Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasan

on

  • 1,872 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,872
Views on SlideShare
1,872
Embed Views
0

Actions

Likes
2
Downloads
55
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasan Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasan Document Transcript

  • PEMARKAHAN TUGASAN 2 JUMLAH PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013 KBK 3073 : MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS TAJUK ESEI ILMIAH Tugasan 2 KUMPULAN EL – A013 DISEDIAKAN OLEH NAMA LEE CHOUI YEE NO. MATRIK D 20112054448 NO. TEL 0165403127 NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. MARZAIDA BINTI BADARUDDIN TARIKH SERAH : 4. MEI 2013 KBK 3073 Page 1
  • Halaman 1.0 Pengenalan 1 2.0 Kepelbagaian Kecerdasan Mengikut Horwad Gardner 1 3.0 Peranan Ibu dan Bapa dalam Membantu Kanak-kanak 6 Pintar Cerdas 4.0 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh 9 dilaksanakan terhadap kanak-kanak pintar cerdas 5.0 Masalah Sosial dan Emosi yang Dihadapi oleh Kanak- 13 kanak Pintar Cerdas 6.0 Rumusan 7.0 Rujukan KBK 3073 16 17 Page 2
  • 1. Pengenalan Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk memperkembangkan potensi seseorang murid secara menyeluruh dan bersepadu daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Justeru, semua usaha dan langkah yang diambil dalam pendidikan mestilah mengambil kira potensi dan keperluan setiap murid. Dewasa kini, kanakkanak telah terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini telah memberi impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka, khususnya kalangan kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat. Kanak-kanak pintar cerdas merupakan kanak-kanak yang mempunyai potensi dan kepintaran yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya. Menurut Che Mah & Mariani (2001), murid pintar cerdas juga merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan.1 Perkins (2003), mendefinisikan kecerdasan sebagai keupayaan dalam menyelesaikan masalah yang kompleks, mengembangkan kepakaran dalam bidang yang berasingan dan untuk merancang, memantau, dan menilai sesuatu perkara itu dalam tindakan reflektif. Ini bermaksud individu yang pintar mempunyai kebolehan, bakat dan personaliti yang berbeza. Walau bagaimanapun, sebahagian besar individu yang dikategorikan sebagai pintar dibezakan daripada individu lain berdasarkan kecerdasan yang superior, yang diukur menggunakan ujian kecerdasan. Pada awal abad ke-20, kanakkanak pintar didefinisikan berdasarkan kecerdasan yang diukur menggunakan ujian Intellectual Quotient (IQ) yang standard iaitu kanak-kanak pintar cerdas haruslah berada pada tahap IQ 130 dan ke atas. Golongan kanak-kanak pintar cerdas merupakan satu aset yang bernilai bagi sesebuah negara maka teori kecerdasan yang diperkenalkan memainkan peranan yang penting dalam membentuk individu yang serba boleh melalui pelbagai aktiviti yang bersesuaian. 1 Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad,(2011). Pengantar Pendidikan Khas. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.hlm 199. KBK 3073 Page 3 View slide
  • 1.1 Definisi Kecerdasan Menurut Catell (1971), kecerdasan dilihat sebagai komposit atau kombinasi ciri-ciri manusia termasuk keupayaan melihat hubungan kompleks, iaitu semua proses yang melibatkan pemikiran abstrak, kebolehan menyelesaikan masalah dan juga kebolehan mempelajari keupayaan yang baru. Pintar cerdas juga dimaksudkan sebagai suatu kebolehan yang membabitkan pelbagai domain seperti intelektual, kerohanian, pemikiran kreatif, saintifik, futuristik, seni halus, kepimpinan sosial, dan motor deria. Pelajar pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar, sangat curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap persekitaran serta berupaya untuk menggabungkan beberapa maklumat untuk sesuatu idea (Susan K Golant, 1991). Sehubungan hal ini, pembelajaran yang bersistem merupakan cara yang paling berkesan untuk mengembangkan daya pintar cerdas ke tahap yang optimum (Hassan Hj Mohd Ali, 1996). Kesimpulannya definisi kecerdasan mempunyai pelbagai tafsiran. Ada ahli psikologi yang menyamakan kecerdasan dengan kebolehan dan ada juga menyamakan kecerdasan dengan keupayaan. Ada juga ahli menyatakan bahawa kecerdasan adalah diwarisi dan dibina melalui pembelajaran. Dewasa ini, kepelbagaian kecerdasan yang diperkenalkan atau dinyatakan oleh Howard Gardner amat diutarakan. KBK 3073 Page 4 View slide
  • 2.0 Kepelbagaian kecerdasan mengikut Horwad Gardner. Dr. Howard Gardner memperkenalkan kepelbagaian kecerdasan pada tahun 1983. Beliau merupakan ahli psikologi dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Teori ini adalah hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap kanak-kanak daripada pelbagai lapisan masyarakat yang berpelbagai kriteria. Teori Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang diukur melalui ujian IQ amat terbatas.Ini disebabkan ukuran IQ menekankan pada kemampuan logical-matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, individu mempunyai caranya yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi mereka. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan lapan jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Lapan peringkat kecerdasan yang dikenal pasti ialah visuallinguistik, logikmatematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis (Gardner dalam bukunya Frames of Mind-The Theory). Sila rujuk carta pai dibawah: (dipetik dari Yahoo) KBK 3073 Page 5
