Modul matematik

55 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
55
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Modul matematik

  1. 1. PKP3106Tajuk 1 Pengenalan Kepada Pentaksiran Dalam Pemulihan KhasMaksud PentaksiranPentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada perkataan Latin yang membawamaksud “duduk bersama” dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah samadengan apa yang dimaksudkan. Berdasarkan kepada pendapat yang telah dikemukakan oleh Salvia danYseldyke (1978), pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan datadengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untukmembuat keputusan. Manakala menurut Gearheart (1990), pentaksiran adalah proses pengumpulandan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkankeputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadanganpenempatan. Menurut, David Lambert dan David Lines, 2000. Pentaksiran dari segi definisipula adalah merupakan proses pengumpulan, menterjemah, merekod, danmenggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan. Seterusnya, menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), pentaksiran dalambidang pendidikan ialah dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yangmerangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahmaklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Hasilpentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayaiuntuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusipentaksiran. Manakala menurut Mokhtar Ismail, pentaksiran ialah langkah untuk menentukantahap sejauh mana seseorang memiliki sifat tertentu. Pentaksiran dalam Pemulihan Khas pula bermaksud memberi maklumat dangambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti[ipgksm] Page 1
  2. 2. PKP3106membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Dengan cara itu guru dapat mengesanpunca masalah yang dihadapi oleh murid dan merangka intervensi, strategi pengajarandan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulanmaklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah, merekod serta menghuraikanmaklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.Mengapa guru atau pendidik perlu tahu mengenai pentaksiran ?i.Mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran muridii.Memantau kemajuan murid Memberi dan menetapkan penggredaniii.Menentukan keberkesanan pengajaraniv.Mempengaruhi penerimaan pihak awam terhadap keberkesanan pendidikan Menilaiguru dan pendidikv.Menjelaskan niat dan hasrat pengajaran dan pembelajaranTujuan Pengujiani.Menentukan perubahan tingkahlaku muridii.Menentukan pencapaian murid dalam penbelajaran tertentuiii.Menempatkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut keputusan ujianiv.Memotivasikan murid untuk mengulangkaji pembelajaranv.Melatih murid membuat penyediaan yang bersesuaian untuk ujian berpusatTujuan Pengukuran i. Menempatkan murid ke aliran yang sesuai[ipgksm] Page 2
  3. 3. PKP3106 ii. Membuat penganalisaan, penterjemahan dan kesimpulan bagi kajian tertentu iii. Pensijilan dalam bentuk pencapaian akademik bagi tahap persekolahan tertentu iv. Digunakan sebagai kriteria oleh penguatkuasa tertentu untuk tujuan tertentu Tujuan Penilaian i.Mengumpul maklumat mengenai pencapain murid selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran ii.Menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam sesuatu kemahiran pembelajaran bagi membolehkanaktiviti pengayaan dan pemulihan iii.Menentukan keberkesanan penyampaian guru di dalam bilik darjah bagi membolehkan perancanganstrategi pengajaran yang lebih berkesan iv.Merekodkan hasilan penilaian bagi pencapaian murid dan perekodan profil murid bagi membolehkanaktiviti rujukan dijalankan jika diperlukan v.Mentaksir keberkesanan pelaksanaan program seperti KBSR dan KBSM CIRI-CIRI PENTAKSIRAN· Kesahan skor -Merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan.· Kebolehpercayaan Skor -Merujuk kepada ketekalan dan ketepatan.· Keobjektifan -Ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor· Kebolehtadbiran -Kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah.· Kemudahtafsiran -Maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskriminasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian. [ipgksm] Page 3
  4. 4. PKP3106· Kekomprehensifan -Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan Pelajaran atau pengajaran. Perbezaan Pengujian, Pengukuran Dan Penilaian PENGUJIAN PENGUKURAN/ PENILAIAN PENTAKSIRAN DEFINISI Alat pengukuran Proses .Proses perubahan sesuatu menentukan menentukan aspek tingkah laku. peringkat perubahan pencapaian dan tingkahlaku dan kedudukan pelajar membuat pertimbangan nilai. TUJUAN/KEGUNAAN Menentukan Untuk membuat Memberi maklumat pencapaian pengelasan bagi tentang pencapaian sesuatu pencapaian dan objektif pembelajaran. kedudukan dalam pembelajaran, pembelajaran. kaedah mengajar dan kurikulum. BENTUK Pemerhatian. Set ujian bertulis Jadual. dengan markah Ujian lisan. Gred berdasarkan dan gred. teknik perangkaan. Bertulis. [ipgksm] Page 4
  5. 5. PKP3106CARA/PROSES Persediaan Ujian. Proses pengujian. Proses pengukuran. Pntadbiran Merekod markah/gred. Proses Pemeriksaan.. penganalisisan. Proses interprestasi. Melapor. Tindakan.MASA Selepas Selepas Sebelum, semasa, pembelajaran. pembelajaran. selepas pembelajaran.LIPUTAN Terhad pada Sesuatu peringkat Dari sesuatu sesuatu kemahiran pembelajaran. pembelajaran atau pembelajaran. tertentu ke seluruh kurikulum.KEPUTUSAN Menunjukkan Menunjukkan Menunjukkan prestasi sesuatu pencapaian secara pencapaian kemahiran atau relatif. keseluruhan tetapi penguasaan tidak semestinya pembelajaran yang membayangkan spesifik. kebaikan seorang individu.Pelbagai Cara Pengumpulan Maklumat[ipgksm] Page 5
  6. 6. PKP3106Cara Pengumpulan Maklumat PeneranganRekod atau laporan • Laporan-laporan yang dibuat • Latar belakang keluarga oleh para profesional akan • Kesihatan murid memberi banyak maklumat • Prestasi akademik dahulu berkaitan murid yang boleh • Minat murid digunakan oleh guru • Guru merujuk kepada laporan- laporan tersebut untuk mendapat satu gambaran yang lebih menyeluruh berkaitan murid. • Dilihat melalui rekod profil murid, rekod anekdot atau pun buku laporan prestasi murid. • Membantu guru menilai secara jangka panjang dan memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran. • Guru dapat mengetahui tahap kesihatan dan minat murid.Sampel kerja • Salah satu sumber maklumat yang sedia ada berkaitan murid adalah sampel-sampel kerja yang dihasilkan oleh murid dalam mata pelajaran yang diikutinya di sekolah. • Dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. • Guru membuat analisis sampel kerja.[ipgksm] Page 6
  7. 7. PKP3106 • Untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan murid dalam mata pelajaran yang dipelajari.Pengujian • Guru boleh mendapat tahu • Ujian rujukan norma tahap kebolehan murid dengan • Ujian rujukan kriteria mentadbirkan ujian-ujian kepada • Inventori tidak formal murid. • Kuiz • Pengujian ditadbirkan dengan • Probe pelbagai cara mengikut apakah • Analisis tugasan tujuan sebenarnya guru. • Analisis ralat • Nama yang diberikan kepada sesuatu ujian biasanya menunjukkan tujuannya. • Ujian rujukan kriteria : Ujian untuk mengukur sama ada kemahiran yang telah diajar boleh dianggap sebagai telah dikuasai murid. • Ujian rujukan norma : Ujian yang membandingkan prestasi murid dalam sesuatu ujian dengan pencapaian orang yang telah mengambil ujian yang sama. • Kuiz : Ujian yang dijalankan sebaik sahaja sesuatu pelajaran telah disampaikan untuk menguji sama ada murid telah memahami apa yang telah diajar. • Probe : Kalau seorang guru ingin tahu sama ada murid boleh[ipgksm] Page 7
  8. 8. PKP3106 menjalankan sesuatu tugasan atau ujian dalam keadaan yang lain, dia boleh memberi tugasan atau ujian yang sama tetapi dengan sedikit pengubahsuaian seperti memberi penyampaian yang berlainan. Guru sebenarnya telah menjalankan “probe”. • Analisis tugasan : melibatkan satu siri kemahiran kecil yang perlu dilakukan oleh murid dengan jayanya. • Analisis ralat : petunjuk tentang kemahiran yang masih belum dikuasainya apabila murid kerap melakukan kesilapan bagi sesuatu kemahiran yang belum dikuasainyaPemerhatian • Pemerhatian merupakan satu kaedah yang selalu dijalankan oleh para profesional atau guru untuk mengumpul maklumat, khususnya berkaitan tingkah laku seseorang murid. • Pemerhatian yang dibuat perlu direkodkan dan terdapat beberapa cara untuk merekodkan hasil pemerhatian.Soal selidik • Bertujuan mengenalpasti sesuatu masalah supaya[ipgksm] Page 8
  9. 9. PKP3106 penyelesaiannya boleh dirangka, memahami sesuatu • fenomena dengan lebih jelas, serta mengumpul maklumat tentang isu tersebut. • Dijalankan terhadap ibu bapa murid pemulihan, guru pemulihan, guru kelas ataupun pihak pihak yang terlibat. • Cara soal selidik(self- administered) berkesan jika responden boleh atau bersedia memberikan pendapatnya dengan jelas.Tajuk 2 Mentaksir Kebolehan Pembelajaran Asas Pentaksiran kemahiran pembelajaran asas melibatkan pengamatan aspekpenglihatan, pendengaran ,kinestatik dan taktil. Selain itu kemahiran pembelajaranasas juga meliputi konsepsualisasi dan organisasi yang mana adalah merupakankebolehan untuk memahami konsep dan mengikut organisasi dengan betul. Selain itu,aspek utama yang terlibat ialah kepantasan pemprosesan maklumat. Dalampemprosesan maklumat ini, melibatkan kebolehan individu memproses input ke dalam[ipgksm] Page 9
