SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Praktikal 1: Bahan api                                                    Kod: SCE3103

Tujuan:         Mengkaji penyulingan berperingkat petroleum


Teori: Petroleum ialah sejenis cecair pekat hitam yang dijumpai dalam tanah. Ia merupakan
sumber asli hidrokarbon. Petroleum terbentuk berjuta-juta tahun dahulu daripada hidupan laut
yang mati, kemudian tertimbus oleh lumpur dan pasir. Apabila hidupan laut mati , bangkai
mereka tenggelam ke dasar laut, kemudian ditimbus oleh sedimen . Melalui tindakan bakteria ,
pereputan separa berlaku dalam keadaan kekurangan oksigen. Penguraian seterusnya di
bawah suhu dan tekanan yang tinggi akhirnya menghasilkan petroleum dan gas asli. Petroleum
berkumpul apabila terperangkap di antara dua lapisan batuan yang tidak telap.Gas asli
biasanya terkumpul di atas cecair petroleum. Gas asli terutamanya terbina daripada metana ,
sedikit etana , propana serta hidrokarbon berat .Petroleum terdiri daripada campuran
hidrokarbon yang kompleks yang boleh diasingkan kepada pecahan berlainan melalui kaedah
penyulingan     berperingkat     kerana   setiap   pecahan    mempunyai    takat   didih     yang
berlainan.Hidrokarbon dalam petroleum diasingkan melalui proses penyulingan berperingkat.
Semasa penyulingan berperingkat , petroleum dipanaskan dalam sebuah menara pemeringkat .
Hidrokarbon dengan takat didih yang lebih rendah meruap terlebih dahulu , naik ke bahagian
atas menara lalu dikondensasikan dan diasingkan. Hidrokarbon dengan takat didih yang lebih
tinggi   akan   terkumpul   di   bahagian   bawah    menara    dan   dikondensasikan   sebagai
cecair.Hidrokarbon (pecahan) dalam petroleum dapat diasingkan kerana setiap hidrokarbon
mempunyai takat didihnya tersendiri.Proses peretakan digunakan untuk memecahkan molekul
hidrokarbon yang besar kepada molekul hidrokarbon yang kecil . Sebelum setiap hidrokarbon
dipasarkan , proses peretakan dan penulenan dilakukan bagi menjamin mutu pecahan tersebut.




Bahan/Radas: Petroleum 40 ml, porcelain chips, kertas turas, kaki retort, thermometer, set
penyulingan, kelalang kon, Labo gas, evaporating dish

Prosedur:

A.       Penyulingan berperingkat petroleum

         1.     Sediakan radas seperti dalam Rajah 1 (Figure 1)

         2.     Panaskan perlahan-lahan petroleum dalam kelalang penyulingan


                                                                                                1
3.     Dapatkan bahagian pertama (first fraction) hasil penyulingan pada 30-1000C

     4      Teruskan pemanaskan sambil mengutip hasil penyulingan pada tempoh suhu
            100-150 0C dan 150 – 200 0C dalam bekas berlainan

B.   Sifat pelbagai bahagian hasil penyulingan petroleum

     5.     Memerhati warna setiap bahagian

     6      Memerhati kelikatan bahagian dengan mencondongkan bekas(kelalang kon)

     7      Tuang sedikit dalam mangkok penyejatan (evaporating dish) dan panaskan.
            Perhatikan warna api dan jelaga (soot) nya.

