Pendahuluan Atur Cara Fikiran


Berikut merupakan buah fikiran saya berkaitan pemikiran. Mungkin tak begitu kemas
disusun....
Atur Cara Fikiran


1. Saya dah lama berusaha mendalami makna dan cara berfikir yang sepatutnya.
   Berfikir merupakan sat...
menerangkan tentang “tidak boleh””.
6. Sekarang, mungkin akan ada pula yang akan bertanya, “Daripada manakah
   kamu menyi...
kekuatan umat Islam. Malah, Amalan Saintifik Islam-Abbasiyah juga tidak
sekali-kali mendapat tentangan daripada Islam kera...
dengan sekadar beriman?”. Saya fikir penjelasan kepada kedua-dua
  persoalan ini tidak perlu saya sentuh lagi kerana perbi...
sebenarnya merupakan kefahaman saya terhadap kisah kewujudan Adam A.S.
yang ditakdirkan untuk menjadi khalifah di dunia in...
sinergi spiritual intelektual. Cara ini juga boleh difahami tatkala Rasulullah
  S.A.W. menegur (dengan hikmah) seorang pe...
pelbagai segi; pemikirannya, akhlaqnya, aqidahnya, keseniaannya,
  kebudayaannya dan lain-lain. Oleh itu, “kekuatan” yang ...
dan teliti supaya kita sendiri tidak mudah terjebak dalam usaha reformasi
  pemikiran ini. Zaman penuh fitnah ini juga sep...
mempersiapkan generasi muda pada setiap masa untuk meneruskan
  perjuangan ini. Oleh itu, reformasi terhadap bidang pendid...
mungkin lambat memahami dalam sesebuah kumpulan kecil ini. Mereka semua
      sebenarnya saling melengkapi dan memahamkan ...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Atur Cara Fikiran

1,806 views
1,703 views

Published on

Published in: Education, Technology, Business
1 Comment
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,806
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
8
Actions
Shares
0
Downloads
52
Comments
1
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Atur Cara Fikiran

  1. 1. Pendahuluan Atur Cara Fikiran Berikut merupakan buah fikiran saya berkaitan pemikiran. Mungkin tak begitu kemas disusun. Tetapi insya-Allah, boleh difahami dengan baik. Saya menulis buah fikiran ini dalam keadaan saya tidak mempunyai sumber rujukan yang benar-benar cukup. Mungkin ada bahagian-bahagian yang perlu di-quote pada pandangan sesetengah pihak supaya lebih akademik tetapi tidak saya quote. Saya sebenarnya bersemangat untuk menulis setelah ditanya oleh kawan-kawan saya tentang cara kita sepatutnya berfikir dan setelah mengenal serba sedikit tentang Prof. Naquib al-Attas. Malah saya sendiri gemar berfikir dan sering kali memikirkan cara atau pun kaedah yang terbaik untuk berfikir. Sejujurnya, saya tidak pernah mendalami sepenuhnya pemikiran Naquib al-Attas pun. Saya cuma dapat baca beberapa artikel di internet berkaitan beliau dan pemikirannya. Saya cukup tertarik dengan gagasan “Islamization of Knowledge” beliau dan juga beberapa tajuk hasil kerja beliau yang lain seperti “Islam and Secularism”. Sejujurnya, saya tak pernah baca buku-buku tersebut. Namun, tajuknya sahaja bagaikan sudah membuka ruang bawah sedar saya untuk jauh meneroka dan memahami. Tatkala menulis, saya cuma terus menulis dan menulis apa-apa yang terfikirkan oleh saya pada waktu tersebut. Saya juga ada merujuk tafsiran al-Quran berbahasa Melayu dalam menulis. Selain itu, saya cuba menulis dengan menggunakan kaedah Socrates yang saya pelajari di kuliah pendidikan dan juga teknik Metakognitif iaitu “berfikir mengenai pemikiran sendiri”. Oleh yang demikian, tidak mustahil sekiranya mereka yang membaca atau pun mendengar perbincangan ini akan mendapati perbincangan berikut seolah-olah satu dialog antara saya dan orang lain. Teknik penomboran dan pemerian “saya” dalam tulisan ini pula merupakan percubaan saya untuk mencontohi kaedah al-Quran dalam berkomunikasi dengan pembacanya. Secara keseluruhannya, rangkaian kata-kata berikut, pada pandangan saya, sudah dapat memberikan gambaran ringkas kepada perbincangan berikut. “Saintifik” yang saya fahami bukan semata-mata merupakan hasil pemerhatian yang boleh melibatkan ukur nilai empirik, tetapi lebih merupakan cara berfikir yang teratur dan lengkap dengan hujah (yang diyakini) dalam mencapai kebenaran serta cara menilai baik-buruk. Mudah-mudahan usaha sederhana ini ada manfaatnya. Insya-Allah.
