Report trends

2,162 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,162
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
50
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Report trends

  1. 1. PENGENALANSesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalammerealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum. Pendidik pada hariini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasinasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru merupakan ejenkepada keberkesanan pendidikan. Mereka bukan sahaja berfungsi untuk memberikesedaran pada diri sendiri malahan juga kepada masyarakat. Perpaduan kaum juga dapatdicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antarasatu sama lain tidak mengira bangsa dan juga agama. Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapagolongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnyasesebuah bangsa dan negara. Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola danpakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihakpenjajah secara terang-terangan, kini jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lainpula iaitu lebih mencabar lagi kerana melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diriyang perlu dihadapi secara profesional dan kreatif. Kedudukan perguruan sebagai satuprofesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran yang mesti dihadapi oleh seseorang guru. Profesion perguruan adalah satu profesion mulia yang mencurahkan ilmupengetahuan dan mendidik pelajar sehingga mereka berjaya ke peringkat pengajian tinggidan akhirnya menjadi insan yang berguna kepada bangsa, negara dan agama.Tanpa guruyang mendidik di peringkat sekolah, pastinya tidak akan lahir golongan profesionalseperti doktor perubatan, doktor pergigian, jurutera, arkitek, saintis, juru ukur dansebagainya. 1
  2. 2. DEFINISIDefinisi GuruMenurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Seorangguru ialah seorang pembimbing dalam proses pembelajaran. Antara fungsi dan perananguru ialah guru sebagai pendidik dan pengajar, harus memiliki kestabilan emosi, inginmemajukan murid, bersikap realistik, bersikap jujur dan terbuka, peka terhadapperkembangan, terutamanya dalam inovasi pendidikan. Maka guru harus memiliki danmenguasai berbagai jenis bahan pelajaran, menguasai teori dan praktikal pendidikan,menguasai kurikulum dan metodologi pengajaran. Guru juga sebagai anggota masyarakat, harus pandai bergaul dengan masyarakat.Untuk itu, guru harus menguasai psikologi sosial, memiliki pengetahuan tentanghubungan antara manusia dan sebagai anggota masyarakat, guru mempunyaiketerampilan membina kelompok, berkerjasama dalam kelompok untuk menyelesaikansesuatu masalah. Berdasarkan temubual dengan penolong kanan sebuah sekolahmenengah kebangsaan menyatakan, guru dan murid juga memainkan peranan pentingdalam hal menjadikan ‘Sekolah Sebagai Asas Penyelesaian Masalah’. Di mana guru-gurudi sekolah mereka telah mengamalkan strategi pengajaran dan pembelajaran dengan carakajian tindakan yang berteraskan budaya kerja sekolah. Beliau telah menyenaraikan antara faedah-faedah yang boleh didapati oleh guru-guru dan murid melalui kajian tindakan iaitu mendapat sumber maklumat penting untukmemahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasanapembelajaran dalam bilik darjah dan sebagainya. Guru dapat merancang huraian matapelajaran dengan lebih berkesan. Guru dapat juga mempelbagaikan kaedah pengajarandan pembelajaran supaya mencapai objektif pengajaran mereka. 2
  3. 3. Definisi ProfesionProfesion ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi danlatihan yang khas misalnya dalam bidang pendidikan, undang-undang, senibina,perubatan, perakaunan dan lain-lain. Profesion juga boleh diertikan dengan sesuatu yangmempunyai badan yang menjaga kualiti sesuatu kerjaya tersebut dengan piawaian yangditetapkan. Seseorang yang memiliki jiwa profesionalisme sentiasa mendorong dirinyauntuk mewujudkan kerja-kerja yang profesional. Kualiti profesionalisme di dokong olehciri-ciri sebagai berikut: 1) Keinginan untuk selalu menampilkan perilaku yang mendekati piawai ideal. Seseorang yang memiliki profesionalisme tinggi akan selalu berusaha mewujudkan dirinya sesuai dengan piawai yang telah ditetapkan. Ia akan mengidentifikasi dirinya kepada seseorang yang dipandang memiliki piawaian tersebut. Yang dimaksudkan dengan “piawai ideal” ialah suatu peringkat perilaku yang dipandang paling sempurna dan dijadikan sebagai rujukan. 2) Meningkatkan dan memelihara imej profesion Profesionalisme yang tinggi ditunjukkan oleh besarnya keinginan untuk selalu meningkatkan dan memelihara imej profesion melalui perwujudan perilaku profesional. Perwujudannya dilakukan melalui pelbagai cara misalnya penampilan, cara percakapan, penggunaan bahasa, sikap tubuh badan, sikap kehidupan seharian, hubungan dengan individu lainnya. 3) Keinginan untuk sentiasa mengejar kesempatan perkembangan profesional yang dapat meningkatkan dan meperbaiki kualiti pengetahuan dan keterampilannya. 4) Mengejar kualiti dan cita-cita dalam profesion Profesionalisme ditandai dengan kualiti darjat rasa bangga akan profesion yang dipegangnya. Dalam hal ini diharapkan agar seseorang itu memiliki rasa bangga dan percaya diri akan profesionnya. 3
