SUKATAN PBSM THN 5

Bil
1

Topik
Pertolongan
Cemas
Muda
(junior)

Sukatan Pelajaran

Tahap/ Masa

1.Pertolongan Cemas
Muda...
a. Punca,, tanda alamat dan
pengurusan
6.Gigitan
a.Tebuan, kala lipan dan ular
7.Isi Peti/beg pertolongan
cemas
a.Mengenal...
Cara mendapat bantuan ambulans
1. Dail 999 .
2. Perkenalkan diri, alamat tempat kejadian dan jenis kemalangan.

Cara-cara ...
Usungan menopang

Usungan mendukung

Usungan menarik

Usungan menggendong di belakang

Usungan kerusi

Usungan empat tanga...
Luka-luka Dan Pendarahan
Definisi Luka
 Belah (cedera, lecet, pecah) pada kulit disebabkan terkena pisau atau benda tajam...
 Luka Tertutup
- Kecederaan pada tisu di bawah kulit di mana kesinambungan kulit tidak terganggu dan luka tidak dapat dil...
Luka Terhiris
•

Disebabkan oleh alat tajam seperti pisau atau kaca.

•

Luka jenis ini menyebabkan darah keluar terlalu b...
 Saluran pembuluh yang terkoyak lebih cepat bercantum
 Luka ini boleh meyebabkan jangkitan kuman daripada punca luka

Lu...
Luka Tertutup
 Luka yang berlaku dalam badan atau di bawah kulit
 Tidak berlaku pendarahan luaran
 Kelihatan tanda luar...
Rawatan luka

Semasa merawat luka pastikan sarung tangan dipakai.

Balut luka dengan menggunakan kain yang bersih.

Rawata...
Rawatan Luka Parah
1. Periksa luka untuk pastikan tiada objek terbenam
2. Angkat anggota pesakit yang cedera di atas paras...
Balutan
 Balutan ialah kain yang digunakan untuk mengemas pembebatan pada luka, memberi tekanan pada luka
supaya menahan ...
Anduh Tangan

13
Pitam
Definisi pitam
Hilang tahap kesedaran diri seketika kerana bekalan darah ke otak tidak mencukupi.

Tanda-tanda pitam...
Apa yang harus dilakukan
1.Baringkan pesakit
2. Tinggikan kaki pesakit
3. Longgarkan pakaian yang ketat
4. Berikan penguda...
Bantuan pernafasan
1. Pastikan saluran udara mangsa terbuka
2. Letakkan sebelah tangan di atas dahi mangsa dan dua jari di...
6. Buka mulut mangsa
7. Tarik nafas dan rapatkan bibir pada mulut mangsa
8. Hembus dua kali ke dalam mulut mangsa sehingga...
Kedudukan pemulihan
1. Melutut berdekatan mangsa
2. Alihkan kepala mangsa ke arah kamu dengan mendongaknya ke belakang.
3....
Kedudukan pemulihan
8. Angkat tangan mangsa yang berhampiran dengan lutut kamu ke arah muka.
9. Betulkan kedudukan dagu su...
20
Patah tulang
Tulang yang retak atau pecah di sebut patah. Apabila kita merasa ragu, kecederaan itu mestilah diberi bantuan...
Tanda-tanda patah
1. Sakit di tempat yang patah atau berhampiran dengannya.
2. Bengkak dan lebam.
3. Tidak boleh mengerakk...
Gigitan dan sengatan
Kecederaan yang disebabkan oleh gigitan atau sengatan serangga atau haiwan yang berbisa seperti lebah...
24
Sengatan lebah dan tebuan
1. Cabut sengat itu dengan berhati-hati menggunakan penyepit, pin atau jarum yang telah dibasmi ...
•

Kain pembalut luka

•

Kain anduh

•

Kain kapas

•

Gunting/penyepit

26
27
28
Bantuan CPR
1. Baringkan mangsa ditempat selamat
2. Gunakan jari tengah dan jari telunjuk untuk mencari tulang rusuk palin...
4.
Letakkan tapak tangan yang sebelah lagi pada tulang dada mangsa dan sorongkan ke bawah sehingga
bertemu
jari telunjuk.
...
7. Melutut di sisi mangsa
8. Luruskan tangan dan tekan tulang dada secara menegak.
9. Tekan dada sebanyak 5 kali
10. Beri ...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Sukatan PBSM thn 5 by fazlina adama

2,084 views

Published on

Suakatan PBSM Tahun 5 SK

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,084
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
9
Actions
Shares
0
Downloads
81
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Sukatan PBSM thn 5 by fazlina adama