  2. 2. Atur Cara Fikiran 1. Saya dah lama berusaha mendalami makna dan cara berfikir yang sepatutnya. Berfikir merupakan satu proses yang menyeronokkan, apabila dilakukan oleh orang yang suka berfikir. Malah, berfikir itu merupakan satu ibadah apabila selari dengan cara fikir kita sebagai orang Islam (Islam yang bukannya cuma pada nama, tetapi juga pada keseluruhan domain yang membina diri kita, termasuklah fikiran). 2. Oleh itu, berfikir mestilah dilakukan menurut kesesuaian dan keadaannya. Ringkasnya, sungguh mustahil untuk menggunakan satu kaedah berfikir sahaja untuk menyelesaikan semua perkara. Ini terlalu idealistik, dan tak mustahil juga akan menimbulkan lebih banyak permasalahan serta seolah-olah memaksakan satu kaedah berfikir sahaja untuk semua perkara. 3. Oleh itu, kita mestilah mengetahui kaedah berfikir yang benar. Supaya kita faham dan tahu akan “hal-hal yang boleh kita fikirkan” dan juga hal-hal yang saya rujuk sebagai “hal-hal yang tidak perlu difikirkan”. 4. Mungkin akan ada yang bertanya, “Kamu telah mengelaskan dua jenis pemikiran. Pertama, “hal-hal yang boleh difikirkan” dan kedua, “hal-hal yang tidak perlu difikirkan”. Mengapa kamu tidak menggunakan istilah “hal- hal yang tidak boleh difikirkan” sebagai lawan kepada “hal-hal yang boleh difikirkan”? 5. Bagi soalan tersebut, saya akan menjawab begini, “Saya tidak sekali-kali bermaksud menambahkan kekeliruan bagi mereka yang membaca atau pun mendengar buah fikiran saya. Harap maklum bahawa istilah ini merupakan istilah yang saya kenalkan dan fikirkan menurut pemikiran dan pemahaman saya. Bagi saya, terpulanglah kepada para pembaca atau pun pendengar sama ada ingin menggunakan istilah yang sama atau pun tidak. Yang penting, maksud dan tujuan utama pengelasan pemikiran ini lah yang perlu diberikan perhatian dalam kita sama-sama membina kaedah berfikir yang benar. Saya menggunakan istilah “hal-hal yang tidak perlu difikirkan” dan bukannya “hal-hal yang tidak boleh difikirkan” kerana beberapa sebab. Sebelum itu, mari kita lihat perkataan-perkataan yang saling membezakan antara “hal-hal yang tidak perlu difikirkan” dengan “hal-hal yang tidak boleh difikirkan” bagi memudahkan perbincangan. Perbezaan perkataan-perkataan tersebut akan ditandai dengan warna merah; “hal-hal yang tidak perlu difikirkan” dengan “hal-hal yang tidak boleh difikirkan”. Sekarang, perbincangan kita tertumpu kepada “tidak perlu” dan “tidak boleh”. Sebenarnya, saya menggunakan “tidak perlu” kerana dua faktor. Pertama, untuk memberikan penegasan bahawa “hal-hal yang tidak perlu difikirkan” itu cuma akan membuang masa kerana kita sememangnya tidak dilengkapi dengan kapasiti yang berkaitan bagi membolehkan kita untuk memikirkannya. Inilah juga yang saya rujuk sebagai batasan (limitation) dalam keupayaan berfikir kita. Kedua, penjelasan pertama tentang penggunaan “tidak perlu” itu sendiri sudah
  3. 3. menerangkan tentang “tidak boleh””. 6. Sekarang, mungkin akan ada pula yang akan bertanya, “Daripada manakah kamu menyimpulkan dua jenis pemikiran iaitu “hal-hal yang boleh difikirkan” dan “hal-hal yang tidak perlu difikirkan”? 7. Bagi soalan tersebut, saya akan menjawab, “Seperti mana yang saudara saudari sedia maklum, perbincangan kita pada hari ini berkaitan kaedah berfikir yang benar. Sebuah kaedah yang boleh diterima pakai oleh siapa- siapa pun terutamanya mereka yang beragama Islam kerana sejak awal lagi, kaedah berfikir yang saya usulkan telah saya fokuskan untuk orang Islam. Oleh itu, saya menyimpulkan terdapatnya dua jenis pemikiran seperti di atas berdasarkan sumber rujukan utama orang Islam sendiri iaitu al-Quran yang penuh hikmah (Surah Yassin, ayat 2). Seperti mana yang saya fahami, terdapat dua jenis ayat yang terkandung dalam al-Quran iaitu ayat Muhkamat dan ayat Mutasyabihat. Saya memahami ayat Muhkamat sebagai ayat-ayat al- Quran yang menerangkan prinsip-prinsip asal dalam agama Islam seperti konsep ketauhidan. Ayat Muhkamat ini juga difahami sebagai dalil Qat’i (tetap, pasti) dalam beramal dan berhujah. Ayat-ayat Muhkamat merupakan ayat yang tidak boleh ditafsirkan atau pun disesuaikan menurut perubahan masa, keadaan dan tempat. Malah, inilah kekuatan agama Islam di mana prinsip-prinsip tunjangnya telah pun dijelaskan dan tidak akan sekali-kali dapat dirungkai justeru memelihara kesucian agama Islam sendiri. Ayat Mustasyabihat pula saya fahami sebagai ayat-ayat al-Quran yang boleh ditafsirkan menurut perubahan masa, keadaan dan tempat. Ayat Mutasyabihat ini juga difahami sebagai dalil Zanni dalam berhujah dan beramal. Ini juga merupakan kekuatan dan keistimewaan agama Islam yang membolehkan dan menjadikan Islam itu sentiasa relevan sepanjang zaman- kekuatan dinamika Islam”. 