Your SlideShare is downloading. ×
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Penulisan ilmiah SME3023

9,208

Published on

0 Comments
20 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
9,208
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
20
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. TREND AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES (SME3023) ISSUES ON ASSESSMENT NAMA NO.MATRIKDAYANG KHAIRUNNISA BT AWANG BATU D20091034996 MASLIAH BINTI MANCHING D20091035049 NAMA PENSYARAH: PROF.DR.MARZITA PUTEH 1
  • 2. ISI KANDUNGAN Perkara Muka surat1.0 Pengenalan 1-22.0 Tujuan Pentaksiran 2-33.0 Isu Pentaksiran 3.1 Pentaksiran Berasaskan Peperiksaan 3.2 Bias Dalam Penilaian 3-9 3.3Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)4.0 Kesimpulan 105.0 Rujukan 11-126.0 Lampiran 13 2
  • 3. 1.0 Pengenalan Dalam Falsafah Pendidikan Negara, banyak penekanan dalam perkembangan secaramenyeluruh, seimbang, dan bersepadu bagi membentuk modal insan yang baik dari segijasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu, sebagai pendidik haruslah sentiasa bersediadalam pelbagai perkara untuk memastikan matlamat pendidikan ini berjaya. Pengujian,penilaian dan pentaksiran adalah di antara beberapa konsep yang penting dalamdunia pendidikan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah tersebut membawa maksud yangberbeza dan tujuan yang berbeza. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga perkara ini membantuuntuk mencapai matlamat yang sama. Penaksiran atau pentaksiran berasal daripada perkataan Greek ”Assidere” yangbermaksud “duduk bersama” dengan pelajar dan mengesahkan respon dengan apa yangdimaksudkan. Dalam kata lain, pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat danseterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Selain itu,mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David Paynedalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003, pentaksiran ialahintegrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilaikepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atasmaklumat. Seterusnya, menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), pentaksiran dalambidang pendidikan ialah dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumiaktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentangpembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Hasil pentaksiran dinyatakandalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilankepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. Selain itu, menurut National Council of Teaching Mathematics, 1995 pentaksiranmembawa maksud “assessment is the process of gathering evidence about a student’s knowledge of,ability to use, and disposition toward mathematics and of making inferences from thatevidence for a variety of purposes.” ( National Council of Teaching Mathematics, 1995) 3
  • 4. Secara kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulanmaklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah, merekod serta menghuraikan maklumatyang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar tersebut.2.0 Tujuan dan prinsip pentaksiran Sebagai pendidik, kita hendaklah tahu kegunaan atau tujuan pentaksiran. Pentaksiransewaktu proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai pelbagai kesan kepada guru danjuga pelajar. Salah satu sebab wujudnya proses pentaksiran ini adalah untuk mengumpulmaklumat. Maklumat yang dikumpul ialah dari segi tahap kefahaman pelajar danmendapatkan maklum balas perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran sama adapositif atau negatif. Dari maklum balas yang diterima guru akan dapat tahu sejauh manakeberkesanan cara pengajaran mereka. Hasil daripada maklumat ini akan digunakan untukmemperbaiki kelemahan dari kedua-dua belah pihak pelajar dan juga guru. Dalam pentaksiran juga terdapat beberapa prinsip yang pelu dipatuhi iaitu: a) Kumpulan yang ditaksir iaitu golongan pelajar. b) Kumpulan yang menaksir iaitu para pentadbir termasuklah guru-guru. c) Instrumen seperti ujian bulanan, kuiz dan sebagainya. d) Skor. e) Respons. Menurut McMillan (2001) dalam Noraini Idris (2005), ciri-ciri pentaksiran pulameliputi perkara-perkara seperti berikut: 1. Pentaksiran ialah proses mengumpul data bagi tujuan membuat keputusan tentang individu atau kumpulan. 