  10. 10. PKP3106otak dan menterjemah dengan perlakuan dan juga tindakan yang bersesuaian denganpantas.1. PengamatanMaksud Kebolehan Pembelajaran AsasTerdiri daripada:➢ Pengamatan ✔ Penglihatan ✔ Pendengaran➢ Sensori motor ✔ Kinestatik ✔ Taktil dan haptikDiskriminasi Ketidakbolehan membezakan bentuk, saiz, warna, huruf, nombor dan perkataan.Ingat Kembali Ketidakbolehan mengingat kembali apa yang diamati.Orientasi Ketidakbolehan membezakan kedudukan sesuatu bentuk,Kedudukan huruf dan nombor.Turutan Ketidakbolehan mengingati sesuatu mengikut susunan huruf- huruf dalam perkataan.Menyudah atau Ketidakbolehan mengenal sesuatu benda atau melengkapkanMelengkapkan objek, nombor, perkataan atau ayat.Menyalin Ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor, perkataan atau ayat.Rajah Latar Ketidakbolehan menentukan sesuatu seperti bentuk, hurufBelakang atau nombor dari latabelakang sesuatu gambar atau rajah.Koordinasi Motor Ketidakbolehan menyelaraskan pergerakan motor mata dan tangan.[ipgksm] Page 10
  11. 11. PKP3106Pertalian Jarak Ketidakbolehan mengagak sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan(Ruang) serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain.Ketetapan Bentuk / Ketidakbolehan mengetahui sesuatu bentuk, huruf, atauKedudukan dalam nombor yang mempunyai bentuk tetap dan tidak akan berubahrajah bentuknya dalam mana-mana keadaanGambar Bersiri Ketidakbolehan mengikuti cerita dari satu babak ke satu babak yang lain.Mazing atau Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalahMencari JalanKeluarBenda Tersembunyi Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah yang abstrak.Kesukaran Dalam Pengamatan PendengaranAntara masalah dalam pengamatan pendengaran yang berpunca daripada kecacatanorganism telinga adalah seperti:Diskriminasi – Ketidakbolehan mengenal dan membezakan bunyi sebutan, rentak, irama, dan intonasi yang berlainan. – Ketidakbolehan mengenal arah bunyi (jauh atau dekat) – Ketidakbolehan mengingat bunyi-bunyi yang didengar. – Ketidakbolehan mengulang corak bunyi dan turutannya.Pekak Koduktif – Tidak dengar bunyi bernada rendah[ipgksm] Page 11
  12. 12. PKP3106Pekak Perseptif – Tidak dengar bunyi bernada tinggiPekak Campur Aduk – Campuran pekak koduktif dan pekak perseptif.Pekak Rikrutmen (Automatic Volume – Boleh mendengar bunyi yangControl) kuat sahaja.Secretory Otitis Media – Cecair yang menyekat getaran.Kesukaran Dalam Kemahiran Sensori Motor 1. Motor Kasar: Ketidakbolehan dalam pergerakan badan dengan automatis, mudah danbeirama serta dengan imbangan yang sewajarnya. 2. Motor Halus: Ketidakbolehan untuk menguruskan tugas-tugas atau kerja-kerja yangmemerlukan kawalan-kawalan motor halus terutamanya dalam penggunaan tangan dalamtulisan, lukisan, jahitan dan sebagainya. – Ketidakbolehan bertindak balas terhadap dorongan melaluipenglihatan, pendengaran dan daya perasa. – Ketidakbolehan mengesan, mentafsir dan bertindak balas terhadapdorongan dan daya perasa – Kekurangan kesedaran perhubungan ruang dengan imej badan,sisian dan arahMasalah dalam pengamatan[ipgksm] Page 12
  13. 13. PKP3106  Kesukaran memahami konsep – yang melibatkan visual  Kekurangan visual-aid – mesin braille, kanta lekap, embosser, tacktile aids  Sikap murid – bergantung kepada orang lain  Kepakaran guru  Stigma/ pelabelan masyarakat – rendah diri  Tempat/ ruang terhad untuk laksana pentaksiran  Tiada tindak susul daripada pihak bertanggungjawabKeperluan Pentaksiran Pengamatan - Mengesan masalah pengamatan seawal mungkin - Menyediakan program yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi - Menyediakan penempatan yang bersesuaian - Mengenalpasti pasukan pelbagai disiplin untuk membantu. Pengamatan Taktil ialah sentuhan yang berkenaan dengan atau menggunakan deria sentuhan. Pengamatan Kinestetik membincangkan tentang deria pergerakan tubuh badan. Haptik ialah gabungan antara pengamatan taktil dan kinestetik yang berlaku secara serentak.2. Konsepsualisasi dan OrganisasiKonsepsualisasi : proses formulasi dan penjelasan dari konsep.Organisasi : didefinisikan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusiayang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapaimatlamat individu, kumpulan, dan orgsnisasi.[ipgksm] Page 13
  14. 14. PKP3106Ringkasnya, konsepsualisasi dan organisasi merupakan kebolehan untuk memahamikonsep dan mengikut organisasi dengan betul.Peringkat dalam pembelajaran konseptualisasi Peringkat pertama ialah pengalaman berbentuk konkrit. Ini bermaksud tindakanyang dilakukan oleh seseorang dan kesan perlakuannya diperhatikan dalam situasi-situasi tertentu. Individu itu mengalami atau melibatkan diri secara langsung dalamtugasan tertentu. Biasanya, seseorang individu itu hanya melakukan tugasan yangdiberi tanpa mempunyai kesedaran atau membuat refleksi. Peringkat kedua ialah refleksi iaitu membuat refleksi selepas sesuatu tindakan ataudaripada pengalaman tertentu. Paradigma mempengaruhi perbezaan bentuk refleksi.Kkesan daripada tindakan atau tingkah laku perlu diambil kira dalam refleksi supayaperlakuan itu tidak diulang dalam situasi yang sama. Peringkat ketiga ialah membina konsep daripada yang abstrak kepada yangsebenar. Konsepsualisasi melibatkan keadaan yang boleh diperhatikan danpemahaman antara perkaitan antaranya. Paradigma juga mempengaruhi keadaandalam membentuk konsepsualisasi. Ini bermaksud seseorang itu perlu memahamiprinsip asas sebelum mengaplikasikan prinsip-prinsip tertentu dalam bentuk konsep. Peringkat keempat ialah membuat jangkaan. Seseorang itu boleh membuat aplikasidan generalisasi. Malah, individu itu juga dapat membuat perancangan berbentukkonteks dalam pemahaman dan menterjemahkan sesuatu konsep untuk jangkaan padamasa depan atau untuk jangkaan tindakan yang akan dilakukan.3. Kepantasan pemprosesan maklumatDefinisi : Melibatkan kebolehan individu memproses input ke dalam otak danmenterjemah dengan perlakuan dan juga tindakan yang bersesuaian dengan pantas.[ipgksm] Page 14
  15. 15. PKP3106Peringkat Pemprosesan Maklumat 1. Kenalpasti ransangan • Ransangan = semua jenis maklumat persekitaran yg diterima melalui reseptor sensori • Berperanan utk mentafsir maksud ransangan yg wujud dalam persekitaran • Contoh : seorang pemain badminton menerima hantaran tinggi sebagai rnasangan dan akan mula bertindak untuk mematikan bola tersebut 1. Pemilihan respon • Berperanan sebagai system yg menyediakan beberapa respond an akan memilih respon yg terbaik dan relevan dengan tafsiran ransangan tersebut • Contoh : jika kita ingin menangkap bola, secara auto matiknya, otot tangan dan jari sudah bersedia melakukan aksi tersebut 2. Pemprosesan respon • Merupakan peringkat pelaksanaan fizikal segala persiapan yg telah dilakukan di peringkat organisasi lakuan • Pelaksanaan lakuan ialah pergerakan yg dapat dilihat • Contoh : pemain badminton yg menerima bola tinggi sebagai ransangan maka lakuan yg tepat baginya ialah dengan melakukan pukulan smesy • Dlm peringkat ini, pelaku memperoleh pengalaman sensori daripada pengalaman yg dilakukanCara memproses maklumat 1) Menyusun maklumat 2) Membuat lakaran grafik 3) Menganalisis dataMenyusun maklumat – Maklumat yg terkumpul boleh diproses berdasarkan :[ipgksm] Page 15
  16. 16. PKP3106 ○ Kronologi (masa dan peristiwa) ○ Keutamaan ○ Kata Tanya ○ KategoriMembuat lakaran grafikLakaran grafik adalah penting untuk menyusun maklumat. Lakran grafik adalahmaklumat yg ditunjukkan menggunakan simbol, rajah, graf dan gambar bersama-samadengan sedikit maklumat bertulis. – Jadual ○ Cara yg paling kemas utk mempersembahkan maklumat yg mengandungi nombor ataus sesuatu yg boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan yg sama ○ Maklumat seperti itu boleh dimasukkan ke dalam lajur dan baris ○ Cara ini amat berguna jika seseorang ingin membandingkan satu kategori maklumat dengan kategori yg lain, seperti kewangan dgn bilangan atau kuantiti barangan atau antraa kekuatan dengan kelemahan sesuatu – Graf ○ Graf digunakan utk menunjukkan perubahan pembolehubah. Graf membolehkan kita melihat trenda atau gaya perubahan tersebut. ○ Jenis graf :  Graf garis – menggunakan garisan tegak dan mendatar sebagai paksi untuk kita plot data bagi dua variable. Kedua-dua paksi x dan y biasanya mempunyai skala yang sekata  Graf bar- bagi variable yg diskrit seperti bilangan syarikat atau bulan Januari, Februari dan lain-lain. Lebih sesuai maklumat itu dinyatakan dalam graf bar.  Graf pai – digunakan utk menunjukkan peratusan atau pecahan pembolehubah. – Piktograf[ipgksm] Page 16
  17. 17. PKP3106 ○ Kadangkala sesuatu maklumat itu lebih menarik dan lebih mudah difahami jika diberikan dalam bentuk grafik berbanding dengan angka. ○ Oleh itu, angak diwakili dengan symbol ○ Bentuk grafik ini dikenali sebagai piktograf – Carta pokok /Organisasi ○ Carat menggunakan grafik dan perkataan utk mempersembahkan ringkasan (overview) sesuatu maklumat ○ Carta ini digunakan utk menunjukkan hubungan dan turutan dengan cara yg tersusun ○ Contoh : carta struktur sebuah organisasi – Carta alir ○ Maklumat tenatng suatu proses ○ Carta ini berbentuk cabang atau lingkaran – Carta stream ○ sesuatu maklumat yg boleh dikelaskan dan setiap kelas itu mempunyai hubungan antara satu sama lain – Rajah ○ Sejenis grafik yg menggunakan garisan, tanda dan symbol untuk menunjukkan hubungan idea, kedudukan objek, proses atau sistem ○ Contoh : rajah litar elektrik – Peta ○ Maklumat tenatng keadaan dan kedudukan sesuatu tempat biasanya lebih jelas ditunjukkan – Lakaran ○ Ada maklumat lebih mudah dan lengkap diwakilkan secara lakaran ○ Contoh : bentuk sehelai daun lebih mudah dipaparkan dalam bentuk lakaran – Gambar ○ Adalah bentuk grafik yg dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan mebarik bagi sesuatu objek maujud. ○ Gambar mewakili seribu perkataan[ipgksm] Page 17
