Your SlideShare is downloading. ×
Mtm2203 laporan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Mtm2203 laporan

2,330

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
2,330
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
154
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. 1 Pengenalan Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan perlu mengambil kira pelbagai aspek. Murid yang berlainan memerlukan proses pembelajaran yang berlainan. Selain itu ,ciri- ciri murid yang berbeza pada tahap perkembangan yang berbaza juga merupakan salah satu faktor. Jadi, pendekatan pengajaran adalah amat penting bagi seseorang guru apabila membuat keputusan tentang bagaimana hendak merancang dan menyampaikan sesuatu pengajran dengan berjaya dan sempurna. Terdapat pelbagai jenis pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik perlu memilih pendekatan mengikut kesesuaian pendidik, pelajar dan persekitaran. Menurut penyelidik Connell (1981), beliau menyatakan proses pengajaran merupakan satu interaksi dinamik antara murid dengan guru. Guru dan murid saling mempengaruhi antara satu sama lain. Jadi, pengajaran yang berkesan bergantung kepada kemampuan guru memilih kemahiran pengajaran yang sesuai untuk memudahkan aktiviti pembelajaran murid. Penyelidik yang satu lagi, Saedah Hj. Siraj et al. (1993) berpendapat bahawa guru berperanan sebagai penyalur ilmu pengetahuan dan juga sebagai pengembang dan pengukuh kemahiran murid-murid. Antara pendekatan dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik termasuklah kaedah penyoalan dan perbincangan, kaedah demonstrasi, saedah inkuiri penemuan, kaedah stesen, kaedah masteri, kaedah pembelajaran koperatif, kaedah pembelajaran kontektual, kaedah pembelajaran melalui kecerdasan pelbagai, kaedah pembelajaran melalui permainan dan kaedah pembelajaran berasaskan projek. Dalam kerja tugasan ini, kumpulan kami akan menjelaskan beberapa jenis pendekatan yang kami gunakan dalam rancangan harian kita. Kami juga menyediakan satu rancangan harian dan melaksanakan apa yang kami rancangkan.
  • 2. 2 Pendekatan Penyoalan Pendekatan penyoalan merupakan prosess yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)Matematik. Cara menanyakan yang baik akan mempertingkatkan tahap pencapaian pelajar di sekolah. Penyoalan memberi peluang kepada para guru untuk memperoleh pelbagai maklumat manakala pengajaran tanpa soal jawab tidak dapat kesan sedemikian. Dalam rancangan harian guru, guru perlulah menyediakan soalan-soalan kepada pelajar-pelajar sebagai penilaian. Oleh itu, pendekatan penyoalan merupakan salah satu pendekatan yang penting bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Terdapat banyak kebaikan kita menggunakan pendekatan penyoalan dalam PdP. Kebaikan pertama ialah dapat merangsang dan mendorong pemikiran pelajar. Guru yang menggunakan pendekatan penyoalan akan membantu mendorong dan merangsang pemikiran pelajar-pelajar, membantu membentuk perhubungan atau perkaitan antara ilmu. Selain itu, penyoalan dapat merangsang pemikiran dan aktiviti kognitif pelajar. Apabila guru menyoal soalan yang tertentu, beliau boleh menggalakkan aktiviti-aktiviti daripada mengingati fakta sehingga kepada analisasi dan penilaian. Contohnya dalam rancangan yang disediakan, soalan-soalan telah ditanya seperti pernahkah pelajar memerhati isipadu air tin di dalam pasar raya telah merangsangkan pemikiran pelajar bagaimanakah mendapat isipadu air tin tersebut. Selain itu, penyoalan juga dapat membantu pelajar yang bersifat diam, hilang tumpuan dan keyakinan diri rendah lebih aktif dalam PdP. Kebaikan kedua bagi pendekatan penyoalan dalam PdP adalah dapat mengesan pemahaman pelajar terhadap