2. Ujian pula ialah sebahagian daripada pentaksiran. 3. Apabila pentaksiran dibuat ke atas pelajar, guru sebenarnya mengukur tahap kecekapan untuk menentukan sama ada tahap kecekapan yang perlu dikuasai pada satu-satu peringkat pengajaran dan pembelajaran telah dapat dihasilkan. Pentaksiran bukan sahaja meliputi pembelajaran yang menggunakan kaedah tradisionalseperti teknik kertas dan pensel. Malah ia sepatutnya digunakan untuk menilai secara holistikdari segala segi. Oleh itu, untuk melaksanakan pentaksiran yang berkesan adalah sangat sukar. 4
  • 5. Pelaksanaannya hendaklah secara berterusan yang bersifat formatif melibatkan gurusepenuhnya dan memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan penguasaan merekadalam kemahiran yang dipelajari, yang tidak boleh ditaksir melalui ujian bertulis.3.0 Isu Berkaitan Pentaksiran3.1 Pentaksiran berasaskan peperiksaan Dari zaman selepas kemerdekaan lagi, sistem peperiksaan Malaysia sering berubah-ubah. Ini sejajar dengan perubahan zaman dalam membentuk modal insan yang bertarafdunia. Walau bagaimanapun, proses pengajaran dan pembelajaran masih lagi berasaskanpeperiksaan. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada sistem pendidikan negara kita.Menurut Moore (2003) pentaksiran tradisional gagal kerana tidak mengambil kira tentangpencapaian secara holistik dan bagaimana pelajar berupaya bekerja secara berkumpulan. Antara ciri-ciri sistem peperiksaan yang sedia ada ialah terlalu berfokuskan kuantiti,berorientasikan mata pelajaran, pensijilan one-off dan juga di dominasi oleh pusat. Terdapatterlalu banyak kekurangan dalam sistem yang sedia ada. Pertama sekali, soalan berbentukpeperiksaan dilatih sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Peter Grootenboer(2004) (diambil daripada Zaleha Ismail & Arinah Zaidan (2010)), kaedah ini dikatakan lebihsenang dan tidak perlu menyediakan bahan bantu mengajar. Menurut Zaleha Ismail & ArinahZaidan (2010) pula sistem persekolahan zaman sekarang berasaskan peperiksaan di manapembelajaran terlalu menumpukan kepada pengiraan dan penggunaan rumus manakalakaedah pembelajaran terbatas kepada latih tubi. Namun pengajaran seperti ini tidak dapatmenggalakkan pelajar untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Seterusnya adalah kelemahan dari pihak guru sendiri yang hanya terburu-buru hendakmenghabiskan silibus mata pelajaran dalam masa yang ditetapkan dan tidak menekankanperkaitan pembelajaran dengan kehidupan seharian. Selain itu, para guru juga hanya memberipenekanan pada keputusan seterusnya mengabaikan proses pembelajaran pelajar. Akibatnyakeseronokan untuk belajar semakin pudar dan berkurangan malah asas pembelajaran turuthilang. Oleh kerana keputusan peperiksaan terlampau dititikberatkan, kebanyakan sekolahakan kurang memberi perhatian kepada pelajar yang berprestasi rendah. Golongan yangdiabaikan ini akan menjadi semakin teruk, menyebabkan sebahagian besar mereka tidakmelanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. 5
  • 6. Selain itu, menurut Wang (2004), terdapat beberapa punca kelemahan pembelajaranberorientasikan peperiksaan yang dapat dikenalpasti. Antara punca kelemahan yangdikenalpasti adalah pelajar seolah-olah dibentuk melalui „mesin‟. Pelajar dilihat sebagaiproduk yang dibentuk melalui „mesin‟ iaitu pembelajaran yang mengandungi bahan-bahanyang ditetapkan (kurikulum). Pelajar seolah-olah dipaksa untuk mendapatkan keputusan yangcemerlang. Pembelajaran yang berlaku dalam paksaan tidak akan membantu pelajarmembentuk keyakinan diri. Selain itu, antara punca lain yang dikenalpasti ialah penekananpembelajaran yang lebih tertumpu kepada buku sebagai bahan rujukan kedua selepas guru.Konsep abstrak yang selektif sangat ditekankan dalam pembelajaran. Penguasaan konsepadalah melalui latihan secara latih tubi. Pelajar hanya tertumpu kepada konsep yang ada danterhad untuk mengatasi masalah tententu sahaja. Kaedah ini dilihat seolah-olah