  • Pendapat yang dikemukakan oleh Dr. Howard Gardner menunjukkan kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut beliau, setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Jenis-jenis kecerdasan itu adalah : 2.1 Kecerdasan Verbal-Linguistik Kecerdasan ini merujuk kepada keupayaan dan kebolehan yang berkaitan dengan pengusaan bahasa, kesusasteraan, pertuturan dan kemahiran menggunakan bahasa yang kompleks. Seseorang memiliki kecerdasan ini lebih cenderung membaca, menulis, bercerita dan menghafal kata-kata bersama dengan tarikh. Individu ini juga peka terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya. Seterusnya, mereka juga belajar dengan baik iaitu suka membaca, mengambil nota, mendengar kulian dan berbincang dan berdebat mengenai isi kandungan yang mereka pelajari. Selain itu, individu yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mempelajarai bahasa asing dengan mudah kerana mereka mempunyai ingatan yang tinggi, berkebolehan lisan, mudah memahami dan memanipulasi sintaks dan keupayaan struktur. Verbal adalah salah satu kebolehan yang paling tinggi dalam diri. Individu ini juga terdiri daripada golongan yang cemerlang pada peringkat persekolahan dalam bidang bahasa. Mereka juga mempunyai kelebihan dalam berbahasa dan meminati ilmu falsafah dan isu-isu sosial. Seterusnya individu yang memiliki kecerdasan verbal-linguistik juga kerap membaca serta mempunyai keinginan yang tinggi dalam pengetahuan am. Cara belajar paling efektif untuk individu yang mempunyai kecerdasan ini ialah pengajaran dan penerangan secara lisan. Biasanya individu ini adalah seorang pensyarah, penyair, pemberita, penulis, penceramah, peguam, pengacara dan ahli politik. Misalnya Munshi Abdullah, A.Samad Said, William Shakespeare dan lain-lain. 2.2 Kecerdasan Logik-Matematik Kecerdasan ini berkaitan dengan logik, abstrak, penaakulan nombor. Kebolehan dominan di bahagian kiri otak dan membolehkan individu menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual. Kecerdasan ini adalah merujuk seseorang individu yang cemerlang dalam bidang Matematik dan boleh bermain KBK 3073 Page 6
  • dengan angka dan tidak mudah keliru dalam masalah pengiraan Matematik. Mereka juga sering memberi nilai, menghitung dan mencari penyelesaian secara tepat mengenai sesuatu perkara. Misalnya, ahli fizik bernama Albert Einstein yang menghasilkan teori tenaga yang berfomula E= mc2. Beliau juga mengemukakan teori atomi dan statistik fizik. Individu ini juga boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis dan menggunakan komputer dengan cekap. Mereka juga berminat untuk melibatkan diri dalam permainan yang membolehkan mereka berfikir dengan aktif seperti permainan puzzle, penyelesaian masalah, catur, teka-teki dan pencarian formula baru. Cara belajar paling berkesan untuk individu yang memiliki kecerdasan ini ialah kaedah penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan pembelajaran koperatif. Kebanyakan individu yang memiliki kecerdasan ini cemerlang dalam kerjaya saintis, jurutera, ahli matematik, doktor dan sebagainya. 2.3 Kecerdasan Naturalis Kecerdasan Naturalis melibatkan alam dan kepintaran yang berkaitan tentang keseluruhan alam. Individu ini sangat prihatin terhadap alam, dan mempunyai sikap yang penyayang yang amat tinggi. Kanak-kanak berkecerdasan ini dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian dengan mudah. Mereka akan menghabiskan lebih banyak masa diluar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Selain itu, mereka juga mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi dan rasa empati terhadap semua benda hidup. Individu ini juga mempunyai kebolehan dalam mengaitkan sesuatu perkara mengikut urutan, membina klasifikasi, menjelaskan dan menggabungkan konsep yang diketahui. Seterusnya,, keberkesanan pembelajaran individu yang mempunyai kecerdasan ini dapat diwujudkan melalui aktiviti di luar bilik darjah seperti lawatan dan kajian lapangan. Kerjaya yang memerlukan kecerdasan ini ialah ahli geologi, ahli biologi, zoology, petani, tukang kebun dan kerjaya yang melibatkan sains. 2.4 Kecerdasan Visual-Ruang Kecerdasan ini berkaitan penghakiman ruang dan keupayaan untuk menggambarkan dengan mata minda. Kecerdasan ini merujuk kepada seseorang KBK 3073 Page 7
