Strategi pembelajaran gabungan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Strategi pembelajaran gabungan

on

  • 402 views

 

Statistics

Views

Total Views
402
Views on SlideShare
387
Embed Views
15

Actions

Likes
0
Downloads
21
Comments
0

1 Embed 15

http://www.slideee.com 15

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Strategi pembelajaran gabungan Strategi pembelajaran gabungan Document Transcript

  • STRATEGIPEMBELAJARAN GABUNGAN ( BLENDED LEARNING ) NOR AZMI BIN CHE RAZAB 160867 PPG BM ( SR ) 2011 - 2014
  • STRATEGI PEMBELAJARAN GABUNGAN ( BLENDED LEARNING ) PENULIS NAMA : NOR AZMI BIN CHE RAZAB NO. MATRIK : 160867 T/LAHIR: 13 MAC 1977 PENGKHUSUSAN: BM / PJ AMBILAN : MAC 2011 / 2014 PEREKA GRAFIK NOR AZMI BIN CHE RAZAB ILUSTRATOR NOR AZMI BIN CHE RAZAB Cetakan Pertama Penerbit : Hak Cipta Terpelihara Nor Azmi bin Che Razab 160867 PPG BM ( SR ) 2011 - 2014
  • "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
  • PRA KATA Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah rahmat dan hidayat-Nya, saya dapat menyelesaikan tugasan ini bagi memenuhi syarat kursus EED3218 (Kaedah Mengajar Bahasa Melayu Sekolah Rendah).Dalam menyiapkan tugasan yang ini, saya banyak bergantung kepada buku-buku, bahan-bahan dan rujukan modul-modul daripada individu dan pensyarah. Saya berasa amat bertuah kerana dalam menghasilkan tugasan ini, saya berpeluang membuat kajian dan mendalami setiap aspek yang merangkumi konsep, modul, kajian dan rujukan perkara-perkara baru mahupun perkara yang telah saya ketahui. Secara tidak landsung, saya dapat menerokai pengalaman baru dan memperluaskan minda dan pengetahuan saya tentang pelbagai strategi pembelajaran yang begitu penting kepada saya dalammempelbagaikan kaedah dan cara pengajaran didalam kelas. Oleh itu, ini akan membantu saya dalam meningkatkan mutu pengajaran yang lebih afektif dan berkesandalam menyampaikan isi pelajaran kepada murid-murid di dalam bilik darjah. Sehubungan itu, saya ingin mengucap setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah yang terlibat yang banyak membimbing, mendedahkan idea dan konsep mengenai tajuk yang saya kaji ini. Demikian juga kepada tutor serta rakan rakan-rakan kuliah yang bersama-sama berusaha ke arah dan matlamat yang sama dalam mencapai kehendak falsafah pendidikan negara. Sekian, terima kasih.Wassalam.
  • KANDUNGAN Pendahuluan 1 Bab I ( Tugasan Satu ) Strategi Pembelajaran Gabungan (Blended Learning) DalamPembelajaran Bahasa Melayu. 1.0 Latar Belakang Strategi Pembelajaran Gabungan (Blended Learning) 3 2.0 Konsep Strategi Pembelajaran Gabungan ( Blended Learning ) Dalam 6 Pembelajaran Bahasa Melayu. 3.0 Ciri-Ciri Pengajaran Blended Learning 9 4.0 Kelebihan Strategi Pembelajaran Gabungan( Blended Learning ) 4.1 Manfaat Blended Learning 9 5.0 Kekurangan Strategi Pembelajaran Gabungan ( Blended Learning ) 12 6.0 Rumusan Strategi Pembelajaran Gabungan 13 Bab II ( Tugasan Kedua ) 1.0 Persediaan Rancangan Pelajaran Harian 1.1 Tujuan Persediaan Rancangan Pelajaran Harian 17 1.2 Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian 18 2.0 Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu 19 Bab III ( Tugasan Ketiga ) 1.0 Refleksi Pengajaran 25 1.1 Kekuatan 26 1.2 Kelemahan 26 1.3 Cara Mengatasi 26 2.0 Rujukan 27 Bab IV ( Lampiran ) 1.0 Slaid Powerpoint 29 2.0 CD Pengajaran
  • PENDAHULUAN Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Hal yang demikian, guru perlu menarik perhatian pelajar dalam sesuatu sesi pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep- konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Di samping itu, guru hendaklahmemikir dan merancang satu rancangan persediaan mengajar yang baik.Rancangan itu perlu diselaraskan dengan isi kemahiran, aktiviti dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu
  • adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya. Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Walaubagaimanapun, pemilihan terhadap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Secara tidak langsung, pelajar akan merasa seronok untuk menjalankan ujikaji atau aktiviti yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan. Hal ini dapat melahirkan pelajar yang dapat berfikir dengan kreatif dan inovatif.
