Your SlideShare is downloading. ×
BMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

BMM 3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH

5,742

Published on

-konsep pntaksiran, pengujian & penilaian …

-konsep pntaksiran, pengujian & penilaian
-4 jenis penilaian bahasa yg dijalankan di sekolah
- JSU
- jenis-jenis ujian objektif
- 20 item ujian objektif

Published in: Education
0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
5,742
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
712
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. BMM3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH |1 BAB 1 PENGENALAN Sesi pengajaran dan pembelajaran yang baik ialah sesi pengajaran dan pembelajaran yang disusun dan dirancang oleh guru. Proses perancangan berfungsi sebagai panduan kepada guru supaya menjadi lebih yakin untuk mencapai objektif pengajarannya. Tanpa perancangan dan persediaan yang rapi oleh guru, sesi pengajaran dan pembelajaran akan terganggu dan menyebabkan objektif pengajaran tidak dapat dicapai. Oleh itu, seorang guru perlulah merancang pengajarannya dengan menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang sesuai. Melalui RPH, guru dapat memastikan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan selaras dengan objektif yang ingin dicapainya. Sehubungan itu, bagi memastikan sesuatu sesi P&P mencapai objektifnya, penilaian juga tidak kurang pentingnya untuk menilai tahap penguasaan murid terhadap pengajaran guru. Melalui penilaian juga, guru boleh memperbaiki cara dan kandungan pengajarannya. Oleh itu, bagi memastikan murid dan guru mencapai objektif yang dirancang, penilaian juga perlu dijalankan. OBJEKTIF KAJIAN Objektif bagi kajian ini ialah untuk : i. Meningkatkan pengetahuan tentang jenis-jenis penilaian bahasa. ii. Mempelajari dengan lebih mendalam mengenai Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). iii. Menyediakan satu JSU bagi mata pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah. iv. Menjelaskan jenis-jenis ujian berbentuk objektif v. Membina 20 item ujian objektif aneka pilihan.
  • 2. BMM3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH |2 KAEDAH KAJIAN Kaedah kajian yang digunakan untuk menghasilkan tugasan ini ialah kaedah kajian pustaka. Saya berkunjung ke perpustakaan untuk membuat rujukan. Saya merujuk pelbagai bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan. Antaranya ialah jurnal, majalah dan buku yang berkaitan dengan tugasan ini. Selain itu, saya juga melayari internet untuk mencari maklumat tambahan tentang tugasan yang diberi. DEFINISI OPERASIONAL i. Rancangan Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, rancangan ialah sesuatu yang dirancang, persediaan, program dan rencana. ii. Pengajaran Pengajaran didefinisikan sebagai proses memberi maklumat, pengetahuan dan kemahiran kepada murid secara langsung. (Glaser, 1962) iii. Instrumen Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, instrument merupakan alat atau perkakas. iv. Penilaian Abdul Rahim (2001), mentakrifkan penilaian sebagai proses mengukur dan membuat pertimbangan tentang kebolehan, kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif yang telah ditetapkan.
  • 3. BMM3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH |3 BAB 2 KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN Konsep pentaksiran Pentaksiran ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Mokhtar Ismail (1985), pentaksiran ialah langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang memiliki sifat tertentu. maklumat produk konsep pentaksiran proses penghakiman Rajah 1 : Konsep pentaksiran Rajah 1 menunjukkan bahawa terdapat beberapa aspek untuk menjelaskan konsep pentaksiran iaitu proses, maklumat, penghakiman dan produk. Proses bermaksud langkah ataupun tindakan serta operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. Maklumat pula ialah bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir. Aspek penghakiman pula merupakan proses pertimbangan tentang
  • 4. BMM3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH |4 pencapaian pendidikan pelajar dan terakhir ialah produk yang melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan. Kesimpulannya, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor menginterpretasi serta menghurai maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Konsep pengujian Pengujian adalah satu proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Pengujian bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu pembelajaran dan seterusnya dapat menempatkan pelajar dalam kumpulan belajar yang sesuai. Oleh itu, pengujian boleh dilaksanakan dengan cara mengadakan pemerhatian, ujian bertulis dan ujian lisan. Pengujian ini biasanya, dilaksanakan selepas satu atau beberapa topik pelajaran diajar. Tuckman (1975) mendefinisikan ujian sebagai sejenis atau alat pengukuran yang biasanya digunakan untuk mengetahui tentang seseorang. Gagne (1975) pula menjelaskan bahawa ujian adalah cara yang sistematik untuk mengukur tingkahlaku seseorang individu kerana pembelajaran telah dikaitkan dengan perubahan tingkahlaku. Ujian sebagai alat pengukuran digunakan untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Konsep penilaian Penilaian didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et al. (1971) menyatakan bahawa, ‘accessment is the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judgements decision alternatives’. Kenyataan beliau bermaksud
