Chapter 8                                              [Windows Movie Maker] Bab 43.0 Digital AudioDigital audio adalah pe...
Bab 4        [Windows Movie Maker]Audacity adalah percuma dan kod sumber boleh didapati di bawah GNU Public Licences.Audac...
Chapter 8                                              [Windows Movie Maker] Bab 4                                       R...
Bab 4   [Windows Movie Maker]         Rajah 3.1.2a Paparan perisian Audacity dilancarkan.           Rajah 3.1.2b Paparan u...
Chapter 8                                             [Windows Movie Maker] Bab 43.1.3 Menu dan Toolbar AudacityJadual 3.1...
Bab 4        [Windows Movie Maker]Tugasan 1:      Lengkapkan penerangan bagi setiap fungsi butang ikon pada kesemua       ...
Chapter 8                                              [Windows Movie Maker] Bab 4                                        ...
Bab 4        [Windows Movie Maker]                                          Rajah 3.3a3.   Pilih lokasi fail audio yang he...
Chapter 8                                                 [Windows Movie Maker] Bab 4                                     ...
Bab 4         [Windows Movie Maker]Tugasan 3:       Anda dikehendaki megimpot fail audio (nyanyian lagu) yang mempunyai   ...
Chapter 8                                               [Windows Movie Maker] Bab 4                                       ...
Bab 4          [Windows Movie Maker]1.   Klik pada menu File  Export…  pilih Save As Type:2.   Pilih format fail .WAV2. ...
Chapter 8                                              [Windows Movie Maker] Bab 4                                        ...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Bab3 audacity

1,685 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,685
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
51
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bab3 audacity

  1. 1. Chapter 8 [Windows Movie Maker] Bab 43.0 Digital AudioDigital audio adalah pengeluaran semula bunyi (sound reproduction) menggunakanmodulasi kod denyut (pulse-code modulation) dan isyarat digital. Sistem digital audioantaranya termasuklah penukaran analog-ke-digital (ADC), penukaran digital-ke-analog(DAC), penyimpanan digital, pemprosesan dan komponen transmisi. Manfaat utama yangdiperolehi daripada digital audio adalah dalam kemudahan penyimpanan, penghantaran dandapatan semula.Antara jenis audio yang digunakan dalam Aplikasi Multimedia (Multimedia Applications)untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah: Narasi/Penceritaan – ialah penyampaian mesej secara terus, selalunya mampu memberi kesan yang mendalam untuk sesuatu persembahan. Muzik - menetapkan mood pembentangan, meningkatkan emosi, mengilustrasikan isi-isi penting. Kesan Bunyi - untuk menghasilkan bunyi tertentu, contohnya pintu berciut, letupan, angin, dan sebagainya.Antara kaedah untuk menyediakan digital audio adalah dengan merakam denganmenggunakan mikrofon yang dihubungkan kepada komputer dengan bantuan perisiantertentu. Contoh perisian yang boleh digunakan untuk merakam suara ialah Audacity danSound Forge.Audacity merupakan perisian sumber terbuka (open source software) digunakan untukmemanipulasi gelombang digital audio. Disamping rakaman bunyi secara terus melaluiprogram ini, ia boleh mengimport banyak format fail bunyi, termasuk Pemodulatan KodDenyut (Pulse Code Modulation -PCM) seperti WAV dan AIFF, MP3, Ogg Vorbis. PCMformat 8, 16, 24 dan 32-bit boleh diimport dan dieksport menggunakan perisian Audacity ini.Audacity telah bermula pada musim gugur tahun 1999 oleh Dominic Mazzoni semasa beliauadalah graduan pelajar di Universiti Carnegie Mellon di Pittsburgh, PA, Amerika Syarikat.Beliau telah bekerja dalam satu projek penyelidikan dengan penasihat beliau, ProfesorRoger Dannenberg, dan mereka memerlukan alat yang membolehkan merekamenggambarkan algoritma analisis audio. Dari masa ke masa, program ini telahberkembang menjadi editor audio umum, melalui bantuan pengaturcara dalam komunitiperisian sumber terbuka. 1