  • individu melihat sesuatu secara jauh dan mendalam. Keupayaan spatial merupakan salah satu daripada tiga faktor dalam model hirerarki kepintaran. Justeru, individu ini mempunyai imaginasi yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu yang kreatif serta sukar untuk difikirkan oleh orang lain. Individu ini berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang. Mereka juga mempunyai kebolehan mengubah persepsi dan pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara. Individu ini amat peka kepada warna, garisan, bentuk, corak dan ruang yang ada disekeliling mereka. Seterusnya, individu ini juga mempunyai keupayaan untuk berfikir secara tiga dimensi dalam bentuk gambaran dan bayangan serta amat berminat dalam penghasilan peta minda, carta, lukisan dan sebagainya. Cara belajar yang paling berkesan bagi individu ini adalah tunjuk cara, video dan gambar rajah. Kecerdasan ini juga mampu membuat individu selalu sedar akan posisi relatifnya dalam koordinat ruang dan waktu. Menurut Gardner (1983), selalunya perkenbangan utama dan potensi kecerdasan ini dapat dilihat dalam kegiatan vokasional. Kerjaya yang sesuai untuk individu ini ialah seperti pembuat peta, pereka hiasan dalaman, arkitek, juruterbang, ahli pelayaran, juruseni dan sebagainya. Contohnya, Azhar Mansor dan Yuri Gagarin. 2.5 Kecerdasan Kinestetik Kecerdasan Kinestetik ialah kebolehan kinestetik yang dimiliki oleh seseorang dalam menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota badan untuk berkomunikasi atau menyelesaikan masalah. Selain itu, kinestetik juga merupakan kecekapan menginteprestasikan pergerakkan anggota atau tubuh. Dr. Gardner memberikan secara terperinci untuk mengatakan bahawa kecerdasan ini juga termasuk rasa masa, rasa yang jelas matlamat tindakan fizikal, bersama-sama dengan keupayaan untuk melatih jawapan supaya mereka menjadi refleks. Secara teori, kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan kinestetik perlu belajar lebih baik dengan melibatkan pergerakan otot dan secara amnya baik pada aktiviti aktiviti fizikal seperti sukan atau tarian. Kanak-kanak sering belajar dengan lebih baik dengan melakukan sesuatu secara fizikal, dan bukannya dengan membaca atau mendengar tentang hal itu. Cara belajar yang paling sesuai untuk kanak-kanak ialah simulasi, permainan, main peranan dan membina model. Menurut Gardner (1983), KBK 3073 Page 8
  • selalunya perkembangan dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional seperti pelakon, buruh binaan, atlet, penari dan sebagainya. Sungguh pun kegiatan ini boleh disalin melalui simulasi maya, mereka tidak akan menghasilkan pembelajaran sebenar fizikal yang diperlukan dalam badan perisikan ini. Contohnya Nicole David, Dato Lee Chong Wei dan Shalin Zulkifli. 2.6 Kecerdasan Muzik Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitarannya. Kecerdasan juga melibatkan kepakaran dalam prestasi, komposisi dan apresiasi terhadap pola-pola muzik. Ini termasuk keupayaan untuk mengenali dan menyusun pola muzik, nada dan irama. Menurut Gardner, kecerdasan muzik berjalan di struktur yang hampir sejajar dengan kecerdasan linguistik. Indidividu ini mampu mendengar bunyi yang dihasilkan dan membezakan setiap nota muzik yang didengari. Mereka amat peka kepada bunyi seperti bunyi aliran sungai, ombak dan titisan hujan. Mereka juga sensitive kepada irama, pitch, melodi, nada suara. Selain itu, mereka berupaya menggunakan set asas atau elemenelemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Cara belajar yang paling berkesan kepada individu ini ialah pengajaran lisan, aktiviti tarian, gimnastik serta aktiviti yang berlatar belakangkan muzik. Lazimnya individu yang mempunyai kecerdasan muzik ini berjaya menjadi selebriti yang terkenal seperti seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan yang berkaitan dengan bidang muzik. Contoh ahli muzik komposer barat ialah Ludwig Van Beethoven, Wolfgang Amadeus Mozart dan Kenny G. Penyanyi terkenal di negara kita ialah Dato Siti Nurhaliza yang telah menonjol dan membuktikan bakatnya dan seniman yang disanjung tinggi iaitu kehebatan P.Ramlee dengan ciptaanya yang popular. 2.7 Kecerdasan Interpersonal Kecerdasan ini merupakan kemampuan individu dalam mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut. Kecerdasan Interpersonal adalah berkait KBK 3073 Page 9
  • rapat dengan emosi. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang itu memahami perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Seterusnya, kecerdasan ini juga adalah kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti guru menggalakkan murid-murid memberi sokongan atau melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai keyakinan apabila bersuara, mampu berdikari dan bijak menyampaikan idea dan pendapat. Kanak-kanak ini berbakat berkomunikasi dengan rakan sekolah semasa aktiviti berkumpulan. Mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Cara belajar yang berkesan untuk individu yang memiliki kecerdasan ini ialah pembelajaran koperatif dan rakan sebaya dan perbincangan. Antara kerjaya dan aktiviti yang melibatkan banyak kecerdasan interpersonal adalah seperti kaunselor, guru, pensyarah, jururunding, jururawat, iman dan lain-lain. Contohnya, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. 2.8 Kecerdasan Intrapersonal Kecerdasan intrapersonal merujuk kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan berupaya untuk menilai diri sendri. Individu ini berkebolehan mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri, mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan mendisiplinkan diri dan jati diri. Kecerdasan intrapersonal ini dapat membantu individu menangani perasaan beradab sopan serta mengawal emosi yang dihadapi. Selain itu, mereka pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta boleh berdikari. Individu yang memiliki kecerdasan ini lebih suka bersendirian, gemar akan suasana yang sunyi dan suka bermonolog. Individu yang memiliki kecerdasan ini lebih suka belajar bersendirian dan suka termenung. Mereka juga lebih suka berdikari dan mempunyai peribadi yang tertutup. Tambahan pula, mereka juga memiliki kepekaan terhadap perasaan dalam situasi yang sedang berlangsung, memahami diri sendiri dan seterusnya mampu mengendalikan diri dalam situasi konflik. Mereka mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa yang tidak dapat dilakukan dalam persekitaran sosial serta mengetahui kepada siapa harus mereka meminta bantuan pada KBK 3073 Page 10