  18. 18. PKP3106Menganalisis dataMaklumat yg telah disusun atau diproses perlu dianalissi untuk membuat kesimpulan ygjelas dan tepatLangkah menganalisis data : – Menghubungkaitkan fakta – Mengsintesis data – Membandingkan fakta – Membaca yg tersirat – Membuat kesimpulanMasalah Berkait Dengan Pemprosesan • Masalah spatial • Masalah berkaitan dengan arah • Berkaitan konsep masa • Masalah imej badan • Masalah organisasi • Masalah symbolization atau perwakilan • Masalah membina konsep / penaakulanMatlamat Pengajaran • Rumusan hasil pentaksiran Rumusan perlu dibuat ke atas pentaksiran yang dilaksanakan dalam kebolehanpembelajaran asas sama ada dalam aspek pengamatan, kemahiran sosial ataupunkemahiran pengurusan diri. • Pengenalpastian matlamat pengajaran[ipgksm] Page 18
  19. 19. PKP3106 Rumusan yang dihasilkan akan menentukan bentuk perancangan pengajaran yang akandiputuskan oleh guru. Berdasarkan rumusan ini seseorang guru merancang hasil pembelajarannya atau matlamat pengajaran. • Perancangan intervensi Setelah mengenal pasti masalah yang dilalui oleh murid dalam menguasai kemahiranpembelajaran asas, program intervensi untuk membantu murid-murid berkenaanbolehlah dirancang. Perancangan intervensi ini berkait rapat dengan masalah sebenar yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran tertentu.TAJUK 3 MENTAKSIR KEMAHIRAN SOSIAL DAN TINGKAH LAKUMaksud kemahiran sosial dan tingkah lakuKemahiran sosialApakah yang dimaksudkan dengan kemahiran sosial?Kemahiran yang membantu individu menjalin hubungan sosial yang lebih baik seperti:• membina persahabatan• berbual dengan orang lain[ipgksm] Page 19
  20. 20. PKP3106• mempunyai budi pekerti yang baik• mempunyai rasa empati terhadap orang lainKemahiran Hidup dalam Bilik darjah:Kemahiran yang diperlukan untuk kehidupan dan penyesuaian di sekolah.Ini termasuklah:• mendengar dan mematuhi arahan• berkelakuan sopan dan menghindari gangguan• meminta bantuan• memberi sumbangan dalam perbincangan• membuat keputusan• pengendalian konflik• membina kemahiran akademik• melaksanakan kewajipan• bertanggungjawab atas tingkah laku andaTingkah laku dalam bilik darjahMaksud tingkah laku ialah perlakuan yang ditunjukkan secara konsisten dalam satujangka masa yang lama yang akan memberi kesan buruk kepada perkembanganpembelajaran murid seterusnya menghalang penglibatan mereka secara aktif di dalamatau di luar bilik darjah.Kaedah mengenalpasti murid yang mempunyai tingkahlaku bermasalah• Kaedah berasaskan ujian• Kaedah bukan ujian- pemerhatian, temuduga, kaedah penyelidikan (kajian kes, kajiandokumen, kajian rentasan, kajian menegak)[ipgksm] Page 20
  21. 21. PKP3106Contoh situasi di mana tingkah laku bermasalah dipamerkan:• Semasa sesi pengajaran• Semasa membuat latihan• Semasa di luar kelas• Semasa bukan guru kelas mengajarPentaksiran Tingkah Laku Secara Formal• senarai semak - maklumat (diri, kerjaya, pendidikan) - inventori (minat, kerjaya)• skala kadar - ukuran kuantitatif menurut nilai tertentu 5 = sangat bersetuju 4 = bersetuju 3 = kurang bersetuju 2 = hampir bersetuju 1 = tidak bersetuju• temuduga - lebih berfokus kepada interaksi sosial - maklumat hampir sama dalam soal selidik diri - pemerolehan maklumat dengan cara santai• pencerapan• pencerapan naturalistik pemerhatian di setting yang biasa / natural• pencerapan klinikal rumusan ke atas pelbagai alat ujian / maklumat• pentaksiran psikometrik - maklumat perkembangan diri individu - penggunaan kaedah saintifik• pentaksiran berasaskan kurikulum dilaksanakan melalui : - pentaksiran kurikulum fungsional o pentaksiran tidak langsung[ipgksm] Page 21
  22. 22. PKP3106 o pemerhatian secara langsung o eksperimen - pentaksiran kesesuaian tugas iaitu penilaian yang sistematik untuk menilai pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dengan menggunakan senarai semakCara Pentaksiran Kemahiran Sosial dan Tingkah Laku • Pemerhatian • Penilaian Orang lain • Penilaian kendiri • Pentaksiran ekologiMatlamat Pengajaran • Rumusan hasil pentaksiran • Pengenalpastian matlamat pengajaran • Perancangan IntervensiPENTAKSIRAN KEMAHIRAN SOSIAL DAN TINGKAH LAKU Dalam pentaksiran ini, aspek utama yang terlibat ialah kemahiran social dantingkah laku individu di dalam bilik darjah. Pentaksiran ini juga secara amnyamelibatkan pengubahsuaian tingkah laku yang mana merupakan aspek yang pentinguntuk membuat penilaian secara menyeluruh. Pengubahsuain tingkah laku ini merujukkepada keberkesanan dengan pertemuan individu dan tanggungjawab social berkaitandengan umur dan kumpulan kebudayaan. Secara umumnya, hasil kajian saintifik mencadangkan bahawa kebanyakantingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru atau alternatif bolehdipelajari pada bila-bila masa. Terdapat pelbagai tingkah laku iaitu tingkah laku negatifdan juga tingkah laku negatif. Tingkah laku positif dan negatif ini selalunya dapat dilihatdan diperhatikan dalam bilik darjah. Antara tingkah laku positif ialah seperti[ipgksm] Page 22
  23. 23. PKP3106menghormati arahan dan akur dengan perintah guru. Manakala bagi tingkah lakunegatif pula adalah seperti membuat bising dan mengganggu rakan sekelas. Bagi mencapai tahap tingkah laku yang diingini iaitu tingkah laku sasaranmodifikasi tingkah laku perlu dilakukan. Untuk menjalankan modifikasi tingkah laku yangdiingini ini terdapat beberapa langkah yang perlu diambil terlebih dahulu, antaranyatermasuklah membuat pemilihan terhadap tingkah laku yang diberi keutamaan,pemerhatian dan perekodan ke atas tingkah laku tersebut, menentukan tingkah lakusasaran, mengenal pasti masa pelaksanaan, memilih strategi dan kaedah yangbersesuaian, penentuan ganjaran, menjalankan program , membuat penilaian, tindakansusulan dan memastikan bahawa tingkah laku negatif tidak akan berulang dan tingkahlaku yang positif dapat dikekalkan. Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini antaranyaadalah dengan pemberian ganjaran yang terdiri daripada primer , sekunder dan sosial.Ganjaran primer ini terdiri daripada makanan dan minuman, manakala ganjaransekunder pula terdiri daripada token, kupon dan lain-lain. Ganjaran sosial pula adalahseperti senyuman ,belaian dan penghargaan emosi kepada individu. Terdapatbeberapa strategi peningkatan yang lain iaitu seperti penggunaan kontrak dansebagainya. Bagi teknik pelupusan pula terdapat pelbagai teknik antaranya adalahseperti teknik pelupusan, dendaan, kejelakan, timed out ,pembetulan semula dan yanglain lagi. Segala strategi peningkatan dan pelupusan ini sememangnya dapatmembantu untuk mengubah tingkah laku kepada tingkah laku yang diingini. Segalahasil oleh strategi ini akan direkodkan dalam pelbagai jenis rekod seperti rekodanekdot, persampelan masa dan sebagainya. Daripada data yang diperolehi maka satubaseline dapat dilihat dan disini jugalah guru dapat mentaksir dan merancang aktivitiyang bersesuaian bagi meningkatkan tingkah laku sasaran di masa hadapan. Selain itu juga, dalam proses pentaksiran kemahiran social dan tingkah lakujuga, penglibatan ibu sangatlah penting. Ini kerana ibu bapa adalah merupakan orangyang paling rapat dengan mereka. Hasil temul bual dan perbincangan daripada ibubapa sememangnya sangat membantu guru dalam membuat pentaksiran dengan betuldan lebih jitu.[ipgksm] Page 23
  24. 24. PKP3106TAJUK 4 MENTAKSIR BAHASA LISAN Pentaksiran secara lisan adalah untuk menaksir kebolehan pelajar mengingatdan memahami konsep kemahiran lisan bahasa. Lisan merupakan salah satu daripadakemahiran yang penting dalam menjadi asas pengajaran dan pembelajaran bahasa.Terdapat dua aspek kemahiran asas dalam lisan iaitu kemahiran mendengar dankemahiran bertutur. Sebenarnya, kanak-kanak mula menguasai bahasa daripada apayang didengar dan dialaminya. Mereka akan cuba meniru serta menuturkannyaberulang-ulang kali.Kemahiran Mendengar[ipgksm] Page 24
  25. 25. PKP3106Kemahiran mendengar adalah apabila seseorang itu dapat mengecam, mengenal danmengamati serta mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Kemahiranmengenal dan mendiskriminasikan sesuatu bunyi itu bergantung kepada faktor-faktorfisiologi dan neurologi pendengaran seseorang iaitu setakat mana kadar pengamatanpendengarannya. Oleh itu, seseorang yang mempunyai kemahiran mendengar dapat : • Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa. • Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa. • Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan. • Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa. • Mendengar secara kritikal. • ” Auding” • Mengikut arahan. • Memahami urutan atau sekuan. • Mengingat kembali. • Menentukan idea utama / terpenting. • Membuat inferens dan penyeluruhan atau kesimpulan.Kemahiran BertuturKemahiran bertutur pula adalah kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyibahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ),jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan”suprapenggalan” ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagisetengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkanperbezaan maksud atau makna.[ipgksm] Page 25