  • Bab I ( Tugasan Satu) STRATEGI PEMBELAJARAN GABUNGAN (BLENDED LEARNING) DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU. 1.0 Latar Belakang Strategi Pembelajaran Gabungan (Blended Learning) Perkembangan teknologi yang begitu pesat mengharuskan adanya inovasi dalam pembelajaran.Inovasi tersebut salah satunya adalah Blended Learning.Konsep Blended Learning ini ialah pencampuran model pembelajaran konvensional dengan belajar secara online.Teori belajar yang digunakan pun terdiri atas berbagai teori belajar dari beberapa ahli dengan menyesuaikan situasi dan kondisi belajar murid. Mereka diharapkan selalu aktif dan dapat menemukan cara belajar yang sesuai. Guru hanya berfungsi sebagai penyampai, pemudah cara dan teman yang menghasilkan situasi yang kondusif untuk menjana pengetahuan pada diri murid. Blended Learning ini akan memperkuat model belajar konvensional melalui pengembangan teknologi pendidikan. Istilah Blended Learningpada awalnya digunakan untuk menggambarkan gabungan pembelajaran bersemuka dengan pembelajaran online.Dalam metodologi penelitian, digunakan istilah “mixing” untuk menunjukkan kombinasi antara penelitian kuantitatif dan kualitatif.Ada pula yang menyebut di dalam pembelajaran adalah pendekatan eklektif, iaitu kombinasi pelbagai pendekatan dalam pembelajaran. Namun, pengertian pembelajaran Blended Learning adalah pembelajaran kombinasi strategi pembelajaran menggunakan kegiatan bersemuka, pembelajaran komputer (offline) dan komputer secara online (internet dan mobile learning).Blended Learning terdiri dari kata blended (kombinasi/ campuran) dan
  • learning (belajar). Istilah lain yang sering digunakan adalah hybrid course (hybrid = campuran / kombinasi, course = mata kuliah). Makna yang paling umum Blended Learning ialah belajar dengan kombinasi atau mencampur antara pembelajaran bersemuka muka (face to face = f2f) dan pembelajaran komputer (online dan offline). Dewasa ini perkembangan teknologi komputer dan informasi telah merubah dunia pendidikan. Dengan memasuki dunia on-line, guru dapat memperoleh berbagai-bagai informasi yang diperlukan untuk memenuhi keperluan bahan pembelajaran.Teks, foto, video, animasi, dan simulasi adalah beberapa contoh media yang tersedia dalam pembelajaran. Dengan memanfaatkan berbagai-bagai media tersebut, guru dapat mengketengahkan konsep-konsep ICT dalam bagai-bagai persembahan (multiple representation) yang memudahkan murid-murid memahami sebuah konsep. Teknologi on-line juga memberikan kemudahan kepada guru dan murid untuk mendapatkan tambahan informasi dalam rangka memenuhi tuntutan kompetensi dan juga pengayaan. Perkembangan teknologi komputer informasi berpotensi meningkatkan kualiti pendidikan dan pembelajaran. Secara pedagogi, ada dorongan untuk melibatkan murid secara lebih aktif (student centered) dalam proses pembelajaran. Praktik berpusat pada guru (teacher centered) dirasakan tidak relevan lagi dengan pesatnya perkembangan informasi sehingga perlu dimodifikasi. Guru perlu memberikan kesempatan pada murid untuk melakukan penerokaan dengan memanfaatkan teknologi on-line. Implementasi teknologi informasi akhirnya diharapkan dapat menginspirasi murid menjadi pembelajar sepanjang hayat (life long learning), yang mampu berkembang di tengah perkembangan informasi yang pesat.