  • saat-saat yang diperlukan. Cara belajar yang berkesan untuk individu yang memiliki kecerdasan ini ialah belajar bersendirian. Antara kerjaya dan aktiviti yang melibatkan banyak kecerdasan intrapersonal adalah seperti penulis novel, ahli psikologi dan ahli falsafah, pendeta, penulis novel dan lain-lain. Kesimpulannya, dalam konteks pendidikan Teori kecerdasan Pelbagai amat utama dan diaplikasi dengan sebaik-baiknya kerana kebijaksanaan mengapliksi daripada teori ini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mampu melahirkan individu yang berkebolehan serta mampu memanfaatkan pelbagai pihak. Teori kecerdasan pelbagai ini boleh menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mereka, membangun akademik dan kokurikulum dan mewujudkan suasana yang kolaboratif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, warga pendidik perlulah meningkatkan lagi kefahaman tentang teori kecerdasan pelbagai ini supaya dapat membentuk pembelajaran yang kondusif. 3.0 PERANAN IBU DAN BAPA DALAM MEMBENTUK KANAK- KANAK PINTAR CERDAS. Setiap insan yang dilahirkan mempunyai keistimewaan yang unik. Baka kekeluarga juga akan mempengaruhi keupayaan mental seseorang kanak-kanak. Walaupun begitu, seseorang kanak-kanak yang berada pada tahap kecerdasan mental yang sederhana boleh mengembangkan kepintarannya melalui kerajinan membaca dan berlatih sehingga menjadi mahir dalam sesuatu bidang. Hal ini memerlukan daya motivasi daripada ibu bapa yang sentiasa menggalakan anak-anak mereka mengembangkan bakal tersendiri sejak kecil lagi. Ng Sen Fa & Sandiyao Sebestian (2005), mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas sebagai golongan yang kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Oleh sebab itu, mereka tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya sistem pendidikan yang sedia ada. Fenomena ini juga menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka. Menurutnya lagi kanak-kanak pintar cerdas memperlihatkan kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka. Kelebihan ini tur ut menimbulkan beberapa masalah dalam hidup mereka. Sebagai golongan minoriti, masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan oleh orang ramai. Pada masa yang sama faktor persekitaran seperti masalah komunikasi, diskriminasi KBK 3073 Page 11
  • dan masalah keluarga menyebabkan masalah mereka semakin bertambah. Sehubungan itu, orang paling dekat dengan mereka sahajalah yang boleh mengambil inisiatif untuk membanatu kanak-kanak pintar cerdas ini. Ini bererti ibu bapalah orang yang paling hampir dan orang selalu medampingi kanak-kanak ini. Dalam sesebuah keluarga, kehidupan anak-anak adalah sentiasa di bawah pemantauan dan kepimpinan bapa dengan bantuan dan sokongan daripada ibu. Lantaran itu, pembangunan keluarga banyak bergantung kepada pemimpin yang bijaksana. keruntuhan sesebuah keluarga adalah disebabkan kejahilan, kelalaian dan kelemahan pemimpin. Menurut Hassan Mohd Ali (1996), dalam bukunya Mendidik Anak Pintar & Cerdas, ciri-ciri kepimpinan atau peranan para ibu bapa adalah seperti berikut : 3.1 Bersikap Empati Empati bermakna berusaha memahami dan menunjukkan rasa pemahaman yang sebenar berkenaan apa yang difikirkan, dirasakan dan dialami oleh orang lain dalam diri sendiri. Ibu bapa bersikap empati dapat membantu anak-anak mengembangkan kebolehan mereka dengan sebaik mugkin. Golongan kanak-kanak pintar cerdas ini memang memiliki pelbagai kecerdasan. Jadi, sikap empati daripada ibu bapa terhadap anak-anak amat diperlukan dan dihargai. 3.2 Memberi Kasih Sayang Kasih sayang yang diberikan kepada anak-anak adalah elemen yang penting untuk mempengaruhi perkembangan fizikal dan kognitif anak-anak. Ibu bapa mesti mesra dengan anak mereka agar mewujudkan perhubungan yang mesra dan penuh kasih sayang dan perhatian terhadap anak mereka. Ini boleh dilakukan dengan cara sentiasa memberi senyuman, mewujudkan suasana ceria dan humor (kecintaan), bertanya khabar terhadap masalah harian anak di sekolah. Ketenteraman emosi antara ibu bapa dan anak amat diperlukan bagi meransang daya pemikiran dan intelek anak-anak. Ketenangan dan kestabilan emosi akan membolehkan anak-anak menyerap seberapa banyak pembelajaran dan pengalaman yang didapati dan diterima daripada ibu bapa serta persekitaran. Perhubungan kasih sayang yang baik antara ibu bapa dan anak boleh dipupuk dengan aktiviti kekeluargaan bersama pada cuti persekolahan. Aktiviti bersukan KBK 3073 Page 12
