Asas Komunikasi
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Asas Komunikasi

on

  • 41,941 views

 

Statistics

Views

Total Views
41,941
Views on SlideShare
41,703
Embed Views
238

Actions

Likes
18
Downloads
1,371
Comments
3

7 Embeds 238

http://memahamikomunikasi.blogspot.com 187
http://kumpulang8.blogspot.com 24
http://www.slideshare.net 21
http://btienam.blogspot.com 3
http://translate.googleusercontent.com 1
http://webcache.googleusercontent.com 1
http://memahamikomunikasi.blogspot.co.uk 1
More...

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Asas Komunikasi Presentation Transcript

  • 1.
    • KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
    • Tajuk 1 :
    • ASAS KOMUNIKASI
  • 2. OBJEKTIF
    • Selepas mempelajari topik ini, pelajar dapat:
    • 1. Menghuraikan definisi komunikasi
    • 2. Menerangkan elemen dan proses
    • komunikasi
    • 3. Mengenal pasti bidang-bidang komunikasi
    • 4. Membezakan komunikasi lisan dan bukan lisan
  • 3. DEFINISI KOMUNIKASI
    • James A.F. Stoner & Charles Wankel (1989) komunikasi ialah satu cara manusia berhubung yang melibatkan pengertian atau maksud yang dikongsi, dengan syarat mereka perlu bersetuju dengan definisi istilah-istilah yang digunakan berdasarkan sesuatu yang simbolik seperti isyarat, huruf, nombor, dan perkataan yang melambangkan atau menyerupai idea-idea yang dapat menyampaikan maksud .
  • 4. DEFINISI KOMUNIKASI
    • S.Bernard Rosenblatt dalam bukunya Communication in Business (l983) mendefinisikan komunikasi sebagai pertukaran idea, pendapat, maklumat, perhubungan dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara peribadi atau tidak peribadi melalui simbol atau isyarat yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi.
  • 5. DEFINISI KOMUNIKASI
    • Emery, Ault dan Agee (dlm. Sulaiman Masri, 1997) komunikasi ialah seni memindahkan maklumat, idea, dan sikap daripada seseorang kepada seseorang.
    • Sulaiman Masri (l997) merumuskan bahawa , komunikasi bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur, penulis) dipindahkan menerusi alat atau saluran tertentu kepada penerima (pembaca, pendengar) yang kemudiannya memberikan maklum balas (mengekod dan mentafsir) mesej tersebut.
  • 6. RUMUSAN DEFINISI KOMUNIKASI
    • Proses pertukaran idea dan maklumat antara dua individu atau lebih, dengan maksud untuk berkongsi maklumat dan pengalaman bagi mencari persamaan. Pertukaran idea ini boleh berlaku secara lisan atau tulisan ataupun dengan menggunakan pelbagai deria yang ada pada manusia.
  • 7. BIDANG-BIDANG KOMUNIKASI INTRAPERSONAL (DIRI) INTERPERSONAL (ANTARA INDIVIDU) KUMPULAN KECIL AWAM KOMUNIKASI MASSA
  • 8. KOMUNIKASI INTRAPERSONAL
    • berlaku di dalam diri seseorang.
    • Seseorang yang sedang berfikir tentang sesuatu perkara sebenarnya ia sedang dalam proses berkomunikasi dengan dirinya.
    • bermonolog dengan diri untuk membuat pilihan, keputusan, memberikan sebab dan akibat.
  • 9. KOMUNIKASI INTERPERSONAL
    • Komunikasi antara individu.
    • Proses komunikasi yang melibatkan dua orang atau lebih.
    • Bersifat terus iaitu bersemuka tanpa menggunakan sebarang perantaraan atau saluran tertentu
    • Juga berlaku dalam keadaan yang tidak formal dan bersahaja.
  • 10. KOMUNIKASI KUMPULAN
    • Berperanan membuat keputusan dan dipatuhi oleh semua ahli.
    • Berlaku dalam bentuk formal dan tidak formal.
    • Contoh : mesyuarat.
  • 11. PENGUCAPAN AWAM
    • Berucap di khalayak ramai
    • Seorang kepada ramai orang
  • 12. Komunikasi Massa
    • berlaku untuk sebaran umum
    • menggunakan alat-alat media massa seperti akhbar, majalah, radio, televisyen, buku dan risalah.
    • Berbentuk sehala dan jika berlaku tindakbalas ia mengambil masa dan tidak sepantas interpersonal.
  • 13. PROSES DAN ELEMEN KOMUNIKASI
  • 14. PROSES KOMUNIKASI
    • mesej dan tindak balas sentiasa berlaku secara silih berganti
    • Halangan :
    • gangguan yang berlaku pada situasi tersebut seperti bunyi bising, kesibukan, kurang pendengaran,dan sebagainya .
    Proses Komunikasi Secara Mudah
  • 15. ELEMEN-ELEMEN KOMUNIKASI
    • Penyampai
    • - Individu yang menunjukkan perlakuan berkomunikasi.
    • - perlakuan lisan dan bukan lisan
    • Penerima
    • - Individu yang memahami maksud yang disampaikan
    • oleh penyampai maklumat
    • Maklumat / mesej
    • - maksud/ fakta / niat yang difahami oleh penerima
    • maklumat
    • Maklum balas
    • - Perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima mesaj sebagai tindak
    • balas kepada mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej
  • 16. sambung……
    • Saluran
    • - Media penyampai maklumat dan pemberi mesej
    • kepada penerima mesej
    • - saluran paling asas:melalui pendengaran dan penglihatan
    • - saluran-saluran tambahan : media elektronik, lukisan di kanvas
    • atau bahan cetakan dan sebagainya
    • Konteks
    • Keadaan (situasi)penyampai mesej daripada pemberi ,mesej kepada penerima mesej (contoh: masa, persekitaran fizikal, jumlah peserta dan sebagainya )
  • 17. KOMUNIKASI LISAN DAN BUKAN LISAN
    • Komunikasi lisan berlaku apabila terdapat dua atau tiga komunikator duduk secara bersemuka atau dalam peristiwa bahasa seperti perbualan dalam telefon, atau tele-sidang.
  • 18.
    • Komunikasi lisan:
    • ~ maksudnya boleh dinyatakan dengan suara dan penggunaan perkataan
    • ~ dapat menentukan bila bermula dan berakhir
    • Komunikasi bukan lisan:
      • ~ berlaku tanpa menggunakan sebarang perkataan
    • ~ kandungan boleh menunjukkan maksud yang tersirat
    • ~ sukar untuk dipastikan bila berakhir kerana mungkin tersembunyi.
  • 19.
    • Lazimnya mesej komunikasi sama ada lisan atau bukan lisan akan timbul serentak. Contoh:
    • “ Masuklah…!!! (dengan wajah wajah manis
    • dan suara yang lembut)
    • lisan bukan lisan
    • (boleh bermaksud menerima kedatangan dengan senang hati)
  • 20. KOMUNIKASI BUKAN LISAN – PERGERAKAN BADAN
  • 21. KOMUNIKASI BUKAN LISAN – PERGERAKAN MUKA
  • 22. KOMUNIKASI BUKAN LISAN – PERGERAKAN MATA Terkejut Risau mencurigai marah
  • 23. KESIMPULAN
    • Komunikasi penting dalam kehidupan seharian manusia untuk berhubung dan melaksanakan sesuatu tugas.
    • Komunikasi yang berkesan dapat mengekalkan persahabatan dan perhubungan yang baik .
  • 24.
    • Yang kurik itu kundi
    • Yang merah itu saga
    • Yang molek itu budi
    • Yang indah itu bahasa