8. Sekarang ini, mungkin akan ada pula yang akan bertanya, “Bagaimana mungkin saudara menggunakan prinsip-prinsip agama dalam berusaha memberikan penjelasan saintifik kepada pemikiran?” 9. Bagi soalan tersebut, saya akan menjawab, “Pertama, saya akan memberikan pemerian saya tentang istilah “saintifik”. “Saintifik” yang saya fahami bukan semata-mata merupakan hasil pemerhatian yang boleh melibatkan ukur nilai empirik, tetapi lebih merupakan cara berfikir yang teratur dan lengkap dengan hujah (yang diyakini) dalam mencapai kebenaran serta cara menilai buruk-baik. Sekarang, perlu juga saya bincangkan dengan ringkas sifat (nature) Sains dan Saintifik yang difahami dan diguna pakai sehingga hari ini dalam Amalan Saintifik di Barat dengan sifat (nature) Sains dan Saintifik yang difahami dan diguna pakai ketika zaman keagungan Islam (the Golden Age of Islam)- ketika pemerintahan Abbasiyah. Amalan Saintifik Barat dibangun ketika ia sendiri mendapat tentangan daripada pihak gereja sedangkan Amalan Saintifik Islam-Abbasiyah dibangun atas dasar pencarian untuk mengukuhkan iman (faith) dan juga mengukuhkan
  4. 4. kekuatan umat Islam. Malah, Amalan Saintifik Islam-Abbasiyah juga tidak sekali-kali mendapat tentangan daripada Islam kerana ia telah diharmonikan dengan prinsip-prinsip Islam. Dalam modul ISK (Ini Sejarah Kita), pengharmonian ini dirujuk sebagai sebuah usaha penapisan daripada ilmu- ilmu Rom, Greek, Mesir, Parsi dan India. Pada pandangan saya, penjelasan yang lebih jelas berkaitan pengharmonian ilmu ini boleh dirujuk pada gagasan “the Islamization of Knowledge” oleh Professor Naquib al-Attas yang turut mengingatkan bahawa para ilmuwan dan sarjana Islam hari ini mempunyai tanggungjawab besar dalam membina kembali (rekonstruksi) Tamadun Islam seperti mana yang pernah wujud- (malah lebih baik lagi daripada) Tamadun Islam-Abbasiyah. Pengharmonian ini juga sebenarnya telah membentuk disiplin ilmu yang kukuh dan mapan buat rujukan para sarjana dan ilmuwan Islam. Dan dengan sendirinya, pemahaman yang mengatur cara fikir Muslim tentang istilah “saintifik” itu juga berbeza dengan pemahaman sarjana dan ilmuwan Barat, kesan daripada pengaruh agama dan sejarah masing-masing. Jika “saintifik”, mengikut kefahaman dan Amalan Saintifik Barat biasanya cuma didasarkan kepada bukti-bukti empirik yang boleh diukur, kefahaman dan Amalan Saintifik Islam-Abbasiyah juga mengiktiraf bukti-bukti empirik yang boleh diukur tetapi bukti-bukti empirik sahaja tidak melambangkan Amalan Saintifik Islam-Abbasiyah secara menyeluruh. Hal ini sebenarnya kembali kepada dua istilah yang telah saya bincangkan sebelum ini iaitu “hal-hal yang boleh difikirkan” dan juga “hal- hal yang tidak perlu difikirkan”. Hal ini kerana prinsip Amalan Saintifik Islam-Abbasiyah adalah selari dengan prinsip-prinsip Islam yang boleh dirujuk pada al-Quran. Tujuan Amalan Saintifik Islam-Abbasiyah ini pula, seperti mana yang telah saya catatkan sebelum ini; atas dasar pencarian untuk mengukuhkan iman (faith) dan juga mengukuhkan kekuatan umat Islam. Kedua-dua tujuan ini juga sememangnya merupakan dua lagi tuntutan yang terdapat dalam al-Quran sendiri. Tujuan yang pertama iaitu atas dasar pencarian untuk mengukuhkan iman (faith) merupakan satu tajribah keilmuan yang boleh dipelajari daripada pengalaman spiritual dan intelektual yang pernah dilalui sendiri oleh nabi Ibrahim A.S. tatkala beliau memerhatikan sama ada Matahari atau pun Bulan merupakan Tuhan atau pun tidak. Kesimpulan akhir beliau menyimpulkan bahawa kedua-duanya bukanlah Tuhan sekalian alam. Lihatlah betapa seorang nabi yang dimuliakan oleh Allah S.W.T. sendiri pernah melalui proses mendapatkan keyakinan sedemikian rupa. Maka, mengapa tidak kita sendiri mengikuti jalan-jalan mereka yang dikasihi oleh Allah S.W.T. ini supaya iman kita benar-benar mantap (solid)?. Malah, kita sepatutnya akan menjadi lebih beriman setiap kali kita memerhati dan mengambil pengajaran daripada alam. Semuanya ini juga bersesuaian dan bertepatan dengan kandungan al-Quran dan juga kapasiti fikiran manusia. Sebab itulah, kita perhatikan terdapatnya sejumlah ayat-ayat al- Quran yang mengajak manusia memerhati dan memikirkan fenomena- fenomena seperti kejadian siang dan malam dan proses kejadian manusia. Persoalannya, “untuk apa kita diajak berfikir?” dan “tidak cukupkah
