Pantun adalah salah satu jenis puisi tradisional yang berasal dari Nusantara yang terdiri atas 4 baris dengan pola rima a-b-a-b. Terdapat berbagai jenis pantun seperti pantun adat, agama, budi, jenaka, kepahlawanan, kias, nasihat, peribahasa, perpisahan, dan teka-teki. Beberapa contoh pantun juga dijelaskan.
2. • Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat
luas dikenal dalam bahasa- bahasa Nusantara.
• Dalam bahasa Jawa, misalnya, dikenal sebagai parikan dan
dalam bahasaSunda dikenal sebagai paparikan.
• Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau empat baris
biladituliskan), bersajak akhir dengan pola a-b-a-b (tidak
boleh a-a-a-a, a-a-b-b, atau a-b-b-a).
• Pantun pada mulanya merupakan sastera lisan namun
sekarang dijumpai juga pantun yangtertulis
3. JENIS PANTUN DAN CONTOH
• Pantun Adat
Lebat daun bunga tanjung
Berbau harum bunga cempaka
Adat dijaga pusaka dijunjung
Baru terpelihara adat pusaka
• Pantun Agama
Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat dipintu kubur
Teringat badan tidak sembahyang
4. • Pantun Budi
Anak angsa mati lemas
Mati lemas di air masin
Hilang bahasa kerana emas
Hilang budi kerana miskin
• Pantun Jenaka
Orang Sasak pergi ke Bali
Membawa pelita semuanya
Berbisik pekak dengan tuli
Tertawa si buta melihatnya
5. • Pantun Kepahlawanan
Hang Jebat Hang Kesturi
Budak-budak raja Melaka
Jika hendak jangan dicuri
Mari kita bertentang mata
• Pantun Kias
Kayu tempinis dari kuala
Dibawa orang pergi Melaka
Berapa manis bernama nira
Simpan lama menjadi cuka
6. • Pantun Nasihat
Padang temu padang baiduri
Tempat raja membangun kota
Bijak bertemu dengan jauhari
Bagaikan cincin dengan permata
• Pantun Peribahasa
Kerat kerat kayu diladang
Hendak dibuat hulu cangkul
Berapa berat mata memandang
Barat lagi bahu memikul
7. • Pantun Perpisahan
Duhai selasih janganlah tinggi
Kalaupun tinggi berdaun jangan
Duhai kekasih janganlah pergi
Kalaupun pergi bertahun jangan
• Pantun Teka-Teki
Tugal padi jangan bertangguh
Kunyit kebun siapa galinya
Kalau tuan cerdik sungguh
Langit tergantung mana talinya ?