  4. 4. Falsafah Profesion KeguruanProfesion keguruan merupakan perkhidmatan yang mempunyai tanggungjawab yangamat penting kepada pembangunan individu, masyarakat dan negara. Walaupun tidak adasuatu falsafah profesion keguruan yang jelas di negara ini, namun profesion ini adalahsatu profesion yang murni, unggul dan dipandang mulia oleh masyarakat. Falsafah yangmencorakkan profesion keguruan ialah memberi perkhidmatan untuk mendidik, melatih,membimbing dan membantu individu membangunkan potensi mereka melalui kualitipendidikan yang unggul. Falsafah profesionalisme yang mendasari perkhidmatan dan perjuangan guru,antaranya yang penting ialah falsafah idealisme, pragmatisme, progresivisme. Inimembentuk guru sentisa berfikiran positif, tabah, cekal, dedikasi, semangat berkorbanyang tinggi, berhemah, bertanggungjawab, berpandangan jauh, rasional, dan dinamik.Berdasarkan falsafah untuk mendidik, guru bertanggungjawab memberikan ilmupengetahuan dan membimbing pelajarnya ke arah kejayaaan dan kesempurnaan. Gurujuga menyemai semangat dan mendorong pelajar untuk mencapai cita-cita mereka. Guruialah pemimpin yang ideal dari segi watak, peranan, sumbangan, imej dan statusnyasebagai pendidik.Idealisme PendidikanFalsafah profesion keguruan berbeza dengan pofesion lain kerana kekuatan idealismepedidikan yang membentuk guru-guru sebagai pemimpin masyarakat dan pemimpinmasa depan generasi muda. Guru tidak mengejar kedudukan, pangkat, kuasa, pengaruhpolitik, kekayaan dan status sosial, sebaliknya merupakan pejuang dan reformis sosialyang penting dalam masyarakat yang membangun. Walaupun profesion ini dikongkongkuat oleh pengaruh politik dan birokrasi, namun idealisme keguruan yang menampilkanwatak dan personaliti pendidik yang berpengaruh dalam masyrakat demi mencorakkanmasa depan generasi muda menjadikan idealisme profesion ini begitu unggul dandisanjung oleh masyarakat. 4
  5. 5. Ramai pemimpin yang berjaya hari ini dididik oleh golongan guru yangberpengaruh dan berwibawa. Hampir setiap kanak-kanak dan golongan muda pada suatumasa dahulu mendapat pendidikan melalui sekolah yang dipimpin oleh guru-guru yangmempunyai idealisme yang tinggi. Idealisme sebagai pendidik membolehkan gurumenjadi pemimpin inspirasi dan pemimpin ‘instrumental’ yang penting kepadaperkembangan dan pembangunan personaliti generasi muda. Guru yang mempunyaiidealisme yang tinggi adalah guru yang berjasa kepada nurid-muridnya keranakekuatannya membangunkan insan yang berpendidikan dan berpengetahuan tinggi. Idealisme pendidikan mendorong guru-guru melaksanakan tugas mereka denganlebih dedikasi dan produktif. Dunia pendidikan merupakan dunia yang mencorakkanmanusia dan kemanusian, dunia yang menghapuskan kejahilan dan membina kekuatanindividu, dunia yang memperkenalkan seseorang kanak-kanak dan golongan remajatentang idealisme kehidupan. Pendek kata, dunia yang membangunkan insan yangberperanan untuk mengubah masa depan dan membentuk manusia berjasa dan bercita-cita tinggi untuk memimpin bangsa dan masyarakat serta negara mereka. Tanpapendidikan manusia menjadi jahil dan tidak dapat membangunkan diri mereka sendiriuntuk mencapai kemajuan, perubahan dan keterampilan diri. 5
  6. 6. PENDIRIANKami memilih guru yang mempunyai pengetahuan matematik dengan kursus perguruanadalah lebih baik daripada guru yang hanya mempunyai pengetahuan matematik yangmendalam sahaja.Institut Pengajian - Institut Pendidikan Guru (IPG) Institut Pendidikan Guru merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang melatih bakal-bakal guru sekolah rendah dan menengah. Di Malaysia, semua Institut Pendidikan Guru (IPG) ini dikelolakan oleh Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) yang bertempat di Cyberjaya. Namun demikian, institusi ini masih menggunakan nama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan bakal mempunyai IPG induknya tersendiri seperti UiTM. Visi IPG ialah Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru dan misinya adalah untuk melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia. IPG mempunyai 28 kampus cawangan dan sebuah English Language Teaching Centre. Boleh dikatakan IPG mempunyai cawangan di semua negeri di Malaysia. Kampus-kampus tersebut adalah: a) Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu b) Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa c) Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang d) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman e) Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail f) Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya g) Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas h) Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh i) Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau 6
  7. 7. j) Institut Pendidikan Guru Kampus Kentk) Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharul) Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayum) Institut Pendidikan Guru Kampus Perlisn) Institut Pendidikan Guru Kampus Persekutuan Pulau Pinango) Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islamp) Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknikq) Institut Pendidikan Guru Kampus Rajangr) Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewars) Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Mirit) Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halimu) Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizanv) Institut Pendidikan Guru Kampus Tawauw) Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahimx) Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzany) Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainunz) Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussien Onn- IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam)Institut Pengajian Tinggi Awam ialah universiti yang banyak dibiayai secara awam melaluikerajaan negara ataupun setempat. Antara IPTA yang menawarkan ijazah pendidikan ialah: a) Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI b) Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM c) Universiti Utara Malaysia, UUM d) Universiti Teknologi Mara, UiTM e) Universiti Malaya, UM f) Universiti Sains Malaysia, USM 7
  8. 8. g) Universiti Teknologi Malaysia, UTM h) Universiti Malaysia Sabah, UMS i) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM- KOPEDA (Kolej Pendidikan Perdana) KOPEDA telah ditubuhkan pada awal 1994 setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan. KOPEDA merupakan sebuah institusi pendidikan swasta perintis yang telah berjaya mendapat kelulusan daripada Kementerian untuk mengendalikan program-program latihan guru. Penubuhan KOPEDA adalah bertujuan mengisi kekosongan yang wujud bagi latihan guru-guru di luar bidang kuasa Kementerian Pelajaran, sama ada di sektor swasta, badan berkanun atau pun institusi-institusi milik Kerajaan Negeri dan juga Agensi-Agensi tertentu Kerajaan Pusat. Dalam latihan tersebut matlamat dan fokusnya adalah penghasilan guru-guru terlatih yang mantap, berwibawa serta bersedia menghadapi cabaran-cabaran pada masa kini. Pada tahun awalan penubuhannya (1994-2003) program-program yang dikendalikan adalah dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran, dan secara berkembar dengan IPTA. Program-program ini adalah seperti berikut: • Kursus Perguruan Asas (KPA) • Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) • Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) • Kursus Bacelor Pendidikan (B. Ed.) Di samping itu, KOPEDA dengan usaha sama Kementerian Pendidikan Malaysia, telah menjalankan program Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (kursus dalam cuti) (KPLI-KDC) yang mana tujuannya adalah mendedahkan dan menghasilkan 8
  9. 9. tenaga pengajar dari golongan pemegang ijazah yang memiliki minat dan keazaman untuk menjadi seorang pendidik.Kerangka Kursus Pengajian ISMP A) Kursus Universiti KOD KREDIT KURSUS ULP1013 3 Pembangunan Sahsiah ULP1023 3 Kenegaraan UBI1032 2 English For Communication 1 UBI1042 2 English For Communication 2 UBM1032 2 Wacana Akademik Bahasa Melayu Wajib 6 Kokurikulum Wajib 2 Pengayaan Diri B) Kursus Profesional Pendidikan KOD KREDIT KURSUS Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: EDU3012 2 Falsafah dan Dasar EDU3024 4 Pengurusan Pembelajaran EDU3034 6 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 EDU3046 6 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2 EDU3056 2 Seminar Refleksi Latihan Mengajar 9