kemahiran yang telah diajar. Guru-guru boleh menyediakan soalan kepada pelajar tidak kira merupakan soalan secara tulis atau lisan untuk mengaji pelajar menguasai kemahiran atau tidak. Penyoalan dapat membantu guru mengetahui kesan selepas PdP dan juga kesukaran yang ditemui oleh pelajar- pelajar dalam subjek tersebut. Dengan mengetahui masalah pelajar, guru dapat menyelesaikan masalah pelajar dengan cara yang lebih senang dan berkesan. Jika jawapan yang diberi oleh pelajar menggambarkan pelajar belum menguasai kemahiran tersebut, penjelasan haruslah diteruskan supaya pelajar dapat menguasai kemahiran selepas PdP. Contohnya dalam rancangan yang disediakan, soalan berapa kalikah isipadu cecair selinder B lebih banyak daripada selinder A? Melalui soalan ini guru akan
  • 3. 3 mengetahui sama ada pelajar dapat menguasai cara bandingan dan cara mengira lebihan dalam langkah Matematik atau tidak. Pendekatan penyoalan haruslah dimasukkan dalam rancangan harian setiap guru. Ini kerana melalui penyoalan, guru-guru dapat mengetahui kesan PdP. Selain itu, melalui penyoalan, pelajar telah digalakkan untuk memikir. Dengan itu, PdP akan lebih berkesan. Pendekatan Pembelajaran Melaui Permainan Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi pengajaran, permainan merupakan salah satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pembelajaran melalui permainan merupakan teknik yang berbeza dengan pendekatan tradisonal. Pembelajaran melalui permainan lebih banyak melibatkan pergerakan tubuh badan dan minda pelajar. Pembelajaran melalui permaianan merupakan salah satu pendekatan yang amat berkesan dalam PdP dan banyak digalakkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia terutamanya di kalangan sekolah rendah. Terdapat banyak kebaikan kita menggunakan pendekatan pembelajaran melalui permainan dalam PdP. Kebaikan yang pertama ialah dapat membantu pergembangan minda pelajar dalam PdP. Melalui pendekatan pembelajaran melalui permainan, pelajar akan berasa lebih seronak semasa dalam PdP. Pendekatan tradisonal merupakan pendekatan guru sebagai pengucap dan pelajar sebagai pendengar di dalam kelas. Ini merupakan cara PdP yang amat bosan dan tidak sesuai digunakan pada zaman sekarang. Melalui permainan, pelajar akan memberi tumpuan mereka semasa dalam PdP. Selain itu, melalui pembelajaran melalui permaianan, pelajar akan lebih rela melibatkan diri dalam PdP. Pelajar akan menggunakan minda mereka untuk menyiapakan tugasan yang diberi oleh guru. Dalam proses tersebut, pelajar akan merangsangkan minda mereka supaya dapat menyiapkan tugasan tersebut dan mendapat kepuasan dipuji oleh guru. Secara tidak langsung, minda pelajar telah dilatih dan mereka akan lebih mahir dan ingat semasa kemahiran ini ditanya semula lagi. Dalam rancangan yang disediakan, aktiviti menyukat dan merekod isipadu cecair telah
  • 4. 4 diadakan supaya pelajar dapat lebih memhami cara menyukat dan merekod isipadu cecair. Kebaikan kedua bagi pendekatan pembelajaran melalui permianan ialah dapat mengesan kesalahan pelajar dalam PdP. Pelajar-pelajar biasanya akan memhami teori yang disampaikan oleh guru semasa dalam PdP akan tetapi mereka akan melakukan kesalahan semasa menggunakan teori tersebut dalam kehidupan atau dalam aktiviti. Melalui pemblejaran melalui permainan, guru digalakkan menjalankan aktiviti kepada pelajar bagi menguji tahap pelaksanakan pelajar menurut teori yang telah dipelajari. Melalui permainan atau aktiviti, pelajar akan menggunakan teknik untuk menyiapkan tugasan mereka. Dalam proses ini, guru dapat memerhatikan sama ada langkah pelajar adalah betul atau salah. Jika terdapat pelajar yang melakukan kesalahan, guru haruslah memberi pembetulan kepada