pembelajaranyang berlaku tidak disepadukan dengan dunia luar. Pembelajaran seperti tidak mempedulikanisu-isu semasa yang dipisahkan dengan pembelajaran. Ini menjarakkan lagi pembelajarandengan dunia realiti. Keadaan pelajar akan menjadi lebih teruk lagi apabila mereka hanya menghafal untukmenghadapi peperiksaan dan akhirnya mereka tidak mampu unutuk menyelesaikan masalahkehidupan kerana kurang mahir dalam mengaplikasikan pembelajaran. Menurut Darshan andOng (2003), “ The education system is so exam-oriented that is has forced many students into rotelearning and memorizing to score well. This is said to have greatly reduced creativity and ourability to understand and analyse things.” Oleh itu, secara tidak langsung sistem pendidikan yang sedia ada telah membazirkanbanyak sumber pendidikan yang tidak relevan dalam pembentukan pelajar yang sanggup danmampu menghadapai cabaran globalisasi pada abad ini.3. 2 Bias Dalam Penilaian Isu yang kedua ialah bias dalam penilaian. Terdapat beberapa perspektif yangmenjelaskan tentang definisi bias dalam penilaian. Menurut Hambleton, Ronald dan Janne(1995), bias adalah kewujudan kriteria-kriteria tertentu dalam memberi kesan yang berbezaterhadap pencapaian individu dengan kebolehan yang sama dari kumpulan, etnik, jantina,budaya dan agama yang berbeza. Jika sesuatu item itu berfungsi berbeza kepada sesuatu 6
  • 7. kumpulan dengan yang lain, ia secara terangan adalah bias (Dorans dan Holland, 1993).Definisi bias menurut The American Heritage Dictionary pula adalah sebagai kecenderunganatau kecondongan yang menghalang penilaian yang adil. Berdasarkan ketiga-tiga perspektiftersebut, dapatlah disimpulkan bahawa bias dalam penilaian adalah ketidakadilan yang wujuddalam sesuatu penilaian. Terdapat empat aspek yang dapat menjelaskan kewujudan bias dalam penilaian iaituitem soalan ujian, penilaian melalui pemerhatian, penilaian secara lisan dan penilaian melaluipenulisan. Aspek yang pertama ialah bias dalam item soalan ujian. Menurut Zaubedah (2007)dalam kajiannya yang bertajuk mengesan dif dalam item peperiksaan mata pelajaranperdagangan sijil pelajaran malaysia (SPM) sukatan pelajaran tingkatan empat menyatakanbahawa, sesuatu item itu bias apabila seseorang individu yang sama tahap kebolehan,daripada kumpulan yang berbeza tidak mempunyai kebarangkalian yang sama untukmenjawab item tersebut dengan betul. Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan bagimengesan item-item ujian yang bias atau tidak memihak kepada responden mengikut jantina,lokasi sekolah, agama, bangsa dan linguistik. Jantina dan lokasi sekolah merupakan dua faktoryang sering dikaitkan dengan kewujudan bias dalam item soalan. Item soalan akan menjadi bias mengikut jantina apabila item soalan yang dibinacenderung kepada satu jantina sahaja. Menurut Black (1998), pengujian yang menggunakansoalan yang berkaitan dengan permainan mekanikal lebih cenderung kepada pelajar lelakimanakala set yang menggunakan contoh dan situasi daripada anak patung atau kerja-kerjadapur lebih cenderung kepada pelajar perempuan. Beliau juga menyatakan bahawa pelajarperempuan secara umumnya tidak begitu pandai dalam soalan objektif berbanding soalan eseikerana mereka tidak suka meneka (guessing) apabila tidak boleh menjawab seperti yang dilakukan oleh pelajar lelaki. Kajian TIMSS-R (1998) pula menyatakan bahawa item-itemmatematik yang berbentuk ayat panjang dan memerlukan calon membaca dan memahamimaksud (kecekapan verbal) lebih memihak kepada pelajar perempuan manakala item-itemyang memerlukan keupayaan „visualization‟ lebih memihak kepada pelajar lelaki. Pelajar lelaki dan perempuan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masingdalam sesuatu subjek. Oleh itu, guru haruslah mengambil beberapa tindakan bagimengelakkan bias berlaku dalam pembinaan item soalan ujian. Antaranya ialah guru haruslahmengimbangi bilangan topik dalam kertas soalan, seimbangkan bentuk soalan iaitu terdapatsoalan objektif dan soalan subjektif dan seimbangkan corak soalan iaitu mengambil kiratentang sterotaip jantina pelajar. 7