  • 5. BMM3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH |5 penilaian adalah satu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Gay (1985) pula berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Penilaian ini membantuguru supaya dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya, prosedur penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan serta merumuskan data yang diperolehi. Penilaian juga boleh dilaksanakan berdasarkan lima prosedur seperti yang terdapat pada rajah 2 di bawah: interpretasi dan tindakan susulan persediaan ujian pentadbiran ujian analisis ujian pemeriksaan pengukuran Rajah 2 : Prosedur penilaian
  • 6. BMM3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH |6 Konsep Taksonomi Bloom Taksonomi Bloom merupakan satu hierarki yang diperkenalkan oleh Benjamin S.Bloom (1956). Taksonomi Bloom ini merupakan suatu nilai berdasarkan kognitif atau mental yang merangkumi aspek pengetahuan, fakta dan teori. Selain itu, taksonomi bloom ini membina pemikiran untuk pemahaman dan menjadi lebih kreatif dalam suatu pembelajaran. Dalam Taksonomi Bloom, terdapat enam peringkat dan keenam-enam peringkat tersebut dapat dilihat pada rajah 3 di bawah : Penilaian Sintesis Analisis Aplikasi Kefahaman Pengetahuan Rajah 3 : Aras Taksonomi Bloom Berdasarkan rajah 3 di atas jelas dapat dilihat enam peringkat Taksonomi Bloom. Antaranya, peringkat pengetahuan berada di aras paling rendah. Pada peringkat pengetahuan, individu dikehendaki mengingat semula tanpa perubahan serta mengetahui objektif pembelajaran. Aras pengetahuan ini terdiri daripada suatu penyataan yang ringkas, tepat dan tidak memerlukan contoh. Dalam peringkat ini
  • 7. BMM3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH |7 terdapat beberapa istilah khusus bagi guru mengenal pasti peringkat ini iaitu nyatakan, terangkan, namakan dan labelkan. Seterusnya, peringkat kedua iaitu peringkat kefahaman yang bermaksud kebolehan mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain. Pada peringkat ini juga pelajar boleh menyatakan idea utama dalam ayat sendiri dan ia dilihat sangat berbeza dengan aras pengetahuan di mana pelajar dikehendaki memberikan jawapan tanpa membuat sebarang perubahan. Melalui peringkat ini, pelajar mestilah dapat menterjemah isi kepada huraian dan memahami bahan dengan berkesan. Istilah khusus bagi aras kefahaman ini ialah membanding, menerangkan, membezakan. Peringkat ketiga ialah peringkat aplikasi di mana pada peringkat ini pelajar dapat menggunakan bahan yang telah dipelajari dalam situasi baru yang konkrit. Antara istilah khusus dalam menganalisis peringkat ini ialah menyelesaikan, mengira, mengendalikan, dan meramal. Peringkat seterusnya ialah peringkat analisis. Peringkat analisis merupakan kebolehan memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membahagikan pembelajaran, menaakul sebab dan meleraikan komunikasi serta menilai kerelevanan sesuatu data atau topik. Istilah khusus bagi aras analisis ini ialah bezakan, bandingkan, huraikan, klasifikasikan. Peringkat kelima iaitu peringkat sintesis adalah kebolehan mencantumkan dan mengintegrasikan fakta yang berkaitan dan membentuk sesuatu yang baharu iaitu idea. Melalui peringkat ini, pelajar dinilai dari segi kreativiti serta kebolehan mereka untuk mencipta idea baru berdasarkan pengalaman pembelajaran yang telah mereka lalui sebelum ini. Istilah khusus untuk membina item soalan bagi peringkat ini ialah gabungkan, merekabentuk, cadangkan, senaraikan beberapa cara dan huraikan satu perancangan. Terakhir, peringkat penilaian ialah peringkat tertinggi dalam piramid Taksonomi Bloom. Pada peringkat ini, pelajar diharapkan dapat membuat pertimbangan tentang sesuatu yang diketahuinya berdasarkan kriteria, analisis dan sintesis. Penilaian merupakan
  • 8. BMM3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH |8 peringkat untuk menguji kebolehan, membuktikan, mengkritik dan menilai. Antara istilah khususnya ialah nilaikan, rumuskan, bandingkan, buktikan serta huraikan. Kesimpulannya Taksonomi Bloom menjadi pemudahcara para guru dan penggubal soalan kerana berfungsi sebagai panduan untuk membina soalan. Dengan adanya hierarki ini, penggubalan soalan yang mencakupi pelbagai aras dan kemahiran dapat dihasilkan di samping dapat memperkembangkan murid dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
  • 9. BMM3103 PENTAKSIRAN BM SEKOLAH RENDAH |9 BAB 3 EMPAT JENIS PENILAIAN BAHASA YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iatu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan. Menurut Stufflebeam (1971), penilaian ialah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Di sekolah, terdapat beberapa jenis ujian yang digunakan dalam penilaian bahasa. Jenis-jenis penilaian bahasa yang biasanya dilaksanakan di sekolah dapat dilihat pada rajah dibawah : formatif pencapaian sumatif jenisjenis penilaian bahasa ujian bakat ujian kefasihan kemajuan Rajah 4 : Jenis-jenis penilaian bahasa.
