Your SlideShare is downloading. ×
Skrip (kisah dan teladan)
Skrip (kisah dan teladan)
Skrip (kisah dan teladan)
Skrip (kisah dan teladan)
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Skrip (kisah dan teladan)

11,548

Published on

0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
11,548
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
380
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Hikayat Sang Kancil, Kerbau dan Buaya yang BodohPada suatu hari ada seekor kerbau jantan hendak minum air. Kerbau itu berjalanmelalui satu lorong menuju ke sungai. Sungai itu agak luas. Airnya cetek saja, jernihdan sejuk. Kerbau itu mengharung air. Air itu hanya setakat lutut sahaja. Kerbau itumenuju ke tengah-tengah sungai kerana air di bahagian tengah sungai lagi jernih.Ketika menghirup air, kerbau terdengar sesuatu di tepi sungai. Kerbau merenung kearah suara itu. Kerbau ternampak air terhambur naik di tebing sungai. Tiba-tibaterdengar suara dari tepi sungai dekat rimbunan buluh.Buaya : “Tolong! Tolong! Tolong aku , kerbau!”Kerbau cuba memerhati dan meneliti suara itu. Kerbau ternampak sesuatuberbalam-balam dari jauh seperti batang kelapa ditindih sebatang kayu. Suarameminta tolong terus bergema. Merayu-rayu bunyinya. Kerbau mendekati suara itu.Rupa-rupanya ada seekor buaya ditindih oleh pokok kayu, betul-betul di tengahbelakangnya.Kerbau : “Oh, buaya! Kenapa ini?”Buaya : "Tolong aku, kerbau! Aku ditimpa oleh pokok yang tumbang. Aku tidak bolehbergerak. Berat sungguh batang kayu ini,"Kerbau kasihan melihat buaya. Kerbau cuba mengangkat kayu itu dengantanduknya. Apabila batang kayu terangkat, buaya cepat-cepat melepaskan dirinya.Sebaik-baik sahaja kerbau menghumban kayu itu ke bawah, buaya segeramenangkapnya.Kerbau : "Eh, buaya! Kenapa ini?"Buaya : . "Aku hendak makan kau. Hari ini kau menjadi rezeki aku."Kerbau : . "Kaulah binatang yang amat jahat dalam dunia ini. Tidak tahu membalasbudi. Orang berbuat baik, kau balas jahat. Sepatutnya buat baik dibalas baik. Buatjahat dibalas jahat. "Buaya : "Aku tidak peduli."Kerbau cuba menanduk buaya tetapi buaya menguatkan lagi gigitannya. Kerbautidak mampu melepaskan diri kerana berada dalam air. Kalau buaya menariknya kebawah tentulah ia akan lemas. Kerbau merayu supaya buaya tidak membunuhnya.Kerbau : "Janganlah bunuh aku, buaya! Aku pun mahu hidup. Kau makanlah bendalain."Buaya : "Aku boleh melepaskan kau tetapi dengan satu syarat."Kerbau : "Apakah syaratnya?" 1
  • 2. Buaya : "Kita cuba dapatkan jawapan, betul atau tidak bahawa berbuat baik dibalasbaik? Kita tanya apa-apa yang lalu di sini.Kalau jawapannya sama sebanyak tiga kali,aku akan bebaskan kau."Kerbau bersetuju dengan syarat yang dicadangkan oleh buaya. Mereka bersama-sama menunggu sesiapa sahaja yang lalu atau yang hanyut di dalam sungai itu.Tiba-tiba mereka ternampak sebuah saji yang buruk hanyut. Buaya pun bertanyapada saji.Buaya : "Saji, betulkah berbuat baik dibalas baik?"Saji : "Tidak betul. Berbuat baik dibalas jahat. Di rumah, aku digunakan untukmenutup makanan. Nasi, lauk, kuih, dan apa-apa sahaja aku lindungi. Pendek kata,aku banyak menolong dan berbakti kepada tuan aku. Kucing dan tikus tidak bolehmencuri lauk. Aku lindungi. Tetapi aku amat sedih, apabila aku buruk dan koyak,tidak berdaya lagi menutup makanan, aku dibuang ke sungai. Itulah sebabnya akuberkata berbuat baik dibalas jahat. "Saji menamatkan ceritanya dan terus hanyut.Buaya : ."Macam mana kerbau? Betul atau tidak apa yang aku kata?"Kerbau berdiam diri kerana berasa cemas dan sedih. Kerbau berdoa di dalam hatisupaya Tuhan menolongnya. "Tuhan tentu akan menolong orang yang baik," katakerbau dalam hatinya.Tidak lama kemudian, kelihatan sepasang kasut buruk pula hanyut di situ. Sebelahdaripada kasut itu tenggelam kerana tapaknya berlubang. Tetapi kasut itubergantung kepada pasangannya dengan tali. Kedua-dua belah kasut itu hanyutbersama-sama .Buaya : "Hah, itu satu lagi benda hanyut! Kita cuba tanya. Kasut, betul atau tidakberbuat baik dibalas baik?"Kasut : “Tidak betul kerana berbuat baik dibalas jahat.”Hancurlah harapan kerbau untuk hidup apabila mendengar kasut memberi jawapanitu.Kasut lalu bercerita.Kasut : “Pada suatu masa lalu, aku amat disayangi oleh tuanku. Setiap hari akudibersihkan dan dikilatkan. Apabila malam, aku disimpan di tempat selamat. Akujuga hanya dipakai oleh tuanku apabila pergi ke bandar sahaja. Kalau tuanku pergike tempat berpasir atau berlumpur, aku tidak dipakainya. Tetapi apabila sudah buruk,aku tidak disayangi lagi. Badanku tidak dikilatkan lagi. Aku dibaling ke tepi tanggaselepas digunakan. Apabila malam, aku ditinggalkan di halaman rumah. Akudibiarkan berembun dan berhujan. Ketika itu juga, aku menjadi tempat 2