  26. 26. PKP3106 Tetapi bagi Bahasa Melayu, hanya intonasi dan jeda sahaja yang bersifat fonetikyang boleh membezakan makna atau maksud. Ujaran sesuatu ayat mestilah denganintonasi-intonasi yang tertentu supaya ia boleh menentukan maksud ayat dan jenis-jenis ayat yang berkenaan. Misalnya ayat “Dia sudah makan” boleh berfungsi sebagaiayat penyata dan juga sebagai ayat tanya jika diubah intonasi dalam pengujarannya.Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasanapertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanandalam pengajaran dan pembelajaran.Komponen-Komponen Bahasa LisanTerdapat lima komponen utama yang terlibat dalam pentaksiran kemahiran lisan iaitufonologi, semantik, sintaksis , morfologi dan juga pragmatik. Melalui lima aspekpentaksiran ini, masalah dan daerah kelemahan murid-murid dapat dikenal pasti danseterusnya dapat membantu guru melakukan strategi dan intervensi yang bersesuaianbagi individu tersebut. Fonologi adalah kajian mengenai pola bunyi bahasa iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Sebutan dan bunyi yang berlainan akanmemberikan makna yang lain. Misalnya perkataan ”pin” dan ”tin”, perbezaan bunyiutama adalah pada awal perkataan-perkataan tersebut. Kebiasaannya individu yangmengalami masalah pembelajaran ini sukar untuk membunyikan bunyi fonetik denganbetul. Kadangkala mereka seringkali melakukan penggantian, penambahan,pengguguran dan sebagainya. Contohnya perkataan ”kakak” menjadi “katak”. Hal initelah pun berlaku penggantian. Walaupun perkataan-perkaaan ini berbeza hanya padasatu bunyi sahaja tetapi perbezaan bunyi ini menghasilkan dua perkataan dan masing-masing mempunyai makna yang berbeza. Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku PengajianMelayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplinilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata inimerujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu. Struktur kata bermaksud susunanbunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata[ipgksm] Page 26
  27. 27. PKP3106pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada prosespengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah prosesmenjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengananggota lain dalam golongan yang sama. Sintaksis pula merupakan cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, strukturdan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaanayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalamayat. Sintaksis boleh terbina daripada unit-unit tatabahasa yang lebih kecil seperti frasa,perkataan, dan morfem. Sebagai contoh ”Abang membaca buku”. Namun bagi individuyang mengalami masalah dalam penggunaan sintaksis, individu itu hanya mampumenyebut ”abang buku”. Hal ini sememangnya telah pun memberi maksud dan maknayang lain. Menurut Kamus Dewan, 1997: 1228, semantik merupakan kajian tentang maknaperkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Komponen kandungan terdiridaripada semantik (makna) yang merujuk kepada cara perkataan-perkataan digunakansecara bermakna dalam komunikasi. Pada asasnya semantik melibatkanperbendaharaan kata sesuatu bahasa atau leksikon. Fonem-fonem yang bergabungakan membentuk perkataan dan perkataan digunakan untuk mewakili benda, konsep,pengalaman dan sebagainya. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran inisangat lemah dalam bidang semantik terutama dalam membezakan perkataan yangmempunyai ejaan yang sama tetapi berlainan bunyi. Contohnya perkataan semak (epepet) dengan semak (e taling). Semak bermaksud belukar manakala semak yang satulagi adalah memeriksa. Selain itu mereka juga mengalami masalah dalam memahamiperibahasa seperti simpulan bahasa dan sebagainya. Bidang pragmatik pula adalah merupakan bidang yang berkaitan denganpenggunaan bahasa yang betul dalam kehidupan seharian kita. Kanak-kanak autismemisalnya mengalami kesukaran dalam menggunakan kata ganti diri. Hal ini kerana kataganti diri pertama seperti ”saya” seringkali ditukarkan dengan perkataan ”awak”.Penggunaan bahasa yang salah akan memberi maksud yang berlainan. Disebabkanitulah unsur pragmatik juga memainkan peranan penting dalam aspek komponenbahasa.[ipgksm] Page 27
  28. 28. PKP3106 Dalam pentaksiran lisan, ujian diagnostik dijalankan untuk menyediakanmaklumat yang boleh dipercayai dan mempunyai kesahan yang tinggi kepada guru.Selain itu juga, maklumat yang diberikan perlulah sejajar dengan teori perkembangankognitif. Tujuan pentaksiran lisan juga adalah untuk menyediakan maklumat khususberkenaan dengan masalah sebenar yang dihadapi oleh pelajar. Melalui pentaksiranlisan jugalah guru akan dapat merancang dan memulakan pengajaran secara lebihefektif berdasarkan data yang diperolehi.Bahasa Reseptif dan Bahasa Ekspresif Dalam pentaksiran lisan terdapat dua jenis bahasa yang menjadi aspek utamauntuk dinilai dan ditafsirkan iaitu bahasa reseptif dan ekspresif. Bahasa reseptif merujukkepada keupayaan individu untuk menerima dan memahami input bahasa yangditerima daripada persekitaran. Pentaksiran terhadap bahasa reseptif ini misalnyamelibatkan keupayaan pelajar untuk mendengar perkataan atau frasa dan dapatmempamerkan kefahaman mereka terhadap isu yang diperkatakan tadi. Sebagaicontoh, selepas memperdengarkan beberapa perkataan, murid tersebut akan disoalsemula mengenai kefahaman beliau terhadap apa yang dibacakan tadi. Bahasa ekspresif pula merujuk kepada keupayaan murid untuk berkomunikasidan meluahkan idea, perasaan, pemikiran atau pendapat kepada orang lain.Pentaksiran terhadap bahasa pentaksiran ini biasanya melibatkan aspek pengeluaranbunyi yang betul, ucapan dan bahasa. Pengucapan atau pertuturan adalah merupakanpengeluaran untuk menghasilkan bahasa ekpresif. Misalnya, berdasarkan contohgambar yang diberikan oleh guru, murid dikehendaki bercerita mengenai gambartersebut. Antara ciri-ciri individu yang mengalami masalah bahasa reseptif dan ekspresif,biasanya mereka lebih suka berdiam diri atau mengelakkan diri daripada sebarangperbincangan dan perbualan. Selain itu, mereka juga seringkali memberi respon yangsalah dengan arahan yang diberikan. Murid-murid yang mengalami masalah ini jugaakan mengalami kesukaran untuk bertukar giliran berkomunikasi dan bercakap apabilamereka diminta untuk melakukan perbincangan. Kesemua masalah ini dapat dirawat[ipgksm] Page 28
  29. 29. PKP3106jika diberi rawatan dan intervensi dengan segera. Psikoterapi dapat dijalankan untukmerawat masalah ini terutamanya bagi mereka yang menghidapi masalah dalam emosidan juga tingkah laku.CARA PENTAKSIRAN BAHASA LISAN • Penilaian orang lain • Pemerhatian • Sampel bahasa • Pengujian tidak formal Bagi melakukan pentaksiran terhadap individu yang mengalami masalah lisan ini,terdapat beberapa cara dan kaedah (Rujuk rajah 4). Antara cara pentaksiran yangboleh dilakukan oleh guru ialah melalui penilaian orang lain, pemerhatian, sampelbahasa dan pengujian tidak formal. Bagi cara mentaksir dengan penilaian orang lain,guru boleh melakukan perbincangan atau temu bual dengan ibu bapa, guru kelas, guruBahasa Melayu, rakan sebaya atau individu yang mengenalinya dengan baik bagimenilai dan mengumpul maklumat berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh muridtersebut. Selain itu, guru juga boleh melakukan pemerhatian sama ada secara langsungataupun tidak langsung. Menurut Haidi (2009), terdapat tiga teknik pemerhatian yangsesuai dilaksanakan iaitu pemerhatian dengan senarai semak, pemerhatian di luar bilikdarjah dan pemerhatian tingkah laku. Selain itu, pemerhatian juga boleh dilaksanakandalam situasi yang spesifik, pelbagai tempat dan masa yang berbeza sepanjang hari.Pemerhatian situasi yang spesifik dilaksanakan sepanjang satu masa yang tertentumisalnya seperti semasa waktu rehat. Manakala bagi pemerhatian dalam pelbagaitempat pula boleh dilakukan pada persekitaran atau tempat yang berbeza. Begitu jugadengan pemerhatian pada masa yang berbeza sepanjang hari yang boleh dilaksanakansama ada pada waktu pagi, petang dan malam. Misalnya, guru boleh membuatpemerhatian terhadap tingkah laku murid tersebut ketika sesi pengajaran danpembelajaran iaitu bagaimana murid itu menjawab ketika guru menanyakan soalanataupun guru memerhati perbualan murid tersebut dengan rakan-rakannya. Dengan[ipgksm] Page 29
  30. 30. PKP3106maklumat yang diperoleh, guru dapat mengumpul lebih banyak maklumat untukmelakukan pentaksiran. Seterusnya adalah sampel bahasa. Sampel bahasa biasanya dilakukan semasasesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini memerlukan guru untuk membuatanalisis sampel bahasa. Ini kerana untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan muriddalam kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur. Guru boleh menyediakanbeberapa set soalan bagi memahami perkembangan bahasa mereka. Contoh ujianyang sesuai dijalankan adalah seperti ujian kriteria. Aspek yang dinilai adalah ucapandan juga bahasa. Komponen yang dinilai adalah seperti bahasa ekspresif dan reseptif,mimik muka atau gesture, pemvokalan yang betul, kepanjangan ayat dan juga ingatanaudiotari. Ujian seperti ini biasanya dilakukan pada usia selepas lahir hingga berumur 7tahun. Selain itu, guru juga boleh melakukan pengujian tidak formal. Pengujian tidakformal dijalankan pada bila-bila masa mengikut keperluan, dijalankan sama ada secaraindividu atau kumpulan, dijalankan secara lisan, tidak melibatkan kemahiran atau unit-unit tertentu dan ia dibina oleh guru serta tidak mempunyai arahan atau prosedur.Contohnya, temubual dengan murid ataupun sesi soal jawab. Melalui soal jawab dantemubual, guru dapat menganalisis kelemahan dan kekuatan murid dalam kemahiranlisan. Selain itu, melalui pengujian tidak formal, guru dapat merekod maklumat yangdiperoleh dan dapat membantu guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Keupayaan bahasa lisan seseorang kanak-kanak bergantung kepadapendedahan yang diterimanya daripada persekitaran selain daripada keupayaankognitif. Pendedahan daripada persekitaran yang mereka terima boleh dalam bentukinteraksi dua hala dan kekerapan berlakunya interaksi itu. Teori interaksi menegaskankepentingan menyediakan peluang-peluang untuk berinteraksi yang lebih luas kepadakanak-kanak untuk membantu mereka menguasai bahasa lisan dengan lebihcekap.Oleh itu, guru perlu memperbanyakan aktiviti lisan dalam pengajaran danpembelajaran di dalam kelas.Kemahiran Lisan dalam Ujian Diagnostik.[ipgksm] Page 30