  • 10. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 10 Ujian Formatif Ujian formatif ialah sejenis penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dilangsungkan. Penilaian ini dibuat untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang telah diajar. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), ujian formatif dilaksanakan untuk menentukan kemajuan pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ia juga merupakan bahan atau alat yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau sub kemahiran bahasa yang telah diajar. Ujian jenis ini merupakan sejenis ujian berasaskan kemahiran yang diajar dalam jangka masa pendek. Biasanya, guru-guru menjalankan ujian formatif ini di sekolah atas sebab-sebab tertentu. Antara tujuan ujian formatif ini dijalankan adalah seperti berikut : a. Mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada dari segi pengajaran guru mahupun penguasaan murid dalam pembelajaran. b. Memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan pencapaian murid dalam sesuatu pengajaran. c. Membantu murid menguasai isi pelajaran bagi sesuatu topik pembelajaran. d. Meningkatkan serta mengekalkan pencapaian yang memuaskan di kalangan murid. e. Membantu guru melakukan penambahbaikan serta menggunakan pendekatan yang bersesuaian dalam pengajaran. f. Membimbing murid mengikut kelemahan yang telah ditunjukkan serta memberikan kesedaran kepada murid supaya sentiasa bersedia untuk menghadapi ujian yang akan dijalankan. Secara amnya, seperti ujian-ujian lain, ujian formatif juga mempunyai ciri-ciri khususnya yang tersendiri. Ujian ini sering digunakan oleh guru kerana ciri-cirinya yang
  • 11. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 11 memainkan peranan dalam membantu guru meningkatkan mutu pengajaran. Antara ciri ujian formatif adalah seperti berikut : a. Ujian formatif dijalankan untuk mendapatkan maklumat untuk memperbaiki kurikulum. b. Ujian formatif dilakukan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. c. Maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini akan digunakan secara terus menerus. d. Ujian formatif boleh dijalankan dalam bentuk ujian diagnostik membantu untu mendapatkan input tentang masalah yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran. e. Maklumat yang diperolehi digunakan serta merta untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran supaya guru dan murid sama-sama dapat memperolehi manfaat. f. Gred tidak diberikan bagi penilaian ini. Berdasarkan ciri-ciri yang telah dinyatakan, dapat disimpulkan bahawa ujian formatif boleh dilaksanakan oleh guru pada bila-bila masa sahaja semasa pengajaran dilangsungkan. Ujian formatif bukan sahaja boleh dilaksanakan dalam bentuk bertulis, tetapi juga boleh dilaksanakan dalam bentuk lisan iaitu soal jawab, pemerhatian, kuiz dan lain-lain lagi. Ujian formatif ini sangat sesuai dilaksanakan dalam memperbaiki kualiti pengajaran guru di samping membantu guru untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi murid.
  • 12. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 12 Ujian Sumatif Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), ujian sumatif ialah ujian yang digunakan untuk menentukan tahap penguasaan murid dalam keseluruhan pembelajaran. Ujian sumatif merupakan sejenis alat atau bahan yang dibina bertujuan untuk menguji pencapaian murid terhadap beberapa kemahiran bahasa yang telah dipelajari dalam tempoh jangka masa panjang. Biasanya ujian ini dilaksanakan mengikut semester ataupun tahun iaitu pada akhir pembelajaran. Oleh itu, ujian ini sangat berguna untuk melaporkan kemajuan murid dalam pembelajaran selama satu semester. Dalam kemahiran bahasa, ujian sumatif dibina secara luas dan melibatkanketiga-tiga kemahiran iaitu kemahiran lisan, bacaan dan tulisan. Di sekolah, ujian sumatif dilaksanakan berdasarkan tujuan-tujuan tertentu iaitu : a. Untuk membantu murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian mereka. b. Memberikan gred kepada murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang telah diadakan. c. Memberi pengiktirafan kepada kebolehan serta kemahiran yang dimiliki oleh murid. d. Menjadi petunjuk untuk memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan. e. Menunjukkan pencapaian murid yang berbeza mengikut kupulan kebolehan. Di sekolah, ujian sumatif sering dilaksanakan sebelum sesuatu penggal persekolahan berakhir. Setelah ujian dilaksanakan, hasil ujian tersebut digunakan untuk menentukan tahap pencapaian serta kumpulan kebolehan murid bagi penggal persekolahan yang berikutnya. Ujian sumatif ini juga sangat penting salam menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.