pelajar serta merta. Ini merupakan salah satu cara yang senang bagi mengesan kesalahan pelajar dalam PdP. Contohnya dalam rancangan yang disediakan, guru menyediakan aktiviti merekod isipadu cecair. Dalam aktiviti tersebut, guru boleh mengesan sama ada cara merekod pelajar tersebut adalah betul atau salah. Pendekatan pembelajaran melalui permainan merupakan satu teknik mengajar yang agak disukai oleh pelajar dan semua guru digalakkan banyak menggunakan teknik ini supaya obkektif pembelajaran dapat dicapai selepas PdP. Pendekatan Pembelajaran Koperaktif Pendekatan pembelajaran koperaktif merupakan satu keadah yang menggunakan pendekatan berpusat dengan pelajar-pelajar. Pendekatan ini mengutamakan kerja sama dalam menyelesaikan permasalahan untuk menerapkan pengetahuan dalam mencapai tujuan pembelajaran. Menurut pendekatan pembelajaran koperatif, pelajar-pelajar didorong untuk bekerjasama dan menggembleng tenaga untuk menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru. Pelajar biasanya akan dibahagi dalam kumpulan dan komunikasi antara guru dengan pelajar adalah amat diperlukan. Pendekatan pembelajaran koperaktif dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam PdP. Menurut pendekatan pembelajaran koperaktif, pelajar akan dibahagi dalam kumpulan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Pelajar akan berkerjasama dan saling membantu jika terdapat masalah berlaku. Kesannya pelajar
  • 5. 5 akan lebih bermotivasi untuk menguasai kemahiran berbanding belajar dalam individu. Selain itu, pembelajaran koperaktif mementingkan komunikasi dua hala tidak kira antara guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar. Jika terdapat masalah dalam PdP, mereka berpeluang berbincang dengan ahli kumpulan lain dan bersama-sama untuk mendapatkan jawapannya. Contohnya dalam rancangan yang disediakan, pelajar dibahagi dalam kumpulan untuk mendapat rekod isipadu air. Melalui aktiviti tersebut, pelajar-pelajar mendapat peluang untuk berbincang bagaimana mendapat isipadu cecair dengan cara yang betul. Melalui perbincangan dan aktiviti ini, motivasi pelajar untuk mendapat jawapan adalah lebih tinggi berbanding dengan belajar secara individu. Pendekatan pembelajaran koperaktif merupakan salah satu teknik pembelajaran yang harus digunakan dalam PdP. Ini kerana pelajar dapat mempelajari cara berkomunikasi sambil mendapat ilmu pengetahuan. Selain itu, pendekatan ini juga dapat menggalakkan pelajar mendapat ilmu melalui perbincangan antara ahli kumpulan dan tidak perlu banyak bantuan daripada guru. Pendekatan ini haruslah banyak digunakan supaya dapat membentuk modal insan yang berbakat dan setanding dengan global.
  • 6. 6 Rancangan Pengajaran Harian Mata Pelajaran : Matematik Kelas : 5A Masa : 60 minit (2 waktu) Bidang utama : Ukuran Tajuk/Unit : 9 Isipadu Cecair Bidang Pembelajaran : Hubungan antara unit dalam isipadu cecair Objektif Pembelajaran : i. Murid dapat menyukat isipadu cecair menggunakan unit piawai. ii. Murid dapat membanding isipadu cecair menggunakan unit piawai. Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat i. menyukat dan merekod isipadu cecair dalam unit mililiter kepada unit liter dalam bentuk pecahan atau perpuluhan. ii. Membanding isipadu cecair yang melibatkan pecahan dan perpuluhan dalan unit liter dan mililiter. Pengetahuan yang sedia ada : Murid-murid telah mempunyai konsep membaca isipadu cecair dalam liter dan mililiter dalam bentuk nombor bulat. Bahan bantu belajar : Powerpoint, silinder, air dan lembaran kerja, LCD, komputer Nilai Murni : Bekerjasama, rajin, berani dan berdisiplin. KBKK : Kemahiran berfikir: menghubungkaitkan, membuat inferens, membanding beza, menjana idea dan menjana minda.