  5. 5. dengan sekadar beriman?”. Saya fikir penjelasan kepada kedua-dua persoalan ini tidak perlu saya sentuh lagi kerana perbincangan kita sekarang ini sendiri telah pun dan akan lebih mencerminkan persoalan-persoalan ini. Oleh itu bolehlah juga disimpulkan begini, manusia, dengan fitrah kejadiannya dan juga kapasiti berfikirnya sememangnya boleh membuktikan kewujudan Tuhan yang mentadbir alam ini, dengan syarat dia benar-benar memikirkannya, dan juga dalam kerangka fikiran “hal-hal yang boleh difikirkan”. Dalam contoh ini, misalnya, saya telah mengajak saudara saudari menggunakan pemikiran masing-masing bagi membuktikan dan merasakan dengan penuh yakin bahawa terdapatnya Tuhan yang mentadbir alam ini. Permasalahannya sekarang, “Siapakah Tuhan yang dimaksudkan ini?”, “Adakah Tuhan ini Satu atau pun Esa?”, “Apakah pula sifat-sifat ketuhanan yang ada pada Tuhan (yang boleh difikirkan)?” Persoalan-persoalan seperti inilah yang sebenarnya telah dijawab dalam al-Quran bahawa Tuhan itu Allah S.W.T. yang Maha Esa, tidak diperanakkan dan tidak pula mempunyai anak (Surah al-Ikhlas, ayat 1-4) serta banyak lagi sifat-sifat-Nya yang dicerminkan melalui nama-nama-Nya yang mulia. Malah, ilmu berkaitan sifat-sifat Allah S.W.T. juga telah dikelaskan oleh ilmuwan-ilmuwan terdahulu sebagai sifat- sifat wajib dan mustahil bagi Allah S.W.T.” 10. Baiklah, sekarang mungkin akan ada yang berkata, “Saya masih belum jelas dengan penjelasan saudara dan mengapa pula saudara mengaitkan penjelasan saudara dengan Tuhan?” 11.Saya menjawab, “Saya mengaitkan penjelasan saya tentang “saintifik” dengan Tuhan kerana beberapa faktor. Pertama, seperti mana yang telah saya jelaskan, Amalan Saintifik Islam-Abbasiyah adalah selari dan dibentuk oleh prinsip-prinsip Islam yang digariskan oleh al-Quran. Persoalannya sekarang, al-Quran itu apa? Al-Quran yang saya fahami merupakan kalam Allah yang diwahyukan kepada Rasulullah S.A.W. Hal ini dengan jelas telah membuktikan dimensi hubungan individu yang mengamalkan Amalan Saintifik Islam- Abbasiyah dengan pencipta-Nya, iaitu Allah S.W.T. sehinggakan setiap fikiran dan amalan mestilah selari dengan apa-apa yang telah dibenarkan oleh-Nya. Dan saya juga memahami bahawa setiap amalan yang selari dengan kehendak-Nya merupakan satu bentuk ibadah kepada-Nya. Dan apabila saya mengaitkan “saintifik” yang saya fahami dengan Allah S.W.T., perlu juga difahami bahawa saya memahami bahawa Allah S.W.T. merupakan sumber ilmu pengetahuan, sumber “saintifik” itu sendiri. Sumber “saintifik” yang senantiasa membantu manusia dalam lebih mengerti dan memahami sehingga menimbulkan keyakinan dalam berhujah dan menilai baik-buruk. Apabila saya merujuk Allah S.W.T. sebagai sumber “saintifik”, saya juga sebenarnya berusaha merujuk dan memahami beberapa nama-Nya yang mulia seperti Al-‘Alim. Dalam dimensi hubungan individu-hamba dengan pencipta-Nya juga, hal ini sebenarnya menunjukkan keyakinan yang tidak berbelah bahagi seorang individu-hamba terhadap segala panduan yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada manusia-manusia yang berfikir dengan benar. Ini juga
