Your SlideShare is downloading. ×
Karangan 05   Penulisan Perenggan Pendahuluan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Saving this for later?

Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime - even offline.

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Karangan 05 Penulisan Perenggan Pendahuluan

21,523
views

Published on

Karangan Perbincangan 05

Karangan Perbincangan 05

Published in: Health & Medicine, Business

3 Comments
5 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
21,523
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
12
Actions
Shares
0
Downloads
527
Comments
3
Likes
5
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. PENULISAN P E N D A H U L U A N KARANGAN
  • 2. Beberapa Usul
    • Definisi
    • Perangkaan
    • Sejarah
    • Pendapat Khusus
    • Wawancara
    • Suasana
    • Pendapat
    • Persoalan
    • Analogi
    • Peribahasa
    • Puisi/Lirik Lagu
  • 3. Kesedaran sivik bermaksud rasa tanggungjawab yang lahir secara ikhlas dalam memelihara harta benda awam atau menjaga kepentingan awam demi kebaikan bersama. Nilai murni ini hanya dimiliki oleh individu yang tidak mementingkan diri sendiri, pandai menghargai harta kepunyaan awam, dan dapat bertolak ansur, serta memahami budaya jiran atau masyarakat sekeliling. 1 Pendahuluan Jenis Definisi
  • 4. 2 Pendahuluan Jenis Perangkaan Perangkaan terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat berhubung dengan gejala negatif dalam kalangan remaja di negara ini amatlah menggerunkan kita. Lebih kurang 71 peratus golongan remaja yang berusia antara 13 hingga 21 tahun didapati merokok, 40 peratus menonton video lucah, 28 peratus terlibat dengan perjudian dan 14 peratus menagih dadah. Selain itu, kes-kes jenayah yang membabitkan remaja meningkat dengan pesatnya, serancaknya dengan pertumbuhan ekonomi negara.
  • 5. Di mana-mana negara pun, pengedaran dadah merupakan perbuatan yang dikutuk dan mereka yang disabit kesalahan akan dikenakan hukuman yang setimpal. Bezanya ialah, berat atau ringan hukuman yang dikenakan. Di negara kita dan Malaysia, hukuman mati menunggu mereka yang terbabit dengan pengedaran dadah dalam kuantiti yang tertentu. Sejarah telah membuktikan keburukan ketagihan dadah. Pengedaran candu oleh pedagang-pedagang British kepada penduduk Hong Kong pada abad ke-19 telah menyaksikan kekalahan China dalam perang menentang British, sebagai akibat ketagihan akan candu, China terpaksa menyerahkan Hong Kong kepada kuasa British selama 156 tahun. 3 Pendahuluan Jenis Sejarah
  • 6. 4 Pendahuluan Jenis Pendapat Khusus Kenyataan Menteri Pengangkutan berhubung kajian kementeriannya dalam melaksanakan peraturan mewajibkan pemandu yang melanggar peraturan jalan raya supaya mengikuti kelas memandu semula boleh dianggap sebagai satu strategi yang dinanti-nantikan. Strategi ini merupakan langkah berkesan yanbg dapat mendatangkan kesan positif kepada semua pengguna jalan raya jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan serius.
  • 7. 5 Pendahuluan Jenis Wawancara Biasa kita dengar, seorang doktor bertugas di hospital, klinik ataupun di pusat penyelidikan berkaitan perubatan atau rawatan. Tetapi lain pula dengan tetamu Dewan Kosmik kali ini. Prof. Madya Dr. Anuar Suun yang merupakan seorang ahli perubatan yang turun bertugas di padang sukan dan gelanggang olahraga. Peranan besar yang dipikul beliau jarang disedari oleh orang awam. Oleh itu, ikutilah wawancara istimewa wartawan Dewan Kosmik, Nik Khartina Nik Man bersama Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknolgi MARA ini.
