Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Isu isu-pendidikan-di-malaysia

on

  • 13,919 views

Perbincangan tentang isu-isu pendidikan terkini di Malaysia

Perbincangan tentang isu-isu pendidikan terkini di Malaysia

Statistics

Views

Total Views
13,919
Views on SlideShare
13,908
Embed Views
11

Actions

Likes
6
Downloads
596
Comments
0

3 Embeds 11

http://www.slashdocs.com 5
http://bea4621.1bestarinet.net 5
http://www.docshut.com 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Isu isu-pendidikan-di-malaysia Isu isu-pendidikan-di-malaysia Document Transcript

  • ISU-ISU SEMASA YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN DASARPENDIDIKAN KEBANGSAANTanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi mudadengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapatmenghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal,tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali.Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki,memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai denganperubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalahmemberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpamengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau carahidup.Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). KementerianPelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari ZamanDasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjayamencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur,kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluangpendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yangdilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitandengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkaraberhubung sengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualititenaga pengajar; ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; PelaksanaanProgram PPSMI; dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapatSufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang bolehdikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan,organisasi sekolah dan keguruan.
  • Struktur PendidikanBeberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklahstruktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan,misalnya: • Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia; • Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan; • Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan • Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.Akses PendidikanSelaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkanTeknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and CommunicationTechnology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisiandan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT denganpembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT.Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalamproses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitandengan: • pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar; • perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh; • latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan; • penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan • bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.
  • Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolahakan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid danguru celik ICT.Ekuiti PendidikanDalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusipendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikanmempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untukpelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, inputpendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatanpengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolahbagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantagedschool) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber:Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM).Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masihterlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang dapat menikmati kemudahanyang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan denganekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untukpelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh,kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilikdarjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luarbandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajarandan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.Tenaga pengajarKekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalampelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yangdikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP)Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiridaripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka
  • di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolahdi pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman ataukurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan(mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaandi mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guruyang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik,Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkankurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaanguru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.Program PPSMISejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPMjuga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik danSains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaanbahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapatrespon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukansahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapiturut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajarmelalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalampelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.Kesan globalisasiSelain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkanpenggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telahmemudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internetatau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isuMoral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadibegitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena inidisebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkanbercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang
  • mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budayakosmopolitan.Sahsiah PelajarKualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isudan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik kesekolah menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan muridtanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalanganpelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya dikalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.Pencapaian Orang Melayu Dalam Bidang Sains dan TeknologiAdalah jelas bahawa bilangan pelajar Melayu di bangku sekolah, bahkan jugalepasan SPM yang cemerlang dalam bidang sains dan teknologi amat kurangsekali. Antara masalah yang telah pun dikenalpasti ialah terlalu kurangnya gurusiswazah dalam bidang sains dan matematik di sekolah peringkat menengah.Guru siswazah yang ada lebih ramai yang berkelayakan sastera (kira-kira 70 –80 peratus). Sudah tentulah guru siswazah berkelayakan sastera tidak mampumenghasilkan pelajar yang mahir dalam bidang sians dan matematik.Sedangkan kerajaan ingin menyediakan pelajar sains dan sastera dengannisbah 60:40 antara sains:sastera. Sepatutnya kita menyediakan guru siswazahberkelayakan sains sebanyak 60 peratus dan yang berkelayakan sasterasebanyak 40 peratus.Keselamatan pelajarMasalah keselamatan pelajar sekolah semakin serius hari ini apabilameningkatnya kejadian ke atas pelajar. Kes-kes bunuh, rogol, culik, ragut dansebagainya ke atas pelajar adalah sangat membimbangkan, tidak termasukkejadian jenayah yang dilakukan sendiri oleh pelajar seperti gangsterism. Ini
  • tidak termasuk jenayah yang berlaku ketika mengikuti tuisyen atau kelastambahan. Kementerian patut melihat pendekatan yang lebih efisyen termasukpeningkatan kawalan keselamatan dan kemudahan bukan sahaja di sekolah,tetapi sepanjang jalan yang digunakan pelajar untuk ke sekolah. Waktupembelajaran yang memaksa pelajar terlalu awal kesekolah atau terlalu lewatpulang juga perlu dikaji semula.Isu-isu lain dalam sistem pendidikanSelain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbulberkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya: • Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan; • Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri; • Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza; • Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya; • Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara maju adalah terhad; • Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan; • Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek pemberian bantuan; dan • Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.
  • PENUTUPPerbincangan ini telahpun mengupas tiga persoalan yang dikemukakan, iaitu:sejarah perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia; strategi bagimenjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan; dan isu-isu semasa berkaitandengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan.Sebagai kesimpulan, penulisan berkenaan tiga topik ini sebenarnya telahmemberikan banyak manfaat kepada saya sendiri. Ini kerana proses penulisantugasan melibatkan kajian keperpustakaan, di samping merujuk kepada sumber-sumber relevan secara atas talian (online). Jadi adalah diharapkan pengetahuanyang telah diperoleh sepanjang penyiapan tugasan ini akan dapat sayamanfaatkan untuk pengetahuan sendiri dan juga sebagai asas pengetahuansemasa mengajar pelajar-pelajar di sekolah.Sila lawati http://kulanzsalleh.com untuk mendapatkan artikel lain seperti ini.
  • BIBLIOGRAFIAbdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang: PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd.Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. (2001). Pembangunan Pendidikan 2001–2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.Colebatch H.K (2002). Policy Second dition, Buckingham, Open University Press.Fadzilah bt Abdullah (1996). Dasar pendidikan kebangsaan. As Noordeen. Kuala Lumpur.Laporan Jawatankuasa Kabinet (1984). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.Paul Trowler (2003). Education Policy. Second Edition, London, Routledge Taylor And Francis Group.Robiah Sidin (1989). Asas Pentadbiran Pendidikan. Bandar Baru Sungai Buluh: Pustaka Cipta Sdn. Bhd.Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan Analisis, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.Sheela Abraham. 1993. Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Tajul Ariffin Bin Nordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
  • Tengku Anuar (1990). Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Nurin Enterprise, Kuala LumpurTengku Anuar (1990). Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Nurin Enterprise, Kuala Lumpur.Yahya Don (2005). Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1989). Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur. Fajar Bakti.