan IPT bagi menawarkan program  KPDNKK berkaitan jualan langsung di peringkat diploma dan ijazah pertama. JANGKAMASA  2019 : S3 68
  • 75. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG FASA 3 (2019 – 2020) MENGUKUHKAN SISTEM PENYAMPAIAN DAN PERUNDANGAN TINDAKAN PENERAJU JANGKAMASA  Menyediakan mekanisme yang sesuai bagi memastikan  Persatuan  2019 : S1 semua syarikat jualan langsung mematuhi sistem Jualan Langsung pengurusan kualiti (MS ISO 9000) dan mempraktikkan tadbir urus syarikat yang cekap.  Penguatkuasaan pintar (smart enforcement) bagi industri  KPDNKK jualan langsung akan dilaksanakan sepenuhnya dengan mengambil kira tahap kematangan industri untuk melaksanakan dasar kawal selia kendiri.  2019 : S1  Meneliti isu percukaian syarikat jualan langsung terutama  KPDNKK berkaitan percukaian yang melibatkan pelbagai negara.  2019 : S1 69
  • 76. PELAN HALA TUJU INDUSTRI JUALAN LANGSUNG FASA 3 (2019 – 2020) MENINGKATKAN REPUTASI DAN MEMBUDAYAKAN PRESTASI  TINDAKAN PENERAJU JANGKAMASA Menyediakan pelan laluan kerjaya yang bersesuaian bagi  Persatuan  2019 : S1 menjadikan industri ini sebagai kerjaya pilihan untuk Jualan Langsung sumber pendapatan utama.  Memastikan industri jualan langsung di Malaysia  Persatuan mematuhi keperluan perundangan secara kawalan kendiri. Jualan Langsung  2019 : S2  Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan  KPDNKK serantau dan menjadi negara contoh dalam amalan  Persatuan perniagaan terbaik bagi industri jualan langsung. Jualan Langsung  2019 : S4  Memastikan industri ini berkembang secara konsisten dan  KPDNKK menjadi penyumbang kepada peningkatan Pendapatan Negara Kasar (GNI).  2019 : S4 70