Bab3 Perlembagaan

53,683 views
53,498 views

Published on

Definisi Perlembagaan,
Sejarah Penggubalan Perlembagaan Malaysia,
Unsur-unsur tradisi Perlembagaan dan Kontrak Sosial

Published in: Education, Travel, Technology
6 Comments
22 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
53,683
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
11
Actions
Shares
0
Downloads
3,077
Comments
6
Likes
22
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bab3 Perlembagaan

  1. 1. PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SAS/CTU553 BAB 3
  2. 2. KANDUNGAN 3.1 Pengenalan 3.2 Definisi Perlembagaan 3.3 Sejarah Penggubalan Perlembagaan Malaysia 3.4 Unsur-unsur tradisi Perlembagaan dan Kontrak Sosial 3.5 Perkara 3 3.6 Perkara 152 3.7 Perkara 153 BAB 3
  3. 3. PENDAHULUAN  Perkara-perkara yang menyentuh isu bahasa, agama, kedudukan istimewa bumiputera dan kewarganegaraan dalam Perlembagaan Malaysia menjadi faktor penting untuk mewujudkan hubungan etnik yang erat dan utuh di kalangan rakyat Malaysia.  Perkara-perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi kelebihan kepada kaum bukan bumiputera. BAB 3
  4. 4.  Bagi sebuah negara yang berdaulat, perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.  Dalam konteks Perlembagaan Islam, negara Islam pertama iaitu Madinah di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w telah membentuk Sahifah Madinah bagi melicinkan pentadbiran negara Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum. BAB 3
  5. 5. DEFINISI PERLEMBAGAAN 1. Satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggung jawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain, dan juga antara autoriti dengan rakyat awam. 2. Satu dasar atau formula yang menyatakan tugasan kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan. BAB 3
  6. 6.  Perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara.  Berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat  Umumnya ia terbahagi kepoda dua jenis: Pertama: perlembagaan bertulis Kedua: perlembagaan tidak bertulis BAB 3
  7. 7.  Perlembagaan bertulis: perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen.  Perlembagaan tidak bertulis: semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan- keputusan mahkamah.  Malaysia amalkan perlembagaan bertulis, di mana badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada perlembagaan. BAB 3
  8. 8.  Perlembagaan Malaysia mengandungi:  15 Bahagian  183 Perkara  13 Jadual  Ia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu & bumiputera Sabah/Sarawak dll BAB 3
  9. 9. KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN BAB 3
  10. 10. KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN  Di Malaysia, tidak ada institusi yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia.  Malah ketiga-tiga badan kerajaan (perundangan, kehakiman, eksekutif) & Yang di Pertuan Agong juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.  Contoh: kuasa perundangan dan kehakiman (mahkamah) dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan. SAS/CTU553 BAB 3
  11. 11.  Undang-undang persekutuan atau negeri mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharkan TIDAK SAH oleh mahkamah jika undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.  Ini kerana, perlembagaan memperuntukkan dengan nyata dalam Perkara 4(1): Perlembagaan Malaysia adalah undang- undang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan yang berlawanan dengan perlembagaan adalah terbatal setakat mana yang berlawanan. SAS/CTU553 BAB 3
  12. 12. SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA SAS/CTU553 BAB 3
