Your SlideShare is downloading. ×
component compressor
component compressor
component compressor
component compressor
component compressor
component compressor
component compressor
component compressor
component compressor
component compressor
component compressor
component compressor
component compressor
component compressor
component compressor
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

component compressor

987

Published on

Published in: Education
1 Comment
1 Like
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
987
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
54
Comments
1
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Compressor IKML 1 BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN (KEMAHIRAN) MARA KERTAS PENERANGAN 4. COMPRESSOR AIR CONDITION
  • 2. Compressor IKML 2 TAJUK: TYPE , CONSTRUCTION , FUNCTION , ALIGMENT , DISMANTLE AND ASSEMBLE THE COMPRESSORS. PENERANGAN Pemampat adalah bahagian yang terutama bagi peti sejukdan mesin hawa-dingin. Ini adalah sama seperti jantung pesawat sistem penyejuk. Peti sejuk moden dan hawadingin menggunakan motor pemanpat penyejuk bentuk tertutup rapat. Motor dan pesawat pemanpat dipasang jadi satu yunit diletak dalam kotak buatan dari besi. Bahagian gerakan pesawat pemanpat direndam minyak, bagi menjaminkan dapat pelicin yang baik supaya dapat diguna lama dan tidakperlu membaiki atau mengganti alat pengganti. Setengah pusingan pemanpat menggunakan bentuk pesawat putar (rotary) adalah lebih senyap. Hawadingin buatan baru pun gunakan pemanpat putar. Setengah peti sejuk model lama menggunakan pemanpat bentuk terbuka, ini bermaknalah motor dan pemanpat adalah terbahagi kepada dua bahagian menggunakan talisawat manarik pemanpat berpusing. Bab ini sengaja memperke- nalkan cara membaiki bentuk pesawat terbuka memudahkan kenal bahagian yang mustahak. Sistem penyejukan (refrigeration system) terbahagi kepada bentuk pesawat dan bentuk tak pesawat (mechanical and nonmechanical). Pasangan penyejukan bentuk pesawat menggunakan pemanpat untuk jantung. Bagaimanapun kegunaan alat pe- manpat adalah sama, ia membolehkan sistem penyejukan menghasilkan satu tekanan beza supaya bahan penyejukan dapat mengalir dalam sistem penyejukan dari satu bahagian ke lain satu bahagian. Tekanan beza dalam keletakan tekanan tinggi dan tekanan rendah membolehkan cecair bahan penyejukan dapat melintas injap kawalan (control valve) hanyut masuk ke bahagian pembeku sejuk, bahagian ini dinamakan pencairwap (evaporator). Tekanan wap gas bahan penyejukan dalam pencairwap mestilah lebih tinggi daripada tekanan tabung simpanan penyejukan bahagian penyedut gas, bagi wap gas punca tekanan rendah mengalir dari pencariwap mengalir masuk ke dalam tabung simpanan. Jenis Pemanpat Bentuk pemanpat pasangan peti sejuk keluarga atau pasangan penyejuk bentuk kecil adalah terbahagi ke beberapa jenis: Dari binaan dan kendalian terbahagi: 1. kebuk tunggal (single cylinder) 2. kebuk kembar (twin cylinder) Dari cara tekanan terbahagi: 1. bentuk salingan (reciprocating) 2. bentuk putar (rotary) Dari bentuk pusingan terbahagi: 1. bentuk memutar terus (direct drive) 2. bentuk memutar talisawat (belt drive)
  • 3. Compressor IKML 3 Dari pasangan sawat gerakan terbahagi: 1. bentuk putar talisawat terdiri (independent belt drive) 2. bentuk putar terus setengah rapat (semi-hermetic direct drive) motor dan pemanpat dipasang dalam kotak terasing (motor and compressor in separate housings) 3. bentuk putar terus sepenuh rapat (thermetic direct drive) motor dan pemanpat dipasang dalam satu kotak yang sama (motor and compressor in same housing). Pemampat penyejuk kegunaan keluarga moden menggunakan bentuk pasangan rapat salingan, bentuk peti sejuk lama dan bentuk pasangan penyejuk kecil menggunakan bentuk terbuka (open type), pasangan ini