  2. 2. Bab 4 [Windows Movie Maker]Audacity adalah percuma dan kod sumber boleh didapati di bawah GNU Public Licences.Audacity adalah satu perisaian cross-platform - ia berfungsi pada Windows (dari 98 hingga7), Mac OS X, dan banyak platform Unix, termasuk Linux.3.1 Perisian AudacitySebelum perisian Audacity boleh digunakan, anda perlulah melakukan proses pemasangan(installation) program tersebut ke dalam komputer anda. Untuk mendapatkan perisian inisecara percuma, anda perlu ke laman sesawang (web) http://audacity.sourceforge.netdan seterusnya memuat turun (download) (i) Audacity 1.3.14 installer, (ii) LADSPA plug-ins0.4.15 installer, (iii) LAME MP3 encoder, dan (iv) FFmpeg import/export library.3.1.1 Memulakan Perisian Audacity1. Dwi-klik pada shortcut ikon Audacity di desktop komputer anda2. Rajah 3.1.1a atau,2. Klik Start (pada Windows Taskbar)  pilih All Programs  pilih Audacity 1.3 Beta (Unicode) 2
  3. 3. Chapter 8 [Windows Movie Maker] Bab 4 Rajah 3.1.1b3.1.2 Paparan Perisian AudacitySekiranya pemasangan perisian Audacity dilakukan dengan betul ke dalam komputer anda,pelancaran perisian program Audacity akan dimuatkan seperti Rajah 3.1.2a (klik ok) danseterusnya paparan seperti Rajah 3.1.2b diperolehi. 3
  4. 4. Bab 4 [Windows Movie Maker] Rajah 3.1.2a Paparan perisian Audacity dilancarkan. Rajah 3.1.2b Paparan utama perisian Audacity 4
  5. 5. Chapter 8 [Windows Movie Maker] Bab 43.1.3 Menu dan Toolbar AudacityJadual 3.1.3a berikut adalah nama bagi Menu atau ToolBar yang terdapat pada perisianAudacity. Perkara Nama Menu Bar Audacity Transport ToolBar Audacity Tools ToolBar Audacity Meter ToolBar Audacity Mixer ToolBar Audacity Edit ToolBar Audacity Transcription ToolBar Audacity Device ToolBar Audacity Selection ToolBar Jadual 3.1.3a 5
  6. 6. Bab 4 [Windows Movie Maker]Tugasan 1: Lengkapkan penerangan bagi setiap fungsi butang ikon pada kesemua ToolBar yang ada pada perisian Audacity Contoh: Butang Ikon Fungsi Play Button Tekan butang play untuk mendengar audio dalam projek anda. (Press the play button to listen to the audio in your project.) Jadual 3.1.3b3.2 Menghasilkan Audio Narasi atau PenceritaanAntara fungsi perisian Audacity ialah merakam narasi/penceritaan dengan mudah oleh paraguru untuk digunakan sebagai sumber penghasilan Bahan Bantu Mengajar (BBM). Langkah-langkah merakam audio (narasi/penceritaan) dengan menggunakan perisian Audacityadalah seperti berikut:1. Pasangkan jack mikrofon (biasanya berwarna merah jambu) pada kad antaramuka audio komputer anda2. Mulakan perisian Audacity anda3. Tetapkan Input Volume Slider pada Audacity Mixer ToolBar kepada maksimum4. Klik pada Audacity Transport ToolBar untuk memulakan rakaman5. Mula merekod dengan menghalakan mikrofon kepada sumber bunyi (untuk kes ini narasi/penceritaan oleh anda).6. Jika bunyi sedang direkodkan , terdapat gelombang pada paparan perisian Audacity anda seperti pada Rajah 3.2a dibawah. Paparan rakaman audio ini adalah dalam format mono. 6
  7. 7. Chapter 8 [Windows Movie Maker] Bab 4 Rajah 3.2a7. Klik pada Audacity Transport ToolBar untuk menghentikan rakaman8. Klik pada Audacity Transport ToolBar untuk memainkan semula rakamanTugasan 2: Rakamkan narasi/penceritaan yang melibatkan satu peristiwa kemalangan jalanraya di lebuhraya PLUS.3.3 Mengimpot Fail AudioAntara keupayaan perisian Audacity ialah mengimpot pelbagai format fail audio untukdilakukan proses editing. Langkah-langkah mengimpot fail audio ke dalam perisian Audacityadalah seperti berikut:1. Mulakan perisian Audacity2. Klik menu File  Import  Audio (Rajah 3.3a) 7