  31. 31. PKP3106 Jenis – jenis ujian Diagnostik dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kemahiranlisan, kemahiran bacaan dan kemahiran tulisan. Kemahiran Lisan merupakan satudaripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran danpembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspekkemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Kanak-kanakmula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniruserta menuturkannya berulang-ulang. Kemahiran-kemahiran asas dalam kemahiranlisan ialah kemahiran mendengar.Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnyadapat mengecam, mengenal dan mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasibunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantungkepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadarpendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang ituboleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa,mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa,memahami perkataan,konsep dan kemahiran mendengar perkataan. Selain itu, murid-murid dapat memahamiayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa. Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiranbertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa denganpengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda sertahelaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan ”suprapenggalan” inimerupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengahbahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud ataumakna.Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkansuasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberipenekanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa kepentingan kemahiran lisan iaitu manusia menciptalambang-lambang pertuturan sebelum mencipta lambang-lambang tulisan. Kita harusmengutamakan gerak kerja lisan sebelum mengajar kanak-kanak membaca danmenulis.Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mulamendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa denganbahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah mereka[ipgksm] Page 31
  32. 32. PKP3106menginterpretasikan lambang-lambang pertuturan.Kanak-kanak yang telah menguasaibahasa lisan akan mudah melahirkan perasaan dan mengeluarkan pendapat atau buahfikiran. Maka mereka akan lebih berani dan rajin bergaul dengan kanak-kanak lain. Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasadengan pemikiran. Pemikiran melibatkan lambang-lambang tertentu, dengan demikianjika seseorang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang luas, sewajarnya ia tidakdapat mengeluarkan pendapat dengan jelas.Bahasa Melayu khususnya berbeza darisegi pengucapan, intonasi dan tekanan suara.Kebiasaannya penggunaan bahasa lisanmenguntungkan pembinaan bahasa yang baik.Struktur ayat, pembinaan ayat danaspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalah dipelajari secara tidak langsung. Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secara lisan akan membina asasbahasa yang kukuh.Pada prinsipnya guru dikehendaki memperbanyakkan kegiatanlisan di peringkat awal persekolahan. Melalui kegiatan lisan yang banyak di peringkatawal akan menambahkan dan memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak.Maka dengan ini memudahkan kanak-kanak pemulihan untuk belajar.Matlamat pengajaran • Rumusan hasil pentaksiran • Pengenalpastian matlamat pengajaran • Perancangan intervensiCara memperbaiki kelemahan-kelemahan lisan ➢ Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid- murid. ➢ Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid. ➢ Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid-murid. ➢ Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.. ➢ Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.[ipgksm] Page 32
  33. 33. PKP3106 ➢ Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran dan pembelajaran. ➢ Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui susun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.PERKARA-PERKARA PENTING DALAM PENGAJARAN LISAN 1. Penutur yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah. - Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan cukup untuk didengar oleh pendengar yang ada. 2. Pilih, susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan sedia ada murid. 3. Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap mengenai perkara-perkara tertentu. 4. Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal. 5. Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahan-bahan mereka sendiri. 6. Ketika menyampaikan pengajaran, penekanan harus diberi kepada darjah pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran itu dengan : o Memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang mengambil bahagian. o Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu ketika. o Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh si penutur. 7. Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuk sekali dua sahaja. 8. Ulang pelajaran (latih tubi ) yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran yang berikutnya untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid. 9. Semasa murid-murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan jika didapati mereka melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secara spontan.[ipgksm] Page 33
  34. 34. PKP3106TAJUK 5 MENTAKSIR BACAANPengenalan BacaanMembaca adalah salah satu masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanakpemulihan dan juga menjadi punca utama kegagalan kanak-kanak di sekolah. Malah[ipgksm] Page 34
  35. 35. PKP3106dikatakan juga bahawa kegagalan membaca akan membawa kepada perlakuan salahlaku, cemas, kurang motivasi, dan perasaan rendah diri (Mercer, 1992). Membacaadalah kemahiran yang kompleks dan banyak definisi diberikan untuk menjelaskanmaksud bacaan. Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan.Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untukmemperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis.Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseoranguntuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atauperkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui,dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya(Marohaini Yusoff, 1999). Dua definisi yang diberikan ini sudah cukup untukmenjelaskan bahawa kemahiran membaca adalah satu proses yang kompleks. Berdasarkan definisi-definisi membaca yang ditelitinya, Marohaini Yusoff (1989)telah merumuskan proses membaca seperti berikut: 1. Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca. 2. Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman selain pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya, untuk menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu dapat menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna perkataan- perkataan yang dibacanya. 3. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa yang dibaca. Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, danpengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya. Dalam sesuatuproses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti berikut:[ipgksm] Page 35
  36. 36. PKP3106 i. Mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat. ii. Mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna. iii. Menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia ada di kepala. iv. Mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan dan ayat sehingga menjadi sebuah idea yang lengkap. v. Mencuba untuk menghuraikan idea kepada orang lain.Proses Kemahiran MembacaKemahiran membaca mengandungi dua proses asas iaitu kemahiran memecahkan koddan kefahaman. Kemahiran memecahkan kod melibatkan pemahaman tentanghubungan antara huruf-huruf dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentukyang sama dengan bahasa lisan. Oleh itu, kemahiran memecahkan kod ataupundikenali sebagai “nyah kod” membolehkan seseorang menyebut perkataan yang ditulisdengan betul. Manakala proses kefahaman pula membolehkan seseorang memahamimakna sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.Faktor-faktor Yang Berkaitan Dengan MembacaAntara faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca seseorang adalah kesediaanmembaca. Kesediaan adalah faktor penting sebelum seseorang kanak-kanakmenguasai sesuatu kemahiran. Seorang kanak-kanak tidak boleh terus berjalansekiranya otot-otot anggota kakinya cukup kuat untuk berdiri dan seterusnya berjalan.Oleh itu bagi persediaan untuk kanak-kanak berjalan, dia akan memulakan denganmerangkak, duduk, bangun, berdiri, bertatih, dan barulah berjalan. Begitu juga dengan[ipgksm] Page 36