     8.     Catatkan pemerhatian anda.




            Susunan radas Penyulingan Petroleum




                                                                                         2
Gambar rajah hasil kebolehbakaran




                   Thermometer



Distillation
flask


                                          Liebig
                                          condenser




                        Water out

                      Petroleum
                       Porcelain chips
                                         Water in

                                               Distillate




                                                            3
c.Keputusan



         Bahagian/0C      Warna /color      Kelikatan/viscosity       kejelagan api
                                                                      /flammability
                                               Cair / mudah           Sedikit jelaga
          Pertama         Kuning muda           mengalir
          30 – 100

           Kedua                               Pekat sedikit         Agak sederhana
                                                                         jelaga
          100-150          Kuning tua

           Ketiga                               Agak pekat             Amat banyak
                             Perang                                      jelaga
          150-200



D.   Perbincangan; soalan

1.   Bincangkan sifat kebakaran (flammability) api setiap bahagian hasil penyulingan
     petroleum

2.   Bincangkan hubungan antara takat didih dengan

     a.       warna bahagian

              semakin tinggi takat didih ,semakin gelap warna pecahan itu.

     b        kelikatan cecair

              Semakin tinggi takat didih semakin likat pecahan itu (kerana saiz molekul
              pecahan semakin besar dan daya tarikan antara molekul – molekulnya semakin
              kuat menyebabkan molekul – molekul sukar bergelonsor antara satu sama lain.)

     c        kejelagaan api pembakaran

              semakin tinggi takat didih semakin sukar ia terbakar dan kuantiti jelaga semakin
              bertambah.(sebab peratus karbon permolekul semakin bertambah dengan
              bertambahnya takat didih pecahan itu.




                                                                                            4
3.      Bahan X mempunyai formula C6H14. Ramalkan warna, kelikatan cecair dan kejelagaan
        apinya.

        Pecahan X ialah hexane. Ia berwarna kekuningan cair, lebih sedikit kelikatannya dan
        sedikit jelaga yang dihasilkan apabila dibakar

4       Tuliskan persamaan seimbang bagi pembakaran gasolin C8H18 ?

        C8H18 + (17/2)O2 ---> 8CO + 9H2O

5.      Apakah anda faham tentang biodiesel?

        Biodiesel merujuk kepada bahan api diesel berasaskan minyak sayuran atau               lemak
        haiwan yang terdiri daripada rantaian panjang alkil (metil, propil atau etil) ester. Biodiesel
        biasanya dihasilkan melalui tindak balas kimia lipid (contoh, minyak sayuran, lemak
        haiwan dengan alkohol.Biodiesel bertujuan untuk digunakan dalam enjin diesel piawaian
        dan dengan itu berbeza dari minyak sayuran langsung yang digunakan sebagai bahan
        api enjin diesel diubah suai. Biodiesel boleh digunakan sendirian, atau dicampur dengan
        petrodiesel.


6.      Apakah kelebihan mengguna biodiesel berbanding dengan petroleum?

        Kelebihan        menggunakan    biodiesel   ialah   harganya    yang    murah    berbanding
        petroleum.Ianya juga boleh diproses daripada bahan – bahan yang senang didapati
        seperti minyak sayuran dan minyak haiwan.

Kesimpulan.

Daripada keputusan ,didapati bahawa

     a) Semakin tinggi takat didih,pecahan –pecahan petroleum
                   i.     Semakin gelap warnanya
                  ii.     Semakin tinggi kelikatannya ( semakin susah ia mengalir.
                  iii.    Semakin sukar di bakar dan nyalaannyasemakin berjelaga.
     b) Kesemua pecahan hidrokarbon tidak bercampur dengan air.




                                                                                                    5
Refleksi Kendiri.

       Seperti semester lepas ,semua pelajar PPG sains perlu menjalankan amali sains.Begitu
juga dengan semester ini.Pada semester ini semua pelajar sains perlu menjalankan amali
penerokaan bahan.Tugasan 2 iaitu secara berkumpulan 3 hingga 4orang pelajar perlu
merancang eksperimen dan menjalankannya semasa sesi amali.

       Setelah selesai sesi amali ,secara individu perlu menyediakan laporan eksperimen
dengan betul.Semasa menjalankan       sesi amali setiap pelajar perlu menguasai kemahiran
proses sains dan kemahiran manipulatif.

       Pada 17 februari saya dan ahli kumpulan telah menjalankan amali kimia iaitu
penyulingan berperingkat petroleum.Saya telah menguasai serba sedikit kaedah menjalankan
amali ini kerana semua pelajar sains semesti guru sains diploma.