mengasingkan motor dan pemanpat dengan menggunakan talisawat memusingkannya.Bentuk pemanpat salingan terbahagi kepada kebuk tunggal, atau kebuk kembar,keletakan susunan dipasang melintang (horizontal) atau menengak (vertical).Ombol (piston), atau aci engkol (cranshaft) digerak oleh lengan penyambung (rod tangkai — connecting rod), bahagian lengan penyambung yang besar dipasang dengan aci engkol, dan sebelah lag; dipasang dengan pin omboh (piston pin) sebab inilah dapat gerakan putaran (rotating motion) aci engkol memutarkan gerakan salingan (reciprocating motion)omboh. Dasar Kendalian Pemampat Bahan penyejukan dapat dimasukkan dan dikeluarkan daripada pemanpat kerana dikawal oleh injap sedut (suction valve) dan injap buangcas (discharge valve) yang dipasang atas papan injap (valve plate). Dua injap kawalan dipasang atas papan itu membinajadi bahagian bawahtudung kebuk. Gerakan hentakan injap, membolehkan bahan penyejukan cuma dapat melintas injap buangcas mengeluarkannya, melalui injap sedut menyedut masuk. Oleh kerana ketika omboh dalam perjalanan ke bawah adalah perjalanan menyedut, tekanan kebuk terkurang, kerana tekanan gas dalam kebuk itu terendah daripada tekanan dalam tabung penyedut. Gas penyedut yang disedut itu menolakkan injap sedut terbuka bagi gas masuk ke dalamnya. Ketika omboh bergerak dengan hala sebalik adalah perjalanan menekan, tekanan dalam kebuk akan meningkat, memaksakan injap sedut tertutup. Oleh keranan tekanan kebuk bertambah, membolehkan injap buangcas terbuka, bagi bahan penyejuk setelahditekan dapat masuk ke dalam pemeluwap. Ini menjadikan tekanan tinggi bahan penyejuk. Sebab inilah perjalanan sedut gas ialah gas bahan penyejuk dimasuk ke dalam kebuk, dan perjalanan menekan ialah menekan bahan penyejuk dan dibuangcas keluar daripada kebuk. Dua injap bagi sedut dan keluar dikawal oleh perubahan tekanan dalam kebuk itu.
  • 4. Compressor IKML 4
  • 5. Compressor IKML 5
  • 6. Compressor IKML 6 Reciprocating Type i) Open Type Pemampat terbuka Pemampat terbuka dikemaskan dengan bol. Aci engkolnya terkeluar daripada blok atau kotak engkol. Aci engkol digerakkan oleh takal dan tali-sawat atau terus digerakkan oleh motor elektrik. Pemampat terbuka memerlukan adang aci engkol supaya minyak dan bahan pendingin tidak terkeluar daripada pemampat dan udara tidak masuk ke dalam pemampat. Gambarajah dibawah menunjukkan satu jenis pemampat salingan terbuka yang digerakkan oleh takal dan talisawat. Pemampat ini mempunyai satu silinder. Aci engkolnya jenis sipi. Rod rangkai dicagak pada sipi dan disambung pada omboh. Aci engkol dilengkapkan dengan penimbal dan di-imbangi dengan betui untuk memastikan pergerakan pemampat menjadi lancardan tidak bergegar. Pemampat jenis terbuka digerakkan oleh motor elektrik. Aci engkolnya yang terkeluar daripada kotak engkol memerlukan adang aci engkol untuk mengelakkan minyak dan bahan pendingin daripada terkeluar dari sistem, dan menghalang udara daripada masuk ke dalam sistem. Adang aci engkol menggunakan dua permukaan yang bergesel. Satu permukaan berpusing dengan aci engkol dan di-adang pada aci dengan gelang-0 yang dibuat daripada bahan sintetik. Permukaan yang satu lagi dilekapkan pada kotak engkol bersama gasket tahan bocor. Lihat Gambarajah kedua, iaitu gambarajah yang menunjukkan keratan adang aci engkol.
  • 7. Compressor IKML 7
  • 8. Compressor IKML 8
  • 9. Compressor IKML 9 ii) Semi – Hermatic Type. Kebanyakan unit – unit semi – Hermatik mengunakan Valted Assembly dan dilengkapkan dengan servis valve. Pemampat dan motornya ditempatkan didalam satu “ Housing “ . Jadi “ Crane Shaft – Seal dan Belting “ tidak perlu digunakan jika berlaku kerosakan baik pulih pada pemampat dan motornya. Bahagian ini boleh diservis dan alat dibahgian yang rosak boleh ditukar ganti.
  • 10. Compressor IKML 10