  10. 10. EDU3062 4 Pembelajaran dan Perkembangan PelajarKursus profesional pendidikan merupakan kursus yang membezakan ijazah sarjanamuda pendidikan dengan ijazah sarjana muda, kursus-kursus ini dapat melatih bakalguru supaya bersedia untuk menjadi guru yang sebenar dengan pelbagai pendedahanyang diberikan.a) Falsafah dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Kursus ini membincangkan secara kritis tentang falsafah dan pendidikan dengan menganalisisnya dalam konteks perkembangan pendidikan di Malaysia. Kursus ini juga meninjau dam membincangkan perkembangan pendidikan negara sebagai satu kesinambungan dan keunggulan yang berterusan dengan berlandaskan interaksi dan pemikiran yang telah berlaku dalam proses pembangunan negara. Falsafah, dasar-dasar, kurikulum dan peraturan dalam pendidikan juga diberi penekanan bagi membolehkan bakal guru memperolehi penegtahuan dan kemahiran serta pemupukan sikap dalam melaksanakan tanggungjawab secara berkesan dalam batasan profesion perguruan. Kursus ini juga akan mendedahkan bakal guru tentang matlamat pendidikan negara yang bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut: • Percaya dan patuh kepada Tuhan 10
  11. 11. • Berilmu pengetahuan dan Berakhlak mulia • Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara • Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu • Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.b) Pengurusan Pembelajaran Kursus ini membincangkan peranan guru sebagai pengurus pembelajaran dalam konteks pelbagai persekitaran pembelajaran. Bakal guru akan diperkenalkan kepada pelbagai aspek pengurusan pembelajaran termasuk organisasi, kepimpinan, tingkah laku, sumber, teknologi, budaya dan keupayaan. Kursus ini akan menyediakan guru-guru pelatih kepada pengalaman sebenar di sekolah yang akhirnya membolehkan mereka beraksi dalam semua situasi pembelajaran.c) Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar Remaja merupakan tempoh individu mengalami perubahan yang pesat dalam pelbagai aspek terutama fizikal, sosial, emosi dan pemikiran. Guru-guru di sekolah harus memahami perkembangan pelajar dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Golongan remaja dikatakan mengalami krisis identiti dan perkembangan mereka harus difahami oleh ibu bapa, guru dan masyarakat. Pihak kementerian juga harus menilai semula kesesuaian kurikulum yang harus disediakan untuk mereka yang dikatakan peringkat awal remaja dan akhir remaja. Maka melalui kursus ini akan memberi pendedahan kepada bakal guru tentang 11
  12. 12. aspek pembelajaran dan perkembangan remaja berlatar belakangkan pendidikan yang meliputi diri pelajar, proses pembelajaran dan kepelbagaian pelajar. Selain itu, aspek pengalaman pembelajaran yang berasaskan minda, budaya, bahasa, keupayaan diri, personaliti, sosial, persekitaran, emosi dan fizikal juga diketengahkan. d) Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran Kurus ini melatih bakal guru untuk membina kemahiran merancang pengajaran dalam 5 aspek utama iaitu: • Pernyataan objektif pengajaran dan pembelajaran • Memilih dan menyusun kandungan dan bahan pengajaran • Memilih dan mengguna pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai mengikut topik pengajaran • Memilih dan mengguna alat yang sesuai termasuk alat multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran • Memilih, mengguna alat dan kaedah penilaian yang sesuai untuk menaksir dan menilai hasil pembelajaran. Bakal guru akan mendapat kemahiran menyediakan set rancangan pelajaran dalam sesuatu topik dalam mata pelajaran pengkhususan mereka.Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) adalah sebuah program latihan perguruan yangdianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pendidikan di maktab-maktab perguruan. Mulai daripada tahun 1994, Kementerian Pendidikan telah memberikebenaran kepada KOLEJ PENDIDIKAN PERDANA (KOPEDA) untuk melaksanakan 12
  13. 13. program ini secara bekerjasama dengan agensinya iaitu BPG. Kerjasama yang diberikanadalah dalam bentuk: a) mengguna sama kurikulum BPG. b) mengambil peperiksaan yang sama yang dianjurkan oleh BPG di maktab-maktab perguruan. c) menerima Diploma KPLI yang sama yang dianugerahkan oleh BPG kepada pelajar maktab perguruan.KurikulumKomponen dan mata pelajaran kurikulum KPLI adalah seperti berikut: Bil Komponen Kredit Mata Pelajaran 1 Dinamika Guru 9 1.1 Kemahiran Belajar Secara Kiritis dan Kreatif. 1.2 Teknologi Maklumat 1.3 Pendidikan Islam & Tamadun Islam atau Pendidikan Moral & Tamadun Islam 1.4 Pendidikan Alam Sekitar 1.5 Kemahiran Komunikasi Sosial – Bahasa Melayu Kini 2 Pendidikan 13 Mata Pelajaran Berkaitan Pengkhususan (Elektif Pengkhususan 22 1) Mata Pelajaran Berkaitan Pengkhususan (Elektif 2) 3 Elektif 3 Mata Pelajaran Sekolah (mengikut pilihan 13