  13. 13. SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA  Sepanjang penjajahan, orang Melayu sentiasa bangkit menentang.  Selain perjuangan berdarah yang bermula sejak penjajahan Portugis di Melaka, Belanda, Inggeris & Jepun, perjuangan juga digerakkan melalui semangat kebangsaan.  Menjelang abad ke 20, muncul pertubuhan- pertubuhan seperti Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Perak, Kesatuan Melayu Muda dll yang menjadi medium menentang penjajah. SAS/CTU553 BAB 3
  14. 14.  Media massa seperti akhbar & majalah juga berperanan sebagai medium penyebaran semangat perjuangan seperti Utusan Melayu, Majlis, Al-Imam, Saudara dan Warta Sarawak.  Muncul tokoh-tokoh intelektual Melayu seperti Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Pak Sako dll menyedarkan orang Melayu supaya bangun menuntut kemerdekaan. SAS/CTU553 BAB 3
  15. 15. MALAYAN UNION SAS/CTU553 BAB 3
  16. 16. MALAYAN UNION  Selepas Jepun menyerah kalah dan British datang semula ke Tanah Melayu, Parlimen British telah meluluskan Malayan Union pada 10 Oktober 1945.  Sir Harold Mac Michael dilantik sebagai wakil British untuk mendapatkan tandatangan raja- raja Melayu. SAS/CTU553 BAB 3
  17. 17. SEBAB PENUBUHAN MALAYAN UNION 1. Untuk menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran. 2. British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu berkerjasama dengan Jepun sebelum ini dan pengenalan Malayan Union dapat melemahkan kuasa orang Melayu terutamanya Raja-raja Melayu. 3. Menjadi asas kepada British untuk masyarakat tempatan memerintah negara sendiri. SAS/CTU553 BAB 3
  18. 18. CIRI-CIRI MALAYAN UNION 1. Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British. Gabenor ini pula dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan. 2. Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan. 3. Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan. 4. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengira bangsa dan keturunan. SAS/CTU553 BAB 3
  19. 19. SEBAB-SEBAB PENENTANGAN 1. Kuasa Raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri. 2. Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai tanah jajahan Inggeris. 3. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip Jus Soli. SAS/CTU553 BAB 3
  20. 20. 4. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan. 5. Cara Sir Harold Mc Michael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan. SAS/CTU553 BAB 3
  21. 21. PENENTANGAN MALAYAN UNION  Malayan Union mendapat tentangan hebat dari orang Melayu.  Tapi Malayan Union tetap diisytiharkan pada 11 April 1946 dan Sir Edward Gent sebagai gabenor pertama.  Orang Melayu memulaukan majlis pengisytiharan itu dan akhirnya British mengalah dan menggantikan Malayan Union kepada Persekutuan Tanah Melayu.  British sedar tanpa sokongan orang Melayu Malayan Union akan gagal. SAS/CTU553 BAB 3
  22. 22. PERSEKUTUAN TANAH MELAYU SAS/CTU553 BAB 3
  23. 23. PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU  British tubuhkan Jawatankuasa Kerja pada Julai 1946 yang terdiri daripada 4 wakil raja-raja Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 pegawai British.  Ia bertanggung jawab merangka sebuah perlembagaan baru yang boleh diterima oleh orang Melayu. SAS/CTU553 BAB 3
  24. 24.  Kemudian, British tubuhkan pula Jawatankuasa Perundingan pada Disember 1947 yang terdiri daripada orang Eropah, Cina dan India, tujuannya untuk mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.  Persekutuan Tanah Melayu akhirnya diisytiharkan pada 1 Februari 1948 SAS/CTU553 BAB 3
  25. 25. CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1. 9 negeri Melayu terlibat dalam persekutuan termasuk Pulau Pinang dan Melaka. Singapura kekal menjadi tanah jajahan yang berasingan. 2. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan. 3. Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu 7 ahli majlis rasmi, 7 ahli tidak rasmi dan 3 ahli ex- officio. SAS/CTU553 BAB 3
