PENDIDIKAN AKHLAK ISLAM DAPAT MENYELESAIKANKEMELUT GEJALA SOSIAL DALAM KONTEKSMASYARAKAT MASAKINIABSTRAKPendidikan akhlak ...
padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawamasalah.Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maks...
• InternetTeknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbangkepada pemaparan gejala-gejala negatif selain pera...
mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidaksihat.• Cara BerpakaianJika kita perhatikan pakaian s...
baik), dengan itu mereka tidak diganggu, dan ingatlah Allah amatpengampun lagi amat mengasihani". Al-Ahzab : Ayat 59.• Dun...
Sekiranya masa lapang golongan belia terbatas, mereka akan rasakurang berminat pada kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah...
• Kes tiga remaja melayu yang beragama Islam ditangkapkerana membuat persembahan tarian tiang di Nilai padaMac 2012 yang l...
ditatapi oleh segenap lapisan umur pastinya bakal mempengaruhi corakpemikiran pembacanya.PUNCA-PUNCA GEJALA SOSIALPunca-pu...
yang masih berpegang teguh pada budaya ketimuran ia merupakan satuperkara yang keterlaluan dan perlu dielakkan.Globalisasi...
IMPLIKASI KESAN – KESAN GEJALA SOSIALBudaya modenasasi ini telah mempengaruhi keolahan dan tingkahlaku, cara berfikir term...
• Kesan ke Atas IndividuAkhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu oleh itu,akhlak sangat penting dalam kehid...
Akhlak yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusikekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Benarlah kata-kata ...
akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan. Budaya kuningdan pengaruh barat mudah meresap dan menjadi ikutan para re...
• Keharmonian dalam masyarakat tidak akan wujud.• Kesan Ke Atas NegaraTidak dapat dinafikan juga keruntuhan akhlak akan me...
seandainya generasi pada hari ini tidak tahu menjaga akhlakmereka;• Kiranya akhlak remaja pada hari ini terutamanya akhlak...
keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu menjadikan kamu kuat.Setelah itu menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban....
lingkungan dan alam sekitarnya. Anak-anak yang tidak memperolehiperhatian serta kasih sayang ibu dalam tahap ini perkemban...
mengarahkan kanak-kanak dengan bijak agar mereka memperolehikemahiran-kemahiran mengatur dan menyusun sesuatu sehinggakana...
Dalam peringkat ini kanak-kanak mula memperluaskan arenahubungan social dan pergaulannya dengan orang lain yang sekampunga...
kanak-kanak mula berkembang dan membesar. Perkembangan inidiikuti oleh perkembangan sosioemosinya di mana anak tersebut mu...
Kalau mereka jahat kalian buat jahat. Akan tetapi mantapkanlah pendiriankalian. Jika orang lain kalian wajar berbuat baik....
faktor yang paling penting dalam menangani masalah keruntuhanakhlak.Kita jangan mudah menuding jari ke arah sesiapa dengan...
Disamping itu ibu bapa tidak digalakkan terlalu mendedahkan anak-anak mereka dengan hiburan yang berlebihan.Ibu bapa merup...
terpengaruh.2.2.) Sekolah dan GuruPeranan institusi pendidikan juga perlu memainkan peranan penting. Disekolah para pengaj...
Pihak media massa dan media elektronik perlu menyebarkan maklumat-maklumat yang berguna dalam membantu membentuk minda ana...
dan berdaya maju. Memang boleh dikatakan sistem yang dijalankanbaik dan berguna buat pelajar dan remaja, namun begitu, ia ...
Jesteru itu, pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan yangsangat penting. Pihak jabatan agama Islam bagi setiap negeri ...
gejala sosial kerana merekalah yang merupakan saudara yang terdekatbagi anak-anak mereka. Ibu bapa sendiri perlu memainkan...
gejala sosial. Kerajaan turut boleh melancarkan kempen kesedarantentang gejala sosial di seluruh negara agar para remaja m...
gejala sosial dan menerajui negara kita ke arah Wawasan 2020.
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dalam konteks masyarakat masakini dokumen

4,012
-1

Published on

pendidikan akhlak islam

Published in: Education
0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
4,012
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
149
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dalam konteks masyarakat masakini dokumen

  1. 1. PENDIDIKAN AKHLAK ISLAM DAPAT MENYELESAIKANKEMELUT GEJALA SOSIAL DALAM KONTEKSMASYARAKAT MASAKINIABSTRAKPendidikan akhlak Islam merupakan wadah penting untuk merungkaipermasalahan gejala sosial dan melahirkan manusia yang berakhlakmulia. Penekanan ini bertujuan untuk membangun dan melahirkaninsan secara bersepadu dan seimbang demi merelisasikan fungsikemanusiaan sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini.Artikel ini membincangkan beberapa langkah berkaitan denganpemantapan komponen akhlak Islam dalam era globalisasi yang kianmencabar ini.DEFINISI GEJALA SOSIALSecara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuannegatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dankeuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yangdiamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Gejalabermaksud : tanda-tanda (akan terjadi sesuatu), alamat atau petanda.Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang
  2. 2. padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawamasalah.Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yangbukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal(istilah perubatan). Sosial ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yangberkaitan masyarakat dan kemasyarakatan. Gejala sosial ialah tanda-tanda, alamat atau petanda tentang segala yang berkaitan denganmasyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan atau hal yangberkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang.BENTUK – BENTUK GEJALA SOSIAL• Media MassaPengaruh modenisasi dan globalisasi ini lebih terasa dan ketara denganbantuan pelbagai alat media massa yang serba canggih. Media massamerupakan sumber maklumat yang cukup berkesan dalam penyebaranberbagai informasi. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, golonganbelia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak semuamaklumat-maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur. Inimenjadi masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru danmengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegannegatif dari filem barat menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingincuba sendiri mengikut apa yang ditonton.
