Your SlideShare is downloading. ×
0
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Amanah Saham Bumiputera (ASB)

2,472

Published on

Published in: Economy & Finance
1 Comment
1 Like
Statistics
Notes
  • Konklusinya? Haram ke halal untuk kita melabur dlm ASB?
    Betul ke ada rumors ckp ASB ada invest dlm syarikat arak dgn Genting?
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total Views
2,472
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
1
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB) INVESTMENT: IS IT SHARIAH- COMPLIANT? PENSYARAH: DR SHAHIDA SHAHIMI AHLI KUMPULAN: LAILA AZHAN BINTI AHMAD TAJUDDIN P68372 NORILMIYAH BINTI MOHD PAUZI P68389 NUR ASILAH BINTI KITHURU MOHAMED P68394 NURSHAHIRA BINTI IBRAHIM P68395 SITI SALWA BINTI SALIM P68400
  • 2. Latar Belakang Kes 1981 1990 Abdullah Mohd Fikri Sarimah
  • 3. Latar Belakang Kes  Status pelaburan skim ASN dan ASB??  Patuh Shariah: HARAM vs HARUS  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada 2008 mengumumkan bahawa skim pelaburan ini adalah harus.  Fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Selangor: skim ASN dan ASB adalah haram.  Abdullah menasihatkan mereka supaya mengeluarkan semua wang yang dilaburkan dalam skim ini dan melaburkan semula dalam pelaburan islam patuh shariah.  Pasangan ini ingin tahu fatwa manakah yang harus diikut memandangkan kesemua fatwa yang dikeluarkan adalah dari badan autoriti Islam. Jika status pelaburan ini adalah haram, mereka bimbang akan status ibadat haji, zakat dan lain-lain.
  • 4. Skim Pelaburan ASB  Diperkenalkan oleh kerajaan bagi meningkatkan ekuiti Bumiputera.  Satu pelaburan Unit Amanah yang dikendalikan oleh ASNB, anak syarikat milik penuh PNB.  Isu tidak patuh syariah timbul apabila ASB didapati melabur dalam syarikat- syarikat yang tidak berada dalam senarai sekuriti patuh syariah oleh Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti (MPS SC).  Syarikat tersebut termasuk Malayan Banking Berhad (28.49%): perkhidmatan kewangan berdasarkan faedah (Riba); dan British American Tobacco (M) Berhad (0.78%): pengeluaran atau penjualan produk berasaskan tembakau atau barangan berkaitan.  Bagi menjernihkan isu ini, pengurus dana telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa ASB tidak akan melabur dalam aktiviti perjudian dan produk tidak halal/produk berkaitan.  Mereka juga menyebut bahawa Malayan Banking Berhad adalah pengendali kewangan Islam terbesar di rantau ini melalui Maybank Islamic.
  • 5. Isu-isu dan Perbincangan Soalan Perbincangan:  Adakah Islam melarang transaksi unit amanah?  Unit amanah, bagaimana untuk menentukan sama ada ia adalah produk yang berlandaskan shariah atau tidak?  Siapakah Jawatankuasa/Majlis Penasihat Shariah & apakah tanggungjawab mereka?  Sejauh mana konsep daruriyah dalam ekonomi akan menyumbang kepada keputusan Jawatankuasa/Majlis Penasihat Shariah? Titik pembelajaran utama:  Memahami prinsip Maqasid Shariah & Produk Patuh Shariah.  Pengurusan Dana Bersama (Mutual Fund) dari perspektif Islam.  Mentakrifkan konsep daruriyah, tahsiniyat & haajiyyat.  Memahami peranan Majlis/Jawatankuasa Penasihat Shariah.