  6. 6. sebenarnya merupakan kefahaman saya terhadap kisah kewujudan Adam A.S. yang ditakdirkan untuk menjadi khalifah di dunia ini, yang boleh mengajar malaikat ketika itu tentang istilah-istilah tertentu. Sungguh pun malaikat merupakan makhluk yang lebih dahulu diciptakan, manusia yang diwakili oleh kewujudan Adam A.S. telah pun dimuliakan dengan diberikan beberapa ilmu yang tidak diketahui oleh golongan malaikat dan juga ilmu yang sebenarnya mengembangkan potensi fikir Adam A.S. Kisah ini sebenarnya boleh dirujuk dalam Surah al-Baqarah, ayat 31 hingga ayat 33. Selain dimensi individu Muslim dengan pencipta-Nya, “saintifik” di sini juga sebenarnya merupakan cerminan kepada domain rohani yang dilengkapkan pada manusia. Ini turut membawa maksud bahawa pemikiran manusia tidak hanya bekerja sendiri. Pemikiran manusia sebenarnya merupakan hasil kesepaduan beberapa domain yang membina diri manusia seperti domain fikiran, rohani dan nafsu. Ini juga membawa pengertian bahawa pemikiran manusia sendiri sering terdedah untuk melakukan kesilapan atau pun kesalahan apabila domain nafsu yang hina, misalnya, lebih mendominasi. Pemisahan Amalan Saintifik daripada agama, sebagai contoh, lebih merupakan hasil pemikiran yang didominasi oleh domain nafsu yang hina sehingga tidak lagi mencerminkan dimensi hubungan individu-hamba dengan pencipta-Nya, terdedah kepada kekeliruan dan kesalahan serta tak mustahil menimbulkan lebih banyak masalah terutamanya kepada domain rohani manusia. Dan apabila ini berlaku, Amalan Saintifik itu sendiri akan wujud sebagai sebuah koleksi kaedah-kaedah yang zahir sahaja- sebuah amalan yang kehilangan roh yang mendasarinya, sebuah amalan kaku yang tidak lagi teratur, mengabaikan hujah-hujah daripada domain rohani serta tidak lagi mampu berupaya menilai baik-buruk. Kesannya, bukan sahaja dimensi hubungan individu- hamba dengan pencipta-Nya yang akan semakin longgar dan terabai, tetapi juga memberikan kesan kepada dimensi hubungan individu dengan individu lainnya dan individu-khalifah dengan alam. Pemahaman “saintifik” sebegini adalah amat perlu buat mereka yang mahu berfikir dengan benar terutamanya kepada mereka yang akan memimpin umat ini ke jalan (fikiran) yang benar. Ingat, perubahan proses jahil ke Islam, dimulai dengan mengubah cara fikir seseorang individu supaya mereka mulai berfikir dengan benar dan terarah kepada kebenaran dalam keadaan yang begitu “saintifik”, yang bukan semata-mata merupakan hasil pemerhatian yang boleh melibatkan ukur nilai empirik, tetapi lebih merupakan cara berfikir yang teratur dan lengkap dengan hujah (yang diyakini) dalam mencapai kebenaran serta cara menilai baik- buruk. Semuanya ini pula dilalui oleh seseorang individu-hamba dengan penuh amanah dan rela hati, bukannya sambil lewa dan bagaikan dipaksa untuk menerima sesebuah fikiran. Inilah juga intipati Islam yang sentiasa menyeru umatnya untuk mengambil tahu dan menilai setiap perkara yang mereka terima. Ini juga membawa pengertian, tiada seorang manusia pun yang sepatutnya menuruti sesuatu tanpa usul periksa dan penelitian- tiada taqlid membabi buta (blind imitation) dalam Islam. Inilah juga keistimewaan Islam yang bukan sahaja menyentuh rohani, tetapi juga fikiran- sebuah
  7. 7. sinergi spiritual intelektual. Cara ini juga boleh difahami tatkala Rasulullah S.A.W. menegur (dengan hikmah) seorang pemuda yang meminta izin berzina daripada baginda S.A.W.- di mana baginda S.A.W. tidak terus mengemukakan dalil-dalil berkaitan, malah mengajak pemuda tersebut berfikir- Membayangkan kalau-kalau ibu, saudara perempuan pemuda itu sendiri dizinahi. Ringkasnya, pemuda itu lantas menyedari kesalahannya setelah dirasionalkan oleh Rasulullah S.A.W.” 12.Mungkin akan ada pula yang bersuara, “Sepertinya, saudara telah mengarahkan perbincangan ini, daripada Amalan Saintifik yang biasanya lebih merujuk kepada bidang Sains kepada Amalan Saintifik saudara yang lebih bersifat umum”. 13.Saya menjawab, “Ya. Memang begitulah niat saya daripada permulaan perbincangan ini lagi. Saya ingin “saintik” dan Amalan Saintifik difahami dengan lebih meluas. Sebagai satu kaedah berfikir yang teratur bagi mencapai kebenaran. Sebuah kaedah berfikir yang sebenarnya boleh didisiplinkan menjadi satu kaedah atau pun prinsip umum kepada apa-apa bidang sekali pun. Boleh jadi falsafah, etika, pendidikan dan banyak lagi. Malah, kefahaman sebeginilah yang mendasari Amalan Saintifik Islam-Abbasiyah. Prinsip- prinsip yang mendasarinya pula, tak lain dan tak bukan, bersumberkan al- Quran yang penuh hikmah yang memahamkan saya tentang dua pemikiran iaitu “hal-hal yang boleh difikirkan” dan “hal-hal yang tidak perlu difikirkan”. Saya fikir inilah juga kerangka matlamat dalam membangunkan masyarakat yang saintifik dan progresif dalam Falsafah Pendidikan Negara ” 14.Sebelum saya membincangkan dengan lebih lanjut, izinkan saya membincangkan tujuan kedua Amalan Saintifik Islam-Abbasiyah iaitu mengukuhkan kekuatan umat Islam. 