Your SlideShare is downloading. ×
Asalusul melayu
Asalusul melayu
Asalusul melayu
Asalusul melayu
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Asalusul melayu

1,842

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
1,842
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
59
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. PengenalanMelayu ( ) merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu ( ) dan mengamalkan adat resamorang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama SungaiMelayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulusebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya.Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit"Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawaperkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi.EtimologiIstilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di SemenanjungMalaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah"Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan katayang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.Istilah "Melayu" untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak barudari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka. Walaupun demikian, tidaklah sehingga abadke-17 bahawa istilah "Melayu" yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu,istilah "Melayu" hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja.Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama pada kira-kira 100-150 Masihi dalam karyaPtolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah"maleu-kolon". G. E. Gerini menganggap istilah ituberasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram, yang merujuk kepada TanjungKuantan di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada TanjungPenyabung.Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba, yang ditulis sebelum zamanGautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipabermaksud "tanah yang dikelilingi air" dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipaialah Pulau Sumatera.Istilah "Mo-lo-yu" juga dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan "Mo-lo-yo" yangdimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak didaerah Palembang.Penakrifan orang Melayu merupakan satu pekerjaan yang sukar. Sekiranya menurut penakrifan orang Melayusebagai orang yang bertutur dalam Bahasa Melayu, penakrifan ini merangkumi kebanyakan orang di Malaysia,Indonesia, dan sebahagian dari negeri Thai dan Filipina. Tetapi, di Indonesia moden, orang Melayu ditakrifkanhanya sebagai salah satu daripada beratus-ratus kaum/suku di negara itu. Lebih-lebih lagi, warga Indonesia yangdilahirkan selepas kewujudan negara Indonesia lebih suka mengenali diri mereka sebagai orang Indonesia danmengenali bahasa mereka sebagai bahasa Indonesia. Walaupun demikian, secara amnya terdapat dua jenispenakrifan untuk menentukan sama ada seseorang itu orang Melayu, Iaitu: Penakrifan undang-undang
  • 2. Penakrifan antropologiPenakrifan undang-undangDi Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini,orang Melayu ditakrifkan sebagai: 1. Seorang yang beragama Islam 2. Bertutur bahasa Melayu 3. Mengamalkan adat istiadat Melayu 4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, iaadalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luarPersekutuan Malaysia. Contohnya di selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang bertutur dalamBahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu. Penakfifan ini tidak sesuai untuk takrifan kaum Cinayang berbeza pertuturannya sebaliknya berkongsi tulisan dan adab resam yang sama dikalangan suku kaum-sukukaum yang berlainan.Penakrifan antropologiMenurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di negara Malaysia, orang Melayu itu dari segizahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut sertaberbudi bahasa. Dari segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistemkemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsaMongoloid.Asal usul bangsa MelayuAsal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajiandilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnyaterdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu: Bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan) Bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara)Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut NabiNuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku dibumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljanadan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah sepertiberikut: 1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
  • 3. 2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar). 3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks PengajianMalaysia,[15] adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal dari Yunan.Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombangyang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikutadalah huraiannya.Orang NegritoOrang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkanorang Semangyang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut keriting, bermata bundar, berhidunglebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.Melayu ProtoPerpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyaiperadaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam. Terdapat satulagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapatdisebuah pulau yang dikenali sebagai Pinang. Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidakpandai berenang.Melayu DeutroPerpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yangberlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.Teori NusantaraTeori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga GorysKeraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah: 1. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara. 2. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa. Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan". 3. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
  • 4. 4. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).

×