  • 13. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 13 Ujian kefasihan Kamarudin Hj. Husin (1988) berpendapat bahawa ujian kefasihan digunakan untuk menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Ujian ini berbeza daripada ujian formatif dan sumatif yang telah dibincangkan kerana ianya tidak menilai sesuatu kandungan atau isi pelajaran. Tetapi ujian ini secara amnya menilai kebolehan umum murid terhadap bahasa yang telah dipelajarinya. Secara ringkasnya, ujian ini boleh digunakan oleh guru untuk mengukur kebolehan murid untuk berbahasa. Kefasihan murid untuk berbahasa bergantung kepada latar belakang penguasaan bahasa mereka. Kefasihan juga akan mempengaruhi kemahiran murid untuk berkomunikasi secara berkesan. Di sekolah, guru-guru menggunakan ujian kefasihan ini bagi mengukur tahap kebolehan murid untuk berbahasa. Penggunaan ujian kefasihan ini di sekolah adalah bertujuan untuk : a. Menilai kebolehan umum murid untuk berbahasa. b. Menentukan sejauh mana murid menguasai kemahiran dan isi pelajaran yang telah dipelajari. Sehubungan itu, ujian kefasihan ini sering digunakan dalam penilaian bahasa kerana ciri-cirinya yang berfungsi dalam mengenalpasti tahap kebolehan murid terhadap kemahiran bahasa. Antara ciri-ciri ujian kefasihan ini ialah: a. Membantu guru menempatkan murid mengikut kumpulan pembelajaran yang bersesuaian. b. Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran bahasa murid secara menyeluruh. c. Dinilai berdasarkan sebutan yang betul, kadar kelajuan bacaan dengan bahan yang dibaca, intonasi dan nada yang betul, pemilihan ungkapan yang betul, mimik muka yang jelas, pergerakan mata, posisi tubuh, kedudukan buku yang betul dan lain-lain lagi.
  • 14. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 14 d. Digunakan dalam sesi temuduga. Berdasarkan ciri-ciri yang telah dinyatakan di atas, dapat dirumuskan bahawa ujian kefasihan merupakan ujian berbentuk lisan. Apabila ujian ini dijalankan ke atas murid, guru dapat mengenalpasti secara keseluruhan sama ada murid dapat menguasai apa yang telah diajar oleh guru. Ujian Kemajuan Kamarudin Hj. Husin (1988) dalam buku Pedagogi Bahasa, ujian kemajuan ialah sejenis ujian ringkas yang dibina oleh guru kelas untuk kegunaan kelasnya sahaja. Kemudian, ujian yang dibina akan dijalankan oleh guru itu sendiri kerana guru tersebut sahaja yang mengetahui pengetahuan mengenai keperluan ujian tersebut. Ujian ini dibina berasaskan objektif pengajaran dan pembelajaran serta pengetahuan yang telah diuji. Berdasarkan ujian yang telah dijalankan, guru akan mengetahui tentang kemajuan seorang murid serta keseluruhan kelas dengan lebih jelas. Berbeza dengan ujian kefasihan yang menilai secara keseluruhan, ujian kemajuan ini dijalankan untuk membantu guru mengukur sejauh mana murid dapat menguasai sesuatu tajuk yang telah dipelajari. Hasil ujian kemajuan ini akan membantu guru mengenalpasti kemajuan setiap murid dengan lebih jelas. Dengan adanya kemajuan ini, motivasi intrinsik murid juga dapat ditingkatkan di mana murid dapat meningkatkan lagi pencapaian mereka dalam pelajaran. Dari erti kata lain, ujian ini berfungsi memperkukuhkan pembelajaran murid kerana dapat mendorong murid untuk lebih berusaha.
  • 15. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 15 BAB 4 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) Jadual spesifikasi ujian (JSU) adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iatu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks dan pemberatan taburan asas kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan tidak mengikut aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan keutuhan. Langkah pembinaan JSU Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina jadual spesifikasi ujian. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut: mengkaji sukatan pelajaran menganalisis objektif pengajaran menentukan bilangan soalan menentukan jenis soalan Rajah 5: langkah pembinaan JSU
  • 16. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 16 Langkah pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek yang dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu tajuk dan kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga diambil kira. Sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk melihat sejauh mana komplesiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk tersebut. Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran ini dianalisis untuk menentukan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji. Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana yang perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka. Langkah yang ketiga ialah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur, kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai berdasarkan tajuk, peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang bersesuaian dengan isi pengajaran dan tahap kecerdasan murid. Langkah keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan soalan. Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang elah digariskan.