  • 7. 7 Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran Langkah/ Masa AKtiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/Strategi Set induksi 3 minit 1. Murid-murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru: a. Adakah murid-murid suka pergi ke Pusat Beli-Belah Jusco? (Ya.) b. Adakah murid-murid beli pelbagai jenis minuman yang dijual? (Ada.) c. Apakah jenis minuman yang murid-murid biasa beli? (Pepsi, Milo, Oren jus...) d. Pernahkah murid-murid memperhatikan isipadu minuman pada kotak minuman? (Menerima apa-apa isipadu cecair yang murid jawab.) 2. Jawapan murid dikaitkan oleh guru dengan topik yang akan disampaikan pada hari ini iaitu isipadu cecair. Nilai Murni: - BBB: Powerpoint KBKK: Kemahiran berfikir: Menghubungkaitkan Langkah 1 5 minit 1. Murid-murid memerhatikan powerpoint yang dipamerkan oleh guru. 2. Guru menjelaskan istilah isipadu cecair kepada murid. 3. Guru mempamerkan sebuah silinder yang berisi 500 mililiter air. 4. Guru membimbing murid membaca isipadu cecair dengan teknik yang tepat. Nilai Murni: - BBB: Powerpoint KBKK: Membuat inferens
  • 8. 8 5. Guru menekankan kepada pembacaan isipadu cecair mengikut senggetan bawah bikar atau silinder. 5. Air yang berada dalam silinder dituang ke dalam sebuah silinder penyukat. 6. Guru meminta murid membaca isipadu air dalam silinder penyukat. (0.5 liter atau ) 7. Guru membimbing murid membuat inferens. (500 mililiter = 0.5 liter atau ) Langkah 2 20 minit 1. Murid-,murid dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk menjalankan aktiviti menyukat dan merekod isipadu cecair. 2. Setiap kumpulan diberi bahan-bahan seperti berikut: i. silinder A yang dilabel dengan 250 mililiter, 500 mililiter, 750 mililiter dan 1000 mililiter ii. Silinder B yang dilabel dengan liter, liter dan liter. iii. Silinder C yang dilabel dengan 0.25 liter, 0.5 liter dan 0.75 liter. 3. Guru mendemonstrasi cara menjalankan aktiviti. a. Tuangkan air yang disediakan ke dalam silinder A, kemudian membaca dan merekod isipadu cecair dengan tepat. b. Tuangkan air yang berada dalam silinder A ke dalam silinder B, kemudian membaca dan merekod isipadu cecair dengan tepat. c. Tuangkan air yang berada dalam silinder B ke dalam silinder C, kemudian membaca dan merekod isipadu cecair dalam lembaran kerja. (Rujuk Lampiran Lembaran Kerja) Nilai Murni: Bekerjasama, berdisiplin BBB: silinder, lembaran kerja KBKK: Membanding beza, Membuat inferens
  • 9. 9 4. Murid-murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan, guru mengawasi murid sambil memberi tunjuk ajar. 5. Guru membuat kesimpulan daripada dapatan murid. 6. Kumpulan yang mendapat jawapan yang tepat dan menunjukkan semangat kerjasama akan diberi ganjaran yang sewajarnya. Langkah 3 10 minit 1. Guru mempamerkan 2 silinder yang berisi air. 2. Guru meminta seorang murid untuk membaca isipadu cecair dengan tepat. 3. Guru bertanya: Berapa kalikah isipadu cecair silinder B lebih daripada isipadu cecair silinder A? (Guru menerima apa-apa jawapan daripada murid.) 4. Guru mengajar teknik menjawab soalan tadi. Soalan: Berapa kalikah isipadu cecair silinder B lebih daripada isipadu cecair silinder A? Cara Penyelesaian: = = 2 5. Guru mengulangi langkah 1 - 4 dengan menggunakan isipadu cecair yang berlainan. Nilai Murni: - BBB: silinder, Powerpoint KBKK: Membanding beza 0.25 liter 0.5 liter Silinder A Silinder B
  • 10. 10 Langkah 4 12 minit 1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil untuk menjalankan aktiviti. 2. Guru mempamerkan soalan menggunakan Powerpoint, setiap kumpulan perlu berbincang dalam kumpulan dan menjawab soalan. 3. Guru menasihati murid-murid supaya bekerjasama dan sabar semasa menjawab soalan untuk mengelakkan kecuaian. 4. Setiap kumpulan memilih seorang wakil untuk memberi penerangan tentang jawapan kumpulan mereka. (Guru memberi penerangan selanjutnya jika perlu.) 5. Kumpulan yang paling cepat menyaipkan soalan dan betul akan diberi ganjaran yang sewajarnya. Nilai murni: Bekerjasama, sabar BBB: Powerpoint Penilaian 6 minit 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. 2. Murid menjawab soalan yang terdapat dalam lembaran kerja. 3. Guru berbincang dengan murid mengenai hasil kerja mereka. Nilai murni: Rajin BBB: Lembaran kerja KBKK: Menjana minda Penutup 4 minit 1. Guru mengadakan sesi soal jawab bersama murid. 2. Guru merumuskan isi pelajaran dan telah dipelajari pada hari ini. Nilai murni: Berani KBKK: Menjana idea