  3. 3. • InternetTeknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbangkepada pemaparan gejala-gejala negatif selain peranannya yang begitupenting bagi kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Melalui internetumpamanya, masyarakat yang berfikiran kurang sihat denganmudahnya boleh akses kepada maklumat-maklumat yang bolehmenjurus ke arah pemikiran negatif.• Institusi KekeluargaanInstitusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejalasosial. Ibu bapa seharusnya menerap dan mendidik anak-anak merekadari kecil. Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadappendidikan agama anak-anak mereka, ini akan menjadi satu faktorpunca gejala sosial. Dan lagi, dengan bertambahnya komitmen ibu bapaterhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad.Ini akan membuat anak - anak kurang mendapat kasih sayang dantidak mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisikegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yangbermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut
  4. 4. mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidaksihat.• Cara BerpakaianJika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda masakinicukup memalukan. Cara berpakaian mereka bertentangan dengan carapakaian budaya melayu sekaligus bertentangan dengan cara pemakaianyang digariskan oleh agama Islam. Mereka begitu ghairah untukmengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takutdan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno, danberfikiran sempit. Sayangnya, tidak semua dapat menerima pendapatbahawa mereka ada memainkan peranan dalam melonjaknya jumlahkes rogol dan seks bebas. Kita tidak dilarang berfesyen, akan tetapiberpadalah dengan aturan dan garis panduan syarak dan budaya yangtelah ditetapkan.Firman Allah s.w.t:"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmuserta perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka melabuhkanpakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), caraitu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-
  5. 5. baik), dengan itu mereka tidak diganggu, dan ingatlah Allah amatpengampun lagi amat mengasihani". Al-Ahzab : Ayat 59.• Dunia Cinta RemajaDi zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yangbukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukanmasyarakat yang lebih maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintahAllah s.w.t. Memang lumrah, perasaan ingin berpasangan semakinmemuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi sekiranya perasaan initidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan gejala - gejala sosialseperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya.Bercinta tidak pernah dianggap salah malahan orang yang tidakpercaya akan cinta kepada insan lain dan pencipta-Nya merupakangolongan manusia yang rugi. Islam sendiri menggalakkan umatnyasaling kenal mengenali antara satu sama lain tanpa mengira jantina,bangsa dan agama. Mungkin ada cara untuk menangani masalahpercintaan. Remaja diingatkan supaya berkawan atau bercinta dengancara yang telah digariskan oleh Islam yang diantaranya adalahmengelakkan pergaulan tanpa batas, berdua-duaan di tempat sunyi dansebagainya.• Terlalu Banyak Masa Lapang
  6. 6. Sekiranya masa lapang golongan belia terbatas, mereka akan rasakurang berminat pada kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah.Pengisian masa lapang yang kurang terarah, akan mendesak remajauntuk melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti perbuatannegatif.KES-KES KEROSAKAN AKHLAK DALAM MASYARAKATGejala sosial seringkali dikaitkan dengan masalah kebejatan sosial dankecelaruan tatacara hidup masyarakat. Dewasa ini, kes zina, buangbayi, hubungan sesama jenis (gay/lesbian), pelacuran, rempit, buli,video lucah, gangsterism, dadah, hidu gam, pengkid, punk, skinhead,black metal dan seumpamanya semakin menjadi-jadi menyerlahkanbetapa keruntuhan akhlak dalam sistem masyarakat Malaysia adalahditahap meruncing. Kerosakan akhlak tidak hanya berlaku di kalanganremaja, bahkan ianya melanda semua generasi masyarakat daripelajaran sekolah rendah hingga mereka yang menjangkau usia emas,juga dari rakyat biasa hingga membawa kepada pemimpin negara.Beberapa contoh mengenai gejala sosial masyarakat dipaparkanuntuk dijadikan sebagai rujukan bagi memahami realiti yang di hadapikini;