  • 17. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 17 Kepentingan JSU Antara kepentingan JSU adalah dapat membina dan menyediakan soalan ujian secara lebih terancang dan sistematik. Selain dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan. JSU juga akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan. Pembinaan JSU dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa walaupun dibina oleh pembina soalan yang berbeza. Soalan yang akan dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi keseluruhan pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain. BAB 5 JENIS-JENIS UJIAN BERBENTUK OBJEKTIF Ujian objektif ialah ujian yang memerlukan jawapan yang tepat. Biasanya, soalan objektif digunakan sebagai alat untuk mendapatkan respon mengenai sesuatu perkara. Ujian objektif digunakan untuk mentaksir pengetahuan dan kemahiran intelek. Melalui ujian objektif, murid dikehendaki menulis atau memilih satu sahaja jawapan yang betul dan paling baik. Semua pemeriksa juga akan memberi markah yang sama bagi jawapan yang dijawab murid. Dalam pengajaran bahasa, terdapat beberapa jenis item objektif dan setiap daripadanya mempunyai format yang tersendiri. Jenis-jenis ujian objektif tersebut dapat dilihat pada rajah 6 di bawah :
  • 18. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 18 Item jenis berbilang pilihan Item jenis padanan Item jenis klasifikasi Item jawapan pendek Jenis-Jenis Ujian Objektif Item objektif jenis pilihan Item jenis aturan yang terbaik Item objektif kloz Item jenis cantuman Rajah 6 : Jenis-jenis ujian objektif Rajah 6 menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 8 jenis ujian objektif yang boleh digunakan untuk penilaian bahasa. Setiap ujian mempunyai formatnya yang tersendiri. 1. Item Jawapan Pendek Item jawapan pendek ialah jenis ujian yang paling mudah. Dalam item ini, soalan yang dibina terdiri daripada soalan-soalan yang pendek. Biasanya, murid diminta mengisi tempat kosong dengan maklumat yang sepatutnya. Dalam bahasa, soalan jenis ini biasanya meminta murid melengkapkan ayat. Soalan juga perlu ditulis di bahagian hujung atau di bawah soalan. Terdapat sebanyak tiga jenis soalan bagi item jawapan pendek ini iaitu : a. Jenis soalan Contoh : Di manakah Zainab berjumpa dengan Nazihah? _________________________________________
  • 19. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 19 b. Jenis melengkapkan ayat Contoh : Dia akan ke kebun setiap hari bagi _________. c. Jenis perkaitan Contoh : Apakah pakaian tradisional bagi setiap kaum di bawah: Melayu :_________ Cina : __________ India :___________ 2. Item Objektif Jenis Pilihan Dalam item jenis pilihan ini, pelajar hanya perlu memilih jawapan uang betul atau yang paling betul. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan jawapan yang diberikan. Dalam item ini, terdapat dua jenis soalan iaitu : a. Item betul – salah Soalan jenis ini memberikan satu kenyataan dan pelajar dikehendaki menentukan sama ada kenyataan yang diberikan itu betul atau salah. Contoh : B ( S ) ( ) Bunga raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia.
  • 20. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 20 b. Item jenis pembetulan Melalui soalan ini, pelajar dikehendaki membetulkan kenyataan yang salah. Bagi memudahkan murid, kenyataan yang salah perlu digariskan supaya murid mengetahui bahagian bergaris salah dan perlu diperbetulkan. Contoh : menonton Humaira menjenguk televisyen bersama keluarganya. 3. Item Jenis Berbilang Pilihan Item berbilang pilihan ini tergolong dalam golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas. Dalam soalan berbilang pilihan ini, satu pokok soalan diberikan sebagai situasi masalah dan beberapa pilihan jawapan. Terdapat sebanyak 4 jenis soalan item berbilang jawapan iaitu jenis satu jawapan betul, jenis jawapan terbaik, jenis analogi dan jenis negatif. Contoh soalan item jenis berbilang pilihan ialah : Contoh : Adam telah memilih rumah_________ sebagai pilihan utama. a. teres b. pangsa c. papan d. banglo 4. Item Jenis Padanan Melalui item padanan, penyataan masalah dan beberapa penyelesaian masalah iaitu tindak balas akan diberikan. Masalah akan diletakkan di sebelah kiri dan tindak balas diletakkan di sebelah kanan. Senarai tindak balas adalah tetap tetapi masalah sahaja berubah-ubah. Contoh : _____ 1. Perdana Menteri Malaysia yang Pertama. _____ 2. Bapa Malaysia. A. Tunku Abdul Rahman B. Tun Abd. Razak
  • 21. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 21 5. Item Jenis Klasifikasi Ujian jenis ini juga dikenali sebagai ujian jenis pasangan. Ujian ini merupakan latihan yang terdiri daripada beberapa kenyataan pada satu senarai, dan kenyataankenyataan pada senarai tersebut dikelaskan mengikut skim klasifikasi yang disediakan. Contoh : _____ 1. Guru itu menyatakan bahawa jawapannya betul. _____ 2. Ibunya sakit di Hospital Kangar a. b. c. d. Ayat selapis Ayat kompleks Ayat pasif Ayat berlapis _____ 3. Habis semua kuih itu dimakannya. 6. Item Jenis Aturan Yang Terbaik Melalui soalan jenis aturan ini, pelajar dikehendaki mengatur semula kenyataankenyataan yang diberikan mengikut susunan yang betul hingga menjadi satu cerita yang lengkap dan betul. 7. Item Jenis Cantuman Soalan item jenis cantuman ini terbahagi kepada dua iaitu item jenis cantuman yang sesuai dan item jenis urutan. Item Jenis Cantuman Yang Sesuai : Manakah antara ayat di bawah merupakan ayat tunggal? i. Sofia menjahit baju. ii. Cikgu Abu sedang melukis. iii. Izuan sedang menonton televisyen sambil berbaring. iv. Adi menangkap kucing itu. a. i dan ii b. i,ii dan iii c. i dan iii d. i,ii dan iv
  • 22. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 22 Item Jenis Aturan : Manakah antara berikut merupakan langkah yang betul? i. Mencari bukti ii. Membentuk hipotesis iii. Menyediakan penyelesaian masalah iv. Analisi eviden v. Jelaskan masalah a. ii, v. Iv, i, iii b. i,ii,iii,v, iv c. iv, v, i, iv, iii d. i, iv, ii,v,iii 8. Item Objektif Kloz Item objektif kloz merupakan satu teknik pengukuran yang ditubuhkan dengan mengosongkan kata-kata atau frasa tertentu dalam sesuatu ujaran. Semasa menjalani ujian, pelajar dikehendaki mengisi tempat kosong dengan kata atau frasa secara bebas. Ujian ini sangat sesuai digunakan untuk menguji perbendaharaan kata serta tatabahasa secara mendalam.