  • 8. Faktor yang kedua ialah faktor lokasi sekolah. Item soalan akan menjadi biasmengikut lokasi sekolah apabila item soalan yang dibina cenderung kepada satu lokasisekolah sahaja samaada sekolah luar bandar atau sekolah bandar. Menurut Zaubedah (2007)dalam kajiannya yang bertajuk mengesan dif dalam item peperiksaan mata pelajaranperdagangan sijil pelajaran malaysia (SPM) sukatan pelajaran tingkatan empat, terdapatbeberapa item ujian beraneka pilihan yang bias kepada pelajar luar bandar dan tidak terdapatitem yang bias kepada pelajar bandar seperti topik promosi, komunikasi, bank danpergudangan. Item tersebut bias kepada pelajar luar bandar mungkin disebabkab oleh faktoritem tersebut memerlukan pembacaan yang luas, tidak termasuk dalam pengalaman hidup danmemerlukan daya pemikiran yang tinggi. Apabila guru menghadapi situasi sebegini, gurumata pelajaran seharusnya memberi penekanan yang lebih kepada topik-topik yang tekandungitem yang bais. Hal ini kerana topik-topik tersebut memang telah terkandung dalam sukatanpelajaran dan guru tidak boleh mengabaikan topik tersebut. Aspek yang kedua ialah bias dalam penilaian melalui pemerhatian. Penilaian melaluipemerhatian adalah satu proses untuk menentukan apa yang pelajar tahu, bagaimana hendakmelakukan sesuatu tugasan atau operasi dalam masa sebenar. Tujuan penilaian ini adalahuntuk membekalkan data yang bersifat objektif tentang kualiti pencapaian pelajar, termasukproses dan prosedur dalam menyiapkan tugasan dan cabaran yang dihadapi sepanjang prosestersebut. Ianya merupakan satu alat penaksiran yang sesuai untuk mentaksir aspek afektif danpsikomotor pelajar. Perkara yang dinilai melalui pemerhatian adalah hasil kerja, tingkah laku,komunikasi dan interaksi pelajar. Bias berlaku semasa penilaian melalui pemerhatianmungkin disebabkan oleh persepsi guru terhadap pelajar dan guru hanya menilai secara matakasar. Persepsi guru akan mempengaruhi cara penilaian atau pemarkahan dan mata kasar guruhanyalah pandangan luaran sahaja yang tidak dapat membuktikan atau menyatakan keadaansebenar pelajar. Aspek yang seterusnya ialah bias dalam penilaian secara lisan. Penilaian secara lisanadalah satu proses untuk mengumpul maklumat semasa interaksi antara murid dengan guru,murid dengan murid atau murid dengan bahan pengajaran. Tujuannya adalah untuk mengesanpenguasaan pengetahuan, pemahaman hasil pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara sertamerta. Perkara yang dapat dinilai secara lisan ialah kefahaman konsep, kecekapan mendengar,keyakinan, tahap pemikiran, pengetahuan fakta, kecekapan mengcongak dan penggunaanbahasa yang tepat. Bias dalam penilaian secara lisan berlaku di pengaruhi oleh persepsi guruterhadap pelajar, kesukaran pelajar berbahasa dan ketakutan pelajar terhadap guru. Kesukaranpelajar berbahasa akan menyebabkan guru memberi tanggapan bahawa pelajar tersebut tidak 8
  • 9. mencapai tahap pemahaman yang baik dalam sesuatu subjek. Terdapat sesetengah pelajaryang sukar untuk menyatakan secara lisan disebabkan oleh kelemahan dalam berbahasa.Tetapi kelemahan mereka berbahasa tidak membawa maksud bahawa mereka langsung tidakmemahami apa yang telah di ajar oleh guru. Selain itu, ketakutan pelajar terhadap guru jugaakan menjadi salah satu penghalang kepada pelajar untuk memberi pendapat atau jawapanmereka. Aspek yang terakhir ialah bias dalam penilaian melalui penulisan. Penilaian melaluipenulisan adalah satu proses yang melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan danhasil penulisan. Penilaian ini dianggap sebagai satu medium yang boleh dipercayai dalammenilai pelajar kerana mempunyai hasil atau produk yang dapat di lihat oleh guru. Perkarayang dapat di nilai secara penulisan bergantung kepada tugasan yang diberi, tetapi secaraumumnya terdapat beberapa perkara yang dapat di nilai seperti kronologi penulisan, kreativitipenulisan, susuna ayat atau penggunaan bahasa, kaedah atau formula yang digunakan sertakekemasan. Persepsi guru terhadap pelajar akan menyebabkan penilaian ini menjadi biaskerana cara pemarkahan guru dipengaruhi oleh pandangan guru terhadap pelajar. Bias akan dapat menyebabkan penilaian yang kurang baik atau tidak berkualititerhadap pelajar. Apabila tahap bias terlalu tinggi dalam diri seorang guru, ia akanmenyumbang kepada faktor ketidakadilan dalam penilaian yang mungkin akan menjejaskanprestasi pelajar. Bagi mengurangkan bias dalam penilaian, guru haruslah mengambil beberapalangkah atau inisiatif untuk mengurangkan bias dalam penilaian. Terdapat beberapa cadanganyang dapat guru laksanakan bagi mengurangkan bias dalam penilaian iaitu guru perlu bijakdan teliti dalam memilih item soalan ujian, gunakan borang penilaian yang standard, buatpenilaian berulang kali dan kurangkan sifat bias dalam diri.3.