Your SlideShare is downloading. ×
SISTEM FARAID

Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan,
memastikan, men...
(a) Asabah Binafsih

       Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk
      ...
(b) Hijab Hirman

         Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli
     ...
5. Nenek sebelah bapa
6. Saudara perempuan seibu sebapa
7. Saudara perempuan seibu
8. Saudara perempuan sebapa
9. Isteri
1...
Bahagian
                               Anak Perempuan Simati
    Diperolehi
       1/2           Hanya seorang sahaja DAN...
Bahagian Diperolehi Datuk kepada simati
        Sama seperti bapa      Hanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa




  ...
GAMBARAJAH HIRARKI WARIS YANG LAYAK

Carta Waris ini adalah berdasarkan 25 waris yang layak di faraidkan.
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Hukum Faraid

21,568

Published on

Published in: Education
2 Comments
7 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
21,568
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
682
Comments
2
Likes
7
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Hukum Faraid"

  1. 1. SISTEM FARAID Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan di bahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah: 1. Tanah 2. Bangunan (rumah). 3. Barang kemas (emas, perak dll). 4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak). 5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll. CARA PENGAMBILAN HARTA PUSAKA Jalan untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapakah yang Mahjud, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah. 1. Ashabul-Furud Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu. 2. Asabah Merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan (1) mendapat bahagian golongan asabah. Terdapat 3 jenis asabah iaitu: (a) Asabah Binafsih (b) Asabah Bil Ghoir (c) Asabah Maal Ghoir.
  2. 2. (a) Asabah Binafsih Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa. (b) Asabah Bil Ghoir Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan. (c) Asabah Maal Ghoir Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan). 3. Dhawil-Arham Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati. Terdapat 4 golongan Dhawil-Arham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit (anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 2 jenis iaitu: Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman. (a) Hijab Nuqshon Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian Ashabul- Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang bersama- samanya. Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.
  3. 3. (b) Hijab Hirman Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa. SENARAI AHLI-AHLI WARIS YANG LAYAK MENERIMA HARTA PUSAKA Terdapat 15 ahli waris dari pihak lelaki dan 10 ahli waris dari dari pihak perempuan yang utama dan layak menerima harta pusaka. Waris dari pihak lelaki seperti berikut: 1. Anak lelaki 2. Cucu lelaki dari anak lelaki 3. Bapa 4. Datuk 5. Saudara lelaki seibu sebapa 6. Saudara lelaki sebapa 7. Saudara lelaki seibu 8. Anak saudara lelaki dari seibu sebapa 9. Anak saudara lelaki dari seibu atau sebapa 10. Bapa saudara seibu sebapa 11. Bapa saudara sebapa 12. Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa 13. Sepupu dari bapa saudara sebapa 14. Suami 15. Hamba sahaya Jika kesemua waris lelaki di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu: 1. Bapa 2. Anak lelaki 3. Suami Ahli-ahli waris perempuan yang layak menerima harta pusaka iaitu: 1. Anak perempuan 2. Cucu perempuan dari anak lelaki 3. Ibu 4. Nenek sebelah ibu
  4. 4. 5. Nenek sebelah bapa 6. Saudara perempuan seibu sebapa 7. Saudara perempuan seibu 8. Saudara perempuan sebapa 9. Isteri 10. Petuan perempuan bagi hamba sahaya Jika kesemua ahli waris diatas wujud, hanya 5 orang yang layak: 1. Anak perempuan 2. Cucu perempuan dari anak lelaki 3. Ibu 4. Saudara perempuan seibu sebapa 5. Isteri Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli waris berikut: 1. Bapa 2. Ibu 3. Anak Lelaki 4. Anak Perempuan 5. Suami/Isteri KADAR DAN SYARAT BAGI SETIAP AHLI WARIS Berikut adalah bahagian yang diperolehi oleh ahli waris mengikut syarak.. Bahagian Diperolehi Suami kepada simati Tidak mempunyai anak ATAU 1/2 Tidak mempunyai cucu dari anak lelaki Mempunyai anak ATAU 1/4 Mempunyai cucu dari anak lelaki Bahagian diperolehi Isteri kepada simati Tiada anak ATAU 1/4 Tiada cucu dari anak lelaki Mempunyai anak ATAU 1/8 Mempunyai cucu dari anak lelaki
  5. 5. Bahagian Anak Perempuan Simati Diperolehi 1/2 Hanya seorang sahaja DAN tidak ada anak lelaki 2 orang anak perempuan atau lebih DAN tiada 2/3 anak lelaki ASABAH BI- Mempunyai anak lelaki - mendapat separuh dari GHAIRIH bahagian anak lelaki Bahagian Cucu Perempuan Anak Lelaki Simati Diperolehi 1/2 Mempunyai seorang sahaja DAN tiada anak 2/3 Mempunyai 2 orang atau lebih DAN tiada anak Mempunyai seorang atau lebih jika bersama-sama 1/6 dengan seorang anak perempuan Mempunyai cucu lelaki - mendapat separuh dari bahagian cucu lelaki daripada anak lelaki. ASABAH BI- Terhalang disebabkan mempunyai anak lelaki GHAIRIH ATAU 2 anak perempuan atau lebih Bahagian Bapa Simati Diperolehi Mempunyai anak lelaki ATAU cucu lelaki dari 1/6 anak lelaki Mempunyai anak perempuan ATAU cucu 1/6 dan Asabah perempuan dari anak lelaki ASABAH Tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki Bahagian Ibu Kepada Simati Diperolehi Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU 1/6 mempunyai dua saudara kandung ATAU saudara sebapa Tidak mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki 1/3 ATAU tiada dua saudara kandung ATAU saudara sebapa 1/3 dari baki Mempunyai bapa serta suami ATAU isteri
  6. 6. Bahagian Diperolehi Datuk kepada simati Sama seperti bapa Hanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa Bahagian Saudara Perempuan Seibu Sebapa kepada simati Diperolehi Tiada anak, cucu, bapa DAN tiada waris yang 1/2 menjadikannya Asabah Dua orang atau lebih, tiada anak, cucu, bapa DAN ahli 2/3 yang menjadikannya Asabah ASABAH Mempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk. disebabkan adanya bapa, ATAU anak lelaki ATAU cucu Terhalang oleh lelaki dari anak lelaki Bahagian Saudara Perempuan Sebapa Diperolehi Hanya seorang, tiada anak, cucu,saudara kandung, 1/2 bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki, saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang 2/3 menjadikannya Asabah Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan 1/6 seibu sebapa Asabah disebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk 1. Bapa 2. Dua orang atau lebih saudara perempuan kandung Terhalang Oleh 3. Seorang saudara perempuan kandung dan mempunyai anak perempuan dan cucu perempuan 4. Saudara lelaki kandung Bahagian Saudara Seibu (Lelaki/Perempuan) Diperolehi Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak 1/6 lelaki Dua atau lebih, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak 1/3 lelaki Terhalang oleh Disebabkan adanya bapa, datuk, anak dan cucu dari anak lelaki
  7. 7. GAMBARAJAH HIRARKI WARIS YANG LAYAK Carta Waris ini adalah berdasarkan 25 waris yang layak di faraidkan.

×