  7. 7. • Kes tiga remaja melayu yang beragama Islam ditangkapkerana membuat persembahan tarian tiang di Nilai padaMac 2012 yang lalu merakamkan betapa soal halal danharam tidak diambil kira dalam mencari rezeki. Ketiga-tigaremaja ini, Faiqah Azizan, Nurul Huda Abdul Rahman danNooranishah Mohamad Isa kemudiannya dibicarakan dandidenda sebanyak RM 25 oleh Mahkamah MajistretSeremban.;• Seorang pelajar tajaan Petronas, Ariff Alfian Rosli berasaldari Wangsa Maju yang menuntut dalam bidang perubatandi Dublin Ireland berkahwin dengan pasangannya sesamajenis. Sebelum itu dia dilaporkan tidak dapat dihubungikeluarganya selama 3 tahun. Ini menambahkan lagi parahumat akhir zaman yang telah tergelincir dari panduansyariat Islam.Malang sekali kes-kes yang berbaur seks dan lucah menjadi beritahangat yang dipaparkan oleh akhbar (Harian Metro, Kosmo dan UtusanMalaysia) dengan begitu terperinci juga menyumbang kepada satubentuk pemikiran yang rosak di kalangan masyarakat Malaysia.Walaupun ianya dikatakan sebagai paparan berita, tetapi melaporkandengan terperinci berserta gambar yang tidak senonoh yang boleh
  8. 8. ditatapi oleh segenap lapisan umur pastinya bakal mempengaruhi corakpemikiran pembacanya.PUNCA-PUNCA GEJALA SOSIALPunca-punca utama yang mendatangkan gejala sosial adalahglobalisasi dan modenasasi. Perubahan-perubahan pantas tahapnasional berlaku kerana perubahan pada arus global yang digelarglobalisasi. Globalisasi tidak saja ditandai dengan dominasi ekonomitetapi ia merentasi ke arah budaya dan pemikiran. Pembudayaan kota(city culture) menuruti landasan Barat berlaku dengan lebih pantas danagresif dengan adanya teknologi maklumat dan multimedia sebagaikenderaan yang amat berkesan untuk melakukan agenda globalisasi.Lazimnya, kita sebagai manusia mempunyai sifat ingin tahuterhadap perkara baru dan trendy, yakni bukan dari budaya ketimuran.Tidak mustahil kita akan jatuh terpengaruh dan mengikut arah alirankebaratan, terutama sekali golongan belia. Contohnya sepertimewarnakan rambut, memakai anting-anting atau tattoo bahkansampai kepada hal-hal yang sangat teruk seperti pengambilan minumankeras dan pergaulan bebas yang boleh menjurus kepada masalah-masalah gejala sosial yang lebih serius. Mungkin sesetengah orangmenganggap ini merupakan satu fenomena yang biasa namun di negara
  9. 9. yang masih berpegang teguh pada budaya ketimuran ia merupakan satuperkara yang keterlaluan dan perlu dielakkan.Globalisasi bergerak seiringan dengan modenasasi. Dalam duniaserba moden ini, masyarakat mementingkan prestij dan kemewahanoleh sebab itu mereka menjadi semakin individualistik dan materialistik.Bukan saja berpaling daripada budaya kita sebagai orang Melayu tetapijuga daripada tuntutan agama Islam. Ukhuwah atau persaudaraanadalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam memandangkan ianyaakan dapat mengukuhkan perpaduan sesama manusia, khususnyasesama muslim.Firman Allah s.w.t.: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telahmenciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikankamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan.Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang palingtakwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi MahaMendalam Pengetahuan-Nya.” Surah Al Hujuraat : Ayat 13Semua orang mukmin adalah bersaudara, dan oleh yangdemikian, ishlah (atau perhubungan baik) perlukan diwujudkan.Sekiranya terjadi ketidaksefahaman antara dua kelompok orang Islam,maka al-Quran telah memberikan contoh penyebab yang menyebabkankeretakan hubungan, sekaligus melarang setiap muslim darimelakukannya.
  10. 10. IMPLIKASI KESAN – KESAN GEJALA SOSIALBudaya modenasasi ini telah mempengaruhi keolahan dan tingkahlaku, cara berfikir termasuk penghayatan terhadap ajaranagama. Pergaulan bebas, tidak menghiraukan batas-batas ajaranagama, tatasusila dan nilai-nilai murni ketimuran. Begitu juga dari segipakaian. Gaya hidup moden juga menjadikan sebilangan masyarakatbersikap individualistik, mengabaikan sikap kekeluargaan, kejiranandan bermasyarakat.Gejala sosial dalam kalangan remaja masakini akanmendatangkan kesan dan impak yang begitu besar dalam masyarakat.Remaja merupakan aset utama negara pada masa akan datang, merekamemainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara.Kesan jangka masa panjang dan pendek pasti akan berlaku seandainyaremaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk danmemuliakan keperibadian mereka. Kiranya individu itu mempunyaiakhlak yang buruk, secara automatiknya peribadi individu itu juga akanmenjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk bolehmemberi kesan negatif kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dannegara.