  • seperti berbasikal, mendaki bukit dan berjoging akan mengeratkan hubungan antara ibu bapa bersama anak. Perhubungan yang erat akan memberi kasih sayang dan kesedaran kepada anak-anak mereka terhadap kepentingan mengutamakan tanggungjawab sebagai seorang murid mengutamakan pelajaran dalam kehidupan sehingga mereka mencapai kejayaan yang cemerlang dari aspek akademik dan kokurikulum. 3.3 Komunikasi Berkesan Komunikasi yang berkesan adalah amat diperlukan dalam sesebuah keluarga. Perhubungan yang sihat untuk perkembangan kognitif anak-anak adalah melalui perbincangan dan teknik komunikasi yang berkesan. Justeru, semasa berkomunikasi ibu bapa perlu menyampaikan mesej secara terus tanpa berselindung kepada anak anak. Komunikasi yang jelas akan memberi keyakinan anak menyatakan pendapat terhadap hal-hal yang berlaku di sekolah supaya ibu bapa dapat mengetahui keadaan anak di sekolah dengan membantu guru sekolah membentuk nilai-nilai positif dan membentuk keperibadian diri seperti sabar terhadap kelemahan rakan sebaya bagi menyelesaikan tugasan yang diberi dalam satu kumpulan. Anak yang pintar harus mempunyai sikap menerima dan bersabar dengan kelemahan rakan sebaya bagi memahami aktiviti kerja secara kumpulan ke arah matlamat kumpulan masingmasing. Ibu bapa harus menjadi role model kepada anak sejak kecil lagi. Ibu bapa juga perlu membina asas kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam kalangan anakanak dengan berkesan. 3.4 Pendidikan Melalui Teladan Ibu bapa berperanan yang penting dalam membentuk keperibadian anak- anak. Ibu bapa menjadi model kepada anak-anak. Setiap tingkah laku ibu bapa akan dirakam dan akan dilakonkan semula oleh anak-anak. Sehubungan itu, ibu bapa perlulah mengambil inisiatif bagi membentuk kesempurnaan diri dan menunjukkan contoh yang terbaik supaya dapat diikuti oleh anak-anak seperti suka tolongmenolong, berprihatin dan mengamalkan niali murni yang lain. KBK 3073 Page 13
  • 3.5 Mendidik Menggunakan Disiplin Positif Perkembangan anak-anak dapat ditunjukkan melalui ciri-ciri suka bertanya dan gemar mendesak supaya perasaan ingin tahu akan segera dipenuhi. Dalam hal ini, sekiranya ibu bapa terlalu sibuk dengan tugas seharian sehingga tidak dapat melayan karenah anak-anak, mereka akan berasa diri mereka diabaikan. Keadaan ini akan menyebabkan naluri penerokaan anak-anak akan terbantut dan ini akan meninggalkan kesan negatif pada perkembangan kognitif mereka. Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah seperti ini ia memerlukan bantuan disiplin agar anak-anak berupaya mengawal diri. Selain itu, kanak-kanak pintar mempunyai kecekapan memahami pengajaran ilmu dari guru dengan cepat, mereka akan sering berasa bosan terhadap ilmu yang diajar oleh guru sudah difahami dan kurang memberi tumpuan terhadap penyampaian maklumat guru di kelas. Akibatnya, mereka akan menganggu pengajaran guru dengan menganggu murid yang lain. Tujuan ganguan mereka ialah ingin mendapatkan perhatian dari guru. Peranan ibu bapa adalah sentiasa memberi perhatian terhadap kepekaan bakat anak-anak mereka supaya dapat mengembangkan bakat anak-anak pintar ini ke arah hala tuju yang betul bagi melatih anak menjadi seorang yang mampu melakukan kerja dengan teliti berdasarkan tumpuan yang dilatih sejak kecil lagi. Ibu bapa boleh membawa anak-anak menyertai kelas pendidikan seni, kelas catur, kelas renang, kelas taekwando atau kelas muzik bagi kanak-kanak pintar ini boleh melepaskan tenaga mereka pada bidang yang paling sesuai dengan kanak-kanak pintar ini. Kanak-kanak yang bergaul dengan rakan sebaya dapat meningkatkan bakat dan menerapkan nilainilai murni supaya menjadi insan yang berakhlak mulia. 3.6 Menanam Keyakinan Diri Anak-anak Dorongan dan sokongan daripada ibu bapa diperlukan untuk mengembangkan dan meningkatkan potensi kecerdasan anak-anak. Keyakinan diri yang terbina kukuh dalam diri anak-anak akan menjadi suatu kekuatan dan motivasi bagi anak-anak untuk belajar, memajukan diri, mengasah daya intelek dan mengatasi cabaran yang dihadapi oleh mindanya. KBK 3073 Page 14
  • 3.7 Meransang Otak Melalui Pemakanan Makanan adalah satu keperluan asas dan tuntutan asasi. Menurut Birch dan Gussow(1970), dalam bukunya berjudul “Disadvantage Children” mengatakan, kanak-kanak yang nutrisi yang cukup, ukuran kecerdasannya adalah tinggi. Sehubungan itu, ibu bapa perlulah peka semasa menyediakn makanan supaya makanan itu mempunyai cukup zat-zat yang diperlukan oleh anak-anak supaya dapat membantu meningkatkan keupayaan dan kecerdasan otak anak-anak. 3.8 Meransang Otak Melalui Bahan Mainan Sudah menjadi lumrah bagi anak-anak kecil gemar akan segala jenis permaianan. Kita sering melihat kanak-kanak akan leka ketika bermain tanpa memperduli hal-hal yang berlaku di sekitarnya. Bagi anak-anak kecil bermain adalah seolah-olah mereka belajar. Ini disebabkan semasa bermain semua sensori pancaindera mereka berfungsi. Sehubungan itu, ibu bapa perlukan membiarkan anak anak bermain tetapi mestilah dalam pemantauan bagi memastikan keselamatan terjamin. Maka, kecerdasaan kanak-kanak akan lebih terserlah dan dapat diaplikasikan dengan sebaik mungkin. Kesimpulannya, sokongan ibu bapa dari segi emosi, sosial dan fizikal kepada anak-anak pintar cerdas amat diperlukan bagi pertumbuhan kecerdasan yang mereka miliki agar dapat diaplikasi dengan sebaik mungkin sokongan. Peranan ibu bapa amat diketengahkan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak pintar cerdas ini meningkatkan kebolehan mereka dengan sempurna tanpa sebarang halangan.. 