       Walaupun telah lama menjalankan amali ini,tetapi berbekalkan pengalaman yang
ada,saya dan rakan-rakan yang lain dapat melaksanakan nya dengan bantuan pensyarah iaitu
En Thangavelo Marimuthu.Saya dan rakan – rakan perlu melakukan eksperimen ini dengan
berhati –hati kerana ianya melibatkan bahan api.Berdasarkan hasil daripada penyulingan
tersebut,hasilnya akan dipanaskan untuk diperhati warna api dan kejelagaannya.

       Semua keputusan akan di rekodkan dalambentuk jadual.Setelah selesai merekod,saya
perlu menjawab beberapa soalan di dalam perbincangan.Secara kesimpulannya amali sangat
penting dalam pengajaran dan pembejaran sains kerana ianya membuktikan kesahihan
hipotesis.Disamping itu ,amali juga menekankan kemahiran manipulatif      dalam diri semua
pelajar sains




                                                                                         6
Rujukan:




   1. Eng Nguan Hong (2008 ). Latih tubi Kimia SPM. Shah Alam,Selangor. Pelangi Sdn.Bhd.


   2. Lee Soon Ching (1998).Kuasai Peperiksaan KBSM Kimia. Shah Alam, Selangor. Fajar
      Bakti Sdn.Bhd.


   3. Toh Kim Kau (2003).Kimia. Rivisi Prioriti Kimia Tingkatan 4-5.Kuala Lumpur. Sasbadi
      Sdn.Bhd.


   4. Sabah.edu.my.(2012). Penyulingan-Gas asli.(On-line),
      Didapati daripada:
      www.sabah.edu.my/hc001.wcdd/gas-asli.htm


   5. Sabah.edu.my. (2012).HIDROKARBON.(Online),
      Didapati daripada:
      www.sabah.edu.my/hc001.wcdd/


   6. WIKIPEDIA Ensiklopedia Bebas (2011,Jul 11). Penyulingan. (On-line),
      Didapati daripada:
      ms.wikipedia.org/wiki/penyulingan




                                                                                            7

More Related Content

Featured

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by HubspotMarius Sescu
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTExpeed Software
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsPixeldarts
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthThinkNow
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfmarketingartwork
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024Neil Kimberley
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)contently
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024Albert Qian
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsKurio // The Social Media Age(ncy)
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Search Engine Journal
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summarySpeakerHub
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Tessa Mero
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentLily Ray
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best PracticesVit Horky
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementMindGenius
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...RachelPearson36
 

Featured (20)

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPT
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 