  1. 1. SUKATAN PBSM THN 5 Bil 1 Topik Pertolongan Cemas Muda (junior) Sukatan Pelajaran Tahap/ Masa 1.Pertolongan Cemas Mudah a. Perinsip Pertolongan cemas. b. Cara mendapat bantuan ambulans/cara-cara mudah membawa pesakit. c. Menamakan jenis-jenis kecederaan yang berlaku di sekolah dan cara mengelakkannya. 2.Luka-luka a. Jenis ,punca tanda dan pengurusan. 3.Bebat dan balutan mudah a. Jenis balutan b. Kegunaan balutan 4.Pitam a.Punca,, tanda alamat dan pengurusan 5. Patah Tahun 5 dan berasaskan 12 perjumpaan (1 jam setiap kali) 1 Penilaian /Pemberian 1.Lulus ujian-ujian teori dan praktikal yang dikendalikan oleh guru jurulatih BSMM 2 Kegiatan diperakui oleh guru pemimpin BSMM sekolah dalam laporan dan ulasan kad kemajuan Catatan Rujukan (Panduan untuk guru) 1. Buku pertolongan cemas kemasyarakatan 2. Bulan Sabit Merah dan Negaraku. 3. Pertolongan Cemas untuk kanak-kanak CEPAT oleh Dorling Kindersley Tayangan video
  2. 2. a. Punca,, tanda alamat dan pengurusan 6.Gigitan a.Tebuan, kala lipan dan ular 7.Isi Peti/beg pertolongan cemas a.Mengenal isi kandungan peti pertolongan cemas b.Cara menggunakan alat-alat tersebut 8.Bantuan Hidup Asas a.Pengenalan b.Demonstrasi CPR  Pertolongan cemas adalah pertolongan awal atau serta-merta yang diberi kepada orang yang sakit atau cedera (pesakit) sebelum dibawa ke hospital. Objektif Pertolongan Cemas 1. Untuk mengelakkan kecederaan dari menjadi lebih teruk. 2. Untuk menyelamatkan nyawa. 3. Mengurangkan kesakitan / memberi kelegaan. 2
  3. 3. Cara mendapat bantuan ambulans 1. Dail 999 . 2. Perkenalkan diri, alamat tempat kejadian dan jenis kemalangan. Cara-cara Mudah Membawa Pesakit 1. Usungan menopang. 2. Usungan menarik. 3. Usungan menggendong di belakang. 4. Usungan mendukung 5. Usungan kerusi 6. Usungan empat tangan 3
  4. 4. Usungan menopang Usungan mendukung Usungan menarik Usungan menggendong di belakang Usungan kerusi Usungan empat tangan 4
  5. 5. Luka-luka Dan Pendarahan Definisi Luka  Belah (cedera, lecet, pecah) pada kulit disebabkan terkena pisau atau benda tajam.  Terpotong, tercalar dan terbakar digolongkan dalam luka. Jenis Jenis Luka  Luka Terbuka - Pengaliran darah daripada luka melalui kulit. - Kecederaan kepada tisu kulit di mana kesinambungan kulit terganggu. Luka dapat dilihat dari luar dan terdapat pendarahan yang keluar ke kulit. 5
  6. 6.  Luka Tertutup - Kecederaan pada tisu di bawah kulit di mana kesinambungan kulit tidak terganggu dan luka tidak dapat dilihat dari luar. - Darah juga tidak keluar ke permukaan kulit. 6
  7. 7. Luka Terhiris • Disebabkan oleh alat tajam seperti pisau atau kaca. • Luka jenis ini menyebabkan darah keluar terlalu banyak kerana saluran pembuluh darah telah terpotong. Luka Terkoyak  Disebabkan kulit terkoyak akibat cakaran atau kawat duri  Aliran darah kurang berbanding luka terbelah 7
  8. 8.  Saluran pembuluh yang terkoyak lebih cepat bercantum  Luka ini boleh meyebabkan jangkitan kuman daripada punca luka Luka Tusukan  Disebabkan kulit ditusuk benda tajam  Mengakibatkan luka dalaman yang serius  Mudah terdedah kepada jangkitan kuman 8
  9. 9. Luka Tertutup  Luka yang berlaku dalam badan atau di bawah kulit  Tidak berlaku pendarahan luaran  Kelihatan tanda luaran seperti lebam atau darah yang terkumpul di bawah kulit Tanda Jangkitan Kuman 1. Suhu di tempat cedera panas dan berwarna kemerahan 2. Rasa sakit di keliling luka 3. Terdapat jalur merah dari luka 4. Bengkak dan demam atau menggigil 9