15.“Kekuatan” di sini perlu difahami dengan meluas. Tidak hanya tertumpu kepada kekuatan jasmani sahaja, tetapi apa-apa kekuatan termasuklah kekuatan fikiran, akhlak dan aqidah dalam meneruskan tradisi keilmuan Islam dan juga bagi memenangkan umat Islam sebagai ummatan wasotho dan khaira ummah, yang bukan sahaja melaksanakan tanggungjawab ubudiyah, tetapi juga tanggungjawab khalifah. Pada masa yang sama, menjaga tiga dimensi hubungan individu iaitu individu-hamba dengan pencipta-Nya, individu dengan individu lainnya dan individu-khalifah dengan alam. Seperti mana yang telah saya jelaskan sebelum ini, perubahan proses Jahil ke Islam dimulai dengan perubahan cara berfikir yang mencorakkan kefahaman, keseniaan dan kebudayaan. Maka, yang salahnya bukan adat kebiasaan masyarakat Islam (atau Melayu dalam konteks Perlembagaan Malaysia), tetapi pengamalannya yang tidak lagi didasari oleh prinsip-prinsip yang membinanya. Hal ini mungkin terjadi kerana kesan daripada penjajahan Tamadun Barat ke tanah- tanah masyarakat Islam, yang secara langsung atau pun tidak langsung membantutkan pertumbuhan kekuatan umat Islam secara menyeluruh- daripada
  8. 8. pelbagai segi; pemikirannya, akhlaqnya, aqidahnya, keseniaannya, kebudayaannya dan lain-lain. Oleh itu, “kekuatan” yang saya bincangkan di sini juga sebenarnya melambangkan semua juzuk yang membina dan dengan sendirinya mencerminkan Islam yang syumul dan kaffah. Saya memahami “kekuatan” sebagai semua perkara yang boleh mengukuhkan masyarakat Islam. Perkara-perkara ini mungkin bertambah menurut keperluan zaman (tuntutan zaman). Dan saya juga berpendapat, Amalan Saintifik, seperti mana yang saya fahami merupakan satu kaedah yang penting, malah amat diperlukan, dalam membina kembali (rekonstruksi) Tamadun Islam. Oleh itu, Amalan Saintifik ini perlulah diamalkan secara meluas dalam masyarakat Islam. Halangan-halangan pemikiran, yang seolah-olah menidakkan perkembangan dinamika Islam dan kebebasan berfikir (dalam ruang lingkup yang telah saya bincangkan) merupakan satu usaha yang cuma akan melemahkan dan merundumkan umat ini ke belakang, jauh daripada cita-cita kita membina kembali (rekonstruksi) Tamadun Islam yang telah dijanjikan. Malah, Amalan Saintifik ini juga lah yang akan mempersiapkan jurubicara dan pemimpin umat (hujjatul Islam) sebagaimana Imam al-Ghazali pada zamannya. Saya sebenarnya terinspirasi untuk mengaitkan keperibadian Imam al-Ghazali di sini setelah membaca beberapa buah fikiran Rausyanfikir berkaitan Imam al-Ghazali. Malah, kita bukannya memerlukan satu atau pun dua “Imam al-Ghazali”, kita memerlukan lebih ramai lagi untuk zaman penuh fitnah ini. Dan mustahil sekali, keperibadian-keperibadian seperti ini dapat dibentuk sekiranya generasi kini dihalang daripada bersikap “saintifik”- terus berfikir sehingga mendapatkan hujah (yang diyakini) buat mencapai kebenaran serta menilai baik-buruk. 16.Baiklah, rasanya perlu juga saya jelaskan di sini serba sedikit tentang istilah zaman penuh fitnah ini. Zaman penuh fitnah, dalam pengertian saya merupakan satu tanda wujudnya kecelaruan fikiran yang mempengaruhi kefahaman, tindakan, kebudayaan, keseniaan dan lain-lain. Ringkasnya, ia merujuk kepada suatu keadaan yang perlu dirawati dengan Amalan Saintifik kita. Setiap tanda daripada Zaman penuh fitnah ini perlu juga dilihat sebagai satu peluang untuk beramal. Oleh itu, kita tidaklah wajar meratapi kekeliruan-kekeliruan ini dan cuma memimpikan keagungan dan kedamaian masa lalu tanpa memulakan sebarang langkah dan usaha berkaitan. Dan kita juga perlu menyedari saluran-saluran yang tersedia dalam kerangka Zaman penuh fitnah ini sendiri dalam mengatur strategi untuk berbuat demikian. Perlu juga ingat bahawa kita tidak sepenuhnya berhadapan dengan apa-apa yang terus dapat dipisahkan sebagai tanda-tanda Jahil atau pun Islam. Dalam erti kata yang lain, merupakan satu langkah yang kurang bijaksana dalam zaman kita ini (Zaman penuh fitnah) untuk terus melabel sesuatu itu sebagai Jahil atau pun Islam tanpa penelitian ilmiah yang bersifat objektif. Malah, usaha-usaha sebegini juga mungkin akan menimbulkan permasalahan- permasalahan lain dan tak mustahil juga, menutup peluang-peluang beramal sedia ada. Namun, perlu diingat juga bahawa kita memang perlu berhati-hati