  11. 11. • Kesan ke Atas IndividuAkhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu oleh itu,akhlak sangat penting dalam kehidupan seharian seseorang individu.Individu yang mempunyai akhlak yang baik akan dipandang mulia dantinggi, manakala individu yang sebaliknya akan dipandang serong dandicemuh oleh masyarakat sekeliling. Akhlak yang baik seharusnyadihiasi dengan iman dan ketakwaan kepada Allah. Namun begitu,kebanyakkan remaja pada masakini terutamanya remaja muslim,mempunyai akhlak yang begitu memalukan agama, bangsa dan negara.Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, perjudian, budayahomoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remajamuslim yang kebanyakkannya mereka bertuankan dan bertunjangkannafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya barat danasasnya mungkin berpunca dari kurangnya pegangan agama pada dirimereka. Tidak dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akanmemberikan kesan yang mendalam pada diri individu.• Kesan Ke Atas KeluargaKeluarga memainkan peranan yang penting kerana dari institusikekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itubermula. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan menyebabkanhilangnya kebahagian dan keharmonian dalam sesuatu masyarakat.
  12. 12. Akhlak yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusikekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Benarlah kata-kata hikmahyang menyatakan bahawa rumah itu adalah akar segala-galanya. Olehsebab itu, keruntuhan akhlak akan menyebabkan dan memberikankesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusikekeluargaan itu. Antara kesan yang akan berlaku akibat terhadapinstitusi kekeluargaan ialah:-• Akibat wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan, pastiakan wujud penceraian;• Masa depan anak-anak akan terbiar dan terpelihara. Anak-anakakan hilang tempat bergantung dan bermanja;• Wujudnya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak,ketagihan dadah, pelacuran, perjudian dan masalah-masalah yanglain.• Kesan Ke Atas MasyarakatKeruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalammasyarakat. Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapatdilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan
  13. 13. akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan. Budaya kuningdan pengaruh barat mudah meresap dan menjadi ikutan para remajahari ini, contohnya muzik keras yang membuatkan para remaja terlekadan lupa akan sekeliling. Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak-pihak yang tertentu terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihakberwajib, maka tidak hairanlah pada masa akan datang masyarakat kitaakan hancur dan keruntuhan akhlak remaja-remaja melayuterutamanya akan rosak. Oleh itu pihak-pihak atau anasir dari luarakan cuba mengambil kesempatan atas kelemahan bangsa kita sendiri.Namun begitu kesan yang paling ketara yang dapat dilihat kiranyaakhlak remaja tidak dikawal ialah:-• Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu;• Perasaan buruk dan prasangka pasti akan wujud dalammasyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertakhta di hatimasyarakat;• Wujudnya pergaduhan dalam masyarakat akan pasti berlaku. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan inimelibatkan antara dua kaum;• Kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkatyang mana disebabkan oleh kadar gejala sosial di kalangan remajasemakin meningkat;
  14. 14. • Keharmonian dalam masyarakat tidak akan wujud.• Kesan Ke Atas NegaraTidak dapat dinafikan juga keruntuhan akhlak akan memberikan kesanyang sangat besar kepada negara. Jatuh dan bangunnya sesebuahnegara dan masyarakat itu bergantung kepada akhlak remaja ataugenerasi pada masa sekarang. Semua pihak terutamanya kerajaan,badan NGO, dan juga daripada masyarakat itu sendiri harus bergandingbahu untuk menangani gejala sosial ini secara lebih konduktif. Antarakesan yang akan berlaku ialah:-• Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masahadapan;• Kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaanekonomi negara juga sukar untuk berkembang kerana wujudnyagejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalanganmasyarakat;• Kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar denganpeningkatan gejala sosial dan keruntuhan akhlak. Perbelanjaankerajaan akan juga turut meningkat akibat berlakunya dalampeningkatan dalam kadar jenayah;• Anasir-anasir luar akan mudah meresap masuk ke dalam negara