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Isu yang ketiga ialah pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). PBS merupakan satubentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosidan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan danKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS akan mentaksir bidang akademik danbukan akademik. Selain itu, PBS akan dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirandilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam P&P mengikut proseduryang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaaan. Antara komponen PBS adalah pentaksiransekolah, pentaksiran pusat, pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum dan 9
  • 10. pentaksiran psikometrik. PBS terbahagi kepada dua bentuk format pentaksiran iaitu kerjakursus (PEKA) dan pentaksiran lisan berasaskan sekolah (PLBS). Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), PBS bukanlah sesuatu yang baru,kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah,projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang terbaru ini adalah lebih holistik danmemberi penekanan kepada kesemua aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelekberbanding kepada pentaksiran sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaianakademik melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir proses dan produk secara formatif dansumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learningmanakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian akademik murid diakhir pembelajaran yang merupakan assessment of learning. PBS yang dicadangkan inimerupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkanpentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantuguru merekod pencapaian murid secara berterusan. Walaupun PBS merupakan salah satu langkah untuk menambahbaik sistem penaksiransupaya bersifat lebih adil, tetapi terdapat juga isu yang timbul mengenai pelaksanaan PBS.Terdapat dua isu dalam pelaksanaan PBS iaitu kepimpinan guru besar atau pengetua dan guruakademik. Guru besar atau pengetua merupakan ketua dalam pelaksaan PBS di sekolah yangbertanggungjawab untuk memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur yang telahditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Oleh itu, guru besar haruslah memahami prosedurpelaksanaan PBS dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang pentaksiran.Walaubagaimanapun, terdapat juga segelintir guru besar atau pengetua yang kurang fahammengenai prosedur pelaksanan. Selan itu, ada juga segelintir guru besar yang kurangmengetahui ilmu dalam bidang pentaksiran termasuklah prinsip asas dalam pentaksiranpendidikan, pengendalian, penentuan standard dan penggunaan hasil pentaksiran. Isu yang seterusnya ialah guru akademik. Guru akademik merupakan individu yangpenting dalam menjalankan PBS kerana merekalah yang akan menjalankan ataumengendalikan PBS. Terdapat empat pula isu yang timbul mengenai guru ekademik sebagaipelaksana PBS iaitu guru kurang pemahaman tentang pelaksanaan dan konsep PBS, gurumengajar tidak mengikut opsyen yang sebenar, guru yang tidak terlatih dan persepsi guruterhadap PBS. 10