  10. 10. Rawatan luka Semasa merawat luka pastikan sarung tangan dipakai. Balut luka dengan menggunakan kain yang bersih. Rawatan Luka Kecil  Pastikan tangan anda bersih sebelum merawat  Cuci luka untuk mengelakkan jangkitan  Keringkan luka dengan kapas  Sapu luka dengan iodin  Balut luka dengan pembalut 10
  11. 11. Rawatan Luka Parah 1. Periksa luka untuk pastikan tiada objek terbenam 2. Angkat anggota pesakit yang cedera di atas paras jantung untuk menghentikan pendarahan 3. Cuci luka 4. Tutup luka dengan kain gauze 5. Balut luka untuk mengelakkan jangkitan 6. Hantar mangsa ke hospital untuk rawatan lanjut Bebat, Balut Dan Anduh Anduh Tiga Segi  Kain berukuran 1 meter persegi dipotong mengikut pepenjurunya untuk mendapatkan dua helai anduh tiga segi.  Kain anduh tiga segi boleh digunakan dalam pelbagai cara. -Digunakan untuk menyokong lengan yang cedera -Digunakan untuk menutup bebatan di atas bahagian kecederaan yang besar, -Digunakan untuk menutup bebatan di atas luka yang kecil. -Digunakan sebagai pelapik untuk mengawal pendarahan. 11
  12. 12. Balutan  Balutan ialah kain yang digunakan untuk mengemas pembebatan pada luka, memberi tekanan pada luka supaya menahan pendarahan. 12
  13. 13. Anduh Tangan 13
  14. 14. Pitam Definisi pitam Hilang tahap kesedaran diri seketika kerana bekalan darah ke otak tidak mencukupi. Tanda-tanda pitam 1. Mangsa kelihatan pucat 2. Nafas pendek dan cepat (nadi cepat) 3. Gelap mata, berpeluh sejuk dan melekit 4. Pening-pening dan rasa berpusing 5. Loya dan muntah-muntah 6. Jatuh dan pitam 14
  15. 15. Apa yang harus dilakukan 1.Baringkan pesakit 2. Tinggikan kaki pesakit 3. Longgarkan pakaian yang ketat 4. Berikan pengudaraan / kipas mangsa 5. Tentukan tahap kesedaran mangsa Pastikan tahap kesedaran mangsa 1. Tidak bernafas • Beri bantuan pemulihan pernafasan 2. Bernafas • Letakan mangsa dalam kedudukan pemulihan 3. Tiada denyutan nadi • Beri bantuan CPR 15
  16. 16. Bantuan pernafasan 1. Pastikan saluran udara mangsa terbuka 2. Letakkan sebelah tangan di atas dahi mangsa dan dua jari di bawah dagu 3. Kemudian dongakkan kepala mangsa angkat dagu – dongak kepala 4. Picit hidung mangsa dengan ibu jari dan jari telunjuk 5. Pastikan hidung mangsa tertutup rapat bagi menghalang udara keluar 16
  17. 17. 6. Buka mulut mangsa 7. Tarik nafas dan rapatkan bibir pada mulut mangsa 8. Hembus dua kali ke dalam mulut mangsa sehingga dadanya naik 9. Pastikan kepala dan dagu mangsa didongakkan ke atas 10. Ulang sehingga mangsa sedar Hembus udara ke dalam mulut mangsa 11. Lihat, dengar dan rasa jika ada tanda- tanda pergerakan mangsa 12.Jika tiada pergerakan, dail ambulans untuk menghantar mangsa ke hospital. Lihat – dengar – rasa 17
  18. 18. Kedudukan pemulihan 1. Melutut berdekatan mangsa 2. Alihkan kepala mangsa ke arah kamu dengan mendongaknya ke belakang. 3. Halakan dagu ke atas supaya mangsa dapat bernafas dengan baik. 4. Letakkan sebelah tangan mangsa di bawah punggungnya dan lengan yang sebelah lagi di atas dada sebelum memusingkan badan mangsa. Periksa keadaan mangsa 5. Angkat kaki mangsa yang jauh ke atas kaki yang hampir dengan kamu 6. Bengkokkan kaki yang di atas supaya lutut mangsa berada 90 darjah pada pinggul 7. Sepanjang pergerakan ini, pastikan saluran udara tidak terhalang 18
  19. 19. Kedudukan pemulihan 8. Angkat tangan mangsa yang berhampiran dengan lutut kamu ke arah muka. 9. Betulkan kedudukan dagu supaya laluan udara tidak terhalang. 10. Duduk dengan mangsa dan periksa pernafasan serta nadi 11. Jika pernafasan terhenti, berikan bantuan pernafasan Teknik kedudukan pemulihan 19