  • Tujuan utama Blended Learning adalah memberikan kesempatan bagi berbagai karakteristik murid agar mereka mampu belajar secara kendiri, berterusan, dan berkembang sepanjang hayat sehingga pembelajaran akan menjadi lebih efektif, lebih efisien, dan lebih menarik. Dalam menerapkan Strategi Pembelajaran Gabungan (Blended Learning) ini, guru dan murid perlu memastikan memiliki sarana dan prasarana yang mencukupi untuk digunakan agar tidak mengganggu proses pembelajaran secara via online. Strategi ini harus digunakan dengan baik, dengan mempertimbangkan isi bahan ajar serta tujuan pembelajarannya. Proses pembelajaran diarahkan untuk mewujudkan kompetensi-kompetensi yang telah ditetapkan dalam kurikulum. Pembelajaran dengan menggunakan media internet atau dengan distance learning perlu juga adanya interaksi antara guru dengan murid . Dalam proses pembelajaran, bersemuka atau konvensional masih merupakan proses pembelajaran utama yang dilakukan di sekolah. Dengan adanya inovasi pembelajaran, seperti konsep Blended Learning, murid dan guru tidak lagi merasakan keterbatasan dalam mendapatkan informasi seperti yang mereka rasakan pada zaman dulu kerana hal tersebut dapat diatasi dengan penggunaan teknologi. Pada dasarnya Blended Learning menekankan penggunaan Internet. Seperti pendapat Rosenberg (2001) menekankan bahawa Blended Learning merujuk pada penggunaan teknologi Internet untuk mengirimkan serangkaian solusi yang dapat meningkatkan pengetahuan dan keterampilan. Teknologi dan media lain pun dapat digunakan pada pembelajaran ini. Oleh itu sistem pembelajaran gabungan (Blended Learning) menjadi lebih dominan.
  • 2.0 Konsep Strategi Pembelajaran Gabungan ( Blended Learning ) Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Blended Learning (BL) berasal dari perkataan bahasa Inggeris iaitu gabungan strategi pembelajaran . Blended Learning merupakan strategi belajar yang digunakan untuk menyempurnakan sistem belajar e-Learning ( proses dua arah) khasnya dalam pengajaran dan pembelajaran ( PdP ) Bahasa Melayu. Pendekatan dalam pembelajaran ini ialah memanfaatkan pelbagai media dan teknologi terutamanya penggunaan internet. Gabungan bermaksud cara penyampaian model pengajaran gaya pembelajaran media teknologi. Guru, ibu bapa dan murid memainkan peranan yang sama penting dalam strategi ini. Dalam dunia pendidikan hari ini, keunggulan diri, cerdas dan kreatif adalah menjadi fokus kepada murid .Kombinasi gaya pembelajaran antara moden dan tradisional ( internet dan bersemuka ) digabungkan dalam pembelajaran Blended Learning ini. Kepentingan strategi pembelajaran gabungan ini adalah untuk mencapai tujuan pengajaran terutamanya dalam menguasai pelbagai kemahiran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Teknologi informasi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khasnya diperlukan oleh sekolah-sekolah seperti aplikasi teknologi berasaskan komputer, web dan internet yang semakin popular dan mempunyai banyak kelebihan.
  • Gambar 1: Pembelajaran menggunakan komputer Menurut Harding ( 2005 ) , Blended Learning pendekatan pembelajaran yang mengintergrasikan pembelajaran tradisional bersemuka dan pembelajaran jarak jauh yang menggunakan sumber belajar “online” dan pelbagai jenis komunikasi yang dapat digunakan oleh guru. Blended Learning sesuai digunakan bagi mengatasi kekurangan pendekatan tradisional. Blended Learning dapat meningkatkan potensi dan bakat murid. Kementerian Pelajaran menggalakkan dan menggunakan pelbagai strategi pembelajaran yang boleh di manfaatkan.Blended Learning adalah strategi pembelajaran yang lebih efektif dan sistem pembelajaran yang lebih luas . Blended Learning satu kombinasi pembelajaran gabungan yang baik dan menepati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025 yang dikeluarkan pada September 2013 telah menyatakan dalam Aspirasi Terhadap Sistem Pendidikan dan Murid di Malaysia bahawa terdapat 6 ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global. Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, oleh itu Strategi Pembelajaran Gabungan (Blended Learning) dilihat bersesuaian .