  • 11. 11 Refleksi (Loh Seng Hau) Pada 21 Ogos 2012 bersamaan hari Rabu, saya telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang. Seramai 14 orang murid Tahun 5 SJK (C) Pei Hwa Pontian telah melibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran ini. Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Saya dan ahli kumpulan saya telah membuat sesi perbincangan semasa interaksi di IPGK Temenggong Ibrahim. Masalah yang paling kritikal adalah bahan bantu belajar (BBB) kerana kami berasal dari tempat yang berlainan dan sukar untuk membuat bahan bantu belajar bersama-sama. Selepas perbincangan, kami bersetuju menggunakan tajuk Isipadu Cecair Tahun 5 sebagai tajuk yang hendak dirancang. Bahan bantu belajar yang dirancang adalah powerpoint dan bikar atau silinder penyukat. Bahan bantu belajar yang digunakan dapat disediakan sendiri, jadi dapatlah menyelesaikan masalah tersebut. Sepanjang merancang RPH ini, kami juga menghadapi kesukaran untuk menentukan kaedah dan teknik pengajaran yang hendak gunakan semasa mengajar. Namun, dengan mengambil kira kelebihan dan kelemahan yang dapat kami kenal pasti terhadap semua teknik dan kaedah yang sedia ada, serta kesesuaiannya terhadap topik yang hendak dirancang, akhirnya, kami bertekad untuk menggunakan gabungan beberapa jenis kaedah seperti kaedah penyoalan, kaedah pembelajaran melalui permainan dan kaedah kopperatif agar pengajaran kami lebih berfleksibel dan menarik. Selepas Pengajaran dan Pembelajaran Kekuatan Sepanjang menjalankan pengajaran dan pembelajaran, saya telah berjaya menarik murid-murid pada peringkat set induksi. Pusat Beli-belah Jusco merupakan tempat yang amat digemari oleh murid-murid. Dengan menggunakan tempat ini dan mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan dengan kehidupan harian murid telah berjaya memberangsang keminatan murid-murid. Tambahan pula, powerpoint yang disediakan terdapat banyak gambar yang menarik. Murid-murid melibatkan secara aktif semasa saya mengemukakan soalan. Ini menunjukkan bahawa set induksi yang menarik sangat penting agar dapat terus menarik perhatian murid. Komunikasi 2 hala
  • 12. 12 seperti penyoalan yang saya gunakan juga memainkan peranan penting dalam sesi pengajaran. Menurut kajian, pembelajaran koperatif dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran sesuatu pelajaran. Ini dapat memupuk nilai murini seperti bekerjasama, berdisiplin dan berani mencuba. Dalam pengajaran saya, saya telah membahagikan murid dalam kumpulan kecil untuk menjalankan aktiviti menyukat dan merekod isipadu cecair. Sepanjang menjalankan aktiviti, murid-murid bekerjasama menjayakan tugasan mereka. Selain itu, saya juga mengaplikasikan kaedah pembelajaran melalui permainan dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Kaedah ini dapat memberi keseronokan kepada murid dan murid dapat belajar dalam keadaan yang bebas dan gembira. Dalam pengajaran saya, saya telah membahagikan 14 orang murid kepada 3 kumpulan kecil untuk menjalankan permainan. Saya dapat mengesan bahawa murid- murid berkomunikasi dan berbincang antara ahli kumpulan mereka untuk mendapat jawapan yang paling tepat sebelum menjawab soalan yang saya kemukakan. Di samping itu, keyakinan diri saya amat tinggi sepanjang pengajaran dan pembelajaran saya. Saya telah membuat persediaan yang amat mencukupi sebelum pengajaran ini. Jadi, saya berasa sangat yakin semasa saya mengajar. Murid-murid akan mencontohi apa yang disuruh dan didemonstrasi oleh guru apabila guru berkeyakinan menjelaskan sesuatu. Kelemahan Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran, saya sedar bahawa penguasaan masa kurang memuaskan. Saya tidak dapat mengikut masa yang telah dirancang. Bagi pengajaran ini, saya telah menggunakan masa yang berlebihan dalam langkah kedua iaitu aktiviti meyukat dan merekod isipadu cecair dalam kumpulan kecil kerana terdapat masalah yang tidak dapat dirmal. Ini menyebabkan saya tidak mencukupi masa untuk membuat penutup pada akhir pengajaran. Kelemahan yang seterusnya ialah bahan bantu belajar yang kurang sesuai. Saya telah merancang untuk menggunakan bikar dan silinder penyukat dalam pengajaran saya. Selepas itu, didapati bahawa makmal sekolah saya tidak mempunyai silinder penyukat dan bikar yang besar. Jadi, saya hanya boleh menggunakan bekas yang besar dan membuat label pada bekas supaya murid dapat menyukat dan merekod bacaan isipadu cecair.
