Slaid Peribahasa Men 1

Loading...

Flash Player 9 (or above) is needed to view presentations.
We have detected that you do not have it on your computer. To install it, go here.

0 comments

Post a comment

    Post a comment
    Embed Video
    Edit your comment Cancel

    Favorites, Groups & Events

    Slaid Peribahasa Men 1 - Presentation Transcript

    1. Peribahasa Menengah 1
    2. Perbalahan atau pergaduhan antara saudara-mara tidak akan berpanjangan kerana mereka akan berbaik-baik semula. Air dicencang tiada putus
    3. Keadaan seseorang yang sangat bengis, garang dan sebagainya. Bagai harimau beranak muda
    4. Bagai itik berebutkan tembolok Perbalahan kerana sebab terlalu kecil. Perbalahan kerana makanan atau keuntungan yang sedikit.
    5. Bagaimana acuan begitulah kuihnya Seseorang itu akan menurut budi dan perangai ibu bapanya. Keadaan sesuatu itu menurut asalnya.
    6. Hal orang yang tamak; diberi sedikit hendak banyak, diberi banyak hendak semuanya. Bagai Belanda minta tanah
    7. Orang yang hina apabila mendapat keistimewaan (mendapat pangkat dll) akan menjadi mengada-ngada. Bagai kaduk naik junjung
    8. Hal seseorang yang hidupnya senang, tiada khuatir akan kekurangan apa-apa. Bagai ayam bertelur di padi
    9. Kebaikan (pertolongan dll) yang sia-sia (tidak berbalas). Bagai hujan jatuh ke pasir
    10. Seseorang yang cuba memperbaiki sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya. Bagai tikus membaiki labu
    11. Seseorang yang bodoh sekalipun, jika diajar betul-betul akan menjadi pandai. Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam Orang yang sabar dan setia, jika dihasut boleh juga menjadi jahat.
    12. Meminta pengadilan kepada seseorang yang tamak, akhirnya kedua-dua pihak akan mengalami kerugian. Berhakim kepada beruk
    13. Diam seseorang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja. Bukannya diam penggali berkarat
    14. Orang kaya juga yang bertambah kekayaannya. Busut juga ditimbuni anai-anai Orang yang pernah bersalah juga yang dituduh jika berlaku sesuatu kejahatan.
    15. Seseorang yang sangat cepat menerima dan mudah memahami sesuatu nasihat atau pengajaran yang diberikan kepadanya. Garam jatuh di air
    16. Tidak guna seseorang itu cantik molek jika dia tidak berbudi bahasa yang mulia. Ibarat bunga dedap, sungguh merah berbau tidak
    17. Menolong orang yang tidak tahu membalas budi, melainkan kadang-kadang membalas dengan perbuatan jahat. Melepaskan anjing tersepit
    18. Membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh. Melepaskan batuk di tangga
    19. Jika rajin dan tekun berusaha melakukan sesuatu pekerjaan, maka akan murahlah rezeki. Ringan tulang, berat perut
    20. Daripada tingkah laku seseorang itu, kita dapat mengetahui atau mengenali watak dan asal seseorang. Sebab buah dikenal pohonnya
    21. Perihal kasih sayang yang mendalam sekali dan sukar diceraikannya. Seperti labah-labah cinta kepada telurnya
    22. Memperoleh barang yang sangat diharapkan. Seperti pucuk yang layu disiram hujan Orang yang susah memperoleh kesenangan, atau orang yang sakit beroleh penawar.
    23. Orang yang mendapat kedudukan yang mewah. Seperti tikus jatuh ke beras Seseorang yang beroleh kekayaan atau keuntungan tetapi tidak mahu menceritakannya kepada orang lain.
    24. Orang yang bijaksana tetapi menyembunyikan pengetahuan dan kebolehannya. Seperti harimau menyembunyikan kukunya
    25. Tiada berguna menasihati orang lain, kalau kelakuan sendiri tiada sesuai dengan apa yang dinasihatkannya itu. Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul
    26. Hendak mengelakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian besar. Takut titik lalu tumpah
    27. Apabila kita menetap di sesebuah negeri (kampung, masyarakat dll), kita perlulah mematuhi peraturan dan undang-undang di tempat tersebut. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Segala suruhan atau nasihat dituruti dan dikerjakan dengan sepenuh hati.
    28. Lain negeri lain adat resam dan lain cara pemerintahannya. Lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya
    29. Bagaimana perintah, begitulah yang harus dituruti. Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya Bagaimana perbuatan/perkataan, demikianlah balas dan jawapannya.
    30. Sekumpulan orang yang tidak tentu arah atau berpecah belah akibat kehilangan pemimpin atau tempat tumpuan dan pengharapan. Seperti ayam kehilangan ibu
    31. Orang yang lemah dan bodoh kalau diserang atau menyerang orang yang berani dan pintar akan menerima kekalahan juga. Seperti mentimun dengan durian; menggolek rosak, kena golek binasa
    SlideShare Zeitgeist 2009

    + manafyasirmanafyasir Nominate

    custom

    339 views, 0 favs, 1 embeds more stats

    Slaid Pengajaran

    More info about this document

    © All Rights Reserved

    Go to text version

    • Total Views 339
      • 336 on SlideShare
      • 3 from embeds
    • Comments 0
    • Favorites 0
    • Downloads 6
    Most viewed embeds
    • 3 views on http://norlianti.blogspot.com

    more

    All embeds
    • 3 views on http://norlianti.blogspot.com

    less

    Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
    Flag as inappropriate

    Select your reason for flagging this presentation as inappropriate. If needed, use the feedback form to let us know more details.

    Cancel
    File a copyright complaint
    Having problems? Go to our helpdesk?

    Categories

    Tags