  • Aspirasi sistem pendidikan negara menekankan dalam 11 Anjakan Utama untuk Mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara . Antara yang ditekankan ialah : ● memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia. ● memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Rajah 1 :Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025 mengutarakan enamciri murid- murid berdaya saing di peringkat global . KEMAHIRAN KEPIMPINAN ETIKA DAN KEROHANIAN KEMAHIRAN BERFIKIR IDENTITI NASIONALPENGETAHUAN KEMAHIRAN DWIBAHASA Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025
  • 3.0 Ciri-Ciri Pengajaran Blended Learning  Sewaktu PdP guru bersemuka dengan murid dengan menggunakan bahan bahan yang tersedia di internet.  Model Pengajaran dan Pembelajaran Blended Learning memerlukan guru mengakses internet, mengintergrasi teknologi komputer. Contohnya memuat turun video dan simulasikan di dalam kelas sewaktu PdP.  Murid mencari bahan-bahan di internet dan membentangnya di dalam kelas.  Guru memperluaskan BBM ( media dan bahan –bahan yang boleh di akses di internet).  Guru mengoptimakan penggunaan email ( email kumpulan ) sebagai wahana perbincangan dengan murid bagi tujuan mengumpulkan pelbagai bahan. Guru boleh menggabungkan pembelajaran bersemuka dengan meningkatkan penggunaan e-Learning sebagai strategi pembelajaran gabungan. Penggabungan strategi pembelajaran ini akan dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan juga akan menarik minat murid untuk belajar. 4.0 Kelebihan Strategi Pembelajaran Gabungan ( Blended Learning ) 4.1 Manfaat Blended Learning  Proses belajar mengajar tidak hanya tatap muka tetapi menambah waktu pembelajaran dengan memanfaatkan teknologi dunia maya.  Mempermudah dan mempercepat proses komunikasi non-stop antara guru dan murid.
  •  Meningkatkan Kemahiran ICT pelajar dan guru.  Membantu mempercepatkan proses pengajaran.  Murid dapat belajar dengan lebih efektif dan menyeronokkan.  Pembelajaran secara kendiri (individu) lebih berkesan. Rajah 2 : Manfaat Blended Learning Strategi Pembelajaran Gabungan (Blended Learning) juga membantu murid untuk berkembang lebih baik di dalam proses belajar, sesuai dengan gaya belajar dan preferensi dalam belajar. Tambahan, guru dan murid boleh menyediakan peluang yang praktis dan realiti untuk pembelajaran secara mandiri, bermanfaat, dan terus berkembang. Manfaat Blended Learning memanfaatkan teknologi maya proses komunikasi lebih cepat dan mudah Murid dan guru bersama- sama belajar murid belajar dengan lebih efektif proses pengajaran lebih cepat pembelajaran kendiri
  • Selain itu, Strategi Pembelajaran Gabungan ini dapat meningkatkan penjadualan bagi guru dan murid, dengan menggabungkan aspek terbaik daripada belajar secara bersemuka. Kelas secara online memberikan murid meneroka pelbagai bentuk multimedia yang kaya akan pengetahuan pada setiap saat, dan di mana saja selama murid memiliki akses internet. Ini menjadikan kelebihan pembelajaran secara Blended Learning saling melengkapi, lebih efektif dan efisien.Dengan adanya Blended Learning maka peserta belajar semakin mudah dalam mengakses maklumat pembelajaran. Gambar 2: Pembelajaran secara bersemuka masih releven dan penting
  • 5.0 Kekurangan Strategi Pembelajaran Gabungan ( Blended Learning ) Bagi menggunakan Strategi Pembelajaran Gabungan, guru dan murid memerlukan kemudahan prasarana yang lengkap dan menyeluruh. Namun pembelajaran akan terganggu kerana prasana yang terhad dan tidak menyeluruh kerana kawasan pendalaman tidak mempunyai komputer yang baik dan tidak mampu menampung jumlah murid yang berada di sekolah. Selain itu, ketidakseragaman liputan jaringan internet yang kurang akan menyulitkan guru dan murid untuk memuat turunkan bahan yang dikehendaki. Padahal dalam Blended Learning diperlukan akses internet yang meluas, apabila jaringan kurang,akan menyulitkan guru dan murid dalam mengikuti pembelajaran kendiri via online. Guru perlu memiliki akses terhadap jaringan internet yang cukup besar dan cepat sehingga memudahkan kerja. Penyediaan sarana dan prasarana yang memadai juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Guru perlu meningkatkan kemampuannya dalam bidang TMK dengan cara membaca dan berlatih secara kendiri mahupun melalui latihan formal. Sekolah perlu memberi perhatian akan hal ini sebagai salah satu perkembangan professional guru. Pada masa kini, pengetahuan masyarakat terhadap penggunaan teknologi tidak sepenuhnya . Oleh itu, penggunaan Blended Learningakan menghadapi kesukaran dalam menarik perhatian masyarakat yang kurang berminat dan prihatin dalam mengakses internet. Justeru itu ,terdapat sebilangan murid yang tidak mempunyai penegtahuan ICT.