  26. 26. 4. Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi.. 5. Sultan-sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah tetapi dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri dan Majlis Undangan Negeri SAS/CTU553 BAB 3
  27. 27. 6. Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seseorang pemohon mestilah lahir di Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 8– 12 tahun. Seorang pemohon asing mestilah bermastautin selama 15 tahun. Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik. 7. Orang Melayu diberi hak keistimewaan sebagai kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri. SAS/CTU553 BAB 3
  28. 28. MAJLIS MESYUARAT KERJA PERSEKUTUAN  Sebagai proses ke arah berkerajaan sendiri.  1951- Sistem Ahli diperkenalkan.  British melantik beberapa warganegara Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan yang diberi taraf seperti menteri.  Tujuannya untuk memberi peluang dan latihan kepada pemimpin tempatan bagi mendapatkan pengalaman memerintah secara demokrasi. SAS/CTU553 BAB 3
  29. 29. KEMERDEKAAN SAS/CTU553 BAB 3
  30. 30. PILIHANRAYA  Pilihanraya 1:  1 Disember 1951, untuk pilih wakil-wakil dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang.  UMNO & MCA bergabung membentuk PERIKATAN.  Menang kesemua sembilan kerusi yang dipertandingkan.  Pilihanraya 2:  Februari 1952, pemilihan untuk Majlis Perbandaran Kuala Lumpur  12 kerusi dipertandingkan  Perikatan menang 9 kerusi, selebihnya oleh IMP dan calon bebas. SAS/CTU553 BAB 3
  31. 31.  1953: Perikatan cadangkan kepada British supaya diadakan pilihanraya untuk seluruh Tanah Melayu.  1955: PILIHAN RAYA UMUM PERTAMA (52 kerusi):  8 parti bertanding  Perikatan menang 51  PAS menang 1 (di Kerian, Perak) SAS/CTU553 BAB 3
  32. 32.  Sebelum pilihanraya, MCA & MIC bukanlah parti politik tapi lebih bermotifkan menjaga kebajikan & kepentingan kaum masing-masing.  Pelawaan orang Melayu menggambarkan sifat keterbukaan mereka & sedia berkorban, rela kongsi kuasa & toleransi demi perpaduan.  Melalui pilihanraya umum pertama (1955), pengorbanan & kompromi UMNO cukup besar. Perikatan yang didominasikan oleh UMNO sepatutnya boleh membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan MCA & MIC namun hal ini tidak dilakukan. SAS/CTU553 BAB 3
  33. 33.  Inggeris mensyaratkan bahawa kemerdekaan akan hanya diberikan sekiranya rakyat negara ini bersatu padu & bekerjasama.  Kemenangan PERIKATAN menjadi bukti kepada Inggeris bahawa orang Melayu & bukan Melayu boleh bekerjasama. SAS/CTU553 BAB 3
  34. 34.  Januari 1956: rombongan 8 orang wakil berangkat ke London (4 wakil Raja Melayu & 4 wakil Perikatan).  Diketuai Tunku Abdul Rahman.  Wakil Raja-raja Melayu:  En.Abdul Aziz Hj Abdul Majid (MB Selangor)  Datuk Mohammad Seth Mohammad Said (MB Johor)  Datuk Nik Ahmad Kamil Hj Mahmood (bekas MB Kelantan) SAS/CTU553 BAB 3
  35. 35.  Wakil Perikatan:  Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj (Ketua Menteri & Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri) selaku KETUA  Datuk Abdul Razak Hussain (Menteri Pelajaran)  Kol.H.S.Lee (Menteri Pengangkutan)  Dr.Ismail Datuk Abdul Rahman (Menteri Hasil Bumi)  SETIAUSAHA: T.H.Tan SAS/CTU553 BAB 3
  36. 36.  Rombongan ini bertujuan untuk berunding dengan pegawai British sebagai usaha menuntut kemerdekaan.  Rundingan berlangsung 3 minggu mulai 18 Januari – 8 Februari 1956. SAS/CTU553 BAB 3
  37. 37.  Perjanjian London ditandatangani pada 8 Februari 1956 dan hasilnya persetujuan: 1. British berikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. 2. Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel & menjalankan pemerintahan secara demokrasi. 3. British mendapat hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu. 4. Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya Reid. 5. Jawatan Setiausaha Kewangan & Pengarah Gerakan akan diganti dengan Menteri Kewangan & Menteri Pertahanan yang dipegang oleh rakyat tempatan. SAS/CTU553 BAB 3