  9. 9. dan teliti supaya kita sendiri tidak mudah terjebak dalam usaha reformasi pemikiran ini. Zaman penuh fitnah ini juga sepatutnya menyedarkan kita untuk sama-sama berusaha dengan penuh iltizam membina kembali (rekonstruksi) Tamadun Islam kerana sudah menjadi satu ketetapan (Sunnatullah) bahawa mereka yang mendominasi ketamadunan akan mendominasi dan mencorak dunia. Malah, mereka juga akan dirujuk dalam pelbagai perkara sungguhpun ada hasil-hasil pemikiran mereka yang jelas-jelas lebih didominasi oleh domain nafsu yang hina. Namun, kita yang mengamalkan Amalan Saintifik ini juga perlulah bersifat adil dalam pemikiran dan penilaian kita. Misalnya, kita perlu mengakui terdapatnya kebijaksanaan dalam sistem demokrasi yang diprogramkan untuk politik kepimpinan di kebanyakan negara. Namun, kebijaksanaan tersebut masih lagi merupakan bahagian-bahagian kecil daripada kebijaksanaan itu sendiri. Sebuah gambaran kepada kebijaksanaan yang belum sempurna. Misalnya, tidak mungkin demokrasi akan berjaya memimpin kehidupan rakyat sesebuah negara apabila pemimpinnya yang mengundi di Parlimen merupakan orang yang tidak boleh berfikir dengan benar. Malah pemikirannya pula mungkin cuma didominasi oleh domain nafsu yang hina sehingga menyebabkan berlakunya korupsi pemikiran dan kepemimpinan yang berpanjangan. Dan merupakan sebuah tindakan yang kurang bijaksana juga untuk mendemokrasikan pentadbiran sesebuah Negara sedangkan rakyat jelata masih lagi tidak dididik dengan benar akan hak mereka sebagai pengundi dan bagaimana mereka sepatutnya mengundi, dengan menggunakan Amalan Saintifik dan bukannya condong kepada domain emosi dan nafsu yang hina semata-mata. Baiklah, saya ada menyebut tentang menjadikan setiap tanda yang zahir daripada Zaman penuh fitnah ini sebagai peluang untuk beramal. Persoalannya sekarang, bagaimana? Apakah masih ada ruang bagi kita beramal di tengah- tengah kefitnahan yang luas melanda? 17.Jawapannya tentu sekali ada. Malah terlalu banyak untuk dibincangkan di sini. Antaranya adalah melalui lapangan akademik kerana kebebasan berakademik merupakan sesuatu yang dijamin oleh sistem demokrasi yang mendasari politik kepimpinan di kebanyakan negara sekarang ini. Dan Malaysia sendiri sedang berkembang dengan semakin cepat dan pesat sebagai salah sesebuah negara yang akan menjamin kebebasan berakademik dalam beberapa tahun lagi. Oleh itu, marilah kita jadikan ruang-ruang seminar dan kuliah-kuliah akademik sebagai salah satu ruang untuk kita beramal. Sebagai salah satu titik mula untuk kita membina kembali (rekonstruksi) Tamadun Islam. Kesannya mungkin tidak segera tampil tetapi insya-Allah, hasil perkongsian kita yang tidak seberapa itu akan didokumentasikan atau pun mungkin dirakam dalam pelbagai bentuk seperti kaset dan DVD, yang akan dijadikan jurnal-jurnal ilmiah dan mungkin juga sumber-sumber rujukan di seluruh dunia- sebagaimana kita hari ini dapat membaca dan meneliti pemikiran dan pandangan sarjana-sarjana Islam terdahulu. Pada masa yang sama, kita memerlukan satu proses pendidikan yang menyeluruh dalam
  10. 10. mempersiapkan generasi muda pada setiap masa untuk meneruskan perjuangan ini. Oleh itu, reformasi terhadap bidang pendidikan juga perlu diambil kira bagi melicinkan usaha-usaha ini. Reformasi berkaitan perlulah dimulakan dengan membantu pelajar memahami signifikan subjek-subjek yang mereka pelajari di sekolah dengan kehidupan sebenar mereka. Misalnya, belajar Sejarah bukannya cuma untuk mengingat fakta dan nombor, tetapi untuk mengambil pengajaran kerana sejarah merupakan satu kitaran (Sunnatullah) yang sentiasa berusaha mengulangi dirinya- terus menerus membawa keperibadian masa lampau, tetapi dalam watak-watak dan alatan material yang berbeza. Begitu juga dengan pengajaran subjek moral dan Pendidikan Islam. Merupakan satu ironi apabila masyarakat yang dilengkapi dengan subjek-subjek ini justeru muncul sebagai masyarakat yang semakin jauh daripada nilai-nilai yang diajarkan. Mungkin mengajar nilai-nilai ini sahaja tidak mencukupi, para pelajar perlulah dididik dengan nilai-nilai ini. Sebuah usaha mendidik yang berlaku sepanjang masa, terutamanya selepas meninggalkan alam sekolah menengah. Kita sudah biasa melihat bagaimana sebahagian pelajar lepasan sekolah agama, misalnya, tidak lagi mau berkecimpung secara aktif dalam hal-hal keagamaan sedangkan merekalah yang lebih diharapkan untuk memikul tanggungjawab berkenaan. Satu persoalan yang juga muncul di sini, “Mengapa?”