  • 23. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 23 BAB 6 JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 Bil Bentuk Soalan - Objektif Aras Taksonomi Topik / Aspek Bahasa 1 1 Morfologi – Kata kerja // 2 Kata nama 3 Kata ganti diri 4 Kata adjektif 5 Kata seru 6 Kata ganda 7 Kata hubung 8 Kata pemeri 9 2 3 Jumlah Item 4 5 6 Kata arah 2 / 1 / 1 / 1 / 1 10 Penjodoh bilangan 11 peribahasa 12 Sinonim / 1 13 Antonim / 1 14 Kata tanya / 1
  • 24. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 24 15 Homonim – Kata banyak makna 16 Sintaksis – Struktur ayat / 1 17 Pola ayat 18 Maksud perkataan 19 Memahami teks Jumlah Soalan / // / 1 / /// 4 // 5 20
  • 25. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 25 BAB 7 20 ITEM UJIAN OBJEKTIF ANEKA PILIHAN 1. Burung itu ___________ pulang ke sarang selepas mencari makanan. (tahap rendah-pengetahuan) A. Berlari B. Menyusur C. Mengepak D. Terbang 2. Saya, Rania dan Lina pergi ke perpustakaan setiap hujung minggu. __________ pergi ke perpustakaan dengan menaiki bas. (tahap rendah- pemahaman) A. Dia B. Mereka C. Kamu D. Kami 3. Sikap Rozali yang kedekut menyebabkan dia kehilangan banyak kawan. Pilih perkataan seerti bagi kedekut. (tahap rendah – pemahaman) A. Bakhil B. Culas C. Liat D. pemurah
  • 26. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 26 4. Laila sangat taat akan suaminya. Perkataan berlawan bagi taat ialah. (tahap rendah-pemahaman) A. Derhaka. B. Setia. C. Benci. D. Bosan. 5. Nenek Aishah _______________ sebaldi air ke arah kambing yang merosakkan pokok sirehnya. (tahap rendah-pengetahuan) A. Membaling B. Menuang C. Menyiram D. Menyimbah 6. ______________ itu sedang berenang-renang di dalam kolam. (tahap rendahpengetahuan) A. Kekelip B. Kekura C. Pepatung D. Tetupai 7. Pilih ayat yang betul. (tahap rendah-pengetahuan) I. Beliau melaporkan dari Paris berita itu tentang nahas udara. II. Umur bapa kamu berapakah, Kudin? III. Pembahas pertama pasukan pencadang bijak mematahkan hujah pihak lawan. IV. Pihak polis memberkas dua orang pemuda yang dipercayai terlibat dalam sindiket pemalsuan wang.
  • 27. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 27 A. I dan II sahaja. B. III dan IV sahaja. C. I, II dan III sahaja. D. II, III, dan IV. Keputusan peperiksaan Azman semakin meningkat dari sehari kerana dia rajin belajar : 8. Pilih peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas. (tahap sederhana-aplikasi) A. Ada udang di sebalik batu. B. Bagai melepaskan batuk di tangga. C. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam. D. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Soalan 8 dan soalan 9. Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. (tahap sederhanaaplikasi) 9. A. Anak Pak Abu sudah besar. B. Keris panjang alat besar negara. C. Pak Mat sedang besar rumahnya. D. Hatinya besar setelah mendapat hadiah. 10. A. Dia lalu mengangkat batu yang berat itu. (tahap sederhana-aplikasi) B. Jangan lalu di kawasan itu. C. Abu lalu bermain dengan kawannya. D. Siti ke dapur lalu menjerang air.
  • 28. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 28 11. Ibu memasak rendang ayam kegemaran kami sekeluarga. (tahap sederhanaanalisis) A. Kami sekeluarga memasak rendang ayam kegemaran ibu. B. Ibu kegemaran kami menyediakan rendang ayam untuk kami. C. Ibu memasak rendang dan ayam kegemaran kami. D. Rendang ayam kegemaran kami sekeluarga dimasak oleh ibu. 12. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. Kempen Kesihatan itu dilancarkan di Menara Kuala Lumpur. (tahap sederhanaanalisis) A. Apakah tujuan Kempen Kesihatan itu dilancarkan? B. Bilakah Kempen Kesihatan itu dilancarkan? C. Di manakah Kempen Kesihatan itu dilancarkan? D. Siapakah yang merasmikan Kempen Kesihatan tersebut? 13. Pilih ayat yang menggunakan kata hubung yang betul. (tahap sederhanaaplikasi) A. Pemanah itu melepaskan anak panah dan tidak mengena sasaran kerana busurnya patah. B. Ayah berpesan kepada kakak supaya menjaga adik ketika beliau bekerja. C. Ibu membeli baju baru kepada adik agar adik gembira. D. Dia membasuh baju tetapi menjemurnya. 14. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. (tahap sederhana-analisis) I. Sungai Rajang di Sarawak mempunyai cabang yang banyak. II. Bangunan yang cabang itu hampir roboh. III. Syarikat itu mempunyai cabang di seluruh negara. IV. Salah satu cabang Kursus Sebarab Am ialah Kursus Penyiaran.