  38. 38.  Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan 1956.  Keahliannya: 1. Lord Reid (British) 2. Sir Ivor Jennings (British) 3. Sir William Mckell (Australia) 4. B.Malik (India) 5. Hakim Abdul Hamid (Pakistan) SAS/CTU553 BAB 3
  39. 39.  Suruhanjaya ini telah meminta cadangan dan pandangan parti-parti politik, orang ramai, individu-individu dan Raja-raja Melayu.  Jadi, Perlembagaan Malaysia sekarang telah mendapat persetujuan dan pandangan semua rakyat. Inilah yang dikatakan KONTRAK SOSIAL. SAS/CTU553 BAB 3
  40. 40. KONTRAK SOSIAL SAS/CTU553 BAB 3
  41. 41. KONTRAK SOSIAL  Iaitu semua kaum Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yang sangat penting kepada kestabilan negara.  Melalui Kontrak Sosial ini, orang bukan Melayu telah diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip Jus Soli (pengecualian tentang perlunya mengetahui bahasa Melayu bagi bukan Melayu). SAS/CTU553 BAB 3
  42. 42.  Orang Melayu pula diperuntukkan dalam perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu.  Perlembagaan Malaya ini diisytiharkan pada 31 Ogos 1957, diperbaharui apabila Singapura, Sabah & Sarawak bergabung membentuk Malaysia pada 16 September 1963. SAS/CTU553 BAB 3
  43. 43. UNSUR-UNSUR TRADISI PERLEMBAGAAN & KONTRAK SOSIAL  Unsur-unsur tradisi adalah faktor penting untuk mewujudkan identiti Malaysia & memupuk persefahaman ke arah perpaduan.  Ia juga kontrak sosial yang telah disepakati semasa menggubal undnag-undang.  Unsur-unsur tradisi ini meliputi bahasa, agama, kedudukan istimewa orang Melayu & bumiputera Sabah Sarawak dan pemerintahan beraja. SAS/CTU553 BAB 3
  44. 44.  Ia berperanan menstabilkan sistem politik negara dan dilindungi di bawah Akta Hasutan.  Dianggap sebagai isu sensitif yang dilarang dijadikan isu perbincangan awam. SAS/CTU553 BAB 3
  45. 45. PERKARA-PERKARA YANG MENYENTUH HUBUNGAN ETNIK DALAM PERLEMBAGAAN I. Perkara 8: persamaan & hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan seumpamanya. II. Perkara 10(4): batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan & seumpamanya. III. Perkara 38: kuasa Majlis Raja-raja menghalang parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-raja Melayu, orang Melayu, Islam & bahasa Melayu. SAS/CTU553 BAB 3
  46. 46. IV. Perkara 150 (6a) : kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat. V. Perkara 152 : kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka. VI. Perkara 153: kedudukan istimewa orang- orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain. SAS/CTU553 BAB 3
  47. 47. PERKARA 3 SAS/CTU553 BAB 3
  48. 48. PERKARA 3  Agama Islam adalah agama persekutuan.  Pihak kerajaan (persekutuan atau negeri) mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan, menyelenggara, membantu penubuhan institusi Islam & melaksanakan ajaran Islam serta mengeluarkan perbelanjaan yg diperlukan utk tujuan itu.  Suatu fasal imbangan juga telah diperuntukkan iaitu Perkara 11(1) SAS/CTU553 BAB 3
  49. 49.  Perkara 11(1) menyatakan, agama lain boleh diamalkan dengan aman & damai di mana-mana bahagian persekutuan.  Kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap orang berhak untuk menganut & mengamalkannya tertakluk kepada Perkara 11(4).  Perkara 11(4) menyatakan undang-undang negeri dan wilayah boleh menyekat atau mengawal pengembangan agama-agama lain kepada penganut Islam. SAS/CTU553 BAB 3
  50. 50.  Dalam Perkara 11(3) menyatakan tiap-tipa kumpulan agama berhak: i. Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri ii. Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat iii. Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang- undang SAS/CTU553 BAB 3
