Your SlideShare is downloading. ×

Piaget

10,222

Published on

Published in: Technology, Business
0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
10,222
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
753
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. JEAN PIAGET
  • 2. LATAR BELAKANG
    • Dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos
    • 1896
    • Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan
    • seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah
    • Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari
    • dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan
    • nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981.
  • 3.
    • Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah
    • makmal Psikologi di Universiti Jeneva.
    • Beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist” Semasa
    • bekerja dengan Binet, Jean lebih berminat untuk melihat pola- pola
    • perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka
    • memberikan jawapan yang salah.
    • Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan
    • petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran
    • berkembang di kalangan kanak-kanak.
    • Ekoran daripada itu, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan
    • kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.
  • 4. KONSEP
  • 5. KONSEP SKEMA ASIMILASI AKOMODASI ADAPTASI
  • 6.
    • Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam
    • diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan
    • cara tertentu.
    • - Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan
    • dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali
    • sebagai skema seperti gerakan menghisap,memandang,
    • mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan
    • tangan dan kaki.
    SKEMA
  • 7. ASIMILASI - Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. -Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak- kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".
  • 8. AKOMODASI
    • Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami
    • perubahan.
    • Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi
    • (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada
    • dalam perolehan kognitif kanak-kanak.
    • Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses
    • pembelajaran.
    • Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak
    • ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam
    • skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.
  • 9. ADAPTASI
    • Ia merupakan satu keadaan di mana
    • wujud keseimbangan di antara
    • akomodasi dan asimilasi untuk
    • disesuaikan dengan persekitaran.
    • Keadaan keseimbangan akan wujud
    • apabila kanak-kanak mempunyai
    • kecenderungan sejadi untuk mencipta
    • hubungan apa yang dipelajari dengan
    • kehendak persekitaran.
    • Beliau telah membahagikan perkembangan
    • kognitif kepada empat tahap yang mengikut
    • turutan umur. Tahap-tahap perkembangan
    • tersebut ialah :
  • 10. TAHAP SENSORI MOTOR ( 0 - 2 TAHUN)
  • 11.
    • Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan
    • antara badannya dengan persekitaran.
    • Kebolehan deria motornya berkembang dari
    • semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari
    • tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan
    • mendengar di sekelilingnya kemudian
    • menirunya.
    • Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali
    • sebagai pembelajaran melalui pemerhatian
    • (observational learning) (Mussen dan Kagan,
    • 1974).
    • Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat
    • enam sub tahap yang dikategorikan dengan
    • melihat perkembangan kebolehan tertentu pada
    • umur yang tertentu.
  • 12.
    • Dari lahir hingga satu bulan (refleks)
    • Bayi hanya mampu melakukan gerakan
    • pantulan
    • Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas
    • sekular)
    • Bayi mula mempunyai pengertian tentang
    • bahagian badannya yang tertentu.
    • Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua) Bayi mempunyai persediaan untuk membuat
    • pandangan da n pemerhatian yang lebih
    • mempunyai persediaan untuk membuat pandangan
    • dan pemerhatian yang lebih
    1 2 3
  • 13.
    • Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi) . Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu
    • keadaan berlaku.
    • Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi
    • sekular ketiga) Penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui
    • oleh bayi berlaku secara aktif
    • Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran
    • pemikiran awal) Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik.
    4 5 6
  • 14. TAHAP PRAOPERASI ( 2 - 7 TAHUN)
  • 15.
    • Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula
    • menggunakan simbol di dalam permainan
    • Contohnya mengandaikan buku sebagai kereta
    • apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari
    • segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di
    • tahap yang rendah berbanding dengan orang
    • dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak
    • adalah egosentrik di mana, di dunia ini,
    • keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif
    • mereka sahaja.
  • 16. Proses Perkembangan Kognitif Pengukuhan tingkah laku KEBOLEHAN ASAS Skema tingkah laku stabil Kebolehan mental
  • 17. TAHAP OPERASI KONKRIT ( 7 - 11 TAHUN)
  • 18.
    • Kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik
    • seperti yang berlaku pada tahap praoperasi.
    • Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada
    • tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang
    • menarik minat mereka kepada orang yang lebih
    • dewasa.
    • Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya
    • menyebabkan mereka mula menerima pendapat
    • orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain
    • dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya
    • kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki
    • zaman persekolahan.
  • 19. TAHAP OPERASI FORMAL ( 12 TAHUN - DEWASA)
  • 20.
    • Perkembangan kecerdasan kognitif manusia
    • telah sampai ke tahap maksima.
    • Pemikiran dan penghuraian pendapat individu
    • pada tahap ini dikatakan lebih baik dan nyata.
    • Mereka dikatakan mampu membuat keputusan
    • dan telah dapat membuat hipotesis melalui
    • pemerhatian. Individu telah mula mencari jalan
    • untuk menyelesaikan masalah berdasarkan
    • rasional dan lebih bersifat sistematik.
  • 21.
    • Kaum remaja pada tahap ini didapati patuh dan
    • berhati-hati dengan pendapat dan pegangan.
    • Mereka mula memikirkan tentang diri mereka dan
    • peranan mereka dalam masyarakat.
    • Mereka telah membuat perancangan berdasarkan
    • pegangan dan pendapat yang difikirkan sesuatu
    • dengan nilai dan norma yang terdapat dalam
    • masyarakat. Pada tahap ini juga, pemikiran baru
    • dihasilkan iaitu berbentuk abstrak, formal dan
    • logik.
  • 22. IMPLIKASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
  • 23.
    • Menggunakan teknik pemudahcaraan untuk membimbing
    • murid belajar.
    • Bahan pelajaran dan kaedah mengajar harus sesuai dengan
    • peringkat perkembangan kognitif murid.
    • Gunakan penilaian formatif semasa aktiviti pembelajaran
    • dijalankan untuk menilai kemajuan murid.
    • Mengutamakan prinsip naturalisme dalam pembelajaran, iaitu :
    • pembelajaran murid hanya patut dijalankan secara semula jadi
    • dan bukan di bawah tekanan atau paksaan.
    • Membina alam belajar yang kondusif untuk situasi inkuiri dan
    • penerokaan.
    • Mengutamakan minat dan penyertakan murid dalam
    • pembelajaran.
    • Menggalakkan murid agar menggunakan kaedah penyelesaian
    • masalah untuk memperolehi ilmu dan kemahiran dengan usaha
    • diri sendiri.
  • 24. TOKOH SETERUSNYA ????

×