  37. 37. PKP3106membaca, seseorang kanak-kanak harus mempunyai keadaan perkembangan yangdiperlukan terlebih dahulu sebelum kemahiran membaca diajar kepadanya. Sementara itu, antara faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membacakanak-kanak adalah keadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi, motivasidan sahsiah, kecerdasan, pengamatan dan penguasaan bahasa. Keadaan fizikalmerujuk kepada keadaan mata, telinga, dan organ pertuturan yang sempurna.Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman bermakna akandapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. Misalnya mendengar cerita,lawatan ke perpustakaan atau ke kedai buku, ibu bapa yang kerap berbual dengananak mereka dan sebagainya. Keadaan rumah tangga dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembanganemosi, motivasi dan sahsiah kanak-kanak. Ini kerana dorongan yang diberikan oleh ibubapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak. Manakala kecerdasan danperkembangan kognitif juga turut mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak.Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebihcepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Selain itu, keupayaan pengamatan turut menjadi faktor dalam mempengaruhikemahiran membaca misalnya kemahiran diskriminasi penglihatan dan diskriminasipendengaran. Contohnya, semasa membaca kanak-kanak perlu mendiskriminasikanhuruf dan juga mendiskriminasikan bunyi-bunyi huruf. Ini melibatkan kemahiranpengamatan penglihatan dan pendengaran. Kanak-kanak yang menguasai bahasadengan baik juga akan dapat belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapatmembaca dengan baik kerana bahasa adalah alat komunikasi manusia untukmelahirkan fikiran, perasaan, kehendak dan sebagainya. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan juga guru untukmemastikan kanak-kanak sudah mempunyai kesediaan membaca yang mencukupisebelum mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak.Peringkat-Peringkat Mengajar Bacaan[ipgksm] Page 37
  38. 38. PKP3106Pengajaran bacaan yang dijalankan boleh guru bahasa tertumpu kepada duakemahiran iaitu bacaan secara kuat iaitu bacaan mekanis dan bacaan secara senyapiaitu bacaan mentalis. Kemahiran membaca kuat lebih menumpukan kepada kemahiransebutan, intonasi, dan gaya membaca. Manakala bacaan senyap merupakankemahiran membaca untuk memahami dan juga kepantasan membaca petikan sesuatubahan. Mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak hendaklah dibuat secaraberperingkat-peringkat supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca denganbaik. Kamarudin Hj. Husin (1988) membahagikan pengajaran bacaan kepada limaperingkat iaitu peringkat menyediakan murid, peringkat mendirikan asas, peringkatmelatih membaca dan memahami, peringkat melatih membaca untuk hiburan ataumencari maklumat dan peringkat membina dan mengukuhkan sikap gemar membaca. Apabila kanak-kanak memasuki tahun satu persekolahan, guru perlu menyiasatterlebih dahulu tahap kesediaan murid terutamanya penguasaan bahasa dan jugaemosi murid. Pengetahuan guru tentang tahap kesediaan membaca murid dan jugakemahiran sedia ada murid akan dapat membantu guru untuk menyediakan murid bagipelajaran membaca. Peringkat mendirikan asas bacaan sangat penting dalam pengajaran kemahiranmembaca kepada murid-murid. Pada peringkat ini, guru perlu menggunakan pelbagaialat bantu mengajar dan juga bahan bacaan yang sesuai. Bahan bacaan yangdigunakan hendaklah ringkas, menarik dan bermakna. Kemahiran asas bacaanbermula dengan mengenal abjad, suku kata, perkataan, frasa dan seterusnya ayat.Pada peringkat ini juga, galakan dan dorongan perlu diberikan kepada murid secaraberterusan. Peringkat seterusnya adalah melatih membaca dan memahami. Pada peringkatini, bahan bacaan yang digunakan hendaklah dipilih dengan baik. Selain menekankanaspek sebutan dan kelancaran, guru juga mula menekankan aspek pemahaman.Kebiasaan, murid yang membaca nyaring boleh dikurangkan kepada bacaan senyapsecara beransur-ansur. Soalan-soalan guru yang berkaitan dengan bahan yang dibacaakan membantu murid membina kemahiran memahami.[ipgksm] Page 38
  39. 39. PKP3106 Setelah kanak-kanak sudah boleh membaca dengan lancar dan seterusnyamemahami isi bahan yang dibaca, mereka akan menggunakan kemahiran ini untukmemilih bahan bacaan lain untuk mencari maklumat dan juga untuk mengisi masalapang. Guru boleh membantu kanak-kanak dengan mengajar mereka kemahiranmencari maklumat di pusat sumber dan juga internet. Akhir sekali adalah peringkat membina sikap suka membaca. Sikap sukamembaca hendaklah dipupuk di peringkat sekolah lagi supaya sebati dengan jiwakanak-kanak. Kebiasaannya, sekolah kerap mengadakan pertandingan membaca,pameran buku, peraduan mengarang, dan sebagainya.Pendekatan Pengajaran BacaanTerdapat dua pendekatan pengajaran bacaan iaitu kaedah “bottom-up” dan “kaedah“top-down”. Kaedah “bottom-up” bermaksud membaca dari bawah ke atas. Membaca dalamproses “bottom-up” merupakan proses yang melibatkan ketepatan, butiran danrangkaian persepsi serta identifikasi huruf-huruf, kata-kata, pola ejaan dan unit bahasa.Menurut pendekatan ini, petikan yang menentukan pemahaman seseorang. MenurutBrown (2001), proses bottom-up adalah proses membaca terlebih dahulu denganmengetahui pelbagai tanda linguistik seperti huruf, morfem, suku kata, frasa, petunjukgramatik dan tanda wacana. Kemudian menggunakan mekanisme pemprosesan yangmasuk akal, koheren dan bermakna. Untuk memahami bacaan berdasarkan kaedah ini,pembaca memerlukan kemahiran yang berkaitan dengan lambang bahasa yangdigunakan dalam teks. Dalam kemahiran membaca, pendekatan “top-down” juga dikenali sebagai modelpsikolinguistik dan ia dikembangkan oleh Goodman (1976). Pendekatan ini berkaitandengan kemahiran membaca yang menjadi sebahagian daripada proses skemaseseorang iaitu membaca secara terus-menerus untuk menguji sama ada untukmenerima atau menolak hipotesis yang dibuat semasa proses membaca. Maklumatgrafik hanya digunakan untuk menyokong hipotesis tentang makna. Pembaca tidak[ipgksm] Page 39
  40. 40. PKP3106hanya memerlukan maklumat grafik daripada bacaan kerana mereka telah memilikimodel bacaan sendiri untuk memahami bacaan. Berdasarkan pendekatan ini, sebelummembaca seseorang itu membuat ramalan ataupun hipotesis berkaitan dengan apayang mungkin ada dalam bahan bacaan dengan bermodalkan pengetahuan tentang isidan bahasa yang dimilikinya. Untuk membantu pemahaman berkaitan dengan pendekatan ini, pembacamenggunakan strategi berdasarkan kepada penggunaan petunjuk semantik dansintaksis. Ini bermakna, untuk mendapatkan makna bacaan, pembaca dapatmenggunakan petunjuk tambahan yang merupakan kompetensi berbahasa yang iamiliki. Jadi, kompetensi berbahasa dan pengetahuan tentang apa saja memainkanperanan yang penting dalam membentuk makna bacaan. Kesimpulannya, pendekatanini melibatkan pengetahuan, pengalaman dan kecerdasan pembaca untuk memahamibacaan.Masalah-Masalah Dalam BacaanMasalah-masalah dalam bacaan dapat dibahagikan kepada dua iaitu masalah berkaitandengan kebolehan memecah kod dan masalah berkaitan kefahaman. Masalahberkaitan dengan kebolehan memecahkan kod dapat dibahagikan kepada bentuk huruf,peringkat suku kata, kesukaran dalam pengamatan dan kesukaran membaca peringkatayat. Antara masalah bentuk huruf ialah tidak dapat membezakan huruf kecil yangseakan-akan sama bentuknya, huruf yang terbalik, bunyi huruf yang seakan-akansama, keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya, menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda dan keliru menamakan huruf besar dan huruf kecilkerana bentuknya berubah. Masalah pada peringkat suku kata pula, murid tidak boleh mengadun ataumembatang suku kata terbuka atau tertutup, keliru membunyikan suku kata yangmelibatkan e taling dan e pepet, tidak boleh membunyikan dengan betul setelahmengeja atau membatang suku kata, tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata[ipgksm] Page 40
  41. 41. PKP3106VK di awal perkataan, salah memecah atau membatang suku kata, tidak bolehmembatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata, keliru membatangperkataan yang mengandungi Diftong atau vokal berganding, tidak boleh membunyikanperkataan yang mengandungi Diagraf di awal perkataan dan tidak boleh membatangsuku kata yang melibatkan imbuhan. Manakala masalah dalam kesukaran dalam pengamatan pula adalah bolehmengeja tetapi tidak boleh membunyikan, mengeja sebelum membaca, bolehmembatang suku kata tetapi gagal menyebut, menggantikan bunyi suku kata dalamperkataan, menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan, salah menyebutperkataan yang seakan-akan rupanya, keliru ejaan bahasa Melayu dengan bahasaInggeris, salah menyebut atau membunyikan perkataan yang seakan-akan sama danmenyebut perkataan mengikut loghat. Seterusnya adalah kesukaran membaca peringkat ayat. Mereka cenderungmenggantikan perkataan dengan perkataan lain, tertinggal, pembalikan perkataan,mengulang, merangkak-rangkak dan membaca mengikut loghat. Masalah berkaitan dengan kefahaman pula, murid tidak dapat memahami maknasesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.CARA PENTAKSIRAN BACAAN • Senarai semak • Analisis ralat • Pengujian berdasarkan kurikulumAntara cara pentaksiran yang boleh dilakukan oleh guru ialah senarai semak, analisisralat dan pengujian berdasarkan kurikulum. Pengujian berdasarkan kurikulum dapatdibahagikan kepada empat iaitu kemahiran memecahkan kod, kemahiran mengenalperkataan, kefasihan membaca dan kefahaman. (Rujuk Rajah 5) Senarai semak adalah satu senarai yang merangkumi instrumen tertentu untukmengenal pasti tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca. Sementara itu,[ipgksm] Page 41
