Konsep pentaksiran bmm

479 views
442 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
479
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
36
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Konsep pentaksiran bmm

  1. 1. Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamatnya. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Pentaksiran Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di universiti, kewujudan ciri “penguasaan” sesuatu isi kursus yang diajar oleh
  2. 2. pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian. Pentaksiran adalah bertujuan sebagai salah satu proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Pentaksiran juga dapat digunakan untuk menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran serta membantu guru untuk membaiki pengajaran dan pembelajaran. Melalui pentaksiran yang dijalankan, guru dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Guru dapat melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif dan dapat merancang serta melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang berkesan.pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan mengintepretasi pembelajaran seseorang murid. Pentaksiran yang baik dapat dinilai melalui beberapa ciri seperti ; 1 i. Keobjektifan iaitu berdasarkan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan. 2 Kebolehtadbiran susulan iaitu berdasarkan kelicinan dan kerja-kerja yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah. 3 Kemudahtafsiran berdasarkan calon iaitu bergantung tentang maklumat tentang calon skor, mendiskriminasikan, dan menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian. iv. Menyeluruh iaitu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting. Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan dalam menjalankan pentaksiran iaitu seperti pemerhatian, lisan dan penulisan. Petaksiran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang murid boleh diukur melalui pemerhatian atau pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual. Justeru, kita boleh menganggapkan pentaksiran sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala
  3. 3. pengujian pula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut. Pentaksiran tidak bersifat mutlak, misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. Seterusnya, seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun skor 90 itu dua kali ganda 45. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris. Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menjalankan pentaksiran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat. Pengujian Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang
  4. 4. pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi. Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di universiti, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara- cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti. Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru. Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
  5. 5. Penilaian Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah. Dalam membuat penilaian, anda mungkin sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya, tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian, kita akan dapat merancang langkah- langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Banyak definisi telah diberikan kepada istilah “penilaian”. Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil
  6. 6. pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau temubual. Perbandingan Pengujian, Penilaian dan Pentaksiran Secara umumnya pengujian,penilaian dan pentaksiran digunakan untuk menentukan tindakan susulan yang harus dilakukan oleh pihak tertentu untuk penambahbaikan dalam aspek kaedah, pendekatan yang digunakan, teknik dan starategi yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun pengukuran,pengujian, penilaian dan pentaksiran mempunyai konsep yang berbeza dan setiap daripadanya mempunyai hasil yang berlainan dalam membantu proses pentaksiran dijalankan secara keseluruhannya. Oleh yang demikian perbezaan konsep pengujian, penilaian dan pentaksiran ialah: perbandingan Pentaksiran pengujian penilaian
  7. 7. Definisi Sebuah proses yang menentukan peringkat pencapaian dan prestasi seseorang individu atau murid Satu alat yang sistematik untuk menilai dan mengukur perubahan dalam sesuatu aspek tingkah laku. Sebuah proses menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan nilai. Tujuan Bagi membuat pengelasan terhadap pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran Untuk menentukan pencapaian terhadap sesuatu pembelajaran Memberi maklumat tentang pencapaian objektif pembelajaran. Kaedah mengajar dan kurikulum. Bentuk 1. Set ujian bertulis dengan markah dan gred 1. Pemerhatian 2. Ujian lisan 3. Ujian bertulis 1. Jadual 2. Gred berdasarkan teknik perangkaan Proses perlaksanaan Menjalankan proses pengujian menggunakan set ujian dan kemudian mencatat atau merekod markah serta memberi gred Menyediakan set ujian berdasarkan cara ujian yang ingin dijalankan. Melakukan pentadbiran semasa menjalankan ujian dan seterusnya menjalankan pemeriksaan terhadap set ujian yang telah dijalankan. Menentukan kaedah pengukuran yang ingin dijalankan dan melakukan proses pengukuran dan penganalisaan semasa pengukuran dilakukan. Kemudian proses interpretasi dijalankan sebelim melapor dapatan kajian dan tindakan. Masa Selepas sesi pembelajaran Selepas sesi pembelajaran Boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas sesi pembelajaran liputan Terhad kepada sesuatu peringkat pembelajaran Terhad kepada sesuatu kemahiran atau pembelajaran Menyeluruh terhadap sesuatu pembelajaran sehingga kepada
