Slaid Peribahasa Men 1

7,046 views
6,630 views

Published on

Slaid pengajaran peribahasa

Published in: Education, Sports
0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
7,046
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
318
Actions
Shares
0
Downloads
341
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Slaid Peribahasa Men 1

  1. 1. Peribahasa Menengah 1
  2. 2. Perbalahan atau pergaduhan antara saudara-mara tidak akan berpanjangan kerana mereka akan berbaik-baik semula. Air dicencang tiada putus
  3. 3. Keadaan seseorang yang sangat bengis, garang dan sebagainya. Bagai harimau beranak muda
  4. 4. Bagai itik berebutkan tembolok Perbalahan kerana sebab terlalu kecil. Perbalahan kerana makanan atau keuntungan yang sedikit.
  5. 5. Bagaimana acuan begitulah kuihnya Seseorang itu akan menurut budi dan perangai ibu bapanya. Keadaan sesuatu itu menurut asalnya.
  6. 6. Hal orang yang tamak; diberi sedikit hendak banyak, diberi banyak hendak semuanya. Bagai Belanda minta tanah
  7. 7. Orang yang hina apabila mendapat keistimewaan (mendapat pangkat dll) akan menjadi mengada-ngada. Bagai kaduk naik junjung
  8. 8. Hal seseorang yang hidupnya senang, tiada khuatir akan kekurangan apa-apa. Bagai ayam bertelur di padi
  9. 9. Kebaikan (pertolongan dll) yang sia-sia (tidak berbalas). Bagai hujan jatuh ke pasir
  10. 10. Seseorang yang cuba memperbaiki sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya. Bagai tikus membaiki labu
  11. 11. Seseorang yang bodoh sekalipun, jika diajar betul-betul akan menjadi pandai. Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam Orang yang sabar dan setia, jika dihasut boleh juga menjadi jahat.
  12. 12. Meminta pengadilan kepada seseorang yang tamak, akhirnya kedua-dua pihak akan mengalami kerugian. Berhakim kepada beruk
  13. 13. Diam seseorang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja. Bukannya diam penggali berkarat
  14. 14. Orang kaya juga yang bertambah kekayaannya. Busut juga ditimbuni anai-anai Orang yang pernah bersalah juga yang dituduh jika berlaku sesuatu kejahatan.
  15. 15. Seseorang yang sangat cepat menerima dan mudah memahami sesuatu nasihat atau pengajaran yang diberikan kepadanya. Garam jatuh di air
  16. 16. Tidak guna seseorang itu cantik molek jika dia tidak berbudi bahasa yang mulia. Ibarat bunga dedap, sungguh merah berbau tidak
  17. 17. Menolong orang yang tidak tahu membalas budi, melainkan kadang-kadang membalas dengan perbuatan jahat. Melepaskan anjing tersepit
  18. 18. Membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh. Melepaskan batuk di tangga
  19. 19. Jika rajin dan tekun berusaha melakukan sesuatu pekerjaan, maka akan murahlah rezeki. Ringan tulang, berat perut
  20. 20. Daripada tingkah laku seseorang itu, kita dapat mengetahui atau mengenali watak dan asal seseorang. Sebab buah dikenal pohonnya
  21. 21. Perihal kasih sayang yang mendalam sekali dan sukar diceraikannya. Seperti labah-labah cinta kepada telurnya
  22. 22. Memperoleh barang yang sangat diharapkan. Seperti pucuk yang layu disiram hujan Orang yang susah memperoleh kesenangan, atau orang yang sakit beroleh penawar.
  23. 23. Orang yang mendapat kedudukan yang mewah. Seperti tikus jatuh ke beras Seseorang yang beroleh kekayaan atau keuntungan tetapi tidak mahu menceritakannya kepada orang lain.
  24. 24. Orang yang bijaksana tetapi menyembunyikan pengetahuan dan kebolehannya. Seperti harimau menyembunyikan kukunya
  25. 25. Tiada berguna menasihati orang lain, kalau kelakuan sendiri tiada sesuai dengan apa yang dinasihatkannya itu. Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul
  26. 26. Hendak mengelakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian besar. Takut titik lalu tumpah
  27. 27. Apabila kita menetap di sesebuah negeri (kampung, masyarakat dll), kita perlulah mematuhi peraturan dan undang-undang di tempat tersebut. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Segala suruhan atau nasihat dituruti dan dikerjakan dengan sepenuh hati.
  28. 28. Lain negeri lain adat resam dan lain cara pemerintahannya. Lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya
  29. 29. Bagaimana perintah, begitulah yang harus dituruti. Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya Bagaimana perbuatan/perkataan, demikianlah balas dan jawapannya.
  30. 30. Sekumpulan orang yang tidak tentu arah atau berpecah belah akibat kehilangan pemimpin atau tempat tumpuan dan pengharapan. Seperti ayam kehilangan ibu
  31. 31. Orang yang lemah dan bodoh kalau diserang atau menyerang orang yang berani dan pintar akan menerima kekalahan juga. Seperti mentimun dengan durian; menggolek rosak, kena golek binasa

×