TEKS UCAPAN ALU-ALUAN   PENGARAH MARA NEGERI MELAKA SEMPENA MAJLIS   PENUTUP KARNIVAL USAHAWAN MARA JASIN 2008BISMILLAH………...
Y. B. DATUK PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,    TAHUN INI, PIHAK MARA SEKALI LAGI BERSAMA – SAMA    MENJALINKAN       KERJASAM...
Y. B. DATUK PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,  DALAM      USAHA    MELAHIRKAN     LEBIH     RAMAI    USAHAWAN  TERUTAMANYA     ...
PADA KETIKA INI, MARA MASIH MENGEKALKAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN SEDIA ADA SEPERTI KEMUDAHAN PEMBIAYAANPERNIAGAAN, KEMUDAHAN PE...
KEPADA    YDP   MAJLIS   DAERAH   JASIN   DAN   SELURUH    KAKITANGAN YANG SERING MEMBERI KERJASAMA DAN    KOMITMEN YANG J...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Teks ucapan 2008

3,912 views
3,715 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
3,912
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
38
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Teks ucapan 2008

  1. 1. TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PENGARAH MARA NEGERI MELAKA SEMPENA MAJLIS PENUTUP KARNIVAL USAHAWAN MARA JASIN 2008BISMILLAH………ASSALAMMUALAIKUM W.B.T. ALHAMDULILLAH SAYA MEMANJATKAN RASA KESYUKURAN KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN IZIN DAN RAHMATNYA DAPAT KITA BERKUMPUL BERSAMA DI DALAM MAJLIS YANG AMAT BERMAKNA INI BAGI MENYEMPURNAKAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL USAHAWAN MARA 2008 DI DAERAH JASIN YANG TELAH BERLANGSUNG SELAMA 4 HARI 4 MALAM BERMULA PADA 24 JANUARI 2008 YANG LALU. SAYA MEWAKILI MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) NEGERI MELAKA INGIN MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA Y.B. DATUK SAMSU BAHARUN BIN ABD RAHMAN, SETIAUSAHA PARLIMEN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI MALAYSIA KERANA SUDI MEMENUHI UNDANGAN PIHAK JAWATANKUASA KARNIVAL BAGI MENYEMPURNAKAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PADA PETANG INI.
  2. 2. Y. B. DATUK PARA HADIRIN YANG DIHORMATI, TAHUN INI, PIHAK MARA SEKALI LAGI BERSAMA – SAMA MENJALINKAN KERJASAMA DENGAN PIHAK MAJLIS PERBANDARAN JASIN ( MPJ ) UNTUK MEREALISASIKAN PROGRAM KARNIVAL USAHAWAN MARA JASIN 2008 SEMPENA ULANGTAHUN MAJLIS MPJ DAN INI MERUPAKAN USAHASAMA BUAT KALI KE 7 TAHUN BERTURUT-TURUT. DALAM HAL INI, MARA MELIHAT KARNIVAL USAHAWAN MARA DAERAH JASIN 2008 INI MERUPAKAN SALAH SATU PLATFORM BAGI MEMPERLUASKAN JARINGAN PERNIAGAAN YANG TELAH LAMA BERTAPAK MAHUPUN USAHAWAN-USAHAWAN YANG BARU MELANGKAH KE DUNIA PERNIAGAAN. IA JUGA SEBAGAI USAHA UNTUK MENGGALAKKAN DAN MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA MASYARAKAT UNTUK MEMILIH KEUSAHAWANAN SEBAGAI KERJAYA PILIHAN UTAMA SELARAS DENGAN TAGLINE KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI IAITU KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN. PADA TAHUN INI SAHAJA SERAMAI 34 USAHAWAN BUMIPUTERA TELAH MENYERTAI EKSPO USAHAWAN MARA JASIN 2008 DARI SEKITAR NEGERI MELAKA MALAH PESERTA DARIPADA JOHOR DAN SELANGOR JUGA TURUT SERTA.