  15. 15. seandainya generasi pada hari ini tidak tahu menjaga akhlakmereka;• Kiranya akhlak remaja pada hari ini terutamanya akhlak remajaIslam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadapagama yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk.LANGKAH-LANGKAH MENANGANI PERMASALAHAN GEJALA SOSIAL• Perspektif IndividuDalam usaha untuk menangani permasalahan akhlak, perkara yangpaling utama dititik beratkan ialah peranan individu terbabit. Setiapindividu sewajarnya menghayati peranan sebagai hamba dan khalifahAllah s.w.t dengan memperkukuhkan aspek aqidah, ibadat dan akhlakdi dalam jiwa. Individu bertanggungjawab menyediakan banteng yangkukuh dalam diri dengan menghayati rukun Iman dan rukun Islam.Satu perkara yang perlu diambil berat ialah ketaqwaan yang luhurterhadap Allah s.w.t yang akan menghalangnya dari terpengaruh darisegala gejala negatif yang ada di sekeliling terutama pada zaman ledakanglobalisasi ini. Individu juga seharusnya faham akan peranannyasebagai contoh yang terbaik untuk memperlihatkan ajaran agama Islamyang sebenarnya di mata dunia terutama di kalangan bukan Islam,Allah s.w.t berfirman : “Allah yang menciptakan kamu bermula dengan
  16. 16. keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu menjadikan kamu kuat.Setelah itu menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Iamenciptakan apa yang dikehendakinya dan Dialah jua yang MahaMengetahui Lagi Maha Kuasa”. Surah Al-Rum : Ayat 54.Sumber akhlak dalam Islam tidak dapat dan tidak semestinyaberdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Ini kerana Islam itu bukanlahagama yang bersifat upacara (ritual) tetapi Islam merupakan satu carahidup yang lengkap dan sempurna. Berdasarkan kepada hadith yangbermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan hanya semata-mata untukmenyempurnakan akhlak yang mulia.” Hadith riwayat Imam Malik. Danfirman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan bahawa sesungguhnyaengkau (Muhammad) mempunyai berbudi pekerti (akhlak) yang amatmulia.” Al-Qalam : Ayat 4. Dari perspektif individu penilaianperkembangan akhlak seseorang boleh dinilai melalui tiga tahap berbezaiaitu:-1.1.) Tahap Awal Kanak-kanakDalam peringkat ini kanak-kanak mula membentuk keyakinan kepadapersekitarannya. Proses ini amat bergantung kepada belaian ibu yangberterusan di mana ibu memenuhi keperluan emosi dan fisiologinya.Hubungan ibu dan anak dalam peringkat ini perlulah dijaga dandiperkukuhkan sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan kepada
  17. 17. lingkungan dan alam sekitarnya. Anak-anak yang tidak memperolehiperhatian serta kasih sayang ibu dalam tahap ini perkembanganemosional dan fizikalnya mungkin akan terbantut. Anak tersebutkelihatan lebih kecil dari umurnya yang sebenar.Dalam peringkat 18 bulan hingga 3 tahun kanak-kanak mulaberalih daripada bersandarkan kepada ibu semata-mata. Kanak-kanakmula membentuk keperibadiannya tersendiri, di mana ia bertarunguntuk memastikan pilihannya sendiri. Dalam peringkat ini ibu wajarmemberikan penuh perhatian. Kegagalan kanak-kanak tersebut dalammerealisasikan kemandiriannya menyebabkan ia akan ragu terhadapdirinya serta kurang yakin dengan kemampuannya sekaligusmengakibatkan berkurangnya keyakinan kepada orang lain. Anak-anakakan bersifat malu dan merasa serba kekurangan.Keupayaan anak-anak untuk mandiri serta merasakan kewujudandirinya yang tersendiri cukup penting dalam peringkat ini. Dalam tahapinilah berkembangnya sifat-sifat personal seperti sayang, benci, egoserta kebebasan untuk mengungkapkan perasaan. Dalam peringkatumur 3 tahun hingga 6 tahun kanak-kanak tersebut terusmengembangkan kemandirian dengan kegiatan yang meluas; di manamereka lebih aktif bergerak, mempunyai tahap prihatin yang lebihtinggi, banyak bertanya dan bercakap. Ibu bapa dan pengasuh wajar
  18. 18. mengarahkan kanak-kanak dengan bijak agar mereka memperolehikemahiran-kemahiran mengatur dan menyusun sesuatu sehinggakanak-kanak berjaya melaksanakannya. Layanan yang kasar sertakekerasan yang berlebihan boleh menjejaskan jiwa, mental dan fizikalkanak-kanak.Ibu bapa tidak wajar menganggap kanak-kanak pada peringkat iniseperti orang tua dalam erti kata meletakkan tanggungjawab moral danakhlak terhadap perbuatan dan reaksinya kerana kanak-kanak masihbelum mampu membezakan dengan tepat dan memahami sesuatu.Mereka hendaklah dikasihi, diperlakukan secara lemah lembut dansikap toleransi. Rasulullah s.a.w sendiri pernah menunjukkan sifat-sifatyang demikian. Abu Qatabah meriwayatkan pada suatu hari Nabi keluarmenemui kami. Beliau mendokong Umamah Abu ‘Asr. Beliaubersembahyang sambil mendokong Umamah, apabila Baginda ruku’,beliau meletakkan dan apabila ia bangun ia dukung semula Umamah.Hadis ini membayangkan betapa kasihnya Rasulullah kepada cucunya.Beliau tidak memperlakukannya sebagai manusia yang mengerti segala-galanya. Beliau membenarkan anak tersebut bersamanya ketikasembahyang walhal sembahyang itu adalah ibadah yang suci dalamIslam.1.2.) Tahap Pertengahan dan akhir Kanak-kanak