  8. 8. Bab 4 [Windows Movie Maker] Rajah 3.3a3. Pilih lokasi fail audio yang hendak diimpot ke dalam Audacity (Rajah 3.3b) Rajah 3.3b4. Klik butang Open (proses impot fail audio dilaksanakan - Rajah 3.3c) 8
  9. 9. Chapter 8 [Windows Movie Maker] Bab 4 Rajah 3.3c5. Setelah fail audio berjaya dimasukkan (diimpot), paparan Audacity adalah seperti dalam Rajah 3.3d. R Rajah 3.3d Paparan perisian Audacity setelah dimuatkan fail audio dalam format .MP3 atau WAV 9
  10. 10. Bab 4 [Windows Movie Maker]Tugasan 3: Anda dikehendaki megimpot fail audio (nyanyian lagu) yang mempunyai vokal. Setelah proses impot fail audio itu selesai, proseskan audio tersebut supaya hilang vokal penyanyinya. Hasil akhir anda ialah audio yang hanya mempunyai musiknya sahaja. (Panduan: gunakan menu Effect pada Menu Bar.)3.4 Menghasilkan Audio Kesan Khas (Api Yang Marak Membakar)Sediakan dua (2) helai kertas saiz A4. Kedua-dua kertas ini kita akan gunakan untukmenghasilkan bunyi api yang sedang marak membakar.Langkah-langkah merakam audio (api yang marak membakar) dengan menggunakanperisian Audacity adalah seperti berikut:1. Pasangkan jack mikrofon (biasanya berwarna merah jambu) pada kad antaramuka audio komputer anda2. Mulakan perisian Audacity anda3. Tetapkan Input Volume Slider pada Audacity Mixer ToolBar kepada maksimum4. Klik pada Audacity Transport ToolBar untuk memulakan rakaman5. Mula merekod dengan menghalakan mikrofon kepada sumber bunyi anda (untuk kes ini, ditangan kanan anda, goyangkan kertas A4 yang pertama dan setelah beberapa saat ramaskan kertas A4 yang kedua tanpa memberhentikan goyangan kertas pertama tadi).6. Jika bunyi sedang direkodkan , terdapat gelombang pada paparan perisian Audacity anda seperti pada Rajah 3.4a dibawah. Paparan rakaman audio ini adalah dalam format stereo. 10
  11. 11. Chapter 8 [Windows Movie Maker] Bab 4 Rajah 3.4a7. Klik pada Audacity Transport ToolBar untuk menghentikan rakaman8. Klik pada Audacity Transport ToolBar untuk memainkan semula rakaman audio api yang sedang marak membakar itu.3.5 PetuaPetua 1:Langkah-langkah untuk menyimpan projek Audacity:1. Klik pada menu File  Save Project As2. Klik OK pada dialog box yang dipaparkan3. Pilih lokasi simpanan anda4. Namakan fail dengan nama yang sesuai (taipkan nama fail anda)5. Klik Save.Petua 2:Langkah-langkah untuk menukarkan fail ke format .WAV: 11
  12. 12. Bab 4 [Windows Movie Maker]1. Klik pada menu File  Export…  pilih Save As Type:2. Pilih format fail .WAV2. Pilih lokasi simpanan3. Namakan fail WAV dengan nama yang berlainan dengan nama projek audio anda4. Klik Save.Petua 3:Langkah-langkah untuk menukarkan fail ke format .MP3:(Perisian LAME MP3 encoder perlu dipasang (install) ke dalam komputer anda sebelumoperasi ini dapat dilaksanakan.)1. Klik pada menu File  Export…  pilih Save As Type:2. Pilih format fail .MP3 Files2. Pilih lokasi simpanan3. Namakan fail MP3 dengan nama yang berlainan dengan nama projek audio anda4. Klik Save.Petua 4:Antara jenis pengubahsuaian yang boleh dilakukan ke atas sesuau audio yang dimasukkanatau dirakamkan ke dalam perisian Audacity ialah:a) Menyalin (Copy)b) Mencantas (Cut)c) Memanipulasi Kesan (Effects)Langkah-langkah untuk mengubah suai audio dengan menggunakan Audacity:1. Highlight gelombang audio pada perisian Audacity anda. Caranya dengan meletakkan kursor dan klik tetikus (mouse) anda dan heretkan (click and drag your mouse) pada bahagian yang hendak diubahsuai (seperti Rajah 3.5a) 12
  13. 13. Chapter 8 [Windows Movie Maker] Bab 4 Rajah 3.5a2. Klik pada menu Edit untuk memilih Cut atau Copy.3. Klik pada menu Effect dan pilih kesan (effect) yang hendak dimasukkan.Tugasan 4: Hasilkan audio dalam format .MP3 yang melibatkan anda mendeklamasikan sajak dengan muzik latar yang bersesuaian. (Cadangan: Anda boleh menggunakan muzik latar instrumental OST (Original Sound Track) Selamat Pagi Cinta). 13

×