  3. 3. Y. B. DATUK PARA HADIRIN YANG DIHORMATI, DALAM USAHA MELAHIRKAN LEBIH RAMAI USAHAWAN TERUTAMANYA DIKALANGAN BUMIPUTERA, MARA AKAN SENTIASA MENGAMBIL USAHA YANG BERTERUSAN UNTUK MEMBUKA MATA DAN PEMIKIRAN TERHADAP DUNIA KEUSAHAWANAN SEBAGAI CONTOH PENGENALAN KEPADA PROGRAM PERUNCITAN BUMIPUTERA YANG MENAWARKAN PELBAGAI JENIS PERNIAGAAN DI DALAM DAN LUAR NEGARA. JUSTERU ITU IANYA DAPAT MENGURANGKAN KEBERGANTUNGAN KEPADA PASARAN PEKERJAAN SEDIA ADA YANG MASIH BELUM MENJAMIN UNTUK MENDAPATKAN PEKERJAAN YANG SEALIRAN DENGAN KELAYAKAN AKADEMIK YANG DIMILIKI.. SETELAH 50 TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA KITA, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMBUKA MINDA DAN MEMBEBASKAN FIKIRAN KE ARAH PEMBENTUKAN PEMIKIRAN YANG LEBIH POSITIF. SELARAS DENGAN PENUBUHAN MARA YANG AMAT SENONIM DENGAN KEMERDEKAAN YANG BERUSAHA UNTUK MENGURANGKAN JURANG EKONOMI, SOSIAL DAN PEMBANGUNAN YANG SEIMBANG ANTARA BANDAR DAN LUAR BANDAR, MARA MAHU KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH MARA DIGUNAKAN SECARA MAKSIMUM DAN BERKESAN AGAR TUJUAN UNTUK MELAHIRKAN MASYARAKAT PERDAGANGAN, PERINDUSTRIAN BUMIPUTERA (MPPB) MENJADI KENYATAAN.
  4. 4. PADA KETIKA INI, MARA MASIH MENGEKALKAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN SEDIA ADA SEPERTI KEMUDAHAN PEMBIAYAANPERNIAGAAN, KEMUDAHAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTURPERNIAGAAN, KEMUDAHAN PEMBIAYAAN PELAJARAN,PENDIDIKAN MENENGAH DAN TINGGI SERTA KEMUDAHANDALAM URUSAN PEMBANGUNAN USAHAWANAN.WALAUBAGAIMANAPUN, SAYA TIDAK DAPAT MENERANGKANSECARA TERPERINCI MENGENAI SETIAP PROGRAM TERSEBUTDALAM WAKTU YANG TERHAD INI, NAMUN SAYA AMATBERHARAP DAN MENGALU-ALUKAN PARA USAHAWAN HADIRKE PEJABAT MARA NEGERI ATAU MANA-MANA PEJABAT MARADAERAH UNTUK MENDAPATKAN PENERANGAN YANG LEBIHLANJUT LAGI DAN MEMANFAATKAN KEMUDAHAN YANGSEDIAKAN OLEH PIHAK MARA INI.Y. B. DATUK PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,SEKALI LAGI, SAYA INGIN MERAKAMKAN UCAPAN TERIMAKASIH KEPADA Y.B. DATUK SAMSU BAHARUN BIN ABDRAHMAN, KERANA SUDI HADIR MEMENUHI JEMPUTAN BAGIMENYEMPURNAKAN MAJLIS PADA PETANG INI.TIDAK LUPA JUGA Y.B. DATUK WIRA HJ. AHMAD BIN HAMZAHYANG SUDI HADIR DIUCAPKAN TERIMA KASIH.
  5. 5. KEPADA YDP MAJLIS DAERAH JASIN DAN SELURUH KAKITANGAN YANG SERING MEMBERI KERJASAMA DAN KOMITMEN YANG JITU DIUCAPKAN TERIMA KASIH. JUGA KEPADA SEMUA JABATAN-JABATAN KERAJAAN YANG TERLIBAT UNTUK MENJAYAKAN KARNIVAL USAHAWAN MARA INI TURUT DIUCAPKAN TERIMA KASIH. TERIMA KASIH JUGA KEPADA PARA USAHAWAN YANG TURUT SERTA DALAM KARNIVAL INI DAN DIUCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA DI DALAM PERNIAGAAN MASING-MASING. KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG JUGA DIRAKAMKAN SETINGG-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH TERIMA KASIH JUGA KEPADA PENGUNJUNG-PENGUNJUNG YANG DATANG MENYOKONG DAN MENJAYAKAN KARNIVAL USAHAWAN MARA 2008.WABILLAH….

×