  42. 42. PKP3106pentaksiran analisis ralat pula berkaitan dengan kesilapan yang dibuat oleh murid yangboleh dijadikan sebagai petunjuk berkaitan dengan kemahiran yang masih belumdikuasainya. Murid akan kerap melakukan kesilapan bagi sesuatu kemahiran yangmasih belum dikuasainya. Oleh sebab itu, guru harus mengkaji ralat yang terdapatdalam kerja latihan murid untuk mengenal pasti kemahiran yang harus diajar. Sementara itu, pengujian berdasarkan kurikulum pula bermaksud ujian yangdijalankan berdasarkan kandungan kurikulum yang digunakan di sekolah. Ujian yangboleh dilaksanakan adalah Ujian Rujukan Kriteria (URK). Ia merupakan satu ujianyang direka oleh guru pemulihan untuk menilai setakat mana kemahiran yang telahdiajar kepada murid dalam satu tempoh tertentu. Kebiasaannya, kemahiran yang diujihanya tertumpu kepada satu aspek sahaja. Ujian hanya akan dijalankan selepas satu-satu kemahiran diajar kepada murid dalam masa yang tertentu. Tujuannya adalah untukmenilai sama ada murid telah menguasai kemahiran tersebut ataupun tidak. Untuk menentukan penguasaan, guru biasanya akan tetapkan kriteriapencapaian, iaitu jawapan yang diberikan tepat mengatasi tahap peratus (%) yangditentukan oleh guru. Contoh 70% hingga 80%. Guru boleh menggunakan URK untukkemahiran memecahkan kod dan kemahiran mengenal perkataan. Contohnya untukmenguji kebolehan membaca KVKV. Selepas membaca perkataan KVKV selama 3minggu, guru menguji sama ada murid telah menguasai kemahiran yang telah diajardalam tempoh berkenaan dengan menyediakan sepuluh perkataan KVKV yang pernahdiajar untuk menguji murid. Dalam borang catatan, guru menulis ‘apabila didedahkankepada 10 patah perkataan KVKV yang pernah diajar, murid dapat membaca dengantepat tujuh daripada 10 perkataan yang ditunjukkan’. Guru mula menguji denganmemberi murid 10 perkataan KVKV dan murid membaca perkataan. Kalau muridberjaya membaca tujuh perkataan atau lebih dengan tepat, guru akan jadikan sebagaibukti bahawa kemahiran telah dikuasai. Maka guru bolehlah mengajar kemahiran yangbaru. Selain itu, guru juga boleh melaksanakan Ujian Diagnostik (UD). UDdilaksanakan untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci masalah dalampembelajaran yang dihadapi oleh murid. Dengan ujian ini, guru boleh mengenal pastisama ada murid dapat membaca perkataan dan ayat yang ditulis dengan betul ataupun[ipgksm] Page 42
  43. 43. PKP3106tidak dengan mengadakan ujian lisan. Contohnya, murid membaca ayat tunggal yangditunjukkan oleh guru semasa ujian lisan dilaksanakan dan guru merekod kesalahanmurid. Seterusnya adalah untuk menguji kefasihan membaca. Ujian yang bolehdilaksanakan adalah Ujian “speed”. Ujian ini perlu dihabiskan dalam masa yang agakterhad dan dilakukan secara tidak formal. Misalnya, murid membaca petikan yangdiberikan oleh guru dalam masa yang telah ditetapkan. Guru merekod kesalahan murid.Seterusnya untuk menguji kefahaman murid, guru boleh memberikan petikan danmenyediakan soalan berdasarkan petikan yang diberikan. Melalui ujian ini, guru dapatmengenal pasti sama ada murid memahami apa yang dibaca ataupun tidak.Kemahiran Bacaan dalam Ujian Diagnostik. Selain daripada kemahiran lisan, kemahiran membaca adalah kemahiran bahasayang penting dikuasai oleh seseorang individu. Kita mungkin tidak dapat bersama-samadengan orang lain sepanjang masa, oleh itu melalui bacaan kita dapat memahamimesej yang disampaikan oleh orang lain melalui tulisan. Pengertian bacaan adalah luasiaitu tidak hanya terhad kepada maksud membunyikan tulisan atau “barking at words”semata-mata. Membaca secara senyap dengan memberi penekanan kepadamemahami apa yang dibaca adalah sangat penting. Bagi seseorang pelajar, membaca merupakan kunci kejayaan akademiknya,sumber kepada penambahan ilmu pengetahuan, dan kunci kepada keupayaanmenikmati hasil penulisan untuk mengisi masa lapangnya. Pengajaran kemahiranmembaca kepada kanak-kanak memerlukan kaedah dan teknik tertentu supaya merekadapat menguasai kemahiran membaca dengan baik sama ada membaca secaranyaring atau membaca secara senyap. Bagi kanak-kanak masalah pembelajaran pula,[ipgksm] Page 43
  44. 44. PKP3106mereka memerlukan kaedah dan teknik mengajar yang lebih khusus sesuai keupayaandan kebolehan mereka. Menurut Frak Smith (1971),Membaca adalah satu operasi “psycholinousitic” .Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaranbahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang diterima. Atan Long(1976): Membaca adalah proses kembalikan daripada proses menulis kepada prosesmentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buahfikiran daripada bahan bertulis itu.Kesimpulannya, membaca adalah prosesmemindahkan lambang-lambang bertulis kepada suara,memahami makna-makna yangterkandung di dalamnya serta membuat perkaitan makna-makna tersebut denganpengalaman sedia ada murid.PENTAKSIRAN BACAAN Kebanyakan guru menggunakan pelbagai pendekatan yang berbeza dalamproses pembelajaran dan pengajaran untuk kemahiran membaca. Kebanyakannyaadalah bergantung dengan latar belakang dan orientasi murid terbabit. Berdasarkanfaktor itu, guru akan dapat menggunakan satu atau lebih pendekatan. Antarapendekatan yang digunakan adalah seperti orientasi dalam bacaan, berpandukanarahan dan menggunakan maklumat. Bagi kemahiran bacaan, untuk melakukan pentaksiran ujian diagnostik perlulahdilakukan. Ujian diagnostik bacaan digunakan oleh guru untuk mendapatkan maklumatdan membantu guru mengenalpasti daerah kelemahan pelajar berkenaan. Ujian inimengandungi beberapa komponen mana perlu mahir dikuasai oleh murid-murid iaitufonologi, morfolgi, sintaksis dan semantik. Kemahiran dalam pembacaan ini jugamerangkumi pengecaman huruf dan perkataan penyebutan serta pemahaman[ipgksm] Page 44
  45. 45. PKP3106terhadapa apa yang dibaca. Ujian ini akan dilaksanakan secara individu dan dilakukandi tempat kebiasaan murid. Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam bacaan.Antaranya adalah seperti masalah disleksia. Misalnya murid itu akan mengalamimasalah apabila dua perkataan yang berbeza bunyi dilambangkan oleh huruf yangsama iaitu semak ( belukar) dan semak (lihat semula). Selain itu, murid ini juga akanmembaca secara terbalik. Mereka juga tidak dapat membuat hubung kait antara bunyiperkataan dengan huruf yang menyebabkan mereka terpaksa membunyikan setiapperkataan yang dibaca. Dalam melaksanakan pentaksiran bacaan, terdapat beberapa aspek yang perludilihat terlebih dahulu. Antaranya ialah, pentaksiran tersebut perlulah dilakukan secaravariasi dan mengambilkira tentang kebolehan untuk kebolehan memproses bacaanyang kompleks. Selain itu, ujian yang diberikan hendaklah berdasarkan umur murid.Pentaksiran yang dilakukan ini mestilah tidak berat sebelah dan perlu mengambil kirajenis ujian yang dijalankan. Pendekatan yang berbeza harus dilakukan semasamembuat pentaksiran yang melibatkan aspek bacaan, menulis dan bahasa. Penilaian yang dilakukan semasa melakukan pentaksiran adalah berdasarkanprob, analisis kesalahan, ”think aloud”, retelling, deskripsi lisan, hasil tulisan selepasbacaan, senarai semak dan soalan, temubual, perbualan, jurnal murid, persembahanoleh murid, dan juga penilaian kendiri. Dalam melakukan ujian diagnostik, aktiviti yang boleh dilakukan adalah denganmelakukan bacaan mekanis. Bacaan mekanis ini diuji melalui ketepatan sebutan dankelancaran membaca. Pelajar boleh diuji membaca huruf , suku kata , perkataaan, ayatdan teks. Antara kesilapan yang seringkali dilakukan adalah menyebut huruf kecil yanghampir sama bunyi seperti b-d iaitu buku-duku. Selain itu terdapat juga kesilapan dalammenyebut huruf yang hampir sama bentuk seperti m-n iaitu mama dan mana. terdapatjuga kesilapan dalam meyebut bunyi konsonan bergabung iaitu kh, ng, ny, sy. Contohperkataan khamis akan disebut sebagi kamis. Kesilapan yang dapat dinilai dalambacaan mekanis juga dapat dilihat ketika menyebut perkataan yang mana kakak[ipgksm] Page 45
  46. 46. PKP3106disebut katak dan sesetengah juga menterbalikkan perkataan seperti bala menja laba.Murid yang mengalami masalah bacaan juga akan mengalami kekeliruan denganorientasi huruf iaitu u dengan n dan keliru huruf besar dan huruf kecil yang berbezabentuk seperti A-a. Aktiviti bacaan mekanis akan diuji melalui ketepatan sebutan dan kelancaranmembaca. Beberapa perenggan dan teks akan disusun daripada sangat mudah kepadasemakin susah. Sementara itu guru akan menyemak teks untuk mengenal pasti jeniskesilapan yang dilakukan. Antara kesilapan yang seringkali dilakukan oleh muridsemasa melakukan proses bacaan adalah seperti ”insertion”, ”substitution” ,”inversion” , ”omission” dan banyak lagi. Selain itu, murid juga akan diuji mengenai kefahaman mereka terhadap bacaanyang dibaca. Terdapat 3 jenis kefahaman yang dinilai ialah kefahaman literal,kefahaman inferens dan kemahiran mendengar. Kefahaman literal adalah merupakankefahaman yang diuji selepas murid membaca teks. Murid akan disoal berdasarkanmaklumat yang terdapat dalam teks. Kefahaman inferens pula memerlukan belajaruntuk berfikir secara analitikal dan mampu memberikan huraian, pandangan ataupenjelasan dan mampu mempamerkan kefahaman terhadap teks yang dibaca. Muridjuga mampu membuat andaian atau ramalan. Bagi kemahiran mendengar pula, muridakan diperdengarkan teks terlebih dahulu, kemudian akan diuji dengan soalan samaada berbentuk literal atau inferens.[ipgksm] Page 46
  47. 47. PKP3106TAJUK 6 MENTAKSIR KEMAHIRAN MENULISKemahiran Menulis • Tulisan • Ejaan • MengarangTULISANPengenalanDon Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialahpenggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambangbunyi yang kita buat semasa kita bercakap.Peranan tulisan • Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea[ipgksm] Page 47