  • 8. 6 Pendahuluan Jenis Suasana Payung biru kesayanganku hampir ditiup angin kencang. Daun-daun di tepi jalan bercampur dengan sampah sarap berterbangan ditiup angin. Sesekali terdengar akan bunyi guruh dalam titisan air hujan melibas mukaku. Lagi 50 meter aku akan tiba di pintu pagar sekolah tetapi begitu lambat kerana terpaksa menentang deruan angin yang menyongsang. Tubuhku seolah-olah tertolak ke belakang sehingga menyukarkan aku untuk melangkah dan mara. Mujurlah berat badanku tidak membolehkan angin kencang itu menerbangkanku dengan mudah. Sebaik-baik sahaj aku menjejakkan kai di serambi sekolah, hujan turun mencurah-curah.
  • 9. 7 Pendahuluan Jenis Pendapat Pelbagai pihak menggesa pemerintah supaya had umur remaja bagi kes juvana dikaji semula. Ini memandangkan had umur 18 tahun dewasa ini tidak bersesuaian dengan sikap dan tahap kematangan remaja 50 tahun dahulu. Rekod polis banyak mencatatkan kes juvana yang melibatkan remaja pada usia tersebut. Selaras dengan itu, Mahkamah Juvana 1947 harus dikaji bagi menyelaraskan akta yang sedia ada berhubung dengan had umur remaja bagi kes juvana.
  • 10. 8 Pendahuluan Jenis Persoalan Tiada ibu bapa yang tidak bimbang jika anak-anak mereka yang berada di sekolah dilaporkan terlibat dengan keracunan makanan, sedangkan makanan yang dibeli anak-anak itu dijual di kantin sekolah. Persoalannya, adakah makanan di kantin sekolah sudah tidak selamat? Adakah peraturan yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pendidikan diabaikan oleh sesetengah pengusaha kantin?
  • 11. 9 Pendahuluan Jenis Analogi Cuba kita ambil sebatang lidi dan patah-patahkannya. Sudah tentu dengan mudah sahaja kita dapat melakukannya. Bagaimana pula jika lidi itu seberkas? Tentu tidak mudah atau sukar bagi kita mematahkannya. Analogi ini dapat dikaitkan dengan perpaduan 4 juta penduduk di Singapura yang berbilang bangsa. Semangat muhibah dan bersatu padu amat diperlukan oleh negara dalam menjamin kestabilan politik, ekonomi, dan sosial negara.
  • 12. 10 Pendahuluan Jenis Peribahasa Ayat al-Quran pertama yang turun ke bumi dalam usaha manusia ke arah kebaikan ialah ‘Iqrak’ yang bermaksud ‘Bacalah’ dan peribahasa Cina, ‘Bacalah sehingga tua, belajarlah sehingga akhir hayat’ menunjukkan betapa pentingnya tabiat membaca dalam pembentukan minda, sahsiah dan kerohanian manusia. Berhubung dengan dunia pembacaan di Malaysia, kajian ‘Tabiat Membaca di Malaysia’ yang dijalankan baru-baru ini mencatatkan secara purata rakyat Malaysia membaca dua buah buku ilmiah setahun. Kajian ini juga melaporkan bahawa secara purata, rakyat Malaysia memperuntukkan hanya setengah jam seminggu untuk membaca akhbar.
  • 13. 11 Pendahuluan Jenis Puisi/Lirik Lagu ‘ Kalau sudah jadi orang Singapura, Hati mesti baik berbudi bahasa, Cukup tata tertib kuat berusaha, Serta tanggungjawab kepada negara’ Itulah antara seni kata yang terdapat dalam lagu yang dicipta Allayarham Pak Zubir Said yang mengisahkan tentang ciri-ciri harapan yang pasti dimiliki oleh rakyat Singapura. Setiap kali menjelang hari nasional, lagu ini pasti akan berkumandang di corong-corong radio. Secara tidak langsung, lagu ini dapat membangkitkan semangat patriotik dalam jiwa kita.
  • 14. SARANAN
    • Pelajari sebanyak mungkin bentuk pendahuluan sesebuah karangan.
    • Banyakkanlah latihan dalam memahirkan diri dengan sesebuah bentuk pendahuluan karangan.
    • Merangkakan pendahuluan bersesuaian dengan topik dan soalan dapat menjadikan karangan anda menarik.
  • 15. Pesanan Akhir
    • Kejayaan akan dapat kita raih jika tidak lokek mengeluarkan daya dalam usaha kita.
    • Kejayaan kita yang lebih bermakna daripada pengiktirafan adalah kemampuan kita mengetahui cara-cara meraihnya.