4.0 Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Terhadap Kanak-kanak Pintar Cerdas Kekuatan profesion keguruan dan kecekapan seorang guru adalah bergantung kepada kekuatan pengetahuan pedagogi. Pengetahuan pedagogi tentang pengajaran dan pembelajaran dari segi kaedah, pendekatan, teknik, stail pengajaran, kebolehan dan pengetahuan guru menggerakkan dan meningkatakan kualiti pengajaran, keterampilan dan kepakaran guru sebagai pendidik, pembimbing, pengasuh, jurulatih dan pemimpin pendidikan yang dihormati oleh murid sebagai seorang professional yang menguasai kemahiran dan pengetahuan di dalam atau di luar bilik darjah. Secara umumnya pembelajaran dimaksukan sebagai “learning is about how KBK 3073 Page 15
  • we perceiveand understand the world about making meaning” (Marton & Booth,1997; dirujuk oleh Fry et al. (2003). Pembelajaran merupakan prinsip abstrak, maklumat fakta, pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu idea, perlakuan yang bersesuaian bagi situasi tertentu,mengenali sesuatu dan penaakulan (Fry et.,al.,2003). Pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat perubahan dalam perlakuan pelajar hasil daripada penglibatan dalam sesuatu pengalaman pendidikan (Nicholls,2002) Strategi pula merujuk kepada kebolehan guru dalam memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan mendapatkan pencapaian yang optimum. Menurut Marton (1975), Morton & Saljo (1984), dalam Fry et.,al (2003), mendapati bahawa pendekatan pelajar terhadap tugasan mereka ditentukan oleh tahap penglibatan mereka dalam subjek berkenaan iaitu menjurus kepada pendekatan pembelajaran yang dipilih oleh pelajar. Dalam pengajaran dan pembelajaran kanakkanak pinar cerdas, guru perlu memainkan peranan dalam membentuk kaedah dan strategi pengajaran yang efektif untuk memaksimakan pencapaian pelajar mereka. Terdapat pelbagai kaedah yang dapat digunakan, antaranya kaedah pecutan, kaedah Brainstorming kaedah pengayaan, kaedah pengelompokan dan pembelajaran koperatif. 4.1 Kaedah Pecutan Kaedah pecutan juga dikenali sebagai acceleration atau memendekkan masa belajar. Kaedah ini adalah merupakan suatu kaedah di mana kanak-kanak diberi bahan dan tugasan yang lazimnya diberikan kepada kanak-kanak yang grednya lebih tinggi. Kaedah ini menggukan kurikulum sekolah yang sedia ada. 4.1.1. Jenis Kaedah Pecutan Kaedah pecutan melibatkan kanak-kanak pintar cerdas akan belajar dengan lebih banyak berbanding pelajar lain. Ini bermakna kurikulum penyesuaian kepada kanak-kanak dinilai daripada penguasaan dan bukannya menggunakan kurikulum yang seragam yang digunakan oleh semua kanak-kanak diperingkat sama. Kaedah ini dapat dicapai dalam beberapa langkah yang berbeza merangkumi mula bersekolah fasa awal umur dan kelas lompat (grade skipping atau double promotion) Seteruanya kelas tidak bergred di mana kanak-kanak pelbagai umur dikumpulkan bersama dan kurikulum digunakan adalah berdasarkan pengusaan KBK 3073 Page 16
  • individu bukan berdasarkan umur. Pecutan subjek (acceleration subject) pula menawarkan kanak-kanak yang menguasai sesuatu subjek tertentu. Dalam subjek lain, mereka akan diletakkan sama dengan rakan sekelas mereka. Perubahan dalam sukatan pelajaran membolehkan pelajar pintar cerdas menyiapkan program pendidikan biasa dalam masayang singkat. 4.1.2. Kesan Kaedah Pecutan Terhadak Akademik Banyak keterangan yang menyatakan manfaat terhadap akademik hasil daripada kaedah ini. Karen Rogers , 1991 dan Kulik 1992 mendapati bahawa manfaat daripada kaedah pecutan bagi kanak-kanak pintar cerdas secara keseluruhannya lebih banyak daripada pengayaan: apabila kanak-kanak berkebolehan ditempatkan dalam kumpulan dan diberikan kurikulum standard, mereka mengungguli kawalan bersamaan satu bulan; dengan arahan yang diubah suai mereka mengungguli rakan mereka tiga atau lebih bulan, ketika mereka ditawarkan kurikulum yang diperkaya mereka melebihi rakan sebaya di kelas biasa empat hingga lima bulan, dan ketika mereka menawarkan kurikulum yang dipercepatkan (kaedah pecutan) mereka mengungguli rakan sebaya hampit setahun. 4.2 Kaedah Koperatif Kaedah ini bertujuan untuk memastikan pelajar pintar cerdas diasingkan oleh kawan-kawan sekelas. Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran umum yang boleh dilaksanakan dalam kumpulan belajar yang kecil di mana pelajar berinteraksi sesama sendiri bagi menyelesaikan tugasan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Terdapat enam jenis pembelajaran koperatif iaitu : a. Kaedah jigsaw b. Belajar bersama c. Team Games Tournament oleh Robert Slavin d. Student Team Achievement Division oleh Hopkins. e. Team Accelerated Instruction Mathematics f. Penyiasatan secara berkelompok Pembelajaran secara koperatif sesuai dengan sebarang kumpulan umur dan sebarang mata pelajaran. Pembelajaran ini memerlukan interaksi dua hala yang baik. KBK 3073 Page 17