  • Rajah 3 : Kekurangan Blended Learning 6.0 Rumusan Strategi Pembelajaran Gabungan Menurut Harding, Kaczynski dan Wood, 2005, Blended Learning merupakan pendekatan pembelajaran yang mengintegrasikan pembelajaran tradisonal bersemuka dan pembelajaran jarak jauh yang menggunakan sumber belajar online. Pelaksanaan pendekatan ini memungkinkan penggunaan sumber belajar online, terutama yang menggunakan laman web, dengan tanpa meninggalkan kegiatan bersemuka.Dengan pelaksanaan Blended Learning ini, pembelajaran berlangsung lebih bermakna kerana pelbagai sumber belajar yang mungkin diperoleh. Jadi Blended Learning dapatdiertikan sebagai proses Kekurangan Blended Learning Prasana yang terhad dan tidak menyeluruh Liputan jaringan internet yang kurang dan tidak menyeluruh Bilangan komputer yang kurang dibandingkan jumlah murid Guru kurang kemahiran ICT Murid kurang pengetahuan ICT
  • pembelajaran yang memanfaatkan berbagai macam pendekatan. Pendekatan yang dilakukan dapat memanfaatkan berbagai macam media dan teknologi. Menurut Jared M. Carmen, seorang Preseident Aglint Learning menyebutkan lima kunci dalam mengembangkan Blended Learning. Adapun ke-5 kunci tersebut iaitu: a) Live Event Pembelajaran langsung atau bersemuka (instructor-led instruction) secara sinkronous dalam waktu dan tempat yang sama (classroom) ataupun waktu sama tapi tempat berbeza (seperti virtual classroom). Bagi beberapa orang tertentu, pola pembelajaran langsung seperti ini masih menjadi pola utama. b) Self-Paced Learning Mengkombinasikan pembelajaran konvensional dengan pembelajaran kendiri (self-paced learning) yang memungkinkan murid belajar belajar bila-bila masa, di mana saja dengan menggunakan berbagai bahan belajar yang dirancang khusus untuk belajar secara individu baik yang bersifat text-based maupun multimedia- based (video, animasi, simulasi, gambar, audio, atau kombinasi dari kesemuanya). Bahan belajar tersebut, dapat dikirim secara “online” (via web mahupun via mobile dalam bentuk: streaming audio, streaming video, e-book, dll) dan juga “offline” (dalam bentuk CD, cetak, dll). d) Collaboration Mengkombinasikan kolaborasi, baik kolaborasi guru, mahupun kolaborasi antara murid.Dengan demikian, perancang Blended Learning harus mencipta bentuk- bentuk kolaborasi, melalui tool-tool komunikasi yang memungkinkan seperti chatroom, forum diskusi, email, website / weblog dan mobile phone. Tentu saja
  • pembelajaran secara kolaborasi ditekankan untuk pengetahuan dan keterampilan melalui proses sosial atau interaksi sosial dengan orang lain. e) Assessment Dalam proses pembelajaran , cara untuk mengukur keberhasilan belajar (teknik assessment) adalah perlu dan penting. Dalam Blended Learning, Guru harus mampu mencipta kombinasi jenis assessment baik yang bersifat teks atau bersifat authentic assessment / portfolio) dalam bentuk projek, produk. Sehingga memberikan kemudahan dan fleksibiliti peserta belajar mengikuti atau melakukan assessment tersebut. f) Performance Support Materials Jika kita ingin mengkombinasikan antara pembelajaran bersemuka dalam kelas ataupun online, guru perlu memastikan pastikan sumber atau bahan pembejaran tersebut sama ada siap atau tidak, ada atau tidak. Bahan pembelajaran disiapkan dalam bentuk digital, apakah bahan belajar tersebut dapat diakses oleh peserta belajar baik secara offline (dalam bentuk CD, MP3, DVD, dll) maupun secara online (via website rasmi tertentu). Atau,jika pembelajaran online dibantu dengan suatu Learning / Content Management System (LCMS), pastikan juga bahawa aplikasi sistem ini telah diprogramkan dengan baik, mudah diakses, dan lain sebagainya. Kesimpulannya, Blended Learning adalah pembelajaran yang mengkombinasikan antara bersemuka (pembelajaran secara konvensional, di mana antara guru dan murid saling berinteraksi secara langsung, masing-masing dapat bertukar informasi mengenai bahan-bahan pengajaran), belajar secara kendiri (belajar dengan berbagai modul yang telah disediakan) serta belajar