  19. 19. Dalam peringkat ini kanak-kanak mula memperluaskan arenahubungan social dan pergaulannya dengan orang lain yang sekampungatau sesekolah atau juga rakan sebaya dengannya. Kanak-kanak mulamenyesuaikan diri dengan situasi dan kondisi baru dalam hidupnya. Iamula membezakan perbuatan dan jenis-jenis tindak tanduk yangdisukai oleh orang lain atau sebaliknya. Ia gembira jika orang lain puasdengan perbuatannya. Sebaliknya ia kecewa, menyesal jika orang lainmarah kepadanya. Ini adalah permulaannya yang betul bagi prosespembentukan akhlak yang luhur.Perkembangan akhlak yang positif ini menyebabkan kanak-kanakselalu berusaha untuk menyelaraskan antara kehendak dirinya dengankehendak orang lain. Antara kecenderungan dan motivasi dengan nilaiagama, akhlak, tradisi, guru, peraturan dan undang-undang. Dalamperingkat ini terteralah kesedaran tentang tanggungjawab akhlak dalamdiri kanak-kanak sehingga ia mencapai tahap keperkembangan akhlakyang seterusnya. Dalam peringkat ini ibu bapa dan guru perlu prihatinkepada kecenderungan ini dan amat perlu diarahkan secara bijaksanasehingga kanak-kanak dapat memperolehi model yang utama (rolemodel) di samping mengembangkan kearah nilai-nilai kebaikan.1.3.) Tahap Baligh dan RemajaPerkembangan akhlak pada masa ini mula berakar dan mantap. Fizikal
  20. 20. kanak-kanak mula berkembang dan membesar. Perkembangan inidiikuti oleh perkembangan sosioemosinya di mana anak tersebut mulamemperolehi keperibadiannya yang unik. Ia mula merasakan ‘sense ofbelonging’ kepada kelompok yang lebih besar. Peringkat ini adalahperingkat yang amat rumit (complicated) dan ia disertai olehpengalaman-pengalaman baru serta peranan dan peluang-peluang yangbaru. Menyerlahnya dorongan kejantinaan semakin merumitkanhubungannya dengan orang lain. Keupayaan fizikalnya semakin kukuhdan mencapah. Tanggungjawab persekolahan ikut bertambah, displinhidupnya mula terbentuk.Kanak-kanak mula berubah menjadi manusia yang berupayamengawal kehendak nalurinya. Ia mula menundukkan diri kepadacontoh utama yang telah terserap jauh dalam batinnya. Ia menjadikancontoh utama tersebut sebagai kriteria dalam tingkah laku dan situasiyang bersifat moral. Ia akan beriltizam dengan saranan-saranan dancontoh yang ditunjukkan sama ada wujud dalam bentuk undang-undang, sistem, adat dan budaya sosial atau ketiadaannya.Kesempurnaan perkembangan akhlak berkaitan dengankesempurnaan perkembangan akal, kejiwaan dan sosial. Huzaifahmeriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda : “Janganlah kalian menjadipak turut. Kalian menyatakan kalau orang lain buat baik kalian buat baik.
  21. 21. Kalau mereka jahat kalian buat jahat. Akan tetapi mantapkanlah pendiriankalian. Jika orang lain kalian wajar berbuat baik. Jika mereka melakukankejahatan janganlah pula kalian melakukan.”• Perspektif MasyarakatAkhlak mempunyai pengaruh yang besar ke atas diri individu danmasyarakat. Akhlak yang mulia dapat menyempurnakan keperluanmasyarakat manusia, iaitu kebahagiaan. Jika setiap individu muslimberakhlak mulia, maka sudah pasti masyarakat itu akan dilimpahidengan keadilan, kesejahteraan dan keamanan. Kepentingan akhlakdalam masyarakat diakui juga kepentingannya oleh masyarakat baratdan masyarakat orang bukan Islam seperti ungkapan yang telahdinyatakan oleh Wilson iaitu bekas Presiden Amerika Syarikat, beliauberkata : "... jika tamadun kita tidak diselamatkan dengan unsur moral, iatidak akan dapat bertahan dengan kebendaannya. Ia juga tidak mungkinselamat kecuali jika semangat agama menjalar pada seluruh liangromanya…hal inilah yang harus menjadi perlumbaan untuk mencapainyaoleh institusi-institusi politik kita, pada hartawan kita dan setiap individuyang takut kepada tuhan dan cintakan negara ». Bekas pemimpin Indiaiaitu Mahatma Gandhi pernah berkata : «Sesungguhnya agama danakhlak tidak boleh dipisahkan…agama menyuburkan akhlak seumpamaair yang menyuburkan tanaman». Jelasnya, faktor agama merupakan
  22. 22. faktor yang paling penting dalam menangani masalah keruntuhanakhlak.Kita jangan mudah menuding jari ke arah sesiapa denganmenyalahkan pihak-pihak tertentu sahaja dalam menangani masalahkeruntuhan akhlak yang berlaku pada hari ini. Sebaliknya, semua pihakbertanggungjawab untuk kembali kepada Islam dan mencaripenyelesaiannya kerana setiap orang akan dipersoalkan oleh Allah diAkhirat kelak sama ada mereka telah menunaikan amanah yang telahdipertanggungjawabkan kepada mereka atau pun tidak. SabdaRasulullah s.a.w bermaksud: “ Setiap daripada kamu adalah pemimpin,dan kamu bertanggungjawab terhadap sesiapa yang berada di bawahpimpinan kamu”2.1.) Peranan Ibu Bapa dan Kawan-kawanIbu bapa perlu memainkan peranan lebih dalam mengelakkan anak-anak mereka dari terlibat di dalam gejala-gejala sosial yang tidakbermoral. Sebagai ibu bapa, mereka perlu memberi tumpuan kepadaanak-anak dengan mengambil kira siapakah rakan-rakan mereka,kemana mereka pergi selepas waktu sekolah, adakah mereka benar-benar sampai di sekolah. Ibu bapa juga perlu memberikan didikanagama yang lebih kepada anak-anak mereka dari peringkat awal dalammendidik hati dan jiwa agar dipenuhi dengan akhlak yang mulia.