  • 13. 13 Cadangan Penambahbaikan Untuk menambahbaikan pengajaran saya, saya perlu lebih peka terhadap pengurusan masa pengajaran. Saya akan mengambil kira masalah-masalah yang mungkin akan timbul semasa menjalankan aktiviti kerana masalah yang timbul itu mengambil masa untuk menyelesaikannya. Saya juga akan membuat persediaan awal yang lebih mencukupi untuk memastikan pengajaran saya dijalankan seperti yang telah dirancang. Selain itu, saya akan berbincang dengan guru besar supaya dapat kebenaran untuk mendapatkan bahan bantu belajar seperti bikar dan silinder penyukat supaya dapat digunakan dalam pengajaran saya yang akan datang. Kesimpulannya, melalui pengajaran dan pembelajaran ini, saya mempelajari banyak pengetahuan yang baharu mengenai pedagogi pengajaran Matematik. Penggunaan kaedah yang kepelbagaian perlu dirancang dalam pengajaran harian. Perancangan yang mencukupi amat penting dalam satu sesi pengajaran yang berjaya. Selain itu, dengan adanya persediaan yang mencukupi, kita dapat menunjukkan keyakinan diri dan mencapai prestasi yang cemerlang dalam pengajaran. Saya yakin bahawa dengan mengaplikasikan kaedah-kaedah pengajaran dan kreativiti dalam pengajaran, saya akan menunjukkan prestasi yang lebih baik pada masa akan datang.
  • 14. 14 Refleksi (Ng Phol Sang) Munurut kerja kursus ini, saya dapati terdapat banyak cara yang boleh kita gunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Pada zaman sekarang, kaedah pengajaran yang tradisional agak tidak sesuai digunakan dalam setiap kelas atau setiap pelajar. Melalui pembacaan bahan bacaan, saya dapati banyak kaedah dapat digunakan bagi mengganti kaedah pengajaran tradisional, contohnya kaedah penyoalan, kaedah demontrasi, kaedah stesen, dan lain-lain lagi. Selepas berbincang dengan ahli kumpulan saya, kami membina sebuah rancangan pelajaran harian mengenai tajuk isipadu air Tahun 5. Rancangan tersebut mengandungi kaedah penyoalan, kaedah pembelajaran melalui permainan, dan kaedah koperatif. Ilmu baru yang saya dapati selepas kerja kursus ini ialah haruslah menggunakan kaedah yang berbeza dalam proses PdP sekolah. Dalam kerja kursus ini, saya telah memahami banyak definisi kaedah pembelajaran terutamanya kaedah penyoalan, kaedah pembelajaran melalui permainan, dan kaedah koperatif. Kaedah-kaedah yang saya belajari merupakan satu pengalaman dan ilmu yang baru yang dapat membantu saya mengajar di sekolah dengan lebih berkesan. Pendekatan-pendekatan yang kami gunakan dalam rancangan harian mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah dapat mengubah situasi pembelajaran dalam kelas. Pendekatan-pendekatan yang kami gunakan seperti permainan dan koperatif telah menyeronokan murid-murid. Murid-murid tidak berasa bosan semasa dalam kelas. Melalui proses penyoalan, permaianan, dan koperatif, murid-murid telah menikmati keseronokan pembelajaran kerana mereka mempunyai peluang mengerakkan anggota badan mereka dan peluang bercakap di dalam kelas. Cara mengajar tradisional seperti penyampaian maklumat satu hala adalah tidak sesuai dan kurang berkesan pada zaman ini. Kekuatan kedua yang saya dapati ialah saya telah meningkatkan kemahiran saya menyediakan rancangan pelajaran harian. Rancangan pelajaran harian merupakan tahap penyediaan guru sebelum mengajar murid. Rancangan yang sistematik akan membantu saya membuat penyedian yang sempurna dan mengadakan PdP yang berkesan kepada setiap murid. Akan tetapi terdapat kelemahan dalam kaedah yang kami gunakan. Kaedah yang kami gunakan seperti kaedah permainan akan menggunakan masa yang agak lama dan mempengaruhi sesi PdP yang lain. Selain itu, menjalankan permainan di dalam kelas akan menyebabkan situasi kelas tidak dapat dikawal seperti kebisingan dan
  • 15. 15 kecederaan murid berlaku. Dengan itu, cara menyelesaikan masalah ini ialah guru haruslah membuat penyediaan yang sempurna sebelum menjalankan permainan di dalam kelas. Guru haruslah berfikir sama ada permaianan tersebut sesuai dimain dan akan membawa kemalangan kepada murid atau tidak. Selain itu, guru perlulah mencuba permaian atau aktiviti tersebut dengan guru lain supaya dapat memastikan aktiviti itu tidak membawa sebarang bahaya kepada murid. Cabaran yang saya temui dalam kerja kursus ini ialah kesusahan berkomunikasi antara ahli kumpulan saya. Oleh sebab kami tinggal di kawasan yang berlainan, adalah susah untuk membuat perbincangan muka demi muka. Untuk menyelesaikan masalah ini, kami menggunakan internet untuk membuat perbincangan. Email dan facebook banyak membantu saya dan ahli kumpulan saya dalam menyipakan kerja kursus ini. Kerja kursus ini amat membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran seharian. Dengan adanya pengalaman ini saya berasa saya akan mendapat kemajuan dalam pengajaran dan pembelajaran saya.