  • sendiri secara online. Secara keseluruhannya dapat dikatakan bahawa strategi pembelajaran Blended Learning perlu dipalikasikan oleh semua guru Bahasa Melayu untuk meningkatkan lagi penyampaian ilmu dan pembelajaran Bahasa Melayu khasnya secara lebih efektif. Keperluan ini selaras dengan tuntutan cabaran pembelajaran abad ke 21. . Gambar 3 : Kepentingan Komputer Dalam Pembelajaran Gabungan
  • BAB II (Tugasan Kedua) 1.0 PERSEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 1.1 TUJUAN PERSEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dibuat adalah merupakan kerangka kerja yang dibina oleh seseorang guru sebagai perancangan pengajaran mereka pada satu-satu hari.Seselum seseorang guru merancang RPH ini, mereka perlulah membuat penkajian dan pentafsiran sukatan pelajaran secara mendalam terlebih dahulu. Guru hendaklah memilih kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam sukatan atau starand pelajaran dan juga isi pelajaran yang sesuai untuk pelajar. RPH yang dibina mestilah menetukan strategi, bahan bantu belajar dan penilian di akhir pelajaran. RPH yang dibina mengamdungi tiga fasa perlaksanaannya.Peringkat pertama adalah perancangan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran, peringkat pelaksanaan dan peringkat penilian.Peringkat perancangan dibut sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang mana seorang guru perlu mengenal pasti isi kandungan yang bersesuaian dengan tahap kognitif pelajar. Guru perlu memahami objektif yang ingin dicapai pada hari tersebut. Pada peringkat perlaksanaan ini, guru perlu melaksanakan segela perancangan yang dibuat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.Semasa pelaksanaan RPH ini, perkara utama yang perlu adalah memastikan bahawa setiap perancangan dilaksanakan secara sistematik dan teratur. Berpandukan RPH ini guru akan mengajar mengikut panduan yang telah direncanakan dan mengharapkan murid dapat menerima pelajaran pada hari tersebut.
  • Peringkat yang terakhir adalah penilian. Seorang guru perlu menilai pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut sama ada berjaya atau gagal. Sekiranya gagal guru terpaksa mengubahsuai RPH. Dengan adanya RPH ini meningkatkan keyakinan guru dalam proses melancarkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. 1.2 KEPENTINGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1) Meningkatkan keyakinan dalam diri guru sebelum masuk mengajar ke kelas. 2) Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran : objektif, pengetahuan sedia ada, alat dan bahan bantu mengajar, isi pelajaran, strategi dan kaedah penyampaian yang berkesan, aktiviti guru dan murid, penilaian, penutup, pengukuhan dan sebagainya. 3) Merancang satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki. 4) Mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran. 5) Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang tersusun dan bersistematik. 6) Menyediakan dan mengembangkan aktiviti pengajaran yang lebih menarik dan tersusun dengan mengaitkan isi pelajaran dengan isu semasa deangan jelas. 7) Menilai secara objektif kemampuan mereka untuk merancang dan menulis sesuatu aktiviti pengajaran dengan berkesan, seterusnya mengatasi sebarang kelemahan
  • 2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU Tarikh : 25 September 2013 Kelas : 3 Perwira Masa : 10.10 pagi -11.10 pagi Subjek : Bahasa Melayu Tema : Kesihatan dan Kebersihan Tajuk : Badan Sihat Fikiran Cerdas Standart Pembelajaran : 2.5.2 - Membaca , memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dan bahan bukangrafik dengan betul. 3.2.6 Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk secara mekanis dengan betul dan kemas. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 1. Membaca ,memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik. 2. Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul berdasarkan perkataan yang dipetik dalam bahan grafik. EMK : Nilai Murni – Kreativiti dan inovasi Ilmu – Sivik dan Kewarganegaraan TMK – Belajar melalui TMK Sistem bahasa : Kata Dasar, Pengimbuhan BBB : Komputer, Bahan Grafik, Lembaran Kerja Penilaian P dan P : Murid mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan serta menulis ayat tunggal dan majmuk dengan betul.
