Your SlideShare is downloading. ×
Laporan KPLI Pendidikan pencegahan dadah
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Introducing the official SlideShare app

Stunning, full-screen experience for iPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Laporan KPLI Pendidikan pencegahan dadah

4,426
views

Published on

LAPORAN KURSUS PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

LAPORAN KURSUS PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Published in: Education

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
4,426
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
103
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Batu Lintang LAPORAN KURSUS PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SESI 1/2010 NAMA GURU : LIEW SHAN WEE PELATIH NO MATRIK : 200906044 NO KAD : 840824-13-5867 PENGENALAN NAMA OPSYEN : KPLI, AMBILAN JUN 2009 KUMPULAN : PC1 (SR)
  • 2. Kursus Pendidikan Pencegahan dadah sesi 1 tahun 2010 bermula pada pukul 7 pagi iaitu bertarikh 30 April 2010 melawat ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching di Batu 6 sambil belajar dengan bas. Seramai 60 orang KPLI JUN 2009 guru pelatih dengan pensyarah pengiring Pn Rojiah Abdullah dan En Abdul Gapar bin Abu Bakar menyertai kursus ini. Sebelum bertolak, kita berkumpul di Dewan Taza dan juga pensyarah pengiring menyatakan perlu menyediakan kamera dan alat tulis untuk mencatat. Pada pukul 7.40am, kita bertiba dengan pintu masuk PUSPEN Kuching Sarawak ataupun dikenali sebagai Agensi Antidadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri berada di Batu 6 dekat Kota Sentosa, Kuching. Berikutnya ialah pintu masuk PUSPEN Kuching Sarawak.
  • 3. Semasa bas memasuki kawasan tersebut, saya mendapati kebanyakkan kawasan yang terbiar dan bangunan terbiar sebelum masuk pintu laluan PUSPEN Kuching. Pada Pukul 7.45am, kita sampai destinasinya PUSPEN Kuching Sarawak.. Sewaktu kita menuggu kumpulan bas dating, kita mengambil gambar di sekeliling PUSPEN Kuching. Berikut adalah gambar di luar PUSPEN Kuching Sarawak. Saya juga mendapati ada sebuah tema taman yang bertajuk Taman Refleksi yang menarik.
  • 4. Pada pukul 8 pagi, kumpulan lain sudah sampai dan kita berkumpul di luar PUSPEN Kuching serta mendengar arahan dan juga peraturan untuk mematuhi daripada pihak pengurus PUSPEN Kuching Encik Zahiman sewaktu melawat PUSPEN Kuching. Selepas kita mendengar arahan daripada Encik Zahiman, kita dan dua pensyarah pengiring melawati penghuni PUSPEN kuching aktiviti membuat kawat kaki pada pukul 8 pagi. Sewaktu memasuki kawasan ini, saya mendapati 7 unit yang
  • 5. mentadbir kawasan PUSPEN iaitu Unit pentadbiran, pejabat rekod, bilik syarahan, unit latihan vokasional, unit pemulihan, unit Hal-Ehwal penghuni dan juga Unit Publisiti. Pada pukul 8.30am, selepas melihat penghuni PUSPEN membuat Kawad kaki, kita pergi bilik syarahan untuk mendengar sesi ceramah bagi pendidikan pencegahan dadah. Tuan Komanden Encik Mohamad Nor juga mengalu-alukan ketibaan guru pelatih KPLI dari IPBL serta pensyarah pengiring. Encik Zahiman juga menerangkan serba sedikit tentang PUSPEN Kuching serta menjemput Encik Sapini anak Bin Jalan daripada Agensi Antidadah Kebangsaan Kuching memberi ceramah bertajuk “Peranan pemimpin Masyarakat Memerangi Musuh No 1” Sewaktu memberi ceramah, Encik Sapini juga melucukan ceramah agar tidak bosan dengan memberitau tentang pengenalan Agensi antidadah kebangsaan telah ditubuh pada 1996 dan digabung dengan pasukan Petugas Antidadah (PPAD) dan bahagian rawatan dan pemulihan serta memahami objetik agensi tersebut.
