PERMAINAN TRADISIONAL

  • 3,165 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
3,165
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
37
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Jenis Permainan Tradisional Kaum MelayuSepak RagaPermainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masaitu, permainan inidimainkan oleh golongan bangsawan. Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masasekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan olehorang melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak ragadiperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa duaatau tiga lapis. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepadarakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali ataubeberapa kali, sebelum menendangnya kea rah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuklingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-gilir menimang bola itu dan mengawalnya supayatidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, pemainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.Batu SerembanBatu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan diwaktu lapang. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individuatau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang ataulebih. Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulanobjek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek inidikenali sebagai buah. Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau carasambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah denganmenggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebihtinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
  • 2. Jenis Permainan Tradisional Kaum CinaGoGo ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali sebagai wéiqí didalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyaiundang-undang permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam danputih.Xiang qiXiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain.Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China,oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawalabad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang palingpopular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yangmelarang panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta"sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.Yo-yo cinaYo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yangdihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikatpada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangiyo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimanaianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alatyang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnyamengimbangi kelajuan yo-yo.
  • 3. Jenis Permainan Tradisional Kaum IndiaKho-khoKho-kho merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India.Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda.Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaiandaripada satu permainan Lari dan kejar di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar sertamenyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain sertapergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain.Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini.Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar(chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan.Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang.Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiappengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akantersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemainlawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan.Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambilberkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulahseterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan Kho-Khoini, keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.
  • 4. KABADIKabadi ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional India. Permainan inisangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Iaadalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjabdan Maharasutran di India. Kabadi juga dimainkan oleh tentera British untuk tujuan hiburan,menjaga kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti Asia British.Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain. Gelanggangyang digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola keranjang). Setiappasukan mengandungi pemain simpanan seramai 5 orang. Permainan ini dilangsungkan selama20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. Satu pasukan akanmenghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan untuk menyentuh salahseorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah balik kepada pasukannya. Pemain yangtelkah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang. Sementara itu, pihak pertahananmembentuk sebuah rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai ituterputus, salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang. Sasaran pertahanan adalahuntuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti berehat. Jika penyerangberhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan padang. Pemain jugaboleh melepasi sempadan garisan atau bahagian bdn mencecah tanah di luar garisan, kecualisemasa bergelut dengan pasukan pihak lawan. Setiap pemain yang terkeluar, pihak lawan akanmendapat mata. Pasukan yang skor dua mata bonus, yang dipanggil lona, manakala semua pihaklawan akan tersingkir. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi akanmenang. Permainan adalah berdasarkan kesesuaian umur dan berat. Permainan ini terdiri daripadasatu pengadil, dua pembantu pengadil, satu penjaring dan dua pembantu penjaring.