  23. 23. Disamping itu ibu bapa tidak digalakkan terlalu mendedahkan anak-anak mereka dengan hiburan yang berlebihan.Ibu bapa merupakan pihak yang dekat dengan anak-anak. Merekaperlu meluangkan masa untuk anak-anak. Masa yang terluang padahujung minggu boleh diisi dengan beriadah bersama keluarga. Merekalebih sibuk mencari rezeki dan nafkah sehingga melupakantanggungjawab terhadap anak-anak. Anak-anak perlukan perhatiandaripada ibu bapa. Ibu bapa perlu mengetahui pergerakan danperkembangan anak-anak. Ini bukan bermakna ibu bapa perlumengongkong, anak- anak akan lebih agresif jika ibu bapa berbuatdemikian. Suasana harmoni di dalam rumah turut membantu anak-anak agar berasa selesa dan selamat. Walaupun di dalam rumah, batas-batas aurat perlu dijaga. Hal ini kerana, bagi menghindari maksiat yangterjadi dari dalam rumah.Selain itu, peranan kawan-kawan amat penting kerana merekayang paling akrab dan memahami masalah yang dialami oleh anak-anak. Anak-anak lebih suka meluahkan masalah kepada rakan-rakansama ada masalah tentang keluarga, kewangan, mahupun perasaan.Rakan-rakan perlu memberi nasihat yang positif dan membina agartidak membuatkan anak-anak melakukan sesuatu yang tidak elok. Olehitu rakan yang memberi impak negatif perlu dihindari agar tidak mudah
  24. 24. terpengaruh.2.2.) Sekolah dan GuruPeranan institusi pendidikan juga perlu memainkan peranan penting. Disekolah para pengajar perlu peka terhadap anak murid. Kebelakanganini masalah sosial remaja berlaku di sekolah kerana kemaksiatan yangsering dilakukan di dalam kawasan sekolah. jika terdapat sebarangmasalah dan kemusykilan, pihak sekolah perlu memaklumkan kepadaibu bapa. Para pelajar perlu membatasi pergaulan antara lelaki danperempuan agar mereka tidak melakukan perkara yang tidak senonoh.Pihak sekolah dan guru adalah pihak kedua yang dapatmembentuk remaja-remaja dari peringkat awal. Pihak sekolah dan guruperlu lebih memberi perhatian kepada pelajar mereka tidak kira samadapelajar mereka seorang pelajar yang mundur ataupun yang cemerlang.Guru-guru perlu lebih peka terhadap keinginan pelajar. Janganlahdisisih pelajar yang mundur kerana mereka lebih memerlukanperhatian. Pihak guru dan sekolah juga perlu lebih mendedahkankepada pelajar perkara-perkara yang dapat membentuk sahsiah pelajardan mempraktikkan contoh yang baik kepada pelajar agar dapat diikuti.2.3.) Media Massa dan Elektronik
  25. 25. Pihak media massa dan media elektronik perlu menyebarkan maklumat-maklumat yang berguna dalam membantu membentuk minda anak-anak dan remaja terhadap perkara-perkara yang lebih baik danbukannya terlalu mendedahkan mereka dengan hiburan yangberlebihan samada dari dalam negara ataupun luar negara. Ini kerana,minda kanak-kanak dan remaja terbentuk dari peringkat awalberdasarkan apa yang dilihat, didengar, disentuh dan seumpamanya.Mereka akan mencuba sesuatu perkara yang baru. Jika perkaratersebut buruk, maka ia berkemungkinan bakal membentuk sifat yangburuk terhadap minda dan kelakuan mereka. Maka pihak media massadan media elektronik perlu lebih peka dalam menilai dan menangani isuini.2.4.) Pemimpin dan KerajaanPemimpin dan Kerajaan mempunyai pengaruh yang kuat dalammembantu membentuk rakyatnya, tidak kira peringkat umur. Dalammenangani isu gejala sosial ini, pihak pimpinan yang menerajuikerajaan perlu menjalankan satu dasar atau kaedah yang lebih baikdalam membantu membentuk rakyat yang lebih baik agar negarasentiasa berada dalam keadaan yang aman dan makmur.Sepertimana Malaysia, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)telah dilaksanakan bagi membentuk sahsiah pelajar agar lebih matang
  26. 26. dan berdaya maju. Memang boleh dikatakan sistem yang dijalankanbaik dan berguna buat pelajar dan remaja, namun begitu, ia perlu lebihmenerapkan nilai-nilai murni yang tingga serta lebih mendedahkanpenerapan ajaran agama yang lebih. Ini kerana di dalam program PLKNyang telah dan masih dijalankan, terdapat pergaulan antara lelaki danperempuan yang tidak dibendung. Perkara sebegini yang bakalmenjejaskan objektif asal program tersebut dan bakal merosakkan lagidan menambahkan lagi gejala sosial yang teruk dan bakal menjadikansesebuah bangsa seperti tidak beragama.Tanggungjawab masyarakat dan negara pula dalam menanganimasalah keruntuhan akhlak ini ialah dengan prihatin dan peka denganpersekitaran sekeliling. Anggota masyarakat sewajarnya sentiasabekerjasama serta berusaha untuk membasmi sebarang kegiatanmaksiat yang berlaku di kawasan masing-masing. Kempen ‘maksiatsifar’ juga perlu diadakan dari semasa ke semasa bagi menyedarkananggota masyarakat tentang bahaya keruntuhan akhlak. Pihakberkuasa pula hendaklah berusaha mencari jalan yang terbaik untukmenguatkuasakan undang-undang yang lebih berkesan bagi menanganimasalah sosial ini. Nabi s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa daripadakamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia ubah dengan tangan(kuasa), sekiranya tidak mampu, hendaklah mengubahnya dengan lisan,sekiranya tidak mampu juga, hendaklah mengubahnya dengan hati.Mengubah dengan hati itu adalah selemah-lemah iman”.