  14. 14. pengajian pengkhususan) 4 Gerakerja 3 Pengurus Ko-Kurikulum Unit Beruniform dan Ko-Kurikulum Sukan (GERKO) 5 Praktikum 7 Latihan Mengajar di SekolahPengkhususan dan Bahasa PengantarKOPEDA menawarkan pilihan pengkhususan mata pelajaran seperti berikut: a) Pengajian Melayu b) Pengajian Inggeris c) Pengajian Agama Islam d) Pengajian MatematikPengajian pengkhususan mata pelajaran lain boleh dipertimbangkan sekiranyapermohonan yang diterima mengcukupi. Bahasa pengantar kuliah ialah Bahasa Malaysia.Tempoh dan Tarikh KursusTempoh kursus ialah 2 tahun yang dilaksanakan secara berperingkat mengikut cutisekolah iaitu: Peringkat Cuti Sekolah Perkara (Pengisian) Tempoh (Bil minggu) 1 Mei – Jun 2001 Kuliah 1 2 Sep 2001 Kuliah 1 3 Nov – Dis 2001 Kuliah 5 4 Feb 2002 Kuliah 1 5 Mei 2002 Kuliah 1 6 Sept 2002 Kuliah 1 7 Nov – Dis 2002 Kuliah 5 8 Feb 2002 Kuliah 1 9 Feb 2003 Kuliah 1 10 Apr – Mei 2003 Peperiksaan Akhir 1 Jumlah Bilangan Minggu Sepanjang Kursus 17 14
  15. 15. Tempat KursusKursus ini dijalankan di 3 pusat kursus iaitu: a) KOPEDA - Shah Alam, Selangor b) Maktab Perguruan Gaya - Kota Kinabalu, Sabah c) Maktab Perguruan Batu Lintang - Kuching Sarawak HUJAH - KEPENTINGAN KURSUS PERGURUANRancangan Orientasi Sekolah (ROS)Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) merupakan satu pendedahan pengajaran danpembelajaran sebenar yang diadakan di sekolah untuk guru-guru pelatih. Antara rasionalROS dilaksanakan adalah guru pelatih akan dapat memerhati secara langsung perkaraberkaitan dengan organisasi dan pentadbiran sekolah (Abdul Raof Dalip, 1991).Dalam ROS peranan utama guru pelatih ialah memerhatikan apa yang berlaku di dalamdan diluar bilik darjah. Seseorang guru pelatih harus memainkan peranan seperti aktivitibilik darjah, aktiviti kokurikulum dan aktiviti diluar bilik darjah. Antara objektifRancangan Orientasi Sekolah ialah: 1) Memberi peluang kepada guru pelatih membiasakan diri dengan keadaan masyarakat sekolah. 2) Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mempelajari kemahiran pengajaran dan bukan pengajaran seperti pengurusan, pentadbiran dan lain-lain. 3) Guru pelatih boleh mengendalikan serta mengurus bilik darjah terutamanya dari segi kaedah, pendekatan dan teknik mengajar.Adanya Latihan Mengajar (LM) 15
  16. 16. Sebagai langkah pertama, guru-guru pelatih seharusnya telah dilatih supaya menjadiseorang yang mempunyai kepercayaan diri, bersedia untuk menghadapi cabaranmendidik pelajar-pelajar dari pelbagai keturunan, agama dan budaya serta sanggupmemesrakan diri dengan semua lapisan guru dan ibu bapa. Kebolehan untukmenyesuaikan diri dengan masyarakat sekolah adalah suatu acid test kepada bakal-bakalguru itu nanti. Latihan mengajar adalah satu aspek latihan perguruan yang penting dalam prosesperguruan. Dalam program ini guru-guru pelatih ditempatkan di sekolah untukmenjalankan pengajaran yang sebenarnya. Melalui latihan mengajar, guru pelatih akandapat menunjukkan dan mengamalkan tingkah laku yang di inginkan untuk mengajarsecara berkesan serta cuba menggunakan segala teori yang telah di dedahkan kepadamereka semasa mengikuti kursus pendidikan. Di samping itu, latihan mengajar boleh memberikan kesempatan dan peluangyang banyak kepada guru pelatih untuk menimba segala pengalaman awal sebelummereka memasuki profesion perguruan yang akan ditempuh nanti. Di dalam masa latihanmengajar, guru pelatih itu menerima tunjuk ajar, bimbingan, pandangan, nasihat, tegurandan penilaian formatif dan sumatif dalam pengajarannya sebagai suatu proses penyeliaanke arah pengajaran yang lebih berkesan. Jika pelatih gagal menunjukkan kebolehan dan kecekapannya sebagai guruterlatih, ini bererti dia belum layak memasuki bidang keguruan. Semasa mengikuti kursusdi institusi ini guru pelatih diberi pedagogi dan teori yang berkaitan dengan pembelajarandan pengajaran serta kemahiran asas dalam kursus kaedah dan pengajaran mikro. Gurupelatih haruslah menunjukkan dia mempunyai faktor-faktor yang berikut: • Asas pendidikan. • Penguasaan isi pelajaran akademik. • Penggunaan prinsip-prinsip pedagogi. • Sahsiah yang baik. 16