  20. 20. 20
  21. 21. Patah tulang Tulang yang retak atau pecah di sebut patah. Apabila kita merasa ragu, kecederaan itu mestilah diberi bantuan sepertimana bantuan kecemasan rawatan untuk patah. Punca-punca Patah 1. Hentakan yang tepat dan kuat boleh menyebabkan tempat yang menerima hentakan itu patah. 2. Hentakan sipi juga boleh menyebabkan kepatahan contohnya jatuh. Jenis-jenis Patah 1. Patah tertutup : tulang patah di dalam, kulit tidak cedera. 2. Patah terbuka : tulang yang patah akan menonjol keluar di permukaan kulit. 3. Patah rebung : sebahagian dari tulang itu patah. Ini berlaku apabila tulang kanak-kanak yang mudah dan baru membesar itu cedera tetapi tidak patah langsung. Ia mungkin terbengkok seperti ranting muda. 4. Patah melarat : patah tulang yang mengakibatkan organ sekelilingnya rosak, seperti paru-paru yang rosak disebabkan patah tulang rusuk. 21
  22. 22. Tanda-tanda patah 1. Sakit di tempat yang patah atau berhampiran dengannya. 2. Bengkak dan lebam. 3. Tidak boleh mengerakkan bahagian anggota yang cedera. 4. Perubahan bentuk jika dibandingkan antara anggota yang cedera dengan anggota yang tidak cedera. 5. Terdapat tanda-tanda renjatan Cara-cara merawat 1. Ampu atau sokong bahagian yang cedera supaya ia tidak bergerak. 2. Tutup bahagian yang luka dengan kain bebat suci hama. 3. Sokong anggota yang cedera supaya ia selesa. 4. Dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin. 5. Menyokong bahagian yang patah 22
  23. 23. Gigitan dan sengatan Kecederaan yang disebabkan oleh gigitan atau sengatan serangga atau haiwan yang berbisa seperti lebah, tebuan, ular, ikan dan sebagainya. Cara-cara merawat  Baringkan mangsa dan tenangkannya.  Beritahu mangsa supaya tidak menggerakkan bahagian badan yang kena gigitan untuk mengelakkan racun daripada merebak.  Jangan hisap bisa ular, sebaliknya ikat bahagian atas daripada tempat yang terkena gigitan supaya bisa tidak merebak ke jantung.  Hantar mangsa ke hospital dengan segera. 23
  24. 24. 24
  25. 25. Sengatan lebah dan tebuan 1. Cabut sengat itu dengan berhati-hati menggunakan penyepit, pin atau jarum yang telah dibasmi kuman. 2. Gunakan air sabun untuk membasuh dan buat tuaman / demahan sejuk. 3. Jika bilangan serangga yang menyengat banyak, hantar mangsa ke hospital dengan segera. Obor-obor 1. Bawa mangsa ke pantai 2. Tanggalkan kesan-kesan obor-obor dengan pasir dan air. 3. Jika mangsa sukar bernafas, dapatkan bantuan hospital. Peti pertolongan cemas Isi kandungan. • Calamine lotion ( ubat alahan gatal) • Povidone iodine (cecair antiseptik) - Pembasmi kuman • T-Eusol lotion (ubat cuci) • Acriflavine (ubat luka) • Plaster pembalut luka • Kain Ghauze (kain kasa) 25
  26. 26. • Kain pembalut luka • Kain anduh • Kain kapas • Gunting/penyepit 26
  27. 27. 27
  28. 28. 28
  29. 29. Bantuan CPR 1. Baringkan mangsa ditempat selamat 2. Gunakan jari tengah dan jari telunjuk untuk mencari tulang rusuk paling bawah pada tubuh mangsa. 3. Letakkan jari tengah pada titik pertemuan di antara tulang dada dan jari telunjuk pada tulang dada mangsa. 29
  30. 30. 4. Letakkan tapak tangan yang sebelah lagi pada tulang dada mangsa dan sorongkan ke bawah sehingga bertemu jari telunjuk. 5.Tekan pada titik tersebut 6 .Tekan menggunakan pangkal tapak tangan sambil menaikkan jejari ke atas 30
  31. 31. 7. Melutut di sisi mangsa 8. Luruskan tangan dan tekan tulang dada secara menegak. 9. Tekan dada sebanyak 5 kali 10. Beri bantuan pernafasan 31

×