Muliati, gadis yang pada mulanya lincah dan cergas bertukar menjadi seorang yang pendiam dan tidak yakin akan kemampuan dirinya. Keadaan ini berpunca daripada sebuah peristiwa hitam yang menimpa dirinya sewaktu dia mengikuti Kelab Kembara dalam sebuah ekspidisi ketika dia di ingkatan lima.
Sinopsis
Muliati tidak dapat menerima keadaannya dan dia sering menghadapi tekanan perasaan. Dan lagi, dia kehilangan anggota keluarganya yang tercinta pada usia yang muda. Kehadiran Cikgu Balkis di tingkatan dua benar-benar dapat mengubat kedukaannya. Hampir tujuh tahun mereka berkenalan dan hubungan mereka berdua amat erat sekali. Muliati dianggap Balkis sebagai anak kandungnya sendiri.
Sinopsis
Namun, hubungan mereka dilanda cubaan kerana Mulaiti difahamkan suami Balkis tidak membenarkan dia berkenalan rapat dengan Balkis. Balkis dikehendaki suaminya menumpukan perhatian kepada hal ehwal rumah tangga. Keadaan ini mendukacitakan Muliati, lebih-lebih lagi sewaktu dia akan melanjukan pelajaran di universiti. Riani, seorang sahabatnya, menjadi tempat Mulaiti mengadu nasib.
Sinopsis
Sewaktu menghadiri majlis konvokesyennya, Muliati menegtahui sebab-musabab Balkis menjauhkan diri daripadanya. Balkis menderita penyakit ganjil dan akan berubat di luar negara.
Persoalan
Pengorbanannya seorang guru terhadap pelajarnya.
Kasih seorang guru akan pelajarnya.
Pandangan negatif masyarakat terhadap golongan yang cacat.
Persahabatan yang terjalin antara dua orang pelajar.
Plot
Permulaan
Muliati amat merindui Cikgu Balkis. Sejak Cikgu Balkis berpindah ke sekolah baharu dan Muliati mula melanjutkan pelajaran di universiti, mereka tidak pernah berjumpa lagi.
Plot
Perkembangan
Muliati sering mengutus surat kepada Cikgu Balkis atau menenlefonnya semasa di melanjutkan pelajarannya di universiti. Dia tidak berputus asa dengan usahanya itu kerana dia amat ingin bertemu dengan Cikgu Balkis. Dia kecewa apabila mendapat tahu Cikgu Balkis menolak permintaannya.
Plot
Konflik
Setiap hari, Muliati akan terkenang peristiwa yang melanda hidupnya dengan kemalangan yang meragut nyawa keluarganya. Dia juga akan terkenangkan Cikgu Balkis..
Plot
Klimaks
Menjelang majlis konvokesyennya, Muliati berharap dapat berjumpa dengan Cikgu Balkis. Dia mahu mengucapkan terima kasihnya atas pengorbanan gurunya serta kasih sayang gurunya itu.
Plot
Peleraian
Sesudah majlis konvokesyennya, Muliati dikejutkan dengan sekeping poskad daripada Cikgu Balkis. Bekas gurunya itu berada di London untuk menjajani pembedahan penyakitnya. Cikgu Balkis menucapkan tahniah kepada Muliati dan berharap Muliati akan mendoakan keselamatannya.
Latar Masa Tempoh empat tahun, sepanjang Muliati bejalar di universiti. Tempat Sekolah – zaman Muliati bersekolah, Universiti - Mulaiti Melanjutkan pengajiannya. Masyarakat Sekolah – rakan-rakan Muliati Universiti – amalkan cara hidup sendiri-sendiri
Gaya bahasa Simile
Seluruh kekuatanku teragut bagaikan seorang
(hal. 63)
Metafora
Kasihku tertumpah melebihi selautan buat cikgu.
(hal. 61)
Ada manik putih menempias pipiku . (hal. 61)
Personifikasi
Masing-masing mengepung perasaan yang
bergelora. (hal. 63)
Hati ini selalu memberontak . (hal. 63)
Inversi
Berdosa Cikgu menderhakai suami . (hal. 61)
Nilai & Pengajaran
Kasih sayang
Kegigihan
Hormat
Kita mestilah tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam hidup. Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Kecacatan tidak harus dijadikan alasan untuk mencapai cita-cita. Kita tidak harus memandang rendah terhadap golongan yang kurang upaya. Kita mestilah berusaha untuk membala jasa seseorang yang telah membantu kita.
0 comments
Post a comment