  48. 48. PKP3106 • Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas. • Meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan. • Mendedahkan kanak-kanak cara penulisan yang betulPeringkat-peringkat kemahiran menulis 1. Pramenulis • Peringkat persediaan sebelum murid dapat menulis dengan kemas. 2. Mekanis(mendirikan asas) • Selepas pratulisan dan mereka dilatih membentuk lambang-lambang tulisan 3. Pelahiran (mental) • Melahirkan fikiran murid secara bertulis.PramenulisMurid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengankemas dan betul. Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan matadiberikan kepada murid. Contoh aktiviti pramenulis : • Menulis dari kiri ke kanan • Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan. • Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis. • Menyambung titik • Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat. • Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk • Melukis gambarMekanis[ipgksm] Page 48
  49. 49. PKP3106Murid-murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalamabjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat.Contoh aktiviti: • Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang. • Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus- putus. • Latihan menulis huruf dalam suku kata. • Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar. • Latihan menyalin frasa atau ayat. • Latihan menyalin ayat daripada buku.PelahiranAnda boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat ini dengan jenis-jenispenulisan terkawal, berpandu, separa terkawal, dan separa berpandu. Kemudianmereka boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif. Contoh aktiviti: • Menulis jawapan pemahaman • Menulis karangan • Menulis ayat berdasarkan gambar • Membina ayat • Memanjangkan ayat • Menulis rencana • Mengisi silang kata • Melengkapkan ayat.MASALAHKaminsky dan Powers (1981) telah mengenal pasti lima masalah yang ditunjukkan olehkanak-kanak dalam tulisan tangan. (a) Kecelaruan persepsi visual, iaitu ketidakupayaan mengingat bagaimana huruf itu kelihatan dan untuk memperlihatkan semula huruf-huruf tersebut.[ipgksm] Page 49
  50. 50. PKP3106 (b) Kegagalan menggabungkan imej visual huruf dengan pergerakan motor tangan atau jari yang sesuai. (c) Tidak cekap dan lemah dalam kawalan otot-otot dalaman tangan menjadikan sukar untuk menulis. (d) Ingatan motor yang tidak sempurna berkaitan dengan penyimpanan maklumat- maklumat motor di dalam otak. (e) Kesukaran untuk memahami atau melihat keperluan ruang (spatial) tulisan tersebut.Masalah tulisan mekanis juga dilakukan oleh kanak-kanak semasa menulis sepertiberikut;(a) Bentuk huruf: • Tidak dapat membentuk huruf dengan betul. • Menulis dari kanan ke kiri. • Menulis abjad dan ayat terbalik. • Menulis dengan tiada ketetapan kecondongan. • Menulis abjad tidak lengkap atau tidak sudah. • Menulis perkataan terbalik ( bapa – baqa ).(b) Jarak huruf atau perkataan tidak sesuai;(c) Tulisan menaik atau menurun daripada garisan;(d) Mencampurkan huruf besar dengan huruf kecil saiz huruf dalam perkataan tidakseragam(e) Tulisan yang terlalu kabur hingga sukar dibaca.EJAANDefinisi :Proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untuk melahirkan perkataansecara lisan dan bertulis.[ipgksm] Page 50
  51. 51. PKP3106Huraian :Sebahagian kanak-kanak mahir mengeja tanpa bantuan guru. Kemahiran diperolehmelalui bacaanMasalah Kemahiran Menulis : 1. Lemah dalam ingatan penglihatan a. Tidak dapat ingat dan bayangkan bentuk sebenar perkataan b. Masalah penglihatan (rabun/juling) 2. Lemah dari segi analisis pendengaran a. Tidak dapat tentukan lambang yang wakili bunyi b. Tidak boleh cam perkataan c. Tidak dapat pilih lambang-lambang secara rawak d. Kemungkinan lemah dalam bacaanMENGARANGDefinisi kemahiran mengarangProses / peringkat kemahiran mengarang 1. Pra mengarang 2. Semasa mengarang 3. Pasca mengarangPra mengarangAktiviti pada peringkat ini ialah: 1. Berbincang untuk menentukan format. 2. Berbincang untuk menentukan isi[ipgksm] Page 51
  52. 52. PKP3106 3. Mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak, internet dan bahan eletronik yang lain. 4. Membuat peta minda atau carta alir cerita. 5. Menentukan watak 6. Menyaring bahan. 7. Menulis drafSemasa mengarangAktiviti pada peringkat ini ialah: 1. Mentransformasikan perancangan kepada bentuk karangan. 2. Menentukan format 3. Mengambil kira aspek penghuraian yang melibatkan kosa kata, wacana, sistem bahasa, gaya bahasa, tanda baca dan ejaan. 4. Mengambil kira aspek kohesi dan koherenPasca mengarangAktiviti pada peringkat ini ialah: 1. Menyemakkarangan 2. Melakukanpembetulan 3. Membuat penambahan sekiranya perlu 4. Menghantar karanganMasalah dalam mengarang • Penggunaan dialek (tidak menggunakan bahasa baku) • Kesilapan tatabahasa • Kesilapan ejaan • Kesilapan istilah[ipgksm] Page 52
  53. 53. PKP3106 • Kesalahan struktur ayat • Ketidakrevelan isiCARA PENTAKSIRAN KEMAHIRAN MENULISSenarai semak Satu senarai deskripsi diberikan dan responden hanya menanda deskripsi yangdianggap tepat berkaitan murid yang ditaksirkan.Pemerhatian Merupakan satu kaedah yang selalu dijalankan oleh para professional untuk mengumpul maklumat khususnya berkaitan tingkah laku seseorang murid. Pemerhatian yang dibuat perlu direkodkan dan terdapat beberapa cara untuk merekodkan hasil pemerhatian : Temubual : • Guru boleh mendapat maklumat berkaitan murid dengan menemubual ibu bapa, guru-guru yang lain, atau rakan sebaya murid. Pentaksiran Kendiri, rakan sebaya dan kerja berkumpulan • Pentaksiran kendiri memerlukan perhatian khusus daripada guru kerana mungkin ramai murid memerlukan bantuan mempelajari bagaimana untuk menilai kemahiran akademik dan prestasi dengan tepat. • Murid perlu dimaklumkan tentang kriteria tugas khusus untuk prestasi (pentaksiran rujukan kriteria). Murid juga mungkin memerlukan bantuan dalam mempelajari[ipgksm] Page 53
  54. 54. PKP3106 bagaimana untuk menyimpan rekod dan mengulas ringkasan kerja. Jenis pemerhatian Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu: I. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian (interpretation) dan tanggapan (judgement). Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa. II. Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara “open ended”. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan. Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuense.Analisis Sampel Salah satu sumber maklumat sedia ada berkaitan sampel-sampelKerja kerja yang dihasilkan murid berikut dalam mata pelajaran yang dipelajarinya. Analisis Tugasan Untuk mengajar murid menjalankan tugasan dengan jayanya, kemahiran kecil yang masih tidak dapat dilakukan oleh murid perlu diajar, guru perlu mengenalpasti apakah kemahiran kecil yang terdapat[ipgksm] Page 54
  55. 55. PKP3106 dalam satu kemahiran dan kemudian membantu murid menjalankan tugasan tersebut. Analisis Ralat • Kesilapan yang dibuat oleh murid boleh dijadikan sebagai petunjuk tentang kemahiran yang masih belum dikuasainya.Ujian Rujukan • Pentaksiran Rujukan Kriteria (PRK) ialah pentaksiran yangKriteria dilaksanakan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan terlebih awal tanpa membandingkan seseorang murid dengan murid yang lain tetapi membandingkan pencapaian murid dengan setkriteria yang telah ditetapkan itu. • Dijalankan selepas mempelajari sesuatu kemahiranInventori Ejaan Inventori tidak formal merupakan ujian yang dibina untukTidak Formal mengukur setakat mana murid telah menguasai kemahiran-kemahiran yang terkandung dalam sukatan yang digunakan di sekolah. Sekiranya guru ingin membina inventori ejaan tidak formal bagi menguji kebolehan murid dalam kemahiran mengeja guru akan merujuk kepada sukatan Bahasa Melayu untuk mengetahui kemahiran-kemahiran yang terkandung di dalam kedua-dua aspek tersebut. Berdasarkan rujukan yang dibuat item-item ujian akan dibina untuk menguji murid Langkah-langkah untuk membina sesuatu inventori ejaan tidak formal adalah seperti berikut : • Tentukan dulu kemahiran dalam sukatan yang[ipgksm] Page 55
  56. 56. PKP3106 a n d a i n g i n g u n a k a n u n t u k menguji murid, contohnya ejaan vkv • Kenal pasti bahagian sukatan yang sesuai digunakan untuk ujian berdasarkan umur, darjah dan tahap kebolehan murid • Sediakan item-item ujian bagi setiap bahagian sukatan dengan memberi tumpuan kepada aspek-aspek penting setiap bahagian • Pastikan bahawa bilangan item yang digunakan adalah dikawal • Susunkan item-item ujian daripada yang paling senang kepada yang paling susah.MATLAMAT PENGAJARAN 1. Rumusan hasil pentaksiran (pelaporan dan tindakan susulan) • Proses penyampaian maklumat penilaian dari semasa ke semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, penerapan nilai, sikap dan pencapaian murid. • Guru seharusnya memerhati perkembangan murid secara berfokus berdasarkan pelbagai kecerdasan, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran menyelesaikan masalah, potensi yang menyeluruh dan ketrampilan diri mengikut tahap keupayaan mereka.[ipgksm] Page 56
  57. 57. PKP3106 • Rumusan hendaklah dibuat berdasarkan maklumat yang diperolehi hasil daripada analisis data melalui kesemua instrumen serta penilaian hasil kerja murid. 1. Pengenalpastian matlamat pengajaran Tujuan Mentaksir Kemahiran Menulis adalah untuk mengenalpasti sama ada murid; • Boleh menulis secara mekanis dan membina perenggan berdasarkan panduan / rangsangan. • Menulis teks prosa (naratif/diskriptif/fungsional) dan puisi berdasarkan panduan dan rangsangan. • Menulis pelbagai teks berdasarkan panduan dan rangsangan. 1. Perancangan intervensi Intervensi- tindakan susulan @kelas lanjutan yang diambil dan dijalankan oleh guru atau pihak-pihak yang bertanggungjawab bagi membantu murid yang belum menguasai kemahiran menulis. BAGAIMANA PERANCANGANNYA?? Dengan memfokuskan kepada Strategi Pengajaran dan Pembelajaran ; • Berpusatkan Guru • Berpusatkan Murid • Berpusatkan Bahan • Pendekatan (Kelas, Berkumpulan, Individu) • Teknik (Bercerita, main peranan, soal jawab,lakonan, menyanyi).[ipgksm] Page 57

×