  • 29. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 29 A. I dan II sahaja. B. I dan IV sahaja. C. II dan IV sahaja. D. I, III dan IV sahaja. Soalan 14 – 17 Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain pengotor berbahaya yang meresap dan menjadi sebahagian udara. Bahan-bahan ini kebanyakannya merupakan bahan buangan industri, asap ekzos kenderaan, tindakan pembalakan dan sebagainya yang mengeluarkan zarah-zarah pepejal dan gas yang terlepas ke dalam udara. Terdapat banyak kesan buruk yang akan menimpa manusia jika langkah-langkah kawalan segera tidak diambil untuk menangani pencemaran. Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit. Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan hasil keluarannya akan terancam.
  • 30. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 30 Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi. Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunanbangunan. Bangunan-bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya. Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahanbahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia. Kesimpulannya, memandangkan pencemaran udara ini memberi kesan menyeluruh kepada umat manusia, maka langkah-langkah menyeluruh perlu diambil. Undangundang yang lebih ketat perlu digubal dan penguatkuasaannya perlu ditambah. Satu pelan induk industri juga perlu dirangka agar kesan industri ke atas pencemaran udara dapat diminimumkan.
  • 31. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 31 15. Apakah yang anda faham mengenai petikan di atas? (tahap tinggi- sintesis) A. Kesan pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar. B. Faktor pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar. C. Ciri-ciri pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar. D. Cara mengatasi pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar. 16. Sebagai individu, cadangkan langkah yang paling sesuai bagi mengurangkan pencemaran udara. (tahap tinggi - sintesis) A. Tidak membuang sampah /toksid ke dalam sungai. B. Menggunakan pengangkutan awam. C. Mengenakan tindakan kepada pembalak haram. D. Menguatkuasakan undang-undang 17. Pada pandangan anda, apakah cara mengatasi pencemaran udara yang boleh dilakukan secara individu? (tahap tinggi-penilaian) A. Menggunakan pengangkutan awam. B. Menanam pokok di sekeliling rumah. C. Tinggal di rumah D. Memakai topeng muka
  • 32. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 32 Soalan 18-20 Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Felda Veg Oil Prod, Kom Bandar, Sahabat, PS 617-37, 91125 Lahad Datu, Sabah. 3 Mac 2012 Menemui saudara Ignatius Petrus yang berada di Kuching, semoga berada dalam keadaan ceria selalu. Saudara, Apa khabar sekarang? Saya berharap agar saudara dan keluarga berada dalam keadaan sihat wal afiat. Saya memohon maaf kerana terlewat membalas surat saudara tempoh hari. Sebenarnya saya baru sahaja pulang bercuti di kampung ayah saya di Ranau. Sepanjang seminggu di sana, saya telah melawat tempat-tempat yang menarik. Ranau merupakan sebuah pekan kecil yang terletak kira-kira 110 kilometer dari Kota Kinabalu. Kebanyakan penduduk di sini ialah suku kaum Dusun. Saya berkesempatan melawat Kolam Air Panas Poring. Poring adalah antara destinasi pelancongan yang popular di Ranau. Telaga air panas ini terletak kira-kira 13 kilometer dari pekan Ranau. Banyak orang mandi di kolam air panas ini kerana mereka percaya bahawa air yang mengandungi sulfur semula jadi itu dapat menyembuhkan penyakit kulit. Di kawasan Kolam Air Panas Poring ini juga terdapat Taman Orkid, Taman Rama-rama, dan Taman Tropika Poring. Saya dan ibu berpeluang melawat Taman Orkid. Di Taman Orkid, pokok-pokok orkid ditanam terus pada batang kayu di dalam
  • 33. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 33 rumah hijau. Taman Tropika Poring pula merupakan kawasan pemuliharaan lebih daripada 100 spesies burung, orang utan, dan rusa. Taman ini dibina untuk memastikan spesies hidupan liar tersebut tidak diancam kepupusan. Haiwan di sini bebas mencari makanan, tempat tinggal, dan pasangan untuk menambahkan populasi. Saya dan abang juga tidak melepaskan peluang untuk meniti jambatan gantung di taman ini yang panjangnya 600 kaki. Pada mulanya, saya berasa gayat. Lamakelamaan saya dapat meniti jambatan itu hingga ke hujungnya. Saya turut melawat Gua Kelawar Kipungit. Hingga di sini sahaja yang dapat saya ceritakan kepada saudara. Semoga kita bertemu lagi dalam lembaran yang lain. Sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudara sekalian. Sekian, terima kasih. Sahabatmu, Ryan 18. Mengapakah Ryan terlewat membalas surat Ignatius? (tahap tinggi-sintesis) A. Ryan ketika itu itu berada di Kuching. B. Ryan baru pulang daripada bercuti di Ranau. C. Ryan memang sengaja berlengah untuk membalas surat itu. D. Ryan dan keluarganya pergi bercuti ke Lahad Datu selama seminggu.