  • 6. 1. Adakah Islam melarang transaksi unit amanah?  TIDAK: berdasarkan kepada  Daripada Salman al-Farisi: “Beliau bertanya kepada baginda SAW akan perihal minyak sapi, keju dan mentega, maka baginda menjawab: Perkara yang halal adalah apa yang dihalalkan oleh Allah di dalam al-Quran, dan perkara yang haram adalah apa yang diharamkan di dalam al-Quran, dan apa yang Allah tidak menyebutnya, maka perkara itu dimaafkan bagi kamu.” (Hadis riwayat Tarmidzi, Ibnu Majah, dan al-Hakim)
  • 7. 1. Adakah Islam melarang transaksi unit amanah?  Unit Amanah:  merupakan suatu alat pelaburan kolektif dengan mengumpulkan modal para pelabur ke dalam satu dana untuk diuruskan oleh pengurus dana profesional.  Dana akan dilaburkan dalam pelbagai portfolio ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan oleh surat ikatan dan Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti ke atas Unit Amanah.  Unit Amanah Islam ialah dana pelaburan kolektif yang menawarkan kepada pelabur peluang untuk melabur dalam pelbagai portfolio sekuriti patuh shariah serta diuruskan oleh pengurus dana profesional menurut prinsip shariah.
  • 8. 2. Unit amanah, bagaimana untuk menentukan sama ada ia adalah produk yang berlandaskan shariah atau tidak?  Ciri-ciri utama Unit Amanah Islam ialah pematuhannya kepada undang-undang shariah  Dana-dana Islam mesti:  mematuhi aktiviti ekonomi yang patuh shariah  melabur hanya dalam sekuriti syarikat-syarikat yang memenuhi kehendak shariah  melabur dalam sekuriti Islam dan institusi kewangan Islam dan bukan dalam bank konvensional yang menawarkan produk dengan kadar faedah  menghindari daripada membuat pelaburan dalam syarikat-syarikat yang terlibat dalam produk-produk yang dilarang oleh undang- undang Islam seperti arak, tembakau, daging khinzir, perjudian dan pornografi
  • 9. 2. Unit amanah, bagaimana untuk menentukan sama ada ia adalah produk yang berlandaskan shariah atau tidak?  Setelah menyingkirkan syarikat-syarikat dengan aktiviti perniagaan utama yang tidak mematuhi keperluan shariah, penyaring kuantitatif, dalam bentuk nisbah kewangan, digunakan untuk memastikan syarikat patuh shariah menjanakan pendapatannya dengan sumber kewangan yang mencukupi dan tanpa hutang yang berlebihan.  Selain itu, dana Islam hanya boleh bergiat dalam penggunaan instrumen kewangan Islam sahaja  Tunai yang dipegang oleh sesuatu dana hanya boleh dilaburkan dalam produk pelaburan jangka pendek patuh shariah, misalnya instrumen pasaran wang.
  • 10. 3. Siapakah Jawatankuasa/Majlis Penasihat Shariah & apakah tanggungjawab mereka?  Ulama islam dan pakar kewangan islam;  Pakar-pakar daripada pelbagai bidang seperti shariah, perundangan, ekonomi dan akademik.  Pegawai yang mempunyai kepakaran dalam bidang fiqh muamalat serta mereka yang memahami tentang selok-belok pasaran modal dari sudut produk dan praktisnya
  • 11. 3. Siapakah Jawatankuasa/Majlis Penasihat Shariah & apakah tanggungjawab mereka?  Memastikan perjalanan pasaran modal Islam selaras dengan prinsip shariah  Penasihat kepada Suruhanjaya dalam semua perkara berhubung pembangunan pemasaran modal Islam yang komprehensif  Pusat rujukan dalam semua isu pasaran modal Islam  Perenggan 6.11 di dalam Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti ke atas Unit Amanah  Untuk memberi nasihat mengenai semua aspek unit amanah dan pengurusan dana selaras dengan prinsip- prinsip Syariah  Memberi khidmat kepakaran dan bimbingan Syariah dalam semua perkara  Memastikan bahawa dana diuruskan dan dikendalikan mengikut prinsip-prinsip Syariah  Mengkaji semula laporan kepatuhan dana dan laporan transaksi pelaburan untuk memastikan bahawa pelaburan dana adalah selaras dengan prinsip-prinsip Syariah  Menyediakan laporan untuk dimasukkan ke dalam laporan tahunan dan dana yang menyatakan pendapatnya sama ada dana itu telah dikendalikan dan diuruskan selaras dengan prinsip-prinsip Syariah bagi tempoh kewangan berkenaan.