  17. 17. Seseorang yang mempunyai ilmu yang tinggi sekalipun belum lagi mencukupi untukmenjadi seorang guru yang berkesan kerana urusan bimbingan, latihan dan teladanmelalui proses pengajaran dan pembelajaran adalah ukuran utama hasil kerja sebenarseorang guru (Abdul Raof Dalip, 1991). Antara objektif latihan mengajar adalah: 1) Memberi peluang kepada guru menyesuaikan teori pembelajaran dalam bilik darjah sebenar. 2) Memberi peluang kepada guru mengenali masalah disiplin dan membolehkan mereka cuba mengatasinya. 3) Membolehkan guru-guru membina keyakinan diri. 4) Memberi peluang kepada guru menilai diri sendiri serta memperbaiki kelemahan mereka. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologikanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran yang membolehkan seseorang gurumenguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan yang diterima juga dapatmelahirkan guru yang mempunyai sahsiah yang baik dan beretika. Sahsiah initermasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasabersifat tenang dalam pengajaran. Pada masa yang sama guru pelatih membina keyakinan diri dalam menguruskan bilikdarjah (classroom management). Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaranbanyak bergantung kepada kebolehan dan kemahiran seseorang guru itu menguruskanbilik darjahnya. Dengan bekalan ini barulah seseorang itu layak dipertimbangkan untukmengamalkan dan mempraktikkan kemahiran mengajar dalam bilik darjah. Walaupunguru pelatih itu diperhatikan dan dinilai untuk pelbagai tujuan pentadbiran, namunrasional untuk di selia adalah demi memperbaiki pengajarannya. Matlamatnya ialahuntuk melahirkan guru yang cekap dan berwibawa.Tempoh Latihan Perguruan yang PanjangMelalui tempoh latihan perguruan yang panjang memberi peluang kepada bakal gurumenerima banyak pengalaman sama ada dari segi akademik dan juga kokurikulum, 17
  18. 18. mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak di ajarnyadan juga mengetahui keadah dan cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruanuntuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpamanya, seorang guru mestimempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaanMalaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, samaada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyaipengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya. Guru juga mesti mengetahui keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannyasupaya pelajar dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Di samping itu, guruharuslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid.Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dansentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasildaripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya denganberkesan. Selain tugas di dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lainyang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibu bapa,menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadikaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yangelok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.Terdedah dengan Penggunaan Teknologi dalam PendidikanSetiap bakal guru amat perlu mengetahui kaedah dan cara penghasilan, penggunaan danpengendalian alat bantu mengajar yang akan digunakan dalam sesi pengajaran kelak.Penggunaan alat bantu mengajar dapat mempelbagaikan kaedah dan cara penyampaianoleh guru dan untuk menarik minat murid (Razali Nor, 2000). 18
  19. 19. Faharol Razi (1998) menyatakan istilah Komputer Dalam Pengajaran danPembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer-Based Instruction (CBI) yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer.Criswell (1989) pula mendefinisikan Pengajaran dan Pembelajaran BerbantukanKomputer (PPBK) sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahanpengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas. Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakansebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimilikioleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Antara keistimewaantersebut adalah seperti berikut: • Hubungan Interaktif: Komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara rangsangan dengan jawapan. Bahkan komputer dapat menggalakkan inspirasi dan meningkatkan minat. • Pengulangan: Komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki ingatan. Aktiviti pengulangan amat memerlukan kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar (Clements, 1995). • Maklum Balas Dan Peneguhan: Media komputer membolehkan pelajar memperoleh maklum balas terhadap pembelajaran secara serta merta. Peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan dapat memotivasikan pelajar. Pada tahun 1995, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan programKomputer Dalam Pendidikan dengan memberi penekanan kepada empat mata pelajaranutama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Justeru itu, guru-gurumata pelajaran berkenaan dilatih menggunakan komputer dalam proses pengajaran danpembelajaran. Selain itu, mata pelajaran Literasi Komputer juga diperkenalkan olehKementerian Pendidikan pada tahun 1996 sebagai salah satu langkah mengaplikasikanteknologi komputer dalam pendidikan (Zakaria Ahmad, 2003). 19