  51. 51. RASIONAL PERKARA 3  Walaupun Islam adalah agama persekutuan tetapi kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan.  Islam telah diterima sebagai agama persekutuan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman penjajahan Inggeris.  Penggunaan undang-undang Islam telah diiktiraf di negeri-negeri Melayu sebelum penjajahan Inggeris. SAS/CTU553 BAB 3
  52. 52.  Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan Inggeris menyerahkan urusan agama Islam kepada raja- raja Melayu.  Sesuai dengan takrif Melayu iaitu Perkara 160 mendefinisikan Melayu sebagai seorang yang beragama Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. SAS/CTU553 BAB 3
  53. 53. PERKARA 152 SAS/CTU553 BAB 3
  54. 54. PERKARA 152  Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu (yang mengikut implikasi yang diperlukan mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi).  Tiada sesiapa pun dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain dari maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.  Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan. SAS/CTU553 BAB 3
  55. 55. RASIONAL PERKARA 152  Perlunya bahasa kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat pelbagai kaum.  Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya.  Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan.  Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sebelum Perang Dunia bagi tujuan rasmi. SAS/CTU553 BAB 3
  56. 56. PERKARA 153 SAS/CTU553 BAB 3
  57. 57. PERKARA 153  Menyentuh tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak yang meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan.  Walaubagaimanapun, perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu adalah menjadi tanggungjawab Yang DiPertuan Agong untuk melindungi hak-hak mereka yang sah melalui peruntukan lain. SAS/CTU553 BAB 3
  58. 58. RASIONAL PERKARA 153  Orang Melayu terima prinsip Jus Soli dan bukan Melayu perlu menerima hakikat hak keistimewaan orang Melayu.  Semasa zaman penjajah dan di awal kemerdekaan, terlalu sedikit orang Melayu yang bekerja dengan kerajaan.  Orang Melayu hanya jadi pemerhati kepada kepesatan ekonomi di Tanah Melayu/Malaysia. SAS/CTU553 BAB 3
  59. 59.  Majoriti orang Melayu adalah miskin terutama di luar bandar.  Orang Melayu masih kurang menceburi perniagaan dan perlu dibantu dan dibimbing.  Peratusan pelajar Melayu dalam bidang sains juga rendah. SAS/CTU553 BAB 3
  60. 60. PERLEMBAGAAN ISLAM & HUBUNGAN ETNIK SAS/CTU553 BAB 3
  61. 61. PIAGAM MADINAH  Perlembagaan bertulis pertama di dunia.  Mengandungi 47 fasal yang merangkumi dua bahagian:  Bahagian pertama: 23 fasal yang menyentuh hubungan dan tanggungjawab orang Islam sesama Islam (Muhajirin & Ansar).  Bahagian kedua: 24 fasal membabitkan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap negara Islam Madinah. SAS/CTU553 BAB 3
  62. 62. PRINSIP UMUM SAHIFAH MADINAH 1. Wahyu Allah merupakan sumber utama undang-undang negara. 2. Masyarakat berbilang agama dan keturunan di Madinah dianggap sebuah masyarakat yang mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang sama terhadap negara Islam Madinah. 3. Nabi Muhammad s.a.w. adalah pemimpin masyarakat dan ketua negara. SAS/CTU553 BAB 3
  63. 63. 4. Semua anggota sahifah mempunyai hak dan kebebasan beragama. 5. Setiap anggota sahifah mestilah menjalinkan hubungan yang erat tanpa mengira agama dan keturunan. 6. Fungsi sahifah ialah menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman. 7. Memberi jaminan keselamatan terhadap orang bukan Islam yang menganggotai dan mematuhi peraturan sahifah. SAS/CTU553 BAB 3
  64. 64. SAS/CTU553 BAB 3

×