Kimia praktikal 1

  • 1. Praktikal 1: Bahan api Kod: SCE3103 Tujuan: Mengkaji penyulingan berperingkat petroleum Teori: Petroleum ialah sejenis cecair pekat hitam yang dijumpai dalam tanah. Ia merupakan sumber asli hidrokarbon. Petroleum terbentuk berjuta-juta tahun dahulu daripada hidupan laut yang mati, kemudian tertimbus oleh lumpur dan pasir. Apabila hidupan laut mati , bangkai mereka tenggelam ke dasar laut, kemudian ditimbus oleh sedimen . Melalui tindakan bakteria , pereputan separa berlaku dalam keadaan kekurangan oksigen. Penguraian seterusnya di bawah suhu dan tekanan yang tinggi akhirnya menghasilkan petroleum dan gas asli. Petroleum berkumpul apabila terperangkap di antara dua lapisan batuan yang tidak telap.Gas asli biasanya terkumpul di atas cecair petroleum. Gas asli terutamanya terbina daripada metana , sedikit etana , propana serta hidrokarbon berat .Petroleum terdiri daripada campuran hidrokarbon yang kompleks yang boleh diasingkan kepada pecahan berlainan melalui kaedah penyulingan berperingkat kerana setiap pecahan mempunyai takat didih yang berlainan.Hidrokarbon dalam petroleum diasingkan melalui proses penyulingan berperingkat. Semasa penyulingan berperingkat , petroleum dipanaskan dalam sebuah menara pemeringkat . Hidrokarbon dengan takat didih yang lebih rendah meruap terlebih dahulu , naik ke bahagian atas menara lalu dikondensasikan dan diasingkan. Hidrokarbon dengan takat didih yang lebih tinggi akan terkumpul di bahagian bawah menara dan dikondensasikan sebagai cecair.Hidrokarbon (pecahan) dalam petroleum dapat diasingkan kerana setiap hidrokarbon mempunyai takat didihnya tersendiri.Proses peretakan digunakan untuk memecahkan molekul hidrokarbon yang besar kepada molekul hidrokarbon yang kecil . Sebelum setiap hidrokarbon dipasarkan , proses peretakan dan penulenan dilakukan bagi menjamin mutu pecahan tersebut. Bahan/Radas: Petroleum 40 ml, porcelain chips, kertas turas, kaki retort, thermometer, set penyulingan, kelalang kon, Labo gas, evaporating dish Prosedur: A. Penyulingan berperingkat petroleum 1. Sediakan radas seperti dalam Rajah 1 (Figure 1) 2. Panaskan perlahan-lahan petroleum dalam kelalang penyulingan 1
  • 2. 3. Dapatkan bahagian pertama (first fraction) hasil penyulingan pada 30-1000C 4 Teruskan pemanaskan sambil mengutip hasil penyulingan pada tempoh suhu 100-150 0C dan 150 – 200 0C dalam bekas berlainan B. Sifat pelbagai bahagian hasil penyulingan petroleum 5. Memerhati warna setiap bahagian 6 Memerhati kelikatan bahagian dengan mencondongkan bekas(kelalang kon) 7 Tuang sedikit dalam mangkok penyejatan (evaporating dish) dan panaskan. Perhatikan warna api dan jelaga (soot) nya. 8. Catatkan pemerhatian anda. Susunan radas Penyulingan Petroleum 2
  • 3. Gambar rajah hasil kebolehbakaran Thermometer Distillation flask Liebig condenser Water out Petroleum Porcelain chips Water in Distillate 3
  • 4. c.Keputusan Bahagian/0C Warna /color Kelikatan/viscosity kejelagan api /flammability Cair / mudah Sedikit jelaga Pertama Kuning muda mengalir 30 – 100 Kedua Pekat sedikit Agak sederhana jelaga 100-150 Kuning tua Ketiga Agak pekat Amat banyak Perang jelaga 150-200 D. Perbincangan; soalan 1. Bincangkan sifat kebakaran (flammability) api setiap bahagian hasil penyulingan petroleum 2. Bincangkan hubungan antara takat didih dengan a. warna bahagian semakin tinggi takat didih ,semakin gelap warna pecahan itu. b kelikatan cecair Semakin tinggi takat didih semakin likat pecahan itu (kerana saiz molekul pecahan semakin besar dan daya tarikan antara molekul – molekulnya semakin kuat menyebabkan molekul – molekul sukar bergelonsor antara satu sama lain.) c kejelagaan api pembakaran semakin tinggi takat didih semakin sukar ia terbakar dan kuantiti jelaga semakin bertambah.(sebab peratus karbon permolekul semakin bertambah dengan bertambahnya takat didih pecahan itu. 4