  • Pelajar akan ditempatkan dalam kumpulan yang kecil (4-6 orang) dan dikendalikan oleh guru yang telah dilatih dalam bidang pintar cerdas. Dalam pembelajaran ini, guru yang cekap dan berwibawa dapat mencorakkan pengajaran dengan baik. Secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan pelajar menjadikan pembelajaran menarik dan disukai pelajar, menghidupkan semangat dan sentiasa memberi ransangan kepada pelajar-pelajar untuk berusaha dan bercita-cita tinggi. Secara umumnya, guru sentiasa akan mempelbagaikan corak pengajarannya semasa pembelajaran koperatif. Ini bertujuan untuk membina satu pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Jadi, dengan ini akan memberi ransangan kepada pelajar untuk terus mencapai kejayaan. Ini bermakna pembelajaran koperatif wajar dijadikan sebagai satu startegi pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Persekitaran yang selesa dan dilengkapi kemudahan perlu disediakan bagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran koperatifamat berkesan meningkatkan tahap pemahaman, kemahiran menyelesaikan masalah dan dapat memberi keseronokan ketika belajar di samping mengeratkan perhubungan sosial di antara pelajar dan guru. Kesimpulannya, kaedah pengajaran yang berkesan merupakan tonggak kejayaan seseorang pelajar. Penggunaan kaedah dan strategi yang pelbagai akan menjadikan suatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif sepanjang sesi pengajaran tanpa ada rasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh diaplikasikan oleh guru. Oleh itu, pemilihan terhadap kaedah dan teknik perlulah dilakukan secara teliti supaya kanak-kanak pintar cerdas ini dapat mengembangkan potensi yang mereka miliki. 4.3 Kaedah Pengayaan Kementerian Pendidikan Malaysia (1988) mendefinisikan program pengayaan sebagai aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang dipelajari. Kaedah ini adalah satu kaedah yang baik bagi memenuhi murid pintar cerdas. Pengayaaan ini didasarkan mengikut kemampuan dan kekuatan mental seseorang pelajar. Seterusnya melalui aktiviti ini ia akan memberi peluang murid mendalami dan meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka dan pelajar juga dapat mengembangkan lagi minat, KBK 3073 Page 18
  • sifat ingin tahu dan kebolehan yang ada pada diri mereka. Renzulli (1997), berpendapat guru sepatutnya melatih pelajar untuk mencari dan menggunakan maklumat dengan memberikan kemahiran dalam kaedah penyelidikan. Antara program pengayaan yang sering menjadi rujukan ialah program pengayaan Renzulli’s Schoolside Enrichment model atau SEM yang sudah dilaksanakan oleh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Model ini menekanakan aktiviti seperti ceramah, lawatan, pembacaan, penerokaan melalui internet dan aktiviti lain. Guru bertindak sebagai mentor sahaja. Terdapat dua bentuk pengeyaan iaitu pengayaan yang mendalam dan pengayaan yang meluas. Pengayaan yang mendalam bermaksud memberi peluang kepada pelajar dengan lebih mendalam berkaitan bidang yang menjadi sebahagian kurikulum biasa di sekolah. Manakala pengayaan meluas pula ialah para pelajar akan dibimbing untuk mempelajari sesuatu bidang yang luar daripada aktiviti kurikulum biasa iaitu bidang diluar sukatan pelajaran mereka. Pendekatan ini melibatkan tugasan bagi mengetahui sejauh mana kebolehan pelajar dan daripada maklumat tersebut sebagai permulaan mencipta lingkungan belajar. Implikasi daripada program pengayaan ialah menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan bermakna. Kaedah ini juga mengelakkan pelajar daripada berasa bosan. Percambahan ilmu menjadi semakin luas kerana pelbagai maklumat dapat disampaikan. Tujuan bagi kaedah pengayaan adalah untuk membolehkan kanak-kanak menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka serta menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu ke arah perkembangan diri dan bakat mereka. Aktiviti ini juga dapat menambahkan minat mereka untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran serta melahirkan daya kreativiti. 4.4 Kaedah Pengelompokan Kaedah ini adalah di mana kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang hampir sama ditempatkan dalam satu kelas yang khusus. Kajian daripada kumpulan praktis oleh Karen Rogers 1991, mendapati bahawa, pengelompokan sepenuh masa arahan rutin tidak memberi sebarang perbezaan dalam pencapaian akademik pelajar biasa, tetapi pengelompokan ini memberi perbezaan besar dalan pemcapaian akademik pelajar cerdas. KBK 3073 Page 19