  • 11. Compressor IKML 11 iii) Hermatic Type Pemampat Kedap Udara Pemampat kedap udara ialah pemampat yang disambung terus dengan motor dan diletakkan di dalam kubah yang dikimpal. Adang aci engkol tidak diperlukan.Gambarajah dibawah menunjukkan sebuah pemampat salingan kedap udara. Pemutar dipasang pada aci engkol. Sesetengah pemampat jenisini menem- patkan pemampat dan motor di sebelah atas. Ada juga yang menempatkan motor di bawah, dan pemampat di sebelah atas. Untuk mengelakkan pemampat daripada bergegar, pemampat diletakkan di atas pendakap kekuda berpegas di dalam kubah. Saluran sedutan dan saluran nyahcasnya mudah lentur. Sambungan wayar elektrik keluar daripada kubah dipateri dan ditebat supaya arus tidak mengalir pada badan kubah pemampat. Sistem pelinciran pemampat ini menggunakan tenaga empar. Pemampat disejukkan oleh wap bahan pendingin daripada saluran sedutan. Motor pemampat kedap udara biasanya menggunakan geganti penghidup.
  • 12. Compressor IKML 12
  • 13. Compressor IKML 13 Rotary Type Pemampat Putar Pemampat putar terbahagi kepada dua jenis. Jenis pertama mempunyai dua atau lebih bilah yang ber-pusing bersama aci (bilah putar). Jenis kedua pula mempunyai satu bilah yang menetap untuk adang saluran sedutan daripada saluran nyahcas (bilah pegun). Pemampat putar digunakan pada peti sejuk domestik, sistem dingin-beku dan alat penyaman udara. Pemampat ini juga digunakan pada pemam-pat penggalak di dalam bahagian tekanan rendah pada sistem-sistem mampatan berbilang peringkat yang besar. (a) Pemampat putar jenis bilah pegun Pemampat jenis ini mempunyai dua bahagian, iaitu bahagian bergerak dan bahagian penetap. Bahagian bergerak mengandungi komponen gelang keluli, sesendal dan sawar gelonsor. Bahagian penetap pula mengandungi motor dan silinder keluli. Lihat Gambarajah a. Untuk mengetahui bagaimana pemampat putar jenis bilah pegun berfungsi, lihat Gambarajah b. Sebagai contoh, ditunjukkan pemampat yang mem-punyai satu bilah gelonsor atau bilah pembahagi. Pada kedudukan A, kita dapat melihat bilah gelongsor sentiasa menekan pada gelang keluli. Bahan pendingin akan masuk ke dalam ruang di antara gelang dan dinding silinder.
  • 14. Compressor IKML 14 Gambarajah b : Gerakan pemampat jenis bilah pegun. Pada waktu yang sama, bahan pendingin di hadapan gelang dimam-patkan kerana ruang di antara gelang dan silinder kerapkali menjadi kecil. Apabila gelang berputar seperti dalam keadaan B, lebih banyak wap bahan pendingin masuk ke dalam silinder dan gas bahan pendingin yang dimampat akan dinyahcaskan ke pemeluwap. Pada kedudukan C, semua wap bahan pendingin yang dimampat dinyahcaskan ke pemeluwap melalui liang nyahcas. Wap bahan pendingin yang baru akan masuk melalui liang sedutan. Proses sedutan dan nyahcas akan berulang. (b) Pemampat putar jenis bilah putar Pemampat putar jenis bilah putar mempunyai bebe-rapa bilah di dalam rotor. Bilah ini akan sentiasa ditekan ke dinding silinder oleh tenaga empar semasa rotor berpusing. Gambarajah 1 menunjukkan cara-cara pemampat ini bekerja. Wap bahan pendingin yang bertekanan rendah akan masuk melalui liang sedutan A. Pada kedudukan B, proses sedutan masih berlaku. Apabila rotor berpusing pada kedudukan C, proses sedutan berakhir. Kedudukan D menunjukkan proses sedutan nyahcas yang baru berlaku. Nyahcas beriaku kerana ruang di antara silinder dan rotor kerapkali berkurangan. Isi-padu yang berkurangan membuattekanan dan suhu menjadi tinggi. Semasa gas bahan pendingin dinyahcaskan, gas ini akan melalui liang nyahcas kerana tidak ada ruang lagi untuk bahan pendingin lalu di hadapan-nya. Pada masa ini, kelegaannya ialah 0.025 mm. Kelegaan yang terlalu kecil ini bercampur dengan minyak pelincir bagi mengelakkan kebocoran dari-pada berlaku di antara tekanan tinggi dan tekanan rendah.
  • 15. Compressor IKML 15

×