  27. 27. Jesteru itu, pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan yangsangat penting. Pihak jabatan agama Islam bagi setiap negeri perlumengambil tindakan tegas kepada remaja yang melakukan kemaksiatanseperti berkhalwat, berzina, bersekedudukan, minum arak, dansebagainya. Hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukanoleh mereka perlu dijalankan agar dapat memberi pengajaran kepadamereka dan orang lain. Mereka ini perlu diberikan kaunseling bagimembina jati diri dan memberikan infomasi tentang kesan dan natijahyang dihadapi sekiranya melakukan sedemikian. Perkara seperti inibukan sahaja memberi kesan kepada diri remaja itu sendiri, malah turutmemberikan kesan kepada nama baik keluarga, agama, bangsa dannegara. Kebanyakan masyarakat tidak mematuhi dan mengabaikanperaturan yang telah ditetapkan. Kita dengan sewenangnya melanggariperaturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Dalam sebuahnegara yang berdaulat sudah sedia ada segala bentuk peraturan yangditetapkan sebagai menjaga dan menjamin kesejahteraan kita namunkita telah mengabaikan peraturan-peraturan ini. Begitu juga dalamagama Islam sendiri terdapat peraturan dan undang-undang yangditetapkan oleh Allah s.w.t namun kita telah mengabaikannya.KESIMPULANIbu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam membanteras
  28. 28. gejala sosial kerana merekalah yang merupakan saudara yang terdekatbagi anak-anak mereka. Ibu bapa sendiri perlu memainkan watakmereka dengan menunjukkan teladan yang baik dan tidak melakukanperkara yang tidak betul di depan anak-anak mereka. Hal ini adalahkerana anak-anak ibarat kain putih yang tidak tahu tentang apa-apadan ibu bapa adalah orang yang bertanggungjawab untukmencorakkannya. Ibu bapa mestilah memberikan ajaran dan didikankepada anak-anak mereka sejak dari kecil lagi supaya merekaberkeperibadian tinggi. Tambahan pula, ibu bapa hendaklahmenjalinkan hubungan yang mesra sesama anak-anak mereka. Merekaharuslah meluangkan masa bersama dengan anak-anak untukmenjalankan aktiviti seperti membaca, melukis dan sebagainya. Merekajuga sepatutnya memberikan perhatian dan kasih sayang yangsepenuhnya serta menyediakan suasana yang harmoni kepada anak-anak mereka. Dengan itu, remaja kini barulah tidak terjebak ke dalamkancah sosial.Di samping itu, masalah ini dapat diselesaikan dengan adanyasumbangan dari pihak kerajaan dan masyarakat. Pihak kerajaanseharusnya menguatkuasakan undang-undang dan mengenakanhukuman yang setimpal ke atas remaja-remaja yang terlibat dalamgejala sosial. Pihak polis juga hendaklah meningkatkan rondaan danpemantauan di sekitar bandar dan kawasan yang sering berlaku kessosial. Hal ini dapat menakutkan para remaja dari melibatkan diri dalam
  29. 29. gejala sosial. Kerajaan turut boleh melancarkan kempen kesedarantentang gejala sosial di seluruh negara agar para remaja mengetahuiimpak-impak negatif apabila melibatkan diri dalam gejala sosial.Dalam mengatasi masalah sosial dengan sepenuhnya, masyarakatsepatutnya berganding bahu dengan pihak kerajaan seperti bak katapepatah, "bagai aur dengan tebing". Masyarakat sewajarnya melaporkansebarang kes gejala sosial kepada pihak berkuasa supaya tindakan yanglanjut dapat diambil. Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan,tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranandan tanggungjawab dalam mengatasi masalah gejala sosial di kalanganremaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil olehmana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejalaini sukar diatasi.Sebagai kesimpulan, masalah sosial haruslah dipandang seriusoleh semua pihak kerana para remaja merupakan aset yang pentinguntuk pembangunan negara pada masa yang akan datang. Sebenarnyatidak ada masalah yang tidak boleh selesai, sebaliknya semua masalahada penyelesaiannya sekiranya kita menangani masalah tersebutdengan serius kerana ‘setiap penyakit ada ubatnya’. Justeru, semuapihak mestilah memainkan peranan dan bertanggungjawab untukmenangani masalah sosial supaya para remaja tidak terjerumus dalam
  30. 30. gejala sosial dan menerajui negara kita ke arah Wawasan 2020.

×