  • 3. persembunyian katak puru untuk menangkap nyamuk. Apabila sudah terlalu burukdan koyak, aku dibuangkan ke dalam sungai. Itulah sebabnya aku hanyut ke sini.”Kasut menamatkan ceritanya lalu pergi bersama-sama arus air.Buaya : "Sudah dua jawapan. Engkau kalah. Tetapi aku bagi satu peluang lagi.Kalau datang yang ketiga, sama jawapannya, engkau akan menjadi habuanku. "Ketika kerbau dan buaya menanti kedatangan benda yang ketiga, tiba-tiba datangseekor kancil hendak minum air. Kancil itu pergi ke tebing tempat buaya dan kerbau.Kancil terkejut apabila melihat buaya menggigit kaki kerbau. Kancil melihat air matakerbau berlinang. Manakala buaya pula kelihatan bengis.Kancil : "Ada apa kerbau? Kenapa buaya gigit kaki engkau?"Buaya : "Mujurlah engkau datang, kancil! Kami sedang menunggu hakim yang ketigauntuk mengadili kami."Kancil : “Mengapa?”Buaya : “Kami bertengkar, berbuat baik adalah dibalas jahat."Kancil : "Tetapi kenapa kamu gigit kaki kerbau?"Buaya lalu bercerita mengenai dirinya yang ditindih batang kayu. Kerbau datangmenolong. Tetapi buaya tidak mahu membalas perbuatan baik kerbau. Buayamenganggap kerbau itu patut menjadi rezekinya.Kancil : "Tetapi sebelum aku memberikan keputusan, aku mahu tengok kejadianasalnya."Buaya : "Mula-mula aku kena tindih batang pokok patah. Batang pokok itu jatuhmenimpa belakang aku."Kancil : "Boleh aku tengok macam mana pokok itu berada di atas belakang kau?"Buaya : "Macam mana aku hendak tunjukkan, kerbau sudah alihkan batang kayuitu."Kancil : "Baiklah! Sekarang engkau pergi duduk tempat asal, tempat engkau kenatindih."Buaya mengikut sahaja arahan kancil. Buaya melepaskan kaki kerbau lalu dudukdekat batang pokok.Kancil : "Kerbau! Cuba engkau tunjukkan, bagaimanakah kayu itu berada di atasbelakang buaya? Tunjukkan padaku, bagaimanakah caranya engkau mengangkatbatang kayu itu?"Kerbau melakukan apa yang disuruh oleh kancil. 3
  • 4. Kancil : "Cuba engkau bergerak, buaya! Bolehkah kayu itu diangkat? Cuba lagi,seperti engkau mula-mula kena tindih. Kuat lagi, kuat lagi”Buaya terus mencuba tetapi tidak berupaya melepaskan diri. Buaya cubamengumpul kekuatan untuk mengangkat batang kayu itu, tetapi gagal. Ekornyasahaja membedal air tetapi batang kayu tetap itu tidak bergerak. Buaya sudah penat.Kerbau pula menunggu arahan kancil.Kancil : "Selepas itu apakah yang terjadi?"Kerbau : . "Selepas itu aku datang menolong. Aku mengangkat batang pokok itu.Apabila buaya terlepas, ia gigit kaki aku."Kancil : "Bagaimanakah cara kamu mengangkatnya?"Kerbau segera mendekati batang pokok itu. Kerbau menundukkan kepala hendakmengangkat batang kayu itu.Kancil : "Sudah! Setakat itu dulu. Aku sudah faham. Jangan angkat kayu itu."Kerbau : "Habis itu macam mana pula dengan buaya? Tentu buaya akan mati."Kancil : "Engkau ini sangat lurus dan jujur, wahai kerbau! Biarlah buaya ini mati.Kalau buaya ini hidup, engkau tentu mati. Buaya yang jahat ini patut menerimabalasannya kerana tidak tahu membalas budi baik."Kancil lalu berlari naik ke atas tebing sungai. Buaya bertempik apabila mendengarkata-kata kancil. Buaya tahu ia sudah kena tipu. Buaya membedal ekornya dengansekuat-kuat hatinya. Air sungai melambung naik. Kerbau segera melompat laluberlari naik ke atas tebing mengikut kancil.Buaya : "Jaga, kancil! Kautipu aku. Ingat, kancil! Aku akan makan kau."Namun, kancil dan kerbau tidak mempedulikan buaya lagi. Kerbau mengucapkanterima kasih kepada kancil. Kedatangan kancil ke tebing sungai itu telahmenyelamatkan nyawanya. Buaya sudah menerima balasan yang setimpal denganperbuatan jahatnya itu. 4

×