  • 16. 16 Refleksi (Ooi Chao Chien) Dalam menjalankan tugasan bagi subjek Pendekatan Pedagogi Matematik 2 (MTM2203) ini, saya dan ahli kumpulan saya duduk semeja untuk membincangkan tugasan ini semasa interaksi di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim. Masalah utama yang kita hadapi semasa menjalankan tugasan ini adalah mengenai tajuk yang sesuai digunakan untuk menjalankan tugasan ini dimana tajuk tersebut dapat menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik dengan kaedah yang bersesuaian. Selepas berbincang dengan ahli kumpulan saya, kami telah bersetuju untuk menggunakan tajuk Isipadu Air Tahun 5 untuk membuat tugasan ini. Manakala kaedah yang kami gunakan ialah kaedah penyoalan, kaedah pembelajaran melalui permainan dan kaedah koperatif. Pada 21 Ogos 2013, saya telah menjalankan pengajaran mengenai tajuk Isipadu Cecair terhadap 23 orang murid-murid Tahun 5 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lit Terk, Johor. Selepas menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas, saya dapat mengesan kekuatan dan kelemahan saya sendiri mahupun bahan bantu mengajar yang digunakan. Salah satu kekuatan yang saya dapat mengesan adalah bahawa penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) seperti Powerpoint dan bahan maujud dapat membantu murid untuk meningkatkan tahap pemahaman mereka terhadap tajuk tersebut dan memudahkan mereka ingat tajuk tersebut. Dalam generasi Y ini, mereka lebih berminat untuk belajar melalui bahan teknologi berbanding dengan buku. Sebagai contoh dalam tajuk Isipadu cecair Tahun 5, saya membuat satu Powerpoint sebagai salah satu BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam Powerpoint, saya bukan sahaja memasukkan tulisan dan istilah sahaja, malah saya juga memasukkan gambar-gambar yang dapat menarik perhatian murid serta berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Dengan itu, murid baru dapat mengesan bahawa isipadu cecair sentiasa berada di sekeliling mereka. Selain itu, saya juga menggunakan silinder penyukat dan bikar sebagai BBM bahan maujud untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran saya. Dalam PdP, murid akan menggunakan silinder penyukat dan bikar untuk menjalankan aktiviti menyukat dan merekod isipadu cecair. Ini dapat membantu mereka menguasai cara menyukat isipadu cecair dengan betul.