  • 12. 4. Sejauh mana konsep daruriyah dalam ekonomi akan menyumbang kepada keputusan Jawatankuasa/Majlis Penasihat Shariah? Prinsip al-Dharuriyat al-Khamsah  Merujuk kepada masalih dharuriah Syarak telah menyenaraikan hifz al mal sebagai salah satu masalih dharuriah yang mesti diambil perhatian secara serius.  Soal keutuhan dan kekukuhan ekonomi umat merupakan salah satu faktor penting atau “survival” kepada penerusan dan kemajuan umat Islam.  Dalam masa yang sama perlu diawasi usaha-usaha tahrib mal al muslimin oleh mereka yang iri hati terhadap kekukuhan ekonomi umat Islam.  Kepentingan memelihara ekonomi adalah suatu perkara yang amat dituntut oleh Syariah kerana kekuatan umat mempunyai kaitan yang kuat dengan kestabilan dan kekuatan kuasa ekonomi sesebuah umat.
  • 13. 4. Sejauh mana konsep daruriyah dalam ekonomi akan menyumbang kepada keputusan Jawatankuasa/Majlis Penasihat Shariah?  Oleh yang demikian, fukaha berpandangan sekiranya umat Islam menjadi miskin dan lemah maka tuntutan perkara dharuriyat lain mungkin akan terjejas atau tergadai lantaran kelemahan orang-orang Islam menguasai kedaulatan ekonomi mereka sendiri.  Syarikat besar yang aktiviti utamanya adalah halal tidak sepatutnya ditinggalkan oleh umat Islam hanya kerana terdapat beberapa kegiatan yang tidak bertepatan dengan kehendak shariah.  Jika umat Islam terlibat sama dalam aktiviti ini sudah tentu mereka dapat menggembleng modal mereka pada aktiviti halal yang merupakan aktiviti lebih besar berbanding dengan aktiviti haram.  Di samping itu, ia dapat memberi manfaat kepada penyertaan umat dalam ekonomi khususnya dalam syarikat-syarikat penting dan strategik.
  • 14. S & J
  • 15. 1. Selain daripada ASN dan ASB, apakah Unit Amanah lain yang diperkenalkan oleh PNB yang merupakan Unit Amanah patuh shariah?  Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya.  Kesemua Unit Amanah berikut adalah patuh shariah:  Amanah Saham Gemilang  Amanah Saham Pendidikan  Amanah Saham Kesihatan  Amanah Saham Persaraan  Amanah Saham Wawasan 2020  Amanah Saham Didik  Amanah Saham 1 Malaysia
  • 16. 2. Sekiranya anda diberi peluang untuk membincangkan isu ini kepada PNB, apakah usul/cadangan anda untuk membersihkan ASB supaya ia patuh shariah?  Melantik MPS khas untuk ASB, tindakan selanjutnya boleh dan akan dibincangkan oleh MPS ini kelak.  Menghentikan pelaburan yang telah dibuat dan menamatkannya walaupun sebelum tempoh matang dengan menanggung sedikit kerugian demi untuk HIJRAH yang besar.  Menghadkan penggunaan wang yang dilaburkan awam kepada kaunter tempatan dan antarabangsa yang disahkan patuh shariah.  Asingkan dana kepada pelaburan terbuka dan pelaburan patuh shariah. Walaupun berbeza pulangan, pelabur masih boleh memilih.  ASB mengkhususkan pelaburan terhadap operasi Maybank Islamic sahaja berbanding Maybank secara umumnya.  Mendapatkan jaminan terhadap modal dari pihak ketiga dan bukannya kerajaan.  PNB boleh mengekalkan ekuiti dalam Maybank dan lain-lain, tetapi jangan jadikan ia dari modal dana ASB. Gunakan dana kerajaan yang lain dan untungnya boleh terus dimanfaatkan kerajaan sepenuhnya untuk kebaikan awam seperti tebus balik modal yang digunakan.