  20. 20. Kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaranmenggunakan teknologi maklumat bergantung kepada keupayaan dan kebolehan yangada pada guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat.Pengetahuan Matematik yang Mendalam(Mohd Sharif bin Kassim 1990 - Keberkesanan Pengajaran Matematik)Selaras dengan pandangan yang dikemukakan oleh Meclelland dan Winter (1971) dandapatan kajian yang dijalankan oleh Noad (1979), aspirasi bakal guru adalah pentingyang mendorong mereka menetapkan suatu aras matlamat yang realistik untuk dicapai.Oleh itu adalah lebih baik sekiranya dalam peringkat kemasukan guru pelatih ke maktabperguruan lagi aspek aspirasi diberi perhatian. Calon-calon yang kurang minat dan rendahaspirasi untuk menjadi guru sepatutunya tidak ditawarkan untuk mengikuti kursusperguruan. Guru terlatih yang mempunyai aspirasi yang tinggi untuk memperolehi taraf yangbaik dalam kursus perguruan cenderung untuk member sambutan yang lebih positifterhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru matematik mestilahmempunyai pengetahuan matematik yang mendalam. Pengetahuan matematik yangdimaksudkan bukanlah hanya semata-mata yang akan diajar tetapi matematik yang jauhlebih mendalam. Seorang yang mempunyai pengetahuan matematik yang mendalamdapat mengajar dengan penuh keyakinan manakala yang kurang pengetahuan matematikakan merasa kurang yakin ketika mengajar. Pengetahuan matematik yang kukuh adalah asas bagi pengajaran matematik yangbaik dan membolehkan seseorang itu menggunakan strategi pengajaran yang lebihbermakna. Bidang kepakaran guru matematik terbahagi kepada tiga aspek iaitu:A – Pengetahuan MatematikB – Teori pengajaran dan pembelajaranC – Teknik-teknik pengajaran 20
  21. 21. Mempertingkatkan ProfesionalismeSebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawatugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akanmenerajui negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-methodpendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa. Untuk berdepan dengan cabarandan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklahberusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah. Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursuspendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan PendidikanNegeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti KursusDalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkankeupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleksini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, makaprofesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yangberasaskan ilmu dan pemikiran (Rohani Abdul Hamid, 1998) 21
  22. 22. KESIMPULANKami menegaskan guru yang mempunyai pengetahuan dengan kursus perguruan adalahlebih baik daripada guru yang hanya mempunyai pengetahuan sahaja tanpa adanyalatihan. Melalui latihan yang diterima ini dapat menjadikan mereka guru yang berkualitidalam pengajaran bagi melahirkan pelajar yang cemerlang. Kursus-kursus pendidikanyang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan danprestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan.Perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhikehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiapperubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satubentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yangberkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan,kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutandalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani. Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan sebagaisatu profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini kerana masih ada lagi 22
  23. 23. yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua. Adakah peranan gurusemakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjayayang diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam danarkitek. Menurut Dr. Muhamad Hasan Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Pelajar danPembangunan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) beliaumenegaskan dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan selain daripadaperanan pihak Kementerian Pendidikan, Persatuan Perguruan dan masyarakat, para gurusebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspekkeprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiranyang tinggi. 23

×