  8. 8. yang telah disampaikan keseluruhan sesebuah kurikulum keputusan Menunjukkan pencapaian secara relatif Menunjukkan prestasi sesuatu kemahiran atau penguasaan pembelajaran yang spesifik Menunjukkan pencapaian keseluruhan seseorang individu namun tidak hanya menggambarkan kebaikan individu tersebut. Rumusan Kesimpulannya pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan yang dijalankan oleh guru di bilik darjah membantu guru dalam mempertingkatkan pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta membantu guru dalam memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan pelajar.
  9. 9. RANCANGAN MENGAJAR HARIAN PENDIDIKAN MORAL Mata Pelajaran : Pendidikan Moral Tahun : 5 Tarikh : 20 Oktober 2011 Hari : Rabu Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi Jangka Masa : 1 jam (60 minit) Bilangan murid : 21 orang Bidang : Nilai berkaitan dengan perkembangan diri Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan Tajuk : Menghormati agama lain Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari tentang pegangan agama masing- masing. Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat ; i. Menceritakan tentang agama masing- masing dan tempat beribadat mereka. ii. Menyenaraikan anutan agama yang terdapat di Malaysia. iii. Mengemukakan idea atau pendapat tentang cara menghormati agama lain. Gabungjalin : Muzik, Pendidikan Islam
  10. 10. Unsur KBKK : Membuat Inferens Pendekatan : Pendekatan perkembangan nilai kognitif dan pembelajaran koperatif. Strategi : Pemusatan murid dan bahan BBM : Gambar, Lagu Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali, Video Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali, kertas manila. PERKEMBANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID CATATAN Set Induksi (10 minit) Sambutan perayaan pelbagai kaum di Malaysia. Guru menayangkan video tiga sambutan perayaan utama di Malaysia. a. Agama apakah yang dianuti dalam video tersebut? b. Mengapakah kita perlu menghormati agama-agama di Malaysia? c. Bagaimanakah cara untuk menghormati agama lain? Murid menonton video dan cuba memahami kandungan video yang ditonton. BBM Video
  11. 11. Guru mengaitkan video dengan tajuk pelajaran yang akan diajarkan. Murid memahami hubungan video tersebut dengan tajuk yang akan diajar oleh guru. Langkah 1 (15 minit) Agama dan tempat ibadat Guru meminta beberapa orang murid daripada pelbagai kaum untuk menceritakan agama masing- masing dan tempat ibadat Murid mendengar dan mencatat isi penting daripada apa yang diceritakan oleh rakan. BBM Muzik latar iaitu lagu Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali.
  12. 12. serta perayaan. a. Mengapa manusia memerlukan agama dalam hidup? b. Mengapa perlu menyambut perayaan? Guru membuat kesimpulan daripada jawapan pelajar dan menerangkan 3 anutan agama yang utama di Malaysia dan tempat ibadat bagi agama tersebut. Soal jawab dari murid jika kurang faham dan membuat catatan hasil daripada penerangan guru.
  13. 13. Langkah 2 (20 minit) Gambar- gambar yang berkaitan dengan agama dan tempat ibadat. G Gambar berkaitan pakaian tradisi setiap kaum. Guru meletakkan gambar-gambar yang berkaitan dengan mencampur- campurkan gambar tersebut. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan dan wakil setiap kumpulan dikehendaki mengambil kad gambar tersebut dengan memadankan pada sudut papan hitam. Murid dikehendaki mencantumkan gambar pakaian tradisi kaum berdasarkan jigsaw puzzle BBM Gambar rumah ibadat, pakaian tradisi setiap kaum. Langkah 3 (10 minit) Kepentingan menghormati agama orang lain Guru menerangkan kebaikan menghormati agama orang lain dalam konteks negara Malaysia yang pelbagai kaum. Murid diminta memberikan pendapat masing-masing daripada aktiviti yang dijalankan. Contoh jawapan 1.toleransi 2.menghormati 3.bersatupadu Penerangan Bersoal jawab
  14. 14. Penutup (5 minit) Rumusan. Video lagu Hari Raya. Aktiviti mewarna. Guru meminta wakil murid membuat rumusan mengenai kepentingan menghormati agama lain Guru mengajak murid menyanyikan lagu tersebut. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan dan mengedarkan kertas manila pelbagai warna. Kad terbaik akan dipaparkan di papan kenyataan di dalam kelas. Murid membuat rumusan secara ringkas dan padat mengenai kepentingan menghormati agama lain Murid menyanyikan lagu tersebut dengan edaran lirik lagu oleh guru. Murid mencipta kad ucapan Selamat Hari Raya untuk keluarga mereka dan menyiapkan di rumah masing-masing. Rumusan murid BBM Video BBM Edaran kertas manila
  15. 15. Lampiran

×