  • 6. Encik Sapini juga menekankan Dasar Dadah Negara secara terperinci mengenai kewujudan dasar ini dengan matlamatnya mewujudkan Negara Malaysia yang bebas dari ancaman Gejala dadah menjelang tahun 2015 bagi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan mengekalkan kestabilan dan keharmonian Negara. Encik Sapini juga menerangkan objektif Dasar Dadah Negara diikuti dengan akta serta hukuman seperti Akta Penagih dadah(1983), Surat Perkeliling Perkhidmatan Bil 3 tahun 1989, 39B ADB 1952, 39A(2)ADB 1952, 6B ADB 1952, 15 ADB 1952 dan AKta Penagih dadah 1983. Encik Sapini juga menujukkan gambar hukuman sebat yang agar menakutkan. Seterusnya, Encik Sapini juga menerangkan pengenalan dadah serta menunjukkan jenis-jenis gambar dadah seperti Opiat, candu, Opum, Morfin, Heroin dan Kotein. Encik Sapini juga menerangkan betapa risikonya mengambil dadah seperti Ganja, Opiat, Syabu serta memaparkan gambar yang dahsyat tentang akibat penagihan dadah. Encik Sapini juga menerangkan maksud bahan Psikotropik merupakan bahan daripada deprosen stimulasi dan halusinogen dan kesannya seperti kebimbangan, cenderung , bunuh diri, tekanan, gla, binggung, muntah dan sebagainya. Encik Sapini juga merumuskan dan menekankan bahawa dadah membawa akibat kepada penagih terutamanya kepada pelajar yang mungkin mengedarkan dadah, ponteng sekolah, curi, cedera, hilang sumbur produktiviti dan masalah disiplin di sekolah. Dia juga merumuskan program antidadah di IPTA harus dilaksanakan walaupun tiada masalah dadah untuk tujuan pencegahan dadah. Bagi pelajar, dia juga merumuskan peranan pelajar dalam kegiatan ini seperti mencegah diri, pengetahua agama,dan libatkan diri dalam aktiviti kecergasan.
  • 7. Selepas Encik Sapini memberi ceramah , Encik Zahiman memberi 2 penghuni PUSPEN menceritakan serta berkongsi pengalaman penagihan dadah serta bagaimana masuk PUSPEN kuching dan kehidupan seharian di PUSPEN. Sesi soal jawab juga dibuka kepada guru pelatih untuk menyoal tentang mereka. Encik Zahiman juga menekankan PUSPEN Kuching ini adalah model kekeluargaan di antara penagih dan pengurus PUSPEN. Pada 11 pagi, Encik Zahiman juga menanyangkan dan merumuskan video klip yang pendek dan pengenalan PUSPEN Kuching mengenai PUSPEN Kuching Sarawak serta peringkat-peringkat dan prosedur penagih memasuki PUSPEN dan aktiviti PUSPEN yang telah dijalankan. Pn Rojiah juga pensyarah pengiring juga menekankan dan menerangkan kepentingan kursus ini.
  • 8. Selepas itu, Pn Rojiah dan Encik Hamdam memberi cenderamata kepada pihak Pengurus iaitu Encik Zahiman, jemputan luar penceramah Encik Sapini dan 2 penghuni PUSPEN sebagai penghargaan IPBL mengunjungi PUSPEN Kuching. Pada pukul 11.30am, kita diberi bekas makanan dan minuman lalu pergi bengkel jahitan dan kraftangan untuk melawat yang diperbuat daripada penghuni PUSPEN Kuching. Berikut adalah pintu masuk bengkel dan pelbagai jenis kraftangan yang ditunjukkan.
  • 9. Berikut adalah hasil daripada penghuni PUSPEN yang menunjukkan bakat kraftangan dan jahitan yang menarik orang ramai melihatnya.
  • 10. Selepas melawati bengkel, kita mengambil gambar di hadapan bengkel jahitan dan kraftangan dengan pensyarah pengiring iaitu Pn Pn Rojiah Abdullah dan En Abdul Gapar bin Abu Bakar sebagai kenangan lawatan kursus ini. Sebelum kita pulang ke IPBL, kita mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurus Encik Haziman.
  • 11. Melalui kursus ini, saya amat bersyukur kerana dapat melawat kawasan larangan PUSPEN Kuching serta menimba banyak ilmu pengetahuan tentang PUSPEN Kuching dan juga kepentingan pendidikan pencegahan dadah agar dapat membantu saya dalam membimbing anak murid saya dan amat berguna pada masa hadapan supaya tidak terjebak dengan dadah.