Your SlideShare is downloading. ×

Peranan guru psv

8,270

Published on

5 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
8,270
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
419
Comments
5
Likes
3
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Pengenalan Seni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan senipergerakan. Mata pelajaran seni khususnya Pendidikan Seni Visual lebih menegaskanaspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh nilai estetika dandaya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkandengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semulajadiproses tumbesaran mereka. Karya seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alatkomunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Penganjuran aktiviti senivisual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyaikeupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijakmembuat keputusan. Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaanpancaindera dan deria melalui proses penghasilan karya seni, produk serta objek yangterdapat disekeliling mereka. Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugasutama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivicmission). Secara umumnya, tugas profesional seorang guru adalah berkaitan denganlogika dan estetika, manakala tugas kedua dan ketiga pula berkaitan etika. Tugas-tugasprofesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lainyang belum diketahui anak didik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugasmanusiawi pula adalah tugas-tugas mendidik anak murid agar menjadi manusia yangberguna kelak. Tugas-tugas manusiawi itu termasuklah transformasi diri dan pencarianidentiti. Tugas kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru sebagaiwarganegara yang baik serta melaksanakan tanggungjawab yang telah digariskan olehbangsa dan negara. Hal ini sejajar dengan gelaran “jurutera masyarakat” yang diberikankepada golongan pendidik dewasa ini. Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan profesional(initial training ) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannyadisekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru 1
  • 2. seni yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni denganbaik. Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu senidengan baik dapat menjadi guru seni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepadakebolehan seseorang guru itu menguasai seni mengajar (art of teaching). Selainmengajar, seorang guru seni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing,motivator, pemudah cara (fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan,kreativiti, daya imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruhdan menyeronokkan.Peranan Guru Pendidikan Seni VisualGuru Sebagai PengurusPeranan utama Guru Pendidikan Seni Visual ialah bertindak sebagai pengurus. Apayang dimaksudkan dengan pengurus? Guru perlu menjalankan tugas-tugaspengawasan (supervisor) serta tugas-tugas yang berkaitan dengan mendisiplinkanmurid-murid agar patuh kepada peraturan sekolah serta norma hidup dalam keluargadan masyarakat (W.F. Connell, 1972). Takrifan ini membawa maksud guru perlumemainkan peranan sebagai pengurus bukan sahaja dalam pentadbiran sekolah malahmenjadi pengurus kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaraperkara-perkara yang perlu diuruskan oleh seorang guru seni ialah: 1. Menguruskan rutin bilik darjah. 2. Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugasan harian. 3. Mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah. 4. Mengurus keadaan fizikal bilik darjah. 5. Mengurus aktiviti kumpulan. 6. Mengurus karya dan hasil kerja murid. 7. Mengurus sumber alat dan bahan Pendidikan Seni Visual. 8. Mengurus bilik seni dengan sempurna dan sistematik. 9. Menguruskan dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran seni yang menyeronokkan. 10. Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. 2
  • 3. Guru Sebagai PembimbingAntara lain Guru Pendidikan Seni Visual berperanan sebagai pembimbing dalampengalaman belajar. Setiap guru seni berperanan memberikan pengetahuan barukepada murid mengenai seni, menambah baik pengalaman sedia ada serta mencungkilbakat dan memupuk minat terhadap mata pelajaran Seni Visual. Proses bimbingan(fasilitasi) berlaku apabila ia dijalankan didalam kumpulan di mana peserta digalakkanmengambil tanggungjawab di dalam hasil pembelajarannya (Van Maurik, 1994).Menurut beliau juga, peranan guru adalah untuk mewujudkan kelas yang bersifatinteraksi kolaboratif dikalangan pelajar. Sebagai pembimbing, seseorang guru itu perlupeka terhadap tingkah laku dan perkembangan spiritual murid dalam pengajaran danpembelajaran Seni Visual. Sebagai contoh, jika seorang guru itu ingin mengajar murid-muridnya melukis pemandangan ditepi pantai, guru tersebut perlu mengetahuipengetahuan sedia ada murid-murid mengenai suasana di tepi pantai. Kemudian, guruperlu membimbing murid-murid melukis gambar tersebut dengan memberikaninput-input baru mengenai perkara tersebut. Seterusnya, murid-murid akanmelaksanakan tugasan tersebut dengan bimbingan guru. Seorang guru yang berperanan sebagai pembimbing perlu mempunyaisikap-sikap berikut untuk membimbing murid-muridnya dalam pengajaran danpembelajaran Pendidikan Seni Visual: 1. Bersopan santun 2. Menghormati pandangan murid 3. Peramah 4. Jujur 5. PrihatinBimbingan dan dorongan guru akan membantu murid-murid memahami dengan lebihjelas mengenai sesuatu konsep seni visual. Selain itu pembelajaran secara bimbinganakan memupuk nilai instrumental seperti berdikari, rasional, berani dan bersemangatsemasa menghasilkan karya seni visual. 3
