Your SlideShare is downloading. ×
Tmk sem 6 2013
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Tmk sem 6 2013

249
views

Published on


0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
249
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
10
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. 1.1 Pendahuluan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru dan asing, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Negara kita tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan dan ledakan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini. Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun mengambil pelbagai inisiatif untuk memperlengkapkan warga pendidik seperti mengadakan pelbagai jenis kursus jangka pendek dan kursus jangka panjang. Ianya telah melibatkan perbelanjaan yang cukup besar. Sebagai contoh kerajaan sanggup membelanjakan berbilion ringgit bagi melicinkan pelaksanaan PPSMI. Tahun ini sahaja(2006) kerajaan telah membelanjakan sekitar RM250 juta untuk pembelian notebook dan perkakasan PPSMI yang lain. Sudah pasti kerajaan mahu melihat hasil yang setimpal dengan pelaburan yang begitu besar. Dalam hal ini, kerajaan amat bergantung kepada golongan guru sebagai golongan yang berada di barisan hadapan pembangunan negara bagi memastikan kejayaan PPSMI. Salah satu faedah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah ianya dapat memperkembang dan memperkasakan lagi pemahaman pelajar dalam sesuatu tajuk mata pelajaran yang diajar. Ini diakui oleh Cockroft (1982) bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran boleh memperbaiki kualiti pengajaran dan boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam pengajaran. Sebagai seorang guru, mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran sangat penting dalam pencarian maklumat secara global. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan anak-anak kita
  • 2. berkemampuan mengejar perkembangan ilmu pengetahuan berkaitan Sains dan Teknologi serta berkebolehan menguasainya dengan pantas sesuai dengan perubahan era globalisasi. Untuk merealisasikan matlamat ini, terdapat empat mod pengajaran dan pembelajaran di dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang boleh digunakan oleh seseorang pendidik. Mod-mod tersebut ialah mod tutorial, mod penerokaan, mod aplikasi dan mod komunikasi. 1.2 Mod Tutorial Sebahagian besar perisian pendidikan yang diguna dalam pembelajaran tutorial direka bentuk berdasarkan kepada model tradisional pengajaran dan pembelajaran, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai utama dan murid sebagai penerima. Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajaran secara ekspositari iaitu merujuk kepada suasana pembelajaran di mana guru menyampaikan maklumat kepada murid yang pasif. Segala latihan dan latihtubi yang disampaikan dikawal oleh sistem. Situasi yang sesuai bagi pembelajaran mod tutorial ini ialah untuk kelas yang ramai murid. Dalam situasi ini, guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid yang memerlukan bantuan guru sementara sebahagian lagi menggunakan komputer. Pembelajaran ini juga sesuai bagi kelas yang mmpunyai murid yang pelbagai keupayaan. Pemulihan boleh dibuat untuk murid yang menghadapi kesukaran belajar dan pengayaan untuk pelajar cerdik yang mencabar minda. Kelebihan - kelebihan menggunakan mod tutorial ini ialah ianya dapat mengindividukan pembelajaran, murid-murid belajar mengikut kemampuan sendiri, meningkatkan motivasi murid untuk belajar dan murid-murid boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan guru yang minimum. 1.3 Mod Penerokaan Dalam mod penerokaan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan sebagai
  • 3. medium untuk mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan sumber seperti CD ROM, portal maklumat dan internet. Selain daripada itu, murid juga mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara tunjuk cara di bawah kawalan murid sendiri. Murid juga boleh mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi di bawah kawalan sistem. Pendekatan penerokaan ini menyokong kepada pendekatan constructivism, iaitu pembelajaran yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Selain daripada mengakses maklumat terus dari internet, guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan dalam CD ROM, ensiklopedia dan lain-lain maklumat yang diperolehi di pasaran. Kelebihan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk mod penerokaan ialah untuk memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing. Ia juga mendorong murid terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran dan memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas. Selain dari itu, pembelajaran penerokaan ini juga memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti constructivism, multiple intelligence dan sebagainya. 1.4 Mod Aplikasi Sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu dikatakan menggunakan mod aplikasi apabila alat ICT itu digunakan untuk membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemprosesan perkataan oleh murid dalam menghasilkan sesuatu tugasan (karangan) atau penggunaan perisian hamparan elektonik untuk memplot graf. Editor grafik, Computer Aided Design(CAD), Adobe Photoshop adalah contoh perisian khusus aplikasi. Penggunaan pengajaran mod aplikasi ini dikatakan berlaku apabila sekumpulan murid berbincang, mengedit dan