. 18.Jawapannya; kita perlukan sebuah usaha mendidik yang tidak berlaku secara formal. Seperti mana yang telah saya catatkan sebelum ini, dalam suasana Saintifik yang tidak dipaksakan, dilalui oleh individu-individu berkaitan dengan penuh kerelaan. Harap maklum bahawa masa selepas persekolahan menengah perlu diberikan perhatian kerana masa inilah merupakan saat-saat akhir sebelum rebung benar-benar mulai menjadi buluh. Pada saat inilah, para mahasiswa sepatutnya dididik untuk mengamalkan Amalan Saintifik yang telah kita bincangkan sebelum ini supaya mereka berupaya untuk berfikir dengan benar sepanjang hidup mereka. Pada saat ini jugalah, mereka perlu dididik untuk berbakti kepada bangsa Malaysia dan Negara. Mereka juga perlu didedahkan dengan tanggungjawab dan peranan mereka dalam membina kembali (rekonstruksi) Tamadun Islam. Mereka juga sepatutnya dibenarkan untuk mengasah daya fikir dan kreativiti mereka. Tidak mengapa sekiranya ada langkah mereka yang silap ketika ini. Yang penting, mereka belajar untuk berbakti. Inilah yang saya pelajari daripada beberapa orang sahabat dan Murabbi saya. Ya, yang penting mereka belajar. Oleh itu, usah pula kita memomok-momokkan mereka, menjauhkan mereka daripada mengamalkan Amalan Saintifik yang sebenarnya dalam hidup mereka. 19.Selain itu, peranan kumpulan-kumpulan kecil (Small Groups or Circles) juga perlu diberikan perhatian. Pendekatan ini juga merupakan satu kaedah yang diguna pakai oleh persatuan-persatuan Kristian seperti Christian Union dalam misi spiritual mereka. Selain itu, kaedah ini juga merupakan satu kaedah pendidikan yang disokong oleh pemikiran Vygotsky, di mana adanya peranan seorang pembimbing, mereka yang cepat faham dan mereka yang
  11. 11. mungkin lambat memahami dalam sesebuah kumpulan kecil ini. Mereka semua sebenarnya saling melengkapi dan memahamkan antara satu sama lain bagi mencapai pembelajaran yang bermakna (meaningful learning). Dalam kumpulan kecil ini juga, peranan terbesar dimainkan oleh pembimbingnya sendiri di mana dia sendiri merupakan produk daripada hasil kumpulan kecil seperti itu. Sesungguhnya, kemampuan untuk belajar daripada pengalaman (experiential learning) merupakan satu kekuatan intelektual berharga sekiranya benar-benar dimanfaatkan. Hairannya, peranan kumpulan-kumpulan kecil ini biasanya mudah untuk diaplikasikan untuk mempelajari subjek-subjek bahasa, khususnya Bahasa Inggeris tetapi tidak pula untuk subjek-subjek seperti Pendidikan Islam. Seolah-olah pendekatan ini tidak cukup Islamik sedangkan hakikatnya tidak begitu. Pendekatan ini sebenarnya merupakan satu Sunnah Akbar yang diwarisi sendiri daripada Rasulullah S.A.W. Sebuah pendekatan praktikal yang akhirnya dipopularkan kembali oleh Ustaz Hassan al-Bana di Mesir. Sayangnya, Sunnah Akbar ini seolah-olah dilupakan dan dipadam kaitannya daripada sirah nabawiyyah sendiri. Kesannya, muncullah sebahagian masyarakat yang kurang bersetuju dengan pendekatan-pendekatan sebegini dalam mempelajari Islam. Hal ini secara tidak langsung sebenarnya merupakan satu tanda (fitnah) yang menandakan wujudnya kecelaruan pemikiran masyarakat Islam sendiri apabila mereka tidak dapat lagi menghubungkan tradisi keilmuan Islam seperti Amalan Saintifik Islam- Abbasiyah dengan apa-apa yang mereka raih sekarang ini. Mereka juga biasanya lebih mudah menghubungkan kemajuan dan kejayaan pemikiran mereka kepada Amalan Saintifik Barat yang mulai tumbuh dengan kemunculan Galileo. 20.Saya fikir ini sahajalah buah fikiran saya buat masa ini yang saya klasifikasikan bawah tajuk kecil saya, “Atur Cara Fikiran”. Mudah-mudahan, usaha sederhana ini besar manfaatnya. Amin. Noor Eqbal, Siap: 1:39 pagi, Jumaat, 19 Jun 2009 Diedit kali pertama: Jumaat, 3 Julai 2009 Diedit kali ketiga: Sabtu, 18 Julai 2009 Diedit kali keempat: Sabtu, 18 Julai 2009

×