  • 4. Guru Sebagai MotivatorPembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehan guruuntuk mengekalkan minat pelajar (Erickson, 1978). Pendapat ini dikemukakan olehseorang tokoh yang tidak asing lagi dalam kajian dunia pendidikan. Apakah kebolehanyang dimaksudkan oleh tersebut? Kebolehan yang dimaksudkan merujuk kepadakebolehan seseorang guru memotivasikan murid-murid yang diajar. Dalam pengajarandan pembelajaran Seni Visual, guru perlu berperanan sebagai motivator untukmemupuk minat mereka terhadap isi pelajaran yang disampaikan dan persepsi merekatentang kepentingan dan kegunaannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, motivasiguru juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk perasaan inginmembuat yang terbaik dalam penghasilan karya seni. Bagaimanakah seorang guru seni dapat memotivasikan pelajar dalampengajaran dan pembelajaran Seni Visual?: 1. Memberi komen yang positif. 2. Wujudkan persaingan yang positif dan kerjasama di kalangan murid. 3. Memilih alat dan bahan. - Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual. 4. Masa - Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi dan meneroka. 5. Rangsangan - Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. - Pamerkan hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual. 4
  • 5. 6. Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel - Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid. 7. Hormat-menghormati - Guru Pendidikan Seni Visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan. 8. Memberi Galakan dan Motivasi - Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya. 9. Penghargaan -Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas.Guru Sebagai Pemudah CaraSebagai seorang guru seni yang cemerlang, kita perlulah mengambil kira kaedahpenyampaian ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh murid-murid.Menurut Joyce B dan Weil M (2003), hasil pengajaran yang paling penting sekalimungkin adalah meningkatkan kebolehan murid-murid untuk belajar dengan lebihmudah dan berkesan kelak akibat perolehan pengetahuan dan kemahiran sertapenguasaan proses pembelajaran. Hal ini bermaksud, pembelajaran yang mudah akanmemberi kesan yang lebih mendalam dan mudah difahami oleh murid. Bagaimanauntuk mewujudkan pembelajaran yang mudah dan berkesan? Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Seni Visual, guru perlulahberperanan sebagai pemudah cara. Sebagai contoh, sekirannya guru mahu mengajarmurid membuat kain rentang bagi menyambut hari merdeka, seperti yang kita ketahuikreativiti murid sekolah rendah masih di tahap sederhana. Bagi menyempurnakantugasan ini, agak sukar sekirannya guru tidak memberi bantuan yang sewajarnya.Justeru itu, bagi peringkat permulaan ini, guru perlu bertindak sebagai pemudah cara. 5
  • 6. Guru boleh menyediakan “ wording ” yang sesuai untuk membuat kain rentangtersebut. Murid-murid hanya perlu menekap huruf-huruf yang telah disediakan olehguru. Dengan cara ini, murid-murid akan berasa mudah untuk menguasai kemahiranasas membuat kain rentang.Guru Sebagai InisiatorApa yang dimaksudkan dengan inisiator? Inisiator bermaksud individu yang sentiasaberusaha dan mempunyai jalan untuk berusaha. Guru seni sewajarnya mempunyaiinisiatif untuk menyampaikan ilmu seni visual kepada murid-muridnya secara berkesan.Apabila seorang guru itu menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan pengajarandan pembelajaran, pasti murid-murid akan turut berusaha untuk melaksanakan yangterbaik dalam penghasilan karya seni. Apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh seorang guru seni? 1. Merancang aktiviti seni yang menyeronokkan dan boleh disertai oleh semua murid. 2. Merangsang murid mengambil bahagian secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. 3. Memahami dinamika kumpulan. 4. Membantu murid memperkembangkan ilmu seni. 5. Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan murid menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran seni mereka. 6. Menggubah dan menyesuaikan strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik perhatian murid.Bagaimanapun terdapat pelbagai lagi usaha yang boleh ditonjolkan oleh para guru seni.Peranan inisiator yang ditunjukkan oleh seseorang guru seni secara tidak langsungakan mempengaruhi murid-muridnya untuk turut berusaha melakukan yang terbaikdalam penghasilan karya seni. 6
  • 7. Rumusan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan pernyataan yang menjadipenentu arah haluan, asas serta sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangandalam bidang pendidikan. Penghayatan terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaanmerupakan tunjang kepada pelaksanaan program dan kegiatan pendidikan yangmeliputi semua bidang kurikulum dan kokurikulum dalam institusi pendidikan khususnyasekolah. Sekolah memainkan peranan dominan dalam usaha ke arah pencapaian falsafahdan matlamat pendidikan seperti yang terkandung dalam Falsafah PendidikanKebangsaan. Suasana persekolahan yang member peluang kepada pelajar mendapatpengalaman hidup dalam menghadapi masalah, bertukar-tukar pendapat, membinapersefahaman dan kerjasama antara satu sama lain perlulah diwujudkan. Di sampingitu, suasana bilik darjah sewajarnya boleh menarik minat dan dapat menggalakkanpelajar berfikir, menyoal serta mengeluarkan buah fikiran secara lisan dan bertulis. Perhatian yang wajar juga perlu diberikan kepada perkembangan murid secaramenyeluruh dan bukannya menitikberatkan satu-satu aspek tertentu sahaja secaraterpisah-pisah. Kaedah ini sesungguhnya dapat membantu meningkatkanperkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar. Akhirnya semua pihak sewajarnya bersama- sama berusaha untuk mencariformula yang terbaik bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan denganjayanya. Usahlah bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucukmasing-masing. Sesungguhnya, sikap tidak bertanggungjawab ini akan meranapkanimpian untuk menjadikan pendidikan di Malaysia sebagai satu sistem pendidikanbertaraf dunia. 7

×