  • 17. 3. Bagaimana PNB menguruskan risiko sekiranya pelabur-pelabur menjual unit saham mereka setelah mengetahui bahawa ASB adalah tidak patuh shariah?  Pelabur tidak perlu bertindak begitu drastik. Bagi yang belum melabur dan berminat dalam pelaburan unit amanah, haruslah mencari dana amanah yang ada penasihat shariah terlebih dahulu sebelum melabur.  Jaminan wang modal pelaburan tidak lupus: Dalam konsep pelaburan Islam yang menggunakan Musyarakah dan Mudarabah, seharusnya tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin sesuai dengan kaedah fiqh: (Keuntungan mestilah dengan risiko). Justeru sebarang pelaburan dengan jaminan adalah bertentangan dengan kaedah fiqh tersebut.  Tetapi Islam menghalalkan jaminan modal yang datang dari pihak ketiga dan bukannya oleh pengurus dana pelaburan.  Dalam hal ini, PNB mempunyai penjamin (guarantor) iaitu kerajaan, kerajaan akan tanggung risiko yang dihadapai oleh PNB.  Jika PNB ingin mengurangkan risiko, mereka perlu memastikan pelaburan mereka patuh shariah dan diiktiraf oleh SC supaya pelabur tidak menjual unit saham mereka di ASB.  Secara alternatifnya, PNB perlu mempertimbangkan cadangan/usul untuk membersihkan dana unit amanah.
  • 18. 4. Apakah kaedah maqasid shariah yang digunakan MPS SC dalam menentukan Unit Amanah patuh shariah?  MPS mempertimbangkan beberapa ukur rujuk sebagai asas yang boleh dianggap sebagai ihtiyat (berhati-hati dalam mengklasifikasikan syarikat bercampur bawah kategori syarikat yang diharuskan) “menghukum perkara bercampur halal dan haram sebagai haram ialah suatu ihtiyat, bukan semestinya perkara tersebut haram.” (al-Asybah wa al-Naza’ir). MPS juga mengambil kira unsur tambahan lain seperti maslahah, `umum balwa, `urf khas min asalib iqtisodiyah, fasad al-zaman dan huquq ghair muslimin.  Aktiviti utama syarikat mestilah bukan aktiviti yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Syariah, pandangan masyarakat umum tentang imej syarikat berkenaan mestilah baik, aktiviti utama syarikat mempunyai kepentingan dan maslahah kepada umat Islam dan negara manakala unsur haram yang amat kecil melibatkan perkara `umum balwa, `urf dan hak masyarakat bukan Islam yang diperakui oleh Islam.  Prinsip `Umum Balwa, prinsip al-Dharuriyat al-Khamsah dan perubahan Hukum Kerana Perubahan Tabii Manusia.  Jawapan Terhadap Pandangan yang Mempertikaikan Keharusan: Kelemahan kaedah, wujudnya kaedah berlawanan dan Maslahah.  Ukur rujuk: 50-50 (emas dan sutera), 1/3 (harta sedekah) dan Ghabn Fahisy (jika keuntungan melampaui harga pasaran ini bersifat kecil maka ia dimaafkan).  Imej: maslahah rajihah (kebaikan yang jelas), sadd zari`ah, faktor antara maslahah dengan sadd zari`ah dan prinsip al-Ta`arudh Bayna al-Masalih Wa al-Mafasid (Pertembungan Antara Kebaikan Dengan Keburukan).
  • 19. TERIMA KASIH 

×