  • 4. mengolah kandungan karangan dengan bantuan pemprosesan perkataan dan seterusnya mempersembahkan hasil karangan mereka. Sekiranya guru itu hanya meminta muridmurid menyediakan karangan dengan mengunakan pemprosesan perkataan tanpa melakukan perkara seperti yang diterangkan di atas tadi, maka pemprosesan perkataan hanya diguna sebagai mesin taip sahaja. Kelebihan-kelebihan menggunakan mod aplikasi di dalam pengajaran dan pembelajaran ialah murid boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik, guru boleh mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda murid dan murid dapat meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran 1.5 Mod Komunikasi Mod pembelajaran komunikasi digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima,dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Kecanggihan dan kemajuan ICT pada ketika ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video atau kombinasi pelbagai mod. Mod komunikasi dapat dijalankan menggunakan empat teknik iaitu teknik seorang – sendirian, teknik seorang kepada seorang, teknik seorang kepada ramai dan teknik ramai kepada ramai. Pembelajaran kolaboratif adalah contoh model pengajaran yang menggunakan mod komunikasi. Kelebihan-kelebihan menggunakan mod komunikasi ini ialah ianya boleh melaksanakan pembelajaran kolaboratif, mempertingkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui peer group yang bersifat global dan murid-murid boleh berkomunikasi dengan pakar di dalam dan luar negeri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam kerja kursus ini kami telah memilih DUA mod pengajaran iaitu mod tutorial dan mod penerokaan untuk diintegrasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ringkasan tentang persamaan, perbezaan , corak persamaan dan perbezaan yang penting kedua-dua mod boleh dirujuk pada Lampiran A yang disertakan.
  • 5. 1.6 Kesimpulan Ringkasnya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara terancang dan teratur akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran guru lebih diyakini oleh pelajar. Pelajar – pelajar pasti suka akan pengajaran guru yang mempelbagaikan kaedah, teknik, pendekatan dan bahan bantu mengajar yang terkini. Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan agar generasi muda hadapan Malaysia yang hendak dilahirkan ini dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsabangsa lain di dunia ini serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa dengan penuh keyakinan tanpa menghadapi sebarang halangan komunikasi. Sekarang ini terpulang kepada warga pendidik untuk memanfaatkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi ini di bilik darjah semaksima yang mungkin. “PENDIDIKAN HARI INI UNTUK KEHIDUPAN MASA HADAPAN”
  • 6. Lampiran A 2 MEMBANDING DAN MEMBEZAKAN JENIS MOD : MOD TUTORIAL DAN MOD PENEROKAAN PERSAMAAN 1. Kedua-dua mod pembelajaran boleh menggunakan internet sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran. 2. Kedua-dua mod pembelajaran membenarkan murid-murid belajar mengikut kemampuan masing-masing. 3. Kedua-dua mod pembelajaran dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. 4. Kedua-dua mod pembelajaran boleh digunakan secara berkumpulan atau individu. 5. Pengunaan pembelajaran ini boleh dijalankan dengan bimbingan dan pengawasan guru yang minimum. 6. Guru perlu merancang proses pengajaran dan pembelajaran teliti khususnya tentang pengurusan masa kerana kemungkinan kedua-dua mod ini memakan masa yang panjang untk diimplimentasikan.
  • 7. PERBEZAAN Mod Tutorial Mod Penerokaan 1. Mod tutorial merangkumi pembelajaran ekpositori,demonstrasi sesuatu fenomena yang dikawal urutan dan babaknya oleh sistem. 1. Mod penerokaan lebih menjurus kepada aktiviti inkuiri penemuan, pembelajaran masalah kehidupan sebenar pelajar, Kajian Masa Depan dan pembelajaran berbentuk simulasi yang mana aktivitinya dikawal oleh pelajar sendiri. 2. Mod tutorial terikat kepada kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. 2. Mod penerokaan memberi peluang kepada murid untuk menentukan halatuju dan kemajuan pembelajaran masing-masing. 3. Mod tutorial dapat mengindividukan pembelajaran. 3. Mod penerokaan pula dapat memupuk semangat kolaboratif dikalangan pelajar semasa menjalankan aktiviti penerokaan.
  • 8. 4. Guru kurang berpeluang untuk mencuba apatah lagi untuk mengaplikasikan teori pembelajaran terkini memandangkan batasan pelajar- pelajarnya. 4. Guru berpeluang untuk mencuba dan seterusnya mengaplikasikan teori pembelajaran terkini seperti pembelajaran constructivism, multiple intelligence dan lain-lain. CORAK PERSAMAAN DAN PERBEZAAN YANG PENTING 1. Dalam pembelajaran penerokaan , murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial dimana murid hanya menerima bahan pengajaran yang dikawal oleh sistem. 2. Corak persamaan yang ketara dalam ke dua-dua mod ini ialah dalam mod tutorial tunjuk cara sesuatu fenomena dikawal oleh sistem, sementara dalam mod penerokaan murid juga mempelajari, mengalami dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi juga tetapi di bawah kawalan sistem. KESIMPULAN Kedua –dua mod pengajaran dan pembelajaran ini memerlukan pelajar menggunakan kemudahan yang sama iaitu alatan dan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk meneroka dan menimba pengalaman pembelajaran. Murid-murid belajar mengikut kemampuan masing-masing. Pelajar yang lebih cerdas boleh mengikuti perisian
  • 9. pendidikan khusus sebagai aktiviti pengayaan manakala murid-murid lemah diberi perisian pendidikan khusus untuk aktiviti pemulihan. Bibliografi En. Omar Zakaria, En. Saidol Bahary Sulaiman, En. Hassan Ahmad, (2006) HBEF 2303 Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan.Kuala Lumpur:Unitem Sdn. Bhd. Chai Tsun Thai,Marlyn Premini,Siti Sarbanon Mohd. Amin (2005) Siri Teks referens Sains UPSR.Selangor Darul Ehsan:Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM, KBSR (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 6, PPK. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia. Dicatat oleh abubakar di 5:10 PG