  • 11. Guru yang kurang pemahaman tentang pelaksanaan dan konsep PBS akanmenyukarkan mereka untuk merancang strategi bagi menjalankan PBS. Selain itu, isu gurupelaksana PBS mengajar tidak mengikut opsyen sebenar dan guru tidak terlatih merupakanisu yang sering di persoalkan kerana kompetensi guru sebagai pembimbing dan pemudahcaradalam melaksanakan pentaksiran di dalam bilik darjah yang kurang profesional. Hal inidemikian kerana mereka kurang mahir dalam subjek yang bukan opsyen dan keadaan ini akanmenghasilkan penaksiran yang tidak berkualiti. Seterusnya adalah isu persepsi guru terhadap PBS. Terdapat segelintir guru yangmenganggap PBS sebagai beban kepada mereka. Persepsi guru ini disokong oleh Gan (2000)yang menyatakan bahawa kebanyakan guru merasakan perubahan pendidikan telahmeningkatkan beban kerja mereka. Guru bukan sahaja perlu mengajar tetapi juga melakukankerja-kerja pentadbiran dan kokurikulum. Guru juga perlu mentaksir dan mengajar dalammasa yang sama. Tan (2010) juga menyatakan perkara yang sama bahawa PBS menambahbeban tugas guru di sekolah yang memang telah dibebani dengan tugas-tugas pentadbiran dankokurikulum. Ini menyebabkan guru melaksanakan pentaksiran sebagai satu produk danbukan sebagai satu proses. 11
  • 12. 4.0 Kesimpulan Secara kesimpulannya, terdapat tiga isu pentaksiran yang telah dikupas iaitu isupentaksiran berorentasikan sekolah, bias dalam penilaian dan pentaksiran berasaskan sekolah(PBS). Berdasarkan ketiga-tiga isu tersebut dapatlah disimpulkan bahawa pentaksiran adalahsatu proses yang penting dalam dunia pendidikan amnya. Dengan adanya penaksiran, pihaksekolah dan ibu bapa dapat melihat tahap kebolehan, kekuatan dan kelemahan para pelajar.Penaksiran yang dilaksanakan haruslah merangkumi aspek akademik dan bukan akademikbagi menghasilkan suatu penaksiran yang holistik. Bagi menghasilkan penaksiran yang baik ,pihak yang terlibat mestilah mengikut prosedur pelaksanaan penaksiran yang betul danmempunyai pengetahuan yang cukup dalam bidang penaksiran dan kandungan subjek yangdiajar. Guru haruslah teliti dalam menjalankan penaksiran terhadap pelajar bagi memastikantiada pelajar yang akan tercicir dalam pembelajaran. Penaksiran yang berkualiti akan dapatmenyumbangkan kepada pembentukan pelajar yang berkualiti dan berkemahiran dari semuaaspek. 12
  • 13. 5.0 RujukanNoraini Idris (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur : Penerbit Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.Arsaythamby Veloo (2006). Bias Ujian Aneka Pilihan Matematik KBSM Berdasarkan Perbezaan Individu Dan Orientasi Pembelajran Matematik. Tesis Doktor Falsafah (Ph.D.), Sintok : Universiti Utara Malaysia.Daliyani (2011). Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Dalam Matematik Di Peringkat Sekolah Menengah. Tesis Sarjana Muda, Johor : Universiti Teknologi Malaysia.Zaubedah (2007). Mengesan Dif Dalam Item Peperiksaan Mata Pelajaran Perdagangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sukatan Pelajaran Tingkatan Empat. Tesis Sarjana, Universiti Sains Malaysia.Modul Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (m.s. 2-5). Diperoleh pada April 20, 2012.Anna peacocks (2010, April 26). Disadvantage Of An Examination Oriented Education System. Diperoleh pada April 8, 2012 daripada http://ezinearticles.com/?Disadvantages-of-an-Examination-Oriented- EducationSystem&id=4178597Jamil Adimin (2008). Peperiksaan Vs Pentaksiran. Diperoleh pada April 9, 2012 daripada http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2008&dt=0303&pub=DuniaPendidikan&s ec= erspektif&pg=ps_01.htmMohd Faizan dan Muhammad Rafiq (2009). Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR). Diperoleh pada April 10, 2012 daripada http://www.slideshare.net/ayujqaf09/ilmu-pendidikanPandangan Kami Terhadap Cadangan Pemansuhan UPSR dan PMR (2010, Sept 11). Diperoleh pada April 8, 2012 daripada http://www.merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=11079 13
  • 14. Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Diperoleh pada April 10, 2012 daripada http://www.moe.gov.my/index.php?id=17&act=faq&rid=147Rosnani , Farhan Nashrah, Kunasundari A/P Nalasamy & Nurul Rozaida (2012). Isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik : Penilaian. Diperoleh pada April 11, 2012 daripada http://www.slideshare.net/daripenacikgu/penilaian-group-8/Zulkiply Yaakob (2010). Penilaian Rekod Perkembangan Murid. Diperoleh pada April 11, 2012 daripada http://www.scribd.com/doc/33387875/modul-penilaian 14

×