  • 5. 3. Bahan X mempunyai formula C6H14. Ramalkan warna, kelikatan cecair dan kejelagaan apinya. Pecahan X ialah hexane. Ia berwarna kekuningan cair, lebih sedikit kelikatannya dan sedikit jelaga yang dihasilkan apabila dibakar 4 Tuliskan persamaan seimbang bagi pembakaran gasolin C8H18 ? C8H18 + (17/2)O2 ---> 8CO + 9H2O 5. Apakah anda faham tentang biodiesel? Biodiesel merujuk kepada bahan api diesel berasaskan minyak sayuran atau lemak haiwan yang terdiri daripada rantaian panjang alkil (metil, propil atau etil) ester. Biodiesel biasanya dihasilkan melalui tindak balas kimia lipid (contoh, minyak sayuran, lemak haiwan dengan alkohol.Biodiesel bertujuan untuk digunakan dalam enjin diesel piawaian dan dengan itu berbeza dari minyak sayuran langsung yang digunakan sebagai bahan api enjin diesel diubah suai. Biodiesel boleh digunakan sendirian, atau dicampur dengan petrodiesel. 6. Apakah kelebihan mengguna biodiesel berbanding dengan petroleum? Kelebihan menggunakan biodiesel ialah harganya yang murah berbanding petroleum.Ianya juga boleh diproses daripada bahan – bahan yang senang didapati seperti minyak sayuran dan minyak haiwan. Kesimpulan. Daripada keputusan ,didapati bahawa a) Semakin tinggi takat didih,pecahan –pecahan petroleum i. Semakin gelap warnanya ii. Semakin tinggi kelikatannya ( semakin susah ia mengalir. iii. Semakin sukar di bakar dan nyalaannyasemakin berjelaga. b) Kesemua pecahan hidrokarbon tidak bercampur dengan air. 5
  • 6. Refleksi Kendiri. Seperti semester lepas ,semua pelajar PPG sains perlu menjalankan amali sains.Begitu juga dengan semester ini.Pada semester ini semua pelajar sains perlu menjalankan amali penerokaan bahan.Tugasan 2 iaitu secara berkumpulan 3 hingga 4orang pelajar perlu merancang eksperimen dan menjalankannya semasa sesi amali. Setelah selesai sesi amali ,secara individu perlu menyediakan laporan eksperimen dengan betul.Semasa menjalankan sesi amali setiap pelajar perlu menguasai kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Pada 17 februari saya dan ahli kumpulan telah menjalankan amali kimia iaitu penyulingan berperingkat petroleum.Saya telah menguasai serba sedikit kaedah menjalankan amali ini kerana semua pelajar sains semesti guru sains diploma. Walaupun telah lama menjalankan amali ini,tetapi berbekalkan pengalaman yang ada,saya dan rakan-rakan yang lain dapat melaksanakan nya dengan bantuan pensyarah iaitu En Thangavelo Marimuthu.Saya dan rakan – rakan perlu melakukan eksperimen ini dengan berhati –hati kerana ianya melibatkan bahan api.Berdasarkan hasil daripada penyulingan tersebut,hasilnya akan dipanaskan untuk diperhati warna api dan kejelagaannya. Semua keputusan akan di rekodkan dalambentuk jadual.Setelah selesai merekod,saya perlu menjawab beberapa soalan di dalam perbincangan.Secara kesimpulannya amali sangat penting dalam pengajaran dan pembejaran sains kerana ianya membuktikan kesahihan hipotesis.Disamping itu ,amali juga menekankan kemahiran manipulatif dalam diri semua pelajar sains 6
  • 7. Rujukan: 1. Eng Nguan Hong (2008 ). Latih tubi Kimia SPM. Shah Alam,Selangor. Pelangi Sdn.Bhd. 2. Lee Soon Ching (1998).Kuasai Peperiksaan KBSM Kimia. Shah Alam, Selangor. Fajar Bakti Sdn.Bhd. 3. Toh Kim Kau (2003).Kimia. Rivisi Prioriti Kimia Tingkatan 4-5.Kuala Lumpur. Sasbadi Sdn.Bhd. 4. Sabah.edu.my.(2012). Penyulingan-Gas asli.(On-line), Didapati daripada: www.sabah.edu.my/hc001.wcdd/gas-asli.htm 5. Sabah.edu.my. (2012).HIDROKARBON.(Online), Didapati daripada: www.sabah.edu.my/hc001.wcdd/ 6. WIKIPEDIA Ensiklopedia Bebas (2011,Jul 11). Penyulingan. (On-line), Didapati daripada: ms.wikipedia.org/wiki/penyulingan 7