  • Pengelompokan untuk pecutan menghasilakn manfaat yang besar jika ianya dijalankan dalam kelas tidak bergred, pemadatan kurikulum, pecutan mata pelajaran dan kemasukan ke peringkat yang lebih tinggi pada usia muda. Kaedah ini bukan hanya mampu untuk mendapatkan keputusan akademik yang baik, tetapi juga dapat menyelesaikan masalah lain.Hal ini kerana kanak-kanak yang dikumpulkan bersama akan lebih dekat antara raka-rakan sekelas yang mempunyai kemampuan, minat dan tahap yang sama. Kajian telah membuktikan keberkesanan kaedah pengelompokan.Pencapaian akademik yang signifikan dicapai oleh kanak-kanak pintar cerdas yang menjalankan kaedah pengelompokan. Selain itu, pengelompokan juga mempunyai kesan positif terhadap motivasi dan pembelajaran serta membentu kanak-kanak cerdas ini mengembangkan persepsi diri dengan lebih realistik. 5.0 Masalah Sosial Dan Emosi Terhadap Kanak-kanak Pintar Cerdas Kanak-kanak pintar cerdas dikatakan mengalami perkembangan asynchronous apabila perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosialnya tidaka sepadan dengan usianya. Contohnya, kanak-kanak yang berumur enam tahun yang mempamerkan tingkah laku yang setara dengan usianya tetapi meiliki kecerdasan intelek seperti kanak-kanak berusia 12 tahun, manalaka tahap emosi seperti enam tahun. Sehubungan itu, kanak-kanak pintar ceerdas yang boleh memahami secara intelek mengenai perkara abstrak yang lebih tinggi dari rakan sebayanya, didapati tidak mampu menangani perkara yang melibatkan emosi pada tahap ini. Ketidakmatangan kanak kanak ini dalam menangani isu emosi pada usia muda ini akan mengheret mereka ke arah kebimbangan terhadap isu-isu yang lebih tinggi dari tahap perkembangan emosi sebenar mereka seperti soal kematian, masa hadapan dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga dalam aspek perkembangan fizikal, kanak-kanak pintar cerdas ini bakal membatasi pergerakan atau kemempuan menyelesaikan sesuatu tugas yang dirasakan mudah dalam gambaran intelek mereka. Kanak-kanak ini juga lebih KBK 3073 Page 20
  • suka mencampuri perbualan orang dewasa mengenai isu-isu global dan mampu memberi pendapat atau pandangan dalam isu-isu tersebut. Tetapi dari segi emosi mereka akan menangis atau merajuk ketika bermain atau pun berebut sesuatu dengan rakan sebaya. Kanak-kanak pintar cerdas ini juga sering mahukan kesempurnaan yang tinggi. Sikap ini telah mendorong kepada takut akan kegagalan. Sehubungan itu, menjadikan mereka cepat berputus asa apabila tidak mampau melaksanakan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Selain itu, kanak-kanak ini juga mempunyai perasaan sensitif terhadap perkara yang melampai tahap pemikiran mereka seperti isu peperangan dan pencemaran. Mereka akan menjadi introvert dan menjurus ke arah kemurungan pada masa akan datang. Oleh sebab, perkembangan intelek yang tidak setara dengan arakan sebaya, kanak-kanak ini akan menghadapi masalah sosial dan emosi bukan sahaja dengan rakan sebaya tetapi juga dalam kalangan orang dewasa yang sama tahap inteleknya. Kanak-kanak pintar cerdas ini juga tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya sistem pendidikan sedia ada di sekolah kerana kecerdasan ini. Lazimnya semakin tinggi tahap kecerdasan, maka semakin tinggilah keperluan kaunseling yang patut diberikan kepada mereka (Davis & Rimm,1998). Ini adalah supaya dapat menghilangkan masalah atau tekanan sosial dan emosi mereka. Ramai antara mereka mengalami kemurungan kerana gagal menghadapi kemahiran sosial yang sesuai dengan tahap kecerdasan mereka. Oleh itu, ada segelintir antara mereka menggunakn startegi yang kurang bijak seperti berpura-pura tidak pandai dengan berusaha tidak mencapai tahap pencapaian yang sebenar. Selaian itu, mereka akan melupakan keperluan sosial dengan memilih tidak berkomunikasi dengan rakan sebaya (Rimm, 2008). Keadaan ini akan membawa kepada satu masalah sosial dan emosi kanak-kanak pintar cerdas yang memerlukan perhatian ibu bapa dan guru. 6.0 Penutup Kanak-kanak pintar cerdas merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Pelajar-pelajar ini tidak terlepas daripada menghadapi pelbagai bentuk masalah psikologi. Jadi organisasi yang bertanggungjawab perlu untuk menguruskan pendidikan untuk kanak-kanak ini. Selain itu, kanak-kanak ini juga memerlukan starategi atau kaedah pengejaran dan KBK 3073 Page 21
  • pembelajaran yang berbeza daripada kanak-kanak biasa. Ini adalah supaya segala kecderdasan dan kelebihan yang mereka miliki dapat dikembangkan dengan sempurna. Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting. Ibu bapa perlu memahami tentang hakikat memiliki anak yang berbeza daripada biasa agar mereka dapat memberi sokongan psiko-sosial yang sewajarnya bagi menggalakkan perkembangan anak mereka. 7.0 Rujukan David Lazear (2004). Pemikiran Aras Tinggi: Kaedah Kecerdasan Pelbagai (Wirakarnain Sani, Terjemah).Selangor.Wisdom Mind Resource Sdn.Bhd. Noriah Mohd Ishak, Rosadah Abd Majid & Siti Fatimah Mohd Yasin (2009). Permatapintar negara: pengalaman UKM. Selangor: Pusat PERMATA pintar negara, UKM. Nik Aziz Ni Pa (1990). Program Pendidikan pelajar pintar cerdas: Teori dan Praktik.Petaling Jaya: Pustaka Islam. Mizan Adilliah Ahmad Ibrahim (2001). Pengurusan Perkhidmatan Personalia Murid. Selangor: Cerdik Publication Sdn.Bhd. Salhah Abdullah (2009). Kecerdasan Pelbagai: aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Suppah Nachiappan,Kamarulzaman Kamarudin,Abd.Aziz Abd Shukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha &Hazalizah Hamzah (2009). Pembelajaran dan Perkembangan pelajar.Oxford Fajar.Selangor Darul Ehsan.  Sumber Internet http://pertubuhanmahligaisakinah.blogspot.com/2011/04/ciri-ciri-kepimpinan-yang perlu.html http://www.freewebs.com/truesenfa/bab1.htm http://eprint.utm.my/6039/1/FULL_THESIS.pdf http://www.tagpdx.org/accelera.htm http://web.usm.my/education/publication/JPP236_PERBEZAAN%20PERSONALITI. KBK 3073 Page 22