  • LANGKAH PENGAJARAN LANGKAH / MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN CATATAN SET INDUKSI ( 5 Minit ) Pengetahuan Sedia Ada Bersoal Jawab - Murid menjawab soalan yang diaju oleh guru tentang kebersihan dan kesihatan - Murid menyatakan pengetahuan mereka tentang cara menjaga kebersihan di rumah. - Murid menerangkan kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan. Contoh soalan : 1) Apakah maksud otak sihat badan cergas ? 2) Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan ? 3) Bagaimanakah kita menjaga kebersihan di rumah ? Nilai Murni: - Menjaga Kebersihan KBT : KB - Menjana Idea - Intrapersonal LANGKAH SATU ( 15 minit ) Menaakul maklumat yang terdapat dalam cerita Menonton Video - Murid menonton video yang berkaitan dengan tajuk di layar putih. - Murid menonton video dengan gembira sambil mencatat maklumat yang terdapat dalam cerita. - Murid menyatakan isi-isi penting yang terdapat dalam cerita. - Murid menerangkan beberapa nilai murni yang terdapat dalam cerita. Nilai Murni: - Hormat- menghormati KBT : KB-mengumpul dan mengelaskan BCB-mendengar dengan berkesan EMK: -kreatif TMK –belajar melalui TMK LANGKAH KEDUA ( 15 minit ) Membaca petikan secara mekanis Mengimplak beberapa perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan - Guru meminta guru melihat petikan teks yang dipaparkan di layar video. - Murid dikehendaki membaca petikan secara senyap. - Guru meminta seorang murid untuk memimpin bacaan di hadapan kelas. - Murid membaca petikan secara kuat Sistem Bahasa: - Kata dasar Nilai Murni: - Kerjasama KBT :
  • Menyatakan kata dasar berdasarkan perkataan berimbuhan yang diperolehi dalam petikan dengan dipimpin oleh rakan mereka. - Guru membetulkan kesalahan sebutan secara terus sekiranya terdapat sebarang kesalahan sebutan. - Murid memetik perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan yang dibaca dan menyebutnya secara kuat. - Murid menyatakan kata dasar bagi perkataan berimbuhan yang diperolehi dalam petikan. Contoh : Kata berimbuhan - membersih Kata dasar - bersih KB-mengumpul dan mengelaskan BCB- bacaan intensif EMK: -kreativiti dan Inovasi -TMK - belajar melalui TMK LANGKAH KETIGA ( 20 minit ) Aplikasi Idea Membina Ayat Majmuk berdasarkan perkataan yang diperolehi dalam petikan - Guru menulis perkataan berimbuhan di papan tulis. - Murid menyebut perkataan tersebut dengan kuat. - Guru meminta beberapa orang murid untuk membina ayat secara spontan berdasarkan perkataan yang ditulis. - Guru membetulkan kesalahan ayat yang dibina oleh murid secara terus. - murid mendapat idea untuk membina ayat majmuk berdasarkan ayat spontan yang dibina oleh rakan mereka. - Murid membina ayat majmuk di dalam helaian latihan yang dibekal oleh guru. Sistem Bahasa: -Ayat Majmuk Nilai : - Rajin berusaha KBT : KB-menjana idea EMK: -kreativiti dan inovasi -TMK –belajar melalui TMK PENUTUP ( 5 minit ) Rumusan Isi Pelajaran Menonton Tayangan Video - Guru dan murid berbincang tentang pelajaran yang dipelajari pada hari ini. - Guru akan menerapkan nilai-nilai murni dari pelajaran yang dipelajari. - Murid menonton tayangan video Nilai Murni : -Menjaga Kebersihan - Menghormati rakan - kasih-sayang
  • BAB III (Tugasan Ketiga) 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN 1.1 Kekuatan Pada keseluruhannya, pencapaian objektif pada hari ini sekurang- kurangnya 90% murid telah menguasai pelajaran yang diajar berdasarkan kepada pembelajaran gabungan ( Blended Learning ). Kekuatan yang dapat saya kenal pasti dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah kelantangan suara ketika saya memberi arahan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kelantangan suara ini telah memudahkan murid untuk memahami arahan dengan jelas dan dapat melakukan setiap aktiviti yang telah dirancang. Set induksi yang telah saya buat adalah aktiviti menonton tayangan video telah menarik minat murid untuk mengikuti aktiviti pembelajaran. Penglibatan semua murid dalam aktiviti berkumpulan juga aktif. Kelas pada hari ini juga dapat dikawal dan tidak wujud gangguan-gangguan dari dalam atau luar bilik darjah. Oleh yang demikian, saya telah menwujudkan kumpulan untuk memudahkan murid menjalankan aktiviti. Set induksi yang telah saya buat telah menarik minat murid dan murid telah dapat mengetahui tajuk yang akan dipelajari. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran murid dapat memberi tumpuan dan dapat menjawab soalan yang telah diberikan.Dengan ini, saya amat berpuas hati dengan pengurusan yang telah dibuat bagi melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Soalan yang disediakan adalah berpandukan kepada petikan yang telah disediakan.