  • 34. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 34 19. Apakah kesitimewaan Kolam Air Panas Poring? (tahap tinggi-penilaian) A. Pemandangan di kolam air panas itu sangat indah. B. Air panas di kolam itu dapat menyembuhkan penyakit kulit. C. Jaraknya yang tidak berapa jauh dari bandar Kota Kinabalu D. Kolam air panas itu mempunyai kemudahan asas yang lengkap. 20. Rangkai kata kawasan pemuliharaan dalam petikan membawa maksud... (tahap tinggi-sintesis) A. Tempat memberi makan minum secukupnya kepada haiwan liar. B. Tempat hidupan liar tidak diancam oleh para pelawat. C. Tempat merawat hidupan liar supaya sentiasa dalam keadaan sihat. D. Tempat memelihara, menjaga dan melindungi hidupan liar.
  • 35. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 35 REFLEKSI Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada kedua ibu bapa saya atas segala pertolongan dari segi materialistik dan sokongan moral yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbingan atas segala tunjuk ajar yang diberi. Tidak dilupakan juga kepada semua yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan tugasan ini. Tugasan pada kali ini memerlukan saya untuk menghuraikan empat jenis penilaian bahasa dan memberi penerangan tentang Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Selain itu, saya perlu menyediakan satu JSU dan membina 20 item bagi ujian objektif aneka pilihan. Melalui tugasan ini, saya dapat memahami dengan lebih lagi mengenai kepentingan menyediakan JSU sebagai garis panduan dalam merancang soalan. Saya juga lebih jelas mengenai hubung kait antara JSU dengan perancangan membina soalan. Sebelum ini, saya tidak jelas mengenai kepentingan menyediakan JSU namun setelah melakukan tugasan ini, saya lebih faham dan dapat menyediakan JSU berserta item soalan. Pengetahuan baru ini akan memudahkan saya untuk menyediakan set soalan kepada murid pada masa akan datang. Sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya mengalami masalah kekangan masa menyiapkan tugasan memandangkan tugasan diberi semasa praktikum dijalankan. Saya terpaksa membahagikan masa di antara menyiapkan tugasan dan juga membuat persediaan penilaian pensyarah dalam tempoh praktikum. Di samping itu, saya mengalami masalah mencari maklumat yang dikehendaki oleh pensyarah.Bagi menghasilkan tugasan yang berkualiti, saya telah mencari maklumat dari pelbagai sumber seperti buku rujukan di perpustakaan. Malah bagi mendapatkan maklumat yang bersifat fakta, saya perlu sentiasa membuat rujukan di buku dan juga di internet bagi memilih isi yang terbaik dan bersesuaian untuk disampaikan kepada pensyarah pembimbing. Selain itu, rakan-rakan juga tidak lokek untuk berkongsi
  • 36. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 36 sebarang maklumat tambahan yang diperolehi dan memberi cadangan yang munasabah kepada saya membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan lebih mudah. Saya turut meminta pandangan dan merujuk kepada guru Bahasa Melayu dalam menyediakan JSU dan membina item soalan. Dalam menyediakan tugasan ini, saya mengalami kesukaran untuk menyediakan JSU dan membina item ujian objektif aneka pilihan. Ini kerana saya masih tidak jelas mengenai cara menyediakan JSU dan merancang soalan berdasarkan kepada konsep Taksonomi Bloom. Ini kerana saya tidak dapat membezakan dengan baik aras di dalam Taksonomi Bloom dan menyediakan soalan yang bersesuaian dengan aras tersebut. Benarlah kata pepatah, ‘kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Tanpa usaha keras dan kesabaran, sudah tentu tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya mengikut tempoh yang diberi. Diharapkan tugasan ini dapat mencapai standart yang diinginkan oleh pensyarah. Sekian, terima kasih.
  • 37. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 37 RUJUKAN Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Asmah Haji Omar. (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Benjamin S. Bloom. (1989). Objektif Pendidikan. Selangor : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Lee Shok Mee & Mok Soon Sang. (1989). Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mohd Najib Ghafar. (1997). Pembinaan Dan Analisis Ujian Bilik Darjah. Johor : Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Mokhtar Ismail. (2009). Pentaksiran Pendidikan Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ramina Haji Sabran. (1991). Penilaian Dan Pengujian Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
  • 38. B M M 3 1 0 3 P E N T A K S I R A N B M S E K O L A H R E N D A H | 38 LAMPIRAN

×