  • 17. 17 Bagi kekuatan yang keduanya ialah mengenai kaedah pendekatan yang kami gunakan, iaitu kaedah penyoalan, kaedah pembelajaran melalui permainan dan kaedah koperatif. Dalam kaedah penyoalan, saya akan menanya mereka soalan yang berkaitan dengan isipadu cecair. Kaedah penyoalan akan saya guna sepanjang proses PdP. Sebagai contoh dalam set induksi, saya akan menanya mereka mengenai tempat yang mereka biasa pergi untuk membeli-belah dan seterusnya menanya mereka mengenai sama ada mereka ada membeli minuman di tempat beli-belah. Dengan kaedah ini, murid-murid akan menggunakan jawapan yang mereka tahu untuk menjawab soalan yang saya tanya. Hal ini demikian kerana soalan yang saya tanya adalah berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Dengan menggunakan kaedah penyoalan ini, ia dapat melibatkan lebih banyak murid dalam PdP dan seterusnya merangsang pemikiran dan aktiviti mental murid-murid. Bagi kaedah pembelajaran melalui permainan pula, ia merupakan satu teknik PdP yang berkesan kepada murid-murid. Kaedah pembelajaran melalui permainan dapat menghasilkan keseronokkan kepada murid-murid dalam pengajaran yang hendak disampaikan kepada mereka. Sebagai contoh kaedah pembelajaran melalui permainan dalam PdP, saya akan membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan seterusnya menanya mereka soalan untuk menjawab. bagi kumpulan yang dapat bilangan yang betul banyak akan jadi pemenang dalam permainan tersebut. Kaedah koperatif pula dapat melibatkan semua murid bekerjasama untuk belajar dalam PdP. Dengan kaedah ini, murid-murid dapat bekerjasama antara satu sama lain untuk mencari idea, menyokong dan menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai persetujuan kumpulan. Saya menggunakan kaedah kolabratif supaya murid-murid dapat memupuk nilai-nilai moral seperti bekerjasama samasa dalam aktiviti kumpulan. Contohnya semasa dalam aktiviti kumpulan, mereka dikehendaki menyukat isipadu cecair dalam unit yang berbeza, semua ahli kumpulan akan bekerja sama untuk menyelesaikan masalah tersebut. Semasa menjalankan PdP, saya berpendapat bahawa saya mempunyai keyakinan diri yang amat memuaskan. Dengan adanya keyakinan diri, saya dapat melaksanakan PdP dengan lancar. Pada pandangan saya, keyakinan diri amat penting kerana murid hanya akan menghormati dan mencontohi tindakan gurunya apabila
  • 18. 18 gurunya sentiasa berkeyakinan dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Salah satu kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan PdP ialah bahan bantu mengajar yang kurang. Semasa mengajar tajuk Isipadu cecair, saya perlu menggunakan silinder penyukat dan bikar yang bersaiz besar seperti yang boleh menakung air sebanyak 3 liter, akan tetapi silinder penyukat dan bikar yang terdapat di dalam sekolah hanya mempunyai yang boleh takung air maksimum 100ml sahaja. Hal ini menyebabkan murid lebih sukar untuk melihat dengan jelas perbandingan antara isipadu air yang dijalankan. Selain itu, masalah mengenai ketepatan mengikut masa yang ditetapkan untuk melaksanakan PdP juga merupakan salah satu kelemahan. Ketepatan masa sangat penting untuk memastikan objektif tercapai dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Disebabkan kelas yang saya ajar mempunyai segelintir murid yang lambat dalam memahami sesuatu isi pelajaran, saya terpaksa mencari masa untuk mengajar mereka dan ini akan menangguhkan masa saya untuk mengajar tajuk tersebut. Setiap kelemahan mesti mempunyai cara penambahbaikannya. Bagi kelemahan mengenai bahan bantu mengajar yang berkurangan, saya akan meminta pihak sekolah untuk membelikan BBM yang dapat membantu guru dalam PdP. Bagi ketepatan mengikut masa yang ditetapkan untuk melaksanakan PdP pula, saya akan memantau murid dengan baik dan mencari waktu yang sesuai untuk mengajar murid yang lemah dari segi pemahaman supaya mereka juga dapat memahami tajuk tersebut. Secara kesimpulannya, saya dapat mempelajari banyak pengetahuan serta kaedah yang boleh digunakan semasa dalam PdP melalui tugasan ini. Selain itu, saya juga dapat memahami bahawa tugasan ini dapat membantu saya menyediakan satu rancangan pengajaran harian dan bahan bantu pengajaran yang dapat membantu murid dari segi pemahaman. Tambahan lagi, ini dapat memberi keyakinan kepada saya bahawa saya dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan sebelumnya. Sekian, terima kasih.
  • 19. 19 Rujukan
  • 20. 20 Lampiran Lembaran Kerja (Aktiviti Langkah 2) silinder A bikar B bikar C Isipadu (mℓ /ℓ)
  • 21. 21 Lembaran Kerja (Penilaian) A. Tuliskan isipadu cecair. B. Bandingkan isipadu cecair. 1. Berapa kalikah isipadu cecair dalam bikar A lebih daripada isipadu cecair dalam bikar B? bikar A bikar B Berapa kalikah isipadu cecair dalam bikar B lebih daripada isipadu cecair dalam bikar A?
  • 22. 22 Lampiran Gambar Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sila rujuk CD yang disertakan.
  • 23. 23

×