  • Bilangan murid yang telah dijalankan sesi pengajaran dan pembelajaran seramai 30 orang manakala tiga orang murid tidak hadir.Kesemua murid yang hadir iaitu seramai 30 orang dapat menguasai pembelajaran pada hari ini.Keadaan kelas pada hari ini berada dalam keadaan yang baik telah melancarkan pembelajaran yang berlangsung. 1.2 Kelemahan Terdapat juga kelemahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Kelemahan yang dapat dilihat adalah dalam pengurusan masa. Pengurusan masa yang tidak cekap menyebabkan terdapat kepincangan semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Masa satu jam yang telah diperuntukkan tidak mencukupi untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. 1.3 Cara Mengatasi Penambahbaikan perlu dilakukan bagi mengatasi kelemahan ini agar ianya tidak akan berulang pada masa hadapan. Pengurusan yang penting adalah dari segi masa.Pengurusan masa yang baik membolehkan pembelajaran gabungan dapat dijalankan dengan sepenuhnya.Pada masa hadapan aktiviti yang dirancang perlulahbersesuaian dengan murid Tahun 3 bagi membolehkan aktiviti pengayaan dan aktiviti pemulihan dapat dilaksanakan.
  • 2.0 RUJUKAN Abdul Ghafar Md Din. (2003). Prinsip dan Amalan pengajaran. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abd.Rahim Selamat dan Ismail Hj. Adnan.(1990). Pusat Sumber Pendidikan dan Negeri, Sekolah dan Daerah. Kuala Lumpur. Nurin Enterprise. Amstrong T. (1994). Multiple Intelligences in the classroom.ASCD, Alexandria, Virginia, USA.Association for supervision and Curriculum Development. Ee Ah Ming. (1991). Pedagogi: satu Pendekatan Bersepadu. Petaling Jaya. Penerbitan Fajar Bakti. Sdn. Bhd. Eng. A. J. (2007). Pengurusan Disiplin Murid. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing. Sdn. Bhd. Hajah Noresah bt. Baharom(Ketua Editor). (2007). Kamus Dewan, Edisi Keempat : Dewan Bahasa dan Pustaka : Percetakan Dawana Sdn. Bhd. Husin Fateh Din,Nazariyah Sani,Mastura Mohd Berawi,Siti Hajar Idrus.(2011). Literasi Bahasa Melayu.Puchong:Penerbitan Multimedia. Mok Soon Sang. (1997). Pedagogi Dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan Dan Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
  • Muhammad Khairi Mohamed Nor, Norsyazwani Zulkifli .(2012).Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer .Puchong,Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Pusat perkembangan Kurikulum.(1997). Konsep dan Pelaksanaan Pembelajaran Masteri Dalam KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur. Percetakan Naz. Sdn. Bhd. Chaeruman,Uwes A. 5 Kunci Meramu Blended Learning secara Efektif. Penilaian Tahap Kecakapan PTK, Bahagian II Kompetensi Khusus .Fungsi). (2004). Pataling Jaya : Penerbit Femina Ragbir Kaur Joginder.(2010). Panduan Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah).Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Rujukan Internet http://www.teknologipendidikan.net/?p=499 http://www.muhammadnoer.com/2010/07/blended-learning-mengubah- http://matematikablendedlearning.blogspot.com/2010/11/strategi- http://en.wikipedia.org/wiki/Blended_learning
  • Bab IV ( Lampiran ) 1.0 “Slaid Powerpoint”